Saat kecewa dikhianati teman lelaki dan teman baik sendiri, muncul seorang lelaki misteri yang berjaya mengubat lara di hati Mia Aizara hanya dengan sepiring soufflé yang manisnya hingga kini masih terasa. Dua tahun kemudian, ‘Paris Hilton Malaysia’ itu kembali. Seorang gadis muda yang menjadi pewaris kepada empayar hotel milik keluarganya. Sekembalinya dia di situ mempertemukan dia dengan seorang chef, Zafeeq Aidan. Satu-satunya lelaki yang berjaya membuatkan kehidupan ‘diva’nya tunggang-langgang. Maruahnya tercalar, egonya terguris.
“I bos dekat sini! Lantai restoran yang you pijak ni semuanya atas penguasaan I. I’m the boss here, not you! Kalau you masih tak puas hati, dipersilakan angkat kaki dan berhambus dari sini!” – Zafeeq
“You… did you just talk back to me?!” – Mia
Hari demi hari membuatkan kedua-duanya kian rapat dan akhirnya kata cinta terluah di bibir masing-masing. Namun, sebuah ‘rahsia’ yang telah tersimpan sekian lama memburukkan keadaan dan peristiwa demi peristiwa menimpa Mia membuatkan dia kian lelah hinggalah akhirnya….
“Kita berpisah.” – Zafeeq
“I doakan you takkan bahagia selamanya Zaf!” – Mia
Air mata menjadi sahabat setia. Luka yang terobek tak mampu lagi diubati. Lantas kakinya melangkah panjang meninggalkan semuanya. Adakah ini pengakhiran kisah mereka? Kisah yang hadirnya ibarat mimpi yang tak pernah dia dambakan.
“Datangnya kau ibarat mimpi yang tak pernah aku dambakan
4* kerana jika dibandingkan dengan novelnya yg lain, novel ini lebih ringan walaupun ia tetap bermain dengan emosi. Sakitnya takdelah seperti SSKB, SHMP & DSH, where scene terlalu banyak langau2 yg mengganggu atau suami curang.
Saya suka sikap Mia dalam novel cerita ni. Sama kuat dengan watak Laila dalam novel Bisikan hati. Yg paling penting, terlalu tabah mengharungi dugaan yg datang bertimpa2 lalu ditinggalkan oleh buah hati atas alasan yg tak munasabah.
Rentetan dari duka yg melanda dirinya dia membawa diri jauh ke benua lain bersama adiknya yg kurang sempurna. Sekali lagi dia diuji dgn sebuah kehilangan. Selepas 3 tahun, dia kembali ke Msia. Ketibaan dia membawa kecelakaan kecil pada dirinya langsung di bawa ke hospital.
Dari sini episod baru membuka tirai.
Apa yg saya suka dalam novel ni, both main characters tak ego untuk meluahkan kata maaf dan rasa hati. Kira senanglah nak berkomunikasi except for 2/5 of the book from earlier chapters. Ya lah the diva being misunderstood by Zafeeq. Hak yg di ragut juga dapat diperolehi kembali. Quite simple and straightforward story.
Beli novel ni sebab terjumpa review dekat tiktok and memang betullah manis betul cerita niiiii rasanya macam setiap masa nak senyum jeeee😩😩😩 tak menyesal beli and baca😆
Saya suka dengan olahan penulis dalam novel ni, simple and easy to understand. Ada jugak terselit sikit nasihat-nasihat yang patut kita guna bila perkara tu terjadi. Tak terlalu meleret sangat jalan cerira. Apapun saya dah jatuh cinta dengan Zafeeq😩🤍🤍
melihat kecurangan teman lelakinya, dengan kawan baik sendiri sangat menyakitkan selepas menyulam cinta bertahun lamanya. Mia Aizara membawa diri ke satu restaurant di Perancis, sambil termenung. tiba tiba, datang sepinggan soufflè bersama
"Hot chocolate soufflè with chocolate cream sauce and warm milk for you, miss. buat pengubat hati yang berduka."
tak sangka boleh terjatuh hati dengan pemberinya. tak nampak muka pun, hanya dengan sepinggan soufflè dan suara garaunya.
Nur Mia Aizara. fuh, sangat garang, berlagak dan sangat 'Paris Hilton Malaysia'. balik ke Malaysia, jumpa pula Chef poyo (tapi handsome) di hotel milik bapanya. pertemuan 'pertama' mereka, tak indah pun. siap kena simbah lagi 😭 Mia ni, saya rasa dia sangat kuat. ya dia berlagak, garang tapi dia begitu hanya dengan orang tak kenal je. bila dah kenal tu, manja ya. comel juga tau! ujian dia fuh sangat mencabar.
Zafeeq. Chef handsome yang berjaya 'talk back' to Mia. tak pernah pernah ada orang balas balik apa Mia cakap, muncul pula chef poyo ni! ini lelaki, sangat sweet talker ya (semanis soufflè dia juga) lepas dia dah confess tu 😭 perkataan 'sayang' tu tak lekang , tergolek golek saya baca. bila dah kahwin tu lagi lah, rasa nak baling je jejauh buku ni sebab Zafeeq ni aish! buat kita nak ada laki tau!
untuk plotnya, its very cliché. saya juga rasa macam banyak time forward and throwbacks, agak mengganggu perjalanan cerita ni, filler scene pun macam mengganggu. satu lagi, banyak juga lawak laki bini. maybe untuk menunjukkan Zafeeq ni nakal.
apa apa pun, it was worth it! saya sangat suka character development Mia! after what she went through, saya rasa nak hug her kuat kuat!
Awalnya tu, cafe tu selalu jadi tempat date Mia Aizara dengan Danny (her boyf) tapi tak sangka tempat tu jugak buat dia sedih atas apa yg dah jadi dengan relationship between Mia & Danny🥺 reason dorang break eiiiii geram tau. Taguna betul!😤 memang patut pon break dasar🐊
While Mia merawat hati yg lara, tiba-tiba ada someone bagi dia dessert soufflé🙈 but dia cuma dengar suara je bila dia cari dia tk jumpa siapa gerangan suara itu. Tak sangka hanya dessert dan suara je Mia jatuh cinta pada sang lelaki mystery tu🤪 who dat guy? find out😋
Mia Aizara ni digelar as 'Paris Hilton Malaysia' sebab her outfit, branded ye semua, and also dia kekwat gila (Ad pon annoying dengan perangai diva dia)
Zafeeq Aidan head chef dekat hotel kepunyaan papa Mia. Sebab satu benda jadi yg membuatkan dorang berjumpa dalam keadaan tak baik ye. Memang buku bertemu dengan ruas lah jawabnya🤣 enemies to lovers ARGHHHH💞 Zafeeq je the one and only mampu melawan Mia HAHAHAH best gila dorang punya gaduh tu.
Yg dibenci itulah disayang kan🙈 tapi tak semudah yg disangkakan🥺 ada rahsia yg family Zafeeq simpan tentang family Mia and family Zafeeq. Sebab satu rahsia ni Zafeeq berkorban untuk Mia😭 TAK BOLEHLAH! Ad nangis non stop tau sila tanya Zu😩
Mia life dia MasyaAllah, after something jadi, jadi lagi dan jadi. Sakit tau😣 Tapi itulah challenges dia nak baca buku ni. Sabar jelah.
YES ONE THING AD NAK CAKAP (nak cakap dekat diri sendiri sebenarnya) Don't judge a book, by it's cover!⛔️ bahaya tau! Tertipu dengan cover yg manis okay ada maniss memang manis tapi pain dia ya Allah sakitnya tuh disini sangat😮💨🤣
Overall Ad sukaaa sangat🥰 turun naik emosi baca ni, ada tergedik, ada gelak, ada nangis, ada marah. Ad suka sangat😍 baca siapa belum baca tau😝
Love love love ❤❤❤, suitable for light reading, love how the heroin and hero is portrayed by the author. Character development at its best. Would definitely reread it.
ok, this is my very first time reading novel karya Dila Dyna *to be honest, dah lama tak beli novel KN* mula-mula baca tu rasa macam nak letak tepi sebab bab awal2 tu macam bosan sikit and meluat dengan perangai diva si Mia ni haha. Tapi lama-lama baca macam tak boleh stop pulak. Hanya zafeeq sorang je boleh tundukkan Mia the 'Paris Hilton Malaysia' hehee. Lepas Mia dan Zafeeq dah bercinta, perkataan 'sayang' digunakan banyak kali sangat, sikit2 sayang. dalam real life memang ada la orang panggil sayang, tapi bila dijadikan dalam penulisan, it's a bit disturbing *for me lah* orang lain baca mungkin suka kot bersayang-sayang. All in all, this novel is pretty good. Novel ni beli pun sebab tergoda dengan cover dia ahaks! teringin pulak nak makan souffle !!
Mula-mula tu Mia tengah layan perasaan dekat cafe yang dia selalu lepak tu. Biasalah kan baru lepas dikecewakan, kena lah healing dulu. Tengah sibuk melayan perasaan, tiba-tiba ada satu suara menyapa,
Siapa sangka disebabkan suara si lelaki misteri ni la yang buatkan Mia sebenarnya dah terjatuh hati! boleh pula macam tu kan dahla Mia tak sempat pun tahu dia siapa 😹
🍫 Mia Aizara a.k.a ‘Paris Hilton Malaysia’
Sebut je nama ni, memang semua orang tahu dia ni siapa. Boleh dikatakan dia wanita muda yang bekerjaya dan memang cukup terkenal dengan perangai ‘Diva’ dia tu. Sombong,gedik,kuat melawan,cerewet! semua ada. kekwat gilaaa.
🍫Zafeeq Aidan
Seorang head chef dekat hotel kepunyaan papa Mia. Kiranya Mia tu boss dia la. Disebabkan satu kejadian ni la hubungan Zafeeq dengan Mia memang jadi tak baik. Mia rasa maruahnya tercalar dan egonya terguris. Begitu juga Zafeeq! Memang buku dah bertemu ruas weh! Nak-nak lagi Zafeeq ni kuat mengusik! Nakal! Mana tak naik hantu si Mia tu kan 😭
Mia ni pula jenis taknak mengalah! Memang habis Zafeeq dikerjakan dan dimalukan! Macam perempuan gedik dalam tv3 tu laaa.
Tapi Zafeeq ni dia ni agak calm tau. So dia pandai settle situation dia, memang salute bro. KO MEMANG KENTAL BRO. Last-last, haaa kan dah terjatuh hati. Gaduh la lagi gaduh gaduh. Mulut je cakap tak suka tapi hati? jeng jeng jeng….
Tapi apakan daya baru je nak bahagia, ribut datang melanda. Ada rahsia yang tersembunyi antara keluarga mereka rupa-rupanya. Macam mana hubungan Mia dengan Zafeeq pula?
Tajuk dengan kulit buku ni tersangatlah lain ye dengan jalan cerita dia. Jalan cerita dia tersangatlah mencabar perasaan saya. Ingatkan comel fluffy macam gitu rupanya fuh! macam naik roller coaster beb. Rasa marah,sedih,terkejut haa semua ada.
Awal cerita ni memang kau akan rasa Mia ni red flag gila. Sebab aku pun rasa macam tu AHAHAH sumpah tak baik do dia buat kat orang macam gitu. Tapi, Mia punya character development memang MAK LURRVEEE SANGAT!! Segala peristiwa hitam dan masalah Mia lalui telah merubah Mia ke arah yang lebih baik 🫶🏻
"Hot chocolate souffle with chocolate cream sauce and warm milk for you, miss. Buat pengubat hati yang berduka." .
And since then, Mia dah jadi penggemar souffle. .
Mia, digelar sebagai Paris Hilton Malaysia sebab dia cantik, bergaya, kaya raya. Tapi dia juga seorang yang kekwat. Bila marah, habis semua orang kat office tu dia sekolahkan, termasuklah pekerja Zafeeq di restoran hotelnya. Bukan setakat marah, Mia siap buang lagi makanan yang dia tak suka tu. Memang jadi habuan Zafeeq la. Zafeeq peduli apa walaupun Mia tu anak bos, dia mandikan je Mia dengan sos spagheti. hahaha .
Dan sejak itu, banyak lagi la moment dorang jumpa, ada gaduh-gaduh sikit. Sehinggalah dorang couple. .
Tapi ada je halangan yang muncul. Parents Mia meninggal dunia, adik Mia sakit dan cacat. Dan disaat Mia sangat perlukan Zafeeq, Zafeeq meminta perpisahan. Dan apakah alasan di sebaliknya? .
Bagi aku, cerita ni santai dan light reading je. Konflik pun takde lah emotional sangat. For those yang sukakan buku Qalif: Watak Cinta Terindah, you might love this book as well. Sebenarnya, dulu-dulu, aku takde plan pun nak beli buku ni. hahaha. Tapi aku terjebak beli masa PBAKL 2022 disebabkan ada sale dan pengaruh booktagrammers. hahahah .
Oh ya, watak Zafeeq memanglah baik. Tapi aku lagi suka melihat kematangan Mia seiring usia dan ujian yang dihadapinya. .
4.5 stars so round up jadi 5 stars lar.. Akhirnya. Berjaya juga habiskan. Buku yang paling lama sis ambik masa nak habiskan..bukan sebab cerita tak best atau buku tebal, tp sebab masa tak mengizinkan nak baca buku ni. Macam2 hal jadi masa dah mula baca buku ni. Anyway, cerita menarik, I like watak Zaf... lelaki yang ada pendirian sendiri, sweet kena gaya, santai, gentleman pon ada...tapi 1 je tak suka, kenapa dia pergi tinggalkan Mia saat2 Mia tu di uji takdirnya??? Kesian Mia. Jadi geram plak baca part tu. Sis kagum dengan watak Mia dalam ni, seorang perempuan yang sangat kuat walaupun ujian datang bertimpa2. Ini yang kita mahukan, perempuan yang kuat dan bangkit setiap kali jatuh. Sis pun terjatuh air mata ni masa baca part Mia diuji ni. Nice story, nice plot, not so cheesy.
Beli buku ni sebab baca review kat tiktok ramai kata best, dekat sini pon kata best. Tapi bagi saya biasa je, mungkin tak mengikut cita rasa saya atau cara penulisan dia.
Setiap kali masuk bab baru mesti hari berganjak dengan cepat contohnya, selepas 2 bulan, 3 tahun kemudian, 6 bulan berlalu. Tertanyalah apa yang nak dikejarkan? Kenapa tiada esok hari. Ada part yang boleh cerita tentang story dia keesokannya but masuk bab baru dah jadi 2 bulan kemudian. 🤔
Bagi saya konflik cerita ni ringan je xde sampai menangis pun, and ada part manis bila Zafeeq ni care pasal Mia. Part tu saya sukalah. Ambil masa 5 hari sebab bagi saya bosan sikit, dia xde rasa feel atau tarikan untuk terus membaca sampai habis. That's why banyak kali berhenti and sambung next day
hampir 3 minggu nak abiskan satu novel nie. Starting yg agak membosankan menyebabkan pergerakan bacaan terlalu lama(walhalnya tiap kali buka buku nie tuk baca, mesti tertido), tapi bile dah kat tgh bahagian buku, dah start konflik yang ringan (tak terlalu berat), baru laju sikit baca. walaubagaimanapun, jalan cerita yg agak ringan, xde adegan sambil baca buku sambil menangis, sesuai tuk peneman tidur 😁😁. tapi saya suka dengan watak MIA sbb dia ala Diva yang sebenarnya dia mudah rapuh dan terguris. Selepas konflik berlaku, dia jadi makin kuat dan move on dengan apa yg telab berlaku.
aku suka sangat Mia & Zafeeq part kena tuang sauce. mulut jahat sangat! memng patut pun kena. then proceeding perubahan Mia... actually i want her to be jahat sikit lagi tapi i have to be happy lah dengan ni... souffle ni susah tau nak buat so chef Dr Zafeeq ni pikat dia melalui perutlahkan... now..pi cari souffle!
Buku ni personally sangat light tapi padat. Enemis to lover trope, antagonis dia pun pergh, part sedih dia pun main jiwa weh. I suka gila buku ni 😭 Especially Mia & Zafeeq punya relationship sangat luv. If anyone tanya buku ni worth it tak untuk dibaca, the answer is YES!
Ugh so good. Ada typo sikit and there's some plothole about some of the characters (what happened to Hazirah? Mak Cik Zafeeq? mak cik jiran tu? and other characters) and I do hope we got a glimpse of Mia plan revenge dia but overall I still enjoyed reading it.
Best! Ada a few rahsia yang terbongkar here & there. Makes one curious on what will happen next. Ada funny, sweet & sad scenes. Mia yg suka perasan, tu kelakar 😂
Mia Aizara a. k. a Paris Hilton Malaysia.. memula sakit hati gak ngan perangai diva mia nie berlagak sungguh sampai boleh jatuhkan maruah dan kenakan si zafeeq tu.. tapi lepas tu dikenakan balik oleh zafeeq.. Memula benci tapi dlm hati masing2 ada taman.. Kesian ngan mia.. bila dijatuhkan oleh sedara sendiri hingga sanggup membunuh.. byk betul dugaan utk mia..tapi akhirnya kebahagiaan diperolehi..
Jujurnya, ini novel kedua dari penulis yang dibaca selepas Qalif, gerabak last sangat.
Awal penceritaan biasa je, agak perlahan. Tapi bila dah ke depan sedikit, penceriataannya lebih laju dan tak membosankan. Suka cara penulis menyelitkan nasihat-nasihat dalam penulisan, plot cerita juga banyak yang memberi pengajaran. Setiap scene yang diselitkan semuanya bukan sia-sia dan berkait dengan jalan cerita, jadi tidaklah meleret ceritanya. Penggunaan bahasa yang mudah difaham, dan ayat yang mudah hadam. Nama watak pun tak lah pelik sangat sampai tergeliat lidah nak sebut. Really love perubahan Mia dari seorang Diva yang mulut agak celopar dan berlagak, kepada seorang yang lebih baik. Dan rasanya, inilah novel pertama yang saya baca yang banyak betul watak meninggal. overall, I really love this novel! Recommended kepada yang suka cerita yang santai tapi masih ada konflik yang agak ringan.
Watak heroin iaitu Mia Aizara wujud di dunia nyata. Salute kepada penulis kerana berjaya mencipta watak yang masuk akal. Sejujurnya cerita ini sangat ringan dan konflik tidaklah berat mana. Scene dimana hero, Zafeeq Aidan menuang kuah spaghetti diatas kepala Mia sangat tidak dijangka !!
Apa yang boleh dikatakan ialah buku ni sangat lah menarik untuk pembaca yang gemar membaca buku yang light dan fun. Oh lupa, scene dimana Zafeeq masih menerima Mia walaupun Mia hampir dirogol membuatkan niena tertanya masih adakah lelaki begitu di dunia begini.
Kesimpulannya, novel yang bagus dan sangat related tentang kehidupan. Layak 5 bintang !!!
This entire review has been hidden because of spoilers.
Setelah dikhianati kekasihnya bersama kawan karib sendiri, Mia kecewa. Namun seorang lelaki misteri memberi nya hot chocolate souffle di sebuah cafe yang sering dikunjunginya di Paris mengubat lara di hati. Setelah tamat belajar di bumi Perancis, Mia kembali untuk berkhidmat di hotel milik papanya. Di situlah dia berjumpa seorang chef muda, Zafeeq. Pertemuan pertama yang tidak seindah pertemuan. Namun mereka semakin rapat hingga menjadi pasangan kekasih. Dugaan melanda bila ada yang dengki pada Mia dan keluarga. Di dalam kesedihan , Zafeeq pula tiba2 berubah. Ada rahsia di antara keluarga Mia dan Zafeeq. Mereka berpisah dan Mia membawa diri. Namun cinta sejati tetap akan bersatu . Badai masih melanda . Tapi bolehkah mereka bertahan kali ini untuk memiliki kebahagiaan mereka.
Saya suka kisah mereka, banyak emosi yang dapat dirasai. Kasih sayang ibubapa , kasih sayang keluarga dan kawan menyokong setiap tindak tanduk untuk menjadi seorang yang lebih kuat.