Jump to ratings and reviews
Rate this book

Cinta Boarding Pass

Rate this book
Mereka tertukar laptop adakah mereka akan tertukar hati juga? Hanna Zaki gadis 26 tahun tidak menyangka lelaki yang buat dia menyampah semasa di dalam kapal terbang telah tertukar laptop dengannya. Selepas mendapat laptop masing-masing Hanna menyangka lelaki itu tidak akan ditemui lagi tetapi malangnya dia asyik terserempak dengan Thareq Zidan. Apabila dia menggoda, Hanna jadi cair secairnya. Pertemuan kali kedua mereka berdua di Perth buat Thareq Zidan sedar dia tidak boleh lepaskan Hanna. Hati Hanna harus terus ditakluki. Dia luahkan perasaannya tetapi malangnya Hanna sudah pun bertunang. Thareq: “Belum, mana tahu awak bukan budak perempuan yang duduk di tepi tingkap tu. Entah-entah awak tipu. Boleh tak awak snap gambar awak. Bersekali dengan laptop saya.” Hanna: “Saya tak ada perasaan pada awak. Awak faham tak? Awak salah. Tolong jauhkan diri awak daripada saya. Saya dah nak kahwin. Saya tak mahu jumpa awak lagi dalam hidup saya Thareq Zidan!” Antara tanggungjawab dan pilihan hati, Hanna terpaksa membuat pilihan sama ada untuk terus memilih Dr. Hariz Zakuan, tunang pilihan ibu bapanya atau Thareq Zidan yang sering saja buat hatinya berbolak-balik dan keluh-kesah? CAPTION: Biarkan aku jadi penakluk terulung hati dan jiwamu. Kupinta pada TUHAN moga kau jadi milikku.

400 pages, Paperback

First published February 28, 2017

3 people are currently reading
30 people want to read

About the author

Batiah Hadi

5 books16 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
11 (40%)
4 stars
5 (18%)
3 stars
7 (25%)
2 stars
2 (7%)
1 star
2 (7%)
Displaying 1 - 7 of 7 reviews
Profile Image for Qayiem Razali.
897 reviews86 followers
September 4, 2020
[95-2020]

#CintaBoardingPass #BatiahHadi

Ceritanya okay. Plot penceritaan mudah difahami memandangkan tidak ada yang memberatkan atau berselirat. Cumanya... gerak cerita ini terasa seperti ada yang 'kurang'. Atau barangkali, disebabkan perjalanan cerita ini sama seperti kebanyakan novel yang ada membuatkan 'rasa' itu tidak sampai. Apa-apa pun usaha penulis wajar dipuji dalam menghasilkan novel ini.
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 14 books109 followers
March 31, 2017
sewaktu awal pembacaan terlintas dalam hati, alahai... kisah mamat hensem kacukan lagi pulak ke? tapi heroin yang digambarkan biasa jer, taklah cantik mana.. ok... sambung baca lagi... errkkk... kisah mamat hensem duda isteri curang ke? pastu tak caya dah dengan mana-mana perempuan?.. hmm.... baca lagi... wahh... garang merapu betul heroin... ok.. dapat tangkap perhatian untuk teruskan pembacaan...

hanna zaki seorang pensyarah yang selalu dibisingkan kerana belum berkahwin. yang tukang bising ni macam nak salahkan takdir Tuhan pulak kan.. seorang gadis yang komited dengan kerjaya tapi hidupnya huru hara bila berjumpa dengan thareq zidan di lapangan terbang. Bermula dari kisah tergelek kaki thareq dengan troli sehinggalah hanna mengigau dalam kapal terbang. Tak habis setakat itu, tertukar pulak laptop dengan thareq. membawa ke pertemuan seterusnya ketika mahu pulangkan kembali laptop masing-masing. dalam pada ok dah berbaik tapi tiba-tiba.. laaa... gaduh balik?.. pening betul kerenah manusia berdua nih..

dalam pada masa yang sama, hanna diperkenalkan dengan hariz oleh ibunya yang berharap agar hubungan mereka akan terus dipanjangkan. mak mana yang taknak tengok anak bahagia kan.. tapi terfikir gak masa baca, kenapa nak guna tiket sebagai mak nak paksa anak? lagipun takla tua mana hanna tu. risau terlebih pulak mak hanna nih. mereka diikat dengan pertunangan. Hanna cuba menerima hariz sebagai tunang tapi.... thareq yang angau dengan hanna muncul kembali. walaupun dia cuba menerima kenyataan yang hanna dah bertunang tapi hatinya tetap degil mahukan hanna... itulah, mulut lancang sangat berkata-kata konon hanna not his type.. hambikk, angaukan hanna sampai isi laptop hanna rupanya dia dah ambil secara rahsia... kan dah jatuh cinta..

fitnah, bila percaya padanya maka porak perandalah hidup. ini yang berlaku pada hariz yang percayakan gambar hanna dengan thareq tanpa mahu pedulikan penerangan yang mahu diberi oleh hanna.. Lagi sebulan mahu diijab kabul, dia putuskan pertunangan. makanya, mengamuklah mak hanna yang juga percayakan gambar terlampau yang ditunjukkan oleh hariz. tak pedulikan anaknya yang menerangkan segala-galanya dan lebih percayakan anasir luar. sian hanna. nasib baiklah ayahnya lebih realistik dan tahu anaknya tidak akan lakukan perkara yang buruk. sehingga hanna berkahwin dengan thareq pun, emak hanna tetap tidak pedulikan anaknya.. sedihkan?..

seterusnya kisah dugaan berumahtangga. kalau rumah tangga aman saja makanya adalah yang tak betul tu.. Hehe... Serius, kasih sayang dalam rumah tangga akan sentiasa teruji. begitu juga antara thareq dengan hanna. dari masalah campur tangan orang lain hinggalah komunikasi tidak berkesan.. Tahniah buat puan penulis dr Batiah Mahadi kerana banyak menyedarkan bahawa dalam perkahwinan banyak faktor yang perlu di pandang serius walau seremeh macam mana pun jika di lihat dari mata kasar. Pinggan tak basuh pun boleh jadi punya pergaduhan tau.. Berkomunikasi, berbincang dan paling utama jujurlah dengan pasangan. Macam hanna sendiri, jenis ketegaq jugaklah la sampaikan ada waktu thareq terpaksa tahan perasaan hati. walaupun agak terkilan kerana di akhir-akhir bab penceritaan agak meluru seperti tak sabar nak tamatkan kisah namun tetap suka dengan olahan puan penulis yang nampak simple tapi sarat dengan mesej positif yang perlu ada kehidupan. suka dengan 'perlancongan' percuma di australia dan sepanyol. siapa kata membaca tu tak berkembang minda?.. Dengan membaca pun boleh bawa kita menjelajah dunia tau... Book is BOARDING PASS to see the world.. Haha.. Speaking berterabur grammar hancur akak buat. Tahniah untuk novel yang ketiga ini ya puan penulis dan moga akan terus hebat berkarya...
Profile Image for Suzyanna yap.
118 reviews9 followers
July 9, 2019
Hanna Zaki dan Thareq Zidan ..perkenalan mereka dalam keadaan yang tidak harmoni...bergaduh di lapangan terbang dan berebut kerusi dalam flight...namun laptop mereka yang tertukar menemukan mereka semula...walaupun masing2 tidak mahu bersua muka lagi...

ketika mereka bertemu semula pun keadaan tidak harmoni menyebabkan Hanna membenci lelaki itu dan dia menerima Hariz sebagai tunangnya atas pilihan keluarga..manakala lain pula bagi Thareq dari sehari ke sehari dia makin mencintai Hanna...

Hanna seperti seseorang yang dikenalinya 10 tahun lepas....sekali lagi pertemuan mereka di perth ketika hanna sudah menjadi tunangan orang..thareq meluahkan perasaan namun hanna tidak dapat menerimanya walaupun hatinya berkata sebaliknya...

hanya kerana gambar yang telah disuper impose ,Hariz memutuskan pertunangan..Thareq menawarkan diri untuk menggantikan tempat hariz membuatkan Hanna membenci kerana pada pendapatnya thareq berkahwin dengannya dengan cara yang keji....

Sehinggalah kejadian kamal yang meculik hanna barulah dia tahu yang fitnah berkenaan gambar adalah kerjanya..kerana dia mula jatuh cinta pada hanna ketika dia bertugas dalam flight di pertemuan pertama hanna dan thareq.,,,

benarlah ..kita mengelak macam mana pun ..kalau sudah itu jodoh kita 10 tahun pun akan bertemu kembali...cepat atau lambat sahaja
Profile Image for Mohamad Nasrul.
209 reviews7 followers
October 4, 2025
Awal-awal pertemuan Thareq dan Hanna kat airport best. Dengan macam-macam ragam dua orang ni, terhibur betul aku. Tertukar laptop, lepas tu jumpa balik pulang laptop, kemudian satu ayat pedih yang buatkan mereka menjarakkan diri masing-masing. Namun, bila hati telah terusik, ada getar rasa yang mula menjalar dalam jiwa mereka.

Tidak lama setelah bertunang dengan pilihan ibunya - Hariz Zakuan, Hanna pun berangkat ke Perth untuk menghadiri persidangan selama tiga hari. Takdir menemukan Thareq dan Hanna di Perth, dan dalam benci Hanna kepada Thareq, mereka masih meluangkan masa bersama pada sebuah petang sebagai rakan, memandangkan Hanna juga tiada rakan yang dikenalinya di situ. Aku suka momen kat Perth ni. Sweet tapi salah la kan sebab dah tunang dok naik cruise sekali bagai lagi. I think this is where their relationships become so problematic and kinda haywire. One wants to pursue their love, the others have feelings, but want to repel because she already got engaged.

Perbalahan di antara Thareq dan Hanna ada pasang surutnya. Sampai satu masa tu rasa penat jugak baca. Haha. Watak antagonis sepertinya tak cukup kuat terlakar dalam novel ni. Hujung-hujung tu ada konflik yang kalau dia letak awal sikit, mungkin tak nampak macam rushing sangat cerita dia.

Apa-apapun, cerita ni bermula dengan best bagi aku, namun menuju ke penghujung, banyak sangat perbalahan mereka buat aku rasa chemistry mereka macam berkurang.

Overall, it's a nice light romantic if you're looking for one. But just don't expect too much.
Profile Image for Farahmummyopi.
26 reviews1 follower
February 21, 2025
Drama. Novel ini banyak drama. Saya suka apabila ada drama yang berlaku antara dua watak utama lebih-lebih lagi novel romansa. Hanna dan Thareq. Banyak drama yang berlaku antara mereka. Tapi, drama yang berlaku terlerai dengan sangat cepat. Cepat sangat. Tak sempat nak rasa geram dan kecewa, eh tiba-tiba dah baik balik. Lepastu, ada isu lagi, sambung geram dan dah okay semula. Tak puas baca bila penceritaan tu pendek.

Novel ini ada potensi, saya suka jalan cerita novel ni. Tapi tulah, macam ada banyak scene-scene penambah rasa yang dipotong dan disunting.

Contohnya, scene tentang perkara yang berlaku yang menyebabkan Thareq tiba-tiba nak mengayat Hanna padahal dia dah hina Hanna. Adakah sebab dia baca diari Hanna? Apa isi dalam diari tu? Ada cakap pasal Thareq ke? Dia macam tiba-tiba pulak?

Karen? Apa kisah dia? Kenapa dia buat sampai macam tu sekali?

Rania dan Hariz? Apa yang berlaku antara mereka. Kalau ada scene mereka bergaduh sebab Rania buat khianat mesti best baca.

Dan konflik dia pendek je dalam 3 muka surat? Cuba teka apa dia hahahah?

Anyway plot cerita saya suka.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Displaying 1 - 7 of 7 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.