Jump to ratings and reviews
Rate this book

Sweet Dreams

Rate this book
Putri - Gelaran seperti Ratu Kelam Kabut, Minah Clumsy sudah cukup sinonim dengan dirinya sejak kecil lagi. Habis semua tiang dan dinding dia langgar, malah sudah banyak kali dia jatuh tertonggeng ke dalam longkang. Bernasib malang atau dia memang punya masalah koordinasi fizikal tak balance?
.
Namun beberapa siri kejadian malang tiba-tiba berubah dengan kemunculan seorang jejaka misteri yang sering menyelamatkannya. Tak sempat mencium tanah, tubuh dia sudah disambut. Tak sempat tergolek, tangannya sudah dipaut. Pelik, lelaki itu mutant atau superhero? Datangnya sering tanpa isyarat.
.
“Just tell me, kenapa you selalu muncul bila I susah? Macam mana you tahu semua benda tu akan berlaku?” ~ Putri.
.
Qash Adam - Kesengsaraan hidup di zaman silam membuatkan dia kemurungan dan hidup dalam pengasingan. ‘Anugerah’ yang dikurniakan membuat seluruh tubuh rasa terbeban. Dihina, difitnah, dicaci kerana punya ‘kuasa magis’ membuatkan dia menolak sebarang bentuk hubungan dengan manusia. Dia tertekan, ini kelebihan atau satu sumpahan? Mimpi yang datang bukan biasa-biasa. Datangnya dengan segunung tanggungjawab yang terlalu besar.
.
Namun kemunculan seraut wajah dalam mimpinya meletakkan Qash dalam keadaan keliru. Siapa gadis itu? Apa hubungkait antara mereka berdua? Dan dari satu pertolongan ke satu pertolongan mula menjelaskan maksud yang tersirat disebalik mimpi. Pentingkah kehadiran perempuan bernama Putri dalam hidupnya nanti?
.
“This might sound weird, Putri. But I’m different. Diri I tak macam orang lain.” ~ Qash Adam
.
Banyak peristiwa lucu, pertelingkahan dan salah faham berlaku apabila si malang bertemu dengan si adiwira. Rahsia demi rahsia terbongkar. Namun sebanyak mana pun perbezaan antara Putri dan Qash, ada perasaan halus mengikat hati mereka berdua. Berkahwin kemudian bercinta.
.
Tapi di pengakhirannya… bagaimana?

683 pages, Paperback

First published February 1, 2017

184 people are currently reading
2273 people want to read

About the author

Acik Lana

26 books383 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
236 (47%)
4 stars
124 (24%)
3 stars
65 (12%)
2 stars
40 (7%)
1 star
36 (7%)
Displaying 1 - 30 of 45 reviews
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,054 reviews378 followers
February 28, 2017
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM23. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :

Pada N, Acik Lana bukan seorang penulis hebat yang konsisten. Some of her books, I love. Others were disappointing.

Tapi N tak rasa disappointed langsung dengan ini!


It was great from start to finish. N appreciate the buildup of this story. N juga suka cara watak-watak ini diperkenalkan sebelum N jatuh suka tergolek dengan mereka.

Putri dan Qash adalah dua watak yang berbeza. Seorang kelam kabut, seorang lagi cool nak mampus. But together, they make an explosion! I love Putri and Qash as an individual character. But I love them even more as a couple. Dorang memang daebak and sweet.


N suka jalan ceritanya yang ala-ala fantasy, superhero. Ia sesuatu kelainan yang ditonjolkan dengan bagus oleh Acik Lana. Maybe some might find the plot ridiculous dan tak masuk akal langsung, but for me, it was enjoyable and a great escape. Tiada satu part pun yang N rasa macam melalut atau menyibuk. Everything feels good and fit together, termasuklah watak Kamal yang N rasa lebih elok jika dimatikan sahaja.

Highly recommended!
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews67 followers
August 26, 2018
[BOOK 46]

Sweet Dreams by Acik Lana.
.

Best!
.

And i definitely love the caption, 'mimpi yang menyatukan kau dan aku'.
.

Menurut penulis berdasarkan dedikasi kat buku tu, AL teringin nak menulis cerita fantasi ala-ala superhero, and here it is. Ni antara buku yang ku memang follow teaser beria and finally, dapat baca buku ni sampai habis.
.

Ni cerita tentang Putri, seorang yang clumsy, yang selalu terlanggar tiang, jatuh longkang, jatuh terpelecot dan macam-macam lagi benda malang yang jadi. Manakala Qash, seorang pelukis terkenal tapi memilih untuk menyembunyikan identitinya. Qash memiliki kebolehan luar biasa apabila dia akan bermimpikan petunjuk bahaya yang dialami oleh orang-orang yang terdekat dengannya. Dan pertemuan mereka bermula apabila Qash sering bermimpi tentang Putri sedangkan mereka tidak mengenali. Dan konfliknya ialah potret seksi Putri dan jugak ayah Putri sendiri.
.

Dah lama tak baca karya AL. Dan sejujurnya, dalam beberapa novelnya yang kubaca, ada yang kusuka dan ada yang kurang. Tapi, yang ni, memang kusayang!
.

Kusuka perjalanan cerita ni yang smooth. Dan kuharap sangat novel ni dipanjangkan lagi. (Hahaha.... Sangat jarang permintaan ni, sebab ku punyalah tak suka dengan novel tebal yang meleret-leret). Ku teringin nak tahu lebih lanjut tentang masa silam Qash. Ya, ada dihuraikan disini, tapi bagiku tak cukup mendalam. Teringin nak Qash sendiri yang bercerita dengan Putri.
.

To summarise all, i love it so much!
Profile Image for Amal Lee.
280 reviews35 followers
July 12, 2024
Banyak benda nak cakap tapi nvm, but kalau anda terjumpa lukisan anda dalam keadaan sexy dilukis pulak oleh stranger tanpa pengetahuan pls make a police report & lepastu tolong rosakkan painting tersebut. Apoooo dah banyak kali hilang orang awam pun dah nampak lukisan sexy tu still nak simpan sebab ada connection.
Profile Image for  Kak Zie.
370 reviews63 followers
March 5, 2017
Beli buku ni sebab baca blurb kat belakang cover.
Nak jugak tau kesudahan lelaki yang dikatakan sebagai misteri itu.

Profile Image for Ella.
794 reviews93 followers
April 23, 2017
Aduhai..setiap watak2 hero yg author lakarkan for her individual novel, be it a reformed hero or sememangnya dah sweet dari awal cerita or in between, semuanya memang boleh buat saya cair. Milik Engkau Saja (MES) fall 2nd to this story followed by others. And the winner untuk watak hero paling sweet mmg dipegang oleh Qash. Watak hero yg hampir sempurna. Heroin sudah semestinya Darlina (MES). Beauty with brain and elegance. Tegas dalam kelembutan dan tak cepat melatah.

Saya tak nak elaborate banyak untuk novel ini as still new kan. Just nak share watak Putri & sikit abt Qash sahaja.

Watak Putri (Uyie)

"Clumsiness tu mcm lacking physical coordination. Pergerakan tubuh badan dia mungkin tak seiring dengan apa yg di arah otak. Dan I rasa mmg dia tak boleh control semua tu." - Muaz to Melissa. She was eyeing for Putri's position and Muaz.

Yes, Putri was a total klutz. Accident prone. Whether she is smart or not left to be seen. She almost lost her job as a PA due to her clumsiness which ultimately made her look incompetent in the eyes of her boss of close to 2 yrs. Selalu rushed ke sana sini as if her life was so hectic padahal jadual dah ada. Putri kecewa dan rasa tidak adil bila boss dia nak replaced her with Melissa. What do u think?

Due to her poor time management she always came late to a meeting with clients and her boss with an unorganized file. In her rush, she always bumped into things or almost fell down the stairs. Often times, she walked without looking. There are a few times in which she almost lost her life due to this behaviour. However, u will wonder, how she managed to drive safely from home to office and back every single day.

Dari pengamatan saya, ini bukan clumsy, ini lebih kepada tidak berhati2 or too self absorbed. Brain working over time kut. Sebab most incidents can be avoided. Its tiring being her. Terlalu berhati2 pun penat apalagi jika sambil lewa saja kan? But that doesnt mean jika saya ada teman sebegini saya akan pulaukan dia kerana other than her clumsiness, dia seorang yg terlalu baik hingga kekadang buat orang take advantage of her.

Kebaikan Putri kekadang buat saya jadi sakit hati. Saya pun tak faham kenapa she can treat even her worst enemy politely atau seseorang yg menganiayainya tapi dgn Qash dia berangin. Mungkin sebab 'tu' kut. Baru rasa terpujuk dgn her too innocent attitude, jadi geram kembali then terpujuk lagi. Pandai author naikkan emosi saya.

Her problem lessen or most probably almost gone setiap kali bersama Qash. Maybe with Qash dia sentiasa rasa tenang dan damai.

All I can say about Qash is that hidup dia semasa kecil sangat menyedihkan terbawa2 hingga ke dewasa. But he has Uyie untuk kekurangan dan kelebihannya and vice versa. Perkahwinan yg lebih mengikut pada gerak hati dan mimpi akhirnya bawa sinar bahagia pada kedua watak ini.

Chemistry diorang berdua ni dah macam character Joong Won dan Gong Shil dalam kdrama Master's Sun where they needed each other as life support in order to sleep peacefully at night..hahaha.

Sempat author masukkan cerita hantaran 20 ribu. XD.

Untuk tahu character2 lain dan jalan cerita kena lah baca novel ini. Author selalu membawa tema yg berlainan di dalam setiap novelnya. Itu yg buat saya selalu ternanti2 her next novel. Lepas ni apa pula yg author akan tulis ya. Its interesting and educational at the same time.
Profile Image for SS.
532 reviews6 followers
January 22, 2020
Walaupun dah dibayangi dgn muka Mira Filzah & Ben Amir masa baca buku ni. It's okay. Tetap rasa buku ni adalah satu naskah yang baik ditulis oleh penulis. Acik Lana mmg nama yang familiar dalam kalangan pembaca novel. Tapi, honestly ini buku pertama dari penulis yang ika baca. If I'm not mistaken.

Watak Putri rasa dekat dgn diri tapi tang clumsy tu la. Haha. Tang lain tak. Tapi, bila mana ada yg selalu selamatkan diri dia dari kemalangan. Rasa mcm wow. Hero sangat lelaki itu. Putri & Qash membawa kita ke satu level lain dalam berimaginasi. Watak Qash yang ala ala misteri pun berjaya diolah penulis dgn baik.

And ika puji jugak watak tambahan yang Acik Lana masukkan dalam SD ni. Keluarga Puteri yg mcm mcm karakter dan semuanya. Semua membantu menguatkan plot storyline SD. Goodjob penulis!

Eventho yes. Kalau fikirkan balik, might be mcm mengarut whatsoever la kan. But who cares. Dah namanya novel. No limit okay dalam berimaginasi.

Suka dgn semua part dalam buku ni. I love it. Buatkan saya teringat satu cerita korea WYWS. Nampak sama tapi bukan dia. Hehe.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,537 reviews1 follower
March 17, 2021
Lebih seronok membaca tapi geram juga dengan watak Putri ini.. Memanglah sayang tapi sepatutnya bantulah ayah tu supaya pulih dari masalah ketagihan arak.. Bukannya sayang tapi tak usaha untuk bantu.. Namun jalan ceritanya memang menarik dan ringkas.. Konflik hubungan kekeluargaan dan komunikasi suami isteri.. Nicelah..
Profile Image for Mslvoe.
2,152 reviews213 followers
November 23, 2023
Daebak!

Such a sweet couple Qash dan Putri. Alalalalla

Awatlah manis melenting Qash sampai F tersengih² cam kerang busuk. Suka la both characters.

Putri clumsy and Qash yang cool tahap mystery. Bestlah if kita ada superhero. Rasa dihargai.. cia cia cia
Profile Image for Norliza Yusop.
333 reviews9 followers
February 15, 2018
#SweetDreams dr AL...selesai dlm 2 hari..kali ni AL berikan kelainan pd watak2nya..Qash yg mampu 'melihat' perkara buruk yg bakal terjadi kepada insan2 kesayangannya jd keliru bila dia 'melihat' apa yg bakal terjadi kepada Putri yg tiada kaitan apatah sangkut paut dgnnya..

walau ada kala dia mahu membiarkan tp hati dan tubuhnya bergerak juga utk bertindak menjadi 'penyelamat' Putri... nak pulak Putri seorg yg kelam kelabut tingkahnya! terhantuk, jatuh, luka dan sakit sudah menjadi perkara biasa buatnya. Ada sesuatu antra mereka dn bila Lukisan nakal qash ttg putri dihasilkn timbul pelbagai peristiwa hingga qash memutuskan utk kahwini putri..

muncul pula papa putri mahukan perhatian n pertlgan putri... setlh itu diduga pula dgn kecurian Lukisan Nakal yg sgt mengejutkan mereka!

kuat kasih mereka diuji...dalam sayang putri pd si ayah ditagih...bagaimana qash n putri hadapinya? blh la ber #SD..
Profile Image for Qayiem Razali.
897 reviews86 followers
September 2, 2020
[93-2020]

#SweetDreams #AcikLana

Sudah lama rasanya tidak membaca naskhah daripada Acik Lana. Ini yang terbaharu dibaca selepas novel I Promise. Seperti biasa, Acik Lana memang tidak menghampakan. Seperti karya-karya terdahulu, Acik Lana bijak dalam mengembangkan jalan cerita sehingga kita sebagai pembaca tidak mahu lepas untuk mengetahui kesudahan hero dan heroin.

Kali ini penulis membawa kisah tentang lelaki yang punya 'kuasa' tersendiri. Bagi saya ini merupakan idea yang bagus. Tidaklah merepek memandangkan kuasa yang Qash punya hanyalah dapat meramal apa yang akan berlaku. Bertemu dengan Putri, sejenis clumsy membuatkan hidup Qash berubah. Dari benci bertukar cinta, pelbagai ragam yang berlaku antara Qash dan Putri.

Kesimpulannya, novel Sweet Dreams ini antara karya yang ditulis dengan lancar, bermaksud penggunaan bahasa yang baik serta gerak cerita yang tidak berserabut. Tahniah buat Acik Lana!
Profile Image for Intan  Musa.
593 reviews73 followers
October 18, 2017
So sweet! Walaupun Putri sudah berumur 26 tahun, dia masih lagi clumsy. Selalu saja dapat kemalangan kerana sifatnya yang sangat kelam-kabut. Kerana itu, dia jadi ejekkan di tempat kerja. Dia selalu saja rasa rendah diri. Nama Qash Adam amat terkenal dalam dunia seni lukis. Tetapi tiada siapa pun tahu bagaimana rupanya. Dia lebih suka menyendiri kerana kisah lalu yang perit. Ia bermula dengan kebolehannya untuk 'melihat masadepan'. Kehadiran Putri dalam mimpinya menjadi tanda-tanya pada Qash. Putri hairan kerana telah beberapa kali Qash menyelamatkannya. Superhero? Spiderman? Siapa Qash sebenarnya? Jalan hidup mereka seakan-akan bertaut. Saling memerlukan. Apakah yang akan terjadi bila mereka bersama?
Profile Image for Sweet♡ساكورا.
189 reviews14 followers
August 11, 2018
My ranting: 4.5

Tak di sangka "Harapkan pagar, pagar makan padi" Ingatkan boleh percayakan 2 ketul (Mr. Lee & Faeza) ni hampeh sungguh laaaa hai. Tak pasal² bapa mertua (Jamal) jd mangsa di tuduh sebagai pencuri (termasuklah aku juga percaya si kamal pencuri) maaf pak -hehe!!

Hebat juga Qash ni di beri keupayaan sebegitu. mampu mengetahui apa yg bakal berlaku.
56 reviews2 followers
October 21, 2017
BEST BEST BEST!
Jarang ada novel melayu yang bercerita tentang supernatural ni.
Watak Putri yang clumsy is so funny, especially bila dier tau abt her sexy painting. Siap tuduh Qash bukan2, tapi dier lupa yg dier ada di dalam rmh Qash, hahhhaha!
Novel yg easy to follow, tak terlalu heavy. Love it!!
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Dira.
9 reviews
September 9, 2019
My rating : 3.5

Cerita ni memang bagi K-Drama vibe eheee.
Katanya novel ini tiru While You Were Sleeping. Novel ni diterbitkan pada Feb 2017 dan drama tu keluar Sep 2017 jadi tiada istilah tiru meniru di sini, ya

Cerita ni memang best. Happy ending untuk semua watak, Dira suka. Cuma ada beberapa perkara nak luah

1. Apa jadi pada Muaz? Watak Muaz terus dimatikan begitu saja. Tak boleh ke mereka matikan watak Muaz dalam keadaan baik dengan Putri? Contohnya Muaz ucapkan tahniah atas perkahwinan Putri dan Qash ke apa ke ni blah macam tu je padahal dulu Muaz terkejarkan dia. Agak tergantung di situ

2. Macam terseksa pula Dira tengok yang Qash tak pernah balik kampung dah sampai lah ke akhir novel. Dira rasa penulis boleh lakukan sesuatu untuk ketegangan dan hubungan mereka tu kembali jernih. Ya, bertapa peritnya Qash menanggung penderitaan, kecaman, sindiran, segala bawang dari keluarganya tu. Tapi sampai bila? Dia tetap akan jumpa mereka kan? Dira rasa macam penulis patut buat lebih baik dekat part ni. Takkan nak biarkan keluarga Qash tu terus menghina dia? Mungkin dah diterangkan banyak kali kan tapi hmm entahla haha

3. Part Qash melamar waktu kelam kabut tu. Dira faham niat Qash waktu tu. Dia nak jadi yang halal buat Putri untuk terus melindungi Putri. Dira tahu. Tapi ini terlalu cepat. Jawapan pula diberi dalam² masa dilamar tu jugak? Tak boleh ke kalau Putri kata bagi dia masa dua tiga hari ke. Macam tak matang di situ, buat keputusan terburu². Patutnya dia terkejut dan terkejut setelah banyak insiden yang terjadi antara mereka buatkan dia macam eh awak boleh tak bagi saya masa, saya terkejut terima semua ni bla bla bla.. perkahwinan bukan permainan. Tak boleh ke dia bincang dengan mak dia, tanya Fara. Tanya pendapat, solat istaqarah ke, muhasabah diri ke

Ok. Itu sesi luahan. Ini sesi pujian pula.

1. Mimpi yang menjadi realiti. Sangat menarik. Bagaimana mimpi ini sebenarnya mengikat dua hati untuk saling melengkapi chewahhh. Hahaha

2. Dia sentuh part kerja. Bagus. Macam seimbang la dia punya kerja and kisah cinta. Takdelah kau berkepit bercinta, sweet² 24 jam sampai buatkan Dira tertanya² eh dia ni kerja apa atau dia ni takde kerja ke?

3. Plot twist! Wahhh terbawa² feel Qash yang tuduh Kamal mencuri potret hingga sebenarnya Dira juga tertipu hahaha. Tak terlintas yang Mr. Lee & Fieza yang rancang semua ni. Wahhh, agak terkejut di situ. Tahniah penulis buatkan Dira tak syak perkara ni

4. Dira suka bagaimana penulis sentuh tentang perangai kelam kabut Putri lepas kahwin dan waktu nak mengandung pun. Sekurang²nya penulis tak matikan perkara itu serta merta. Kutlah penulis akan lebih pentingkan romance diorang lepas kahwin sampai lupa pasal nasib malang Putri itu. Well, memang pasal ini pun ceritanya kan hehe

5. Dira juga suka bagaimana penulis memang dah gambarkan tahap alone si Qash yang dah lama mati ni haha. Maksud Dira, Qash memerlukan masa untuk biasakan diri dengan situasi baru untuk terima orang baru dalam hidupnya. Takdelah dulu hidup seorang, susah nak terima orang kemudian tiba² kau terima siapa² sesuka hati je kan.Dan yeah dulu bujang, tak pernah ada sesiapa kan. Eh dah kahwin sampai lupa ada isteri.

Saja Dira nak mencelah. Dira sangat kecewa yang Drama telah banyak mengubah jalan cerita novel ini. Jadi tunggang langgang dibuatnya. Tapi tak apalah. Ramai je yang layan tapi Dira tetap suka jalan cerita Novel berbanding Drama sebab bagi Dira, jalan cerita Drama lebih complicated dan entah apa-apa huhu.

Itu saja komen Dira. Apapun tahniah kepada penulis kerana berjaya menghasilkan satu karya yang lain dari yang lain.
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,565 reviews41 followers
May 20, 2017
Actually nak bagi 3.5 stars

Cerita cinta dua merpati sejoli selepas nikah yang sweet, watak-watak utama sweet; Putri lawak dengan blur & clumsy nya dan Qash punya aura mysterious, boleh tahan garang, keras hati & agaknya ada tokoh jadi samseng juga, banyak pintu dipecahkan dan sentiasa menang bila belasah orang. Qash sering termimpikan Putri, memestikan dia berada di saat dan ketika untuk menyelamatkan Putri yang cemerkap dan mungkin juga sering tidak bernasib baik, wwalau belum pernah ada hubungan antara mereka. Putri pula sangat lembut hati when it comes to BFF dia Farah, papa, mama dan Qash. Asyik jatuh dan langgar dinding sini sana buat beliau sering jadi bahan gelak dek orang pejabat. Ada juga member panggil Putri "perempuan perasan bagus" rasanya.... maybe sebab dia jenis malas nak layan orang sangat dan boleh buat muka derk bila dijeling bagai. Kena buli sebab asyik ditimpa malang (kecil-kecilan) sejak sekolah. Tapi disebalik lembut tu mulut sempat laser juga perli Melissa & Fieza. Mentang-mentang si Qash yang rupawan dan hartawan mysteriously dapat kat dia.

Jalan cerita simple, konflik ringan-ringan; buku ni kira puas hati kubaca in between more meaty books such as Bedar Sukma Bisu.
Profile Image for bookish dumbass.
41 reviews
March 9, 2017
Love love love! I've always loved Acik Lana's books however some of her books has been a bit of let down recently. Hence, the reluctance to read Sweet Dreams. A bit worried that I'd be disappointed again and since it has a bit of fantasy feel to it...

I am so glad she proved me wrong! I loveee it! My first Malay fantasy book and I am so mind blown by it. I hope AL keeps up this passion and produce more good books.

I'm not saying it's perfect. There's still the cliché feel to it (the damsel in distress makes you roll your eyes but it didn't make me cringe, so all good) but I LOVE IT!

Much love to AL. Can't wait for your next book! ❤️❤️
129 reviews3 followers
April 2, 2021
Baca novel ni hanya selepas ia muncul di TV. Saya baca ebook melalui: https://www.e-sentral.com/book/info/2...'

Ni bukan karya Acik Lana yg 1st saya baca. Dan sememangnya AL ada auranya yg tersendiri. Trademark AL semestinya watak hero yg sweet-boleh-kena-diabetes. Pun begitu, saya masih enjoy baca karyanya yg satu ni. Dan sebelum beli dan baca ebook AL ni, saya cek dulu review org lain. Ramai berpuas hati dgn novel AL ni.

Great work! siapa yg belum baca boleh baca. sbb mmg best!
Profile Image for Wan rohani harun.
180 reviews6 followers
August 8, 2017
Saya bagi 2.5 bintang.. tp dibundarkan kpd 3 bintang la ya. Buku pertama drpd acik lana yg saya baca.

Sepanjang baca buku ni saya membayangkan qash adam tu dgn gong yoo. Well, he is a perfect hero dlm imaginasi saya hahahahha.. the girl tu terlalu clumsy so tak boleh nak imagine siapakah dia...

Would I read another book of hers? Maybe. Or maybe not... only if I have the time ... nearing the ending I was like, I spent a few days for this book? My next read has to be better if not brilliant!
Profile Image for Fariza Umaira.
119 reviews7 followers
August 23, 2019
Saya rasa ini antara karya terbaik penulis (pendapat saya je sebab ini buku kedua penulis yang saya pernah baca selepas Aku Bukan Mistress). Keseluruhannya, saya suka walaupun versi drama yang diinspirasikan daripada novel ni sangat berbeza.

Diterbitkan sendiri, saya suka dengan kualiti buku ni..cover cantik dan yang paling penting, saya suka sebab susah nak jumpa 'typo' dalam novel setebal 680++ muka surat. Good job editor!

Teruskan menulis Acik Lana..mmuahhh
Profile Image for Gil.
17 reviews
October 6, 2019
Different from the television series. Not suffocating like some romance novels. Their relationship was just nice. Good twists here and there. Hoped there was some sort of conclusion for Qash's family story but there wasn't. Otherwise nice conclusion for Putri's family.
Profile Image for Neida.
353 reviews19 followers
August 2, 2018
Great book! Acik Lana brings a little bit of “supernatural” feeling into this sweet love story... love it!!
Displaying 1 - 30 of 45 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.