Bakri, seorang pemuda berkelebihan luar biasa, bersama bapanya, Mustafa ingin menumbangkan Kesatuan Pemburu, sebuah organisasi rahsia, yang telah membunuh manusia kesayangan mereka. Misi itu telah membawa mereka ke Malaysia, yang kini sedang bangkit untuk bersaing dengan kuasa-kuasa besar dunia.
Misi yang kelihatan bertujuan untuk menuntut bela, hakikatnya punya matlamat yang lebih besar. Malaysia menjadi medan pertembungan antara mereka dan Kesatuan Pemburu, juga dengan diri mereka sendiri
MUHAMMAD HILAL ASYRAF atau lebih dikenali sebagai Hilal Asyraf, merupakan graduan Yarmouk University(2012), Jordan dalam bidang Usuluddin.
Beliau telah memulakan karier sebagai seorang penulis semenjak April 2009 dengan karya sulung, Novel VT dan Buku Motivasi Langit Ilahi: Tuhan Tidak Lupakan Kita.
Semenjak itu, beliau aktif mengarang karya-karya fiksyen dan non-fiksyen. Kini telah menghasilkan lebih 40 judul karya.
Beliau juga merupakan pengasas kepada web LangitIlahi.Com, dan semenjak penghujung 2016, beliau telah menubuhkan perniagaan penerbitan beliau sendiri - Hilal Asyraf Resources, dan mula menerbitkan sendiri karya-karya beliau.
Jika naskah yang pertama Hero memberi vibes Batman, namun naskah ini mengingatkan SH dengan cerita Captain America. Sekumpulan Pemburu yang badan dan organnya dibedah demi memberikan kekuatan dan ketahanan yang lebih kepada tubuh Sang Pemburu.
Bakri anak muda genius yang dilatih oleh bapanya untuk menghalang tujuan sebuah organisasi rahsia bagi menjatuhkan dan memporak-perandakan Malaysia.
Naskah yang kedua ini menggunakan garis masa 15 tahun selepas kejatuhan kerajaan korup di naskah yang pertama. Walaupun watak Hero masih terselit di dalam naskah ini namun sekadar watak tambahan sahaja. Perjalanan cerita yang berlainan namun mempunyai tujuan yang sama.
Lebih padat dengan aksi berbanding dengan yang pertama. Di awal mula cerita dimulakan dengan babak aksi. Aksi kali ini bukan sekadar pada pertempuran jarak dekat namun jugak jarak jauh. Bukan sahaja pada pertempuran fizikal tapi juga mental.
Pace penceritaan lebih laju daripada yang pertama hingga menarik SH untuk meneruskan pembacaan dan menghabiskannya lebih awal.
Seperti naskah Hero, naskah ini juga diselitkan dengan pengisian untuk spiritual. Banyak ilmu-ilmu dan manfaat pengajaran yang boleh diperolehi.
Dalam naskah ini umur dipaparkan bukan sebagai halangan untuk berbakti kepada negara. Generasi yang beginilah yang kita mahukan di alam realiti. Bijak bukan sahaja dari segi IQ tapi harus juga mapan EQnya.
Antara yang SH suka dalam naskah ini adalah bagaimana penulis memaparkan sekumpulan pemimpin yang bagus, yang tidak mementingkan diri sendiri mampu membawa perubahan yang bermakna lantas menguatkan lagi negara tercinta.
Namun apa yang sedikit kurang adalah dari segi emosi. Bagi SH naskah yang pertama lebih berjaya menampilkan emosi. Yang ini emosi yang cuba disampaikan tidak mampu dirasakan dengan baik.
Idea dah ada. Agak menarik. Tetapi penceritaannya agak straightforward. Lebih menarik rasanya jika dilebihkan babak-babak thriller dan suspen.
Boleh rujuk karya Ramlee Awang Mursyid dan Christopher Nolan. Mungkin boleh dimantapkan lagi teknik penceritaan supaya lebih menarik dan membuatkan pembaca tak sabar untuk menghabiskan novel yang tebal ni.
Pengalaman peribadi setelah membaca Hero (versi baru) dan Pemburu, ada sedikit rasa bosan (walaupun tak dinafikan secara umumnya kedua buku ini menarik) kerana kedua cerita seperti berkongsi idea yang sama cuma watak dan jalan penceritaan yang diubah suai sedikit.
Mungkin boleh divariasikan sedikit jalan cerita antara satu novel dengan novel yang lain ditambah pula dengan elemen-elemen kejutan sekaligus membuatkan pembaca sukar meneka jalan cerita serta menjadikan pembaca tidak mudah bosan apabila membaca siri novel Hero.
Just my 2 cent. Sebab sebelum ni dah bagi review positif, so kali ni review yang diharap mampu menjadi pemangkin untuk meningkatkan lagi mutu penulisan.
“Kita semua akhirnya seorang Pemburu; Pemburu ketenangan, kebahagiaan, keharmonian, keredhaan Tuhan, dan Pemburu kehidupan yang bahagia”.
Ini kisah Bakri. Seorang lelaki yang dibesarkan dan dibentuk ayahnya yang penuh rahsia menjadi Pemburu berkekuatan luar biasa akibat pembedahan khas yang memandulkan. Misinya menumpaskan sebuah organisasi rahsia bukanlah untuk membalas dendam, tetapi menuntut bela akan kematian umminya serta berjuang demi ummah dan agama.
Kemunculan watak-watak jahat bersilih-ganti sama juga halnya dengan ajal mereka. Dengan meminum cecair khas, kekuatan dan kelebihan seorang Pemburu bertambah. Bukan hanya kuat pada fizikal, kebanyakan Pemburu juga mempunyai intelek yang tinggi, dan mempunyai kepakaran masing-masing seperti si penggodam genius bernama Yuddh. Teknologi yang digunakan juga tak kurang hebatnya! Kemunculan “Tok Guru” menghangatkan cerita hingga membawa kepada pertempuran hebat antara dia dengan Bakri dan Muse.
Kesudahannya boleh dijangka dan sedikit terburu-buru. Terlalu mudah bagi Bakri mengalahkan pihak lawan yang terhandal berserta dengan bantuan hero. Tapi tetap memuaskan hati.
H.A menyelitkan beberapa tajuk buku dalam dialog antara karakter, menampakkan beliau sendiri banyak membaca dan menelaah. Gaya pemikiranya jauh terkehadapan dan pengharapannya begitu besar, lagi-lagi berkenaan misi mendapatkan kembali masjid Al-Aqsa dan mengembalikan keamanan justeru membuktikan kekuatan Malaysia. Babak perbualan mengenai masjid tersebut membuatkan saya benar-benar sebak. Penulisannya mantap, dan menusuk jiwa. Pengolahan ceritanya berstruktur, padat dengan aksi pertarungan yang mendebarkan, banyak elemen mengejutkan dan watak juga diperkenalkan dengan baik.
Antara mesej yang hendak H.A sampaikan; berhentilah hidup dalam kealpaan dan berbaliklah pada ajaran Al-Quran dan asSunnah, hayatilah, dan amalkanlah kerana ilmu saja takkan mencukupi. Pandanglah ianya dari perspektif yang berbeza. Beliau juga mengingatkan kita supaya sedikit sebanyak memberikan sumbangan pada negara dan rakyat palestin samada kewangan atau setidaknya doa walaupun pengakhiran yang baik telah Allah janjikan buat mereka.
Officially starting the 1st book in 2017 with Pemburu. I thought this 1 is a good start. Pemburu nie almost similar with Hero, 1 of Saudara Hilal's previous works. Saudara Hilal got his own predictive style of writing. Setiap perjuangan dalam cerita Saudara Hilal mesti ada tujuan dan iman adalah asas perjuangannya. Mula2 the protagonist kena suffer, then at the end happy ending. It's like a rainbow after the rain. Cuma Pemburu nie ending nya quite rushing, bila mana aku rasa macam senang sangat Si Bakri, the young hunter nak kalahkan the experienced hunter, Jaeger and tumbang kan the leader and organisation yang dah bertahun lamanya bertahan. The ending is not as adventurous as his other works. Maybe sebab buku tu dah tebal kot. So tak brapa nak feel sangat towards the end tu. And 1 more thing aku rasa watak Fatihah dan Salma tu tak perlu wujud lagi better sebenarnya. Sebab tak de impak yg aku dapat rasa from these 2 characters. Maybe the author nak create "bunga" among all "kumbang", but not quite menjadi in my opinion. Another thing is banyak juga typo error dalam buku nie, so hopefully the editor will be more alert next time ya. Anyway, buku nie tak berat, mudah dihadam, dan sangat memberi inspirasi untuk reader sedar tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi. Aku sangat tertarik dengan ayat "Iman, sumber kekuatan, percaya, berjaya. Tidak di dunia, di akhirat sana. Maka apa ruginya". Tahniah Saudara Hilal. Keep up the good work.
hahaha macam biasa good Vs bad .... of course good always win at the end.
walaupun sut Hero tu seolah Iron Man versi islamik. kira ok lah
rasa stress bila Barq vs Pemburu. dah rasa macam X-Men ... cuma kena minum special liquid nak jadi kuat bagai ... tapi badan dah kena modified and sterile ...
Kali ini Penulis membawakan kisah organisasi rahsia yang mengawal dunia untuk mengikut kemahuan mereka dengan membunuh, keganasan dan cetusan huru hara.. Namun ada pemburu yang menemui cahaya dalam kegelapan dan bangkit menentang organisasi tersebut dengan bantuan Hero.. Memang memberikan debaran bila baca aksi dan pertarungan yang dipersembahkan penulis..
Ini kisah sambungan Hero. Rezeki pula 'terjumpa' Hero dulu di library,kemudian 'terjumpa' pula Pemburu. Jadi baca sambungan karya Hilal tanpa plan. Saya suka input dan perjalanan kisah fiksyen ini,sehingga mengimpikan suatu hari ia benar-benar berlaku di Malaysia. Amin !
Pemburu seakan kurang rasa sedikit berbanding Hero. Mungkin kerana watak Bakri yg kurang perasaan berbanding watak Afam. Tapi overall ok.
Dan pasti menarik juga kalau kisah Hero dan Pemburu dpt difilemkan. Pasti dpt menaikkan semangat kita. Tapi jujurnya aku kurang percaya dgn org filem kita,takut-takut naskah ini jadi kaku bila difilemkan 😅
Seperti karya-karyanya yang saya baca sebelum ini. Seronok dibaca untuk tujuan santai (tidak perlu terlalu memerahkan otak untuk faham atau fikir terlalu dalam) tetapi mempunyai mesej yang membina. Bahasa Melayu tetap dijaga dan plotnya tidak stereotaip (bukan seperti banyak buku Melayu 'popular' yang di pasaran, lebih-lebih lagi yang telah diterbitkan menjadi drama). Juga tidak terlalu meleret, setiap ayat padat dan cukup untuk menyampaikan jalan cerita (mengikut citarasa saya lah). Tetapi masih ada kesalahan dalam tatabahasa/ejaan... (cuma mungkin kurang daripada karya-karya awalnya).
Pemburu dari Hilal merupakan novel kedua dalam siri Saga Hero. Untuk baca buku ni, anda seharusnya baca dahulu buku yang pertama. Sila lihat ulasan aku yang lepas tentang buku HERO.
Buku Pemburu ini diterajui oleh Bakri sebagai watak utama. Juga ditemani oleh watak-watak utama dari buku Hero sebagai penyambung jalan cerita.
Right of the bat, buku ni kurang babak aksi berbanding buku yang pertama, tetapi lebih berat kepada mesej-mesej keagamaan dan politik sosial. Suka aku katakan, hal ini menyebabkan aku sebagai pembaca sukakanya sebab rasa kurang lah bosan bila kita baca dengan rentak yang berbeza pula. Sebab kalau mendatar saja dengan momentum yang sama, kemungkinan banyak benda yang jadi terlalu ‘expected’ dan hilang ‘element of surprise’ tu.
Jalan cerita yang dipetik dan dikaitkan dalam buku Pemburu ni juga lebih menarik untuk dibaca. Dengan adanya benda-benda baru yang diperkenalkan, karakter baru yang menjadi tarikan bacaan, dan semestinya skills dan kehebatan setiap karakter yang wujud menjadi asbab aku tak lepas buku ni dari tangan aku. Fighting scenes dia pulak, Fuhhh! Mantap! Saudara Hilal memang ada kepakaran dalam menukar emosi atau mood sesuatu masa, kepada satu lagi, dalam sekelip mata! Boleh aku katakan pada setiap muka surat, takkan pernah ada jemu.
Gaya penulisan dan susur atur ayat dalam buku ini juga harus menjadi sesuatu yang dibanggakan apabila buku ni berbicara soal rohani, ketuhanan, hati, kehidupan dan sebagainya. Diselitkan juga petikan hadis dan sumbernya sebagai rujukan pembaca. Plot yang dibina dan disusun cantik menjadi asas kepada menariknya buku ni. Soal percintaan juga ada tapi taklah seberat buku Hero kerana soal dendam dan agama lebih menjadi bualan utama buku ini.
#Pemburu membuatkan aku terngiang dan terkesima sebentar apabila mengenang semula mesej yang terkandung serta bagaimana jalan cerita untuk dunia #SagaHero akan lebih luas selepas ini. Nantikan!
Terima kasih Hilal Asyraf Recourses atas pemberian buku ini untuk tujuan ulasan!
Saya baca Samurai Melayu terlebih dahulu berbanding Pemburu. Jadi, ada beberapa scene dalam novel ini yang saya dapat teka kesudahannya, HAHA. Novel ini berkisar tentang Bakri, anak kepada Muse, salah seorang Pemburu terkuat dalam Kesatuan Pemburu. Jadi, selain Ryuken, Kesatuan Pemburu ni antara agensi gelap yang berpengaruh di dunia (tetapi masih tak dapat nak kalahkan Ryuken!)
Saya suka dengan watak Bakri, dia nampak misterius dan menarik.Sambil baca tu dah boleh bayangkan tahap kehensemannya setara mana, HAHA.
Macam Samurai Melayu, tentulah Pemburu ada juga part yang saya rasa sedih, cumanya tidaklah sampai saya mengalirkan air mata macam Samurai Melayu, tapi saya suka konsep penulisan yang Tuan Hilal; dalam perjuangan mesti ada pengorbanan.
Novel ini sarat dengan dakwah dan teguran halus yang sering kita terlepas pandang.Bagus pendekatan sebegini kerana kadangkala kita tersasar dari landasan sebenar, dan teguran halus dalam novel ini membuatkan ia senang dihadam dan diperhalusi oleh segenap lapisan umur.
Oh, yang paling mengujakan saya tentunya informasi berkenaan Kesatuan Pemburu.Suka saya melihat world-building novel ini, walaupun saya bukan peminat novel aksi tetapi karya Tuan Hilal memang tak pernah mengecewakan. Saya suka apabila pembaca maklum akan sesuatu yang diketengahkan dalam novel (contohnya dalam Pemburu, ada dinyatakan bagaimana senjata seorang Pemburu ditempa, bagaimana tubuh Pemburu boleh jadi kebal dan peka sebegini) jadi apabila kita sampai ke plot seterusnya, pembaca tak terpinga-pinga dengan plot yang "tiba-tiba" kerana sudah dijelaskan dari awal.
4 bintang untuk karya gempak ini! Kenapa bukan 5 bintang? Mudah, novel ini memang bagus cuma bagi saya " feeling"nya tak sesampai Samurai Melayu,but still this novel is worth reading!
Bakri seorang pemuda yang dibentuk menjadi pemuda yang luar biasa kerana identiti pemburu. kisah hitam keluarganya di mana, umminya telah dibunuh oleh kesatuan pemburu menjadi penyebab berlakunya suatu kebangkitan semula Mustafa ayah bakri untuk menuntut bela dan menghapuskan kesatuan pemburu. Bakri telah dididik dengan ketat untuk menjadi seorang pemburu yang hebat. Suatu rahsia besar telah terbongkar apabila menjadi seorang pemburu. apakah itu?
kemunculan watak afam (hero dalam novel hero) benar-benar terubat rindu ingin mengetahui lagi kisah Afam. Afam banyak membantu dan menyedarkan Bakri kenapa dia perlu berjuang menentang kesatuan pemburu. sebelum ini matlamatnya hanya menurut arahan ayahnya. selepas kematian ayahnya, Bakri meneruskan misi ayahnya supaya kesatuan pemburu terus berkubur.
apakah rahsia besar yang disembunyikan mustafa? kenapa afam boleh terlibat dengan perjuangan mustafa?adakah kesatuan pemburu berjaya terkubur? semuanya terjawab setelah membaca novel ini sehingga ke titisan terakhir.
bagi aku buku ini sangat-sangat sesuai dibaca golongan muda yang ingin mencarii "role model" adi wira macan iron man, batman, superman, ultraman, kluang man...dsb. watak bakri sebagai pemburu yang berpaksi kepada akidah dan pengangan iman juga watak Afam sebagai Hero bersut yang sentiasa berpegang kepada landasan Islam yang sebenar sangat sesuai dijadikan "role model" kepada anak muda kini.
Baru habis baca buku novel ni. Mula membacanya pada 1 September lepas dan baru habis hari ni (2 November 2023). Rancangnya nak habiskan malam tadi tapi sebab pening kepala amat sangat, terus tidur haha. Lebih kurang 2 bulan juga nak habiskan novel ni, sebab lama tak baca buku stamina agak kurang, bukan lambat habiskan sebab bosan. Seronok novel ni kalau dibandingkan dengan novel pertama saga Hero, Hero. Mungkin kerana Hero pada ketika itu penulis baru berjinak-jinak dengan dunia penulisan, dengarnya macam ketika zaman penulis belajar dahulu. Penuh dengan aksi dan penulis berjaya menimbulkan banyak tanda tanya kepada aku. Agak ekspektasi tinggi untuk Malaysia akan datang, Malaysia jadi salah satu negara maju dan jadi kuasa baharu ketika itu. Orang yang suka teori konspirasi pun rasanya sesuai baca ni haha sebab kewujudan Kesatuan Pemburu ni macam "wah" menarik juga. Konsep dia macam byakugan sikit, teringat satu pos reddit kata kenapa konoha tak tubuhkan pasukan penembak tepat dari kalangan puak Hyuuga? Cuma akhir macam terburu-buru tukar latar tempat. Tetiba ada di Himalaya. Eh tetiba ada di Amerika. Mungkin akan baca lagi novel ni untuk buat senarai main Spotify untuk lagu-lagu yang didengar oleh Bakri.
Buku pemburu membawakan sebuah jalan cerita yg thriller n menarik. Ianya memberi sya sebagai pembaca berasa tertarik bagaimana Bakri menempuhi zaman kecilnya hingga zaman remaja dgn pelbagai latihan dan misi khas yg tidak dilalui oleh org lain. Cerita ni jadi lagi kemuncak bila ayahnya yg merupakan salah seorg bekas pemburu terhandal sanggup mengorbankan diri sewaktu melawan Adzhim, pemburu yg ingin membunuh mereka kerana menganggap mereka sebagai pengganggu dlm rancangan hendak menghuru-harakan Malaysia yg dh maju dan hebat dgn pengamalan Islam sebagai gaya hidup. Nasib baik ada Hero yg membantu Bakri dlm meneruskan misinya utk menghapuskan semua konspirasi Pemburu. Jalan cerita dia memang gempak. Ayat2 quran n hadis dlm novel tu kebykannya tuju kpd perjuangan Muslim yg sebenar👍👍Tahniah n terima kasih kpd Hilal Asyraf dlm menghasilkan novel2 'Universe Hero'. Semoga Allah mudahkan segala urusan Tuan dlm menyebarkan dakwah melalui novel2 ni
Buku kedua dalam siri universe HERO. Dan buku kedua juga yang aku baca untuk siri ini. . Ingat lagi, masa pbakl 2017, aku terlepas beberapa saat je nak dapatkan unit terakhir pada booth kedua or ketiga yang aku struggle cari lokasi dia. Buku dah depan mata, tapi tangan orang hadapan dah sambar dulu. Frust gila masa tu. . Jadi, tunggu lah cetakan seterusnya dengan sabar. Akhirnya dapat juga baca. Kenal watak bakri masa baca novel Surihati, jadi memang excited bila baca ni sebab bakri watak utama. Hahah. . Dipendekkan cerita, bakri ni ada kebolehan luar biasa sebab dia dibedah untuk ubah struktur badan dia. Dan bakri ni genius. Dia dan bapa dia diburu oleh Kesatuan Pemburu sebab mereka dirasakan sebagai ancaman. Sedih part bapa dia mati bila dah klimaks tu. Hmm, memang kadang kita kena berkorban untuk kelangsungan hidup orang yang kita sayang. . Btw, babak pertarungan dalam ni pun diceritakan dengan laju.
That sort-of nazi review I read on this book's page now makes sense. This book is straightforward.
But not in a bad way kind of straightforward. It's just clear with its message and a different style of writing. The good guys always win. Message-wise, it's good to motivate good intentions. However, in anothe point of view, defeating a secret organization that had been existing since hundreds of years ago in just one book is unrealistic. But Im guessing the message is anything can happen if Allah wills. So that's why, being unrealistic is not a bad thing.
This book has a catchier beginning and more interesting fight scenes than the last book, that I like a lot. The concept of "Pemburu" and how it is taken literally caught my attention.
Novel Pemburu adalah merupakan kesinambungan dari Hero..jalan cerita bagi kisah ini semakin menarik dengan penulis membawa masuk watak utama dari Novel Hero iaitu Afam untuk menjadi teman kepada watak utama dalam Novel Pemburu iaitu Bakri.
Jalan cerita bagi Pemburu amat pantas...namun karya ini masih berisi dengan nilai-nilai kekeluargaan, persahabatan dan nilai keislaman yang sempurna sememangnya tergambar dalam novel Pemburu.
Dalam pada itu, novel ini tidak begitu thrill kerana watak Bakri tergambar terlalu sempurna dari segi didikan agama, mental dan keupayaan sehingga kita boleh mengagak penamat kepada novel ini.
Secara keseluruhan, novel ini sememangnya menarik untuk dibaca...walaupun ia merupakan novel fiksyen namun pengarang tidak pernah gagal untuk memastikan nasihat dan motivasi positif turut disuntik dalam karyanya ini..tahniah kepada Hilal Asyraf.
Kesudahan buku yang sudah boleh dijangka. Kemunculan watak jahat yang bersilih ganti. Cumanya saya sedikit kecewa dengan cara kematian setiap watak penjahat.
Jikalau hero seperti ironman atau batman, pemburu seperti X-men atau Captain America. Satu dengan kuasa kehebatan teknologi, satu lagi dengan kekuatan badan.
Sedikit tidak berpuas hati bagaimana pembedahan yang dilakukan oleh seorang pemburu boleh mengakibatkan kemandulan. Lebih seronok jikalau ada penerangan secara ilmiah sedikit.
Mungkin cara penyampaian nasihat dan tazkirah boleh disampaikan lebih santai lagi. Tazkirah yang diselitkan dalam perbualan dilihat terlampau formal.
Apa² pun, saya tetap meminati karya² Hilal sejak sekolah menengah. Teruskan perjuangan dalam menyebarkan kebaikan ! Anggaplah ini sebagai pandangan membina :)
This entire review has been hidden because of spoilers.
Dalam buku ni, penulis gambarkan Malaysia sebuah negara yg well known dan disegani. Perdana menteri pun like zaman Khulafa Ar Rasyidin. And Malaysia berjaya membebaskan Masjidil Aqsa.
Kesatuan Pemburu - organisasi rahsia yg rebel, musuh Islam. Nak menjatuhkan Malaysia. Dalam kesatuan ni ahli2 dia dipanggil Pemburu. Pemburu ni mcm assassin la.
Mustafa code name Muse - one of the Pemburu tapi dia tak dapat completekan satu mission dan ada tragedi menimpa, dia end up living in hiding. Dia train anak dia Bakri to become Pemburu utk meneruskan perjuangan menentang kejahatan.
My thoughts? 1. I love the world building, the politics, the whole Pemburu concept - it's really cool. Buat aku berkhayal jap kalaulah betul Malaysia begitu, aman dunia. 2. Last scene yg Bakri pergi serang pangkalan Pemburu tu feels like in the movie! 3. Fast paced - kau tak sempat bosan. 4. Ada Hero interframe!
saya ingat encik pembunuh ialah buku favourite dalam series ni but pemburu buat standard yang baru. Permulaannya sedikit lama tapi lepas saya berjaya membaca sekitar 20 muka surat the plot started picking up….
Buku pembunuh ni mempunyai cerita yang ada high stakes. Majoriti dalam buku ni pasal bakri dan ayah nya mustafa berlawan menentang persatuan pemburu, dan karakter-karackter pun menunjukkan bekerjesama, contohnnya between hero dan bakri. Ia mengajar tentang islam dan sebgaianya
Cerita minor romance between fatihah dan bakri pun agak comel, dan juga realistik mereka masih pelajar universiti, says berharap di buku terakhir mereka akan berkhwin heheh
Okay next! Nak baca hero! I know im not reading by sequence tapi thats what buat saya curious about the character from the books before!
"kita semua akhirnya pemburu, pemburu ketenangan, kebahagiaan, keharmonian, pemburu keredhaan Tuhan, pemburu syurga, pemburu kehidupan akhirat yang bahagia" -Pemburu-
Mengisahkan tentang Bakri, seorang pemburu yang berkelebihan luar biasa, berkerjasama dengan ayahnya untuk menumpaskan kesatuan pemburu demi kesejahteraan rakyat Malaysia.
Pemburu dapat meningkatkan patriotisme, yakni semangat cinta akan negara kita, semangat yang perlu ada pada setiap rakyat Malaysia agar dapat bersama-sama berganding bahu membangunkan negara bukan sahaja di mata manusia bahkan seiring dengan syariat islam.
Novel Pemburu kesinambunga dari novel Hero memaparkan watak lama ke dalam novel kedua ini. Cerita yang agak terus sahaja dan tidak mempunyai twist. Namun, keinginan untuk tahu bagaimana kemenangan dicapai sangat mengujakan. Novel ini dapat dihabiskan dalam masa 1 hari setengah.
Karya Penulis boleh diagak akan selit unsur2 tarbiyyah. Tetapi melalui Pemburu, situasi yang berbeza dapat diaptasi dengan perkongsian yang baru yang menarik. Jalan cerita juga ada pembaharuan yang mengujakan.
Kelebihan2 pemburu dan cara mereka berlawan merupakan cara berlawan yang berbeza. Novel yang baik untuk dibaca.
Alhamdulilah. I'm fortunate to have this book in my hand. It's an excellent work by one of our very talented young authors strong and consistent on his path to "menghasilkan karya membangun jiwa". The message is heavy but made very simple to absorb. Very firm plot, strong characters, totally captivating turns and bends, realistic conflicts, absolutely fired by a state of mind high of quality. Definitely one of the books I'd want my kids and everyone I care about to read.
Perjalanan cerita yang menarik. Full of suspen and dapat kaitkan dengan buku siri 1 - HERO dengan mantap. Mengetengahkan teknologi-teknologi yang maju, lain dari teknologi siri 1. Banyak input dan kesedaran boleh diambil dari pembacaan buku ni, walaupun hanyalah fiksyen. - Kepentingan penyatuan ummah, kerjasama yang erat dan 'bersih' diantara pemimpin, rakyat, pertahanan negara. Syabas penulis! tak sabar nak baca the next siri.. :)
Buku yang bagus untuk membina semangat remaja atau belia mempersiapkan diri menjadi seorang yang lebih bagus untuk negara pada masa akan datang. Didalam buku ini saya terkesan apabila penulis memberi pandangan bahawa kejayaan bagi sesebuah negara itu bukan bergantung kepada seseorang individu@ pemimpinnys. Bahkan, setiap orang ada peranan masing2 dalam melaksanakan tanggungjawab. Cerita fiksyen tetapi memberi banyak ilmu dan kata-kata hikmah yang boleh kita ambil sebagai panduan hidup.
Tanpa segan silu saya katakan novel ini berjaya melengkapi kekurangan yang saya dapati dalam Novel HERO. Semua aspek penceritaan sangat memuaskan hati saya sebagai seorang pembaca. Ada beberapa kesilapan kecil yang sedikit menaikkan rasa menyampah, tetapi ia bukan isu yang besar. Secara keseluruhannya, pengarang telah menghasilkan karya yang sangat baik!
Saya suka kebanyakan karakter di dalam novel ini, terutama watak utamanya Bakri. Pengisian yang selangkah ke hadapan dan dari situ saya tabik pada penulisnya yg seakan-akan mampu 'mem predict' masa depan. So, good job!
So many surprise elements in the plot made me so hard to stop reading this novel until the end. Great job and many thanks for the author who produced this interesting story. Perhaps, this story can become a movie too one day. 😉
“Kita semua akhirnya seorang Pemburu; Pemburu ketenangan, kebahagiaan, keharmonian, keredhaan Tuhan, dan Pemburu kehidupan yang bahagia”.
Kisah anak muda bernama Bakri. Dibesarkan oleh ayahnya sebagai seorang pemburu untuk memburu satu organisasi rahsia. Bakri berusaha keras untuk menumpaskan organisasi rahsia tersebut demi menuntut bela kematian umminya serta berjuang demi ummah dan agama.
Banyak suprise element. Kehadiran pemburu seorang demi seorang dengan setiap daripada mereka mempunyai kelebihan yang tersendiri.