Goodreads helps you keep track of books you want to read.
Start by marking “Tunggu Teduh Dulu” as Want to Read:
Tunggu Teduh Dulu
Enlarge cover
Rate this book
Clear rating
Open Preview

Tunggu Teduh Dulu

4.13  ·  Rating details ·  578 ratings  ·  61 reviews
Kata Salsabila Fahim, ini cerita kecil,
cerita sederhana, tentang dia lari berteduh
di bangsal di puncak bukit
bersama Kamil dan Lam Ping Hai ketika hujan mula gerimis.

Kata aku, ini perkara besar ,
hal berteduh sementara duga datang mencuba bukan hal main-main.

Kata Teh Sofia, ya,
kerja Tuhan siapa tahu ?

Kata aku, Tuhan akan menunjukkan
kepada yang mencari. Ya, asal kau mahu
menca
...more
Paperback, 678 pages
Published 2008 by Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd (378533-T) (first published 2004)
More Details... edit details

Friend Reviews

To see what your friends thought of this book, please sign up.

Reader Q&A

To ask other readers questions about Tunggu Teduh Dulu, please sign up.

Be the first to ask a question about Tunggu Teduh Dulu

Community Reviews

Showing 1-30
4.13  · 
Rating details
 ·  578 ratings  ·  61 reviews


More filters
 | 
Sort order
Limau Nipis
Jun 11, 2008 rated it it was amazing  ·  review of another edition
Shelves: malay-or-asean
Saya berjaya menghabiskannya dengan bayangan betik yang sungguh manis dan enak melambai-lambai. Ahh, kecur air liur bila dibayangkan betik yang sudah masak, isinya merah oren keranuman dan rasanya yang kelat-kelat manis.

Itulah penangan Tunggu Teduh Dulu. Cerita ini sungguh biasa, tetapi, bak kata Aini, diluarbiasakan kerana kecintaan terhadap Allah yang Maha Esa. Ini memang sungguh cerita kecil, cerita Salsabila Fahim yang belajar berteduh dulu di muka bumi Allah ini, dan ditimpa pelbagai konfli
...more
Intan Hurulaini
Sep 15, 2017 rated it it was amazing
Shelves: owned
Pernah rasa mabuk dan high ketika membaca novel? Haha, itulah yang saya rasa ketika membaca naskah Tunggu Teduh Dulu. The rollercoster of emotion and unexpected twist in untimely manner feels surreal. Haha.

678 mukasurat terasa amat berat untuk dihabiskan. Mulanya saya bertatih membaca sekitar 20 ke 30 muka dan dibiar lama. Tapi tidak ketika pertengahan novel ini. Dari muka 245 saya membaca terus ke penghujung.

Ini cerita kecekalan wanita dalam merealitikan impian. Ini kisah kehidupan dalam menump
...more
Shahrul AhLami
Jan 24, 2018 rated it really liked it
Tunggu Teduh Dulu. Faisal Tehrani. Ameenbooks. 2011.

1) Fuh ! Ini adalah novel paling tebal yang pernah aku baca seumur hidup iaitu setebal 678 mukasurat.

2) Percayalah cakap aku, novel Tunggu Teduh Dulu ini memang sedap untuk kau baca. Haritu, aku terjumpa novel ini di atas rak Perpustakaan USIM.

3) Cuba kau tengok kulit novel ini. Ada wajah seorang wanita. Ya, bila kau baca novel ini, penulis akan membawa kau untuk menjiwai watak utama yang merupakan seorang wanita iaitu Salsabila Fahim.

4) Salasa
...more
Faizah Roslaini
Jun 22, 2008 rated it it was amazing  ·  review of another edition
Recommends it for: Yang mencari pengalaman hidup berTuhan
Alhamdulillah. Setelah sekian lama buku ini dibeli dan berada di rak. Apabila tiba saatnya, saya terpanggil jua untuk membacanya....sampai habis!

Cerita ini cerita biasa. Cerita biasa yang berkesan di hati. Cerita Salsabila Fahim yang hidup berTuhan. Cerita yang indah yang akan saya baca semula.

Beberapa pengajaran yang saya dapat kongsi, especially untuk diri dan batang hidung sendiri:

1 - Meletakkan Tuhan sebagai nombor satu dalam setiap keadaan. Jiwa akan bebas dan merdeka dari menjadi hamba ke
...more
Rozita Said
Oct 16, 2013 rated it it was amazing
Karya pertama Faisal Tehrani yang saya baca. Terbaca novel ini di akhbar Utusan Malaysia, terus jatuh hati. Sanggup menggunting keratan novel untuk dijadikan koleksi. Salah satu novel kegemaran saya. Tentang kehidupan seorang perempuan bernama Salsabila Fahim yang bukan berkisar tentang cinta kepada insan semata-mata. cinta kepada Allah yang Maha Esa dan dah sudah tentu, cerita tentang ladang betik..
" kerja Tuhan, siapa tahu"
Shuhada Karim
Apr 20, 2013 rated it really liked it
Shelves: favorites
Buku ini adalah tentang perjuangan seorang perempuan bernama Salsabila mengusahakan tanah pusaka arwah ayahnya dengan membuka ladang betik. Bersama seorang sahabat sejati, Teh Sofia, menjadi usahawan wanita muda mencabar iman dan kesabaran.

Cerita yang sangat membina semangat perempuan,
bukan semata-mata novel cinta yang klise..
penuh dengan kejutan, dan nilai.
Dayat
Aug 18, 2008 rated it liked it  ·  review of another edition
They said: for someone who read Habiburahman El Shirazy’s works surely find bro. Faisal’s TTD as equally compelling if not better.
For me in a chef word, it is a blend of Ranjau Sepanjang Jalan(RSJ) plus Ayat-ayat Cinta(AAC) and wallaa... you got a taste of TTD.
Seha and her entire daughter in RSJ are traditional farmers who are fighting for survival after the death of her husband, Lahuma. While in TTD Salsabila Fahim is a modern and elegant farmer in the same time an ambitious entrepreneur. Maybe
...more
Exavidreader
Dec 19, 2008 rated it liked it
Sekiranya anda memang meminati kisah cinta Islami, buku ini memang untuk anda. (Malah aku lebih suka novel Faisal ini daripada 'Ayat-Ayat Cinta'.) Namun kerana aku memang sudah bosan dengan kisah cinta, aku sedikit prejudis dalam penilaianku terhadap novel ini.

Sukar untuk memastikan apa yang tidak memuaskan hatiku, kerana ini bukan kali pertama Faisal Tehrani menyelitkan plot cinta dalam karyanya. Mungkin kerana kali ini cinta menjadi plot utamanya, yang membuat novel ini serupa dengan novel-no
...more
Kataklicik
Apr 24, 2009 rated it really liked it  ·  review of another edition
Berbelah-bahagi saya, buku ni. Kepada saknika Tehraniyun di luar sana - saya memang di kalangan anda, tetapi tak salahkan, jika mengkritik secara membina?

Mungkin sebab terlalu teruja dek saranan-saranan dari rakan-rakan pembaca. Mungkin kerana saya terlalu mengharap bahawa seorang penulis Melayu akan menghasilkan karya yang dapat mencetuskan perasaan "fuhhh, dashyat buku ni..!"

Tunggu Teduh Dulu bermula sedikit bombastik, lenggok bahasa dan perkataan-perkataan yang sedikit gah berbanding biasa.
...more
Maryam Khalid
Jun 17, 2016 rated it liked it
Pertama kali membaca buku ini, saya masih belasan tahun di bangku sekolah. Kadang-kadang tidak dapat menangkap apakah yang cuba disampaikan oleh penulis. Pabila dewasa, saya membacanya sekali lagi dari sudut pandang yang berbeza. Kini boleh saya akui yang meskipun tempat berteduh itu diberi, tak bermakna pemilikan harus dirasai. Ini kerana, akhirnya kita memang harus akui, dunia ini penat, jika Tuhan izin syurga barulah kita boleh berehat.

Satu perkara yang agak sukar untuk saya fahami adalah plo
...more
Eimad
Aug 08, 2013 rated it really liked it
Shelves: novel-melayu
Setelah lama terbengkalai e book ni akhirnya tamat juga. Saya kira novel ini adalah karya awal Faisal Tehrani. Ditulis secara bersiri di dalam Utusan Malaysia, novel ini mengisahkan mengenai betik/papaya. Salah satu sifat Faisal Tehrani yang menjadi kegemaran saya adalah kajian yang teliti sebelum menulis. Jika betik topiknya maka seolah olah semua perihal betik diketahuinya. Bagaimana keteguhan dua orang gadis membuka ladang betik di tanah pusaka menjadi contoh. Malah detik kematian juga disusu ...more
Za Kasanoda
::As salaam, this is by far my fav book !! the best from Faisal. I cherished each page ! ::
Saya masih ingat, kali pertama membacanya dalam surat khabar, keluar 3 kali seminggu..mula2 baca untuk saja saja, dan tidak sedar bila saya dah ter 'hooked up' dgn jalan ceritanya..Antara cerita yang ringan dari FT, berbanding dgn yg laen2..

"Segala peristiwa berasal dari pandangan mata..." quote dr ibnu qayyum tu tersemat dalam fikiran sampai ke sekarang.
"Dan nanti ku cari pembunuh senyap penghabis nyawa
...more
مستور١ مكنن
Feb 07, 2013 rated it really liked it
cerita si Salsabila ni yang menjadi rebutan dua jejaka.sorang nak jadi pelangi.sorang lagi nak jadi matahari. bila cerita cinta rasa stress juga la sebab salsabila ni punya la lambat nak buat keputusan. tapi akhirnya dia pilih....jeng.jeng.jeng.kena la baca. tapi tak kisah la cerita cinta tu yang seronok cerita tentang kisah betik mereka. bila baca rasa nak bukak ladang betik pulak.. :) tak rugi berbakti pada tanah.
Tuah Sujana
Apr 22, 2011 rated it liked it
Shelves: fiksyen
Ceritanya sederhana tetapi istimewa. Tentang satu jiwa yang menolak dua cinta. Datang cinta lain yang lebih membahagiakan apa yang duka, membarakan apa yang lara. Kemelut sosial, tangis wanita, tanih yang berbudi, resah politik dan guaman - semuanya tertakung ketika mereka menunggu teduh!
Shaharuddin
Jul 26, 2015 rated it really liked it
Penulis novel cinta atau ala-ala Islamik kononnya perlu mencontohi karya ini. Hanya cerita yang biasa dengan jalan cerita yang dapat diagak, namun adunan isi cerita mengangkatnya sebagai karya yang istimewa.
Barukisu (Balqis)
Salsabila Fahim-Sungai Syurga

Ingatkan buku cinta2 biasa... tidak rupanya...

masih tebal dengan ilmu, tazkirah dan peringatan...
lenggok bahasa yang sampai kepada pembaca, dalam dan penuh makan...
Mobyskine
Aug 29, 2012 rated it really liked it
Aku harus baca buku ini sekali lagi- pertama kali baca mungkin (tak ingat) 6-7 tahun dulu, jalan cerita pun sudah ingat ingat lupa. (banyak makan semut barangkali)
Puteri
Jul 07, 2011 rated it really liked it
just reread. i'll read it again and again.

"Kerja Tuhan siapa yang tahu?"
Fariza
Oct 04, 2010 rated it really liked it
Shelves: novel
Mula baca melalui utusan Malaysia kemudian beberapa tahun lepas tu baru tahu Faisal Tehrani yang tulis dan baca novel full dia.... One of the best.. Betik muda..
Jamal Ali
Jun 16, 2012 rated it really liked it
Shelves: favorites
Saya tak nafikan, daripada Tunggu Teduh Dulu saya memperolehi semangat untuk menulis Rintik-rintik Hanya Singgah - meskipun saya menulisnya tanpa membaca terlebih dahulu Tunggu Teduh Dulu.
Rintik-rintik Hanya Singgah bukan cerita seperti Tunggu Teduh Dulu. Apatah lagi, Rintik-rintik Hanya Singgah tak terbanding dengan kekuatan Tunggu Teduh Dulu. Ibarat langit dengan bumi.

Saya tak nafikan juga bahawa Tunggu Teduh Dulu adalah antara buku-buku terawal yang menjadi koleksi dalam kutubkhanah saya - se
...more
Yazlina Saduri
Jan 27, 2017 rated it really liked it
Satu lagi karya makanan rohani yang jitu daripada Faisal Tehrani. Jujurnya, Salsabila Fahim, walau tonggak cerita, bukan watak pilihan saya. Mungkin didorong hati yang masih tebal berlemak nafsu amarah dan berselirat dengan rasa tidak puas hati. Dia dapat semua yang baik. Mengapa? Hampir ke penghujung kisah, saya sedar bahawa Salsabila sebenarnya (mungkin) gambaran seorang Muslimah sejati, dilimpahi semua yang baik, terus utuh dipelihara dan mendapat rahmat Allah swt yang tidak pernah luput di d ...more
Ben Nizari
May 17, 2016 rated it really liked it
Ini novel Tauhid. Salsabila Fahim digambarkan sebagai wanita yang teguh mentauhidkan Allah dalam ketiga-tiga perkara - Rububiyyah, Uluhiyyah dan Asma' wa Sifat-Nya. Segala halangan, masalah dan kesulitan yang dihadapi oleh Salsabila Fahim dan temannya, Teh Sofia dihadapi dengan cara mengembalikannya kepada keyakinan bahawa hanya Allah yang berkuasa ke atas setiap sesuatu. Allah yang mencipta, Allah yang menghidupkan-mematikan, Allah yang memberi rezeki, yang memberikan manfaat, yang menurunkan m ...more
Ryn Asri
Dec 23, 2016 rated it really liked it
Akhirnya, inilah kali pertama saya berpeluang untuk membaca salah satu dari karya Faisal Tehrani. Setelah sekian lama mendengar ura-ura betapa hebatnya tulisan beliau. Tunggu Teduh Dulu, cukup membuatkan saya jatuh hati pada susunan kata, letakkan bahasa yang sangat cantik dan tidak terlalu sukar untuk difahami. Seakannya tulisan FT, memujuk dan melembutkan hati.

Novel ini berkisarkan Salsabila Fahim yang berlari ke bangsar kecil untuk teduh dulu sementara menunggu hujan reda bersama kawan seperm
...more
Norain
Feb 26, 2011 rated it it was ok
Bukan sebuah karya yang teruk; malah secara jujur ini karya yang baik. Jauh daripada tipikal novel berbahasa Melayu dan bertulangkan cinta. Namun entah kenapa, serasa semacam sukar untuk menghadamnya lalu menjadi mangsa 'speedread'. Bukan citarasa saya barangkali.

Buku pertama FT yang saya baca. Saya memerlukan masa yang lama sebelum saya boleh menyentuh bukunya yang lain.

Oh, dan nilai islamik yang cuba dibawa di dalam novel ini semacam ada terkeluar daripada yang sepatutnya. Misalnya lelaki dan
...more
Dilla
Jul 12, 2012 rated it really liked it

Frankly,I bought this because I was wondering what is the story behind
the title "Tunggu Teduh Dulu".

There was some Malay word which I didnt understand (because apparently my Malay literature's level isnt that high.hehe) but it didnt really bother my reading though.

Overall, the book was really good.
Amazing plot,story.
I love how he mixed Islamic elements perfectly.(personally, I think he portrays Islam in a very soothing way)

Not an average book for the eye to read.
But also for the soul to embrace
...more
Abrar Shafie
Oct 10, 2012 rated it really liked it
buku ini terasa berat kerana asalnya novel ini adalah novel bulanan yang dikeluarkan setiap bulan. maka, setiap bab baru jugalah terdapat konflik yang berbeza untuk menarik perhatian pembaca untuk terus membacanya. tetapi apabila digabungkan menjadi satu novel, saya terasa agak berat memandangkan terlalu banyak konflik, it's a nice novel though. agak berat tidaklah bermakna saya tak suka novel ni. ramai novelis menulis cerita cinta, tetapi tidak ramai yang mampu menulis begini. informative, reli ...more
lara_nur
Mar 17, 2011 rated it liked it
Beli kat popular Jusko Balakong. Masa nak beli duit cukup2 budjet dalam RM30 untuk sebarang buku. Masa tu pulak tak silap aku Ayat2 Cinta karya Habiburrahman El-Shirazy tengah hot.Berbelah bahagi samada nak pilih Ayat Ayat Cinta atau Tunggu Teduh Dulu. tak lama pun aku bertekad aku sepatutnya angkat penulis sendiri dulu dari luar, so aku ambillah Tunggu Teduh Dulu ni. heh tak rugi pun. Btw ceritanya ringkas saja, tentang Salsabila Fahim yang menentang arus tanggapan tipikal wanita zamannya. Dia ...more
Shafiq Azli
Jun 26, 2014 rated it it was amazing
It all about love and friendship. Ini adalah sisi lain Faisal Tehrani, yang mampu mengabung jalin kisah yang penuh magis, antara Salsabila Fahim, dan juga Sazli, serta perebutan cinta , antara Lam Ping Hai juga Azman. Kisah ini menuntut pengorbanan, kerana tebal muka suratnya, apapun, anda tidak terasa apabila dihidangkan dengan kisah yang penuh warna warni.

Telah lama saya baca buku ini, dan berulang kali saya baca , dan saya suka quote dari Salsabila, apabila menunggu hujan reda.

" Kerja tuhan
...more
Zura
Aug 16, 2015 rated it really liked it
Sungguh saya tidak ingat berapa lama buku ini tersadai di rak. Mencari ruang dan mood membaca datang menjemput. Akhirnya selesai juga hari ini. Ya cerita seputar cinta. Cinta manusia dan cinta tuhan. Cuma satu komen saya, adakah Salsabila tidak terkesan dengan sifat baran Sazli? Mahu dikesalkan apa kerana sudah menjadi suami. Saya juga berimaginasi kesudahan yang baik antara Mimi dan Saifullah. Ini saya kira novel ringan karya penulis kerana kurang berasa 'dileteri' oleh watak. Hahaha.
Septi
Aug 24, 2016 rated it really liked it
Membaca secepatnya karena penasaran dengan 377 halaman dalam sekitar 2-3 hari..

Novel ini membuat penasaran sehingga terus menerus ingin membacanya, content nya bagus, bahasanya menarik dan indah, walaupun ending yang dibuatnya kurang greget.

Namun novel ini merupakan novel yang memang keren, Novel Malaysia yang tercepat yang saya baca dan ingin diselesaikan..

Hal ini membuat saya menjadi penasaran untuk membaca karya penulis ini dengan judul lainnya...
« previous 1 3 4 5 6 7 8 9 next »
There are no discussion topics on this book yet. Be the first to start one »

Readers also enjoyed

  • Imam
  • Salju Sakinah
  • Jaja & Din
  • Isabella
  • Secangkir Teh Pengubat Letih
  • Salina
  • Pei Pan
  • Jibam
  • Nota Hati Seorang Lelaki
  • Merantau Ke Deli
  • Ranjau Sepanjang Jalan
See similar books…
481 followers
Dr Mohd Faizal Musa adalah penerima Anugerah Seni Negara 2006 oleh kerajaan Malaysia dan Tokoh Penulis Muda Negeri Melaka 2009 oleh Kerajaan Negeri Melaka. Beliau dikenali sebagai Faisal Tehrani.

Faisal Tehrani adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah-Politik dari Universiti Malaya (1998), Ijazah Sarjana Sastera dari Universiti Sains Malaysia (2000), Doktor Falsafah dari Universiti Kebangsaan Mal
...more
“Kata aku, Tuhan akan menunjukkan
kepada yang mencari. Ya, asal kau mahu
mencari, Dia menunjukkan.

Apa kata kau ?”
22 likes
More quotes…