Jump to ratings and reviews
Rate this book

Magisial

Rate this book
Cinta yang membawa kepada konflik adalah perkara biasa. Tetapi, konflik yang membawa kepada cinta adalah perkara yang… luar biasa!

Menjadi penulis di zaman dunia tanpa sempadan ini bukannya perkara yang menyeronokkan bagi Jen Ali.

Kejayaan novel Suamiku Bukan Anak Dato, Suamiku Anak Tan Sri diangkat menjadi drama adaptasi telah membuatkan dia menjadi mangsa kecaman ‘hakim-hakim’ media sosial.

Sudahlah dikecam, diugut bunuh pula. Tidak cukup dengan itu, ada demonstrasi membakar novelnya di hadapan SOGO!

Kehidupan tenang Jen diragut. Sejak daripada itu, dia mula mengasingkan diri daripada dunia media sosial. Semakin dia selesa dengan dunia sepinya, muncul Danee, doktor kacak bermata coklat yang menjadi jiran barunya. Hati mula terusik. Putaran hidup yang selama ini tenang, mulai berubah. Perkenalan dengan Danee, tanpa disangka menjerumuskan Jen dalam kancah pembunuhan bersiri yang menggegar negara.

“Masyarakat kita sedang sakit. Sakit jiwa.”

337 pages, Paperback

First published December 1, 2016

4 people are currently reading
88 people want to read

About the author

Jun Sahaja

2 books4 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
52 (31%)
4 stars
76 (46%)
3 stars
25 (15%)
2 stars
8 (4%)
1 star
4 (2%)
Displaying 1 - 30 of 63 reviews
Profile Image for Haq Raihah.
300 reviews55 followers
October 27, 2019
4.5*

Aku suka permulaan kisah Jen, Zahran dan Danee. Penuh misteri dan tanda tanya. Buat aku jd tak sabar-sabar nk baca babak-babak seterusnya.

Watak Zahran yg menarik, plot cerita yg juga menarik pd awal dan tengah-tengah cerita...

Tapi sayangnya...

Masuk saja plot twist siapa pembunuh sebenar, aku jd macam... entahlah. Rasa pelik. Tak sesuai. Tak best plot twist dia.

Senang ckp, aku tak boleh terima twist dia macam tu. Hahaha.

Tapi itu okey lg. Tak effect lg rating aku utk buku ni (yg pd asalnya aku nk bg 5 bintang).

Malangnya, aku terpaksa jgk akhirnya tolak setengah bintang. Disbbkan dua perkara yg aku tak suka tentang Magisial ni ;

1- Babak-babak watak sampingan (Thihara, Jun, Inspektor Zairul n others) — bg aku, watak mereka ni krg menarik. Jd aku rasa bosan setiap kali babak mereka ni muncul.

2- Bahagian akhir-akhir cerita — tiba-tiba watak Jun, Anna Lee, kakak Editor jd 'penggerak cerita'. Watak Aria dan Nik tu aku sukalah diorang ada, sbb dr Mesej, kan. Tapi bila penulis seolah-olah cuba masuk sekali dlm cerita ni (obviously watak Jun ialah si penulis sendiri), terus aku rasa plot dah jd semakin merepek. Dahlah sejarah tiba-tiba berubah sbb adanya Nik (plot twist kedua), ini tambah pulak dgn kisah entah apa-apa yg aku takleh nk brain langsung, hahaha.

Overall, jalan cerita sdp. Memang sdp dah. Yg hujung-hujung tu laa yg kusut. Bg akulah, kan... Cukup sampai 'tamat 1' jer cerita ni diberhentikan. Ia mula jd 'makin tak tahu arah' bila masuk part 'bonus 2 - Muka Surat Yang Hilang'.
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
December 22, 2016
kali ini mengenai pembunuhan bersiri lak.. yang memang sadis!

mengisahkan mengenai jen ali, penulis popular yang karyanya diadaptasi tetapi mendapat kecaman netizen ekoran ceritanya yang terlalu fairytale sehinggakan beliau menghadapi kemurungan. kisah bermula apabila jiran barunya, Danee, seorang doktor yang kacak cuba merapatinya dan mengubati kemurungannya. namun, tak lama selepas itu, satu persatu kejadian pelik berlaku, perubahan sikap danee dan akhirnya membawa kepada pembunuhan liza, teman serumah jen merangkap sepupunya. bermulalah pelbagai spekulasi dan penyiasatan dalam mengungkapkan kebenaran.

saya suka dengan novel ni, sungguh, memang diluar kotak untuk menjangka pembunuhnya. tatkala semua saling mengesyaki antara satu sama lain, bermacam2 insiden berlaku sehinggalah siapa pembunuh sebenar diketahui. cara pembunuhan juga amat sadis!

memang berdebar2 untuk mengetahui kesudahan cerita ni!

tahniah untuk penulis!

ps - saya suka pengakhiran yang asal, tergantung.. hahah... tapi bonus part untuk tamatan 2 pun not bad, ok gak.. ada sambungan kah?
Profile Image for Dyh Usen.
Author 7 books49 followers
January 2, 2017
Membuka tirai 2017 dengan Magisial. Pilihan yang kena dengan selera dan mood.
Dah tahu makna di sebalik tajuknya.
Dah tahu siapa dalang setiap kes.
Dah tahu saya suka siapa kat dalam ni. Eh? Lol
#teaminspektor
Tak boleh cerita banyak, takut sopiler. Apapun, novel ni edisi payah letak.
Profile Image for Asmar Shah.
Author 20 books136 followers
June 9, 2017
3.75* untuk Magisial!

Sebenarnya memang dah lama aku nak baca buku ini. Tapi di Sabah, ia terlalu lambat nak masuk ke toko buku. Maka aku tahan diri daripada beli online dan bersabar dulu, sebab aku tahu nanti aku boleh dapatkan buku ini sewaktu PBAKL berlangsung dengan harga promosi dari Prolog sendiri.

Kaver buku nampak cool!

Jalan cerita sebelum masuk intermission, ianya berputar 360 darjah. Putar sana-sini, akhirnya kembali ke titik utama semula. Tapi aku puji buat penulis kerana berjaya buat aku tertipu dan tekaan yang aku buat siapa dalang utama atas kecelakaan tu semua-salah! *standing ovation* Ekspresi dan bagaimana penulis memaparkan depresi yang dialami oleh Jun juga memang terbaik. Cuma aku tak seronok dengan jalan ceritanya. Aku tak teruja pun walau penulis menyajikan cerita bunuh. Entah, mungkin terlalu simple atau pun terlalu laju?

Ini buku pertama penulis ke? Olahan dan bahasanya bukan seperti penulis amatur. Sangat baik. Ke penulis ini adalah seorang yang dah lama menulis tapi berlindung di balik nama penulis baru ini? *teka jek* hehe

Bila dah masuk ke bahagian intermission, aku mula jatuh cinta dengan cerita ni semula. Aku suka bila Nik muncul dan mengubah timeline dunia. Aku suka bila penulis seperti memaparkan kisah sebenar hidupnya bersama dengan kakak editor dan Anna Lee sendiri. Serius ia nampak awesome. Aku suka. Ia berjaya. Kalau tak sure aku bagi 2* jek untuk buku ni *gelak*. Nampaknya lepas ni aku memang kena baca Mesej.

Aku tertanya-tanya, apasal ada pembaca yang cuba memilih untuk penamat buku ini. Aku rasa, tiada beza pun kedua-dua penamat tu. Yes, takde beza. Sama je. Pilih dua-dua pun takpe kut.

Ada iklan Mesej 2 di hujung buku. Kalian tak teruja? Sebab itulah aku kena baca Mesej. Dengar kata buku tu awesome!

Apa-apa pun kalian cubalah baca. Manatahu kalian akan menyukai buku ini? Lain orang, lain citarasakan?

Peace!
Profile Image for a i n c e r a.
125 reviews14 followers
January 24, 2023
" 𝘼 𝙥𝙚𝙘𝙪𝙡𝙞𝙖𝙧 𝙖𝙣𝙙 𝙬𝙚𝙞𝙧𝙙 𝙨𝙩𝙤𝙧𝙮 𝙩𝙝𝙖𝙩 𝙛𝙪𝙡𝙡 𝙬𝙞𝙩𝙝 𝙩𝙬𝙞𝙨𝙩 𝙖𝙣𝙙 𝙩𝙪𝙧𝙣."

Aku tak tau nak mula dari mana. Cerita ni buat aku highly thinking. There's a lot of praise that i want to remaks here. Jadi, aku sendiri pun tak pasti where my starting point. Okey lah. Kita start dengan writting style dula la. Pada pendapat aku, penulis ada satu skill sets of writting yang menarik dan lain dari yang lain. Dia macam senang nak faham at the same time macam susah nak faham 😂. You found yourself having conflicted nak tau ending cerita ni macam mana. Sebab sukar nak jangkakan ending dia kearah mana. Senang cite, cerita dia tak cliche dan tak predictable.

Aku sangat sangat dan saangaaat suka love story dalam cerita ni. Love story antara Jen dan Zahran. Penulis tak buat kisah cinta dorang ni overly cringe or cheesy - itu yang aku suka. Sweet dia secukup rasa dan secukup gula. Kadang-kadang dorang ni ada vibes macam ala-ala kdrama. They never leave their encounter tu without leaving a spark. Jujurnya, aku takut dengan relationship dorang ni sebab dari awal lagi penulis dah marked ayat "𝗣𝗲𝗿𝗺𝗮𝗶𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗶𝗹𝘂𝘀𝗶 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗲𝗹𝗶𝗿𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗹𝗶𝗵𝗮𝘁" ni. Aku macam having a trust issue like should i trust them? are they real? do they get happy ending? Itulah yang bermain dalam fikiran aku sepanjang pembacaan. Sebab aku tau bila aku dah suka dengan satu-satu cerita, pengharapan aku pun semakin tinggi dan bila tak jadi aku mungkin akan kecewa. But guess what- aku puas hati dengan ending.

Mula-mula aku ingat tajuk Magisial ni diambil daripada perkataan bahasa inggeris, Magicial. Nak buat tajuk yang ada style urban plus unique kut kan. The things is perkataan Magicial tu sendiri takde dalam bahasa inggeris tau tapi aku buat research ada dalam kamus urban. Mungkin ayat baru yang direka dan diterima oleh masyarakat. Malangnya, sangkaan aku tidak tepat lah. Dalam buku tu sendiri ada kisah macam mana dan kenapa tajuk magisial tu diambil. It was interesting cause rase macam kita baca buku dalam buku.

Walaupun aku banyak bercakap tentang elemen romance dalam ulasan aku. Sekarang aku nak bagitau kat korang, dalam satu buku yang mempunyai 337 muka surat ni ada macam-macam genre dimainkan. Ibarat satu full plate yang ada segala karbo, protein, vitamin c dan macam-macam lagi. Penulis bagi satu kepuasan sebab aku boleh mengembara dari satu genre ke satu genre yang lain. Yang pasti buku ni underratedly good and fun to read. Sayangnya sebab tak ramai baca dan mengulas buku ni. Ada satu kenalan aku yang bagitau buku ni agak kurang tapi itulah selain daripada good reviews aku nak juga baca bad reviews daripada pembaca yang lain. Nak tau other people opinions and perspectives. Bukanlah aku bermaksud buku ni perlukan bad reviews tapi tak semestinya semua orang akan suka apa yang kita suka kan.

Satu perkara penting yang perlu dititikberatkan dalam penghasilan buku yang berkualiti ialah editor. Aku mengharapkan editor kurangkan melakukan kesilapan dari segi tatabahasa, pengulangan ayat etc. Editor ada satu tanggungjawab yang crucial untuk memastikan kualiti buku tu terjamin. Kadang-kadang ada pembaca yang terpaksa bagi rating yang rendah disebabkan kesalahan tatabahasa dan typo yang banyak. Sedangkan cerita tu dah menarik. Macam apa yang tengah berlaku kat aku sekarang. Aku nak bagi rating yang tinggi tapi disebabkan hal-hal seperti ini aku terpaksa rendahkan sikit. Rating aku untuk Magisial ni antara 4.5 - 5.

Apa-apa pun usaha penulis dan penerbit dalam penghasilan buku Magisial ni amatlah saya puji. Berani mencabar diri dan melakukan perubahan dalam industri penulisan tanah air. Macam yang aku cakap, Magisial sangat seronok dibaca. Aku jugak menantikan buku-buku baru dari JUN (author of Magisial) sebab aku tau she potentially can write and can tell a story really well. Thank you for creating Magisial.

Instagram : https://www.instagram.com/ainsreading/
Website : https://syahirahasmadi.blogspot.com/2...
Profile Image for Jessy.
152 reviews37 followers
January 7, 2018
Tak puas hati. Mungkin perkataan ini yang paling tepat untuk menggambarkan perasaan sesudah selesai membaca.

Permulaan cerita memang agak slow. Tapi once dah masuk part serial killer tu, cerita dah mula best. Banyak kali saya buat tekaan sendiri. Mula2 ingatkan Danee tu ada DID sebab adanya Zahran. Tapi hampeh. Okey. Lepas tu teka lagi siapa pembunuh sebenar. Pun salah lagi. Betul2 tak terjangkau dek akal sendiri. Tekaan adanya DID tadi dah betul tapi jatuh pada orang yang salah pula.

Masuk saja part intermission, saya terus lost. What’s happening right now? Keadaan macam berputar 360 darjah. Part kemunculan penulis okey. Tapi apa benda pula dengan Nik dan lukisan tu? Siapa Nik? Genre thriller crime dan psychological tiba2 bertukar kepada fantasi, time travel dan dunia penulisan. Sedangkan saya masih lagi mengharapkan ada cerita pasal serial killer dan DID tu. Watak Mat pun masih blur2. Simple sangat. Belum sempat move on.

Nampaknya Prolog Media memang suka kaitkan buku2 mereka dan selalu buat special appearance watak. Untuk strategi marketing? Ya, bagus. Sebab sekarang ni memang teringin sangat nak baca Mesej. Tapi kalau nak buat perkaitan pun, agak2lah. Watak Nik dalam buku ni memainkan peranan yang sangat besar, dia mengubah segalanya. Tapi kenapa tak explain siapa Nik yang sebenarnya. Kalau pembaca yang dah baca Mesej tu, oklah, tapi yang belum baca? Seriously, dalam imaginasi saya, Nik keluar dari lukisan tu like pop! dan tadaa dia sudah berdiri di depan Jun.

Untuk ending1 pula, rasanya sangat tak adil. Alang2 timeline sudah berubah, dan editor insist nak happy ending, kenapa tak bagi happy ending kepada semua watak? Kenapa pindahkan kisah itu kepada orang lain? Kesian Laila dan inspektor jadi mangsa.

Last but not least, kudos untuk idea yang kreatif dan gaya bahasa yang matang dan cantik tersusun ini. Memang nak bagi full star kalau bukan sebab ending dia tu.
Profile Image for Tiara Sapphire.
160 reviews6 followers
November 3, 2018
cerita yg menarik sampai tekaan aku mengenai pembunuh memang tak kena langsung, sungguh tak dijangka.. pengakhiran memang sadis tapi... plot twist gempak rupanya belum penamat.

bila ke part belakang aku makin susah nak follow flow buku ni, confuse pun ada bila cerita lebih tersasar kepada penulis. at the end, aku rasa watak utamanya ialah penulis itu sendiri.
Profile Image for Siqahiqa.
594 reviews106 followers
October 4, 2018
Permulaan cerita yang penuh dengan tanda tanya. Sambil baca sambil berfikir siapa sebenarnya yang jadi pembunuh. Apa kaitan antara semua watak dalam novel ni? Dan plot twist terbaik bila ada kisah time-travel pula. Tukar pulak cerita jadi lain. Agak pening tapi aku suka dengan plot twist itu.

Cuma di bahagian ending, ada diselitkan kisah Jun penulis novel dengan gabungan watak penulis lain dan kisah daripada Mesej. Aku pening sebenarnya baca bab ni. Baca berulang kali untuk faham cerita.

Realiti mengenai bidang penulisan dan pencetakan novel yang ada diutarakan dalam novel ni membuka mata aku agar lebih menghargai penulis novel yang berjaya keluar daripada isu cerita klise. Betapa susahnya mahu jadi penulis.

Keseluruhan, novel ini best! 👍🏻👍🏻😍😍

Profile Image for missy12.
14 reviews2 followers
May 19, 2017
Can I give 5 stars? Yesss, I can! Seriously..saya update status semalam yang saya start baca novel ni tapi sebenarnya baru mula pukul 9 tadi..baru habis baca pukul 2.30am..
.habis je baca terus je update goodreads kot kot tertinggal komen pasal novel ni.
Cerita ini sangat brilliant and bak kata kawan ganu saya, "kit ale pk, kit otok pk". Hahahaha twrkejut taw bila part intermission.. Dah kenapa pulak..intermission ni saya selalu nampak kat cerit hindustan je..kalau ada novel english yang guna intermission, sorry lah saya tak baca sangat english novel. Plot dia sumpah best weii. Bila masuk part Jun, ha dah sudah kenapa cik writer ada kat sini pulak..masuk part jun + mesej + anna lee, me likeeee whattttts going on hereeee? Bila baca dialog jun + kakak editor rasa macam..uish betul ke ni..entah entah cik writer memang pernah time travel..haha imagination is ruining me inside lol. Well, sebagai kipas-susah-mati novel cinta yang inginkan happy ending, mestilah saya suka part tamat 2. Saya sendiri tak suka tensionkan diri saya dengan sad ending..so ofcos I love intermission part and tamat 2. Cara penulisan sis Jun memang mind blowing. Banyak twist tapi bila baca tak rasa serabut sebab susunan ayat yang kemas dan teratur. Itu harus dipuji. Saya dapat detect few typos and harap dapat diperbetul for the next print. Saya nak google task yang cik writer suruh, tapi malangnya website dbp tak boleh bukak. Why whyyyyy? Hahaha anyway, kudos Sis Jun Sahaja. Looking forward to your mext mss.
Profile Image for Glow.
81 reviews
dnf
January 23, 2023
Sikit pun jalan cerita novel ni tak masuk dengan jiwa aku. Maaf penulis.
Profile Image for Azizah.
385 reviews6 followers
June 28, 2020
Apa yang penting, anda berhak memilih.

Jadi pilih sahaja penamat Magisial yang anda mahu. Sama ada yang kejam/pahit atau manis/bahagia buat watak-watak dalam Magisial.

Perubahan plot yang 180 darjah. Sama ada bersedia atau tidak untuk menghadamnya? Semuanya terserah pada pilihan yang sudah dibentangkan oleh Jun.

Yang pasti KakChik terlebih jatuh hati pada Zahran Zabidie. Haaaa, gituuu 😬.

Cuma,jika dari segi editorial dikemaskan lagi sudah pasti berganda 🌟 yang menerangi sepanjang KakChik menghadam naskhah ini.

Tahniah untuk sesuatu yang baru pada KakChik.

Dan seterusnya kita bersua pula dengan Mesej. KakChik skip bonus untuk Mesej sebab tak nak spoiler. ☺️
Profile Image for Hazzy.
78 reviews4 followers
April 15, 2023
Aku dah biasa tengok filem² yang bertemakan timeline, time travel & sbgnya. Itulah perkara yang memeningkan dalam buku ni.

Yang aku keliru, watak MAT mati macam tu sajakah? Mana dia pergi? Bukan ke dia lelaki yang pelik dalam bab awal. Ke aku terlepas pandang (sebab aku tertidur lalu hilang ingatan hurmmn)

So basically Jen hidup dalam dua timeline:

1. Penulis yang diboikot sebab buku/manuskrip diadaptasi dalam drama & terima kecaman
2. Penulis yang tak jual manuskrip utk adaptasi

BAB 2 INTERMISSION tu jadi timeline yang berbeza. Pengakhiran pun berbeza dengan Jun jadi watak UTAMA?

Nik & Aria pun aku keliru, ni watak dalam Mesej (Anna lee)???

Kenapa ada perbualan antara Jun, akak editor dengan Anna lee? Perbualan yang dirahsiakan? Kena baca Mesej pulak lah ye?

Bagi aku tak ada details menarik dengan pembunuhan dan fokus banyak dengan cerita cinta Jen - Zahran.

Itu je lah kot aku nak ulas. Nak sambung tidur. Bye.
Profile Image for amal_is_reading.
108 reviews69 followers
December 1, 2021
Plot holes and bad characters, development aside aku rasa the biggest problem I have with this book is how the author is being super passive aggressive towards the readers in general. Dia macam nak menegur konon-konon pembaca Malaysia tak baca cerita-cerita luar kotak and so on. Tapi it ends up nampak macam petty and condescending. Honestly this is NOT the way nak pujuk pembaca lokal bagi peluang dekat buku-buku lokal.

And I'm not even going to go too deep about how badly mental illness is being represented in this book. Penulis cuba nak bawa satu topik, satu tema yang sangat berat which is mental illness. Tapi execution nya ibarat tak ada research langsung. Penulisan ibarat syok sendiri dan mental illness tu sekadar jadi satu tool untuk jalankan plot ke depan sedangkan banyak lagi yang boleh digarap.

Interlude dan alternate ending tu tak payah ada pun tak apa. Buang masa je. Lebih 100 muka surat untuk benda-benda yang bagi aku tak ada value added to the book. And kenapa perlunya perbualan antara Jun, Akak Editor dan Anna Lee untuk dia explain pulak apa jadi dalam original story Magisial? Kalau betul penulis dah tulis cerita dengan bagus, the events and everything should be self-explanatory throughout the book.

Aku kecewa juga baca buku ni walaupun dah ada yang warning cerita dia macam entah apa-apa. Aku cuba bagi buku ni the benefit of the doubt but execution dia memang bagi aku tak berapa nak kena dengan selera aku. Terlampau cuba nak menjadi 'luar kotak' sehingga basic story telling iaitu characters development diabaikan. Watak macam kotak, kayu, tak ada peranan selain nak move the plot forward. Chemistry sesama watak pun aku tak rasa.

Okay la cukup la aku rant. Nak buat bacaan ringan boleh la kalau dah tak ada benda sangat nak dibaca. Mungkin jugak aku bukan target audience nya. So ikut la kalau korang nak baca mungkin akan suka. Setiap orang lain penerimaannya.
Profile Image for Ezza Mysara.
Author 25 books273 followers
January 2, 2017

memulakan pembacaan tahun 2017 dengan novel yang sangat...... buat aku rasa macam bedah otak sendiri.

memula nk bg 4 bintang..
pastu jd 5 sebab macam twist gitu.
pastu bila tragedi berlaku.. nk bg 3 bintang je sbb kesian ngan watak utama.
pastu intermission ku confuse2 nk bg 2 bntang plak...
pastu nganga apeni apeni... (sakit otak) naik jd 3 bintang pastu bc lagi naik 4 bintang bila nak ending nak bagi 5 bintang pastuuuu gileerrrrr dah rasanya wehhh... bercelaru giler emosi..

tahniah writer sebab olahan mmg best n ending dia berapa kali juta twist pn x taulah. terkesimaa sbb x sangka gitu pengakhirannya. cuma persoalan pasal mat still blur2..

eh ni buku first ke? sebab olahan n gaya dia x mcm buku pertama yang ditulis. keep it up! lepas ni kalau nampak nama Jun, x akan teragak-agak nak beli.
Profile Image for Kamalia Kamalia.
Author 17 books77 followers
April 11, 2018
Adakah aku silap kerana belum baca novel 'Mesej' dulu sebelum membaca novel ini?

Tak, aku tak silap sebab itu memang pilihan aku dan aku tak tahu cerita 'Mesej' ada juga dalam naskhah ini.

Aku suka dengan idea yang diketengahkan oleh penulis yang kreatif, tetapi aku rasa terlalu banyak plot twist membuat aku keliru. Dan beberapa klu/hint di bab-bab sebelumnya membuatkan ceritanya dapat diagak sedikit. Tapi, masih lagi ada beberapa hal yang aku kena tipu. Kah! Hal-hal menipu pembaca ni Ramlee Awang Murshid yang selalunya hebat.

Huhu aku sedih sebab tak berapa nak faham babak-babak akhir cerita ini. Mungkin perlu baca semula naskhah ini selepas baca 'Mesej'.

Tahniah penulis, secara keseluruhan aku suka naskhah ini. Terima kasih kerana menghasilkan karya ini.
Profile Image for airareadz.
101 reviews15 followers
December 28, 2022
4.8/5 ⭐

menjadi penulis bukan senang, tak semua karya akan diterima baik, ada yang bakal dikecam. itulah yang terjadi pada Jen. novelnya yang diadaptasikan kepada drama dikecam teruk, malah diugut bunuh juga!
disebabkan itu, Jen mula mengasingkan diri dari dunia luar.

bila dah selesa, jumpa pula doktor handsome menjadi jiran baru, Danee. disebabkan itu, dia mula bergaul balik dengan dunia luar. tak sangka, itu bakal menghuru harakan hidupnya.

semua! everyone! what did i just read?! the plot is amazing! tak pernah kuduga twist dia begini ya! betullah orang kata, dalam twist ada twist lepastu otak saya pun pening mana satu ni 🤣 seriously, unique betul plot buku buku Prolog Media ya! awal 200 pages, saya macam, ok lah, macam boleh agak, ini kot itu, itu kot ini. lastnya, lah?! salah?! dia macam hah? seriouslah gini?

cumanya, perjalanan cerita tu saya macam tak boleh nak ikut sangat sebab timeline macam bersepah? ha gitu. tapiii, saya sukaa mesej yang cuba disampaikan.

apa pun yang kita buat walau sekecil zarah sekalipun, pasti ada akibatnya.

btw, Ran saya punya. yang lain boleh shuh shuh!

ps: ni first time review tak details, takut bagi spoiler pula 🤣 ok bai bai
Profile Image for Sakura Lina.
139 reviews4 followers
October 28, 2017
another great book from prolog media.. thumbs up for author.
ketika membaca,aku terasa dekat dgn suasana dalam buku ni kerana aku adalah seorang nurse yang berkerja di hospital universiti dan kediaman yang diduduki oleh watak2 dalam cerita ni,aku amat yakin adalah university tower yang menghadap betul2 tempat aku bekerja. Seolah-olah penulis pun tinggal di tempat yang sama.
tak sangka ada twist yang mengejutkan. kemunculan anna lee memberikan lagi kelainan kepada jln cerita. x sabar nak tunggu mesej 2 keluar..
Profile Image for Ynah Smdg.
108 reviews16 followers
January 13, 2017
Tergendala pembacaan ni sebab viral fever. bila dah sembuh sy start dr awal sebab sy sesat di tengah2..haha. kalu nak test sel2 otak berhubung..try baca buku ni. Ni memang daebak! penggunaan perkataan yg biasa tp tepat dan disusun menjadi ayat yg cantik serta tidak mengelirukan. Tahniah Jun!
Profile Image for Ikmal Fitri (iikmalreads).
264 reviews56 followers
November 16, 2017
*2 bintang untuk Magisial*

Sinopsis novel ni beri gambaran yang buku ni ber-genre crime,thriller. Tetapi sangkaan terpesong sama sekali, kerana bagi aku 70% buku ni ber-genre romantik. Bila baca sinopsis, aku berharap aku dapat dihidangkan dengan kes-kes pembunuhan bersiri yang boleh pecahkan kepala tetapi sayang penulis menceritakan pembunuhan dengan ala kadar saja.


Sepanjang penceritaan aku dapat rasakan unsur romantik diterapkan dengan berat. Jadi bagi sesiapa yang berminat untuk membaca romantikXcrime, mungkin buku ni boleh menepati citarasa korang.


Cuma bagi aku, unsur romantiknya tak terlalu 'bergula' jika hendak dibandingkan dengan novel jiwang mainstream di pasaran. Mungkin penulis boleh baca/kaji penulisan novel jiwang mainstream. Bagi aku, bila cukup 'gula'nya, dicampurkan dengan crime/thriller, novel ni akan jadi lagi bagus.
Profile Image for Gadis.
179 reviews3 followers
December 5, 2019
Gabungan crime+thriller+psiko+fantasi cukup pakej “Suamiku bkn anak Dato’ Suamiku anak Tan Sri” apa kejadah tajuk camtu. Penulis buat org tergelak dan tertarik dari bab 1 lagi nak explore kisah ni. Tertanya bila perli novel2 dan drama Melayu sekarang dan ayat xleh blah “doc dlm drama je x sibuk, pakai kot duk sembang hal cinta, blh kuar masuk utk hal remeh, tukar syif sesuka hati. Terfikir (sekarang ni rasa tgh baca novel jugak ke realiti) penulis nak sampaikan sebenarnya 2 in 1 kan..kan.. Plot twist mmg banyak itu yg buat cerita lagi best tp x keliru pun sbb buat kita turut fikir suspek2 yg sebenar kes pembunuhan even spekulasi yg dibuat meleset. So far...umpama mimipi dlm mimpi..cerita dlm cerita pun ya. Sudut yg lain dpt selami dunia penerbitan n luahan penulis2 novel. Betul ia bkn satu yg mudah antara memuaskan hati pembaca atau puaskan hati sendiri. Maybe sbb tu kot ada 2 ending. Tp suka ending pertama walau ia x adil bg Jen n Zahran n nak move on kehilangan Zahir. Ending kedua penyelamat pd hati2 yg susah nk move on tp still rasa sangkut yg first walau urmm..
Profile Image for Wan Amalyn.
Author 1 book41 followers
August 13, 2018
2 1/5 **

Buku yang paling lama masa saya ambil untuk habiskan (tak ingat bila saya mula baca buku ini).
-
Mungkin kerana masa tak kena bila saya pilih buku ini untuk dibaca, mempengaruhi penilaian peribadi saya untuk buku ini juga. Disertakan dengan semangat membaca saya yang tengah tenggelam di laut dalam tak timbul-timbul...
-
Tapi saya tabik pada diri sendiri, sebab tak putus asa dengan buku ini. Saya gigih juga membaca hingga ke noktah terakhir, walaupun dalam keadaan membaca sehelai muka surat setiap hari (membaca ketika berhenti di mana-mana lampu isyarat sedang merah!). Ya, buku ini jadi peneman perjalanan Usj-Puchong-Usj setiap hari selama berbulan-bulan ini, bila tiba ke destinasi, buku ini langsung diletak tepi... sigh
-
Komen saya... no komen!
-
-
-
#silakembalikansemangatmembacasaya
Profile Image for Izz.
420 reviews8 followers
August 18, 2019
Pening baca plot cerita ni. Sangat2 twisted! Baru je aku dok target si Danee tu pembunuh, dah baca bukti yang tunjukkan bukan dia pembunuh. Pastu baru teka si Mat, sekali bukan dia jugak! Alih2 pembunuh dia..... owh! Twisted!! Pastu lagi jadi pening dan twisted pala otak aku ni, sebab dia buat plak ending 1 ending 2..haa...bila dah masuk ending 1, 2 ni, terus bacaan aku semakin ke laut sebab otak dah pening. Pastu ada plak selit pratonton mesej 2.. Adoi... semakin jadi pening, so sebab tu kurang lar 1 bintang.
Profile Image for Mommy Farah.
362 reviews14 followers
March 3, 2024
Permulaan cerita yang sangat menarik. Penuh tanda tanya. Phase bacaan pun laju sebab kita tak sabar nak tahu ending. Tapi bila sampai part plot twist terus spoil mood. Keliru pun ada rasa nak hadam part ending yang nak gabung dengan novel lain tu. Sesuailah la kot dengan tajuk MAGISIAL, mula-mula macam magis lepas tu…
Profile Image for Sha Mohamed.
2,522 reviews1 follower
April 26, 2017
Novel yang ohsem dan terbaik..
Puzzlenya memang ohsem bila dicantumkan..
Yang paling best bila ada twis kat penghujung cerita.. Pastu berkait pula dengan novel lain.. Memang terbaik..
Profile Image for Iza B. Aziz.
224 reviews29 followers
March 2, 2024
Memang sial sungguh saya membaca novel yang mencabar mental saya dari pukul 9 malam hingga 1 pagi. Gara-gara terpana dengan sinopsis Magisial yang kononnya pada saya ialah satu karya satira untuk novelis cinta-cintun. Tidak, langsung tidak. Penambahan sub plot pembunuhan, misteri, kesihatan mental dan asmara langsung jauh sejauh jauhnya ke dalam lubuk abadi magis yang gagal. Sampai sekarang saya masih tak tahu, tak faham atau mungkin bodoh untuk memahami apa genre novel Magisial.

Nak tak nak saya nak juga ulas tentang hubungan para watak yang dijelmakan. Tiada kimia dan tidak hidup. Macam mana Jen tidak boleh membezakan Danee dan Zahran. Bukankah Jen dibuai dengan anak mata coklat Danee? Jadi apakah suratan yang membuatkan Jen jadi lalai menilai individu dihadapannya. Apatah lagi penulis berpuluh kali mengingatkan pada saya Jen seorang penulis yang hebat menilai karakter, bentuk fizikal dengan imaginasinya.

Kisah pembedahan mata Ainina sangat pelik. Ainina derma mata pada Zahran, jadi kemungkinan boleh hidup. Tapi kalau hidup, Ainina pula buta. Jadi jantungnya dicuri. Sebab itu Ainina mati.. kemudian Danee bengang, Ainina mati sebab jantung kena curi. Tapi kalau Ainina hidup pun dia buta..lepas tu apa fasal nak Ainina hidup. Kes balas dendam Danee tergantung. Kemunculan pengarah hospital tak muncul-muncul ahahahaha!

Jujur saya tak boleh,tak boleh, tak boleh dengan tiba-tiba penulis memasukkan kisah tepi watak Inspektor, Laila dan Doktor apa ntah lupa dah nama. Tak perlu, boleh buang. Tambah pula dengan unsur cameo watak penulis, penerbit dan kakak editor dalam novel ini. Meremang bulu roma membaca, apa ni? Syok sendiri?

Adakah buku ini juga diterbit dengan tiada keyakinan? Saya tak boleh hadam dengan dua pengakhiran yang disediakan. Ditambah pula perbincangan watak-watak cameo yang gaslighting pembaca. Saya mempunyai perdebatan hebat dengan diri sendiri;

“Masyarakat memilih bacaan novel sebagai escapism (walaupun tidak pada semua orang), juga bacaan sewaktu bersantai. Bukan niat hendak menyogok pembaca dengan angan-angan Mat Jenin. Penulis juga begitu, menulis adalah escapism. Sekurang-kurangnya pada dia. Dia menulis sesuatu yang disukainya dan kebetulan ia disukai oleh pembaca”. - Jen

Untuk kes kali ini. TIDAK.

1. Awak nak kritik penulis / pembaca yang suka baca buku asmara drama pukul tujuh. Jadi awak nak cuba buat escapism yang lebih bermutu? Bacalah semula ajak sekali penerbit dan kakak editor tadi. Magisial juga penuh adegan cinta unrelatable, penjelasan jarak kedudukan hero, heroin. Face placement watak-watak dengan wajah artis mat salleh, Thailand (diversity gituh).

2. Awak cuba mencabar penulis yang sentiasa menulis escapism, tapi awak pun mengaku syok menulis escapism. Apakah? Ini contoh orang takde pendirian ke?

̶M̶̶a̶̶g̶̶i̶̶sial
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
March 26, 2017
serius, akak menyampah dari helaian pertama sampai gambar-gambar novel dihelaian belakang. menyampah dengan cik puan penulis Jun Sahaja yang buat akak menung tengok kulit buku yang bagi akak punya misteri yang amat tersirat. mana la cik puan korek idea sampai boleh jadi sebuah novel yang hebat hasilnya nih. Tak boleh nak kata novel yang santai kerana perjalanan kisah, susunan plot even pembangunan watak pun amat teliti.

Jen ali seorang penulis yang dalam tekanan bilamana novelnya yang diadaptasi dikecam teruk sehingga sampai satu tahap dia ingin membunuh diri. Mujur ada liza sepupunya seorang jururawat menyelamatkannya. berkenalan dengan zahir zaidanee, doktor yang baru berpindah masuk berhadapan dengan rumah mereka. Doktor danee membantu jen keluar dari kepompong masalah. Dia tidak lagi mengambil ubat tidur dan berjaya keluar dari rumah berhadapan dengan masyarakat sekeliling. Dalam masa yang sama jen pada mula menganggap dia bertemu dengan danee sisi jahat tapi rupanya itu adalah kembar seiras danee, zahran zabidee...

Perkenalan dengan mereka berdua membawa jen ke dalam satu situasi yang tak disangka. Danee dalam pelarian kerana menjadi suspek utama dalam pembunuhan bersiri. Zahran yang amat sayangkan kembarnya dalam perjalanan mahu membantu dan jen terbabit sekali dalam perjalanan itu. Disini watak makin banyak diserap masuk dan jika tidak hayati pembaca boleh hanyut terpinga-pinga. Dan akhirnya watak yang paling tidak disangka adalah pembunuh sebenar.. Jen ali, penulis novel cinta punya identiti yang berbeza..

Haa..... Korang ingat dah habis? Ingat setakat itu ceritanya?.. Di sini yang mencabar minda pembaca untuk buat perbandingan sendiri dibahagian kedua buku nih. Segala dan semuanya berubah bila watak nik dan aria dari novel mesej muncul. Puan editor yang berjumpa dengan jun, seorang lagi penulis punya angkara.. Semuanya bergerak berubah identiti walaupun watak semua masih kekal sama. Jangan main-main bila watak penulis cantik Anna Lee terjebak sekali dalam MAGISIAL ni.... MAGIS <-- perkataan dan klu utama yang mencantikkan cerita ini..

begitu rupanya dunia penulisan kan?.. segalanya perlu selari dengan kehendak semasa jika mahu bertahan lebih lama. Terpaksa korbankan pendirian untuk serap masuk dalam dunia yang ada orang kata dunia penuh khayalan, penipuan dan tidak realistik. Dan lagi, kita manusia ni pun bukannya sempurna. Cuma didiklah hati agar tidak terlalu hanyut dalam duniawi. Seimbangkan. Bagi yang suka menjatuh hukum tanpa memberi peluang itu, tarik nafas dan telek diri sendiri. Tahniah buat cik puan penulis untuk karya yang hebat ini dan moga akan terus lebih hebat berkarya dibawah penerbit hebat Prolog Med ini...
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews67 followers
May 29, 2019
[BOOK 68]

Magisial by Jun.
.

Mindblown weh!
.

Pertama sekali, nak baca buku ni, kena tenang, sebab lepas tu, hati akan rasa macam naik roller-coaster.
.

Kedua, nak baca buku ni, aku cadangkan baca novel Mesej by Anna Lee dulu. Baru boleh faham akan kekaguman aku bila watak Nik ni muncul (Sebabnya kawan aku yang dah baca novel Mesej pun, dia still confused bila baca buku ni.)
.

Jen, si penulis novel, yang hidupnya mula huru-hara selepas novel adaptasinya hancusss dan dikecam netizen. Selepas itu, pertemuannya dengan Dr Danee mula membawa kepada bunga-bunga cinta. Tapi, lepas tu, hidupnya makin huru-hara bila dia terlibat dalam kes pembunuhan bersiri.
.

Oh ya, buku ni ada 2 ending. Haha..sebelum Misteri Dilaila buat 2 ending, Prolog Media dah buat dulu.
.

Ending 1: kesiannya Jen.
.

Ending 2: yeah, happy ending for everyone. Kecuali Laila. Hahah..thanks to Nik yang hadirnya mengubah takdir.
.

Jujurnya, aku lebih suka ending 2. Bukanlah sebab happy ending ke apa. Tapi sebab jalan ceritanya lebih kemas kot. Kalau ending 1 tu, banyak yang aku rasa tak cukup. Apa kaitan Jen ngan Nina? Adakah Jen juga yang menculik Nina? Katanya pembunuhan bersiri. Dan part crime thriller tu tak terasa sangat. Sebab tak nampak sangat macam mana Jen ni mampu membunuh. Bila masa yang Jen bunuh jirannya, bukan ke masa tu, Jen dah ikut Zahran cari Danee? Ke dia dah bunuh awal lagi? Dan aku lebih suka kalau watak Mat Najib ni dikembangkan lagi. Mungkin betul dia patut mati, tapi macam cepat sangat dia dimatikan.
.

P/s 1 : satu hari nanti, aku akan ulang baca buku ni. Nak perhati betul-betul kat mana penulis twist otak aku.
.

P/s 2 : rindu nak ulang baca Mesej. Oh ya, bila Mesej 2 nak muncul ni? Ku nak tahu pasal lukisan tu. Haha
.

P/s 3: oh ya, bila watak Inspektor Zairul nak muncul lagi ni?
Profile Image for Jean Fernandez.
38 reviews
March 3, 2017
Finished at 4.50am.

Boom! Plot twist #theunthinkable.
I soooooo didn't see that coming. Once it came I couldn't stop reading. Reading Magisial was like the advertisement they show on tv " drink so and so milk with dha and ur sel sel otak starts to berhubung". It keeps your mind engage..
> Mat the guy that seem so suspicious to me
turns out...... oh well read the damn book yourself to know what happens..

#pleasereadmesejbyannalee too
Profile Image for Erimawati Ali.
30 reviews2 followers
March 30, 2019
Permainan ilusi mengelirukan mereka yang melihat.

Memang betul sangat! Lebih separuh cerita, hati macam disiat-siat. Rasa macam tak nak teruskan baca dengan apa yang berlalu pada Jen, Danee dan Zahran. Terkejut, sedih tapi tak keliru. Gagahkan juga hati untuk lalu Intermission...hu hu hu... memang bertabah sajalah dengan plot twist yang langsung tak terfikir.

MAGIS SIAL memang sesuai rasa cerita dengan tajuknya. Kolaborasi watak cerita ini dengan nik dalam Mesej adalah kredit untuk bintang lebih sebab saya memang penggemar novel Mesej dan semua karya Anna Lee.

Yang buat saya tak keliru masa habis baca sebelum intermission tu sebab, boleh agak sebenarnya. Tapi penulis timbulkan curiga pada watak lain dan situasi yang membuat akal berhenti untuk terus meneka si pelaku tu. Babak ada yang memerhati kemesraan antara Jen dan Zahran di kedai serbaneka tu macam saja nak alihkan suspek utama, memang tertipu habis.

Kalau tanya tentang pengakhiran mana yang best, ikhlas kata mestilah suka yang happy ending. Tapi nampaklah jalan cerita dia biasa-biasa saja. Santai, tenang dan bahagia. Tak adalah pembaca duk nak teringat-ingat dan terkesan sangat dengan kisah bahagia tu, kan. Ending pertama tu, memang kejam, tajam menikam dan pasti semua pembaca tak sanggup terima hakikat tapi....itulah yang lebih meninggalkan kesan sampai berbaur rasa yang tak dapat nak dihuraikan. memang makan dalam.

Apapun, tahniah kepada penulis atas kelahiran sebuah kisah yang menarik ini.
Displaying 1 - 30 of 63 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.