Jump to ratings and reviews
Rate this book
Rate this book
Sebatang besi yang kecil mampu membebas dan memenjara. Membuka dan menutup. Melindung dan memasung. Ia juga jadi tunggak kepada suatu penyelesaian. Dalam masa yang sama, pemutus harapan.

Kunci. Iya saya ingin menyerahkan anda satu kunci. Tapi terpulang samada anda ingin menerimanya atau tidak. Ada risiko, saya akui. Tapi saya juga ingin pesan, setiap risiko ada ganjaran. Pilihan di tangan anda. Kunci ini mungkin mampu mencelik mata anda kepada perkara-perkara baru, kunci ini juga boleh membuka minda anda kepada ruang-ruang yang anda belum pernah jelajah selama ini. Dan kunci ini, barangkali boleh menjadi satu item yang paling berharga anda pernah miliki. Iya ganjarannya besar. Tapi hanya untuk mereka yang layak. Bagi yang tidak layak pula, kunci kecil ini akan memerangkap anda di dalam satu ruang yang lohong. Di mana situ hanya ada kegelapan.

Pilih. Anda ingin teruskan membaca? Atau langkau sahaja rak novel ini. Mungkin ada novel lain dalam kedai ini yang lebih sesuai dengan jiwa anda. Bagi yang ingin menyertai saya pula, nah, ambil kunci ini, masukkan ke dalam lubangnya dan pulas kuat.

ISMI FA ISMAIL.

300 pages, Paperback

First published December 1, 2016

8 people are currently reading
127 people want to read

About the author

Ismi Fa Ismail

31 books339 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
54 (52%)
4 stars
37 (36%)
3 stars
6 (5%)
2 stars
2 (1%)
1 star
3 (2%)
Displaying 1 - 22 of 22 reviews
Profile Image for Husna Rosli.
Author 3 books261 followers
March 24, 2017
4.91 stars! Non-spoiler review. Scroll down for more!

Dah habis... dalam masa 7 jam haha. Oh well, baca kejap before study.

Mula2 baca buku ni, mestilah excited sebab inilah buku yg Ismi Fa Ismail buat pertandingan cerpen dulu. Hadiahnya, makan malam special dengan Ismi. Saya pun ada hantar cerpen. Tapi mungkin cerpen sy tu agak pelik dari orang lain dan panjang. Sebab tu tak terpilih hahahahaha.

Sepanjang baca novel ni, tengok macam gaya penulisan semua macam Ismi yang tulis. Pelik jugak saya. Bukan ke Ismi cakap ada cerpen pemenang2 tu yg nak sekalikan dalam novel Kunci ni??? Dan saya tak expect novel ni ambil resepi JBNI - gabungan cerpen yang berkaitan, watak2 berkaitan yang akhirnya membentuk SATU cerita.

Saya tak nak cakap tentang sinopsis sebab ramai dah cerita kat bawah. Bagi saya, Kunci ni adalah satu buku yg berdiri sendiri seperti berdirinya siri JBNI. Cuma gaya penulisannya lebih kemas. Penyampaiannya juga agak bijak. Plot twist demi plot twist yang datang buatkan novel ni orang kata, a page turner. Tak berhenti plot twist sampai boleh buat korang mengusung novel ni sampai tengah makan hahaha.

Walaupun berdiri sendiri, novel Kunci ni seperti masih guna element yang sama macam JBNI - 'yang terpilih (Adib dlm JBNI)', 'manusia yang ada setiap kali ada kematian (Kemboja dalam JBNI), elemen mistik (macam Tiada Tajuk) dan banyak lagi.

Saya ingat nak bagi 5 bintang. Tapi ada beberapa ketika, nampak macam situasi dalam buku ni melompat-lompat. Macam, tiba2 saja A dah ada di sebelah B sedangkan tak nampak dia bergerak pun. Nadiem pun bagi saya tak ada motif yang kukuh utk libatkan dalam masalah seberat ni hanya demi cinta. Rasa cinta dia pada si dia tu pun tak ditunjukkan sangat. Seolah2 dia hanyalah knight in the shining armour yang hadir tiba-tiba untuk selesaikan masalah. Tak pun, macam seorang ejen FBI dari pertubuhan rahsia yang buat surprise untuk selamatkan semua orang. Ada lagi beberapa masalah teknikal tapi yang bagusnya, ia tak membantutkan perjalanan cerita ni.

Tak dinafikan saya rindu penulisan puitis Ismi. Emosi dalam buku ni banyak tentang kemurungan, kematian, kehilangan, misteri etc. Tahniah dan jangan lah berhenti menulis. Novel ni tetap terbaik dan ada kelainannya tersendiri yang susah kita nak jumpa dalam novel lain.

Saya komen ni sebagai seorang pembaca, bukan seorang penulis. Siapalah saya dibandingkan dengan penulis hebat ni. Hehehehe XD
Profile Image for Sha Mohamed.
2,523 reviews1 follower
November 12, 2017
Novel seram thriller yang paling dasyat pernah saya baca.. Mengerikan, menakutkan dan menyeramkan.. Semuanya sebab Kunci.. Dan sekali lagi saya puas hati membaca.. Karya penulis memang tidak menghampakan.. Kena tunggu sambungannya pada Empati.. Alahai.. Dia main sambung-sambung lagi.. #kunci #ismifaismail #ifienterprise #seram #misteri #melayu #novelseram #horrornovel #bookstagram #hobisaya #bookworm #bookreview #booklover #reviewbukuolehsha #bookreviewbysha #bacaannovember2017 #bloggerbuku #blogger #bloggerperak #blogkasihkuamani #membacajambatanilmu
Profile Image for Nur Ainn.
68 reviews1 follower
February 20, 2017
x pernah menghampakn,susunan jln crite yg baik dan teratur...yg pastinya diakhiran crite slalu ada kejutan,thumbs up pnulis....
Profile Image for vnouraa.
80 reviews1 follower
Read
January 18, 2017
Dalam buku ni, dimulakan dengan penemuan mayat gadis tergantung kat pokok dengan bau yang wangi. Ending, dapat tahu siapa yang mayat yang tergantung dan kenapa mayat boleh jadi wangi. Siapa yang bunuh? Lepas tu, diberi pecahan bab menerusi kisah 'kunci'. Apa perkaitannya dengan watak-watak utama. Ada kisah 'kunci kereta', 'kunci rumah', 'kata kunci', 'kunci peti', etc.



Semua tanda tanya menyebabkan saya nak tahu apa yang jadi seterusnya pada sambungan novel Kunci, 'Empati'. Tak tahu la sama ada akan ada 3 buku semuanya macam siri Jangan Baca Novel Ni & Seruan.
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
March 27, 2020
kalau dah baca karya puan penulis hebat ini, jangan harap pembaca dilepaskan dengan senang. emosi terkurung, jiwa dibelenggu, akal dirantai, fikiran terbayang. banyak perkara yang akan buat lintas hormat. sama ada realiti atau khayalan.

kunci. kunci ini tanpa sedar diperlukan untuk membuka sesuatu. apa, kenapa, bagaimana. semua akan menerjah seiring dengan kunci. awal kisah, gadis yang dijumpai tergantung dengan loket berbentuk kunci dan membawa kepada kisah yang lain.

perkenalan kepada watak dahlia, damien, arina, nadiem dan tariq. setiap satu punya sisi kisah tersendiri. yang sangat mencuri perhatian akak bila ada kisah yang bolak balik bila ada kunci antara mereka. keliru mana satu realiti dan mana satu khayalan. contoh antara anas dan arina. siapa antara mereka yang mati sebenarnya?

inilah kelebihan penulis Ismi Fa Ismail yang jarang ada pada penulis yang lain. sisi ideanya sukar pembaca menebak apa sebenar yang ingin diceritakan selagi tak menekuni naskhahnya dengan baik. beliau akan beri jerutan simpulan yang dirungkai satu persatu tapi pembaca akan temui pula jerutan yang lain. anehnya, pembaca akan suka untuk terus merungkai jerutan itu!

kisah kunci ini belum tamat. sadisnya akak terpaksa tunggu PKP reda untuk dapatkan dua naskhah kesinambungannya. empati dan paksi.

dunia ini memang banyakkk rahsia. sama ada anda terkunci atau berjaya membukanya.

kuncinya bagaimana ya?
Profile Image for Pak Badrul.
Author 3 books6 followers
March 30, 2017
Novel yang ceritanya berkenaan kunci. Dah tajuk dia pun 'Kunci' kan? Macam-macam la cerita tentang kunci. Ada kunci motor, kunci peti besi, kunci pagar rumah, kunci kondominium lah, papan kekunci lah... kata kunci... loket kunci... kau kunci cintaku di dalam hatimu... saya kunci lirik ini... eh! Banyak betul kuncinya. Ini sebuah novel seram. Jangan macam-macam. Bukan main-main. Dan aku nak berpesan... pastikan kau tak tertinggal kunci motor kat seat lepas parkir motor kau tu. Kelak merana diri. Dan jangan kau lupa keypad lock telefon pintar sebelum dimasukkan ke poket... poket... poket....
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,547 reviews41 followers
March 31, 2019
Cara penceritaan bersahaja namun tema dan aksi dalam, kengeriaan pun tahap creepy gila. Dah baca tak boleh berhenti, beberapa jam selesai. Nak tahu dan nak tahu... banyak cerita ramai watak, semuanya ada kena mengena walaupun mereka tidak sedar. Kuncinya ada pada seorang gadis. Penyelamatnya mula mula kita ingatkan seorang, rupanya mungkin dua orang, munhkin juga tuga orang? Kita tak pasti, kerana cerita belum selesai. Mungkin anda pilih untuk tidak mahu membaca sebelum buku sambungannya terbit. Namun, tak baca rugi. Pilihan di tangan anda.
Profile Image for Nadhiah Aida.
513 reviews27 followers
March 30, 2018
Seram!

tunggu second book - Empati ...


jangan baca kalau tak bersedia ... memang hmmm creepy .....
Profile Image for Regina Ibrahim.
Author 22 books112 followers
November 17, 2019
KUNCI
Karya Ismi Fa Ismail
----------------------
Jarang ada novel tempatan yang mencuit cuit perasaan saya untuk ditamatkan kerana ada 2 lagi menanti. (bulan october sahaja ada 3 novel tempatan yang dibaca tanpa reviu kerana membosankan)Kunci berjaya melakukannya. KUNCI dimulakan dengan pesanan pesanan kerana ia agak menganggu, tidak sesuai untuk kanak kanak di bawah usia 13 tahun.

Prolog tentang bau harum di sebuah perkampungan kecil berjaya membina keterujaan pembaca. Bagi peminat genre seram sudah tentu novel ini sukar untuk diletakkan semula, kerana setiap bab dengan tema kunci berbeza membawa cerita segar yang akhirnya saling berkait.

Sebenarnya saya agak seriau apabila diperkenalkan watak si alim janggut panjang dan kilas waktu. Bimbang jika penulis terlibat dengan sindrom Dues Ex Machina, namun sangkaan meleset kerana beliau ada sebab tersendiri. Harus dipuji kerana Ismi tidak meninggalkan pembacanya terkial kial mencari sebab. Isi novel seram ini sangatlah teliti akan nama, jangka waktu, sifat watak yang konsisten.
Kelemahan novel: lebih dari 3 babak mimpi demi kilas masa (time travel dan firasat) adalah tidak digalakkan untuk penceritaan seram.

Kelebihan novel: Banyak, berbanding trilogi pertama. Ismi menyelitkan frasa frasa sastera, pantun, sajak dan kenyataan indah tetapi mudah tidak berbelit. Setiap halaman lengkap dengan elemen seram dan manusiawi. Boleh dirasai sifat hati hati dan peka penulis akan butiran awal dan petembungan watak walaupun di bab hadapan.

Watak Gemina bagi saya sangatlah memikat. Masih kekal misteri walaupun pembaca sudah tahu akan 2 kata kunci yang membinasakan suasana jika digunakan.

Ketika membaca, lupakan dahulu trilogi pertama Jangan Baca Novel ini...agar nikmat baharu ini lancar.

Beli cepat sementara stok masih ada... beli dan letak tepi.
VERDICT: A MUST READ

Akan beralih pada EMPATI secepat mungkin!
Profile Image for Zully Azizan.
330 reviews8 followers
October 15, 2018
Argghhhhhhhhh....!!!!

Satu sebab kenapa aku tak suka baca buku yang bersambung sambung adalah bila terpaksa menunggu sambungannya yang belum tentu bila masanya akan muncul.

Stress pertama..!! Macam biasa emosi ko memang akan kucar kacir bila baca buku buku dari IFI. Tak percaya, Sila baca. Ko bacalah sebuah buku hitam tu pun cukup. Akan membuatkan ko sentiasa berada di dalam emosi yang tak betul.

Stress kedua...!! Macam biasa juga setiap bab akan buat ko bertanya. KENAPA???? KENAPA??? HOI KENAPA?????

Stress ketiga....!!! Rasa dah berdenyut denyut dah kepala neh. Tapi aku puasssss!!! Ismi tolonglah keluarkan EMPATI secepat mungkin sebelum saya bertukar menjadi GEMINA. HAHAHAHAHAHAHA

Terima kasih awak sebab berjaya menempatkan emosi saya sama seperti karya JBNN dahulu.
Profile Image for Arshad Adam.
31 reviews1 follower
January 9, 2018
Sangat visual. The best part of this book is the jumping of POV yang sangat berkesan dan effortless. It's gonna work best on screen. Best gila wei. So smooth. Tak seram sangat or maybe because Im so immuned with horror stories, so segala feel seram dia were predictable (personal thought) but nonetheless the story best. Kept me hooked the whole day. Paling cepat baca. Tapi ada sambungan pulakkkkk, tak IFI lah kalau tak bersambung kan.
Profile Image for Adrianz.
146 reviews22 followers
February 7, 2017
Perasaan aku ms mula2 baca novel ni sehingga ke ms terakhir seolah2 buku ni "kembar" serupa tp x sama..dgn novel Jangan Baca Novel Ini..setiap watak yg ada saling berkaitan...x sabar lak nak tggu sambungannya...Empati....hmmm
Profile Image for Haliza.
81 reviews
February 5, 2017
KUNCI - Ismi Fa Ismail

Mula2 baca kita disajikn dgn persoalan ppuan cantik tergantung di pokok, dgn bau wangi, rupa seolah hidup sehingga menimbulkn rasa kagum kpd org yg melihat. Kemudian sayu hati mengenang nasib Damien dr kecil sehingga dewasa. Seterusnya kita dihidangkan dgn beberapa cerita berkaitan bermcm jenis kunci, yg mana watak setiap cerita ada kaitan, kena peka bila membaca tu.

Ada byk persoalan sebenarnya ttg rancangan Loseifa (dukun hebat) & Buntarto (tukang kunci) yg menghantar pembantunya Gemina utk mendekati Inspektor Tariq sehingga Hudzir jd mangsa keadaan. Ikutkan hati mcm nk cerita semua tp x bestlh nant korang nk baca dh tahukan.

Novel nie tersangat sangat best, jd klu baca sendiri lg best. Sy mmg rekomen sgt novel nie. X sabar nk jumpa Insp Tariq, Arina, Damien, Nadiem & Gemina di novel akn dtg EMPATI. Siapa mereka tu, apa cter ppuan cantik yg tergantung tu, korang kene baca dulu novel nie. TERBAIK & SGT TERKESAN

#ifienterprise
#kunci
#ismifaismail
#seramlicious
Profile Image for Haniey Hazri.
15 reviews2 followers
August 6, 2023
Suka bila ada part cameo watak watak JBNI. Macam biasa bahasa yang digarap oleh penulis agak tinggi dan puitis. Dan thriller horror yang dibawa buat mind blown.

Suka jugak bila setiap bab ada kesinambungan watak. Like watak ni related to this watak and here and there. But everything ada kaitan dengan kunci. Like the title itself.

Terima kasih penulis.
Profile Image for Shaqira Kamarolzaman.
18 reviews
July 11, 2024
I was thinking , kunci ni is an introduction kepada segala kekusutan yang bakal dibawa on the next sambungannya so tengah tak boleh nak relate anything 😂 semuanya masih blurry . But so far so good . Apa2 kena baca sambungannya dulu , nak kasi faham dulu . Mabye I'll edit back this review hehe
Profile Image for Mommy Farah.
362 reviews14 followers
December 7, 2017
Rekod 2 jam baca. Fuh..semua cerita pasal kunci. Cerita yang berlainan tapi berkait antara satu sama lain. Tak sabar nak baca EMPATI pulak.
Profile Image for suha.
15 reviews
June 23, 2024
Seperti biasa karya ismi fa ismail memang tak pernah mengecewakan
Profile Image for Kiranim.
29 reviews
October 28, 2017
Seperti biasa karya seram Ismi tak pernah tak best. Selama seminggu aku tidur tak tutup lampu. Dia punya implikasi terhadap kehidupan aku sangat sangat sangat berkesan. Dia punya watak dan cerita sarat dalam kepala otak aku sampai aku senantiasa teringat dan berfikir kenapa begitu dan kenapa begini. Bukan KUNCI saja malah semua novel seram dia membuatkan aku jadi begini. Aku tahu aku takkan dapat memikirkan jawapannya dan aku rasa aku terpaksa untuk meneruskan hidup dengan menunggu.... sekali lagi.
Displaying 1 - 22 of 22 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.