Goodreads helps you keep track of books you want to read.
Start by marking “Cikgu Kelas Sebelah” as Want to Read:
Cikgu Kelas Sebelah
Enlarge cover
Rate this book
Clear rating
Open Preview

Cikgu Kelas Sebelah

4.26  ·  Rating details ·  53 ratings  ·  18 reviews
Orang kata, jadi cikgu zaman sekarang tidak seronok seperti dulu lagi. Terlalu banyak beban, terlampau banyak tekanan. Kalau kau cikgu, pandai-pandailah mencari keseronokan sendiri. Agar semangat tidak hilang, agar cinta terhadap profesion terus membara.

Aku mahu mengajar dengan gembira dan mahu murid belajar dengan seronok. Jadi ini yang sering aku lakukan. Aku suka bermai
...more
Paperback, 183 pages
Published December 2016 by Komrad Buku
More Details... edit details

Friend Reviews

To see what your friends thought of this book, please sign up.

Reader Q&A

To ask other readers questions about Cikgu Kelas Sebelah, please sign up.

Be the first to ask a question about Cikgu Kelas Sebelah

This book is not yet featured on Listopia. Add this book to your favorite list »

Community Reviews

Showing 1-30
4.26  · 
Rating details
 ·  53 ratings  ·  18 reviews


More filters
 | 
Sort order
Sha Mohamed
Jan 07, 2019 rated it really liked it
Buku yang ohsem.. Catatan seorang guru yang menyentuh hati, menggeletek jiwa dan menyentap perasaan.. Bukan mudah menjadi guru.. Berkorban masa dan tenaga demi mendidik kita dan anak-anak kita menjadi insan berjaya.. Tahniah buat penulis..
Lila
May 21, 2018 rated it it was amazing
“Orang kata, jadi cikgu zaman sekarang tidak seronok seperti dulu lagi. Terlalu banyak beban, terlampau banyak tekanan. Kalau kau cikgu, pandai-pandailah mencari keseronokan sendiri. Agar semangat tidak hilang, agar cinta terhadap profesion terus membara.” - Mohd Fadli Salleh, Cikgu Kelas Sebelah.

Buku ni dah terbit 2017 lagi, tapi kita baru berkesempatan beli waktu PBAKL lepas. Harini selesai baca dan Lila kasi 5⭐sebab best dan solidariti untuk rakan guru! Hehehe Sebenarnya cikgu MFS ni selalu j
...more
Ras
Dec 28, 2018 rated it really liked it
Shelves: 2018-read, e-book-pnm
Berdasarkan perkongsian pengalaman Cikgu MFS dalam CKS ni kan, macam seronok saja menjadi pendidik. Namun saya tahu, tidak semudah itu. Menjadi guru pada zaman sekarang sangat mencabar. Budak zaman sekarang ni bijak dia lain macam sikit. Tengok, Cikgu MFS pun asyik terkena saja oleh pelajarnya. Haha..Mujur dia pun bijak juga nak 'handle' mereka ni. Kang tak pasal-pasal asyik cikgu yang dibuli pelajar.

Pengalaman yang dikongsikan sangat menarik, menghiburkan dan memberi kesedaran. Ada kisah yang
...more
Nazmi Yaakub
Apr 19, 2018 rated it really liked it
Himpunan anekdot seorang guru sekolah rendah yang cukup resipinya; lucu dan syahdu. Sudah tentu tugas guru pada masa kini lebih mencabar, ditambah dengan gelombang media sosial yang selalunya bersifat tidak adil atau keras terhadap golongan pendidik, tetapi pengarang menampilkan bagaimana tanggungjawab itu digalas seperti 'seorang badut' yang memberikan keriangan dalam dunia anak-anak meskipun terpaksa mengunyah kesusahan.

Buku ini wajar dibaca oleh ibu bapa muda yang sebahagiannya terlupa bagaim
...more
Sharifah Aswad
Sep 01, 2017 rated it really liked it
Buku ini menyajikan kisah dan pengalaman Cikgu Fadli dalam menjalankan tugas sehariannya sebagai cikgu sekolah.

Ceritanya pendek-pendek sahaja. Paling panjang pun dua mukasurat. Santai. Sesuai dibaca di hari cuti yang tenang seperti hari ini. Mula baca pagi tadi, petang dah habis.

Pengalaman lucu, sedih dan menginsafkan. Samada kerana beliau menegur murid ataupun kerana ditegur oleh murid.

Sungguhpun ada ceritanya yang kurang saya setuju, saya rasa buku ini sasarannya dewasa dan bukannya murid.
...more
Haryati Abd. Halim
Mar 06, 2017 rated it really liked it
Shelves: buku-2017, baca2017
buku 18/2017
1. ada 101 catatan pengalaman dari seorang guru.
2. ada kisah suka yg boleh buat kita senyum dan gelak, dan juga yang menyentuh rasa dan mampu mengalirkan air mata.
3. catatan yg ringkas, bersahaja namun masih berbekas di hati.
4. teringat kenangan alam persekolahan yg indah, tak mampu untuk diulangi lagi.
5. apa yang kurang, tulisannya sangat halus. Tak berapa mesra mata yang dah tak berapa muda lagi. ha..ha..
terdetik di hati, mahu menulis catatan suka duka, pahit manis selama 14 t
...more
Shahrul AhLami
Mar 08, 2017 rated it it was amazing
Buku Cikgu Kelas Sebelah ni memang seronok dibaca.
Buku ini mengandungi 102 anekdot yang ditulis sendiri oleh penulis. Setiap anekdot merupakan pengalaman penulis sendiri sepanjang menjadi guru untuk murid-murid tahun 1- 3. Bukan senang woi nak melayan kerenah murid-murid sekolah rendah.

Tak rugi baca buku ini sebab buku ini mampu menceriakan hidup anda.

Percayalah!
Dilla
Jun 24, 2017 rated it really liked it
Penulisan santai. Berkisarkan kehidupan seorang guru. Tidak perlu risau sebarang jargon pelik kerana bahasa yang digunakan senang fahami.
Hisyam Ahmad
Apr 01, 2018 rated it liked it
Membaca buku ini seakan-akan membawa diri ini kembali kepada zaman mula mengenal sekolah, kurang lebih 23 tahun yang lepas. Zaman hidup sebagai seorang kanak-kanak yang tidak mengerti apa itu keserabutan hidup, apa itu masalah politik, apa itu putus cinta dan apatah lagi kafir-mengkafir sesama saudara Islam.

Penulis memulakan buku ini dengan penuh kerendahan hati, sebagai seorang badut yang harus bersedia jiwa dan raga bagi menerjunkan diri dalam profesion perguruan yang penuh dugaan dan cabaran.
...more
Buku Che Moon
Jun 17, 2017 rated it it was amazing
Aku ingat komik Slam Dunk dengan Dik Cerdas tu dah cukup kelakar.Buku ni pun kelakar macam komik-komik favourite aku tu jugak.Tahniah lah cikgu.Tak rugi saya baca buku ni di kala hujan tengah turun dengan lebatnya ni.Tak jadi saya tidur 😅.

Ada 101 cerita pendek atau anekdot pasal aktiviti Cikgu Fadhli kat sekolah.Majoriti memang tentang perangai budak-budak sekolah rendah yang tak cukup akal,tak akil baligh dan tak banyak vocab lagi.Tapi ada je yang menyentuh perasaan dan kemanusiaan.

Jadi cikgu m
...more
Ainnudin Ja'far
Nov 07, 2018 rated it it was amazing
Pengalaman menjadi pendidik di sekolah rendah melatari plot cerita naskhah ini. Sememangnya suatu memori yang indah buat guru yang bertugas di sekolah rendah kerana murid-muridnya sentiasa mewarnai setiap detik dan ketika. Sifat mereka yang manja, lurus, baik hati, pemurah dan pelbagai lagi menjadikan kehidupan guru sentiasa ceria. Malah guru seharusnya menyesuaikan diri untuk memastikan anak-anak murid berasa senang dan gembira apabila belajar dan berada dalam kelas tersebut. Secara tidak langs ...more
Syafiqah
Jan 15, 2019 rated it it was amazing
Untuk semua cikgu di luar sana buku ini boleh jadi buku motivasi terbaik untuk anda dalam menghadapi hari muka. haha. Aku suka buku ni tapi sbb tak jumpa kt bookstore tempat aku. AKu beli versi digital. lagi pun senang, beg tak berat. semua baca dalam phone. HAHA. Tapi nice jalan cerita Cikgu Kelas Sebelah dan aku dah praktikkan.

Kalau korang cari yang versi digital, boleh try kat sini- https://www.e-sentral.com/book/info/2...
Norsakinah Yusoff
Jul 28, 2017 rated it really liked it
Guru ini sangat menyayangi anak muridnya. Boleh rasa secebis perasaan menjadi guru, comel(dan memeningkan kepala) sungguh budak-budak ni!

Cuma ada sesetengah penceritaan kurang "deep" dan "feel", mungkin disebabkan stail penulisan yang santai dan ringkas. Anyway, terima kasih cikgu fadli kerana membuat saya ketawa, juga menangis.
ᴡᴡᴡ.Lin_Rahim.18sexy.pw
Sebelum mula baca buku ini, saya fikir buku ni setakat cerita2 pendek biasa saje untuk bahan bacaan kanak2. Tapi yang sebenarnya bukan! Dari mula baca buku ni, tak boleh nak lepas. Kadang2 tersenyum sendiri, ada masa tersentap dan ada masa rasa terusik sebab kasihan dengan nasib pelajar yang kurang bernasib baik.
Amutha
Jan 22, 2018 rated it it was amazing
Its an easy to read book by a teacher who is sharing his experiences. I follow him on FB & almost all his writings will touch a reader's heart. As does this book. It is a compilation of his daily writing. Many teachers will agree with his views. Recommended...
Russiah Rais
Oct 19, 2017 rated it really liked it
Memang kelakar, ada sedihnya, ada ikhtibarnya. Berdasarkan pengalaman penulis sendiri. Membawa kita ke alam pesekolahan dahulu. Itulah yang berlaku. Menunggu kalau ada sambungan buku kedua pula.
Akuismeudy
Jan 30, 2017 rated it it was ok
Shelves: 2017
Bahagian awal cerita tentang 'badut' fuhh.. fuhh.. damn true. Berjoget, menyanyi apa saja yang tak dibuat. Walaupun krik krik sorang-sorang. Redha dan belasah jelah. Dan bila penulis tulis pasal terpaksa meredah jalan 20 km untuk mencari makanan, waktu malam kadang-kadang lencun hujan. Serius teringat tahun lepas aku drive lebih 70km pergi balik semata-mata nak makan nasi goreng cili padi, balik senja hujan jugak cuma aku tak basah sebab aku ada Ali si kereta ku yang biru. Btw benda-benda macam ...more
Azratul Husna
rated it it was amazing
Mar 02, 2017
Enol M.
rated it really liked it
Feb 06, 2018
Fatimah Wahidah
rated it it was amazing
May 16, 2018
Noor Syafiqah
rated it it was amazing
Aug 10, 2017
Farah Hamirdin
rated it it was amazing
Feb 04, 2017
Marbella
rated it liked it
Sep 02, 2018
Rehan Abd Jamil
rated it really liked it
May 14, 2018
Hanis Khaleeda
rated it it was amazing
Sep 01, 2017
thewayfarer11
Apr 14, 2017 rated it liked it
berkenaan tentang anekdot seorang guru yang mengajar di sekolah rendah. Gaya bahasa yang santai dan bersahaja!
Alya Farzana
rated it really liked it
Jan 27, 2017
Anis Rafidah
rated it it was amazing
Feb 20, 2018
Mohd Fadli
rated it it was amazing
Apr 14, 2017
Zainab Norazman
rated it it was amazing
Dec 19, 2017
« previous 1 next »
There are no discussion topics on this book yet. Be the first to start one »