NURUL AFYRA... Bercinta dengan orang lain, kahwin dengan orang lain.
Takdir mendatang apabila tunangnya Naquib memutuskan ikatan pertunangan sehari sebelum nikah. Tidak cukup itu, penghinaan diberikan kepada keluarganya.Dihantar seorang lelaki asing sebagai galang ganti.
Dalam keadaan genting, Afyra bersetuju demi maruah diri dan keluarganya. Permulaan hidup bersama itu memang aneh. Lelaki itu tidak dikenali. Namun sedikit rasa dalam hati mengesan, ada kelainan pada keperibadian lelaki itu walaupun si suami berahsia entah kenapa.
AHMAD FAKHRI RIZAL... Adik kepada Naquib. Fakhri rela menikahi Afyra demi beribu sebab. Cantik, datang dari keluarga kaya dan alim, itu antara sebabnya. Siapa kata hidup mereka tidak dilanda masalah pada permulaannya, namun ujian kecil itu tidak mampu menjadi kudis kepada mereka. Mereka semakin teguh membina ikatan cinta bersama.
Sebaliknya, abang kandung dan ibu tiri, teman-teman yang disangka sahabat... mereka semua itulah yang menjadi barah dalam kehidupan Fakhri dan Afyra. Fakhri hampir terjatuh dalam hidupnya, namun ada seorang wanita yang setia di sisi. Itulah isterinya. Memberi semangat, menjadi penawar dan penglipur lara Fakhri.
Fakri tidak pernah berputus asa. Dia seorang lelaki yang cekal. Dia dikurniakan Allah kepandaian. Kebijakan Fakhri mula mendapat perhatian. Dia mula bangkit semula sehingga membuka mata setiap orang yang merendah-rendahkannya.
Hero In A Million!
Dialah seorang lelaki istimewa di mata mentuanya. Hero kepada isteri dan anak-anaknya. Seorang sahabat kesayangan kepada sahabatnya. Juga seorang anak yang pemaaf kepada bapanya. Dia tidak sempurna. Namun lelaki seperti dia hanya ada satu dalam sejuta!
4.5* Novel yg dinantikan since author menulis tentang keluarga Ariff Buhler. Saya sangat suka dgn keluarga ni. Boleh dikatakan dlm cerita anak2 Ariff Buhler, ini yg paling saya suka. Sipnosis overload. My review tambahkan lagi..harap ada ummph! Jemput baca semua.
Fira really mencontohi sikap ibunya bapanya yg baik dan sangat tajam pemikirannya bab emosi seorang suami. Walaupun marah bila mengetahui tujuan sebenar Fakhri menikahinya & ditipu tentang dua kehidupan berbeza suaminya berbulan2 lamanya, dia tetap memaafkan. (Yalah, kerana dendam suami, dia dibawa tinggal di slums area). Sebagai isteri bukan kesempurnaan yg dicari olehnya dlm pasangan, tapi keselesaan dan keserasian. Kalau kita expect dia macam ibu dan Jannah dlm bab beri nasihat or ego terlebih dose or merajuk berpanjangan or behaviour yg DIVA wanabe, boleh lupakan lah. Awalnya macam keras kepala rupanya dlm hati berbunga2. She is really awesome.
Fakhri, bekas juvana ialah seorang lelaki yg baik budi pekerti, jujur, bijak dan terlalu berjimat, sentiasa mengemis kasih sayang seorang ayah dan boleh dikatakan mempunyai visi dam misi yg dapat dijayakan diakhir cerita. Sentiasa dipandang rendah oleh abang kandungnya Naquib. Dia tidak angkuh atau sombong dan sering menghulur bantuan kepada sahabat handai tapi sayangnya tak dihargai malah ditikam dari belakang. Setelah dua kali khilaf dalam meladeni isteri tercinta kerana dendam, dia melepaskan semuanya dan mula bangkit membina keluarga bahagia dan biz yg semakin maju dengan sokongan isteri serta keluarga isterinya dan juga teman baru.
_______***_______ Scene menagih kasih ayah.
"Kau takkan faham Fakhri. Semua salah tu duduk atas bahu aku. Suka atau tidak, aku kena terima. Lebih baik kau jauh dari aku daripada menanggung apa yg tidak sepatunya kau tanggung." - balas Encik Herman.
Maksud berselirat sini. Kesal tiada penghujung. Dalam masa yg sama asal bertemu je diorang sogok duit. Fakhri tak hadap pun wang tu. Dia lebih kaya ok. Dia donate je wang tu kat makcik pungut tin.
Scene Lawak sengal Fakhri to wifey bila berjauhan (Fakhri di Msia dan Fira berkursus di London)
Fakri : Abang lupa nak bagi seluar dalam abang kat Fira. Fira : Eh! Nak buat apa? Fakhri : Buat ubat bila Fira rindu abang. Fira : Eee..tak kuasanya! Ingat semua orang hati tisu macam abang, sampai berus gigi pun nak bawa tidur?
Sebelum scene ini, ada sebab lain bab seluar dlm tu dan berus gigi..bila ingat balik kelakar betul this couple. Especially Fakhri. Fakhri ni sebenarnya pendiam tapi bila dah tangkap cintan dgn Fira..tak sangka dia boleh jadi sengal..menangis mendayu2 lagi rindukan isteri..Ada dia kisah..lelaki manja..even dgn keluarga Fira..tak segan sangat.
_______***_______
Saya tolak 0.5* from 5*. 1. Bab anak kembar tiga yg baru berapa bulan kelahiran mereka telah diajar bertatih. Suka2..saya faham tapi tulang belakang belum kuat babe. Few mths after the Akikah scene (50 days). Dan dah pandai panggil Pa. 2. Bab kelahiran kedua - she has her own gynae, macam mana pula Doktor Kamarul boleh masuk scene. Kelahiran pertama satu doktor wanita yg handle. Then changed to Doktor Jarjeet. Kelahiran kedua, 3 doktor sekali gus. If its in OT okaylah tapi just delivery suite je. Dua lagi tu doktor pelatih ke? Mmg tak hairan sangat tapi macam kurang yakin. Tapi after complication in delivery tu okaylah. 3. Samudera Holdings, sekejap yes, sekejap no then yes again. 4. Biz sendiri, tiada perkembangan. Dapat ke tender tu? Mungkin kut but after that cerita ni senyap terus.
What I like about this book. Kata2 nasihat dan contoh2 yg diberikan..cara penyampaian macam diberi nafas baru gitu..tak typical sangat..Getting better and better..FASAD is one of them.
And lastly, saya harap author dapat menulis kisah kembar Rafael dan especially Mika since dlm novel ini ada bercerita sedikit tentang kejayaan isterinya Engku Fatimah..Tidak lupa juga dlm novel ni ada diselitkan tentang Kat (cameo je), isteri abang Jibam kita.
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM19. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)
Best sangat! But so stupid of me tak sedar yang Tan Sri Ariff is actually the same Ariff from Janji Pada-nya, until lar dah nak habis.
Just like I love Janji Pada-Nya, N juga turut suka teramat sangat dengan H.I.M
Jalan cerita yang tak complicated tapi padat dengan kisah manis, lawak jenaka dan pengajaran. N suka dengan semua watak dalam cerita ini kerana masing-masing memainkan peranan untuk menggerakkan jalan cerita dan mengembangkan watak utama.
Watak-watak yang tak berapa nak baik pun dapat balasan yang setimpal tapi tidak diberi pengakhiran yang cliche. For that, two thumbs up for the writer.
Rasanya, banyak pengajaran yang kita boleh ambil dari novel HIM ini. Kisah Fakhri & Fira boleh dijadikan contoh bukan sahaja untuk hal kekeluargaan. Tetapi juga dari segi hubungan rumahtangga, persahabatan dan juga perasaan. To be honest. Letak tepi la seketika. Agak klise asalnya bila adik kena tukar tempat dengan abang untuk tutup malu. Bila si abang last minute nak batalkan majlis. Namun, si adik (Fakhri) sangat gentleman. Walaupun dibayar untuk berkahwin dengan Fira. Dia datang berjumpa dengan keluarga Fira dan nyatakan hasratnya yang sebenar-benar dan mengaku tentang kekurangan dirinya which is tak semua orang boleh buat semua itu.
Cerita jadi lagi seronok bila Fakhri bawa Fira ke rumah flat untuk teruskan hari-hari mereka sebagai suami isteri. Dalam keterpaksaan Fira. Yang tidak berapa selesa dengan keadaan rumah dan flat Fakhri tinggal. Dia sikit pun tak abaikan tanggungjawab dia malahan dari awal. Walaupun secara mengejut berkahwin dengan Fakhri. Dia ajar diri dia untuk terima suami dia seadanya.
Tapi Fakhri pula buat hal. Member baru je berbunga-bunga dalam hati. Haih. Nasib baik la Fakhri ni cepat-cepat sedar dari kesalahan dia dan belajar untuk terima Fira sepenuh hati dia. Mungkin Fakhri takut yang Fira ni akan judge dia sama macam orang lain.
• Walaupun dia dituduh oleh orang kampung dan buatkan dia meringkuk kat tempat tersebut. Tapi Fakhri dia tak berdendam lansung dengan orang kampung sebab anaiya dia. Benda dia tak buat tapi dia kena tuduh. Haih. Suka dengan watak Fakhri yang jatuh bangun dia. Dia sendiri- sendiri sahaja. Usaha dia untuk keluar dari kesusahan dia tu memang sangat boleh dicontohi. Pandai cari duit dan simpan duit. Belajar hidup secara sederhana walaupun berduit. Tak ajar isteri dia untuk hidup mewah.
• Kawan baik Fakhri yang tak kenang budi tu sepatutnya berterimakasih ada kawan macam Fakhri. Sebab kau tahu kau zero tapi kau berlagak hero. Apakah? Tak boleh terima lansung kawan tikam belakang ni.
• Suka dengan keluarga Fira. Menjaga adab, tutur kata pun baik & sentiasa positif. Especially ayah Fira. Macam mana dia tegur anak dia, nasihatkan Fira masa awal Fira kahwin. Teguran yang tegas tapi tetap rasa kasih sayangnya.
• Ayah Fakhri. Akhirnya dia juga mendapat kemanisan hidup yang dia tak rasa sepanjang dia hidup. Dikelilingi orang yang boleh memberi toksik hidup memang agak sukar. Tapi berkat kesabaran dia juga. Akhirnya, isteri & anaknya back to normal.
• Belajar untuk terima pasangan kita macam mana sekalipun dia. Apa yang dia mampu beri kita, kita kena terima. Jangan merungut.
Cukup rencah... Saya suka kesemuanya. Terutamanya keluarga Tan Sri Arif. Berbanding novel Janji Pada-Nya yang sangat saya tak suka (maaf) tapi yang ini lain sangat. Kisah kali ini mengenai Afyra salah seorang anak perempuan dan kembar kepada Farouqe (saya tak kira berapa orang sebenarnya anak-anak Tan Sri Arif dan Insyirah). Dinikahkan dengan Fakhri. Siapa Fakhri ini? Ha... itu yang nak tahu sangat tu.
Mula2 tu saya tak sangka yang Fakhri ada dendam dengan Naquib. Ye lah katanya ikhlas nak kahwin dengan Afyra. Rupa-rupanya ada niat lain. Bila dah kantoi tu, haaa merasa la dengan perlian Afyra. Daripada situ lah Fakhri berubah dan berusaha untuk membahagiakan Afyra.
Saya suka kesemua isu yang ada dalam kisah ni. Kisah suami isteri. Ada pahit ada manis. Dialog yang selamba. Afyra pun tak lembik. Fakhri pula tak panas baran. Saling memaafkan antara satu sama lain. Kisah dalam dunia perniagaan. Jatuh bangun Fakhri untuk berubah angin. Mengusahakan pekerjaan lain dan sekali lagi dia perlu mula dari bawah. Mengundur diri daripada perniagaannya apabila rakan kongsi@kawan2 yang dia sayang buat khianat.
Kisah seorang anak yang dahagakan kasih sayang seorang ayah. Dibenci oleh mak tiri dan abangnya sendiri. Fakhri tak jemu datang ke rumah untuk bertemu ayahnya.
Naquib yang juga seorang anak mak. Manusia seorang ini kan. Sampai dah kena tarbiah dari Tan Sri Ariff baru nak sedar diri. Pengakhirannya baik sebab Fakhri itu seorang pemaaf. Kisah anak-anak kembar mereka. Mula dari mengandung sampai lah mengandung lagi untuk kali kedua. Dah agak mesti kembar lagi. Jarang nak jumpa kisah mengenai anak-anak kecil yang seakan-akan dekat dengan realiti. Penulis yang seorang ini memang pandai menulis tentang bab ini. Ragam anak-anak yang tengah nak membesar.
**Dalam kisah Dikaulah Seluruh Cinta dan Aku Dipinang Duda pun saya suka bab ragam budak-budak. Hehehe...
Kisah cinta yang luar biasa.. Jatuh bangun Fakhri dan juga Afyra.. Suka garapan penulis.. Dari awal hingga penamat berjaya memakukan mata Sha untuk membaca.. Dihiasi konflik kecil dan tidak keterlaluan.. Penuh nasihat dan panduan dalam melalui hidup berkeluarga..
sungguh best baca buku ni. saya peminat setia keluarga arif butler.Kali ni kisah afyra Dan fakri. afyra terpaksa berkahwin dgn fakri bila naquib mengundur diri. suka ksh rumahtangga fakri Dan afyra. mereka tak cpt melatah walau diberi ujian. ketika kwn- kwn fakri berpaling tadah, afyra Dan bayi DLM kandungan afyra memberi kekuatan utk bangkit semula membuktikan keupayaan diri sendiri sehingga digelar dato fakri. yg plg saya suka ialah ank kembar tiga mereka. so cute. dua tiga Kali ulg baca tak puas.
Nurul Afyra (Fira) tersepit antara soal hati & maruah keluarga apabila tunangannya mahu menarik diri sehari sebelum hari pernikahan. Tiba2 muncul Ahmad Fakhri Rizal (Fakhri) menawarkan diri sebagai calon pengganti pengantin lelaki. Demi memelihara aib keluarga & atas restu ibu ayah tercinta, Fira bersetuju meneruskan... maka ijab pun bertukar tangan.
Terdidik dgn ajaran agama, meski apapun permulaan perkahwinannya, Fira tetap menjalankan tanggungjawabnya tanpa peduli apa pun status suaminya. Dia reda dgn aturan takdirnya.
Namun rupa2nya Fakhri ada agenda tersembunyi, ada putik dendam bermukim di hati. Dia tegar menduga Fira dgn kehidupan yg susah demi kerana satu tanggapan, tanggapan yg merupakan sebuah penghinaan bg sang isteri...tanggapan klise yg dijunjung Fakhri lantaran hidupnya yg sendiri selama ini.
Fira yg setelah sedar dirinya diumpamakan trofi, meminta hak kebebasannya kembali andai benar perkahwinan mereka tidak membawa sebarang erti. Tetapi Fakhri sebenarnya telah terlajak sayang, terlanjur cinta...cuma tidak terluahkan. Berbicaralah mereka bahasa bisu...dlm rajuk yg sendu... dalam rasa bersalah yg pilu & dlm ragu yg ternyata palsu. Bila ego & buntu bersatu, masalah berlarutan hingga natijahnya mereka kehilangan satu anugerah Tuhan.
Sesal Fakhri bukan kepalang. Apalah erti perkahwinan andai tiada dugaan, tiada dapat berlebih kurang & tiada saling bermaafan. Demikianlah dgn Fira, kerana rasa yg telah bermukim di hati... dia rela memberi ruang & peluang sekali lg. Lantas hiduplah mereka penuh kemesraan, saling setia berkasih sayang.
Dalam menyelusuri rumahtangga yg bahagia...sekali lg mereka diuji. Fakhri dikhianati, ditikam belakang oleh rakan perniagaan sendiri, sehingga dia akhirnya mengundur diri. Namun Fakhri tidak menyerah kalah, dgn kudrat & kepandaian yg ada, dia bangkit memulakan perniagaan yg diminati. Biarpun bertatih kembali daripada peringkat awal, sokongan sang isteri tak pernah berbelah bagi. Setianya Fira di sisi, turut sama membantu memacu usaha si suami... sehinggalah kejayaan demi kejayaan dikecapi. Adapun isteri itu sebenarnya pemberi rezeki kepada suami selagi mana dia dihargai. Dan sesungguhnya anak2 itu pengikat kasih sayang, bukan sekadar kepada ibubapanya.. malah kepada semua di lingkungan persekitarannya. Kasih sayang mampu meruntuhkan tembok dendam, dan dalam rahmatnya manusia mampu hidup aman.
Heroin kisah ini anak kepada Ariff and Syira. Dia seorang yang outspoken, kental dan independent. Malah dia boleh sesuaikan diri lepas berkahwin dengan Fahkri. Dok rumah flat yang serba kekurangan, Fyra merungut tapi Fyra tetap laksanakan tanggungjawab as isteri.
Fahkri seorang anak muda yang kurang kasih sayang tapi tak mudah mengalah. Dari muda Fahkri sentiasa berusaha untuk majukan dirinya. Dah kaya pun Fakhri tetap rendah diri. Sikap humble ni kadang² buat Fyra geram.
Akhirnya rahsia Fahkri terbongkar selepas Fyra bertemu dengan staffnya. Apa lagi angin la Fyra. Apa yang Fyra nyatakan pada Fahkri membuatkan Fahkri rasa terpukul. Mereka tak bertegur sapa sampailah Fyra terjatuh dari bilik air dan keguguran.
Fahkri menyesal. Kira bagus sikap Fyra.. dia marah² tapi sayang kat Fahkri.
Di saat kawan² Fahkri cuba jatuhkan dia, Fyra seorang isteri yang sentiasa support Fahkri. Berdirinya Fahkri dengan teguh sebab sokongan dari isteri. Hebat Fyra ni. Fyra tak malu pun if Fahkri jatuh miskin.
F kagum dengan Fahkri.. tak malu digelar tukang kebun, tak malu berusaha dari bawah. Sikap pemaaf Fahkri issshh buat F jatuh cinta dengan watak Fahkri. 🥰🥰🥰
Betul kata author " he's one in a million.👍
Korang kena baca buku ni. F pinjam kt pnm @ Perpustakaan Negara Malaysia. Online ebook tau. Free je.
Novel ni sempurna bagi saya. Saya suka kisah Fakhri yg bermula dari bawah dan akhirnya berjaya selayaknya. Afyra yg sentiasa ada untuk Fakhri. Jalan cerita tak terlalu heavy. Ada pasang surutnya. Ada rencah asam garam rumah tangga. Kisah kekeluargaan. Senang nak hadam novel ni. Okay, next 😁😁😁
Novel ni bukan tak best. Aku terhibur sebenarnya (itu pun di pertengahan baru okay). Cuma ada beberapa perkara yang menganggu pembacaanku. Mungkin boleh bagi 4 tapi sayang, aku terganggu.
Banyak nasihat, tapi tak jemu mendengar. Baik daripada Tan Sri Ariff, Puan Sri Insyirah, mahupun siapa-siapa watak dalam kisah ini. Keluarga yang sangat harmoni, saya suka keluarga ini. (Try imagine sorang-sorang muka kacukan anak-anak Ariff-Insyirah ni)
Fakhri & Afyra walaupun berkahwin tanpa cinta, tapi masing-masing tahu tanggungjawab masing-masing. Afyra yang sentiasa menjadi tunjang sokongan yang kuat untuk suami dan menjadi pemaaf kepada suaminya sendiri. Menerima Fakhri tanpa syarat. Mujurlah Fakhri tu tahu menghargai dan mempertahankan Afyra. Tidak sama sekali dia biarkan si Naquib tu curi peluang.
Moralnya, 1. memberi maaf adalah salah satu kunci untuk kita hidup tenang 2. sentiasa usaha untuk berjaya, jangan putus asa 3. kesetiaan dan kepercayaan itu penting dalam hubungan 4. jangan asyik cari salah orang lain saja, kena cermin diri sendiri juga 5. hubungan keluarga itu sangat penting
Mereka berkahwin bila Fakhri gantikan abangnya, Naquib yang tetiba last minute tak jadi nak kahwin dengan Afyra. .
Lepas kahwin, Fakhri bawa Afyra tinggal kat rumahnya yang buruk. Tapi Afyra cuba untuk faham. Ye la, dah memang dari awal lagi, semua orang tahu yang Fakhri ni kerja cukup-cukup makan je. .
Sehinggalah, part Afyra keguguran. Barulah mereka pindah dan membina kehidupan baru. .
Aku suka cerita ni sebab cerita ni berkisarkan kehidupan rumah tangga yang real. Aku suka sikap Afyra. Afyra ni, walaupun anak tan sri, tapi dia tak banyak songeh. Aku kadang-kadang geram dengan Fakhri yang suka berahsia, sedangkan Afyra cuba untuk terima Fakhri. .
Karakter ibu bapa Afyra juga menyenangkan. Menghulurkan nasihat seadanya, bila perlu. Bukannya mengawal rumah tangga anak-anak.
Dalam satu malam dpt abiskan novel ni.. wlpn kebanyakan bab dh ade dlm grup tp bila mula baca semula xterasa pon ketebalan novel ni.. best!! novel adnil zaff@ fazlyn ridz mmg xpenah mengecewakan..
Baca cerita ni macam tengok hypercar di tempat2 pameran.
Masa tengah tilik dekat2 kete tu dapat rasa banyak nikmat mata/hati/perasaan - dari segi rupa, rekabentuk, warna, material, teknologi (sambil jeling2 sikit kat supermodel cun yang setia senyum berposing sakan disebelahnya, heheh) etc.
Lepas tu gostan kebelakang sikit boleh berangan macamana rasa bila bawak kete tu - macamana rasa bila duduk atas kusyen yang sporty tapi selesa tu, macamana merdu bunyinya bila dihidupkan, macamana feel bila tekan kelas dan tolak gear stick tu masuk ke no. 1 lepastu macamana perasaan bila rasa tayar bergolek lepas pedal minyak ditekan dan kelas dilepas etc...
Gostan sikit lagi ekor mata dah nampak banyak mana nombor ditulis melambangkan betapa hebatnya benda alah tu - betapa ringannya, betapa lajunya - sehinggalah tengok set nombor2 yang mempunyai font paling besar - harga atas jalan - oh...
Mula berpaling ke arah pintu keluar pasal teringat bini (/laki bagi yang berkenaan) pesan beli apa masa nak keluar tadi - susu dah nak abes, lampin pakai buang takyah beli yang mega branded, pastu beli satu set dinner plate KFC untuk dua orang anak kongsi (mak-ayah kongsi nasi bajet dan mana2 bahagian ayam KFC yang tersisa) - bibir masih dapat tersenyum kat supermodel yang hulur brochure yang disambut dengan penuh sifat gentleman...
Sampai kat parking, jolok kunci kat lubang kunci sebelah pemandu (remote selalu buat hal), duduk atas kusyen yang dah pudar warna tapi dah jadi selesa (sebab dah ikut rupabentuk bontot aku), masukkan kunci ke tempatnya, sebelum enjin dihidupkan terfikir balik kat hypercar tadi (McLaren F1, hmmm) - betapa hebatnya idea di belakang pembuatannya, betapa banyak cabaran masa nak keluarkan, betapa banyak idea yang terkorban, betapa banyak masa diberi untuk kajian dan ujian dan kajian balik... otak mengingatkan "Not for me", balik ke alam realiti bersyukur dengan apa yang dapat, berusaha untuk dapatkan hari esok yang lebih baik daripada hari ni!
Seriously tak perasan cerita ni about anak2 Insyirah & Ariff until dah habis baca...patutla macam familiar aje nama insyirah ni... Saya suka watak2 antagonis yang tidak keterlaluan jahatnya..dan xde insiden kena tangkap basah... cuma ayah Fakhri tu macam kena bomoh aje oleh mak tirinya sebab langsung x berani bersuara.
Fakhri is resourceful and strong...Fira juga open minded, tidak mudah melatah dan sangat memahami . Dia lebih suka bersemuka dan berbincang masalah & sangat pemaaf...walaupun marah dgn Fakhri tapi dia tidak berdendam. Pasangan yg supportive of each other.
Nasihat2 yg disampaikan melalui Tan Sri Ariff pun sangat mendalam dan berkesan tentang didikan pada anak2 supaya tidak terlalu memanjakan kerana Allah juga tidak memberi semua apa yg manusia pohon agar tidak leka...such wisdom from ayah Fira...macam tak percaya betul ke ini coming from Estaban yg sgt gatal dulu hehehe seblom berubah menjadi insan yg lebih baik.
Overall, I love Fakhri yg sgt penyabar, dan selalu tersenyum...I recommend this book.
Saya suka novel H.I.M berbanding Si Kolot Suami ku. Susunan ceritanya bagus. Dari permulaan hingga tamat, cukup pengisiannya. Cuma saya belum baca novel Janji Pada-Nya, ramai jugak anak2 Tan Sri Ariff & Puan Sri Insyirah. Rasanya lepas ni nak kena cari novel JPN....