Jump to ratings and reviews
Rate this book

Rebut Hati Encik Duda

Rate this book
Majlis perkahwinan dibatalkan?

Humaira buat gila bila batalkan majlis perkahwinannya dengan Sharnaaz yang bakal berlangsung lagi sebulan. Tak kuasa bersuamikan lelaki curang. Dia rela dapat malu daripada merosakkan masa depannya.

Bila keluarganya kecoh, barulah Humaira terfikir mahu cari pengganti pengantin lelaki. Tapi, siapa yang mahu digantikan? Takkan Pak Mat si duda tua kerepot yang tergila-gilakannya? Bila hati dah runsing, dia lamar sahaja Ziyad si duda anak satu yang baru dikenali.

“Saya nak awak jadi suami saya. Saya nak kahwin dengan awak.”

Terpaku Ziyad bila dirinya dilamar. Bukannya dia tidak kenal si dara pingitan itu. Walaupun dia tegas melayan Humaira, tapi si gadis tidak pernah kisah. Paras rupa Humaira mengingatkan Ziyad kepada arwah isterinya. Dalam detak hati ada satu lagi perasaan yang buatkan pintu hatinya berdetak. Namun, Ziyad menafikan dan dia pilih untuk terus setia kepada Zurin.

Buah bidara dalam perahu,
Aira nak ucap I LOVE YOU.

Bila hati dah suka dan terpikat Humaira terus dengan misinya. Biar keras hati Ziyad, dia akan terus kikis ruang demi ruang untuk masuk ke dasar hati si pemuja hati. Ada sahaja yang dilakukannya untuk buat Ziyad terpikat dengannya. Dan, kalau dah jodoh tak ke mana juga. Bersama dan bersatu akhirnya.

Apakah Ziyad akan akur dan mengaku kalah membiarkan Humaira merebut hatinya? Adakah cinta mereka berdua boleh bersatu seperti yang diinginkan Humaira?

Paperback

First published January 1, 2016

Loading...
Loading...

About the author

Ezdiani A. Rahman

13 books1 follower
Nama lain bagi penulis East Diani atau Ez

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
8 (28%)
4 stars
5 (17%)
3 stars
13 (46%)
2 stars
2 (7%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 4 of 4 reviews
Profile Image for Ella.
794 reviews93 followers
December 3, 2016
2.5*
Bolehlah tapi kurang power. Mungkin bukan untuk saya.

Cerita bermula dari putus pertunangan dan Aira yg melamar Ziyad. Finally sampai juga ke jinjang pelamin. Aira was very persistent. Terpaksa tebalkan muka walau orang tak suka. Bermacam2 cara Aira buat untuk memenangi hati suaminya Ziyad. Ziyad mula keliru dgn perasaan sendiri. Wajah Humaira dan sikapnya persis arwah isterinya, Zurin. Kerana enggan rasa mengkhianati arwah isteri dia keraskan hati untuk tidak menerima cinta Aira.

3rd party cuma Pak Mat dan Sharnaaz. Pak Mat yg tergila2kan Aira dan Sharnaaz yg terkejar2kan Aira untuk kembali pada dia..ada hutang yg perlu Aira jelaskan pada Sharnaaz.

Sipnosis belakang novel covered almost all and ending agak rushing bila tiba2 watak Sharnaaz kembali aggressively and was put to a stop abruptly with the help of Atiqah. Takdelah macam watak psycho sangat.
Profile Image for Faradina Azlin Azahar.
507 reviews47 followers
December 19, 2016
Sahut cabaran membaca sebab nak Tshirt boleh? Hahaha... Semangat buku ini memotong yang lain. Sememangnya dina terhibur baca al kisah acaner si isteri memikat si suami. Haila suami, skill memikat mmg x asah ke apa? Haha.. Asyik cik bini jer yg memikat terpikat. Hahaha...

Tp seyesly rasa member sgt tabah, kes putus tunang la. Kes hidung x mancung, pipi tersorong²la. Ngeee.. Tp memang punya hati nurani yg cukup tinggi. Yerla. Blh layan budak yg br jumpa tahap tip top. Dina belum tentu laie kot. Hehe

Tp ada kemusykilan yg masih x terjawab. Siapakah secret admirer yg hantar bunga ngan beg? Br nak teka encik bekas duda tue, tp x de la plak jawapannya.. Ngeeee...
Profile Image for Harnani Husin.
135 reviews14 followers
December 7, 2016
Kalau kita tengok tajuk mesti fikir banyak kali nak beli ka tidak hihi. Tapi orang cakap jangan pandang buku pada tajuk tapi pada isinya. Saya suka cerita ni, kisah kekeluargaan.
Heroin dia tak mudah putus asa, berani dan tegas dengan pendirannya.
Aira yang putus tunang saat majlis kahwin dia lagi sebulan telah menimbulkan kekecohan dalam keluarga dia. Mau tak kecoh semua persiapan telah dibuat. Tapi Aira ada alasan sebab tunang yang dia sayang dah curang. Siap Aira nampak tunang tersayang dengan seorang perempuan keluar dari hotel lagi. Sapa tak marah. Tapi Aira tak kisah pun. Janji dia takkan kahwin dengan tunang yang curang. Untuk cari ketenangan Aira balik ke rumah Tok Aki dekat Sungai Petani. Disini dia berjumpa dengan seorang kanak-kanak bernama Qiesya. Qiesya ni siap panggil Aira umi lagi. Bila di selidik rupanya umi Qiesya baru meninggal setelah terlibat dalam kemalangan. Umi yang disayangi pergi buat selamanya bersama adik yang dalam kandungan ( part ni sedih sangat-sangat ). Apa yang jadi tanda tanya, kenapa Qiesya panggil Aira umi, terjawab sudah. Rupanya umi Qiesya mirip wajahnya dengan Aira.

Disini bermulanya perjumpaan Aira dengan en duda merangkap ayah Qiesya. Aira tidak disenangi oleh Ziyad. Bagi Ziyad, Aira ni mengganggu ketenteraman hidup dia dan Qiesya. Siap larang Qiesya jumpa Aira. Kesian Qiesya. Sampai deman rindukan Aira. Dan kalau dah jodoh tak kemana. Rupanya jodoh Aira dengan en duda yang sombong. Disebabkan Qiesya sayang sangat kat Aira dan anggap Aira sebagai umi nya. Ziyad menerima Aira sebagai isterinya. Bermulalah misi Aira rebut hati en duda. Apakah kesudahannya...............................

Bagai mana kisah seterusnya..boleh la dapatkan buku ni
Tahniah buat penulis untuk buku terbarunya
Profile Image for Sha Mohamed.
2,565 reviews1 follower
September 23, 2024
Okaylah dia cerita dia.. Santai dan kelakar.. Tambah pula dengan perangai sengal Humaira..
Displaying 1 - 4 of 4 reviews