Jump to ratings and reviews
Rate this book

Cinta Terlebih Saiz

Rate this book
Amell berharap jodohnya dengan perempuan cantik berbadan slim. Tapi, kenyataannya terbalik. Jodoh dia dengan perempuan yang berlawanan saiz. Aduh! Jatuhlah maruah sebagai lelaki handsome kalau macam ni. Lalu, macam-macam cara Amell buat untuk mengelak perkahwinannya dengan Orkid daripada berlaku.

“Aku tak peduli. Aku nak kau beritahu dekat bapak kau, suruh dia pergi jumpa mama dan abah aku, putuskan pertunangan kita. Aku tak nak jadi tunang kau.”

“Eleh, habis ingat saya nak sangat ke jadi tunang awak? Beri 10 ringgit pun saya tak ingin tau. Malang bertunang dengan lelaki macam awak ni.”

Bagi Orkid, dia pun tak nak kahwin dengan lelaki mulut jahat macam Amell. Justeru, apa yang Amell pinta, dia segera tunaikan. Pertunangan mereka akhirnya putus. Tapi, dia jadi tak faham pula apabila Amell tiba-tiba datang merapat semula dengannya selepas itu.

“Ada apa hal awak datang rumah saya?”
“Kenapa? Rumah kau ni termaktub dalam senarai kawasan larangan ke?”
“Ha'ah. Memang kawasan larangan untuk awak. Lain kali kalau saya tak jemput, jangan pandai-pandai datang.”
“Tak baik halang bakal suami nak jumpa bakal isteri. Kejam namanya tu.”

Dah pulak? Dulu benci gila-gila. Sekarang, apa kes pula nak tackle balik? Apa yang membuatkan Amell berubah fikiran nak berbaik-baik semula dengan bekas tunang terlebih saiz itu?

532 pages, Paperback

First published January 1, 2016

7 people are currently reading
48 people want to read

About the author

Reeani Annur

13 books20 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
18 (38%)
4 stars
13 (27%)
3 stars
9 (19%)
2 stars
5 (10%)
1 star
2 (4%)
Displaying 1 - 9 of 9 reviews
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,044 reviews378 followers
February 7, 2017
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM15. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)

Maaf jika rating N tidak setinggi yang lain.

At times, pergaduhan antara Amell dan Orkid melelahkan. Kalau ikutkan cara Amell melayan Orkid di awal hubungan mereka, N tak faham bagaimana si Orkid boleh jatuh cinta dengan Amell...


But having said that, ada juga moments antara mereka yang menghiburkan, especially selepas mereka berkahwin.

Profile Image for Faradina Azlin Azahar.
507 reviews47 followers
October 24, 2016
Best giler... Sanggup baca start pukul 12 sampai pukul 4 pagi semata nak khatamkan kisah depa yg comey nie. Suke bila org blh terima kita apa adanya. Hehehe
Profile Image for Juliza.
208 reviews29 followers
September 28, 2017
(1.9 bintang)
Untuk bacaan ringan, tanpa cerewet hamba akan mengatakan buku ini menghiburkan dan komikal. Ada beberapa bahagian yang sangat lucu bagi hamba terutamanya keselambaan bapak Orkid, Pak Anton. Dan hamba suka bagaimana perbualan dan dialog-dialog dalam buku ini 'diayatkan' dengan santai seperti perbualan sehari-hari. Bahasa yang terlalu baku boleh menjadi canggung untuk dibaca apatah lagi untuk sebuah cerita moden.

Namun, walaupun dengan dialog yang santai serta ke-cool-an Pak Anton yang memikat, hamba masih tidak mampu untuk menyukai buku ini seluruhnya. Mungkin jalan cerita dan ulah watak utamanya yang terlalu keanak-anakan dan bagai dipaksa-paksa untuk menjadi selamba membuat hamba jengkel.

Jika pun hendak membentuk heroin sebagai karektor yang kelakar dan selamba tetapi perlukah mewujudkan babak heroin meminta kulit ayam dari orang asing? Dan jika hendak menyatakan bahawa sang hero tidak suka kepada perempuan terlebih lemak, perlukah menjadikan dia seorang yang bermulut celopar, kurang ajar serta fasih menghina biarpun kepada orang yang tidak/baru dikenali?

Dan, adalah amat sukar untuk hamba hadamkan bahawa sang hero boleh jatuh cinta kepada orang yang dihinanya seluruh hati dan menyedari hakikat itu dengan sebegitu singkat. Dan, tidak masuk akal pula untuk seorang gadis menyimpan perasaan kepada orang yang kuat menghina, kasar dan bermulut lepas. Namun ya, mungkin hamba yang mewah lemak ini saja yang merasakan begitu. Eh...? Hahaha.

Selain itu, hamba kurang gemar dengan pembinaan watak Julie, Keifli, Zeti, Fara dan kedua ibu bapa Amell. Terasa seperti kurang perincian dan direka-reka tanpa penelitian. Watak mereka terlalu kosong dan tidak berkarektor. Tetapi, jika difikirkan semula semua watak dalam cerita ini tidak diberi latar-belakang yang dalam pun ibarat kehidupan mereka bermula hanya apabila buku ini dibuka serta langsung lenyap dan berakhir apabila buku ini ditutup.



p.s Si Orkid dan Amell nakalnya bukan main selepas berkahwin. Phew...
Profile Image for Ynah Smdg.
108 reviews16 followers
November 17, 2016
Once Amell dah jatuh cinta, mmg bertukar 360°. mulut tu dah manis2.. langau yg sipi2 pn dia xpandang. tapi sebelum tu, punyala mengata Orkid tanpa perasaan . Mahu sj mulut Amell tu diblend dgn cili kaw2.. bikin panas! hehe.. memang buku ni pengubat dikala stress dgn kerja. sb tiadanya drama pujuk memujuk..tepisah bertahun, rajuk tak habis. this is a romantic comedy story one of the best. part ending yg memang happily ever after dan boleh diteka tapi its ok for me sb dr awal dah best! one more thing is.. ada satu part tu memang sgt lucu, sb sy pun terkena. tak terfikir pun..
Profile Image for Harnani Husin.
135 reviews14 followers
May 3, 2017
Cerita yang santai. Nak cari cerita santai, sweet boleh cari buku ni. Terhibur ja bila baca gelagat mereka. Paling suka hubungan kekeluargaan. Tak Kira la keluarga Amell yang sporting termasuk cita bapak Orkid, Pak Anton yang berjaya pujuk bekas isteri , maknya Orkid untuk kembali bersama.
Profile Image for Aida Kassim.
47 reviews
October 24, 2016
Comel & lucu jak crita ni..:) Konflik tak adalah yg major semuanya sempoi jak..:)

Yg aku tak leh lupa.. adakah.. baju warna kelabu mcm warna tahi anjing?...adddooiiii... gelak sakan aku.. tak mau lah pakai baju warna kelabu nih...kekekeke..

Apa2pun novel dari Reeani tak pernah mengecewakan...yg penting ada jak ayat2 yg menggelikan hati aku..:D
194 reviews9 followers
December 4, 2016
memula skeptikal, risau je kalo xbest. hehehe.. cerita yg sangat in, zaman teknologi, org berkenalan, bercinta n berkahwin melalui media sosial.

tp menarik rupanya. tak sangka Amell sanggop memalukan diri semata2 nk mengaku cinta. yang aku suka, masa diorg sweet2 berwasap, leh pulak salah taip dari baby ke babi. gelak sungguh2 aku baca part tu. hahaha.

cumanya ada beberapa perkataan yg aku xdpt bayangkan ape maknanya. mengerising, terkesang-kesang.
Displaying 1 - 9 of 9 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.