Aziz ingin pergi ke pulau di hadapan kampungnya. Pada masa itu kehadiran askar Australia semakin banyak. Penduduk kehilangan pekerjaan kerana mereka dilarang pergi ke laut. Perniagaan semakin merosot. Beras sukar diperoleh dan harga barang naik. Penduduk dilatih menghadapi serangan udara. Bunyi siren bersesak-sesak di dalam shelter senantiasa mengganggu kehidupan. Pekan yang berhampiran dibom oleh tentera Jepun. Banyak penduduk bandar yang berpindah. Tuk Marzuki datuk Afidah mati terkena bom. Afidah menumpang di rumah Mak Ketong. Jepun menawan kem tentera dan bermulakah kekejaman Jepun menyeksa dan membunuh penduduk. Ada penduduk yang mati kelaparan dan ada yang membunuh diri. Aziz dan Afidah terpaksa keluar mencari makanan sendiri. Penderitaan bermaharajalela. Kematian berlaku di mana-mana sahaja. Kehormatan diri sanggup digadai demi mendapatkan makanan. Penyakit malaria , beri-beri, tokak dan kudis berleluasa. Mokmeng dicuri dan dijadikan makanan. Ada penduduk yang hilang begitu sahaja. Mak Ketong mengajak Aziz dan Afidah pergi ke pulau di hadapan mereka.
Abdul Samad bin Muhammad Said atau lebih dikenali sebagai A. Samad Said ialah Sasterawan Negara 1986. Beliau juga pernah dianugerahkan dengan "Anugerah-anugerah Menulis Asia Tenggara" (SEA Write Awards).
Dilahirkan di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka, A. Samad mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura (1940-1946) dan Institusi Victoria, Singapura (1956). Seorang yang berminat dalam penulisan sejak di bangku sekolah, beliau telah menulis banyak karya yang terkenal, termasuknya novel-novel berikut:
* Salina * Langit Petang * Sungai Mengalir Lesu * Hujan Pagi * Bulan Tak Bermadu di FatehpurSikri. * Adik Datang * Cinta Fansuri
Antara antologi puisinya ialah Suara Dari Dinding Dewan (2003), Dirgahayu Dr. Mahathir dan Rindu Ibu (2004).
Antologi Esei terbaru adalah Ilham Di Tepi Tasik (2006).
Datuk A.Samad Said pernah juga menggunakan nama pena Hilmy, Isa Dahmuri, Jamil Kelana, Manja, Mesra dan Shamsir.
Baru-baru ini aku ada insomnia- susah untuk aku lelapkan mata walaupun ditimbus larut malam. Jadi daripada membuang masa terkebil-kebil memandang siling, aku ambil buku yang dibeli di Central Market (dengan harya yang murah) ini dan membacanya. Ini kiranya kali kedua aku membaca novel Pak Samad sesudah salah satu Magnus Orpusnya, Hujan Pagi disamping Salina.
Tetapi tidak seperti Hujan Pagi, aku kecewa dengan buku ini.
Pak Samad membuka tirai dengan menceritakan kepada kita akan sebuah pulau - yang dimana terhuni seorang jakun, atau seorang sakti, atau serigala hitam (dan aku begitu pantas teringat wajah Jacob Black tanpa menyedari kenapa, dan ya ia menjijikkan). Kemudian cerita ini disambung pula dengan kisah-kisah penduduk kampung yang datang dari latar dan sifat yang berbeza. Ada pak imam, ada kaki todi, ada gadis cantik,d aditengah-tengah itu, ada kanak-kanak yang murni sifatnya.
Pada mulanya aku sangka Pak Samad akan membawa kita ke pulau yang enigmatik itu, ternyata sangkaanku meleset. Buku ini bukanlah pasal pulau tersebut, malah pulau itu hanya 3% sahaja pentingnya untuk cerita ini. Ini lebih mencerminkan kepayahan hidup ketika penjajahan Jepun pra-kemerdekaan dahulukala. Kelaparan, kegoncangan iman, syak-wasangka yang timbul antara mereka sesudah perang meletus.
Barangkali jika kamu mahu 'feel' zaman Perang dan kamu tidak mempunyai datuk & nenek yang masih hidup untuk menceritakan, kamu boleh membaca buku ini. Jika tidak kerana bahasanya yang berbunga, sudah lama aku bagi 2 bintang saja.
Sinopsis: Mengisahkan tentang kehebatan da nkeburukan peperangan kepada jiwa manusia yang mengalaminya.Memperlihatkan betapa dasyatnya bahana perang kepada manusia.Mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk mempertahankan maruah dan untuk bernafas dalam suasana hidup yang penuh kemelut dan tidak menentu.A.Samad Said berjaya melukiskan kembali secara terperinci zaman pendudukan Jepun di tanah melayu dan singapura pada tahun 1940-an.
Tiap kali dibaca, aku membayangkan separang kanak kanak sedang berdiri lesu di hadapan jalan yang kosong. si perempuan mengenakan baju kurung sedang yang lelaki memakai t-shirt berkolar dan seluar pendek. semuanya lusuh..
Tetap tidak puas sesudah beberapa kali dibaca
Malangnya, versi teks sekolah punya beberapa ralat
Hanya sebuah gambaran tentang kanak-kanak yang bernasib malang dan bertambah malang apabila tibanya perang. Tiada sebarang falsafah atau pendirian yang berat dalam buku ini, secara umum hanya tentang kejamnya perang. Namun sampai ke akhir mereka tidak ke Pulau itu.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Mengisahkan karakter manusia apabila menghadapi perkara buruk. Dalam buku ini, manusia mula menunjukkan peribadi diri apabila berhadapan dengan peperangan. Apa yang kita lihat di waktu senang tak semestinya tindakan yang sama dilakukan oleh mereka di waktu sukar.
Sama seperti kebanyakan orang aku juga baca (dan belajar) KOMSAS dengan buku ini di tingkatan 4. Matapelajaran ini tidak pernah menarik perhatian aku. Tetapi kerana perincian terhadap pemikiran dan monolog watak-watak yang begitu realistik (dan ini memang gaya penulian Pak Samad), aku tertangkap untuk menghabiskan bacaan dalam waktu yang relatifnya singkat berbanding masa yang diberi oleh guru BM. Bila exam aku lebih condong untuk menjawab soalan berdasarkan pemahaman aku sendiri terhadap buku ini berbanding mengikut skema jawapan yang telah dibincangkan di dalam kelas. Contohnya bila soalan bertanya apakah plot yang melucukan di dalam buku ini. Aku mejawab plot di mana Afidah berlari ke tempat datuknya dibom sambil diekori (juga berlari) oleh Aziz, dan beberapa rakan lain, dan aku begitu pasti Pak Samad menceritakan plot ini dengan sedikit unsur kelucuan.
Dan markah yang aku dapat adalah kurang dari yang mengikut skema jawapan.
Samada pemahaman aku salah atau sistem pemarkahan itu tiada toleransi terhadap jawapan alternatif. Aku lebih bersetuju yang ke dua.
Tapi itu cerita tahun 2004, 11 tahun yang dahulu. Sekarang aku bagi adik yang darjah 5 pinjam buku ni dan dia komen buku ni best tapi tiada gambar. Biasalah budak-budak tapi bila aku tanya adakah perlu gambar tu? respon dia adalah dia boleh bayangkan fizikal watak yang diperincikan oleh Pak Samad. Jadi tak perlulah gambar! Dan buku ini membawa aku kepada Adik Datang.
Di Hadapan Pulau merupakan kisah yang berkait dengan penaklukan Jepun ke atas satu daerah. Bagi Aziz (seorang budak lelaki yang merupakan watak utama dalam naskah ini)- pulau itu menggamit harapan. Harapan yang tidak diketahuinya membawa kebaikan atau malapetaka kepada kehidupannya akan datang.
Watak utama ini dibantu oleh seorang budak perempuan (Afidah) yang kedua-duanya amat berbelas kasihan kepada warga kampung yang menderita, sedangkan untuk mereka mendapatkan makanan sekalipun sudah begitu rumit.
Tersentuh hati saya apabila Afidah meratap hiba sewaktu pemergian Tuk Marzuki. Seorang anak kecil ditinggalkan dan perlu menjaga diri sendiri dalam keadaan perang yang meletus.
Tidaklah Tuan Penulis mengakhiri kisah ini dengan pemergian warga kampung ke pulau yang terbentang di hadapan, melainkan pembaca perlu berimaginasi atas kisah selanjutnya.
Jujurnya bagi saya, selepas membaca naskah ini, saya mengharapkan kesudahan yang baik bagi warga kampung yang berusaha untuk keluar dari kemelut penderitaan akibat peperangan.
Tuan Penulis telah memberi gambaran yang begitu jelas untuk pembaca membayangkan latar penceritaan memandangkan ruang lingkup naskah ini hanya berkisar kepada penduduk di sebuah kampung kecil dan agak terpencil.
NOTA :
4 bintang kerana saya merasakan Tuan Penulis mampu mengembangkan lagi penceritaan naskah ini - ke Pulau Di Hadapan mungkin?
Naskah ini merupakan naskah terpakai yang diperolehi hasil ‘selaman’ di halaman Facebook.
Kisah Aziz, anak yatim piatu yang mengimpikan untuk ke pulau yang terletak di hadapan pantai kampungnya. Ayahnya, dulu sebelum meninggal dan Tuk Marzuki kemudiannya, pernah berjanji untuk membawanya ke sana. Khabarnya di sana ada seorang pertapa sedang menuntut dan juga seorang Jakun berkuasa sakti.
Tapi perang pecah, hasrat Aziz terbatal sementara waktu. Perang telah menghambat seluruh penduduk kampung ke shelter ketika siren berombak. Tiada lagi ketenangan di kampung Aziz. Suasana semakin suram, penduduk mula melarikan diri. Perkenalan Aziz dengan Tuan Syed Fikri pula mula mengubah kehidupannya.
Novel ini amat tenang sekali dan tidak tergesa-gesa. Perlahan-lahan kita di bawa dari suasana aman sebelum perang sehinggalah pengeboman mula berlaku. Kita semua akan bersimpati dengan nasib penduduk yang terpaksa mula memikirkan jalan lain untuk mencari sesuap nasi.
Sekali lagi Pak Samad secara bijak berahsia mengenai lokasi sebenar kampung yang menjadi persoalan pokok cerita ini. Aku boleh teka mungkin setting kali ini berlaku di kawasan Port Dickson berdasarkan kem tentera yang disebut-sebut dan Tuk Marzuki yang balik sekejap ke Merlimau untuk mencari bekalan makanan.
#DiHadapanPulau ni menceritakan tentang masyarakat di sebuah kampung yang terpaksa hidup dalam ketakutan sewaktu penjajahan Jepun di Tanah Melayu. Bagaimana perang memberi kesan kepada semua hal — manusia, haiwan, tumbuhan, muka bumi, emosi, etc.
Desakan hidup waktu perang, tak ada makanan sampai ada satu scene tu, Mokmeng, beruk yang dijaga seorang penduduk kampung mati dimakan oleh Kapten Hebat (penduduk yang kurang siuman).
Penindasan penjajah, kesanggupan orang kampung mencari cara untuk survive dan keadaan-keadaan yang membuat orang terdesak dan mengambil kesempatan di waktu perang diulas Pak Samad dengan baik namun bagi saya kurang perincian.
“Ada yang sanggup kehilangan akal, ada pula yang sanggup kehilangan maruah.”
Cuma yang geram sampai sudah kita tak dapat tahu apa yang ada kat pulau tu. 134 muka surat, cetakan ketiga. Tiga bintang untuk novel ini. #ParaBaca #ParaReads #PakSamad #ASamadSaid
Terlalu kedekut bintang ketika menilai buku ini. Mungkin apabila membandingkannya dengan buku-buku lain seputar perang Jepun yang telah dikarang Pak Samad, seperti Salina dan Sungai Mengalir Lesu, terasa seperti DHP agak mendatar.
Teringat masa zaman sekolah duk gelakkan aziz.(zaman nakal) Biasa watak novel handsome. Maklumlah suka baca novel bukan akademik watak utama describe hensem saje..x paham..haha..sekali watak aziz dengan tahi lalatnya.adoi.This book taught me to be grateful with what we have.
Bahasa yang mudah tapi memberi seribu makna, mampu menggambarkan suatu zaman yang penuh penderitaan dan juga kesusahan. Personaliti manusia berjaya digambarkan dengan menarik dan berbekas.
Aku terpana dengan bagaimana penulisan A samad Said dalam menghuraikan dengan terperinci susasana waktu perang dan bagaimana trauma yang dialami oleh watak watak. antara novel yang aku puji walaupun berkisar cuma mengenai penderitaan di waktu perang, aku memuji dari sudut realistik yang ditimbulkan dan bagaimana pengakhiran yang digarap. A Samad Said membiarkan sahaja pengakhiran yang tergantung biar pembacanya memikirkan sendiri bagaimana kesudahannya serangan meriam malam tersebut, dan berjayakah Mak Ketong, Aziz dan Afidah ke pulau dan mendapat makanan. pengakhiran yang bukan dihias dengan bahagia dan gembira namun masih dalam kepiluan dan penderitaan secara tak langsung mengajar aku bahawa kehidupan memang deritanya berpanjangan dan bahagianya cuma sebentar. Lalu, terdetik persoalan dalam diri aku,
"berbaloikah mengejar/mencari kebahagiaan hidup yang cuma sementara?"