Jump to ratings and reviews
Rate this book

Rooftop

Rate this book
Apa yang akan berlaku jika tiba-tiba muncul seorang lelaki yang hanya anda seorang saja boleh melihat dan mendengar?
Aya, gadis yang suka menyendiri. Jadual hidupnya ke kelas dan balik rumah. Namun ketenangan itu menjadi huru-hara apabila seorang lelaki menjelma dan ingin berdamping dengannya.
Siapa dia ni? Kenapa dia pilih aku? Nenek moyang aku membela ke?
K, lelaki sarkastik yang suka mencampuri urusan hidup Aya menyebabkan gadis itu kerap hilang sabar. Puas Aya halau, tetapi K tetap setia di sisi.
Akhirnya, mereka bersahabat. Namun ada sesuatu yang pelik tentang K yang membuatkan Aya nekad mahu mencari jawapannya.
Siapa K, pendamping dia selama ni? Kenapa dalam gembira K, terselit duka?
“Aya, kebaikan juga boleh membunuh.”

Paperback

First published January 1, 2016

12 people are currently reading
178 people want to read

About the author

Farrah Izzlorna

5 books57 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
127 (41%)
4 stars
126 (41%)
3 stars
47 (15%)
2 stars
6 (1%)
1 star
1 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 107 reviews
Profile Image for Ririn Aziz.
790 reviews106 followers
February 19, 2017
3.85 bintang

Semalaman saya berfikir tentang berapa rating nk letak :p. Buku ni ada pro dan kontra yang agak balance, pada pandangan saya la.

1. Idea memang lari sikit dari novel2 yang ada di pasaran Malaysia sekarang (merujuk kepada arus perdana). Tapi not wholly original, sebab that kind of story banyak juga yang pernah diterbitkan sama ada melalui filem (Hollywood, Hong Kong, Jepun - ni yang seingat saya), manga/anime - banyak juga kot yang menggunakan idea ni. Paling famous of course la Bleach dan yang saya nyatakan sebelum ni - Kaleidoscope.

2. Bahasa yang straight forward, jarang sangat nk jumpa yang corner2. Salah satu faktor yang membuatkan pembacaan saya sangat laju.

3. Olahan cerita agak lancar dan menarik, tapi macam Asmar kata, jump scene tu kadang-kadang boleh membuatkan pembacaan tersekat. Tengah suspens, tetiba terus lompat ke tempat lain.

4. Unexpected hero...haha. Sebab saya suka baca review, saya memang dah dapat deduct awal2, tapi yang tak disangka tu, penulis berani untuk memberi twist with that kind of hero.

5. As far as I can see, buku ni seolah2 terbahagi kepada 2 bahagian. Ehh...memang 2 bahagian pun kan. Satu kisah bermula 2010 dan bahagian seterusnya bermula tahun 2016. Cuma selang waktu di bahagian pertama tu tak nampak sangat berapa lama dia bergerak. Should be around setahun lebih kan K bersama Aya?

6. Transition watak dari bahagian 1 ke bahagian 2 kurang diberi tumpuan. Kat sini bagi saya agak besar loopholes tu. Umur yang diberikan pada watak macam tak sesuai dengan timeline cerita. Dan perangai pun masih terbawa-bawa dari bahagian 1.

7. Berapa umur sebenar Amir? Dah habis belajar atau belum? Dah bekerja atau belum? Atau dia mempunyai wang simpanan/harta peninggalan datuk dan neneknya? Ya la, senang2 boleh bercuti ke Indonesia buat tempoh yang lama, tinggal kat hotel pulak tu. Then rumah yang kat Malaysia ni pun Encik Adam bagitau rumah Amir. Hmmmm....

8. Soalan sama untuk Aya juga. Aya ni, paling2 muda pun umurnya should be 25 years old. Masa jumpa K tahun 2010 tu dia dah study kat uni, so let's say around 20 years old. So kalau 6 tahun kemudian, just do the maths la kan. Then why Amir layan Aya as if diorang sebaya dan Encik Adam yang around 41@42 tu dia siap panggil pakcik pada pertemuan pertama. 40 is still young by today's standard, kan? Nak kata sebab beza umur lebih 10 tahun, then why 20 years old girls panggil abang kat 30+ years old man? Hahaha...In other words, saya rasa penulis tak berjaya mengembangkan watak from the first part to the second part. Maybe forgot about the time frame dan kematangan sifat manusia bila berada di situasi yang berbeza. We are still the same person, dulu dan sekarang, tapi pemikiran dan adab perbuatan akan berubah seiring dengan kematangan fikiran. As a student, perbuatan lepas laku masih dimaafkan tapi bila dah bekerja, automatik kita akan lebih tahu untuk menilai yang mana elok, yang mana tidak.

9. Ringkasan cerita AK tu macam cerita-cerita viral kat page2 confession tu pulak rasanya huhu

10. Sebab penulis hati kering dan bercerita dengan gaya straight forward, maka bahagian2 yang memerlukan tambahan emosi kurang sampai. Bukan tak ada, tapi tak mampu buat pembaca menangis bersama. Sakitnya bila perasaan tidak diendah, hanya boleh dirasa oleh mereka yang pernah alami. Tapi sepatutnya, keistimewaan penulis berbanding orang lain, dia mampu untuk convey the hurt feelings sehingga boleh mempengaruhi mereka yang tidak pernah mengalaminya secara langsung.

11.

12. Walaupun banyak komplen, tapi saya berjaya habiskan buku ni dalam masa satu hari. Yeay! Jadi saya bagi extra points and round up the rating to 4 stars.

Ps- rasanya untuk novel2 penulis yang akan datang, saya mampu untuk membelinya dengan senang hati tanpa risau berbaloi ke tak hehe
Profile Image for Asmar Shah.
Author 20 books136 followers
January 1, 2017
3.5* untuk Rooftop!

Buku ini best pada permulaan, hambar/biasa-biasa di pertengahan dan not bad di suku pengakhiran cerita!

(Nantilah review!)

Aku seorang saja buat masa ni yang bagi rating 3* untuk Rooftop. Kompem lepas ni kena viral dan hentam oleh kaki kipas peminat buku ni. (Harap-harap tak! Haha...)

Buku ini sebenarnya memang masuk dalam list target untuk aku dapatkan setelah terbakar dengan review dan komen-komen dari pembaca di GR dan media sosial yang lain (tapi plan baca tahun depan jek). Sehinggakan sewaktu aku berada di Popular, aku pening nak pilih mana satu nak beli. Sama ada buku ini ataupun buku yang memang aku nak beli masa tu. Tapi sekali lagi aku yakin untuk pilih buku ni apabila staff Popular pun cakap yang buku ni boleh tahan dan ambik yang ini jek. Jadi, ok aku redha!

Suku pertama buku ini memang betul-betul buat aku teruja tahap dewa-dewa. Lama dah tak rasa macam tu. Sampaikan aku sanggup duduk kat Food Court dan tak sedar yang masa berlalu dengan pantas. Pertemuan Aya dan K betul-betul buat aku rasa seronok. Sarkastik, manis, cemburu dan marah K kepada Aya semua buat aku rasa terhibur. Aku rasa di awang-awangan. tersengih-sengih dan geram sendiri.

Cuma apabila mula masuk ke pertengahan, ianya mula bertukar hambar. Terasa seperti cerita Rooftop ini hilang rentaknya. Adakah disebabkan hilangnya K dari hidup Aya sampai aku rasa macam tu? Kuat betul pengaruh K ni! Serius aku rasa biasa-biasa dah di pertengahan naskah ini.

Maaf. Thrill yang disajikan kurang menyengat. Cik/puan Farrah kena kaji atau bayangkan (sikit je) sama ada tindakan atau perlakuan watak itu betul-betul realistik walaupun ini fiksyen semata-mata. Contohnya, takkanlah botol arak jatuh kat kaki je boleh terus luka? Kemon.. Dan ada beberapa lagi yang boleh jek diperbaiki supaya suspen tu betul-betul bilang orang wow!

Perpindahan latar tempat dan babak pun kurang diperkemas/diperhaluskan. Aku tak tahu nak sebut apa benda ni. Sebab tiba-tiba saja mereka (watak) berada kat tempat tu sedangkan tadi mereka kat tempat lain. Tiba-tiba scene tu melompat tanpa dipinta. Mungkin tak jadi masalah kut. Cuma aku saja yang mengada-ngada.

Dan apabila suku pengakhiran, barulah aku temui semula rentak yang hilang yang aku harap-harapkan muncul semula. Syukur muncul kembali rasa tu walaupun tak seperti yang aku harapkan. (Apa yang kau harapkan sebenarnya Asmar Shah?) *Entah!*

Aku dah boleh tebak apa yang terjadi sebenarnya. Kecuali momen sebelum kisah ini tamat. Aku bagi kredit untuk itu. Owh ya sekali dengan bonus tu. Nice bilang orang.

Tapi kau akan masih akan enjoy dengan kisah ni. Percayalah. Abaikan saja review ini. Cubalah.

Peace!
Profile Image for Dyh Usen.
Author 7 books49 followers
December 7, 2016
Wahh. Novel melayu versi begini, payah nak jumpa. Cerita yang di luar edaran arus perdana. Selalunya kalau nak baca cerita plot begini kena cari novel terbitan-terbitan indie (indie yang dah masuk arus perdana. lol)
Rahsia K bukan saja mengheret Aya tetapi juga pembaca. Membongkar rahsia di sebalik kewujudan K. Bahagian K ajar Aya untuk move on daripada frust tu sangatlah comel. Teringat filem Hindi Jab We Met. Teringat tu tak bererti sama, lol.
Dan, perkataan arab yang K bagitahu Aya tu, omo... tersengih-sengih kita bila dapat tau. Benda tu simple tapi mak aih... pun boleh nampak sweet gilerr. hahahaha
Hantu pun tahu sweet okey. Kebetulan Goblin tengah tayang, beranganlah kita K tu hensem tara Gong Yoo ahjusi. lol

Yang mahu bacaan alternatif selain daripada yang sedia ada di pasaran contoh macam terbitan F***, L****, T******* M**** dan lain-lain bacalah keluaran Prolog. Saya puji ni bukan sebab kenal dengan salah seorang penulis terbitan rumah ni, tetapi cerita-ceritanya kena dengan taste. Dengarnya bakal ada dua buah novel baharu, bolehlah try nanti.

P/s:Saya dah jumpa satu lagi rumah penerbitan yang keluarkan cerita kena dengan 'tekak' sendiri. Rasa macam baru terjumpa jodoh, eh :p. Lepas ni, tak adalah nak meroyan asyik kena paksa pergi blind date. lolol

Profile Image for Farah Husain.
29 reviews8 followers
October 3, 2016
Disclaimer:

1.Review ini berdasarkan minat saya dalam genre begini.

2.Review ini dibuat dalam bahasa rojak (melayu+english)

3.This is my cup of tea. So...

****

Untungnya berkawan dengan penerbit naskah ini, saya berpeluang baca Rooftop dalam versi pdf. Semuanya gara-gara teruja membaca teaser yang penulis dan pihak penerbit siarkan di wall Facebook masing-masing. Dalam kesibukan menelaah novel-novel cinta, membaca Rooftop berikan 'kesegaran' pada otak saya! (hyperbole, I know! :p :p)


Ini adalah karya penulis yang pertama yang saya baca dan boleh dikatakan ini satu karya yang bagus. A really good page turner type of story! Saya suka dengan olahan Farrah. Olahan penulis buat saya tertarik untuk meneruskan bacaan tapi skip mana-mana pages.


Plot tersusun. Bagi saya yang suka benda yang simple, perjalanan cerita ini cukup memuaskan hati. Ada a few elements of surprises yang buat saya tersenyum. Tersenyum sebab tebakan tak mengena. Ku sangkakan K, rupanya... Plot twist yang menjadi! A bonus point for you there!


Pembinaan karakter menjadi. Watak-watak diberi 'identiti' dan 'suara' sendiri. Tak adalah kita nampak gaya si K ni sama macam Fikri, Amir macam K dan etc. Saya nampak usaha penulis 'mematangkan' watak-wataknya as the story goes by. Taklah karakter watak tu statik begitu di awal cerita hingga akhir cerita. Saya boleh rasa perbezaan karakter Aya dan K semasa remaja dan semasa dewasa.


Gaya bahasa untuk cerita ini juga santai tapi masih tertib tatabahasanya. Tahniah Farrah sebab tak buat saya serabut kepala baca bahasa santai awak (because I've come across a few new writers yang cuba menulis secara santai hingga mereka terlepas pandang kepentingan tatabahasa).

Cuma ada beberapa bahagian yang saya harapkan dapat dilebihkan lagi yang saya kira boleh memantapkan lagi cerita. But overall, it's still an interesting and good novel. (oh, thank you for the bonus ending! *huge smile*)

Congratulations to Prolog Media and Farrah Izlorna. Guys, if you want to try something out of the normal love story, do give Rooftop a try. It has a little bit of romance, fantasy and mystery.

Looking forward to your next story Farrah.

FH.
Profile Image for Ezza Mysara.
Author 25 books273 followers
January 5, 2017
intro.
100 pages pertama yang cukup memikat. suka pergaduhan manja n gaduh2 antara K n Aya. terfikir, kalau ada pendamping mcm K ni bestnyaaa walaupun hidup dah mcm xda privacy! keke. K y caring n sweet versi tersendiri!

Halfway.
Bila K hilang, mmg rasa lost sikit. Kalau dilebihkan penceritaan mcm mana Aya jadi editor n bkn dlm bidang y dia belajar mungkin lbih ok. n aya x menulis dah ke lpas keluar novel pertama? ada simbol tnda tanya di situ.

ending.
dah agak dah y En Adam tu adalah K. kesian K bila koma 19 tahun n bila sedar, semuanya dah berubah. n fikri sangat machooo! hero kedua yang sanggup beralah demi kebahagian insan y dia sayang.

bonus!
x dapat bayangkan aya kahwin dengan K yang dah umur 40 tuh. Dah lah bahasakan diri aku-kau! kekeke.

pelbagai perasaan bc buku ni. walaupun dah boleh agak jalan cite, tapi dia still masuk dalam konsep lain-dari-yang-lain.

wahh! macam tak caya, saya buka tahun baru dengan 3 novel dari prolog med. terima kasih kerana menawarkan pembelian 3 buku RM50. rasa macam pembelian yang sangat sangat berbaloi!
Profile Image for zairaidah.
407 reviews40 followers
October 6, 2018
Ceritanya sangat direct. Senang nak faham. Mula-mula tu rasa apa motif K sebenarnya dan mudahnya dia jatuh cinta dengan Aya. Rooftop tu tempat di mana bertemunya dua insan ini tetapi dalam suasana yang berbeza. Aya suka lepak dekat situ manakala K juga suka lepak situ. Bila dapat tahu yang Aya boleh nampak K, memang kerja nak menyibuk lah dengan Aya. Malam-malam layan 49 Days kat laptop. Adoila... Yang ni kelakar.

Tiba-tiba K hilang. Masa tu baru Aya sedar dengan siapa orang yang dia sayang sebenarnya. Tunggu punya tunggu tak jugak muncul si K ni. Last-last jumpa jugak tapi masa tu keadaan dah berbeza. Aya dah bekerja. Dan K dah muncul sebagai manusia, tapi masa ni aku pun dah tak sabar nak tahu betul ke lelaki tu K, tapi kenapa lain macam je perangai.

Dah hujung-hujung tu terbongkarlah satu persatu sebab musabab kejadian yang berlaku pada K dan Aya. Oh ye, endingnya tu dah macam tengok Kdrama. Boleh pulak macam tu kan... Jatuh tangga and ?????. 😜😜😜
Profile Image for Najwa in her debut era.
166 reviews17 followers
March 26, 2022
Ms Writer, saya dah jadi peminat awak!

The plot!

Memang rasa baca buku underground, yang melawan arus mainstream buku lokal Malaysia.

Lain dari yang lain, jalan cerita dia memang saya tak boleh nak agak macam mana penulis nak bawak jalur penceritaan kepada ending buku ni.

Saya memang tak letak harapan yang tinggi untuk buku ni. Pertama sebab ni buku pertama Prolog Media yang saya baca. Kedua penulis guna POV 1, saya memang sangat tak suka bila penulis guna POV 1 sebabnya bukan semua penulis pandai untuk olah tapi penulis berjaya tepis my prejudice towards her.

Bak kata K, "show, dont tell". Begitulah penulis, dia show bukan tell.

Ishhh, tak tahu nak described macam mana lepas baca buku ni. Bercampur baur, sedih, gembira, teruja semua ada.

Dengan suspens, thriller, roman, sedih semuanya sebati. The plot twist tu saya boleh tahu dah sebelum sampai tapi macam saya cakap tadi, macam mana penulis nak bawak jalan penceritaan ke pengakhiran tu. Benda tu yang buat saya teruja.

Dan saya memang nak berterima kasih pada saudari di Twitter yang ajak semua orang untuk baca buku ni. Tak menyesal beli. Memang mantap.

Untuk peminat K-Drama Goblin, Let's Fight Ghost atau Hotel Del Luna boleh cuba baca buku ni, sangat tak rugi.

Lepas baca buku ni, saya lagi eager nak cari rumah penerbitan yang berani melawan kebiasaan cerita lokal Malaysia macam Prolog Media.

4.5 💫
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews67 followers
June 7, 2019
[BOOK 72]

Rooftop by Farrah Izzlorna.
.

Lama giler kot aku duk peram buku ni. Aku beli masa PBAKL 2018. Kononnya nak baca lepas habis exam semua la, around August camtu. Tapi, lepas exam tu, kawan aku pulak nak pinjam nak bawak balik rumah dia. Okaylah, aku bagi. (Aku memang selalu promote buku Prolog Media setiap kali kawan aku suruh aku suggest buku. So, memang tak kisahlah kalau dia nak pinjam pun). Lepas tu, around October camtu kot, dia wasap aku. Hahaha...dia cakap buku ni best giler! Dan panjang lagi la reviewnya. Itu yang buatkan aku makin tak sabar nak baca. Masalahnya, lepas tu, dia bagi pinjam buku tu kat adik dia pulak. Dia kata nanti dia pulangkan masa Konvo bulan 12. Hahaha...dan masa konvo tu, boleh pulak dia lupa nak bawak. Eh *facepalm*. Aku suruhlah dia pos. Hurm, So, nak dijadikan cerita, masa PBAKL 2019 baru aku dapat sentuh buku ni semula.
.

Buku ni memang best! Ceritanya straight forward je. Tak payah nak pening kepala fikir sangat. Tapi, kita akan curious untuk tahu apa ceritanya.
.

Aya ni budak Law. Juga seorang penulis. Dan dia ni ada crush ngan Fikri yang belajar di Manchester. Tapi dorang selalu la jugak berbalas emel. Pada satu hari, dia ternampak K di rooftop rumah sewanya. Masalahnya, hanya Aya yang boleh nampak K ni. So, K ni kiranya hantu aka roh la kan? So, bermula saat itu, hidup Aya tidak lagi membosankan, sebab K ni penyeri suasana. Hahah. Sampaikan housemate nya boleh ingatkan Aya ni dah gila sebab selalu bercakap sensorang.
.

Hubungan K dan Aya ni kira lama jugak la. Dari Aya awal belajar sehingga dah nak habis. K pernah bagi tahu Aya yang dia sukakan Aya. Tapi Aya mestilah tak yakin walaupun dia juga sukakan K sebab baginya K ialah hantu. Dan kadangkala, Aya boleh nampak sipi-sipi apa yang pernah terjadi dalam hidup K dulu.
.

Tapi kerana satu peristiwa, K hilang. Masa ni lah, Aya mula rasa rindu.
.

Dan kemunculan Amir yang wajahnya sebijik macam K, dan juga ayah Amir iaitu Encik Adam, mula membuatkan Aya tertanya-tanya. Siapa sebenarnya K?
.

Aku boleh faham perasaan K. 19 tahun dia koma. Bangun-bangun je, ada anak yang dah besar. Dahlah zaman pun dah berubah. Boleh faham kenapa dia depressed.
Profile Image for Harnani Husin.
135 reviews14 followers
October 10, 2016
Baru habis baca. Sbb demam, cuti. Jd blh sambung baca. Rooftop ni best. Kisah pertemuan Aya dan K. Apa yg terjadi kat kita bila muncul seseorang yg hanya kita ja boleh nampak. Begitulah hidup Aya masa berjumpa dengan K. Kalau aku jd Aya pun mau meremang bulu roma. Cuma bila dah lama, Aya dah boleh terima K. K ni dah banyak bantu Aya terutama bab Fikri. Rupanya bukan Aya seorang yg blh nampak K. Abg tiri dia Andrian juga boleh. Bersahabat baik pula mereka bertiga ni. Cuma selepas tragedi Fikri dan Aya diculik K hilang terus. Peristiwa ni terjadi tahun 2010.
Mula 2016 Aya dah jd editor sebuah syarikat penerbitan. Fikri pun dah jd kawan baik Aya. Siap nak jd kan Aya isteri dia lg. Tp Aya anggap Fikri ni kawan biasa. Sebab Aya dah jatuh cinta pada K. Bila Aya ditugaskan mencari penulis Ghost Writer bermula episod baru hidup Aya . Di Jakarta Aya berjumpa Amir yg seiras dengan K dan juga En Adam ayah Amir dan Maya.
Siapakah mereka ni. Adakah Amir ni K. Sbb tak mungkin K masih muda.

Baca cerita ni buat kita bukan baca cerita. Tapi macam kita pun ada adalam buku ni bersama dengan Aya, K dan watak lain.
Saya bg 5* untuk buku ni.
Dan rasa macam nak cepat habis ja. Nak tahu ending nya. Dan tak tersangka....

Tahniah untuk penulis. Anda berjaya hasilkan karya diluar kotak fikiran pembaca.
Dlm cerita ni ada sweetnya antara Aya dan K.
Semoga banyak lagi karya awak dgn Prolog.

Betul kata K. Kebaikan juga boleh membunuh.
Profile Image for Maslina Omar.
154 reviews19 followers
November 16, 2016
Kindness can also kill....

Rooftop mmg lain dpd yg lain. Kisah Aya yg berkeupayaan melihat serta berdamping dgn roh yg berkelana ketika jasadnya di dalam koma, K. K yg byk membantu & menyedarkan Aya ttg hakikat kehidupan. Tanpa sedar antara mereka ada ikatan perasaan meskipun dunia keduanya terlalu berbeza...keadaan antara mereka tidak memungkinkan sebarang cinta di alam nyata. Aya hanya sedar ttg perasaannya apabila K tidak lagi memunculkan diri.

Setelah 3 tahun berlalu, Aya yg bertugas sbg editor novel bertemu dgn Amir, ghostwriter yg kisah tulisannya viral di internet. Raut Amir saling x tumpah spt K. Pertemuan tersebut juga membawa kepada perkenalan Aya dgn Adam Khaleef (A.K.), bapa kepada Amir. Ada sesuatu tentang tulisan Amir & ada sesuatu tentang kisah kehidupan A.K. yg sgt2 menarik & terkesan di hati Aya.

Rupa2nya A.K. adalah mangsa kezaliman manusia yg mengambil kesempatan di atas kebaikannya. Rupa2nya A.K adalah K yg pernah berdamping seketika dgn Aya & kehilangan K yg tiba2 adalah kerana K telah sedar dr koma. Apakah persaan yg pernah wujud ketika mereka berdamping dahulu dapat disambung di alam nyata apabila A.K. tidak mampu mengingati apa2 sebagaimana Aya.

Seriously this is anti cliche.


Profile Image for Azizah.
385 reviews6 followers
October 20, 2020
Sejujurnya tak tau nak tulis review apa. Dekat sebulan jugak KakChik gigih usung buku ni pergi ofis. Waktu membaca hanya dalam kereta pergi-balik tu dalam tempoh masa tak sampai 15 minit 😅

Dan lebih ikhlas, KakChik lebih suka kisah Aya-K ketika mereka berlainan alam. Plot ketika itu lebih blend & kemas.
Profile Image for Alia Fatihah.
118 reviews8 followers
November 22, 2024
Pernah tak kau baca sesebuah buku tapi dalam masa yang sama kau taknak baca cepat sebab sayang nak habiskan tapi dalam masa yang sama jugak kau tak sabar nak tahu ending cerita tersebut. Macam ni lah perasaan aku bila baca buku ni.

Buku ni ada out of body experience punya genre. Sesiapa yang pernah baca ‘Aku Ada’ karya Syu Ariani ataupun pernah tengok drama ‘Bring it on ghost’ mungkin korang akan rasa familiar dengan novel ni.

Jalan cerita yang straightforward takde belit belit dan bahasa pun senang nak faham. Tapi ada jugak plot twist dalam kisah ini.

Mengisahkan Aya yang ‘bertemu’ dengan K di rooftop pada satu malam tetapi Aya ni je yang boleh nampak K sebabnya K ni bukan manusia tetapi bukan jugak hantu. Kisah dorang ni best bagi aku sebab Aya dengan K ni masuk dengan each other. Bila dah selalu bersama dan sentiasa ada for each other, Aya ni pulak boleh terjatuh suka dekat K yang bukan manusia tu. So macam mana ? Kalau nak tahu full story kena baca sendiri.

Tapi aku tak sure physical book still reprint ataupun tidak sebab aku pun beli masa pbakl 2022. Korang boleh check kat apps cereka untuk ebook version.

Overall best gila. Another masterpiece yang aku baca tahun ni 🩷🫶🏻
Profile Image for Aliya prettyandreads.
73 reviews62 followers
February 20, 2023
.
📝 𝗴𝗲𝗻𝗿𝗲: 𝗿𝗼𝗺𝗮𝗻𝗰𝗲, 𝗺𝘆𝘀𝘁𝗲𝗿𝘆, 𝗳𝗮𝗻𝘁𝗮𝘀𝘆, 𝘀𝘂𝗽𝗲𝗿𝗻𝗮𝘁𝘂𝗿𝗮𝗹
🏷 𝘁𝗮𝗴𝘀: 𝟰𝟵 𝗱𝗮𝘆𝘀 (𝗸𝗱𝗿𝗮𝗺𝗮)
⚠️ 𝘁𝘄: 𝗱𝗼𝗺𝗲𝘀𝘁𝗶𝗰 𝘃𝗶𝗼𝗹𝗲𝗻𝗰𝗲

✿ 𝓢𝓲𝓷𝓸𝓹𝓼𝓲𝓼 ✿
Aya seorang gadis yang suka menyendiri. Hidupnya menjadi huru-hara apabila seorang lelaki bernama K, entiti misteri yg hanya dapat dilihat & didengari oleh Aya seorang, menjelma & mendampingi Aya ke mana saja dia pergi.

✿ 𝓡𝓮𝓿𝓲𝓾 ✿
Mixed reviews buat kita intrigued nak baca buku ni & now dah habis baca I finally knew which side Im picking – I. LOVED. IT! ❤️‍🔥

🪴𝙍𝙤𝙤𝙛𝙩𝙤𝙥 𝙘𝙤𝙪𝙡𝙙 𝙗𝙚 𝙛𝙞𝙣𝙞𝙨𝙝𝙚𝙙 𝙞𝙣 𝙤𝙣𝙚 𝙨𝙞𝙩𝙩𝙞𝙣𝙜!🪴

Eventho I had 2 hours sleep the night before, mata saya segar ya baca buku ni dari lepas subuh sampai habis!
(Tipu, ada 1 jam tidur gak in between bcs taklarat) 🥲☝🏻

Truthfully, kita susah nak jumpa romance books yang kita ngam. When it comes to romance genre, kita ada personal guidelines & belief on what kind of romance books that Im willing spending time to read. But this book? Kita against semua romance belief yang kita percaya selamani bcs of it :’) My principles doesnt matter anymore, I just want my couple to be happy 😭🙏🏻

Plotwise, ceritanya agak straightforward. Ringan, santai but mysterious. Mysterious ni lah yg buat kita stay till the end. I bet kdrama fans kalau baca mesti senang predict all the twists & turns tapi tapiii tu semua tak se special ini sebab dalam semua kdrama tu, takde watak K! 🥹

💖 𝙆 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙨𝙬𝙚𝙚𝙩, 𝙆 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙩𝙤𝙥 𝙩𝙞𝙚𝙧 𝙖𝙘𝙩 𝙤𝙛 𝙨𝙚𝙧𝙫𝙞𝙘𝙚 & 𝙆 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙘𝙤𝙢𝙛𝙤𝙧𝙩𝙞𝙣𝙜 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙘𝙪𝙢𝙖 𝙖𝙙𝙖 𝙙𝙖𝙡𝙖𝙢 𝙍𝙤𝙤𝙛𝙩𝙤𝙥 💖

But the pain, the pain this book holds *breath* kita sedih, nobody should went through that kind of tragic life experience. If only fictional characters exist, I would go & hug that person — “𝚃𝚑𝚎𝚛𝚎, 𝚝𝚑𝚎𝚛𝚎. 𝙸’𝚖 𝚑𝚎𝚛𝚎 𝚗𝚘𝚠. 𝚈𝚘𝚞’𝚛𝚎 𝚐𝚘𝚒𝚗𝚐 𝚝𝚘 𝚋𝚎 𝚏𝚒𝚗𝚎” 🌻✨

And ofc, starting from Rooftop, kita officially joining this author’s fanclub! 👀🙌🏻

✿ 𝓡𝓮𝓬𝓼 ✿
Sapa yang suka Master’s Sun, Bring It On Ghost (aduh nama kdrama je semua kita sebut), baca!

———

“𝘒𝘦𝘣𝘢𝘪𝘬𝘢𝘯 𝘫𝘶𝘨𝘢 𝘣𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘮𝘦𝘮𝘣𝘶𝘯𝘶𝘩.” - 𝘒

4🌟
Profile Image for Watie Shaari.
391 reviews43 followers
September 21, 2020
"Kebaikan boleh membunuh"
.

Aya, seorang yg introvert. Dia suka menyendiri dan ditemani earphonenya. Dia mencuba nsib dalam penulisan novel, tp ditolak. Suatu hari saat dia duduk di rooftop rumah sewanya, dia ternampak K. Wujudkah K? Atau sekadar ilusinya tapi knp hanya dia seorang yg nampak sedangkan orang lain tidak?
.

Bermula pd itu, K mula berdamping dgn Aya. Kehidupan Aya mula berubah, kalau tidak hidupnya cuma dgn Fikri yg nun jauh di Manchester. Hidupnya mula ceria dgn kehadiran K, walaupon hatinya pd Fikri. Dengan bantuan K, Aya dpt menyiapkan sebuah manuskrip dan diterima oleh penerbit utk diterbitkan
.

Fikri bakal berkahwin dgn Calsey. Aya kecewa. Dgn bantuan K, Aya dpt melupakan Fikri. Sehari sblm Fikri berkahwin, sesuatu telah berlaku dan K telah hilang. Aya nanar
.

Bertahun Aya cuba hidup tanpa K. Dia masih berharap K akan muncul didepan nya. Pertemuan dgn Amir, mirip K seakan memberi cahaya pd Aya. Tapi bapa Amir, Encik Adam tdk menyukai Aya.Siapa Amir? Adakah dia K, tp kenapa Aya tidak merasakan getaran pd hatinya spt dia berdepan dgn K? Dimanakah K menghilang?
.

Serius aku sangat tertarik dgn cover novel ni. Pada saat aku disarankan utk baca novel keluaran prolog, aku lbh tertarik dgn Rooftop. Tp sayang, di popular sini tiada. Jadi bacaan pertama aku, adalah Infiniti
.

Penulis mempunyai idea yg sangat menarik. Dipenuhi dgn elemen kegembiraan, kesedihan, pengharapan. Looking forward for her next novel
.
Profile Image for Nadhiah Aida.
512 reviews27 followers
November 15, 2018
Tak sure nak komen apa tapi ..... Jalan cerita memang lain dari yang lain ... Tak seperti yang kita sangka.
Dah ku jangka siapa K sebenarnya. Cuma ... Takde cuma ...
Ending nya aku boleh terima walaupun berlainan dari normal ending ...
Terpulang pada individu ...
Tapi serius terasa sedih part Aya dan K. Boleh pula air mata bergenang .. jarang nak meleleh ni. Tak mahir nak cerita panjang so carilah buku ini ...
Profile Image for Noor Maizan.
85 reviews9 followers
February 2, 2022
The best book I've read setakat 2022 ni...hihi.

Thank you la pada yang hasut kat twitter, berbaloi beli dan baca.

Misteri + sweet , habiskan bacaan dgn jeritan sbb too excited. Hehe. Ok bye, nak sambung baca infinity.
Profile Image for Mslvoe.
2,044 reviews200 followers
June 21, 2022
Roh merayau bila empunya diri tengah koma.

Bertemu Aya di Rooftop.

K sentiasa berada disisi Aya.. aya sedih K ada.. even Adrian pun dapat melihat K.

Bila hati dah mula suka, K menghilang diri.

Aya jumpa semula K tapi itu bukan K.
Profile Image for Husna Rosli.
Author 3 books261 followers
February 7, 2017
3.5 stars. 0.5 stars for being unique from other cliche, cringy love stories haha.

Assalamualaikum dan hai!

Waduh waduhh. Habis juga akhirnya baca buku ni. Saya rasa lambat sikit saya baca buku ni. Tapi ada masanya, agak cepat pulak. Baiklah, untuk buku ni sebenarnya saya letak harapan tinggi jugak sebab memandangkan Prolog Media, kan. It was a let down due to so many small things. Tapi, masih, jutaan tahniah kepada sis sebab berjaya hasilkan dan terbitkan novel ni. Alhamdulillah! <3

Saya sebelum ni ada ikuti blog sis penulis masa awal2 nak jadi penulis dulu. Dan masih lawat blog tu sekali sekala dalam setahun. Jadi bila sis penulis refer 'Sekali Ini Saja' saya terus ingat yang penulis ada mention beberapa kali sebelum ni pasal buku tu. Saya suka macam mana penulis cerita pengalaman Aya dapat terbitkan manuskrip dia. Sedikit sebanyak, saya tau itu perkongsian pengalaman penulis masa dulu2. Ehem, saya bukan stalker, tau? XD

Untuk karakter, Aya memang hidup dalam imaginasi saya. K pun OK. Penulis berjaya bina hubungan dua2 watak ni dengan baik. Bagi saya, plot dia yang saya rasa ada something wrong somewhere. Bagi sayalah. Maaf ya, ini pendapat saya sebagai pembaca saja.

1) Perpindahan antara satu event ke event lain nampak a little bit off. Mungkin penulis kena tetapkan 1 tempat di satu2 masa. Sebab kadang-kadang baca macam melompat pulak scene dia.
2) Ada beberapa scene macam tak logik. Atau mungkin tak terangkan lebih. Contohnya ada scene K cakap kat Liya masa nail motor. Tapi seolah-olah jelas pulak dia dengar suara K. Sedangkan mestilah kabur sikit sebab angin kuat, kan?
3) Yang tak puas hati - kenapa Liya yang dapat nama sedangkan Akak yang ikut dia tu yang banyak pergi Pesta Buku Indonesia tu? Saya pun kalau jadi majikan dia mesti angin punya. Tak nak employee macam ni. Satu lagi. Kenapa boss Liya sesuka hati labur duit kepada sesuatu yang tak pasti? Macam tak logik. Nak pergi Indonesia dengan berbekalkan maklumat: hanya tau bhw si Ghost Writer bagitau kat blog nak ke sana. Yang tak boleh belah, kerja tu dah ditugaskan kat Liya kot. Dia cuma pergi beberapa kali je ke sana. 2 kali ke entah. Boleh pulak rileks, Akak tu yang uruskan. Dan tak ada ke rasa bersalah dan bertanggungjawab, as an employee, untuk buat kerja tu elok2? Nak rezeki berkat kan?
4) Terlalu mudah untuk Liya lepas bebas. Tak buat apa2, dapat nama. Pekerja apakah? Kesian Akak tu (maaf still tak move on hahaha)
5) Sentuh dan rasa sakit/bergenang air mata - saya tak berapa suka. Entah kenapa. Something makes my heart feels uneasy. Dan juga, terlalu berulang-ulang. Kalau sentuh K boleh buat Liya rasa sedih, cuba sis penulis terangkan dari segi dia dapat dengar degup jantung K. Atau dia dapat rasa nadi dia tegang ke. Atau perubahan nafas Liya sama dengan K ke.
6) Banyak yang berlaku dalam novel ni. Siap macam drama bersiri pulak yang buatkan saya rasa, aduhhh. Scene yang 'jenayah' tu macam- alahhhhh, not in Prolog Media's books, please???

Apa-apa pun, naskhah yang lain, supernatural, thriller daripada Prolog Media. Semestinya bukan novel macam Abangang Bomba Tak Padam Api Pun kinda novel (Oh God, thank You!) Sis penulis teruskan menulis tau? Chaiyok! '
Profile Image for Riley Fizan.
Author 8 books29 followers
December 26, 2016
saya dah jadi pencuri kerana nak baca buku ni. pencuri masa je hehehe. tak apa, demi farrah.

first of all, malaysia perlukan lebih banyak karya genre macam ni. well prolog med dah jadik pencetus, tahniah.

i like the plot, i like the character, and i like the angst part...sebab kegembiraan dan bahagia itu lebih bermakna selepas mengharungi seribu rintangan tak gitu?


good job
will wait for your next book, writer.
Profile Image for Shazalila Shah.
31 reviews2 followers
February 5, 2017
Best sgt... memeranjatkan.. menguji minda.. rekemen sgt utk korang baca
Profile Image for rara.
84 reviews7 followers
October 15, 2016
memang best. suka masa Aya tersentuh K. aya dapat rasa mcm mana sedihnya K. siap dapat pegi Manchester. suka sangat part masa K tiba-tiba muncul tu.

cerita ni ada part sedih, suka, cinta yg sweet sikit bg aku la. yg pasti memang best :)
9 reviews1 follower
October 21, 2016
sangat best...selagi xhabis baca,xtau ending..xleh nk letak or tggl lama...plot twist yang mnjadi..and thanks coz K still alive...walaupun sy still xleh move on dr bayangan K yang muda....
Profile Image for fyzz_records.
167 reviews16 followers
November 7, 2016
Jalan cerita memang menepati citarasa saya ! walaupun ada sesetengah babak tu memang dah bole agak jalan ceritanya hehehe tapi walau apapun tahniah writer

Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
December 5, 2016
pengembaraan roh yang tidak dijangka!

memang banyak yang tak di duga dalam novel ni..

tahniah untuk penulis!!
Profile Image for Haq Raihah.
300 reviews55 followers
January 12, 2017
best sgt...

mula2 aku fikir buku ni bertemakan fantasy-romance, rupanya aku silap. kisahnya agak complicated bg aku.

apa2 pun, ia punya ending memang best.

Aya n K forever!
Profile Image for Aqiela.
58 reviews1 follower
November 27, 2018
Kisah cinta yang memang lain dari yang lain! Suka gilaa 😭 eventhough sebenarnya macam ada je part yang tak berapa realistik gitu, tapi takpe okay jee sebab best dohh cerita ni 😭 bukan takat Aya, saya sendiri pon boleh jatuh hati dengan K ni. Tapi bila part roh K menghilang tiba2, then dia muncul balik as manusia normal tapi dengan nama Encik Adam, feel dia rasa macam dah kurang sikit 🙁 feel tu rasa mcm tak sama laa masa Aya & K (roh) bercinta dulu. Maybe sebab asyik imagine muka Encik Adam ni yang tua, beruban, dah takde lesung pipit, erm so rasa macam dia bukan orang yang sama dengan K yang dulu kot? And saya lagi rela kalau Aya ni kawen dengan Fikri sebenarnya haha 😂 apa2 pon, cerita ni memang terbaikk 👍🏻
Author 3 books9 followers
March 4, 2017
Saya 'enjoy' baca novel ini, atau lebih spesifik saya enjoy mengikuti kehidupan hari-hari yang Aya tempuhi bersama K. Walaupun saya boleh kata pada awalnya Aya itu sejenis gila yang boleh tahan nampak benda yang orang lain tidak boleh nampak. Introvert sangat, mungkin. Sudut positifnya, saya suka melihat Aya semakin ceria dan gembira hidupnya selepas berkawan dengan 'sesuatu'.

Tapi bila K pergi tanpa sepatah kata, perjalanan cerita seperti kurang garam. Untuk tidak bias, cubalah juga saya meletakkan diri di tempat Aya yang kehilangan K dan menempuhi hidup sehari-sehari dengan mengingati K saja. Pasti tidak mudah.

Jalan cerita kembali menarik apabila Aya dan seorang rakan pergi Jakarta mencari AK. Tidak dinafikan, ada juga beberapa perjalanan cerita agak landai di sana. Tapi, walaupun mungkin pembaca sudah boleh meneka siapa dan bagaimana, novel ini masih memberikan rasa 'enjoy' kepada pembaca.

Saya agak sinis bagaimana Aya boleh join roh K dan pergi ke tempat-tempat yang lain, dan Andrian boleh nampak mereka seperti biasa. Sememangnya kalau berkaitan roh lagi-lagi sepertimana cerita K, memang banyak persoalan yang kita boleh timbulkan. Sebab kebiasaannya, soal roh ini disukai oleh ramai orang selagi mana tidak mengalami pengalaman yang mengerikan. Hahaha.

Namun tidak dilupakan, terima kasih kepada penulis kerana menyertakan sekali BONUS. Nice! Boleh buat para pembaca tumpang gembira sekaki,membaca sambil geli-geli hati membayangkan K dan Aya selepas menempuhi macam-macam.
Profile Image for Annakarenina.
142 reviews15 followers
October 16, 2016
5 BILLION BINTANG UTK NOVEL ROOFTOP NI SBB BEST SANGAT !

Tak tahu mcm mne nak describe betapa seronoknya baca novel ni. Mcm2 perasaan ada. Dan yg paling penting sy taknak cerita dalam novel ni berakhir mcm tu saja. Rasa tak puas nak baca dan tahu apa kisah hidup K dan Aya akan datang. Aci dak kalau mintak penulis sambungkan lagi kisah Aya dan K ni hahaha (^-^)Y

Mula2 baca pun hati rasa tertarik2 utk tahu apa yg terjadi pd K yg menyebabkan rohnya merayau2 dan bertemu pulak dgn Aya yg obses dgn Fikri. Mcm2 teka teki yg bermain di minda utk teka siapa sebenarnya K. Dan paling menyentuh perasaan bila K hilang dr radar selepas peristiwa Aya ingin menyelamatkan Fikri dr mangsa dendam Calsey. Sejak tu Aya ternanti2kan K utk muncul kembali dlm hidupnya walaupun dia pasti K mungkin tkkn kembali lg. Aishhh sampai ke akhir mukasurat jantung sy berdupdap laju utk tahu pengakhiran cerita. Dan sambil air mata mengalir selepas tahu kisah hidup K yg tragik. Finally sy suka happy ending ! Dan pastinya sy akn merindui kisah hidup Aya dan K lps ni.

P/S: Sy mmg suka cerita bergenre mcm ni. SERIUS OKEY ! Selepas kak Anna Lee, sy angkat sis Farrah Izzlorna ni sebagai fav author sy. Harap sis Farrah teruskan usaha utk menulis kisah bergenre unik ni lg. Terima kasih utk masterpiece yg tak ternilai ni. Muahh ciked !
Profile Image for Iris Ymra.
212 reviews36 followers
September 6, 2019
Pertemuan Aya dengan K berkembang membawa kepada wujud satu hubungan antara kedua-dua watak ni, satu hubungan yang turut dapat saya rasa sepanjang pembacaan. Sebuah cerita yang unik semestinya, buat saya rasa attached juga dengan K sampai boleh menangis masa K hilang.

Walaupun begitu ada beberapa persoalan yang seperti tidak begitu terjawab (pada saya) -- seperti kenapa dan bagaimana Aya boleh bertemu K? Apa punca dan kenapa Aya? Mungkin 1st POV membataskan jawapan untuk persoalan tu. Dan hubungan K dgn keluarganya juga seperti tergantung, kerana mungkin fokus cerita ini lebih utama kepada ingin menyatukan semula Aya dan K, jadi plot dimana ibu Fikri ialah sepupu kepada K perlu diwujudkan supaya Aya akan kenal K -- K yang pada usia kini.

Banyak juga persoalan yang mampu diwujudkan lagi kalau saya mengambil kisah tentang semua perkara dengan terlalu detail, tetapi kalau hanya perlu fokus kepada satu plot utama tentang kisah Aya dan K, then pada saya semua itu sudah terjawab.
Profile Image for Farae Ferre.
13 reviews6 followers
November 21, 2016
Buku ni best, mind blowing!! Sehari setengah je aku habiskan sbb takda part yg boring..
semua rasa ada, misteri, happy, sedih, drama, geram pun ade gak..
aku geram kat si adik pmpuan Andrian tu.. hahah..

and ending dia best, walaupun mcm drama sikit lah part masa nk nikah fikri dgn aya tu.. terbayang plak cite kuch2 hota hai, salman khan tarik tgn kajol x jadi kawen.. hahaha..
suka Aya dgn K.. :)

btw, gud job Farrah Izzlorna!! Waiting for your next book.

Displaying 1 - 30 of 107 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.