Kasih Damshaq dan Dahlia sebenarnya sudah terjalin sejak kecil. Persahabatan yang terbina berhenti separuh jalan tatkala keluarga Dahlia berpindah ke Kuala Lumpur. Damshaq terkilan dengan pemergian gadis itu. Sepuluh tahun kemudian, takdir Ilahi menemukan mereka berdua kembali. Persahabatan yang lama bertaut membenih menjadi cinta. Namun, mereka terpaksa berpisah sekali lagi. Kali ini, Damshaq serik. Dia tidak sanggup lagi mempertaruhkan perasaan sendiri namun, Dahlia nekad dengan perasaan sendiri yang mahukan lelaki itu menjadi teman hidupnya.
“Tangan yang ‘memetik’ Dahlia, bukan sembarangan tangan. Tangan kasar kampung boy yang ada visi dan misi untuk menakluk taman larangan.”
buku ke 3 dr penulis yg sy baca..agak terganggu bacaan dgn penggunaan bahasa gua lu..storyline ok...watak semua tersusun cantik dn happy ending ..apa yg special buku ni mcm mn gigih Dahlia utk win back AD..kesian but sweet bersemut
Dahlia dan Damshaq ...dua kawan lama yang terpisah hampir 10 tahun namun luka yang ditinggalkan dahlia masih tersisa pada Damshaq ..Kehadiran Dahlia kembali ke kampung membuatkan hidup Damshaq kembali ceria...Walaupun damshaq dianggap samseng kampung namun Dahlia masih menerimanya kerana pada Dahlia Damshaq masih Damshaq 10 tahun lepas...
Setelah kebahagiaan dicapai sekali lagi Damshaq di sakiti ...kali ini dia benar2 terluka sehingga dia tidak mahu mengambil risiko lagi...
Bagaimana Dahlia ingin memujuk hati Damshaq..Sweet sangat novel ni sebenarnya ..walaupun ayatnya agak kasar ,,
🌟4.2🌟 uwu.. dia punya merajuk tu sampai lebih pd setahun.. jumpa pastu blah.. pastu jumpa balik..😂 Watak laki yg suka heroin tu sngt menyedihkan💔🥺 mm cinta tak kesampaian.. citer ni light aje.. sy pling best bile hero bergaduh ngan ayah dia..HAAHHAHA comel gituw.. tk dengr kata betol laa.. smpai ke besar pon asyik melawan aje.. hadehh.. 😂😂
Bacaan yang santai dan ringan. Takde masalah berat² sgt. Tapi bagus jugak watak utama, dari nakal, walau tetap nakal tapi tunjukkan mampu berubah bila kenal erti tanggungjawab. Dan yang penting, penulis tunjukkan erti kesetiaan. Tahniah. Enjoy baca sbb mmg tgh mood baca bacaan ringan²