Jump to ratings and reviews
Rate this book

K.I.S.S

Rate this book
Aku pernah digelar pakar dalam soal wanita. Memang aku jahat tapi aku tidak pernah menjadi yang pertama memusnahkan mariah seorang wanita. Tapi apa aku harus buat jika ada yang masih terpelihara datang menyerah?

"Kahwin dengan saya." - Maria Jane

"Kahwin? Kau ingat kahwin tu boleh selesaikan semua masalah ke?" - Zafrul Jafni

Kahwin? Itulah jalan penyelesaian? Memang dia boleh ikut semua kemahuan Maria sebab dia juga tak akan rugi apa-apa. Tapi, 10 syarat seorang Zafrul Jafni harus dipatuhi.

Antaranya...

"Kau mesti pergi bila aku kata pergi. Rasanya kau pun tahukan, aku memang tak akan simpan kau lama. Seorang Zafrul Jafni memang untuk susah setia." - Zafrul Jafni

Wahai Maria, bertabahlah. Bertahanlah selagi mampu, walau akan digelar perempuan murahan sekalipun dia sanggup asalkan misinya berjaya. Tapi macam mana pula soal hati? Mampukah dia bertahan hanya semata-mata lelaki itu seorang suami.

"Ingat Maria, kalau lelaki itu sentuh diri kau tadi, aku memang tak akan kutip kau balik. Walaupun beribu kata maaf yang kau bagi." - Zafrul Jafni

Maria... Jika senyuman yang Zafrul mahukan, senyumlah walau hati sendiri dirobek berkali-kali.

597 pages, Paperback

Published May 1, 2016

6 people are currently reading
98 people want to read

About the author

Ailah Diela

10 books50 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
42 (38%)
4 stars
40 (36%)
3 stars
17 (15%)
2 stars
5 (4%)
1 star
5 (4%)
Displaying 1 - 19 of 19 reviews
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews68 followers
July 20, 2016
This is a superb awesome novel!!!

To be honest, I’m interested to buy this novel because of its title (KISS). Tajuk yang sangat catchy dan membuatkan pembaca tertanya tanya apa signifikan tajuk tu. By the way, kerana indahnya senyumanmu sayang menggambarkan tentang senyuman seorang Maria Jane. Senyuman yang khas untuk Zafrul Jafni. Membaca novel ni membuatkan emosi saya turun naik dan berdebar…hahaha…seriously, this is a highly recommended book. Ia lebih sesuai untuk pembaca matang.

Kisah bermula apabila Maria pergi ke Zone ZF untuk mencari kerja demi mendapatkan RM50K dalam masa 6 bulan. Bagaimanapun, as a virgin, this task was very difficult for her. She messed up with her first client. So, what happened? Zafrul sebagai owner Zone ZF mengamuk…hahaha, tarikan yang ada pada seorang Maria membuatkan si Zafrul bertekad untuk melindungi si gadis. Sehinggala mereka berkahwin rahsia. Konflik bermula apabila Zafrul terlalu melindungi dan Maria terlalu berahsia. Ditambah dengan kehadiran langau langau yang menyakitkan hati. Finally, apabila Zafrul mula menyedari perasaan cintanya kepada Maria, bersusah payah dia ke kampung Maria untuk memujuknya. This is a really adorable love story.

Komen saya: thumbs up to the writer. You have done an excellent job. I really enjoyed this novel. I was able to finish this novel only within a day. Kudos…saya sangat suka watak Zafrul. No wonder, before saya start baca novel ni, Zaf dah cukup famous di group penulis. I love this typical bad boy. Kaya, handsome and overprotective. Kerana pernah dikecewakan, dia sukar mempercayai wanita dan takut untuk meletakkan harapan yang tinggi dalam sebuah perkahwinan. Even before he realized that he loves Maria, I believed he already loved her long before. Bila dia dah yakin dengan perasaan cintanya, dia berusaha mencari Maria hingga ke kampung. I really loved this part. Saya ingatkan apabila dia sedar yang Maria tipu dia, another conflict will happen. Tapi sebaliknya, penulis berjaya ended this story tanpa konflik yang meleret leret. Congrats. For Maria, dia cukup berani mengambil risiko. Berani mempertaruhkan maruahnya demi kebahagiaan keluarganya di kampung. Berani melamar Zaf demi menghalalkan suatu perhubungan dan demi mengelakkan maksiat. Berani melafazkan cintanya kepada Zaf walaupun dia cukup sedar yang Zaf hanya menganggap wanita sebagai tempat persinggahan. Berani mempertahankan suaminya di depan Ain. She really deserved to be happy with Zafrul. Saya suka penulis menggambarkan true friendship between Maria and Nita. Basically I love everything about this novel. Membaca novel ni membuatkan saya teringat tentang OmbakRindu. Bagaimanapun, tahniah kerana novel ni berjaya able to stand on its own. Nama watak yang lebih menarik, plot penceritaan yang hebat, bahasa yang menarik. Basically, this is a highly recommended book. Sape sape yang tak baca lagi, please go and read. As this is the first book from Ailah Diela that I read, I’m gonna find her other novels. Congrats to the writer for this amazing novel. Tahniah kepada Penerbitan Anaasa kerana menerbitkan sebuah buku yang sangat besttt… keep it up!!!
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,039 reviews378 followers
September 9, 2016
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM16. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)

Nicely done!

Suka dengan chemistry between Maria and Zafrul. Hubungan pasang surut mereka memang sangat YUMMMMYYYYY!!!~

But more importantly, N suka sebab tak banyak 'menceceh' or melalut.
Profile Image for Glow.
82 reviews
July 10, 2023
Olahan ayat penulis best. Tak meleret. Just nice. Cuma bahagian plot agak emm. Aku jadi cepat bosan sebab plot macam tak berkembang. Tak ada wow factor. Tang tu tang tu juga perginya. Alasan Zafran yang buatkan dia sampai berkecimpung ke dunia gelap ni pun sangat meh. Harap sangat supaya jgn wujud manusia yang suka ikutkan perasaan macam si Zafran ni. Kesan jangka panjang tu kena fikirkan dalam-dalam.

Apapun cerita ni agak 'dongeng' bagi aku. Kalau ada spesies manusia yang circle kehidupannya serupa Zafran di dunia sebenar, mungkin 0.1/10 agaknya yang betul-betul boleh tinggalkan tabiat hidup seperti yang Zafran lalui ini. Tak mustahil, tapi tersangat susah. Paling takut kalau wujud ketagihan.

Oh ya, aku rasa novel ni macam kurang sesuai if budak bawah umur baca. Huhu.
Profile Image for Maslina Omar.
154 reviews19 followers
May 16, 2016
Siapa sangka
Di sebalik tingginya ego seorang jejaka
Ada kisah lara jiwa yg kecewa
Dan siapa sangka
Di sebalik suram sorotan mata
Ada senyuman indah mencetus gelora...

Zafrul Jafni...demi cinta, sudi mengutip si dia dr lembah penuh hina & noda... diberikan tempat yg istimewa di hatinya. Namun dia akhirnya ditinggal pergi, cintanya dikhianati..yg tertinggal hanya perit luka setelah ego yg luruh di kaki terpaksa dikutip sendiri.

Lantas sikapnya berubah...dpd setia menjadi buaya, dpd lembut hati menjadi sekeras kerikil, dpd pemaaf menjadi pendendam, dpd ceria menjadi baran. Maka atas dorongan dendam, tertubuhlah Zone ZF, sebuah kelab hiburan dengan bertujuan untuk menjadi laluan perempuan2 seperti si dia, menuju kehancuran. Mindanya dipasak agar tidak lagi percaya kepada mana2 perempuan & hatinya ditembok agar tidak jatuh cinta lg.

Maria Jane Adam Audrey...pemilik sepotong nama ini, cantik di mata, cantik di hati. Namun desakan hidup & bebanan hutang yg ditinggalkan ke pundaknya, membuat dia pendek akal memilih lorong gelap untuk mendapatkan wang. Ke Zone ZF dia bertandang mencari peluang, sedangkan sebenarnya dia hanya berani2 ayam, pelanggan terkam, dia lari lintang pukang.

Zafrul yg mulanya berang kerana Maria gagal melayan pelanggan tetapnya, berubah hati bila melihat senyuman di wajah polos itu. Dia akhirnya menyimpan Maria untuk dirinya sendiri. Dan demi rasa ingin memiliki, Maria dinikahi secara sembunyi...bersama syarat, jangan pernah jatuh hati, jangan pernah ambil peduli & bersedia melangkah bila tiba masanya untuk pergi.

Di pihak Maria, dia hanyalah perempuan yg cuba menagih simpati, menggunakan perkahwinan untuk melindungi maruah sendiri. Di pihak Zafrul, dia yakin hatinya telah dipagar tembok besi, perempuan bukan untuk dicintai tp sekadar peneman sepi.

"Tak semua org punya peluang untuk jatuh cinta. Buang rasa dendam, marah dan benci. Cinta tu pasti akan mengubat luka dlm hati awak." ~ Maria

Di saat Maria tak upaya menolak rasa hati, tatkala Zafrul masih hanyut dlm teka-teki sendiri, Maria terdesak untuk pergi & dia memilih cara yg paling Zafrul benci.

Apa yg boleh saya katakan mengenai naskah ini...ia menampilkan sisi lain Miss'nurul Ilah. Lain dr karya2 beliau sebelum ini. Dendam kecewa yg disuntik dlm diri Zafrul meledak mood kita utk terus membaca untuk tahu puncanya. Kepolosan Maria tetapi tergamak memilih untuk terjebak di lorong hitam, menjentik rasa ingin tahu mengapa. Ada yg tersirat untuk difahami di sebalik kisah yg x sukar untuk kita mengerti.

5☆ untuk kelainan yg berani ditampilkan, juga untuk penulisan yg semakin matang.
Profile Image for Susi Majid.
58 reviews24 followers
May 13, 2016

MARIA JANE - tujuannya ke Zone ZF hanya satu, utk mengembalikan senyuman ibu & adik2nya kerana dia x pnya masa yg panjang..andai dia pnya jln lain Zone ZF x akan menjadi pilihannya

ZAFRUL JAFNI - big boss Zone ZF..dia mmg pakar wanita tp bkn perosak & dia merupakan seorang pelindung kpd MJ..pengalaman lalu byk mengajar ZJ tentang seorang wanita tetapi MJ baginya sungguh berbeza..hanya dgn senyuman MJ dia boleh menjadi org lain selain dirinya sendiri & dia ketagih utk melihat senyuman itu

Karya ilah kali ni tidak seperti karya2 yg sblmnya..sweet muit mmg x ada dlm cerita ini tetapi cerita ini ada kekuatannya sendiri & syabas buat ilah kerana berani mencuba sesuatu yg baru..

Pssttt ZJ dlm ketegasan sifat menghormati org tua masih ada & dia juga anak bapak..kikikiki

Ku tggu next story ilah ;)
Profile Image for CrystalGrey.
144 reviews15 followers
January 25, 2021
Maria Jane - desakan hidup membawa maria ke jalan yang gelap... tapi Allah masih sayang kan Maria.. maria di "Selamat"kan oleh Zafrul Jafni...konon selamat
Zafrul Jafni - kelukaan lalu membuahkan dendam pada wanita sedangkan yang berdosa Ain kerana curangdan tak sedar diuntung....Zafrul Jafni senyum lebar bila tahu dia yang pertama menyentuh Maria... itu pun dengan syarat perlu Nikah....
Profile Image for mRs bOo ^_^.
234 reviews13 followers
September 27, 2016
nasib ini kisah novel
kalau realiti mb tak rasa heronya begitu baik mengawal diri.. hehe
Profile Image for Naskylark.
66 reviews5 followers
December 3, 2019
Karya Ailah Diela paling umphhh bagi sy. Penulisan yg lebih matang. Tak meleret2.

Hero2 novel AD ni memang terkenal dgn mulut laser dan kerek (kecuali Misi Menantu Mr Bad Guy kot). Si Zafrul pun tak terkecuali. Daku memang suka watak hero bad guy, beku, dingin bak ketul ais ni. Jadi memang 'in' sangat dgn K.I.S.S ni.

Maria Jane, karakternya ok not bad.. not my favourite heroin character, but sesuai la dgn Zafrul. Ada chemistry between this two lovebirds. Sepanjang pembacaan sy selalu senyum dan sengih2. Very enjoyable.

Looking forward to Ilah next novel
286 reviews52 followers
May 19, 2016
best....abg garang yg aummmm...pd sy ini yg terbaik ant semua karya penulis....sgt melekat dihati dan kena dgn jiwa....
Profile Image for Izz.
420 reviews9 followers
February 5, 2021
Buku pertama baca dari penulis ni. Tak sangka best! Boleh terima dengan cara penulisan AD ni. Okay, pasni boleh cari buku² lain tulisan AD.

Watak Zafrul, hero yang bukan lar baik sangat pun, memang lain dari yang lain. Gila ke apa hero ada club dan supply pelacur. Pergh! Terkejut baca. Tapi, ada lar sisi baik Zafrul ni. Romantik pun ada. Baik dari segi lain. Pemurah bila kena gayanya. Tapi yang part dia punya mengongkong Maria tu, pergh....lain macam sungguh. Nampak benar tamaknya seorang Zafrul Jafni ni.

Maria pula, watak tipikal gadis kampung yang naif, datang KL nak cari kerja, tapi satu je, sebabkan dia perlukan duit yang banyak dalam masa yang singkat, dia sanggup nak buat kerja yang terkutuk tu. Sanggup gadai maruah dia. Pendek betul akal Maria ni. Tapi ada lar juga part² yang nampak Maria ni kadang² selenga jugak. Rasa nak maki² je masa baca part² selenga dia tu.

Apa pun, bila baca cerita ni, dua watak ni selalu buat sis nak tersenyum sengih sorang². Memang best.
59 reviews
July 8, 2023
Uisyhhhhh lain macam hokeyhhhhhh cite ni.

Tapi itu la yang best. Lain dari yang lain. Saya pulak tengah maraton baca novel. So, novel ni buat pengubah rasa daripada novel lain yang lebih kurang je jalan ceritanya.

Berjaya mengekalkan perhatian saya hingga ke akhir cerita.

Saya suka watak maria. Tapi, apa yang maria buat salah ye. Walaupun demi keluarga. Ingat adik², jangan contohi maria bab tu.

Yang ok nya, maria still igt halal haram. So, ok la. At least dorg dh halal. Hehe
Profile Image for Sweet♡ساكورا.
189 reviews14 followers
June 27, 2019
Eh! versi Ombak rindu ke?
Itu yang terlintas semasa permulaan bacaan novel ini..

Eh! dah versi Aku Bukan Mistress pula ke?
Itu semasa pengkembangan cerita membaca novel ini.

First time membaca karya beliau. ok la.
Jalan cerita pun sama macam novel tema-tema diatas.

Yang baik jadikanlah pengajaran,
Yang buruk jadikanlah sempadan dalam kehidupan.
Profile Image for Clarissa Izzat.
4 reviews1 follower
January 31, 2023
Saya sangat suka!!!
Lamanya aku peram novel ni...

Zafrul dan Maria
Ceritanya tersusun dan senang nak hadam. Memikat hati aku. Tak move on lagi ni. Asyik-asyik terbayang Zafrul hehehehehe... Dari satu bab ke satu bab aku baca tak boleh berenti. Berenti baca pun sebab nak masak dan kemas rumah 😅

Sis Ailah saya menunggu novel keluaran terbaru sis. Saya nak beli! 😘
Profile Image for Nur Amalina.
3 reviews
June 20, 2021
Baca novel nie macam2 rase ade..serious suke bethul dgn watak Zafrul nie walaupon kasar tp ade manis kt situ..ayat2 dlm novel nie pon santai je..mmg x menyesal lah beli novel nie manis ,masam ,masin sume cukup rasa..good job penulis x sabar nk bace novel yg lain pulak🤩
Profile Image for Ynah Smdg.
108 reviews16 followers
August 19, 2016
cerita ttg maria dan zaf shj. watak2 sampibgan yg sedikit. zaf yg diktator dan nak dominan shj ada manisnya dlm menjaga hak miliknya yang sah. awalan cerita mmg menarik.. ada bau2 ombak rindu. hehe..berkahwin krn mghalalkn dan bjanji tak menuntut hak seorang isteri. bab terakhir begitu rushing bg sy ataupun sy yg rushing baca penamatnya hinggakn mungkin terlepas pandang sesuatu..hehe. oh ya, ada satu mgkin typo, nama maria jd lain.. hehe.. sy beli buku ini masa pbakl, dan org yg berada di booth penerbit buku ini cakap kisah dr novel ini adalah kisah benar. tak pasti sejauh mana kisah benar tu.
194 reviews9 followers
May 26, 2016
wow!! makin jatoh cinta dgn gaya penulisan ailah diela. masih muda, masih banyak novel yang boleh ditulis.

plot2 awal mengingatkan kepada novel Ombak Rindu. Part lepas kawen, mcm Selimut Malam.

Walaupon jalan cerita lebih kurang, tetapi gaya olahan memang membezakan. Cumanya, senang sgt Ain dgn Idham berputus asa. xde la jahat mana pon. heheheh...
Profile Image for Marta Dafid.
89 reviews3 followers
May 9, 2016
Done reading Karya Ke6 Ailah Diela..
puas hati sangat2... karya penulis tak pernah mengecewakan..
kipidap.. teruskan berkarya..
Profile Image for Lindz.
66 reviews8 followers
May 23, 2016
karya yg sgt ikhlas daripada seorang ailah diela. keep it up sis. love it!
Displaying 1 - 19 of 19 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.