Jump to ratings and reviews
Rate this book

Cakar Ayam Seorang Doktor

Rate this book
"Membaca buku ini anda dapat dos lengkap segala ubat yang anda perlukan (bukan semua ubat dalam bentuk pil!).

Sedikit senyum dan tawa. Teladan dan iktibar. Hati yang tersentuh. Semangat dan inspirasi. Cubit-cubit sikit.

Oh ya, juga tips-tips kesihatan yang mahal!

Ini buku dari manusia untuk manusia.
Di sebalik kot putih itu, mereka juga hidup sebagai manusia yang penuh warna-warni. Para doktor dengan hidup cacamarba dan aneka ragam.

Selamat datang ke dunia 'doktor-doktor' yang tak semestinya putih.
('Kot putih' mereka pun biasanya kelabu juga)

238 pages, Paperback

Published April 29, 2016

14 people are currently reading
118 people want to read

About the author

Fahd Razy

58 books120 followers
Mantan Minggu Penulis Remaja 2000 dan Pengasas/Ketua Penasihat Grup Karyawan Luar Negara. Pernah menulis dan mengarahkan teater 'Mencari Jalan Pulang' di Dublin pada tahun 2005.

Menulis dalam genre puisi, cerpen, dan artikel yang tersiar dalam pelbagai media cetak dalam dan luar negara serta termuat dalam lebih 30 antologi bersama.

Puisinya 'Al Andalus Menangis' terpilih salah satu teks sastera elektif SPM 2010. Memenangi beberapa anugerah sastera seperti Hadiah Sastera Siswa, Hadiah Sastera Kumpulan Utusan, dan Hadiah Sastera Perdana Malaysia.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
51 (38%)
4 stars
53 (40%)
3 stars
21 (15%)
2 stars
5 (3%)
1 star
2 (1%)
Displaying 1 - 26 of 26 reviews
Profile Image for Aina Hilmi.
Author 7 books104 followers
Read
May 1, 2016
Bismillahirrahmanirrahim.

Catatan doktor dari sisi kehidupan mereka dan kerjaya yang dipertanggungjawabkan. Ada tip kesihatan dan Klinik Mini.

Suka dengan catatan dietician. Boleh dikembangkan lagi sebab rasanya banyak lagi yang boleh dikongsi oleh beliau :)

Buku 38 / 2016
Profile Image for Sharulnizam Yusof.
Author 1 book95 followers
February 4, 2018
Pertama kali (untuk buku seumpama ini) saya berpuas hati dengan setiap cerita yang dikongsikan oleh semua penulis (lima orang doktor). Ayat-ayatnya ditulis dengan baik, dan ceritanya juga bagus.

Berbaloi untuk dibaca untuk menyelami suasana kerja seorang doktor.
Profile Image for athirah amri (athirah_bookstagram).
243 reviews30 followers
June 27, 2016
Aku baru habis baca Cakar ayam seorang doktor.

Hasil penulisan dari lima orang doktor yang hebat dalam bidang masing masing.

Mengandungi cerita- cerita pendek tentang pengalaman/pengetahuan & life doktor-doktor yg mungkin kita tak pernah tahu. ada juga info tambahan yang di kenali sebagai lubb dupp (info kesihatan & isu semasa) dan klinik mini ( tips dan panduan kesihatan)

Bagi aku, buku ni best sebab sambil kita terhibur dengan cerita pendek doktor doktor ni, ada part yang buat cam kita insaf. Dan secara tak langsung kita dpt ilmu tentang hal kesihatan,belajar term term perubatan sikit. Boleh la dr tak tahu langsung ye dak?
Profile Image for Mardhiah.
85 reviews6 followers
May 31, 2016
Dah tengok 'descendants of the sun'? Cuba baca yang ni pula. Lagi real dan banyak manfaat. Hero-hero dan heroinnya pun lawa-lawa. Saya cedok sikit isi di dalamnya berharap yang tengah pilih buku atau yang nak mula baca ada rasa teruja nak mula.

-catatan: ........ sebelum ubat kencing manis/darah tinggi itu diluluskan atau diterimapakai, antara kajian yang dibuat ialah 'sejauh mana ia dapat membantu mencegah kerosakan buah pinggang? Bukan sebaliknya.

-Makcik, sebelum ni ada sakit apa-apa?
Isk, sihat saja. Makcik sebelum ni , tak pernah sakit pun...
Baguslah. Maknanya tak ada makan ubat apa-apa lah sebelum ni kan?
Eh, ada. Ubat kencing manis, darah tinggi, sakit jantung, buah pinggang......
............

-...semasa saya mendengar bunyi paru-parunya menggunakan stetoskop, saya tersedu. "Hik!"
Kanak-kanak berumur 3 tahun itu memandang saya dengan penuh kekaguman. Saya memandangnya, tersenyum, dan tersedu sekali lagi. "Hik!"
Penuh keterujaan dia menoleh kepada bapanya dan berkata, "abah, doktor sudu, bah!"
"Doktor sedu lah, bukan sudu," ujur bapanya...

- Dietitian adalah seorang ahli profesional yang dilatih untuk "menterjemah" sains makanan, nutrisi dan terapi pemakanan medikal untuk memenuhi keperluan individu atau kumpulan sasaran, sama ada berkaitan penyakit atau kesihatan. Pendek cerita, pegawai/pakar pemakanan.


Profile Image for Erin95.
147 reviews5 followers
October 3, 2025
Buku ini memaparkan kisah² dalam bidang perubatan sama ada yang menggelikan hati juga yang menyayat hati. Menyumbatkan otak pembaca dengan ilmu² berguna tentang penyakit² yang sering rakyat kita alami misalnya, kencing manis, darah tinggi, gout dll.

Aku baru tahu penyakit kencing manis tu takkan sembuh, cuma boleh kawal paras gula dengan berterusan jaga makan dan makan ubat yang doktor bagi.
Penyakit kencing manis ni, faktor dia adalah usia (wear and tear), setiap dari kita akan menghidap penyakit kencing manis seiring bertambahnya usia. Cumanya yang mengawal dan melambatkan adalah gaya hidup sihat dan pemakanan yang sihat semestinya.

Aku suka bila doktor² ni share kisah² sepanjang mereka bergelar doktor. Ni antara kisah yang aku nak highlight:

Kisah 1: (pesakit datang nak cek darah tanpa indikasi yang menunjukkan pesakit itu perlu cek darah)
"Dr, saya nak test darah itu ini, nak tahu penyakit."
"Ala duit nanti dihabiskan orang atasan juga."
Fact: Zaman sekarang memang susah nak nafi berlaku kebocoran dan penyelewengan di sana-sini. Tapi ia sama sekali tidak menghalalkan anda untuk tumpang sekaki membazirkan wang tersebut hanya untuk puaskan hati anda.

Kisah 2: Pesakit: Eh, mana senarai ubat saya doktor?
Doktor A: Tu, yang anak encik pegang tu?
Pesakit: Ooo.oooo, ingatkan kertas dia conteng-conteng tadi - cakar ayam doktor

Kisah 3: Hari-hari pekerja datang untuk mintak MC. Tak sakit pun tapi buat² sakit sebab nak MC punya pasal. Dah jadi budaya pulak. Lewat pergi kerja, pastu mintak MC. Amanah & jujurlah dalam menggalas tanggungjawab.

Kisah 4: Akibat terlampau percaya dengan ubat-ubatan traditional yang berlambak di jual di media sosial. Maka kita pun terpedaya. Katanya 1 ubat boleh rawat macam² penyakit. Tinggal ubat hospital (yang dikaji bertahun keberkesanannya dan effectnya pada pesakit) demi ubat yang digembar-gemburkan di media sosial tanpa kajian yang rapi akan risikonya. Dah sakit, menyesal, datang jumpa Dr balik, tapi penyakit dah ditahap kritikal.
Belum lagi khabar angin pasal ubat hospital tu boleh buat rosak buah pinggang tanpa yang kajian sahih.

Kisah 5: Sedih kisah pengorbanan Dr wanita yang mengandung, tapi terpaksa berkorban demi menjaga dan menyelamatkan pesakitnya sehingga kesihatan sendiri terabai. Sampai hilang nyawa yang dinanti-nantikan selama ini. Sedih giler part ni. Respect cara suami dan isteri bersangka baik dengan ujian mereka.
Suka cara Dr menghargai isteri
"Ya, wanita itulah yang mengajari saya nilai kekuatan. Di rumah, sekalipun saya yang banyak bercerita, mengajar dan membacakannya pelbagai pelajaran, tetapi dialah yang menunjukkan saya makna dan hakikat itu dalam kehidupan."

Kisah 6: Kenapa kita kena puasa sebelum menjalani pembedahan.

Kesimpulannya, terlalu banyak ilmu perubatan yang diterangkan dalam bahasa mudah untuk kita orang biasa faham. Baca, tambah ilmu kita, instead of kita marah² dan berdebat kosong.
Profile Image for aeinafaiizi.
10 reviews
February 28, 2017
Dapat jugak akhirnya buku ni. Hajatnya nak beli waktu PBAKL tapi dah terlebih bajet waktu tu. Maklumlah masih student. Tapi sempat lah baca satu bab kat PBAKL. Haha. Lastweek baru dapat beli kat MPH Nu Sentral & habiskan dlm 2 hari.

Okay. Pasal buku. Overall, sangat Best! Bahasa yg mudah dan santai. Siapa yg pernah baca siri Diagnosis keluaran whitecoat mesti lagi suka buku ni. Selain menceritakan pengalaman² doktor, nurse dan kakitangan² yg kerja dekat hospital tu, buku ni ada sertakan komik & tips² yg sangat berguna. Tips kesihatan, tips pemakanan dan perkara-perkara yg mungkin kita terlepas pandang bila kita datang ke hospital/klinik.

Betul. Jadi doktor bukan mudah. Jangan terpengaruh sangat dengan fantasi seorang doktor, nurse dan kakitangan hospital dengan drama² kat TV tu. Duduk atas kerusi empuk, tunggu pesakit, buat diagnosis & bagi ubat. Gaji banyak. Hakikatnya mereka saja yang tahu.

Aku rasa semua orang sesuai & perlu baca buku ni. Student. Mak. Ayah. Anak. Sebab apa? Sebab melalui buku lah kita dapat mendalami perasaan dan pengalaman orang lain. Biar fikiran tu terbuka. Jangan terus datang hospital marah². Doktor bukan Tuhan. Mereka hanya membantu & berikhtiar. Yang Maha Penyembuh itu Allah.

"Semoga bila mudahkan urusan orang, Allah mudahkan urusan kita"

P/s: Doakan aku dapat jadi Dietician okay.
Profile Image for Shakira.
14 reviews1 follower
July 23, 2016
Sebenarnya perasaan bercampur baur lepas habis baca buku ni. Sebabnya ada part saya rasa terpukul, ada part saya rasa padan muka kat pesakit tu.

Tapi selebihnya adalah saya rasa doktor patut diberi tepukan gemuruh kerana dedikasi mereka.

Kerja sebagai doktor bukannya mudah. Sebab doktor kena deal dengan manusia. Manusia ada yang hati hitam gelap, putih bersih dan kelabu keliru. Jadi faham-fahamlah juga berapa banyak kerenah yang harus dilayan.

Selama ni pun orang ingat kerja doktor ni gaji besar. Kan haritu ada keluar KOMSAS kat sekolah pasal doktor beli sports car. Saya rasa kalau doktor dapat beli Myvi pun dah bersyukur huuu.

Kisah yang terpapar dalam buku ni sedikit sebanyak dapat menyedarkan masyarakat yang gaji doktor tak besar dan nak kena layan beribu ramai pesakit yang banyak kerenah.

Berhentilah kata kerja doktor tu senang ye.
Profile Image for ilafahmy.
114 reviews19 followers
November 17, 2016
Terkadang mencuit hati, ada juga babak yang membuatkan hati sebak, cerita suka duka penuh warna dan yang lebih menarik terdapat tips dan panduan kesihatan di bahagian akhir setiap bab. Cakar ayam doktor-doktor ini bukan sebarang cakar ayam, ia menarik!
Profile Image for Adrianz.
146 reviews22 followers
September 16, 2016
Byk info berguna yg aku dpt dr buku ni..ttg penyakit dan nasihat yg amat sesuai utk smua org : mencegah lebih baik dr merawat..
Profile Image for Meor Hashim.
15 reviews1 follower
October 24, 2019
Bagus sebenarnya membaca catatan pendek doktor/penulis ini. Tertanya-tanya juga entah bagaimana mereka masih ada masa terluang sedangkan kerjaya mereka selalunya dikaitkan dengan kekangan masa. Buku ini padat dengan nukilan-nukilan semasa, lucu, dan berinformasi. Kadang kala diselitkan juga dengan sedikit kritikan kepada masyarakat.

Mungkin penulisan ini akan lebih mantap jika satu tema berat diketengahkan seperti info kesihatan, kisah benar di sebalik rawatan, sejarah perubatan atau kritikan membina terhadap budaya kesihatan masyarakat khususnya. Tetapi itu mungkin bukan niat penulis sebab buku ini berkonsepkan santai maka bersesuaianlah dengan gaya penulisan ini.
Profile Image for Nora Karim.
13 reviews
January 20, 2018
Bacaan santai bagi masyarakat umum dalam memahami gerak kerja mereka yang digelar "orang hospital".

Buku yang sarat dengan pengajaran dan panduan kesihatan yang mudah difahami.

Biarpun ada medical terms yang digunakan di dalam buku ini, ia menjadi ilmu tambahan buat pembacanya. Setiap medical terms diterjemahkan dalam bahasa yang mudah difahami.
Profile Image for Fatihah Zunaidi.
74 reviews1 follower
August 14, 2024
buku ni cerita pasal pengalaman pegawai perubatan dalam jalani hari hari mereka. cerita nya santai, senang nak faham, nasihat sampai kepada pembaca. info kesihatan yang penulis letak dalam buku pun sangat berguna. pasal diet, pasal punca kenapa kita sakit, stereotaip masyarakag terhadap sesuatu isu (vaksin, diet) pun penulis sampaikan dengan baik.
Profile Image for Hanis Amanina.
11 reviews2 followers
August 29, 2017
Sangat membantu untuk orang yang tiada medical background kerana majoriti infonya disampaikan dalam Layman terms (bahasa yg difahami ramai). Suka dengan tips2 yang ada dan menarik jugak membaca kisah2 realiti yang dihadapi orang2 yg bekerja di sektor kesihatan.
Profile Image for Fatimah.
293 reviews25 followers
January 12, 2018
Very interesting stories, akan membuatkan kita lagi faham and considerate dekat orang-orang yang kerja di hospital. And dapat penerangan yang easy to understand pasal isu-isu medikal&kesihatan yang biasa Malaysians tersalah faham.
Profile Image for Emee.
4 reviews1 follower
July 15, 2017
Wajib baca supaya kita tahu keadaan dan kesukaran sebenar yang dihadapi oleh para doktor dan jururawat dalam memberikan perkhidmatan terbaik untuk kita semua.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,519 reviews1 follower
August 22, 2022
Sebuah buku yang menarik untuk dibaca.. Pengalaman doktor yang ohsem dan kelakar.. Memang best..
Profile Image for alifstyle.
28 reviews
June 29, 2025
Kelakar dan menginsafkan. Amat sesuai dibaca oleh manusia lewat 30an. Biar rasa terdorong nak jaga kesihatan.

Tahniah Ahm Ahmad, Dr Kamarul Arifin dan rakan2.
Displaying 1 - 26 of 26 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.