Goodreads helps you keep track of books you want to read.
Start by marking “Sekolah Bernama Kehidupan” as Want to Read:
Sekolah Bernama Kehidupan
Enlarge cover
Rate this book
Clear rating
Open Preview

Sekolah Bernama Kehidupan

by
4.14  ·  Rating details ·  44 ratings  ·  26 reviews
“Ram…”

Ramsa masih statik di tempat yang sama.

“Kenapa? Cepatlah datang sini. Kita cari di sini. Banyak besar-besar di kawasan ni…

“Tapi Ram, sekarang ni kau di bawah tandas orang…” Tuturku dengan nada datar.

Perlahan-lahan Ramsa mendongak ke atas dan kelihatan lubang tandas betul-betul berada di atas kepalanya. Saat itu, barulah dia nampak beberapa tompok najis yang sudah
...more
Paperback, 1st Edition, 338 pages
Published April 2016 by Rumah Lipur Lara
More Details... Edit Details

Friend Reviews

To see what your friends thought of this book, please sign up.

Reader Q&A

To ask other readers questions about Sekolah Bernama Kehidupan, please sign up.

Be the first to ask a question about Sekolah Bernama Kehidupan

This book is not yet featured on Listopia. Add this book to your favorite list »

Community Reviews

Showing 1-30
4.14  · 
Rating details
 ·  44 ratings  ·  26 reviews


More filters
 | 
Sort order
Nonieღserenity2bliss
May 11, 2016 rated it really liked it
Shelves: malay-novel
Terima kasih kepada Rumah Lipur Lara for this free copy, in exchange for an honest review.

Realiti: Semuanya tampak mudah pada usia kanak-kanak. Berbeza sungguh dengan alam dewasa di mana kita nampak masalah di setiap penjuru.

Realiti: Tidak susah untuk mengiburkan hati seorang kanak-kanak. Main lumpur, berlari-lari di tepi air sudah cukup untuk menyenangkan hati yang gundah. Berbeza sungguh dengan alam dewasa di mana kita sering rasa terbeban walhal dengan hal sekecil semut sekali pun.

Realiti:
...more
Naim AlKalantani
Apr 19, 2016 rated it it was amazing
Sebenarnya apabila membaca blurb buku ini saja aku rasa Asmar ingin menulis seperti Kunang Pesisir Morten, Raiha Bahaudin. Dan memang ada sedikit unsur/tema KPM itu di dalam SBK ini.

Rate 5 bintang bukanlah satu perkara yang mdah bagiku untuk diberi kepada sembarangan novel. Tetapi naskah ini amat menarik kerana unsur realismenya yang begitu mempersona.

Novel ini agak berbeza; kerana ini bukanlah satu novel yang wajib ada 3 unsur (permulaan, klimaks, peleraian). Tetapi novel kini merupakan konsep
...more
Hilmi Loma
May 15, 2017 rated it it was amazing
Pernah tak rasa ketenangan yang teramat sangat? Macam bila kau berendam dalam jacuzzi sambil kau berangan didakap oleh Aaron Aziz? Ataupun bila kau tidur yang terlalu sedap bertemankan selimut dan bantal busuk kegemaran dalam suasana dingin yang menyamankan? That's my point. Ketenangan.

Saya memang menaruh harapan tinggi kepada buku ini dan meletakkan sebagai antara yang terakhir perlu dibaca tahun ini kerana naluri kewanitaan (eh?) Ku ini kuat mengatakan yang it'll be worth it. Guess what? It is
...more
E. H. Nathasia
Nov 26, 2017 rated it really liked it
Saya sarankan semua rakyat Malaysia baca buku ini! Seperti yang digembar-gemburkan, sememangnya buku ini memberikan impak dan menyentuh hati. Asmar menulis dari sudut kaca seorang kanak-kanak lelaki, yang tinggal di kawasan setinggan di Sandakan. Buku ini mengisahkan tentang kehidupan Liu bersama dua orang rakan baik, kehidupan dengan keluarga, jiran dan masyarakat. Penulis menggunakan bahasa yang ringkas dan baik tatabahasanya, tanpa mengorbankan elemen asli komunikasi, budaya dan kehidupan mas ...more
Rehan Abd Jamil
Dec 24, 2017 rated it really liked it
Shelves: alternative
Best..tak sangka kehidupan sebilangan mereka di Sandakan begitu rupanya. Nilai persahabatan mereka sungguh berharga walaupun dari sudut pandangan kanak2 kecil. Tetapi ending so sad..mungkin ada sequel? thumbs up Asmar Shah!
Zawani
Oct 22, 2016 rated it it was amazing
Ok, pengakhirannya sedih sangat. Huarghhhh!! T_T

Suka dengan gaya penyampaian latar tempat yang sangat terperinci oleh penulis, membuatkan seolah-olah saya berada sendiri di tempat tersebut. Scene yang saya paling suka bilamana Liu, Ramsa dan Eisah berkelana ke Kota Kinabalu; keberanian tiga anak kecil mengembara sendiri tanpa pengawasan orang dewasa. Dan tidak disangka, itulah pengalaman manis terakhir yang mereka bertiga rakamkan bersama.

Konflik yang ditimbulkan dalam cerita ini juga berjaya d
...more
Inn Auni
Aug 06, 2017 rated it really liked it
Shelves: b-melayu
Tak suka. Tak suka. Tak suka.

1. Tak suka cerita melibatkan kanak-kanak yang ada unsur sedih. Kalau ada kemampuan, saya nak bina gingerbread house untuk mereka.

2. Tak suka sebab selalu saya beli Pek Gembira tapi sebelum raya terbeli Pek 6. Dan salah satu buku yang dipilih ialah buku ni sebab kulit depannya menarik.

3. Tak suka sebab buku dari laman sesawang tesebut menitikberatkan kulit depannya supaya menarik. Termasuklah buku ni. Tengok kulit depan pun dah sayu hati. Tu yang klik tu.

Buku ni kisa
...more
Noor
May 10, 2016 rated it it was amazing
Secara jujurnya saya sangat menyukai naskhah ini kerana ketulusan Asmar Shah bercerita tentang tiga kanak-kanak dan nasib mereka yang berbeza. Asmar telah berjaya mencuri hati saya dalam naskhah yang sangat hidup dan boleh mencelikkan mata saya bahawa begini rupanya kehidupan yang sebenarnya daripada perspektif kanak-kanak. Saya nampak Asmar yang jujur, saya nampak Asmar yang telus dan mata saya pun berkaca!:(
Lea Azleeya
May 23, 2017 rated it really liked it
Sekolah Bernama Kehidupan.. Permulaan bacaan aku rasa tak berapa menarik dengan ceritanya kerana berkisarkan kisah budak-budak kampung yang tiada arah tuju.. Tapi aku gagahkan jugak membacanya sebab dah belikan, rugi kalau tak habiskan... Semakin lama aku baca semakin menyentuh jiwa.. Aku dapat selami sebuah kehidupan yang mengajar anak-anak kecil yang tak tahu apa-apa tentang erti sebuah kehidupan walaupun tidak bersekolah sehinggakan ada part-part dalam buku ni membuatkan aku menitiskan air ma ...more
Diyanah
Sep 07, 2016 rated it really liked it
Shelves: diyanah, favourite
Rating 4.5

Saya ucapkan Tahniah!!! pada Penulis. Buku ini menyedarkan kita untuk lebih bersyukur atas nikmat yang kita perolehi masa ini. Jika kta merasa kita susah, ada orang lain lagi susah.

Cerita-ceritanya mungkin kita fikirkan agak keterlaluan(out of our reality) tapi saya percaya sebenarnya itulah realiti dan mungkin masih berlaku. Cumanya tidak berlaku di depan mata kita dan mengakulah yang kita tidak pernah berfikir tentang perkara-perkara yang diceritakan dalm buku ini.

Tahniah juga pada
...more
Ella
Oct 22, 2016 rated it really liked it
Finally, I managed to complete this novel. Bukan ceritanya membosankan tapi sebab saya suka baca novel in between other novel back to back dan ini adalah my second book from other genre selain romance. Gaya bahasa yg mudah nak faham dan tak kasar. Santai.

Novel ini buat saya mengimbas kembali ke zaman kanak2 riang..mindset tak terlalu berbeza walaupun keadaan living conditions tak sama. Di usia sebegitu saya rasa Liu ni agak matang. Walaupun tidak melalui pengalaman yg begitu daif, saya boleh fee
...more
Pak Badrul
Nov 18, 2018 rated it it was amazing
Tak pandai lah nak karang ayat sedap-sedap untuk ulas buku ni. Aku hanya berharap untuk melihat kisah ni dapat diangkat oleh seorang pengarah filem yang hebat ke layar perak pula. Huhuhu...
Regina Ibrahim
Jul 02, 2018 rated it liked it
SEKOLAH BERNAMA KEHIDUPAN

Cetakan 2016 terbitan Lipur Lara Enterprise menampilkan tulisan Asmar Shah (yang meninggalkan kita awal tahun 2018 ke dunia abadi) Pernah membaca karya aksi thirllernya yang bergabungan dengan2 penulis lain (karya tersebut tidak mendapat sambutan), saya juga membacanya separuh jalan. Penulisan Asmar menarik, saat dia kecewa dengan dunia menulis pernah saya nasihati untuk bersabar dan percaya pada bakatnya. Tulisan Asmar sebenarnya jelas dan menarik, dia mampu menggambark
...more
heril azwan
Oct 25, 2016 rated it it was amazing
speechless

permulaan cerita, aku sangkakan ia hanya sebuah memoir anak2 kecil ketika bersama-sama teman sebaya, mengharungi kehidupan yang serba kekurangan dan melihat sesuatu dari perspektif mereka sendiri, tanpa kenal erti permaslhan semasa. walaupun sukar, masih terselit kegembiraan yang telus.

diakui, permulaan cerita aku hanya ingin memberikan 4*, dek kerana pada beberapa bab permulaan,penceritaan agak mendatar, tidak cukup terkesan mungkin. namun, makin menyelusuri karya ini, makin dapat dir
...more
Projek Frekuensi
Sekolah Bernama Kehidupan merupakan novel Asmar Shah dengan @rumahlipurlara yang terkenal dengan karya realisme. Untuk pengetahuan anda, Asmar Shah sudahpun menerbitkan karyanya dalam 19 buku, termasuk SBK. (Dipetik dari Goodreads)

Saya pasti, kalian tertanya-tanya apakah "x-factor" novel SBK yang mendapatkannya rating yang cukup baik di Goodreads. Sekolah Bernama Kehidupan bukanlah novel tipikal yang mempunyai jalan cerita dengan permulaan, konflik, dan penutup yang jelas.

Membaca SBK seperti m
...more
Ummi Abibah
May 09, 2016 rated it really liked it
Shelves: gomeng
Sekolah Bernama Kehidupan.
Asmar Shah.
Publisher Lipur Lara
333 muka surat.

'Ketulusan itu tidak beraroma, tidak berwarna, tapi kau selalu tahu ia ada di mana'.

Kalau di beri peluang untuk memberikan tajuk bagi hasil penulisan penulis muda ni, dengan yakin aku ingin mencadangkan 'The Magic of childhood memories'. Ketulusan zaman kanak-kanak yg ghairah mandi air hujan, makan gula aising atas jambatan, mengutip lokan.

Asmar bijak mendedahkan realiti sebenar kehidupan sesetengah penduduk borneo dengan m
...more
Suhana
Feb 09, 2017 rated it it was amazing
Sekolah Bernama Kehidupan bukanlah seperti sebuah novel biasa yang ada carta tipikal untuk perjalanan sesebuah novel. Tapi Asmar seperti membawa pembacanya jalan menelusuri 'timeline' kehidupan rakyat yang tersisih. Di sinilah antara kelainan yang dibawakan oleh Asmar dalam novel ini. Sehingga saya merasa mahu masuk ke dalam waktu-waktu itu.

Ternyata tiga watak utama kanak-kanak itu sangat hidup! Tiga orang kanak-kanak yang tersisih; Liu dan Eisah tanpa dokumen pengenalan diri. Ramsa pula selalu
...more
Ikmal Ahmad
Sep 18, 2016 rated it it was amazing
rasa macam nak terjun dalam buku ni dan peluk mereka bertiga. terima kasih kepada penulis sebab bawa aku ke dunia yang sangat asing dengan diri aku, asing daripada apa yang aku lihat dan dengar, asing daripada imaginasi aku. entah berapa liter air mata aku tertetes sepanjang pembacaan tapi memang itu yang aku harapkan daripada SBK.

tidaklah aku menipu kalau aku katakan sebenarnya aku berharap untuk baca alternate ending (yang lebih indah), tapi penamat SBK ini sangat sempurna sehinggakan kalau wu
...more
Najmi Ayob
Feb 10, 2017 rated it really liked it
Shelves: malay-fiction
Ini buku pertama aku baca dari Asmar Shah. Pendek sahaja ulasanku.

Kalau bukan semua pun, pasti ada dua tiga babad kehidupan sekitar Liu yang bergema dalam memori kehidupan kita sendiri. Demikian hati kita cair membaca novel SBK ini.

Mengingatkan aku dalam kehodohan dunia, ada riang tawa. Dalam pertemuan, ada perpisahan. Setiap perjumpaan, ada ujian serta pengajaran.

Sekian,
Ir Hesnen iea Nashrain.
Mohd Asyraf Abdul Nasir
Apr 17, 2017 rated it really liked it
Shelves: rumah-lipur-lara
Sebuah buku yang underrated dari penerbit yang juga kurang dikenali. Seperti biasa aku suka buku yang senang dibaca dari satu bab ke bab yang lain. Sebuah cerita yang jujur, aku dapat merasai watak Liu walaupun pendakian jalan cerita ke klimaks agak perlahan. Keseluruhannya bagus.
Fierdauz Pakfir
May 16, 2016 rated it really liked it
Jujur..
Tu yg tlintas di kepala otak setelah hbis mbaca naskah nie..
Nie bukan ptama kali mbaca karya Asmar Shah..Tp SBK nie,mmg tulus dan mnarik phatian aku unt aku menghbiskan dgn kadar sgera..Xsabar nk tahu next..next dan next..Maybe karya yg berunsurkan realisma ialah kkuatan Asmar Shah..
SBK mceritakn kisah 3 shabat Ramsa, Lui dan Eisah di kwsan pkmpungan stinggan Sandakan..
Baru ku tahu mcm nie khidupan di kwsan stinggan...(xtahu masih ada lg x pkmpungan mcm nie)...
Karya Asmar Shah kali nie le
...more
Puteri
Sep 22, 2017 rated it it was amazing
Seperti namanya, tiada plot awal hingga akhir. Semuanya adalah sesi persekolahan selagi mana ada kehidupan. Latar yang sangat menarik dan 'rare'
Alyaa Huzili
May 03, 2017 rated it really liked it
Buku yang ringan tapi sangat membuka mata. Penceritaan yang bersahaja umpama kita berada di hadapan Liu mendengar dia bercerita tentang diari dia.

"Life is the best teacher"—mungkin ini yang penulis nak terapkan dalam buku beliau. tapi tak disangkal. Itulah guru terbaik. Kehidupan ini adalah satu sekolah. Yang mana kita jatuh, bangun, kita gagal dan kita bangkit. Sebab di sekolah itu kita cuma nak satu, nak belajar. nak berjaya.

Aku tak tahu ini buku fiksyen atau buku yang digarap daripada pengala
...more
Najah Mustapa
Apr 29, 2017 rated it really liked it
Shelves: malay-lain
"Kalau berkawan, jangan terlalu berharap pada hubungan itu. Bila-bila masa juga, mereka boleh pergi dan hilang dari mata."

Sebuah buku yang mengisahkan pasang surut dari sebuah sekolah bernama kehidupan. Buku yang penulisannya seakan hidup dan realiti. Kehidupan disudut yang lain dari kehidupan kebiasaan kita

Aku suka buku ini dan kisahnya. Penceritaan yang tenang dengan permainan dugaan emosi yang mengasyikkan. Buat kau ingin tahu kisah selanjutnya setelah kau mula membaca

Buku yang turut menyelit
...more
IzkanDar
Oct 02, 2017 rated it really liked it
ceritanya sedih, akhirannya tidak gembira. tetapi ianya menjadikan ku manusia.
kita ada hidup untuk kita jalani. kita ada jalan yang kita tak pasti.
tetapi kita perlu terus jalan dan menghadapinya.
ini buku yang menyentuh sanubari.
Aron
Oct 20, 2017 rated it liked it
ending sedikit rush bg saya...sperti mmbuat krangan masa peperiksaan sekolah, masa smakin suntuk dan kita antam sja untuk mnutup crta. trlalu byk persoalan seperti apa sbnarnya chaya kuning trsebut dan knapa Liu sorg sja dlm kluarganya yg xpunya dokumen (atau mgkin sy trskip part/trlupa part trsbut). apa2pun satu crta yang snang dfaham dan mampu buat aku tersenyum ketawa mmbaca gelagat mereka bertiga.
Safiah Asraruddin
rated it really liked it
May 12, 2016
Anis Suhaila
rated it really liked it
Apr 19, 2016
Ezzatil
rated it really liked it
Mar 13, 2018
Saiful Anuar
rated it it was amazing
Aug 18, 2016
« previous 1 next »
There are no discussion topics on this book yet. Be the first to start one »
100 followers
Hanya insan biasa. Masih merangkak di dalam dunia penulisan. Menulis hanya untuk mengisi masa terluang.

Katanya kalau terbaca karyanya, harap jangan ada yang serik kerana karya yang terhasil itu adalah dari budak hingusan yang baru bertatih menulis. Hanya sekadar penulis picisan. Harap ada yang tidak menyampah dengan penulisan yang terhasil dari jari-jemarinya.

Kini masih terus menjadi pembaca tega
...more