1) PRANK
ZAIFUZAMAN AHMAD
cerita ni mula dengan gear satu.... dua..... tiga..... eh?.. eh?... reverse..... reverse..... reverse..... tiga... empat.... dah?... hehe... biasalah, bila otai seperti tuan Zaifuzaman Ahmad menulis, ceritanya akan seperti tuannya juga, relax... santai.. jangan kalut.... walaupun cerita seram, macam tuannya jugak kot.. hehe.. grin emoticon sori, jangan marah ya... susunannya memang nampak simple saja tapi satu persatu persoalan terjawab. tak berbelit, tak pening nak fikir, baca jer sampai habis... haa... main-main lagi.. tengok apa yang jumpa, apa yang jadi......
prank, joe seorang penulis blog cerita seram. sheila, salah seorang pembaca diblognya seringkali memberi komen yang agak panas seperti ceritanya merepek, mengarut dan tak masuk dek akal, joe rasa panas hati dan mencabar sheila untuk bermalam di sebuah hospital lama. joe meminta bantuan sahabatnya sam dan zack untuk memerangkap gadis tersebut tetapi akhirnya dia sendiri terperangkap. dua lagi sahabat joe iaitu izhan dan roy mencari joe di hospital lama tersebut dan bertemu joe yang meracau-racau dan dalam ketakutan yang amat sangat.. apa sebenarnya berlaku?...siapa yang di'prank' sebenarnya?
2) BOURRE 3014
HASRUDI JAWAWI
walaupun tuan penulis nyatakan ideanya spontan dan tidak di inspirasikan dari mana-mana karya tapi rasa seperti ada terbaca atau terlihat di mana-mana.. tapi, tak mengapa sebab cerita ni memang menarik. terasa keseramannya walaupun mungkin tidak keseluruhan.. weihhhh.... berdebar-debar jugakla di sesetengah bahagian. bunyi cicak kat siling pun buat makk terkejut naakkkk.... kihkih.... olahannya cantik, tak tersekat-sekat penceritaannya. membawa pembaca bersama-sama merasakan perasaan bersalah watak utamanya... haa... yang dok bercinta tu, janganla nak sorok-sorok... bahaya ooiii.... tahniah dik Hasrudi Jawawi, banyak kali akak terkejut terus lepuk anak akak.. hadoi!.. cuma satu jerla, cincin tu walaupun sama tapi perkaitannya tak berapa kuatlah dik. macam takde fungsi sangat...
izara bercinta dalam diam dengan datuk syahreen walaupun mengetahui yang datuk itu sudah beristeri, dan dia sendiri punya teman lelaki. malangnya datuk syahreen maut dalam satu kemalangan. kebetulan izara ditugaskan menjaga datin fathia yang koma. datin fathia adalah isteri pada datuk syahreen. sejak itu dia sering diganggu. apakah kerana kesalahan yang dilakukan menyebabkan dia sering terganggu?...
3) HOSPITAL MELORSARI
JULIE JASMIN
hmm.... awal-awal cik puan penulis ni buat akak berhenti menyuap. kensel nak makan.. pengajaran pertama, jangan membaca buku seram sambil makan. hehe... bagus... bagus... membantu mengawal pengambilan kuantiti makanan.. sepuluh cerita macam ni mau turun 10kg sebab loya nak makan.. dik penulis, permulaan dah cantik, pergerakan cerita pun ok walaupun ada tersekat-sekat sana sini tapi masih boleh diterima dan dihadam dengan baik... makhluk entiti memang boleh dibayangkan kengeriannya. idea memang dah ada dalam kelas tersendiri, cumanya watak utama tu tak dikembangkan dengan jelas... kelebihan sebagai gadis bulan purnama cuma setakat itu. walaupun mungkin kekangan muka surat jadi penyebab utama tapi rasanya ada bahagian yang tak perlu dimasukkan.. pendapat akak jer ya... dan... haa... yang ni memang frust.endingnya tu memang frust sangat.. itu jer ke?.. adoi... sentap akak dik penulis.... sentap sangat sebab endingnya pun sentap macam tu jer.. la?.. abis dah?.. haa... terkontang-kanting perasaan akak tergantung sebab tiba-tiba, tamat???? errrkkkk... anyway, tahniah untuk cerita ini ya..
kisah apa?.. zawin, gadis bulan purnama sering diekori oleh makhluk berkelubung hitam.. dia seorang pelukis dan dalam masa yang sama bekerja di sebuah restoran.. bertemu dengan ikram, seorang pemuda yang hijabnya terbuka.. suatu hari teman sekerja zawin iaitu julia sakit dan dibawa ke hospital melorsari. di situlah, satu demi satu kejadian pelik berlaku. siapakah doktor rizki? apakah yang ikram temui di hospital itu? zawin pula, apakah yang menyebabkan doktor rizki tertarik dengannya?... sila beli buku ni beb kalau nak tahu kisahnya...
4)BILIK 13
EBRIZA AMINNUDIN
buat siapa yang ikut karya cik penulis cantik ni, mesti biasa dengan gaya olahan ceritanya.. satu, paling utama ialah nama-nama watak memang cantik-cantik seperti tuan punya cerita jugak.. kedua, watak itu bercerita sendiri.. tiada naratif yang panjang lebar nak ceritakan apa yang jadi, apa yang berlaku... mungkin ada yang tak selesa, tapi i suka jer.. hehe... yang ketiga, keyakinan cik penulis biasanya boleh nampak dalam watak utamanya. peduli apa dengan orang lain kan kak Ebriza Aminnudin Novelis.. saya dah buat yang terbaik.. and this is the result.. haa... korang jangan main-main dengan penulis macam ni.. dia boleh buat apa saja kisah kalau dicabar.... hehe... tak caya??... idea cerita yang menarik, olahan pun baik, mungkin ada sedikit terkucil sana sini, tapi pengakhiran pembaca akan jumpa semua persoalan yang ditimbulkan..
addin adilla baru ditugaskan di hospital cempaka suri. banyak perkara pelik yang dia terpaksa tempuh sebagai jururawat baru di hospital tersebut. terutama bilik 13. orang di bilik 13 adilla dapati cukup berbeza tingkah laku.. dia juga banyak kali diingatkan oleh teman sekerja supaya tidak naik ke tingkat tersebut termasuklah ketua jururawatnya sendiri sehingga menyebabkan dia terpaksa bertugas di waktu malam selama sebulan sebagai denda kerana ingkar arahan. ketua jururawat di bilik 13 juga memberi amaran supaya dia tidak naik dan muncul di situ. apakah yang adilla temui dek kerana kedegilannya?..