Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kelibat Setan

Rate this book
NOVELLA KELIBAT
Bagi Yudha, udara nyaman di pergunungan ini amat sesuai untuk kesihatan paru-parunya. Cuma apabila malam menjelang, rasa seram mula meresap.

Untuk Elisa, setahun yang alu, kakak yang sangat disayanginya menghilang tanpa kabar. Satu-satunya petunjuk yang ada hanyalah lokasi terakhirnya; senuah telaga - tempat Elisa mencarinya sekarang.

Dan Dewa pula, setelah kecelakaan itu, dia merasakan yang dirinya terikat pada Elisa. Dan ada bisikan-bisikan jahat. Bisikan yang mencurigakan.

Mereka bertiga bertemu di Vila Andaru. Tempat yang membawa mereka kepada sebuah petaka.

NOVELLA SETAN
"Jika lima orang membentuk lingkaran, menyalakan lilin, dan bercerita kisah seram, yang keenam akan datang. Dia yang tidak diundang. Dia yang bukan manusia. Dia yang mendatangkan bencana bagi lima pencerita lainnya - "

Bagi Rane, Devina, Rhodeo, Nanda, dan Abhirama semua itu hanyalah cakap kosong. Lima bersahabat sahabat itu menganggap ia hanyalah permainan untuk menakutkan budak-budak, mengisi waktu luang, atau menghilangkan rasa bosan. Namun, kini Rane tidak begitu pasti akan tanggapan itu. Apabila satu per satu cerita seram mereka menjelma nyata, dan nyawa menjadi taruhan.

286 pages, Paperback

First published February 1, 2016

Loading interface...
Loading interface...

About the author

Yoana Dianika

26 books166 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
11 (40%)
4 stars
11 (40%)
3 stars
5 (18%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 7 of 7 reviews
Profile Image for Anis Suhaila.
138 reviews12 followers
September 27, 2017
Aku tak tahu lah kenapa aku gila sangat baca buku pagi2 buta macam ni. Berhentilah mengagungkan Creepyposta atau Tunku Halim's Horror Stories. Kelibat Setan ni lebih menyeramkan. Walaupun ending cerita tidak original, tetapi still really entertaining.
Profile Image for heril azwan.
524 reviews53 followers
March 24, 2016
saya paus hati dengan naskhah ini.

benar, lejen makin matang dalam menerbitkan karya2nya.

Tahniah!

1. 7 hari di villa syaitan
4.5*
permulaan cerita, agak biasa bagi saya dengan element2 seram + ngeri (mungkin sebab terlalu banyak nonton filem seram indonesia+thai..), namun makin lama pembacaan makin memberangsangkan, makin menyeramkan.
pembahagian bab2 setiap hari memudahkan pembaca memahami plot cerita & melancarkan pembacaan tanpa ada kekeliruan. unsur2 sejarah yang diselitkan menambahkan lagi rencah cerita ini. cara penulis mengambarkan kecantikkan villa itu begitu memikat & bersahaja, memang terbayang2 nak pergi melawat satu hari nanti!

2. Permainan Setan
5*
saya sangat terkesan dengan naskhah ini!
elemen seram menjadi, watak2 nya hidup & olahan penulis memang lancar!
mengenai permainan setan yang dipanggil sadapti, yang membawa kepada kematian 5 sahabat yang telah melanggar peraturan permainan itu.
boleh dikatakan 5 cerita seram dikumpukan dalam naskhah ini, namun penulis mengolahnya sebaik mungkin dan begitu menyeramkan!

jarang saya berpuas hati dengan naskhah seram lantaran element seramnya acapkali lebih kurang sama, tapi saya suka dengan naskhah ini. begitu berbekas & terkesan!

tahniah penulis!
Profile Image for Sha Mohamed.
1,986 reviews1 follower
January 15, 2019
Novel dari penulis Indonesia ini mengandungi dua cerita bertajuk Kelibat dan Setan.. Kelibat mengisahkan kehilangan kakak Elisa dan Elisa berusaha mencari kakaknya.. Kejadian kehilangan itu berlaku di Vila Andaru.. Vila ini juga menemukan Elisa dengan Yudha.. Pertemuan mereka membongkar rahsia pembunuhan dan juga ada plot twist di hujung cerita.. Setan pula mengenai 5 orang sahabat yang bermainan permainan maut di sebuah rumah lama selepas mendengar siaran radio yang misteri.. Malangnya permainan yang sepatutnya dimainkan 5 orang menjadi 6 orang dan seorang demi seorang mula mati terbunuh.. Penamatnya juga ada plot twist yang menarik..
Profile Image for H S. A.
115 reviews1 follower
March 6, 2021
5/2021📚
Kelibat Setan tulisan Yoana Dianika

Novella Kelibat
Yudha, anak muda yang bercuti ke sebuah rumah rehat di pergunungan demi untuk berehat dan memulihkan kondisi paru-paru beliau. Rumah agam tempat percutiannya kelihatan damai sekali di waktu siangnya..namun pabila malam menjengah, kelibat pun mula menampakkan sosok nya..kelibat siapakah itu?

Elisa dan Dewa, bercuti di sebuah rumah tumpangan yang terletak bersebelah dengan rumah agam yang bernama Vila Andaru. Kehadiran mereka ke sana adalah untuk cuba merungkai misteri yang terjadi ke atas kakak Elisa setahun nan lalu. Di rumah tumpangan inilah mereka bertiga bertemu dan tanpa mereka ketahui, pertemuan itu bakal menjadi titik tolak lanjutan kisah dan terungkainya misteri setahun nan lalu..


Novella Setan
Lima sahabat baik, Rane, Devina, Rhodeo, Abhirama dan Nanda, terjebak bermain permainan angker ‘Sadapti’

“Jika lima orang membentuk lingkaran, menyalakan lilin, dan bercerita kisah seram, yang keenam akan datang. Dia yang tak diundang. Dia yang bukan manusia. Dia yang mendatangkan bencana bagi lima pencerita lainnya—“

Pada hemat mereka, itu kan cuma permainan? Namun..apakah permainan itu sebenarnya sedang mencari korban sebenar?

Sangat menarik jalan cerita kedua-duanya; ya itu bagi saya. Penilaian peribadi: 4⭐️/5⭐️
Profile Image for defn0tmn.
166 reviews
September 30, 2021
Saya sebagai pembaca dari negara jiran, Malaysia approve novel ini sebagai novel seram terbaik! Penggunaan bahasa yang mudah dibaca dan dengan adanya kata kunci bagi setiap perkataan baru amat membantu pembaca terutamanya pembaca bukan dari Indonesia. Kulit buku yang menarik membuatkan saya tertarik untuk membaca buku ini.

Dalam buku ini ada dua cerita. Dan kedua-dua cerita saya suka.
Untuk cerita yang pertama, ending dia wow mindblown gitu. Saya pun tak expect ending dia and saya beri 5/5 untuk cerita tersebut. Saya dapat membayangkan scene seram eee weh tapi best pergilah baca!
Untuk cerita kedua, still seram. Cuma ending dia, I was expecting more. I was wondering apa yang jadi jadi dekat Devina memandangkan dia koma selepas jatuh tangga. Also- Kensara. Mungkin saya yang tak faham ending dia, tapi saya serious tak faham motif dia nak kacau Rane dengan adanya hubungkait bersama kembar Rane, R. Saya bagi 4.5/5.
Hmmm mungkin saya kena baca balik. Btw really recommend this book for everyone! SERONOKKKKK !!!!
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Asmar Shah.
Author 20 books127 followers
April 16, 2016
3.8* untuk naskah ini.

Kaver lawa!

Lebih suka pada kisah novela pertama. Twist di belakang cerita, agak boleh tahan. Rupanya Yudha dan Dewa adalah watak yang kita tidak jangkakan yang mereka sebenarnya dijadikan sebegitu oleh penulis. Aku suka! Sebab kenapa Yudha boleh diganggu oleh makhluk halus dan mengapa Dewa punyai kekuatan untuk menghalau hantu-hantu yang mengganggu Elisa, semuanya punyai sebab. Pertanyaan dan misteri, dirungkaikan dengan baik. Tahniah penulis.

Namun untuk novela yang kedua, menjatuhkan keterujaan yang ada pada diri walaupun keseramannya tetap terasa. Aku sudah terlalu bosan dengan cerita seram yang melibatkan sekumpulan sahabat/remaja. Sudah kerap kali tema sebegini digunakan di dalam cerita-cerita seram sama ada di dalam buku mahupun di dalam movie (Malaysia atau pun Indonesia). Malahan, tiada 'sesuatu' yang mampu mengujakan aku yang boleh temui di dalam cerita yang kedua ini. Penceritaannya tampak linear sahaja. Aku sangat mengharapkan agar ada seorang-dua watak yang mampu berjuang untuk meneruskan hidup dan menutup/melumpuhkan permainan syaitan itu (Sadapti). Nyata aku hampa. Maaf. Hanya perihal mengenai Sadapti itu yang aku ingin tahu walaupun diceritakan hanya sedikit.

Tapi keseluruhan naskah ini, tetap tidak menghampakan. Masih enak untuk dihadam.

Apa-apa pun kalian cubalah. Jika anda peminta genre seram, bacalah naskah ini. Ianya boleh tahan. Tak rugi kalau cuba. *Angkat kening banyak kali*

Peace!

Displaying 1 - 7 of 7 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.