Renung diri, tingkatkan prestasi. Insya-Allah Syurga itu Pasti!
Buku ini merupakan himpunan kata-kata, cerita, kisah dan rangkaian doa-doa amalan yang sesuai dijadikan bahan bacaan santai dan makan dalam bagi mereka yang mencari pedoman dan panduan untuk mengejar Syurga Allah. Ia akan membawa anda mengembara dari pelbagai sisi baik dan buruk, cinta Allah dan rasul, pasangan hidup dan pelbagai lagi rencah kehidupana hingga kepada pengakhiran kita iaitu kematian.
Pesanan dan nasihat dari seorang pendakwah, ataupun individu yg lebih berpengalaman makan asam garam kehidupan untuk ummah yang dikasihinya. Saya suka tengok ceramah dari Ustaz Dusuki kerana isinya tepat menusuk hati. Tidak banyak bergurau yang merepek dan hanya bercakap poin penting. Buku ni himpunan nasihat, kerana manusia itu memang sifatnya lupa, dan perlu diberi peringatan selalu. Saya sangat tersentuh dan mengalirkan air mata di muka surat akhir ada beberapa helaian doa yang Ustaz bacakan. MasyaAllah hebat doa org soleh, kita semua pun perlu belajar doa dengan sebaik mungkin insyaAllah.
Walaupun buku ini tidak tebal, tetapi ia padat dengan kata-kata hikmah yang mengajak ke arah kebaikan dan ketaatan kepada Allah. Bahasa dan tatabahasa yg digunakan baik dan mudah difahami. Setiap topiknya ringkas serta mudah dihadam, dengan layout yang menarik. Sesuai untuk dibaca oleh semua golongan baik yang muda atau tua.
2 kali baca buku UAD.. 2 kali tu juga la menangis. Buku UAD betul² menjentik hati ini. Banyak pengajaran dan tips² untuk merubah diri kepada yg lebih baik InsyaAllah
Sebuah buku yang tidak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis tetapi sarat dengan kata-kata nasihat dan peringatan. Ustaz menggunakan bahasa yang mudah difahami bagi semua pembaca.
Buku yang ringkas,menarik, berwarna-warni. Isi-isinya lebih kepada untaian kata-kata hikmah diselang-seli maksud al-quran dan hadith. Peringatan tantang bekalan menuju alam abadi. Ada juga cerita-cerita pendek yang menusuk hati. Cerita tentang Atiqah yang suaminya mati syahid, juga tentang pemuda yang mencintai Rasulullah, yang menuntun hati bila membacanya. Penutupnya ada doa panjang, memohon keampunan di sini dan juga di sana.
I bought this book in 2021. I started reading it bit by bit and not really focussing on it, until today, I finished it within a couple of hours. Reading a spiritual book needs 1000% focus because if not, you won't get any benefit from it.
This book opened my eyes about being a Muslim. Well, we need constant reminder everytime. If not, we'll stray away from the religion.
The part I love the most from this book is the du'a. I sobbed while making the du'a.