Jump to ratings and reviews
Rate this book

Yang Tercinta

Rate this book
Yang Tercinta menghimpunkan 20 buah cerpen Zainal Rashid Ahmad. Ia melestarikan kenangan zaman kanak-kanak di kampung yang indah, disetentangkan dengan histriografi dan simbolisme. Kemiskinan dilihat sebagai pelangi yang mencoretkan warna-warna kehidupan, sekaligus memberikan warna kepada sebuah optimisme. Kod-kod budaya, simbolisme, dan fenomena sosial mengalir dalam kekayaan tradisi Melayu. Yang Tercinta bukan sekadar memasuki etnografi Melayu yang kaya dengan tradisi tetapi juga lapisan-lapisan pemikiran, alamiah dan kerohanian yang menciptakan dunia sastera cukup indah.

250 pages, Paperback

First published January 1, 2012

Loading...
Loading...

About the author

Zainal Rashid Ahmad

44 books108 followers
Zainal Rashid Ahmad (ZRA) mencipta nama pada tahun 1990-an dengan cerpen-cerpen bernuansa eksperimental yang menjurus kepada menggabungkan sastera Melayu moden dan sastera Melayu lama. Zainal memenangi deretan anugerah sastera terutamanya Hadiah Sastera Utusan, Hadiah Sastera Perdana, Hadiah Sastera Islam dan pelbagai anugerah peringkat kebangsaan. Sehingga kini Zainal telah menghasilkan dua buah kumpulan cerpen iaitu Alkisah (2012) dan Yang Tercinta (2012). Zainal mempunyai pengalaman luas sebagai wartawan; pernah bertugas di Utusan Melayu, Astro, NTV7 dan TV3. Zainal turut menerima Anugerah Seri Angkasa 2004, Anugerah Media Pertahanan 2009, Anugerah Dokumentari Terbaik 2010 dan pelbagai anugerah PPFM sebagai Pengarah dan Penulis Skrip Terbaik. Kini Zainal merupakan Pengurus Besar, Jabatan Penerbitan sosial, Politik & Ekonomi TV Al-Hijrah. (2014)

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
1 (9%)
4 stars
5 (45%)
3 stars
4 (36%)
2 stars
0 (0%)
1 star
1 (9%)
Displaying 1 - 3 of 3 reviews
Profile Image for Khairunnisaq.
Author 2 books5 followers
February 8, 2023
Dah lama baca, baru sempat nak reviu. Saya suka dengan gaya penulisan ZRA separuh pertama buku ini. Konsep yang diketengahkan buat kita rasa damai, sebab penulis pandai tangkap unsur-unsur alam. Cerpen-cerpen di dalam ini sememangnya menjadi rujukan saya ketika membaca. Walau bagaimanapun, di beberapa cerpen yang akhir, konsep penulisannya mula berubah ke arah 'magical realism', yang itu pun masih okey sebab unsur perlambangannya jelas. Tapi... ada satu cerpen yang saya tak boleh baca sampai habis, tak kira berapa banyak kali pun saya baca buku ini. Tujuh Samseng Melayu. Terlalu 'vulgar' dan 18+. Bahaya jika jatuh ke tangan mereka yang bawah umur (yang atas umur pun sama kut, sebab berdoooosssaaaa). Akhir kata, kalau nak baca sila 'skip' beberapa bahagian yang berbahaya itu. Sebab tu 3 star saja walaupun yang awal-awal semua power gila!
Profile Image for Amiruddin MR.
70 reviews7 followers
February 3, 2017
Buku pertama Zainal Rashid Ahmad yang dikatakan antara pelopor aliran Realisme Baru yang dibaca.
Displaying 1 - 3 of 3 reviews