Jump to ratings and reviews
Rate this book

Cinta Batu Giling

Rate this book
PERKENALAN antara Hanim dan Aldir bermula di Facebook. Namun, setelah bertemu dua muka, mereka berdua sering bertelingkah. Malah, Aldir sering buat hati Hanim tergores luka. Aldir punya alasan tersendiri menyisihkan Hanim. Berasa diri tertipu, akhirnya Aldir terpikat pada kejelitaan Hana yang jauh beza berbanding Hanim. Hubungan makin sukar apabila Aldir jatuh hati pada kakak Hanim. Dalam masa yang sama, Aldir memaksa Hanim bekerja di Restoran Siang Malam miliknya, demi melunaskan hutang. Hati Hanim sentiasa disakiti dan terluka. Cuma saat manis itu tetap ada walaupun pahit sering menimpa hubungan Hanim dan Aldir. Saat batu giling menari, ketika itu sebenarnya irama cinta mereka sedang menari bersama.

"Ada ke patut, hari-hari disuruhnya Nim menggiling cili dan rempah-ratus tak sudah-sudah, mak. Katanya, secret recipe untuk restorannya." - Hanim

"Habis, kerja high class macam mana yang you mahu? Jadi tauke restoran macam I? Tunggu I nikah dengan kakak you dulu." - Aldir

"Tak apalah, kalau bahan tu memang keperluan utama restoran dia. Dia menghargai warisan keturunannya. Kau ada? Mak ni hari-hari buat kuih macam-macam, ada kau dua beradik bercita-cita macam Aldir tu nak kembangkan perniagaan mak? Ada?" - Puan Maimun

608 pages, Paperback

First published January 1, 2016

1 person is currently reading
6 people want to read

About the author

Ainon Zaini Zakaria

2 books2 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
0 (0%)
4 stars
1 (16%)
3 stars
5 (83%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 5 of 5 reviews
Profile Image for Inn Auni.
1,092 reviews23 followers
Read
November 16, 2017
Hanim dan Aldir berkenalan di Fb. Ayat cinta antara mereka berlanjutan sehinggalah mereka bertemu. Aldir kemudiannya main tarik tali dengan Hanim. Cinta Hanim yang mula berputik untuk Aldir sepertinya tiada penghujung. Dia tidak mengerti kenapa Aldir begitu sehinggalah kenyataan terbentang di hadapan mata. Aldir mahukan yang tinggi ramping bersaiz M seperti Hana, kakak Hanim dan bukan yang bersaiz XL seperti Hanim.

1. Hanim ni awal 20-an dan juga cikgu tadika. Tapi dek kerana marahkan Aldir, kemarahan tu tempias ke orang lain. Malahan Fakrul, anak didiknya juga terkena sikit. Sikit je la. Tapi serius saya tak suka. Tak profesional kot.

2. Dah si Aldir kata macam-macam, Hanim tetap juga cuba meraih cinta. Menjatuhkan martabat sungguh la. Cari je la orang lain. Haish.

3. Aldir ni pun satu hal. Dah suka kat Hana, dipergunakan si Hanim untuk rapat dengan Hana. Manalah budak tu tak serabut.

4. Maka muncullah babak Oh My Venus di mana Hanim nekad untuk dapat saiz M. Dalam Oh My Venus tu lain. Heroin tak baik balik dengan ex dia. Malahan bertemu lelaki yang suka dia sebab dia dan bukan saiz.

Isu saiz ni dah banyak digunapakai. Tapi tak berapa menjadi untuk yang ni. Hanim desperado sangat. Malahan Aldir yang alim tu boleh pula kutuk orang macam tu.

Novel setebal 608 halaman ni terpaksa saya letak tepi dalam kelompok DNF.
Profile Image for Hamidah Effendi.
379 reviews3 followers
April 8, 2025
[REVIEW BUKU] Cinta Lelaki Desperado Nak Kahwin 😅 kalau aku bagi tajuklah🤣🤣 nasib baik dapat mak ayah tak kisah...fiksyen betul..

Alhamdulillah, selesai baca buku ni!

Cerita pasal lelaki yang clueless tahap dewa—tak sedar pun dia sebenarnya sayang dekat Hanim. Hari-hari gaduh, tapi tangan ringan bagi macam-macam. Orang sekeliling dah lama nampak, tapi dia pulak terpilih jodoh ikut mata, bukan hati. Hati nak Hanim, tapi mata tertarik pada Hana, kakak Hanim yang kurus dan cantik.

Kalau ini berlaku dalam dunia realiti, serius Hanim... move on lah. Aldir tu baru nak buka mata lepas kena reject. Bukan cinta sejati tu, itu cinta rebound.

Tapi yang buat aku tersangkut—masakan Hanim! Ikan pekasam, tempoyak... aduh, terus lapar waktu baca.

Rating?
Aku bagi 3/5 bintang. Cerita okey, tapi gaduh non-stop dua orang ni buat aku penat!

#BookReview #UlasanBuku #CintaBatuGILING #BukuMalaysia #KakiBuku #IGReview #BukuSantai
Profile Image for Suzyanna yap.
118 reviews9 followers
April 4, 2019

Kerana pernah kecewa iaiu bercinta dengan wanita yang berstatus isteri orang Aldir jadi sangat pemilih untuk mencari teman Hidupnya...Hanim pula wanita yang dikenali di Facebook namun semua jadi indah khabar dari rupa..

Hanim bukan seperti dia harapkan...benarlah kata orang lelaki ni hanya nak pandnag yang cantik molek jer...yang montel terus kena reject...itulah yang teradi dalam perhubungan hanim dan Aldir.tambahan pula cinta aldir beralih arah kepada kakak hanim iaitu hana

bayangkan remuknya hati Hanim ..makan hati bila cinta yang diimpi tak seperti yang diharapkan..bukan setakat cinta beralih arah..siap kata romantis bertukar menjadi kata hinaan...ditambah pula apabila Hanim terpaksa bekerja di restoran Aldir kerana hutang...makinlah sakit hati hanim...

**memang sakit hati betul dengan Aldir ni geram eh...x suka tapi asyik mau mencari hanim...
31 reviews
January 24, 2025
Platform sosial media Facebook menjadi perantara bagi perkenalan Hanim dan Aldir. Dari hari ke hari perkenalan biasa dengan rentak ayat sekadar “kawan” bertukar rentak dengan ayat “cinta” yang berbunga-bunga. Ini berlanjutan sehinggalah akhirnya Hanim dan Aldir membuat keputusan untuk berjumpa. Perasaan yang mula berputik di hati keduanya terutamanya Hanim tidak seindah seperti disangka, mereka sering bertelagah pendapat bila berjumpa.

Hanim menjadi keliru tentang perasaanya terhadap Aldir sehinggalah dia mendapat tahu yang dia bukanlah pilihan hati Aldir; kriteria gadis idaman Aldir tiada pada diri Hanim. Aldir idamkan gadis yang tinggi ramping bersaiz M seperti Hana, kakak Hanim dan bukan yang bersaiz XL seperti Hanim. Aldir mempergunakan Hanim untuk merapati Hana, kakak Hanim.
Profile Image for シティ.
264 reviews
Read
December 25, 2018
Bacaan santai di PNM e-Reader.
Borrow from Perpustakaan Negara Malaysia Digital Library

Dialog/nukilan yang menarik...
Displaying 1 - 5 of 5 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.