Jump to ratings and reviews
Rate this book
Rate this book
Dua cerpan (cerita panjang) dalam satu buku! "Cikgu Asyraf" oleh Dayang Noor dan "Lelaki Sesuatu Itu" oleh Shaz Johar.
Cetakan terhad: 3,000 unit sempena Big Bad Wolf Sale Disember 2015.

200 pages, Paperback

Published December 5, 2015

1 person is currently reading
20 people want to read

About the author

Dayang Noor

17 books74 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
18 (23%)
4 stars
34 (44%)
3 stars
20 (25%)
2 stars
5 (6%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 17 of 17 reviews
Profile Image for Bloodycat.
19 reviews3 followers
December 16, 2015
Dalam buku ni ada dua cerita panjang atau cerpan. Tapi satu cerita je yang aku suka iaitu Cikgu Asyraf oleh Dayang Noor. Cerita ni bagi aku cukup ringkas tapi berjaya menarik minat aku untuk terus membaca dengan beberapa rahsia yang dia siratkan dalam setiap bab. Aku suka macam mana penulis letakkan beberapa perincian kecil yang bagi klu apa akan jadi di penamatnya dan kalau pembaca betul-betul fokus dan ingat apa yang dia baca, waktu pendedahan di penamat cerita itu pembaca akan kata “Oh, dah agak dah!” walaupun sebenarnya dah nak dekat habis baru tahu perkara sebenar. Haha.

Manakala Lelaki Sesuatu Itu oleh Shaz Johar pula agak membosankan bagi aku. Terlalu banyak sangat syarahan dan rungutan tentang manusia itulah, manusia inilah. Entahlah. Bagi aku boleh je nak bersyarah dalam cerita tanpa jadikannya terlalu jelas. Dan bila dialog “Inilah manusia” atau “Itulah manusia” kerap diulang-ulang, aku pun jadi bosan.
Profile Image for Zaleha Ismail.
7 reviews2 followers
December 9, 2015
Sangat berpuas hati. Saya suka kedua-dua cerita panjang tersebut. Cikgu Asyraf mengisahkan seorang guru yang baru berpindah ke Kampung Teluk Mengkuang dengan isteri yang sakit akibat keguguran. Cikgu Asyraf dapat menyesuaikan diri pada permulaannya, kemudian segala-galanya berubah.... tak sangka... baca sendiri la kalau nak tahu. Kisah Lelaki Sesuatu Itu pula menceritakan sepasang suami isteri yg baru berkahwin dan mereka berbulan madu di Amerika Syarikat. Syamil nak sangat pergi roswell, kerana jeremy pernah kesana. Siapaka jeremy kepada Syamil. Apakah kisah disebalik perkahwinan Syamil dan murni. Tak sabar nak habiskan baca cerita ni. Tak sampai 1 hari pun baca.
Profile Image for Naim al-Kalantani.
283 reviews17 followers
Read
January 1, 2016
Kedua-dua cerpan ini menarik! Jujurnya aku tidak boleh judge tulisan seorang Shaz Johar dan seorang Dayang Noor based on Dua ini. Sebab aku tak pernah pun baca karya mereka walaupun sebuah. Tetapi Dua ini memang best. Yang menjadi masalah ialah Shaz Johar tidak menyelesaikan 'masalah' dalam cerpannya ini. Sebagai penulis, mesti menepati hak-hak pembaca, iaitu menghabiskan cerita. Tetapi tak boleh juga cakap macam tu, sebab Fixi ini kan 'alaf baru' gitu.
Profile Image for hans.
1,164 reviews152 followers
August 15, 2018
Cikgu Asyraf (Dayang Noor)
Penyusunan dan idea memang bagus. Penceritaan sangat kemas, teliti dan naratifnya berjalan ala slow-mo tapi cukup thrill dan saspens. Banyak tekaan saya buat, watak-watak yang suspicious dan unexpected. Plot twist cerita sampai saya rasa bersalah tuduh orang yang tak salah. Satu hal yang menarik walau masih dalan tema thriller dan jenayah masih juga diselit hal kemasyarakatan, keluarga, persahabatan dan sosial. Isu-isu harian biasa bila hidup berjiran dan tinggal di kampung. Tapi sungguh saya tak sangka twist cerita itu bawa saya ke satu hal di masa lampau yang tak terduga.

Lelaki Sesuatu Itu (Shaz Johar)
Ini sangat boleh diagak jalan ceritanya. Okay, mungkin cuma ending saja yang unexpected. Tema sesuai dengan isu viral masa kini, penceritaan not bad cuma di bab awal-awal agak bosan, tak minat sangat pasal Murni. Bahagian kisah Syamil dan keluarga agak menarik dengan isu tipikal dan prihatin seorang ibu. Not fancy the sci-fi sort of but it was okay nevertheless.
Profile Image for Azril Noor.
314 reviews5 followers
January 14, 2021
Terbahagi kepada 2;

Lelaki Sesuatu Itu - tentang seorang lelaki dan kehidupan rahsia.

Cikgu Asyraf - tentang sebuah kampung yang penuh dgn misteri dan rahsia.
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
February 23, 2016
i) CIKGU ASYRAF
DAYANG NOOR

tunggang langgang nak habiskan citer ni.. menarik.. tak dapat nak dijangka kisah sebenarnya.. sebab nak tahu jugak berdebar-debar baca sampai habis.. kisah hantu ke?.. kisah thriller ke? jadi tertanya-tanya... bila dah sampai hujung.. laaa... ooo... kisah nie jer rupanya...

cikgu asyraf ditugaskan ke kampung teluk mengkuang. dia ke sana bersama isterinya ramona yang baru keguguran. dalam perjalanan ke sana ketika singgah membeli makanan dia bertemu dengan rosdi yang membuka kisah tentang kampung tersebut... apa ceritanya?... hehe... cikgu asyraf menyewa di rumah pusaka haji omar. ketika cikgu asyraf pergi bekerja, ramona terdengar bisikan-bisikan membuatkan dia tidak berani hendak bangun dari tempat tidur. dalam masa yang sama lan mesir, adik pada haji omar mengganggu alina, jiran cikgu asyraf. lan mesir dikatakan sakit jiwa dan ketika menghuni di rumah pusaka tersebut dialah yang menanam ibunya hidup-hidup... apakah perkaitan semuanya ini....


ii) LELAKI SESUATU ITU
SHAZ JOHAR

murni berkahwin dengan syamil atas aturan keluarga.. mereka dihadiahkan pakej berbulan madu ke us. syamil mahu ke roswell kerana berminat dengan kisah makhluk asing. dalam masa yang sama syamil terkenangkan alkisah dirinya... dirinya seorang gay, dari zaman persekolahan sehingga dia bersama jeremy... kisah dia yang memalukan emaknya dengan perlakuannya sehingga kisah dia terpaksa berkahwin kerana tidak mahu melukakan hati emaknya... syamil terperangkap.. terperangkap ketika di roswell.. terperangkap dan diberi pilihan sama ada berterus terang tentang dirinya atau hilang segalanya... nak review lebih agak sensitif kisahnya ni walaupun sebenar sebuah kisah yang menarik...
Profile Image for Adrianz.
146 reviews22 followers
December 30, 2015
Lelaki Sesuatu Itu : Simple story but straightforward..aku dah dpt agak kisah psl 'gay'..

Cikgu Asyraf : Aku lost...tetibe byk watak yg "keluar"...huhu...confuse *_*
Profile Image for Ira Nadhirah.
605 reviews
December 13, 2015
Well, i have nothing much to say about Dayang Noor. Da baca semua buku dia pun still tak dapat nak agak plot twist dia. Tapi Careynee kata Syaz Johar punya latest book bagus. Mungkin boleh cuba.
Profile Image for Projek Frekuensi.
15 reviews6 followers
Read
August 2, 2016
CIKGU ASYRAF | DAYANG NOOR

Cerpan 'Cikgu Asyraf (Dayang Noor)' kalau kita perlihatkan dari struktur penceritaannya; ia tak sukar untuk kita hadam. Cumanya Dayang Noor bijak menggunakan kepakarannya untuk menipu kita. (Kalian akan merasai penipuan ini di hujung babak)

Secara kasar, 'Cikgu Asyraf' ini lebih bersifat misteri, sedikit seram, juga ada kritikan sosial yang diselitkan. Tapi jika nak difikirkan dalam-dalam sifat misterinya datang dari taktikal kumpulan perompak untuk menjaga harta rompakannya. Sehinggakan ada salah seorang perompak sanggup lari ke sebuah kampung untuk menyamar dalam identiti baru (mungkin juga dia psiko)

Jadi kisahnya bermula dari sebuah kampung. Kampung Mengkuang dan tugas Cikgu Asyraf tak lain tak bukan adalah seorang cikgu. Cikgu Asyraf bersama seorang isteri yang baru keguguran kandungan (ini saya tak pasti, kerana dari cerpen ini; watak isteri itu memainkan peranan) Kemudiannya Dayang Noor memperkenalkan watak-watak ahli kampung yang lain dengan agak konsisten. Ini yang menghidupkan cerita. Dan kalian akan sedikit terganggu untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku antara isteri cikgu ini dan rumah barunya. Plotnya bijak.

Selain daripada watak Lan Mesir yang gila akibat sikap hasad dengki dari warga kampung itu. Watak Alina juga ada twist yang smooth. Kehebatan penulis; walaupun dia mewujudkan beberapa watak yang punya personaliti berbeza. Dia masih kukuh dengan watak utama. Kalian mungkin takkan faham apa yang saya perkatakan ini (bagi mereka yang belum lagi baca) tetapi plot cerpen ini ada kekuatan yang dapat mengelirukan kita. Awalnya pembaca akan merasakan cerpan ini lebih bersifat seram. Kemudian, psiko, dan akhirnya 'mindfuck'.

Setiap watak ada kesinambungan dan magis yang Dayang Noor rekakan. Ia takkan membuatkan kita rasa terkeluar dari landasan cerita. Watak Cikgu Asyraf sendiri penulis bijak menyembunyikan wataknya di sebalik watak-watak lain sebelum reveal kesudahan cerita. Watak 'Cikgu Asyraf' yang bersifat sementara sebenarnya tampak menjadi walau nak diikutkan ia kelihatan tidak logik. Mungkin 'Cikgu Asyraf' bijak menyusun strategi sehingga menyamar menjadi cikgu/ kerjayanya memang seorang cikgu dari awal. Dan perompak; adalah tugas sampingan.

Kelemahannya hanya pada isteri cikgu; Ramona. Yang dari awal kita tak tahu Ramona itu betul-betul isteri atau apa. Kerana 'Cikgu Asyraf'/Rosdi sendiri seorang yang psiko seperti Lan Mesir. Jadi, Ramona boleh mengelirukan pemahaman kita. Juga watak 'Cikgu Asyraf'.

Watak-watak lain dalam cerpan ini bagi saya, ia real. Dan penutupnya juga kemas. Cuma babak sebelum penutup, pembaca akan menelan dengan perit untuk memahamkan kesemua misteri yang ada. Bagi saya, cerpan ini mindfuck kerana satu watak boleh berkongsi dalam jasad yang sama. Ini keliru!

Jadi bagi menghargai usaha penulis, saya berikan 4/5 bintang untuk cerpan ini. Kelebihannya pada watak-watak yang ada. Dan susunan cerita. Secara jujurnya sy sendiri tertipu dgn cerpan ini bila sampai penghujungnya. Tahniah Dayang Noor! Selain dr watak 'Cikgu Asyraf', Alina juga mengejutkan saya. (Kalian akan faham bila sudah membaca) Dan ini tidak mustahil untuk tempoh 7 tahun.
LELAKI SESUATU ITU | SYAZ JOHAR

Cerpan ‘Lelaki Sesuatu Itu’ (Syaz Johar) mengisahkan tentang Syamil yang gay namun sudah berkahwin dengan Murni. Ada elemen flashback dan juga fantasi. Shaz Johar memimpin pembacanya perlahan-lahan untuk menonton babak-babak yang mungkin pada mulanya terasa asing bagi pembaca namun hakikatnya memang Shaz Johar bagi setepek pada kita, menghiburkan kita dengan kesalahan dan gelagat kita sendiri.

Pada mulanya saya membaca cerpan ini, saya memang mengutuk watak Syamil. Puas saya mengejinya. Namun, kemudian saya sedar kebanyakan antara kita adalah Syamil. Kita buat dosa sini sana, tapi kemain kata babi haram. Kita hipokrit, tapi mengata orang lain.

Dengan sebuah cerpan yang pada luarannya adalah kritikan terhadap LGBT, Shaz Johar mentertawakan kita semua. Kita semua sama. Watak Syamil adalah seorang yang ironic, somewhat self-contradictory juga. Namun ini juga inner conflicts yang kita sering lalui kan? Begitulah manusia. Saya juga pernah mengatakan bahawa prinsip saya adalah "I choose my sins", namun siapakah kita untuk "memilih"? Siapakah Syamil untuk menghukum babi sebagai sesuatu yang lebih hina dari kelakuan sumbang? Lebih hina dari arak dan dadah? Shaz Johar tak perlu menuding jari ke arah pembaca kerana pembaca sendiri melakukannya dengan menuding jari ke arah Syamil.

Apa yang saya rasa menarik adalah ‘Lelaki Sesuatu Itu’ adalah kritikan terhadap masyarakat as a whole. Memang selalu manusia akan salahkan ibubapa yang terlalu inginkan anak perempuan hingga mendapat anak lelaki lembut. Selalu juga yang dipersalahkan adalah kawan yang bereksperimentasi dengan video lucah homoseksual. Namun ini semua spekulasi. Ini adalah perspektif tipikal masyarakat tentang bagaimana seseorang boleh menjadi homoseksual. Hakikatnya, seperti yang Syamil katakan -- dia memang gay.

Jadi apa pula dengan unsur fantasi? Saya ada teori bahawa semua itu subconscious mind Syamil sahaja -- perkara yang mengganggu fikirannya. Saya merasakan bahawa kehadiran Jeremy di dalam kapal terbang menjadi trigger untuknya disedut masuk ke dalam alam fantasi tersebut. Permainan watak oleh Shaz Johar memang baik. Setiap watak mempunyai suaranya sendiri, dan suara ini konsisten sepanjang cerpan. Saya juga gemar dengan flow cerita ini; transitionsnya smooth, pergerakan plot juga teratur. References yang digunakan, mengaitkan isu-isu masa kini seperti drama melayu, "till jannah" & stereotaip kaum mengikut bisnes, juga menarik.

Oh ya. Saya suka Shaz Johar mengaitkan ini dengan Roswell, kerana saya cukup merindui TV series itu dan lagu Dido yang menjadi opening song. Aliens yang diberikan perwatakan yang agak lucu juga menghiburkan. Terasa macam menonton filem parodi.

Jadi, kita sudah tiba di persoalan yang penting; apakah pandangan kalian tentang ending cerpan ‘Lelaki Sesuatu Itu’?

Personally, saya rasa Syamil takkan sanggup meninggalkan maknya. Jadi, saya rasa dia rela rahsianya terbongkar.

http://projekfrekuensi.weebly.com/cer...
Profile Image for Ezzan Haqis.
64 reviews4 followers
November 27, 2021
Ada 2 cerita panjang yang ditulis oleh 2 favourite writer untuk kisah2 di bawah penerbitan Fixi ni.

Bukunya comel aje. Ringan Memang mudah dibawa di mana-mana. So tak ada alasan bawa buku berat untuk tak nak membaca. Rekabentuk memang boleh bagi kredit.

Untuk cerpan Shaz Johar, seperti biasa mungkin isu-isu yang agak sensitif untuk segolongan individu diperkenalkan. Isu LGBT. Tapi pada saya ok aje. Tak ada masalah. Menarik untuk dibaca. Kadang ada istilah2 yang digunapakai oleh golongan berkenaan yang diperkenalkan. Cerita menarik cumanya mungkin akan lebih bertambah best kalau ending tu lagi power. Tapi over all saya masih suka.

Untuk cerpen Dayang Noor, serius saya bagi bintang lebih di situ. Plot twist dia.... fuuhh... tak terjangka. Sampai saya terpaksa selak semula baca bab awal-awal untuk lihat klu di situ. Cerita tentang Cikgu Asyraf je. Tajuk ringkas. Tapi dengan tajuk yang seringkas itu tidak bermakna kisahnya juga seringkas tajuk. Best. Saya sangat suka. Teruskan menulis kisah-kisah best macam ni ya.

Buku Limited Edition yang berbaloi untuk dimiliki.
Profile Image for H S. A.
115 reviews
February 14, 2020
II: Dua Cerpan (Dayang Noor, Shaz Johar)

Cerpan 1 - Cikgu Asyraf (Dayang Noor)
Tulisan ini yang saya baca terlebih dahulu. Dimulakan dengan perjalanan seorang guru muda dan isterinya yang masih kurang sihat ke sebuah kampung terpencil. Sesampainya di sana, belum pun dua hari, cikgu itu dan seluruh penduduk kampung dikejutkan dengan kemalangan ngeri. Apa kaitan kejadian tersebut dengan cikgu itu?

Plot twist yang menarik; 3.8⭐️/5⭐️

Cerpan 2 - Lelaki Sesuatu Itu (Shaz Johar)
Syamil, si pengantin baru membawa isterinya Murni berbulan madu ke LA dan sanggup memandu 16 jam untuk memastikan mereka sampai ke Roswell. Ada apa di Roswell sehinggakan destinasi itu menjadi dambaan seorang Syamil?

Kurang gemar akan gaya hidup Syamil, tapi masih suka idea yang cuba diketengahkan; 3.3⭐️/5⭐️

Penilaian peribadi untuk naskhah ini : 3.6⭐️/5⭐️
Profile Image for Firdaus Ahmad.
19 reviews
January 28, 2016
Tak adil kalau saya bagi full star untuk buku ni sebab genre yang dibawa, adalah kegemaran saya. tapi nak buat macam mana, memang dua-dua cerpan dalam ni best. "Takkan la pak lebai nak menipu?" - quote dari filem Do Re Mi
Displaying 1 - 17 of 17 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.