Jump to ratings and reviews
Rate this book

Yang Miskin dan Yang Mewah

Rate this book
Masalah kemiskinan dan kemewahan atau perbedzaan hidup antara golongan “yang tidak berada” dengan golongan “yang berada” atau pun kadang-kadang disebut juga dengan istilah-istilah “golongan atasan” dan “golongan bawahan”, golongan kaum buruh dan kaum majikan, yang tertindas dan yang menindas dan sebagainya, masih tinggal menjadi masalah pokok yang penting, dan ada kalanya rumit lagi runcing dalam beberapa buah negeri di seluruh dunia dalam zaman manusia sedang mencapai berbagai-bagai kemajuan yang luar biasa iaitu seperti terbang ke angkasa lepas dan berjalan-jalan di ruangan yang maha luas itu, menurunkan alat-alat sains di muka Bulan, di Bintang Kejora, menanam padi tiga kali setahun, mengeluarkan getah yang berlipat-lipat ganda banyaknya daripada sebatang pokok getah baka baik dan berbagai-bagai kemajuan lagi yang sebahagian besarnya adalah bertujuan untuk memudah dan menyenangkan manusia hidup dalam dunia ini.

Masalah ini, yang telah dan sedang, dan tiada syak lagi akan mengakibatkan bermacam-macam persoalan dan perkara-perkara yang menuntut kajian, penelitian dan penyelesaian yang wajar adalah juga merupakan dan masih tinggal menjadi satu masalah yang besar dan rumit dalam negara kita di mana bilangan yang terbesar dari apa yang dikatakan “golongan miskin” itu adalah terdiri dari orang-orang Melayu dan kaum-kaum kecil yang boleh dengan sah dan nyata mengaku babawa mereka itu adalah bumiputera dan bumiputera dari bumi Semenanjung Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah yang sekarang dikenal dan diakui oleh negara-negara lain dengan nama Malaysia. Setahun yang lalu Pulau Singapura juga masuk dalam Malaysia, tetapi disebabkan oleh perselisihan-perselisihan siasah dan ekonomi maka pulau itu telah berpisah dan keluar daripada Malaysia, dan kini ia berdiri tegak sebagai sebuah Negara Republik yang merdeka.

Mengapa dan kenapa kaum Melayu, Kaum Darat, Dayak, lban, Kadazan, Kedayan dan lain-lain kaum-kaum asli dalam Malaysia ini telah ketinggalan jauh di belakang dalam penghidupan, pelajaran, kebudayaan dan kemasyarakatan mereka itu sudah pun dikaji dengan banyak dan berulang kali oleh pakar-pakar ilmu sejarah, politik, ekonomi dan kemasyarakatan. Tidak sadikit risalah-risalah dan buku-buku yang telah dikeluarkan berkenaan dengan perkara-perkara ini. Dan terbit daripada kajian-kajian ini maka telah dimulakan berbagai-bagai jenis rencana yang kecil dan besar, yang jangka pendek dan jangka panjang, dan terbit daripada rancangan-rancangan itu (ada di antaranya yang besifat percubaan) maka telah dan sedang diadakan beberapa pembaharuan dan perubahan-perubahan. Yang paling akhir ialah badan yang mula-mula untuk menolong, membantu dan menggalakkan orang-orang Melayu meninggikan taraf hidup atau kedudokan ekonorninya, iaitu RIDA telah diubah namanya kepada MARA, dan daripada pembaharuan dan perubahan itu maka telah disusun badan-badan atau organisasi-organisasi seperti FAMA dan Bank Bumiputera. Dan sekarang dimulakan pula usaha mengajar ilmu dan pertadbiran d Universiti Malaya dalam Bahasa Kebangsaan yang diketuai o!eh Professor Ungku Aziz. Di samping itu diadakan pula Lembaga Pemilihan dan Penyatuan Tanah Negara (National Land Rehabilitation and Consolidation Authority) dan juga undang-undang pengawasan sewa tanah dan keselamatan penghidupan penanam-penanam padi (Padi Cultivators Control of Rent and Security of Tenure Ordinance). Semua usaha-usaha dan rancangan-rancangan ini adalah bertujuan untuk memperbaiki keadaan-keadaan atau taraf hidup kaum tani negeri kita ini supaya pada akhirnya kelak, jikalau usaha-usaha itu herjaya, maka jurang atau perbezaan di antara golongan “yang berada” dengan “yang tidak berada” itu tidaklah bagitu lebar dan dalam, dan supaya mudahan-mudahan akan tercapai dengan gilang gemilang apa yang disebut-sebut dlan diidam-idamkan oleh manusia “keadilan masyarakat” atau “keadilan ekonomi” dalam negara kita yang kaya raya ini.

Bahawa segala usaha-usaha dan rancangan-rancangan itu perlu mendapat sokongan yang tulus ikhlas lagi bersungguh-sungguh daripada semua lapisan masyarakat, terutama (dan) golongan cerdik pandai, orang-orang yang berpengalaman, badan-badan dan organisasi-organisasi tidaklah dapat disangkal lagi. Tanpa sokongan dan kerjasama yang tulus ikhlas daripada rakyat seulruhnya maka segala usaha-usaha itu tidak mudah akan berjaya dengan memuaskan. Malah usaha-usaha dan rancangan-rancangan itu mungkin akan gagal. Dan peri adanya kegagalan dan kerugian-kerugian dalam usaha-usaha dan rancangan-rancangan yang telah lalu tidaklah dapat dinafikan.

Dan bahawasanya di samping kerjasama dan sokongan yang wajib itu maka wajiblah pula ada teguran-teguran dan kritik-kritik yang membina, yang dibuat dengan tidak takut, segan atau malu atau pun silu terhadap usaha-usaha dan rancangan-rancangan” penting (yang boleh juga disebut soal hidup dan mati bagi golongan yang miskin) itu.

120 pages, Paperback

First published January 1, 1966

Loading...
Loading...

About the author

Ishak Haji Muhammad

29 books60 followers
Ishak Haji Muhammad (14 November 1909 - 7 November 1991) atau lebih dikenali sebagai Pak Sako merupakan seorang penulis yang giat menulis sekitar tahun 1930-an sehingga 1950-an. Ishak Haji Muhammad adalah seorang nasionalis negara. Kelibatnya bermula pada era sebelum kemerderkaan dan pascamerdeka. Gagasan yang ingin diperjuangkan oleh Pak Sako ialah penyatuan Melayu Raya yang mana Indonesia, Malaysia dan Brunei disatukan dalam satu serumpun.

Nama Pak Sako bukanlah satu nama asing bagi negara kita terutama dalam bidang kesusasteraan. Pak Sako sebenarnya adalah jolokan kepada nama Isako-san yang dipanggil orang-orang Jepun. Nama sebenar Pak Sako adalah Ishak Hj. Muhammad. Pak Sako juga dikenali juga dengan nama samaran seperti Anwar, Hantu Raya, Isako San dan Pandir Moden.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
1 (33%)
4 stars
0 (0%)
3 stars
2 (66%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
No one has reviewed this book yet.