Jump to ratings and reviews
Rate this book

Anak Patung Nana

Rate this book
Air mata menjadi teman hidup Nana. Dia dibenci oleh bapanya sendiri. Hidup Nana hanya dipayungi ibunya. Tiada tempat untuk dirinya. Kesunyian Nana terubat dengan kehadiran sebuah anak patung. Diri Nana seperti dilindungi. Bencana pasti menimpa setiap orang yang menyakitinya. Sehingga terjadi sebuah tragedi yang menyayat hati. Siapakah Sebenarnya anak patung ini.

"Seru nama saya dan saya akan datang." / ANAK PATUNG NANA

Luqman seorang peniaga perabot terpakai. Pada suatu hari, dia terjumpa sebuah meja di dalam stor milik datuknya di Perlis lalu memindahkannya ke kedai. Sejak itu, satu demi satu petaka menimpa. Apakah kaitan antara meja itu dengan sejarah yang tercatat dalam kerajaan Ayuthaya 500 tahun dahulu? Dapatkah Luqman menyelamatkan keadaan sebelum terlambat?

"Bumi, langit, air dan api tidak menerimanya!" / GUMANTONG

Sekumpulan rakan mengatur satu percutian. Keseronokan yang dirancang menjadi peristiwa paling hitam dalam hidup apabila salah seorang ditemui mati dalam keadaan mengerikan. Bayangan-bayangan yang mengerikan terus-terusan menghantui. Maut dirasakan berlegar-legar di sekeliling. Pembunuhnya kekal misteri. Satu per satu nyawa diburunya dengan rakus. Antara pemburu dan mangsa, siapakah yang akan memenangi permainan ini?

"Apa yang kau percaya tidak semestinya betul." / NGERI

Ketakutan Rmmy menjadi nyata apabila dia kehilangan sebelah mata dan hampir menemui ajal ketika bermain sorok-sorok dengan seorang budak lelaki di Jalan Kemboja. Adakah budak lelaki itu punca kesemua kejadian yang berlaku? Kalau ya, mengapa? Dan adakah sebelah lagi mata Remmy dapat diselamatkan atau bakal dikorbankan juga?

"Bila salah berjanji, mata jadi galang ganti." / SOROK-SOROK

560 pages, Paperback

First published September 25, 2015

9 people are currently reading
81 people want to read

About the author

Suzani Nadzir

9 books5 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
30 (32%)
4 stars
33 (36%)
3 stars
24 (26%)
2 stars
3 (3%)
1 star
1 (1%)
Displaying 1 - 20 of 20 reviews
Profile Image for Nana.
84 reviews7 followers
December 13, 2017
Rating yang saya beri itu adalah mewakili untuk keseluruhan Kompilasi 4 novel dalam buku ini.

1. Anak Patung Nana 3.5 stars
-Jalan cerita yang menarik dan sadis. Disini, mesej cuba disampaikan kita haruslah bersyukur dengan apa saja atau bagaimana sekalipun pemberian dan rezeki yang telah Allah kurniakan. Juga kita perlulah meredhai kematian seseorang yang kita sayangi dan tidak melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Lebih-lebih perkara yang berunsurkan syirik.

2. Gumanthong 4 stars
- Jalan cerita, konflik, penyelesaiannya yang baik. Walaupun sedih dan mendukacitakan. Cumanya masih tak puas hati pada endingnya. Bukan tak puas hati pada penulis. Tak puas hati dengan Gumanthong...geram pula.

3. Ngeri 3.5 star
-Bila difikirkan memang agak ngerilah. Apabila kita merasakan realiti tetapi sebenarnya ilusi.

4. Sorok-sorok 3 star
- Erm... ok cumanya ada beberapa kekurangan. Dari susunan cerita tu agak berterabur sedikit. Dan saya tak berapa puas dengan endingnya. Kerana saya mengharapkan sesuatu yang tidak dijangka. Namun, memang endingnya tidak djangka tetapi tiada unsur terkejut kerana penyebabnya itu tidak muncul dan diperkenalkan dari awal cerita. Jeda sebentar.

Apa-apapun, Tahniah! kepada semua Penulis. Walau apa-apapun, unsur seram, sadis, saspen dan ngeri itu berjaya dirasai. :)
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
November 20, 2015
1) ANAK PATUNG NANA
SUZANI NADZIR

mungkin cerita patung agak biasa dalam masyarakat kita. Alkisah patung yang punya nyawa. Seperti dalam cerita ini, patung kesayangan carla yang diberi nama marie dijahit dengan rambut carla yang sudah mati oleh ibunya khor.. dan akibat dipanah petir, makanya patung ini seperti bernyawa. Nana, seorang anak cacat tangan memilih patung ini bila ibunya madiha menyuruhnya memilih di kedai. Gangguan mula berlaku. Bila nana dibuli di sekolah, roh jahat yang ada mula memainkan peranan..

ada sedikit longgar di sesetengah bahagian cerita. Sesetengah susunan ayat juga sedikit berterabur. Cubaan penceritaan yang baik bila dibahagian yang pembaca rasa tamat rupanya masih belum habis..

2) GUMANTHONG
MARIA KAJIWA

wahh... tabing spring toing toing untuk kak Novelis Maria Kajiwa.. serius.. rasanya kalau ianya dijadikan sebuah novel yang berdiri sendiri memang akan lagi gundah gulana jiwa membacanya. Perincian di dalam kisah memang menarik dan idea yang hebat. Syabas kak MK untuk cerita yang hebat ini... ngeri membayangkan kisahnya..

Luqman seorang peniaga perabot terpakai membawa perabot milik datuknya untuk dijual dikedainya. Tanpa disangka sebuah meja milik datuknya menghuru harakan hidupnya bilamana dia membuka salah satu laci yang telah digam. Bertambah parah bila kotak yang ada di dalam laci itu turut dibukanya.. gangguan demi gangguan berlaku sehingga menyebabkan ahli keluarganya menjadi mangsa. Apakah yang ada di dalam kotak itu? Apakah gumanthong itu sendiri?

3) NGERI
EQBAL MOHAYDEEN

amat sesuai tajuknya... ngeri!!... susunan penceritaan yang cantik dan membuatkan pembaca terasa seperti berada di dalam setiap bab yang ada. Ngeri ooiii encik Eiqbal Mohaydeen... berdebuk debak jantung dibuatnya.. jalinan setiap bab buat pembaca teruja nak menghabiskannya.. tertipukah pembaca?.. adoi...

Fahrin, seorang siswa menerima pelawaan rakannya untuk bercuti. Tetapi dalam masa yang sama dia seperti diberi amaran tentang kematian. Seringkali bermimpi buruk.. percutian bersama rakan2nya muiz, adam, natasha dan marlisa diteruskan juga. Tetapi perkara buruk mula berlaku... apakah ia?... terselamatkah fahrin dan rakan2nya? Ataukah betul ke semua yang dilihatnya?

4) SOROK-SOROK
SUFI ABQARI

Idea yang memang menarik.. cumanya gaya penceritaan seperti agak huru hara dan melompat-lompat. Ada masa pembaca akan rasa seperti kehilangan arah membacanya.. cuma bila idea tu menarik memang akan tetap menghabiskan pembacaan..

Remmy yang hidupnya seperti menongkat langit dan konon tidak takutkan apa2 akhirnya akur ada makhluk lain selain manusia yang mendiami bumi. Bermula dengan gangguan di tempat tinggal barunya dan seterusnya hampir mati ketika bermain sorok-sorok membuka kisah sejarah hidupnya sebenar yang disangkanya sebelum ini tiada apa-apa.. apakah ia? Kenapa matanya dituntut?...
Profile Image for Amalia Masrom.
151 reviews7 followers
February 7, 2016
Anak Patung Nana - 3 bintang
Gumanthong - 5 bintang
Ngeri - 2 bintang
Sorok-Sorok - 4 bintang

Ngeri tu, cara kematian macam cerita Saw. Aku tak ada masalah untuk itu cuma kalau penulis tak copy cara kematian yang sama, aku boleh bagi 4 bintang.

Pendapat aku je. :)
Profile Image for Nuur Syahidah.
160 reviews
March 8, 2016
nasib lah ada karangan Maria Kajiwa, Gumanthong. Kalau tak buku ini hampir tidak dibeli. Karya Anak Patung Nana dan Ngeri agak tiada keaslian di situ sebab banyak dah film dari US begitu ceritanya. Sorok-sorok pula, sangat la kelam kabut rasanya perjalanan ceritanya.
Profile Image for Shah Si Pencinta Buku.
473 reviews43 followers
January 4, 2026
Anak Patung Nana

Nana yang dipinggirkan oleh ayahnya sendiri akibat kecacatan pada fizikalnya sering berasa rendah diri. Namun kekosongan hidupnya terasa terubat dengan anak patung pembelian ibunya. Kehadiran anak patung itu mengubah sikap Nana secara perlahan-lahan.

SH geram betullah dengan perangai ibu Carla dengan ayah Nana ni. Keduanya punya persamaan. Tidak mampu menerima kecacatan anak mereka malah sering menjadikan anak sebagai tempat pelampiasan amarah mereka. Kasihan Carla dan Nana yang sering dikasari oleh orang tua mereka sendiri. Namun, Nana lebih beruntung kerana mempunyai seorang ibu yang sangat menyayanginya.

Cerita ni ada beberapa bahagian yang ada pengulangan. Rasa macam penat membaca bahagian yang berulang-ulang. Ceritanya jadi terlalu panjang dan lewah. Kalau lebih dipadatkan ceritanya, SH rasa akan lebih menarik.

Gumanthong

Ternyata meja yang dijumpai Luqman di rumah datuknya mempunyai rahsia yang tersendiri. Laci yang digam rapat di meja itu dibuka secara paksa oleh Luqman. Tanpa dia sedari dia sudah membebaskan sesuatu.

Dialog 500 tahun dahulu sememangnya tidak menggambarkan zaman tersebut. Tapi SH meletakkan sedikit baik sangka. Mungkin sebab latar tempatnya di Thailand. Jadi penulis tidaklah menggunakan dialog bahasa Siam namun digantikan dengan bahasa Melayu moden. Mungkin begitulah. Tetapi SH rasa kalau digunakan dialog Melayu zaman itu pun lebih terasa nyata bahawa babak tersebut berlaku pada zaman lampau.

Sikap suka berebut ni memang sukar lekang daripada manusia. Lagi-lagi mereka yang berhati busuk dan tinggi impiannya. Apatah lagi yang direbutkan dikatakan mempunyai kekuasaan yang tersendiri.

Ngeri

Rancangan sekumpulan pelajar yang ingin bercuti bagi merehatkan minda akhirnya bertukar menjadi tragedi. Seorang demi seorang menemui maut di situ.

Yang tidak tahan dengan adegan ngeri dan berdarah sila berhati-hati. Banyak babak yang mengerikan dalam cerita ini. Cara kematian setiap satu daripada mangsa sememangnya mengerikan.

SH sememangnya geram dengan orang yang cuai sehingga mengakibatkan kematian orang lain. Nak bergurau nak bersenda tu biarlah kena pada tempatnya. Apabila sudah terjadi sesuatu insiden, sesal sudah tidak berguna lagi.

Sorok-sorok

Remmy yang baru sahaja ditukarkan ke cawangan lain dimomokkan bahawa laluan yang sering ditempuhinya pulang kerja sebagai laluan yang keras. Namun, dia yang tidak mempercayai itu semua malah memperlekehkan segala peringatan yang diberikan. Dan akhirnya terpaksa menelan kembali kata-katanya apabila dia dikejar oleh makhluk - makhluk yang menginginkan matanya.

Rasa nak cakap padan muka je dekat Remmy ni. Berlagak sungguh. Mulut pula tak bertapis. Dia rasa macam dialah yang terpaling bagus. Sekali diuji habis ketar semua urat sendi. Masa itu barulah tahu langit itu tinggi atau rendah. Barulah tahu erti penyesalan.
Profile Image for Casper Judati.
62 reviews2 followers
April 27, 2016
1) Anak Patung Nana
- jalan cerita cliche & boleh diagak pengakhirannya.
- lenggok naratif sedikit kurang enak dibaca. Nasib baik dialog watak tak kaku.
- keseluruhan cerita ini : 2.5 bintang

2) Gumanthong
- jalan cerita menarik. Ada sejarah yang penulis letakkan dalam cerita ni. Buat saya
sendiri turut ingin 'search' sejarah mengenai Gumanthong.
- cerita ni ada kekuatan tersendiri. Saya rasa kalau penulis buat satu novel
penuh mesti lagi bagus
- keseluruhan cerita : 4 bintang

3) Ngeri
- ada bahagian cerita ni seperti dalam filem hollywood iaitu filem Saw.
- maaf saya katakan, tiada apa yang istimewa dalam cerita ini. Bagi saya cerita ini
biasa. Mungkin disebabkan bahagian cerita seperti filem Saw itu buat ianya kurang
menarik.
- keseluruhan cerita : 3 bintang

4) Sorok-sorok
- kalau diikutkan, jalan cerita menarik tapi penulisan agak serabut.
- watak-watak lemah dan sedikit menjengkelkan.
-keseluruhan cerita : 3.5 bintang

Profile Image for Qayiem Razali.
891 reviews85 followers
January 1, 2016
1
Saya kira ini antara naskhah terbaik dalam kategori seram terbitan Buku Prima.

Anak Patung Nana - Penulis berjaya membuatkan saya tidak bosan dalam membaca kisah ini.

Gumanthong - Kisah yang paling saya minati. Bagi saya kisah ini selayaknya dijadikan sebuah naskhah tunggal kerana jalan ceritanya yang lain daripada yang lain.

Ngeri - Penulis Jasad ini juga tidak mengecewakan saya dalam melakar kisah tragis ini.

Sorok-Sorok - Kata penulis ini kisah yang dipanjangkan daripada cerpennya dan saya kira usaha penulis sesuatu yang boleh dibanggakan.

Tahniah buat semua penulis dalam novel ini.
Profile Image for Hamidah Effendi.
367 reviews1 follower
July 19, 2025
Ulasan Buku: Anak Patung Nana
(Oleh 4 penulis, 4 cerita, 4 bentuk seram)

Mula-mula baca buku ni, aku sangka akan jumpa 4 cerita seram tentang patung—rupanya jauh lebih dari itu! Anak Patung Nana menghimpunkan empat kisah seram, thriller dan manipulasi minda yang berbeza latar dan cabarannya. Setiap satu kisah membawa ‘roh’ seramnya tersendiri.

Cerita pertama buka pentas dengan perangai manusia yang tanpa sedar menjemput syaitan masuk dalam hidup sendiri — dan lebih sedih, jiwa kecil pula yang terheret sama.
Cerita kedua pula bawa kita selam dalam fikiran manusia yang terlalu obses dengan kekayaan, sampai sanggup bergantung pada makhluk halus demi hajat dunia.
Masuk cerita ketiga, ini memang ‘jammed’ sikit minda — antara realiti dan ilusi, kau akan mula tertanya: “Ni betul ke, atau otak dia je yang mainkan peranan?” Ada unsur gore dan pscyho yang buat aku rasa cerita ni standout.
Cerita terakhir pula tunjukkan sisi gelap manusia yang dikuasai cemburu — bagaimana satu perasaan boleh hancurkan hidup orang yang tak bersalah. Ending dia memang buat rasa… "eh, patut ke jadi macam ni?"

Apa yang menarik?
✔️ Setiap cerita bawa suasana berbeza – dari unsur mistik, manipulasi minda, hinggalah kepada permainan emosi.
✔️ Ada yang direct, ada yang perlukan kau fikir dan sambung titik-titik sendiri.
✔️ Cerita ketiga paling aku suka – pscyhotriller yang bermain dengan ilusi dan realiti. Seram dia bukan pada hantu, tapi pada manusia.

Nota jujur aku:
Cerita pertama memang mudah dijangka tapi masih buat aku nak tahu apa kesudahan kisah suami isteri yang dingin tu.
Cerita keempat pula agak mengelirukan sikit — aku struggle nak faham sebab tindakan watak macam tak berapa kukuh, tapi boleh dimaafkan sebab ending dia buat aku termenung.
Profile Image for AL Sihite.
194 reviews6 followers
March 21, 2016
ANAK PATUNG NANA - 4*


GUMANTHONG - 5*


NGERI - 3*


SOROK SOROK - 3*

Profile Image for Syamim.
36 reviews
April 11, 2025
Anak Patung Nana - Suzani Nadzir

Sedih kisahnya sebenarnya. Tentang seorang kanak-kanak yang rasa x disayangi dan diterima oleh family dan kawan2.

Khumanthong - Maria Kajiwa.

Wow. Just wow. Tak sangka kisah pendek pon penceritaannya cukup detail. Tak pernah dengar pasal Khumanthong. Tp cukup menarik minat. X boleh berhenti baca.

Ngeri - Eqbal Mohaydeen

Memang penuh kengerian scene bunuh dia.. so the ewww.. tapi seronok dibaca walaupun macam pening-pening lalat sikit..

Sorok-sorok - Sufi Abqari

Kelakar pulak baca cerita hantu dari perspektif org x takut hantu ni. Tapi twist dia tu banyak nau.
Profile Image for TSam.
189 reviews13 followers
October 28, 2019
1. Anak patung nana (*2.5)
Jalan dan plot ceritanya simple sahaja, menceritakan sebuah keluarga yang mempunyai seorang anak yang cacat. Keluarga ini mengalami gangguan dari sebuah anak patung. Secara jujur ya, walaupun simple, saya sangat lah tertarik dengan jalan ceritanya yang bagi saya sangatlah menarik sehingga pada akhir2 bab. That's when it start to went downhill. Bahagian akhir cerita ni dengan kecewanya saya mengatakan ianya sangatlah 'anticlimatic'.

2.Gumanthong (*4.5)
Sumpah pasni sy nk survey banyak lagi karya dari penulis ni.

Watak2 dalam cerita pun menarik. Jalan dan plot cerita pun mmg menarik and so well done. Terutamanya bila penulis ceritakan tentang sejarah gumanthong tu dan selarikan ia ke masa modern tu. Pacing dan plot mmg cantik skali.

Sebab sy tak bagi cerita ni 5 bintang sbb masih ade persoalan yg tak terjawab, dan bahagian akhir cerita ni terasa 'rushed'. Tapi kalau penulis buat cerita ni sebagai sebuah buku (bukan cerita pendek), I would really love that. Sbb konsep cerita ini sendiri dah memang menarik terutamanya bila dikaitkan dengan mitos budaya Thailand. Tambahan ianya ditulis dengan begitu teliti tentang sejarah dan gumanthong itu sendiri (perangai, rupa, kelebihan, etc.) . Kudos to Maria Kajiwa for the effort.

3. Ngeri (*2.0)
Penulisan bagiku sedikit formal dialognya, mungkin kerana penulis amat menitik beratkan bahasa kdari apa yg sy dpt tentang pendapat watak perihal bahasa di sosial media).

Tapi yang membuatkan sy rate buku ni begitu rendah kerana bagi saya penulis begitu obses dengan mengaitkan realiti dan teori yang bahawa semuanya mungkin halusinasi semata-mata. Konsep itu sendiri menarik dan jalan ceritanya menarik sehinggalah pada tengah cerita tu, tika itulah sy dah mula hilang minat. Tambahan pada akhir 'plot twist' cerita tu.

Sy rasa cerita konsep ini sangat lah berpotensi utk menjadi cerita yang menarik dan 'mind-blowing', sbb cara penulis gambarkan hantu-hantu tu sangat lah kreatif. Tapi bila penulis decide nak buat cerita ni macm 'slasher' punya filem tika itu minat sy dah hilang. Malang sekali, cerita ni tidak mampu mencapai potensi tu.

Sorok-sorok (*4.0)
Penulis ni dah listed antara karya yg akan di survey nanti.

Cerita ni panjang dan bosan tika sy mula membaca, namun lama kelamaan cerita ni jauh lebih menarik dari apa yg sy sangka. Walaupun cerita sedikit berterabur. Dengan 'plot-twist' di tengah cerita ini yg sy rasa mebuatkan cerita ni bertambah menarik dan memberi peluang kepada pembaca untuk mengenali watak utama dgn lebih dalam. Setiap masa cerita ni mebuatkan sy tertanya apa yang akan jadi lepas tu dan lepas ni.

Watak2 dalam ni pun menarik dan langsung tidak membosankan. Terutamanya watak utama, jarang sy melihat penulis mengambil langkah untuk menulis watak sebegitu, ianya amat menarik melihat sedikit demi sedikit bagaimana watak utama berubah ke arah yg lebih baik. I think that character development was very well done. Dan juga din punya watak. Both characters are very refreshing to read about.

Jalan cerita dan konsep cerita tu sendiri tu pun dah memang menarik walaupun ianya mengelirukan sedikit mula2. Lain dari gumanthong, kita boleh nampak 'build-up' kepada klimaks cerita ni which is very satisfying for me. Lagi best kalau ada sequel, Lagi2 dgn watak sorang tu yg telah menghilangkan diri.

Overall, ni antara cerita yang best dalam buku ni.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,525 reviews1 follower
May 21, 2016
Anak Patung Nana oleh Suzani Nadzir
"Seru nama saya dan saya akan datang."
Cerita yang pertama ini memang mampu membuatkan Sha teringat kawan imaginasi Sha.. Zaman kanak-kanak yang memang best.. Cerita mengenai anak patung yang telah dimanterakan.. Mengundang malapetaka pada yang tak berdosa.. Kecacatan manusia lain menjadi senda gurau yang keterlaluan hingga menyebabkan sakit pada jiwa..

Gumanthong oleh Maria Kajiwa
"Bumi, langit, air dan api tidak menerimanya!"
Realiti ilmu hitam di Negara jiran.. Kerana dendam, anak yang tidak berdosa menjadi mangsa.. Menyebabkan kematian yang tidak terhingga.. Tiada siapa yang mampu mendekat, sekali dia melekat habis semua keturunan dibunuhnya.. Ngeri, sadis dan menyedihkan..

Ngeri oleh Eqbal Mohaydeen
"Apa yang kau percaya tidak semestinya betul."
Memang ngeri.. Betul2 sadis apa yang terjadi.. Pengakhiran yang tidak tersisa berlaku pada Fahrin.. Garapan cerita yang menarik sangat..

Sorok-sorok oleh Sufi Abqari
"Bila salah berjanji, mata jadi halang ganti."
Remmy, nama yang memang mengundang perasaan menyampah yang sangat dasyat.. Serious.. Sufi berjaya menghidupkan watak Remmy.. Remmy yang sangat berlagak dan takbur.. Akhirnya mengalah.. Cerita yang sangat menggeramkan dan bergerak dengan pantas tanpa tersekat-sekat.. Akhirnya, dalang yang tidak disangka muncul.. Memang mengejutkan..

Memang best...
Profile Image for Mommy Farah.
362 reviews14 followers
September 4, 2016
paling best karya dari kak MK..5 bintang untuk gumanthong..
tahniah untuk semua penulis yang terlibat..
229 reviews15 followers
July 12, 2017
*4 stars (utk keseluruhan buku nie)

Agak lamaaa saya ambil untuk habiskan buku nie. Yang pertamanya kerana Raya. Of course, kesibukan beraya dan balik kampung. Memang xsentuh langsung apa2 buku. Dan kedua, masa tue saya dah di helaian2 yg terakhir. Dan cerita yang terakhir 2, agak perlahan, jadi saya terhenti pembacaannya.

Okay, buku nie ada 4 cerita seram/triller pendek. Untuk dua cerita yang pertama "Anak Patung Nana" dan "Gumanthong" saya enjoy sgt!! Kalau Gumanthong diberi peluang untuk jadi satu buku, saya akan beli. Maria Kajiwa mmg pandai olah cerita. Saya sgt2 suka cara MK. 5 bintang berkelip2 saya hadiahkan.

Untuk Anak Patung Nana, jalan ceritanya saya dah boleh agak. Tapi saya masih enjoy sepanjang pembacaan. Dan ada pengajaran yg boleh kita ambil. Ada di antara kita yang dilahirkan tak sempurna fizikalnya. Tapi kita yang sempurna fizikal belum tentu sempurna rohaninya. Kan? Didik2la diri untuk bersyukur dan jangan sesekali memandang hina yg tak sempurna tue. Sebab mungkin yg tak sempurna itu wujud untuk mengingatkan kita pada sesuatu. (Chewahhhh!!)

Ngeri saya bagi 3.5*. Bukan saya tak enjoy. Saya suka triller. Saya suka cerita yang membuatkan saya tertanya2,siapa pembunuh. Kenapa dia begitu. Dan penulis berjaya buat diri saya tertanya2. Betul, saya boleh agak yang semua org akan mati dalam cerita 2. Tapi saya xkesah. Cuma cara kematian 2, mcm ermm..mgkn saya je kot yg rasa cmnie. Mcm xoriginal. Mcm samaaa je dgn cerita dari barat 2.Perasaan saya je kot. Anyway, gaya bahasa penulis saya suka. Ada kelainan.

Sorok-sorok say abagi 2.5*. Cerita nie mula2 okay. Bila dah tengah2 lepas Remmy hilang mata dan nak rungkaikan siapa budak kecik yang minta mata, tanjung, ifrit etc,etc dia jadi serabut. Jujur, saya xfaham pun apa yang berlaku. Yang saya faham, benda 2 mcm saka. Tapi dia akan pilih siapa tuan dia dgn main sorok2. Lepas 2 dia akan offer mata dia. Kalau tuan baru terima, org tue akan warisi dia. Kalau tak, xtaula apa jadi. Haha. Ntah. Xpaham. Lepas 2 watak2 dalam cerita 2, last2 pakat2 jadi adik beradik. Serabut sungguh daku. Last2 saya ambil pendekatan, baca untuk habiskan je. Sekian.
This entire review has been hidden because of spoilers.
12 reviews
September 22, 2025
Buku yang bole buat bulu roma brdiri bila membacanya.. kesemua cerita memang menyeramkan..siap bole buat lagu.."dimana dia ank patung nana,anak patung nana ada didlm rumah"..memang seram..tak rugi beli dan baca..tahniah kesemua penulis
Displaying 1 - 20 of 20 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.