Ginaaaa, believe me or not, I love this one! Out of the trilogy, this is the best! Penuh dengan plot-twist yang tak disangka, and some of them are clever. One of them bilamana Rehan hantar mesej kepada Kiran melalui surat dengan gambar kucing karakter Along tu. Oh my, Along, Along... Nasiblah Rehan ni cuma imaginasi Gina, kalau tak rasa nak lepuk, nak cekik je dia. Huh.
Secara peribadi saya sudah semakin selesa dengan penulisan Gina. Smooth dan kemas. Rantaian trilogi yang menarik dan proper. And then gabungan teknik penulisan yang pelbagai, tapi kemas duduknya. Kali ni plot-twist menjadi, that's why I adore this much than Ngeri dan Mangsa. Dalam nota penulis di akhir buku, yes I'm one of the reader yang berjaya habiskan buku ni dalam sekali duduk selama 4 jam tanpa henti, dan terus tulis review ni! Pace yang selesa sangat, that's why. Cumanya sorry to say Gina, I'm still wondering about Kiran and Nazri. Hehe. Ada sambungan lagi ke ni? Please lah ada...
One more thing, rasanya saya ni selalu ada masalah dengan nama character Gina. Haha. Yang Bruce Lee tu satu hal, memang dah terbayang muka the real Bruce Lee as the father of Samuel Lee. Lagi satu nama John Doe. Patutlah nama John Doe ni sounds familiar di mata saya, rupanya John Doe ni one of famous graphic designer!
Congrats Gina a.k.a Malaysian Mary Higgins Clark ;)