Novel KOYAK, karya kedua saudara Syaihan Syafiq ni came out Disember 2013. Because of masa tu study week, so tahan dulu lah nafsu baca buku sambungan BISIK ni. Akibat tangan gatal nak tengok apa buku baru kt web, aku jadi tak tentu arah sambil koyak-koyak nota yg aku study bila tau BISIK ada sambungan. HAHA. (Damn you website bukufixi). I'm glad sebab dapat jugak beli buku ni in Januari (masa tu baru lepas habis paper kedua untuk final exam - GILA). Masa tengah exam tu, tak tenang lah jawabnyaa.
Okay. Firstly, di awal bab novel ni agak slow jalan cerita dia. Mikael keluar dari hospital tempat dia dirawat and kena home arrest. Julia dan Shah pulak pergi tenangkan diri ke Labuan. Interesting bila ada satu demi satu kes pembunuhan berlaku di kawasan tempat Mikael tinggal tu. Aku first-first suspek memang Mikael la puncanya. Orang yang Mikael jumpa dan kenal, jadi mangsa. Maybe watak 'Nazzman' muncul balik la rasanya. Tapi sangkaan aku salah. Aku baca dan baca lagi, things got complicated. Dr. Iesmawi yang merawat Mikael bagi ubat yang ada potensi stabilkan mental Mikael. Dia jugak nampak normal aje. So, from that, obviously tak mungkin dia bunuh orang lagi dan there is someone else did it!
Ada sesuatu yang pembunuh tu nak sebenarnya.
Dia nak Mikael.
Aku suka betul plot twist yang Syaihan buat. Aku suka idea brilliant dia guna objek gelang home arrest tu. Siap ada kamera kecik kot. Nice. Lagi satu, pasal Bab 2. Tak tahu la nak marah ke tak. Memang patut pun Bab 2 takda masa awal-awal cerita kan? Brilliant gila. Semua orang tak terfikir cara dia camtu.
Part yang paling aku frust, masa ada word 'bersambung' kat akhir page buku ni. Seolah-olah aku dah makan, dah digest, tapi still tak kenyang lagi. Hope next sequel tak hampakan aku. Tahniah and all the best, Syaihan Syafiq :)
#NotaJimbit : Korang korang korang rugi tak baca tau.