Saat jiran baru mereka tiba, Zehra tak peduli. Siapa pun yang menghuni rumah kosong itu, bukan hal penting. Yang difikirkan, mahu membebaskan diri dari neraka ciptaan Khalil.
Bila si jiran itu rupanya Tasya, dia bagaikan melihat cahaya terang. Namun, ada Tasya, bererti ada Raimi! Ada Raimi, bermakna ada kisah semalam yang kian jauh ditinggalkan.
“Kita tak ada jodoh, Raimi. Kita…” “Itu bukan apa yang aku nak dengar. Yang aku nak tahu, kenapa kau tinggalkan aku?” potong Raimi pantas. “Sudahlah Raimi. Aku tak nak ungkit hal dulu.” “Aku tak akan berhenti ungkit mulai hari ni. Jangan ingat lepas tujuh tahun, aku akan lupakan semuanya. Jangan mimpi, Zehra!”
Terlepas dari cengkaman Khalil, dia bagai dikepung Raimi. Rasa ingin tahu lelaki itu cukup melemaskan. Harapan Tasya yang menggunung di saat nyawanya sudah dipenghujung juga sangat melelahkan.
Dan... bila Khalil jadi gila talak, Zehra tak cukup tanah untuk melangkah.
“Kenapa dari mula kahwin sampai sekarang ni kau tak sudah-sudah nak menyusahkan hidup aku, Khalil?”- Zehra “Aku sayangkan kau, Zehra...” - Khalil
Mahukah Zehra kembali ke neraka ciptaan Khalil yang sudah pandai bermulut manis? Atau memilih Raimi yang mulutnya tak pernah ada insuran?
Bahagia yang digenggam bagaikan cuaca. Sekejap panas, sekejap lagi sejuk. Sesekali hujan bila Khalil muncul dengan permintaan di luar kotak. Sedangkan Raimi yang kononnya sudah tak cintakan dirinya, terus-terusan ditimpa cemburu.
Tapi bukankah orang tua kata, cemburu itu tandanya sayang? Betulkah Raimi masih sayangkan dia? Apa akan jadi bila Khalil berterusan menyusun strategi?
Dan kalau betul di hati Raimi sudah tak ada rasa sayang, kenapa perlu meminta yang bukan-bukan?
“Aku nak anak lelaki, Zehra. Itu yang aku belum ada lagi.”
Zehra dan Raimi pernah menjalinkan hubungan cinta. Namun entah di mana silapnya, Zehra menghilangkan diri sehingga Raimi menyimpan rasa sakit hatinya bertahun-tahun. Pertemuan kembali mereka selepas 7 tahun menyemarakkan kembali rasa sakit hati Raimi terhadap Zehra. Kebetulan pula berjiran. Memang kerapla mereka terserempak lebih-lebih lagi bila anak-anak mereka (Iman dan Reha) mula bersahabat baik sejak berkenalan.
Tasya (isteri Raimi yang juga merupakan teman baik Zehra) pula selalu menjemput Zehra ke rumahnya dengan alasan untuk mengeratkan silatulrahim yang telah lama terputus. Tragedi yang menimpa Zehra dan Iman angkara Khalil (suami Zehra) akhirnya membebaskan Zehra daripada ikatan perkahwinan yang sudah menyeksanya bertahun-tahun. Alasan tipikal wanita macam ni, mereka bertahan sebab anak. Haih.
Keadaan kesihatan Tasya yang semakin merosot pula memaksa Zehra dan Raimi berjanji dengan Tasya untuk berkahwin selepas pemergian Tasya. Zehra yang masih trauma dengan pengalaman perkahwinan pertamanya menolak cadangan itu. Namun bila Khalil terus-terusan mengganggu, Zehra akhirnya mengalah dan menerima lamaran Raimi.
Macam mana agaknya Zehra nak hidup sebumbung dengan Raimi yang sinis tu ya? Konon tak cintakan Zehra tapi bila Khalil terus-terusan mengganggu tahu pulak rasa cemburu kan?
Komen saya:
1. Kisah ni memang nampak berat di permulaan cerita. Lebih-lebih lagi bila penulis gambarkan bagaimana Zehra di dera dek suami psiko secara fizikal dan emosi. Fuh. Tapi pengakhirnya mampu buat kita sengih sampai ke telinga dengan kerenah keluarga mereka ni.
2. Raimi. Nak kata suka sangat pun tak, nak kata menyampah pun tak. Tapi saya suka wataknya yang protective terhadap keluarga. Iman yang anak tiri tu pun di layan macam anak sendiri. Cuma sikap sinis dan perangai sengalnya tu yang kadang-kadang buat saya rasa nak luku mamat ni. Hahaha.
3. Zehra. Saya cuma tak suka wataknya yang rela jadi punching bag suami bertahun-tahun. Agaknya inilah nasib orang yang baik hati macam Zehra ni. Rela je diperlakukan macam mana pun, janji orang yang disayanginya tak terluka / cedera. Raimi yang ditinggalkan bertahun-tahun dulu pun sebab alasan itulah. Dia mahu gembirakan Tasya tapi dalam masa yang sama dia tak tahu Raimi menderita. Hmm..
4. Suka dengan keletah dan kerenah Iman dan Reha. Mereka ni memang polos tau. Suka-suka aja tanya soalan yang boleh buat mak ayah diorang terkedu. Hahaha. Tapi dah nama pun budak kan, apalah yang diorang tahu tentang masalah orang dewasa?
5. Selesa dengan gaya bahasa yang digunakan. Cuma, banyak sangat typo sepanjang pembacaan. Mungkin boleh diperkemaskan untuk cetakan seterusnya. :)
again, pasal isteri ditindas. Writers malaysia, pls pls pls.... mostly u're women, n u nak kaum u hidup macam tu ke? kenapa x buat watak yang lebih dominant? ada option, tau apa nak buat, buat research skt pasal undang2, badan2 kebajikan yang bole tolong mangsa ni... banyak je kan? at least ade gak ilmu yg baru tuk dikongsi.. ni asyk duk tahan sepak terajang sampai 7 tahun, alasan demi anak! padahal, anak pun jadi mangsa.. so pls writers... u can do it better! (maaf, emo pulak...)
overall cerita ni ok sebenarnya, part2 lepas kawen tu biase la gaduh2, manja2 de orang ketiga sume n happy ending.. cuma tu la pada saya lebih kan part awal2 tu.. macam pantas sangat.. tau2 Tasya da meninggal... tau2 da kawen...
lagi 1, raimi & Zehra ni bergaduh macam bukan orng ade anak 6 tahun! kalau dimatangkan lg dialog pergaduhan tanpa baling2, perli2 n ikot emosi saya kira naskhah ini lebih baik. Bukan apa, annoying pulak bila baca gaduh2 macam orang belum kahwin tapi da ade anak.. u got what i mean?
bestt...lain dari yg lain..kekasih yg berpisah bertemu kembali setelah masing2 dah ada anak sorang..paling kesian mestilah Zehra..dia yg berkorban tp hidupnya terseksa selama 7 tahun...sedih sgt..nasib baik dia ditemukan kembali dgn Raimi dan Tasya..
cerita ni memang menarik minat saya sejak baca dlm group lagi.. saya sukanya watak Raimi walaupun mulut mcm longkang bak kata zehra, Raimi memang bersikap selamber gila bila bercakap dgn Zehra..langsung tak ada nak ckp baik2 semuanya ayat2 berapi2 penuh sindiran berbisa..
Perjalanan cerita yg kemas.. membuatkan saya tak terasa boring dan kadangkala tersenyum2.. tapi bila mak Raimi suruh kahwin lain yg tu memang sedih dan geram sangat..
NOVEL : KEKASIH CADANGAN HATI PENULIS : ANGGERIK MAHWA
Mendirikan rumah tangga bersama Khalil, Zehra hanya ditemani air mata. Bukan salah Iman, si anak yang menjadi punca di dijadikan tempat melempias amarah Khalil. Akhirnya, titik perceraian itu muncul jua. Namun, tidak siapa menyangka, dia bertemu Raimi, lelaki yang menjadi cinta pertamanya. Dan, lelaki itu jugalah yang dia tinggalkan kerana satu rahsia.
Raimi sudah berkahwin. Tapi, Raimi berkahwin bersama Tasya, temannya. Dia tidak kisah, sehinggalah Tasya meminta yang bukan-bukan kerana masanya kian suntuk. Menjadi isteri Raimi dan ibu kepada Reha. Itu tindakan gila. Mana mungkin dia bisa mengahwini lelaki yang telah dia tinggalkan. Namun, hajat Tasya dia tunaikan. Jadinya, bagaimana perkahwinan mereka berdua?
Bagi saya naskhah ini punyai jalan cerita menarik. Mana tidaknya, penulis ini sebenarnya ialah ALEYA ANEESA, penulis yang terkenal dengan adegan air mata. Cuma, untuk kali ini adegan air mata itu sedikit kurang kerana rasa 'menyampah' itu agak tinggi buat Zehra. Si lelaki sudah mencintai, mengapa dia terus juga membuat onar. Rasa nak lempang je kan bagi betul sikit otak Zehra. Bergitukan emosi tak terkawal.
Apa-apa pun novel KCH ini merupakan sebuah karya yang mampu dihadam pembaca. Tahniah buat Anggerik Mahwa@Aleya Aneesa untuk naskhah ini. Semoga penulis mampu menghasilkan karya pada masa mendatang.
Tak tau kenapa bila dah baca tak leh nak berhenti. Suke dgn couple Raimi dgn Zehra. Suka watak Zehra...dia sanggup berkorban demi sahabat yang menderita sakit sampai kebahagiaan dia dgn orang yg dia sayang terpaksa dipinggarkan. Biarlah Raimi nak kata Zehra bodoh ke apa, tapi hati perempuan ni payah nak tebak. Kadang2 tak sempat nak fikir pasal diri sendiri bila libatkan orang yg dia sayang. Tapi kadang lelaki tak nampak. Just fikir ape yg dia rasa jer.
Tapi bila kenyataan dah terbentang depan mata barulah Raimi sedar hakikatnya. Zehra seorang wanita yg berani, cekal dan sanggup letakkan kebahagiaan kawan baik sndiri tanpa fikir bahagia dia.
Watak yang paling cute dalam ni tentunya Iman & Reha. Polos je soalan2 yg keluar dari mulut diorang. Sampai Raimi dgn Zehra pun tak tau nak cakap apa. Disebabkan budak2 comel ni gak banyak perubahan dalam family diorang berlaku. Part nak adik lelaki & perempuan tu best. Hihihihi
Watak Khalil dalam ni mmg menyampah giler bila baca. Kadang terpikir kenapalah Zehra dapat suami macam dia yg tak berhati perut langsung. Kerana wang semata, sampai sanggup buat Zehra & Iman duduk dalam neraka dulu. Benci to the max lelaki cenggini.
Perghhhhh!!! Respect giler kat si Zehra... Anda mmg super angel hokek!!! Sanggup lukakan hati sendri demi kebahagiaan org lain... Baguih bangat... I always like u zehra... Even tho how hard u suffer. Tp si abang mmg kekadang ngek. Dah tau adik kena sampe tahap tue pun masih wat bodo. Tulun la.. X perlu kebenaran dr mulut si Zehra, ko sendri jer la cakap.. Haishhh yg tue benggang...
Si raimi, auwwwww... Dia bahagia kot, sentiasa ada org yg menyayangi di sekeliling.. Oleh itu x yah nak marah2 yer bila awak nikmati bahagia. Mulut awak tue nyer pedas rasa sampe nak cili2 kan ajer.. Hehehe
Tapi bila Raimi + Zehra, miracles just happen!! Iman ngan Reha just add some spices and wallah!! Happy Family.. Hehehehe...
Psst... Teringat part raimi nak ajak reha gie keluar, blh plk si Zehra x siapkan Iman, sebak gak hati baca sekejap.. Huhuhuu
Pssssstttt laie, hidayah tue mmg terasa sentiasa nak dimenyampahkan... Nama x setara perangai. Phui!
Cerita dibeli sewaktu Pesta Buku 2015 baru dapat dibaca sekarang. Kisah yang lain dari lain. Kekasih lama berjumpa semula sewaktu mereka masing-masing sudah berkeluarga. Ada suami atau isteri dan anak.
Zehra mahu lepas dari Khalil, si suami yg kejam. Takdirnya bertemu semula dengan Raimi yg merupakan si kekasih lama. Khalil sudahlah sakiti hati & tubuhnya, Si Raimi pula tak habis mengutuk, menghina & hentam Zehra. Sampai Zehra mengalah. Tapi jodoh mereka kuat. Bersatu juga mereka.
Seronok baca... Nak tahu apa jadi next & next. Lagi-lagi suka watak anak kecil, Iman Dan Reha. Comel.
Cerita Zehra & Raimi. lain dari yang lain. mereka yg dulunya pasangan kekasih terpisah atas alasan yg raimi tdk ketahui...bertemu kembali selepas berapa tahun sebagai suami dan isteri orang.
namun , kehidupan zehra sgt tragis. di dera, dipukul oleh suami yg tak berhati perut.. watak khalil tu mmg bad sgt. geram pulak rasanya.
overall,cerita menarik. dan berjaya membaca buku ni tanpa skip satu perkataan pun.
buku ni dikenalkan oleh petugas idea kreatif masa pbakl. dia kata best ni buku ni. walaupon penulis baru, tapi mmg bagus cara dia tulis. sebab senang terpengaruh, terus beli.
buku ni kisahnya realiti. rasa sangat dekat dengan hidup kita.
rasa bodoh sangat dengan zehra yang mampu bertahan hidup dengan khalil sampai 7 tahun. buang masa hidup dengan org yg tak tau hargai kita. please wake up. realitinya, ramai yang sanggup kena pukul, diseksa semata2 taknak anak hilang kasih sayang bapak. tapi betul ke cara tu? sepatotnya kena pukul, pegi repot. built case. jangan senang2 kena buli. emo emo..
lepas kawen zehra abaikan raimi. nasib baik la raimi tu mmg cinta mati kat hang. kalau tak, bermadu la dengan hidayah tu. memang dapat agak dah ni plan umi raimi. nak duga zehra kekdahnya...
wow...boleh tahan ceritanya..tapi kesian kan zehra dan iman ye selalu kerana pukul dengan bekas suami dia...hurmmmm...raimi ini aduhai macam nak singa je kalau bertemu dengan zehra..apa2 pun tahniah karya pada penulis buku ini..karya sangat menyeronokan..