Namun, apa maknanya cinta apabila Ariel dan Yasmeen memilih jalan untuk berpisah?
Yasmeen mula menyedari yang bahagia itu tetap akan menemuinya walaupun akhirnya dia perlu mencarinya sendiri. Bahagiakanlah orang lain dan bahagia dalam diri pasti ditemui.
Dan, lelaki bernama Adam hadir semula dalam hidup Yasmeen lalu mengubat luka cintanya bersama Ariel dulu.
Namun, bahagia Yasmeen diragut lagi apabila Adam pergi buat selama-lamanya tanpa mengetahui dia bakal menjadi seorang bapa.
Bagi Ariel pula, perpisahan dengan Yasmeen dulu mengajarnya sesuatu yang paling berharga. Jangan pernah ego dalam soal cinta dan jujurlah dalam melafazkan kata cinta.
Pertemuan semula dengan Yasmeen membuka kembali ruang cintanya untuk wanita itu. Tetapi masih sudikah Yasmeen menerimanya kembali setelah apa yang pernah berlaku antara mereka dulu? Dapatkah Ariel menerima hakikat yang Adam tetap ada tempat yang istimewa dalam hati Yasmeen sampai bila-bila?
Masa, rawatlah luka ini. Biar sembuh, biar hilang nyerinya.
ADILEAH kembali dengan...dan Angin pun Berbisik, kesinambungan kisah Yasmeen dan Ariel dalam Pada Angin Aku Berpesan. Pasti ramai yang ingin tahu kisah mereka selepas itu.
Bagi saya kisah ini adalah pengubat kekecewaan untuk penamat kisah Pada Angin Aku Berpesan. Jarang sebenarnya saya nak baca sequel novel yang dah tamat. Tapi untuk kisah ini saya boleh baca sampai penamatnya kerana kisahnya tidak melibatkan konflik yang bakalan buat kita rasa nak lempar buku ke dinding. Haha. Hiperbola. :P
Suka dengan kematangan Ariel dalam sambungan kisah ini. Setelah tahu kedudukan sebenar Yasmeen yang baru kehilangan suami, khidmat Munira, adik kesayangannya dipergunakan sepenuhnya. Kelahiran si kecil bernama Nur Tasnim pula bagaikan memberi lesen untuk Ariel mula mendekati Yasmeen kembali. Cuma itulah, kadangkala dalam keghairahannya menabur kasih sayang buat Nur Tasnim dan memancing perhatian Yasmeen, Ariel terlupa yang Yasmeen masih ada hak untuk menentukan arah tuju hidupnya sendiri. Yang bagusnya Ariel tak segan nak mengaku perasaan sayangnya terhadap Yasmeen masih seperti dulu. Jadi, macam mana gaya agaknya si kasanova pencen ni nak tawan hati Yasmeen semula?
Yasmeen pula tak pernah berniat untuk mencari pengganti selepas pemergian Adam. Namun kebaikan Ariel sukar untuk ditolak. Lebih-lebih lagi Nur Tasnim bagaikan mengiktiraf kewujudan Ariel sebagai 'bapa'nya. Tak sangka pula Ariel berani menghantar kedua ibu bapanya untuk melamar Yasmeen sekali lagi. Dalam hati berbolak balik tu, datang pula langau yang terang-terang mengaku sukakan Ariel. Ha, jadi antara menurut kehendak hati sendiri dan trauma dengan kenangan lalu (semasa jadi isteri Ariel), mana satu yang jadi pilihan Yasmeen?
Saya suka cara Yasmeen menangangi langau yang menempel di sisi Ariel tu. Kata Yasmeen, "Saya tak kesah pun siapa pilihan Ariel. Awak, saya atau sesiapa saja yang dia nak. Hidup ini ada banyak pilihan dan dia berhak untuk memilih siapa yang dia nak." (m/s 444)
Suka dengan kesudahan kisah mereka ni. Dan saya harap adalah nanti terselit kat mana-mana kisah Munira dan jiran sebelah rumahnya tu, kan? :)
...dan Angin Pun Berbisik adalah kesinambungan kisah Yasmeen dan Ariel dalam Pada Angin Aku Berpesan.
Yasmeen – Masa adalah penyembuh luka yang terbukti ada magisnya. Kegagalan masa lalu bukanlah penamat segala. Yasmeen bangkit menjadi wanita yang lebih matang. Matang dalam membuat keputusan mahupun tindakan. Pahit akan manis akhirnya sangat tepat untuk Yasmeen apabila kekecewaan pada kegagalan rumahtangganya dengan Ariel terubat dengan kehadiran Adam. Mereka bahagia. Sangat bahagia. Walaupun tanpa kehadiran cahaya mata, kasih mereka tetap erat terikat.
Namun... panas yang diharap hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Bahagia yang dipohon hingga ke akhir usia, derita jua yang datang menyapa. Adam pergi mengadap Pencipta di saat bahagia melingkari hidup mereka. Luluh jiwa Yasmeen tatkala menatap sekujur tubuh Adam kaku di pembaringan. Adam pergi tinggalkan dia buat selama-lamanya. Namun DIA yang maha pemurah hadiahkan si kecil buat peneman. Ya, Yasmeen disahkan mengandung anak Adam tanpa mereka sedar. Besarnya rahmat Dia pada Yasmeen. Si buah hati menjadi semangat Yasmeen untuk bangkit. Ya, Yasmeen harus kuat untuk si kecil titipan Adam.
Ariel – Demi bahagia untuk si dia yang disayangi, dia rela lepaskan walaupun tanpa rela. Lafaz talak yang memutuskan ikatan perkahwinan mereka tidak sekali-kali meleraikan rasa sayangnya pada Yasmeen. Bertahun mereka hidup di dua persimpangan yang berbeza. Mencari bahagia dengan cara mereka.
Nelly pernah menjadi racun pada hubungannya dengan Yasmeen, namun kerana kasih pada saudara dia sanggup menjaga Nelly yang menderita sakit. Walaupun Nelly pernah menjadi ‘pisau’ yang menjadi sebab terputusnya ikatan perkahwinannya, Nelly juga menjadi asbab dia berubah. Dia berubah menjadi Ariel yang lebih baik. Menjadi Ariel yang lebih dekat pada Penciptanya.
DAN ditakdirkan mereka ‘bertemu’ di perkuburan. Ketika Ariel melawat pusara Nelly, dia perasan dia tidak keseorangan di tanah perkuburan itu. Kelibat wanita yang sarat mengandung menarik perhatiannya.
Bertemu Yasmeen buat pertama kali selepas bertahun mereka terpisah, dia tidak mampu menyangkal hakikat bahawa rasa kasihnya pada Yasmeen selamanya ada dalam hatinya. Yasmeen itukan cintanya sampai mati! Memandang Yasmeen yang sarat, hatinya juga sarat dengan rasa sayang buat Yasmeen.
Kelahiran Nur Tasnim membuka lembaran baru dalam hidup Yasmeen juga Ariel. Yasmeen mahu terus kuat untuk Nur Tasnim. Ariel mahu jadi sebahagian daripada hidup Nur Tasnim. “Daddy sayang Nur Tasnim. Insya-Allah, daddy akan sentiasa ada untuk Nur Tasnim”
Namun bukan mudah untuk Yasmeen. Cinta-kasih Adam telah menguasai seluruh ruang hatinya. Bagaikan tiada ruang lagi untuk orang lain mendiaminya. Apatah lagi menerima Ariel kerana antara mereka ada sejarah pahit yang cuba dia lupakan.
Mampukah Yasmeen menerima kembali Ariel dalam hidupnya setelah apa yang pernah dia lalui dahulu ada sejarah hitamnya? Berjayakah Ariel menanam kembali kepercayaan Yasmeen padanya setelah apa yang pernah mereka tempuhi bersama, telah Yasmeen kuburkan?
Ternyata angin yang berbisik ada jawapannya...
*** Wah! Sudah lama rasanya saya tidak berkongsi rasa. Terasa kekok pula untuk berbicara apatah lagi untuk menyusun kata.
Apa yang boleh saya katakan, saya suka naskhah Adileah yang terbaharu ini. Ada rasa bahagia disela-sela derita yang merantai kisah mereka.
Susunan kisah mereka teratur cantik seperti cantiknya takdir yang berlaku pada mereka. Walaupun ada kalanya rasa berbahang juga jiwa ini dengan kerenah Ariel dan ‘langau’nya.
Suka juga dengan watak Aiman dan Munira yang menjadi penambah rasa dalam kisah Yasmeen-Ariel ini. Terutamanya watak Munira yang menjadi mata-telinga Alongnya.
Dengan bahasa yang mudah dihadam (pada sayalah) saya menutup naskhah ini dengan rasa puas.
Cik Pah suka kisah mereka. Untuk kali ini penulis berjaya melakarkan situasi janggal, kaku dan dingin apabila Ariel bertemu Yasmeen. Sudah hilang taring kasanova duda terhangat ini sampai terpaksa guna bantuan Munira aka Angah menjayakan misi dia mendapatkan semula Yasmeen. Rasa nak ketuk kepala Ariel, bila bantuan dah diberi dia pandai2 tambah perisa menjadikan situasi makin tegang dan parah. Suka sangat paksa macam Yasmeen tu tiada hak atas dirinya sendiri untuk menentukan hidup. Dan angin pun berbisik boleh jadi angin Yasmeen bertukar jadi taufan.
Nur Tasnim dijadikan sandaran , bayi yang lahir dari kasih sayang Yasmeen dan Adam. Kasihan si kecil tu, tak sempat mendapat belaian seorang ayah apabila Adam meninggal akibat kemalangan tanpa sempat mengetahui janin sedang membentuk dirahim ibu. Ya,selepas bercerai dengan Ariel, Yasmeen menyambung kembali kasih dengan cinta pertamanya. Terima kasih kepada Nelly yang membuat tindakan luar kawal 3 tahun yang lalu. Yang jahat, menerima hukum karmanya, Nelly meninggal dunia bersama rahsia yang Ariel sahaja ketahui dan tak akan didedahkan kepada sesiapa bagi menutup aib Nelly.
Jika PAKB plot cerita berkembang berdasarkan definisi Ariel tentang cinta, dalam DAPB kisah mereka bergerak berdasarkan definisi cinta Yasmeen. Status hubungan mereka juga berubah dalam PAKB selepas satu kejadian begitu juga dalam DAPB hubungan yang kaku itu naik satu takuk dengan keputusan drastik Yasmeen untuk sambung belajar di Sydney. Disitu hubungan yang janggal dan kaku itu mula nampak bunga-bunga bahagia. Tentang langau bernama Zetty tu boleh je abaikan.
Dan Angin Pun Berbisik ialah sekuel kepada Pada Angin Aku Berpesan. First thing first, aku suka tajuknya. Hahha..tak tahu lah kenapa, rasa comel je. .
Kalau dalam PAAB, aku kecewa dengan endingnya sebab Ariel memilih untuk melepaskan Yasmeen demi kebahagiaan mereka. Padahal Ariel dah mula sayangkan Yasmeen. Tapi Nelly pula cari pasal. Yasmeen pulak dah cukup terluka. So, perceraian ni ibarat hukuman buat Ariel. .
So, starting DAPB ni, Yasmeen sudah pun berkahwin ngan Adam, kekasih lamanya sebelum dia kahwin ngan Ariel dulu. Ariel pula masih sendirian. .
Di saat Yasmeen mendapat tahu yang dia mengandung, Adam pula kembali kepada Allah. Kesian Yasmeen. .
Sehinggalah satu hari, Ariel ternampak Yasmeen yang sarat mengandung di tanah perkuburan. Masa ni baru Ariel dapat tahu tentang apa yang dah jadi ngan Yasmeen. Ye la, lepas Yasmeen kahwin ngan Adam, Ariel terus tak ambil tahu dah. .
So, start dari situ, Ariel sentiasa ada untuk Yasmeen. Dan of course, Ariel gunakan adiknya, Munira sebagai orang tengah aka spy. Haha..sebabnya, confirm lah Yasmeen akan sentiasa menolak kehadiran Ariel. Ariel pula dah makin gila bayang ngan Yasmeen. Apatah lagi sejak kemunculan Nur Tasmin, anak Yasmeen, yang comel tu. .
Walaupun Nur Tasmin ni kecik lagi, tapi peranannya sangat besar dalam menyatukan Mummy dan Daddy nya. .
Oh ya, aku suka part dorang kat Australia. Masa tu, Yasmeen sebenarnya cuba untuk melarikan diri daripada pinangan Ariel. So, Yasmeen join la kelas Art & Photography kat sana. Hahah..memang tak la kalau Ariel nak biar je Yasmeen berdua ngan Tasnim. .
Aku ingat lagi masa baca PAAB dulu, aku memang menyampah ngan Ariel ni. Tapi sekarang, aku dah tersuka tanpa sengaja pulak. Hahah. Sebab Ariel ni dah banyak berubah. .
Oh ya, kalau dulu ada Nelly sebagai langau. Kali ni, Zetty pulak. Ya Allah. Wahai perempuan, tak boleh ke korang biarkan Ariel mencari bahagianya sendiri. Tak perlu kot duk jadi perigi. Dan memang aku salute ngan watak Yasmeen dan Ariel. Dorang dah matang. Dah tahu dah cara nak handle langau macam mana. Haha. Bukan biasa-biasa.
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM13. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)
Cerita yang sangat promising tapi fell-short in the execution. Pengolahan penulis tidak dapat membangkitkan sebarang perasaan. Part sedih pun, tak ada rasa sedih. Mainly because it is already expected. Chemistry between Ariel dan Yasmeen pun tidak terserlah. Pendek kata, everything is setakat suam-suam kuku saja.
And what’s with Munira keep popping in in every scene? Nak kata menjadi penambah perencah, tak juga. If anything, she’s like a lalat that just won’t go away.
yeay..semalam habis baca Pada Angin ku berpesan arini khatam Dan angin pun berbisik .akhirnya bahagia menjadi milik Yasmeen dan Ariel .nasib baik dlm cerita ni Zetty yg dok gila kt Ariel xjahat sgt mcm Nelly ..
review ringkas je, kebelakangan ni bz x sempat nk updt review pepanjang..huhuh
apa yang saya suka...
1. olahan penulis yang nampak matang, lebih santai & terisi dengan plot2 yang tidak terlalu berselirat & tidak meleret2
2. watak2 yang hidup, tidak begitu sempurna, n still, ketegasan & ketabahan Yasmeen memang mengangumkan
3. sequel yang tidak klise, sebab memang nak tau nasib ariel lepas bercerai.. tapi tak sangka gak adam dimatikan.. huhu
apa yang kurang berkenan...
1. mungkin, konflik terlalu sedikit, kurang menggamit emosi.. sebab, diawal2 kematian adam memang meruntun jiwa & begitu mendalam kesedihan yasmee.. cuma lepas tu, saat ariel mula cuba memikat Yasmeen jadi lebih santai, tapi kurang rasa.. entah, mungkin cuma saya je kot
2. plot terlalu mendatar, terutama ketika mereka di sydney
3. kisah munira-farhan macam hilang.. tak ada perkembangan.. aiman juga.. adapun, watak zetty.. tapi rasanya saya lebih tertarik dengan munira n farhan
3.5* Kesinambungan cerita antara Ariel & Yasmeen.. Akhirnya bahagia milik mereka... kalau ending citer tu ada baby antara Meen dgn Ariel mesti lagi best..
…dan Angin pun Berbisik.(dAPB) Kisah percintaan Ariel dan Yasmeen, yang melalui pelbagai ceritanya. Novel sambungan dari PADA ANGIN AKU BERPESAN ni membawa sejuta makna cinta. Tidak rugi membahagiakan org sekeliling kita. Allah adalah sebaik-baik perancang.
Bicara tentang Yasmeen, kehilangan suaminya Adam memberi impak yang besar dalam dirinya yang pada ketika itu juga sedang mengandung. Lahirnya Nur Tasnim tanpa kasih seorang ayah membuahkan tekad Yasmeen untuk memberikan yang terbaik untuk permata hatinya itu. Kehadiran Ariel semula dalam hidup Yasmeen mengisi ruang kasih seorang daddy untuk Nur Tasnim.
Bicara tentang Ariel, melepaskan Yasmeen satu masa dulu adalah sesuatu yang paling disesalinya. Tika itu padanya kebahagian Yasmeen adalah kebahagiannya, dan melepaskan wanita yang dicintainya adalah untuk memberi ruang bahagia buat Yasmeen. Wajah comel Nur Tasnim menghantar satu rasa yang cukup membahagiakan diri Ariel, selepas mengetahui status balu Yasmeen. Ariel tekad untuk menjadi daddy Nur Tasnim dan menambat semula hati Yasmeen, kelukaan dahulu akan diubati.
Munira adik Ariel yang juga rapat dengan Yasmeen, menjalankan peranan sebaik mungkin untuk menyatukan semula dua hati yang dahulunya pernah terpisah. Baginya Ariel dan Yasmeen pasangan serasi, kisah silam harus dilupakan dan wujudkan kisah yang baru. Ariel menggunakan Munira untuk terus berada dekat dengan Yasmeen dan Nur Tasnim. Pelbagai usaha yang Ariel lakukan dengan bantuan Munira untuk menakluki hati Yasmeen semula.
‘Kali ini dia tidak akan lepaskan Yasmeen dan sanggup untuk mempertaruhkan nyawanya sendiri demi Yasmeen. I can never let you go Yasmeen. Not this time.’- Ariel
“Ariel? You buat apa kat sini?” Masya-Allah! Kehadiran Ariel tu seperti cahaya yang menerangi hidupnya. Tak dapat digambarkan betapa leganya dia disaat ini. – Yasmeen
Keterampilan Ariel menimbulkan rasa cinta di hati setiausahanya, Zetty. Bermacam usaha yang dilakukan Zetty untuk meraih cinta Ariel termasuklah mencari tahu apa sebenarnya hubungan bosnya itu dengan Yasmeen. Zetty memasang impian yang Ariel mesti menjadi miliknya.
Apakah akhirnya usaha Ariel untuk meraih semula cinta Yasmeen? Dapatkah Yasmeen menerima Ariel semula dan melupakan kisah lama? Apa tindakan Zetty untuk meraih cinta Ariel? Bagaimana Munira membantu usaha Ariel? Nak tahu?? Semua ada dlm novel karya penulis Adileah ni, boleh baca sndiri ye..
Novel sambungan ni mmg sy tggu2, tak sabar nak tahu akhirnya kisah Ariel dan Yasmeen. Sungguh!! lepas baca PAAB sy sgt berharap ada sambungannya dan ada pengakhiran yg indah buat Ariel n Yasmeen. Dan….saya happy sgt dengan kisah sambungannya… Ok, nak citer skit. Suke dengan Ariel yg sgt gentleman tu, sanggup buat apa saja untuk Yasmeen dan Nur Tasnim. Cinta dia pada Yasmeen btul2 utuh. Serius, prolog citer ni buat sy nangis ok..sedih dgn cinta yg terpisah. Part sweet mmg byk dlm novel ni. Kasih syg yang melimpah ruah pun byk, beruntung Nur Tasnim dpt daddy n mummy yang penyayang. Tapiii..paling tak suke dgn Zetty tu, dendeng btul..kuat menyedeng je dgn Ariel..nyampah dgn dia, hihihi..
Hasil karya yang penuh dengan rasa kasih dan sayang, cara penulisan yang mudah dan senang dihayati. Emosi yang dimasukkan sampai ke dalam jiwa. Tahniah penulis, teruskan berkarya.
**pssttt…terima kasih kerana akhirnya dAPB spt yg sy impikan.. suke, suke, suke..
Sebenarnya cerita ni sambungan dari novel Pada Angin Aku Berpesan. Bila aku tahu ada sequel yang baru nak kuar terujanya nak baca kisah selanjutnya tentang Ariel-Min nie...dan tajuknya pula ialah ...dan Angin pun Berbisik.
PERSOALAN BERAT dalam kepala aku adalah apakah yang terjadi dengan kehidupan Ariel-Min selepas dorang bercerai?
Ariel. Rupanya selepas bercerai dengan Yasmin dia tak kahwin pun denga Lily tu. Tapi bila dia tahu Lily sakit terus dia kesian dan jaga Lily sampai Lily menghembuskan nafas yang terakhir. Tapi dalam keadaan inilah Ariel banyak belajar tentang cinta, kasih sayang dan memperbaiki dirinya dengan lebih baik. Alhamdullilah.
Yasmin. Ada jodoh dengan Adam juga rupanya. Mereka berkahwin dan hidup bahagia. Tapi ada peristiwa yang menyayat hati pabila Adam meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya tanpa mengetahui Yasmin ketika itu tengah pregnant. Aduh jatuh kesian aku pada Yasmin. sob...sob..sob.. Tapi semangat Yasmin tu kuat dia bangkit dari kesedihan dan bersemangat untuk membesarkan anak dia Nur Tasnim dengan se-sempurna yang boleh.
Yes, aku nampak sisi Ariel yang diputihkan. Ariel akhirnya tahu Yasmin dah keseorangan. Dengan cinta dan sayang yang masih tebal kepada Yasmin, Ariel cuba mendekatkan diri dan menggoda balik Yasmin kembali kepada dia. Haaaaa, kat sini lah peranan mak ngah Nur Tasnim dan Nur Tasnim yang cute tu penting. Memang geram dengan budak cute itu... dia yang banyak kasi ruang dan masa untuk ibu dan daddy dia bersatu.
Nur Tasnim. Walaupun ayah biology dia dah meninggal dunia tapi dia dapat kasih sayang yang penuh dengan daddy Arielnya. Dengan muka dia yang comel tu dapat membeli jiwa dan raga daddy dia sampai terikat dan tak boleh beralih arah dah perasaan tu. Dengan Nur Tasnim lah tempat Ariel-Min bermanja dan mereka sedar tentang hati dan perasaan masing-masing. Rupanya rasa cinta dan sayang itu masih ada.
Endingnya? Aku boleh tutup novel ini dengan senyum lebar. Happy ending. A MUST READ BOOK pada aku. Cerita yang simple. Realistik. Manis yang tak terlampau dengan momentnya tersendiri. Bila baca rasa bila nak habis-tapi tak nak habiskan. Macam tu la.
Berapa bintang aku nak bagi: ~ graf pemberian bintang naik ke ***1/2 bintang. (happy reading!)
Sinambungan kisah ..pada angin ku berpesan...meruap rasa teruja mahu mengetahui apa sudahnya Airel - Min setelah mereka berpisah! apatah memasing sudah berkahwin lain...
Ternyata DAPB melegakan! Perjalanan hubungan memasing yg berliku dan diduga tp memasing kuat dan tabah melaluinya!...
Jodoh masih milik mereka! dan saya mampu tersenyum gembira dgn kesudahannya!
keseluruhan? kisah yg menarik dgn bahasa mudah! Sinambungan yg tidak meleret...saya sukakannya! sgt suka! ^^
hmm.... kisah simple jer sebenarnya.. ariel dan yasmeen berpisah kerana nelly.. yasmeen ketemu cinta baru dan berkahwin dengan adam sebaliknya ariel turut berpisah juga dengan nelly. Akibat dari itu nelly menjadi liar akhirnya dijangkiti aids.. nelly meninggal.. adam juga meninggal kerana kemalangan dan ketika itu yasmeen baru tahu yang dia mengandung... ariel dan yasmeen bertemu kembali.. adanya nur tasmin anak yasmeen menjadi tiket kepada ariel untuk rapat kembali dengan yasmeen kerana dia amat menyayangi nur tasmin... akan bersatukah mereka kembali?..... see.... as simple as that.....
kematangan penulis terserlah dalam buku ini. bahkan jalan ceritanya lebih manis. suka komplot aril dengan adiknya. juga kebijakan aril dalam menangani hubungannya dengan zetti. walaupun tiada plot yang mendebarkan tetapi jalan cerita yang smooth dengan pengakhiran yang baik. gaya bahasa yang santai.