Jump to ratings and reviews
Rate this book

Amerika

Rate this book
Murshid Merican mahu menulis, tetapi telah diusik rutin-rutin harian diselangi momen-momen magikal, membawa dirinya menemui teman yang telah mati, majikan yang jatuh hati, penjaga hostel yang buta huruf, serta kekasih-kekasih karib dalam satu pengembaraan merentas kontinuum ruang dan masa.

Di antara kota kotor Kuala Lumpur dan South Beach, dari Manhattan ke Kyoto, mereka bersembang tentang cinta, arsitektur, seni, sastra, demokratia, dan kau-tahu-apa dalam satu kondisi mimpi yang bersinar.

Paperback

First published September 1, 2011

Loading interface...
Loading interface...

About the author

Ridhwan Saidi

34 books175 followers
Malaysian author/auteur, zine enthusiast and alternative book publisher: Moka Mocha Ink (www.mokamochaink.com)

Joni Atari: (soundcloud.com/joniatari)

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
83 (28%)
4 stars
129 (44%)
3 stars
63 (21%)
2 stars
10 (3%)
1 star
4 (1%)
Displaying 1 - 30 of 76 reviews
Profile Image for Syaihan Syafiq.
Author 14 books124 followers
December 27, 2012
Aku ambil masa kira-kira dua minggu untuk habiskan Amerika, novel terbaru karya Ridhwan Saidi. Agak lama memandangkan aku harus berhenti membaca untuk memberi ruang kepada kerja-kerja ilmiah yang lain (urrggh, menjadi mahasiswa tahun akhir sebenarnya tidak seronok ye!). Sepertiga selesai membaca, aku singgah ke blog si penulis novel, kurius ingin tahu apa pendapat beliau tentang respons pembaca yang lain.

Jujur aku ingin jelaskan di sini, Amerika ternyata kekal kepada trademark Ridhwan Saidi. Ceritanya bukan konvensional dan semestinya bukan untuk semua orang. Seperti Cekik, novelnya yang terdahulu, Amerika akan membuat pembaca terfikir tentang banyak hal-hal duniawi dan juga spiritual. Salah seorang kenalanku meminjam-baca novel ini dan selepas tiga hari dia pulangkan semula kepadaku dengan wajah yang perplexed dan menyampah.

“Tak logik dan merapu!” ujar dia ketika kami bertemu di hentian bas.

Aku hanya senyum. Sejujurnya aku gemar akan Amerika. Aku gemar efek symbolism yang digunakan di dalam novel ini. Bagi aku, Ridhwan Saidi menulis bukan dengan hanya berpandukan satu konsep sahaja yang ingin beliau terapkan di minda pembaca. Sebaliknya, beliau berharap agar simbol-simbol ini sebenarnya bebas diinterpretasikan oleh pembaca. Dalam erti kata lain, beliau mahu pembaca mengorek sendiri prior knowledge yang mereka ada dan baurkan dengan helaian-helaian halaman novel ini.

Ada beberapa perkara yang aku kira sengaja diselitkan oleh penulis di dalam novel ini. Mungkin untuk menyuntik unsur humor atau mungkin juga sekadar ketidaksengajaan bawah sedar ketika penulis asyik menghentam keyboard sewaktu sedang menulis. Entahlah. Antaranya, aku kira nama watak-watak Ramlee, Awang dan Murshid mungkin sekali suatu homage si penulis terhadap seorang lagi penulis prolifik, Ramlee Awang Murshid. Lipas raksasa, elemen strawberi dan sup brokoli pula pada pendapat aku merupakan suatu pancaran visual sesuatu yang lebih besar.

Aku kira lipas itu sendiri melambangkan masyarakat Malaysia. Kalau dilihat menggunakan kaca mata literature, sifat fizikal lipas itu sendiri saling tidak tumpah seperti masyarakat Malaysia. Lipas merupakan hidupan yang amat liat untuk mati. Heck, kalau sudah terpotong kepala pun ia masih boleh hidup berhari-hari lamanya! Begitu juga dengan rakyat Malaysia. Bagi aku, secara kolektifnya rakyat Malaysia merupakan warga yang gigih dan pantang mengalah (walaupun bagi aku tidaklah segigih warga matahari terbit). Perhatikan pula bagaimana representative lipas itu diceritakan dalam novel Amerika. Dalam satu babak pada lima peratus terakhir novel ini, ia membantu Murshid memanjat struktur bangunan entah apa entah untuk sampai ke puncak. Sekali lagi aku seperti dapat tafsir bahawa lipas itu saling tidak tumpah seperti tangan-tangan masyarakat Malaysia yang cukup prihatin, tambah-tambah lagi kalau ketika berlakunya kemalangan jalan raya. Ramai yang akan hulurkan bantuan, tetapi ramai juga yang akan sekadar tolong tengok. Exactly macam lipas. Dan, seperti lipas juga, rakyat Malaysia sebenarnya tidak mampu untuk menolak bahawa mereka bersedia untuk tinggal di dalam kondisi yang sedikit kotor, tidak seperti warga negara selatan Johor yang perlu kunyah gula-gula getah dalam persembunyian kerana khuatir disaman. Soal pembuangan sampah, sungai tercemar dan sebagainya seperti suatu trend bagi rakyat Malaysia dan mereka semacam sudah imun untuk tinggal bersama-sama sampah (rujuk kawasan perumahan kos sederhana dan rendah, terutama sekali pangsapuri sekitar Seksyen 13 Bandar Baru Bangi), serupa seperti kehidupan seekor lipas.

Cukup-cukuplah tentang lipas.

Amerika seharusnya dibaca dengan hati, minda dan jiwa yang terbuka. Pembaca tidak boleh mempunyai pandangan sempit ketika meneliti baris-baris ayat dalam novel ini kerana bagi aku ia bukanlah suatu baha bacaan linear reading yang mudah. Banyak subplot berselirat, imbas muka dan keterbukaan budaya dan buah fikiran yang bagi aku terkadang tidak sesuai untuk anak-anak muda. Terkadang aku anggap novel ini agak grafik, lebih-lebih lagi apabila menyentuh segmen di mana ada wataknya sedang bersenggama.

Amerika merupakan tempelak kepada societal disparity, dan ia digarap secara telus sehingga kau hampir terlepas pandang pada bacaan pertama.

Ada bahagian-bahagian tertentu di dalam novel ini yang tidak masuk akal, semacam ia ditulis ketika penulis sedang khayal atau separuh sedar kerana mengantuk. Watak-watak di dalam novel ini juga terkadang aku kira agak tidak logik kerana perinciannya tidak sepadan dengan deskriptif fizikal dan latarbelakangnya. Sebagai contoh watak Dahlia Sanni, gadis berambut hijau (mungkinkah terilham dari watak Kate Winslet yang seringkali bertukar-tukar warna rambut dalam filem Eternal Sunshine of a Spotless Mind?) yang gemar ponteng sekolah tetapi mempunyai minat mendalam terhadap fesyen dan falsafah. Kalau dilihat dari perspektif realistik, susah benar hendak cari budak sekolah yang quirky tetapi pintar secara semula jadi seperti Dahlia. Namun Amerika merupakan sebuah karya fiksyen, makanya apapun sebenarnya boleh terjadi. Kalau hendakkan sesuatu yang benar-benar realistik, sila letak kembali novel ini dan pergi baca novel cinta stok muntah hijau keluaran penerbit arus perdana yang lain (yang aku enggan sebut di sini kerana khuatir dikecam oleh golongan kipas-susah-mati pembaca novel keluaran penerbit tersebut). Menyentuh tentang watak-watak dalam novel Amerika ini, aku bersetuju dengan ulasan Mamü Miguel Ellezda Vies yang menegaskan bahawa watak-watak di dalam novel ini barangkali juga merupakan suatu representative bawah sedar bandar-bandar yang ‘dilawati’ oleh Murshid. Oh, dan aku juga seperti dapat kesan yang si penulis merupakan peminat Harry Potter kerana tidak habis-habis menggunakan perkataan ‘kau-tahu-apa’ yang seterusnya dijebak sebagai Voldemort oleh salah seorang daripada watak dalam novel ini. Comel!

“Kita boleh gunakan satu anekdot. Ada kawan sekelas Lia kat sekolah ni, couple dua orang duduk sebelah-sebelah. Mereka makan bersama, pergi sekolah bersama, balik sekolah bersama, ke kelas tuisyen bersama, tunggu bas bersama, berjalan-jalan bersama, dari siang sampai malam. Waktu malam bila di habitat masing-masing, diorang tak putus sms sampai pagi. Basically, diorang ni mengadap sesama sendiri setiap hari sepanjang hayat selamanya. Apa yang orang panggil sehati sejiwa.”
- Lia, Bab 15, halaman 88.


Apa yang pasti, abaikan jalan ceritanya yang pada pendapat aku sedikit all over the place, abaikan juga debat di hadapan sup brokoli dan air soya di antara watak-watak di dalam novel ini, abaikan juga babak epik Murshid dan Ramlee yang ‘terperangkap’ di tengah-tengah perarakan demonstrasi (yang semacam terlalu familiar bunyinya); dan betul-betul ambil masa untuk hayati bagaimana Murshid menyusuri hidup di kota kotor Kuala Lumpur dengan menara KL yang gemar mengintai, survivability-nya ketika di bumi asing dan kompleksiti perasaan kasih dan sayangnya yang berbaur antara gadis-gadis (dan janda) yang dia temui dan kalian pasti akan bersetuju dengan aku – bahawa novel ini memang lain dari yang lain.
Profile Image for Faizah Roslaini.
123 reviews24 followers
December 15, 2011
Apa cerita dengan Amerika ini? Kalau saya saya nak bagi empat bintang sebab saya suka cara Ridhwan berbincang tentang idea-idea dalam Amerika. Yang paling saya minat tentang pandangan bagaimana KL harus mengambil contoh New York sebagai model untuk pembangunan kota. Perumpamaan manusia dengan lima jari itu pun saya suka. Ada juga pandangan tentang demokrasi dan huzun Istanbul. Kritikan kepada seni tempatan yang kitsch. Tentang rakyat Malaysia yang maju tapi mundur bersikap. Ajaran Syeikh Siti Jenar. Ini antara ilmu-ilmu yang sedikit sebanyak saya boleh dapat dari Amerika.

Tapi lebih dari itu membaca Amerika ada juga rasa macam dibogelkan. Dibogelkan dari superficialiti dan hipokrisi dan mempersoalkan kefahaman status quo saya tentang cinta, diri manusia dan fikirasa isoterik.

Kalaulah Amerika itu adalah mimpi, ironinya penceritaan tentang hidup Murshid di kota Kuala Lumpur itu lebih realiti jika dibandingkan dengan banyak karya-karya berbahasa Melayu yang sedia ada. Ini saya setuju dan hidup sebagai undergrad muda hampir miskin bandar ini memang patut disuarakan.

Cerita Miami tu saya tak minat sangat kot. Mungkin sebab saya malas nak ingat apa rasanya berada di tempat baru, dengan kawan yang tak berapa ada dan berdepan dengan manusia poyo macam sponsor si Murshid.

Fasal sex scenes tu saya rasa tak mundane. Setiap sex scenes kalau sampai penuh satu muka menulis fasalnya saya rasa tak mundane. Tapi pada saya keberadaan sex scenes tersebut adalah representasi kepada realiti orang muda kita yang tak hairan dengan sex bebas dan juga mungkin, sebagai provokasi supaya pembaca Melayu tak payahlah nak taboo sangat dengan seks. Gamaknya lah.

Namun membaca Amerika all in all, pada saya ialah suatu humbling experience. Humbling sebab lepas baca ini saya sedar yang banyaknya lah benda yang saya tak tahu dan membuatkan saya rasa ada beberapa aspek dalam diri saya that I have to make peace with.

4/5 bintang untuk tulisan yang berani. Kurang satu sebab jalan ceritanya membuatkan saya pening.
Profile Image for Qhist Ma.
96 reviews63 followers
November 11, 2012
Haishh...rasa macam tak berapa nak innocent bila baca RS.. Tapi, disebabkan input2 yang provocative & supermassive beauty, yang iramanya merdu macam lagu2 Avenged Sevenfold, terasa macam aku dinafikan hak untuk berkata 'tak best pun???'...

Budaya hidup kiasu, prinsip revolusi dan reformasi dalam struktur asas bangunan, lukisan tangan 2 dimensi yang tiada rasa ruang, lukisan 3 dimensi janaan komputer yang diraikan ketika bangunan masih dibina, art, architecture, music, knowledge, philosophy, sistem kapitalis, hedonis, falsafah tentang langit, tentang ilmu, tentang Nietzsche, Plato, Übermensch, tentang Faisah Tehrani dan schol of thought yang berbeda, jemaah oligarki feudal yang memenjarakan pemikiran dan ideologi, kata2 Jodorowsky dan Psychomagic - berkenaan mimpi2 tak terungkai melalui penerangan logik, etc... memang sah2 lawa content buku ni..lagi berjiwa dari Stereo Genmai.. seakan berada di ruang masa archipelago pemikiran..

Cumanya, 'part relationship yang tak perlu' tu, tak perlulah RS terlalu imaginative, creative dan innovative...tak perlulah sahut sangat moto dan seruan kerajaan dalam part2 yang macam tuh..biarlah sekadar di pinggiran sahaja bak kata Fransisca Peter.. Pada hemat aku, RS dah memang cukup kacak tanpa part2 yang tak perlu yang sungguh descriptive sifatnya...

1 bintang aku simpan balik dalam kocek..akan aku kembalikan pada waktu hadapan...

We are not living in reality. We are living in a kind of dream, and this dream needs to be finished because we are coming to the end of one way to think - Jodorowsky.

Thanks for writing. Please do write more~
Profile Image for Mobyskine.
875 reviews108 followers
September 26, 2015
I must say that Ridhwan Saidi is a proper writer. Proper and fun. Membaca Ridhwan Saidi (buku kedua penulis yang saya baca selepas BRAZIL) buat saya tenang. Tak rasa serabut, proper and neat story line, karakter-karakter yang menarik (kenapa entah masih terbayang isteri Lui yang ada iras-iras Björk tu), laras bahasa yang kemas tanpa any bahasa pasar sehingga saya rasa kalau saya guru Bahasa Malaysia mungkin penulis dapat markah A+ daripada saya.

Banyak hal baru yang saya tahu daripada buku ini-- tentang arsitektur terutamanya, tentang hal-hal dunia-- fahaman, sistem, revolusi dan entah apa lagi yang tak pernah saya nak ambil tahu, tentang tapai ubi mungkin cuma sesuai dimakan bersama sup brokoli (agaknya), tentang beberapa novel terkenal dunia yang belum pernah saya baca, tentang cinta sejati (wuuuu!). That conversation between Ramlee, Awang dan Murshid was my favorite part. Tak expect that ending kepada watak Murshid but thank you Murshid untuk satu pengembaraan imaginasi (barangkali sedikit melampau) yang kadang-kadang buat saya tak mahu 'pulang'.

Jarang saya rekomendasi buku tapi kalau cuma boleh baca satu buku Bahasa Malaysia karya penulis indie, tolong baca buku ini.

ps: Love the blurb. So exactly.
Profile Image for Aini Akmalia.
100 reviews67 followers
May 16, 2015
Ini satu lagi. Satu lagi buku yang sebenarnya dan sebenarnya saya mahu hadiahkan 5-bintang. Paling tidak pun saya boleh beri 4-bintang. Alasannya tetap sama sebagaimana saya memberi bintang kepada buku CEKIK.

Saya ambil masa yang agak lama juga untuk mendapatkan kembali mood untuk membaca buku ini. Di awal cerita saja saya sudah menguap, entah untuk kali keberapa. Bosan. Ibarat mendengar bebelan si penulis tentang kota kotor Kuala Lumpur, saya tabahkan juga diri untuk membaca buku ini tanpa skip. Kerana saya tahu Ridhwan Saidi jenis seorang yang cukup teliti dan kreatif dalam bercerita, jadi saya sebolehnya cuba untuk mengikuti setiap nuansa cerita. Masalah yang lain pula, Ridhwan Saidi pula selalu mencabar imej innocent pembaca dengan menyelitkan unsur-unsur "dewasa" dalam ceritanya. Saya sukar untuk terima pengisian sebegini, menyebabkan buku ini kehilangan dua bintang daripada saya.

Apapun saya tertarik dengan perbincangan isu yang kritikal yang dibawa dengan santai ke dalam cerita. Tentang pendidikan, seni, arsitektur, politik, cinta dan lain-lain. Oh ya, falsafah demi falsafah turut sama sekali. Perkara ini yang menaikkan martabat buku ini di mata saya.

Ridhwan Saidi merupakan penulis yang berbakat. Beliau ada satu sudut pandang dan sisi yang menarik yang tak mampu dilihat oleh orang lain. Saya mula mengikuti tulisan beliau, so thanks to Amerika. Baru-baru ini saya membaca cerpen beliau di Selangorkini yang bertajuk "Salib Existensial". Mantap. Sedang menanti detik pulang ke Malaysia untuk mendapatkan Brazil pula.
Profile Image for Steff.
107 reviews17 followers
March 28, 2017
Penulis buku ini seorang penulis fiksyen yang juga seorang pemikir.

'Amerika' sarat dengan kupasan, ulasan dan perdebatan kasual yang merangkumi berbagai topik seperti seni, politik, falsafah, intim duniawi, arsitektur, budaya, masyarakat dan realiti kehidupan, yang dibahas dan dipertuturkan oleh seorang watak utama bernama Murshid Merican.

Penulis ini menulis dengan sifat yang sangat abstrak, dan banyak mencampur adukkan 'aku' dan 'saya' dalam naratif, namun setiap ketidaksekataan seorang penulis mempunyai sebab. Bagi saya, pada mulanya saya menganggap ianya terlepas edit, namun lama-lama saya melihat ketidaksekataan ini sebagai kebebasan yang melonggarkan fikiran dan persepsi pembaca. Menyiapkan pembaca untuk menerima sesuatu yang bercanggah dengan peraturan grammar sesuatu penulisan, seterusnya menyiapkan pembaca untuk menerima filusuf dan pendapat yang bercanggah dengan stigma masyarakat. Menyiapkan pembaca dengan penceritaan yang tidak linear, yang bertukar-tukar sudut naratif, lantas menyiapkan pembaca dengan kelonggaran menyusun idea berdasarkan zaman.

Genius.

Tapi apa dowh ending dia camtu?
October 17, 2011
Ini adalah novel kedua Ridhwan Saidi (yang dia tulis dan saya baca). Sebenarnya, ketika proses penghasilan novel ini, Ridhwan sering berkongsi ideanya dengan saya. jadi saya tidak mahu mendedahkan apakah suntikan idea yang dia letak di dalam novel ini. biar ianya tersemat menjadi satu bahan polemik bagi pembaca lain.

Ada seorang kawan saya (Amar Amir) mengatakan bahawa novel ini berbaur psikedelik. Saya rasa itulah perkataan yang paling sesuai untuk Amerika. Novel ini buat saya rasa terawang-awang. Seperti Murshid Merican yang selalu mengikut kata hati dan dialog-dialog debat yang mudah difahami - yang dibualkan oleh Murshid, Ana Dahlia, Aneeta, Awang dan Ramlee. Pada mulanya, saya mengikuti siapa yang cakap dialog apa. tetapi kemudiannya, saya rasa ianya bukan siapa bercakap pasal apa tetapi apa yang mereka cakapkan itu yang lebih penting. hal ini sekaligus mencadangkan bahawa yang lebih penting bukan 'siapa' tetapi 'apa'.

Saya cadangkan pembaca untuk membaca novel ini kerana ianya sangat menyegarkan dari segi idea. berbeza dengan buku-buku kebanyakan, dia mengajak kita untuk membuka satu ruang lain dalam kepala otak kita supaya menjadi manusia yang lebih ke hadapan, yang lebih kau-tahu-apa.

p/s: Antara momen yang saya suka adalah ketika nenek Murshid mengenakan kaca mata Ray Ban wayfarer ketika menyiram pokok bunga.
Profile Image for Yusoff.
6 reviews
July 4, 2012
falsafah jujur mengenai realiti kehidupan murshid merican di kota kuala lumpur. aku ambil masa nak hadam isu / persoalan dalam penulisan Ridhwan Saidi ni. aku tertarik dengan perbincangan murshid dan rakan-rakan mengenai realiti pendidikan tinggi dan politik saat mereka melabon di kedai kopi dan kedai buku. terus terang aku cakap, ini bahan bacaaan yang lazat buat minda-minda yang laparkan bahan untuk dicerna. bosan dengan novel cinta yang cliche? ini novel untuk yang ingin bertukar selera. amaran ; sila tambah kapasiti berfikir kamu untuk cerna isi-isi cerita novel ini.
Profile Image for Johnny B. Rempit.
123 reviews30 followers
March 24, 2012
Kalau kamu boleh baca satu sahaja buku scene/arena alternatif (bawahtanah mungkin sedikit klise) BM, baca buku ini. Bagaikan bawang yang berlapis-lapis, penuh makna yang jelas dan tersembunyi.

Bukan untuk minda tipikal.

Sekian. Itu sahaja.
Profile Image for Karl Agan.
Author 7 books79 followers
May 12, 2013
Tiada ulasan terperinci untuk buku ini. Aku suka, cukup suka. Aku simpulkan dengan line dari buku Amerika ini sendiri;

"mengelak daripada memijak anak tangga yang mengeluarkan bunyi bising--menjengkelkan."
Profile Image for Azrin Fauzi.
Author 17 books40 followers
August 1, 2013
Jika ini yang dikatakan "antitesis" kepada novel-novel DBP, ya, aku kira, ini yang terbaik!
Profile Image for Nadia A Jalal.
28 reviews4 followers
December 18, 2013
susah aku nak ulas penulisan ridhwan saidi kali ni sebab aku nampak ada perbezaan ketara dari segi penulisannya dalam kedua-dua buah buku. masih mengekalkan penghujahan prinsip dan filosofinya terutamanya dalam hal yang dia sendiri pakar; hal seni bina. aku suka cara penulis gambarkan watak utama iaitu murhsid; tidak terlalu ketara sikapnya yang non confirmist. ini membuatkan murshid tidak begitu digahkan perwatakannya. perkaitan antara bab yang sedikit goyah buat aku tercari-cari jugak amerika ini cerita mengenai apa selain aku agak kecewa dengan pemilihan tajuknnya. oh,kalau penulis gunakan alasan plotnya di miami yang maha sedikit tu sebagai faktor utama pemilihan amerika sebagai tajuk, aku dah boleh terjun bangunan kot.hehehehe... penceritaan near death experience bagi aku agak mengagumkan sebab ini menunjukkan tahap imaginasi ridhwan (even aku tahu dia boleh tulis lebih dari itu). namun, kegembiraan aku direntap balik dengan pengakhiran cerita yang bagi aku biasa-biasa je atau boleh dikatakan sbg anti klimaks(?).
anyhow,aku masih memikirkan apakah rasanya gabungan susu soya suam dgn sup brokoli.
Profile Image for Nuruddin Abu Bakar.
Author 3 books3 followers
December 3, 2012
Mungkin tidak keterlaluan jika aku kata (walaupun belum lagi membaca karya-karya beliau yang lain seperti Stereo Genmai, Cekik, Mautopia, etc) ini adalah Magnum Opus Ridhwan Saidi dan malaysia, sebuah masterpiece yang tidak ternilai harganya, yang harus diletak lebih tinggi dari poster Jim Morrison yang berlegging itu.
Profile Image for Fahmi Khir.
71 reviews1 follower
August 29, 2018
Merancakkan. Dan ia adalah naskah yang ditunggu-tunggu selama ini katanya.

Pada permulaan, ia menjadi pembacaan yang semakin bersatu dan meresapi ke dalam penceritaan.

Tetapi, pada akhirnya telah dicampak sejauhnya seolah tak mahu ada sebarang keintiman bersama lagi.

Lalu telah memberanakkan lagi keresahan, seandainya tidak mampu untuk bermesra dan menjadi asing semula antara satu sama lain.
Profile Image for Izzul.
21 reviews
April 8, 2019
Aku sebenarnya tak berapa suka novel yang konon-kononnya deep. Novel ni pun bagi aku deep tapi deep dia tu tak buat aku rasa meluat. Sebab ia bukan deep yang kononnya deep tetapi deep yang betul-betul deep. Jangan tanya aku apa yang deepnya sebab aku dah terlalu deep di dalam novel ni.
Profile Image for Khairul Umar Hamzah (Kuhaf).
53 reviews29 followers
May 24, 2015
Ianya sudah empat tahun semenjak Amerika tulisan Ridhwan Saidi diterbitkan buat kali pertama (2011), dan akhirnya saya dapat memilikinya juga pada tahun 2015 (walaupun dewi buku saya pernah berhajat untuk memberikan naskhahnya kepada saya dahulu). Setelah saya memiliki buku ini, saya tahu ianya akan jadi suatu perjalanan pembacaan yang menghiburkan.

Membaca Amerika tulisan Ridhwan Saidi – seperti biasa, tidak mengecewakan. Bagi saya, Amerika ini lebih bersifat naratif individu berbanding sebuah cerita seperti mana yang ditulis beliau dalam Cekik terbitan Fixi, dan lain-lain penulisan. Naratifnya dalam Amerika ini menjadi; banyak penerangan, pengetahuan yang dibincangkan dan ide-nya mengenai hidup yang dibincangkan melalui prosa yang menghairahkan.

Apa yang saya perhati, penulisan Amerika ini bagaikan ditulis dalam satu dimensi sfera yang membuatkan keseluruhan cerita mempunyai kaitan antara satu sama lain. Bagi saya, Ridhwan bijak dalam menggunakan teknik dan cara pengolahan dalam penulisan beliau. Perihal arsitektur, pegangan dan ide seorang gadis berusia 16 tahun dari CBN dan penulisan yang bergerak selari dengan persoalan-persoalan dalam hidup ditulis Ridhwan dengan santai, namun ianya masih menggugah dan menjentik sisi-sisi kita yang mahukan setiap persoalan itu untuk dijawab (lebih-lebih lagi dalam konteks hidup seorang rakyat Malaysia).

Saya paling suka dengan ide mengenai Wali ke sepuloh dan pegangannya. Ianya… mengkhayalkan.

Cuma saya sedikit terkesan dengan babak akhirnya yang saya tidak fahami (atau sengaja saya tidak faham?) kerana secara peribadinya naskhah ini diperkenalkan kepada saya oleh seorang yang saya anggap sebagai dewi yang datang dari syurga.

Atau, mungkin ini petunjukNya untuk saya kembali menemui dia dan membincangkan pengakhiran kepada cerita ini, mungkin?

Menyentuh mengenai perihal ketidakfahaman dan sentuhan peribadi dewi ini, teringat pula saya dengan bait tulisan Ridhwan yang mengatakan;

“Mungkin syurga seseorang itu adalah orang lain”

Dan dalam konteks ketidakfahaman ini, saya anggap mokhsa saya akan tercapai dengan lengkapnya perjalanan menyelusuri Amerika ini.
Profile Image for Adriana.
68 reviews12 followers
May 29, 2012
Murshid Merican, seorang pekerja di firma Timmy Lee, sebuah firma arkitektur. Tinggal di loteng tanpa tingkap sebuah hostel di 69 Pudu Lama milik majikannya. Filem pendek eksperimentasinya yang bertajuk Mekar rupa-rupanya diminati Aneeta, yang mengesyorkannya mengambil bahagian dalam pertandingan filem pendek.

Pada suatu malam, sehari sebelum Ramadhan, dia dikejutkan dengan pemergian kawan baiknya Awang Besut. Waktu itu juga dia, Ramlee dan Dahlia adik angkatnya bergegas ke Besut. Sebenarnya aku dah agak mesti ada watak bernama Awang selepas watak Murshid dan Ramlee ini, yang membentuk nama Ramlee Awang Murshid.

Sewaktu disana dia mendapat berita dari Aneeta bahawa filem pendeknya telah memenangi pertandingan dan mendapat hadiah berupa 2 keping tiket percutian ke Miami dan sedikit wang belanja. Namun akhirnya dia seorang diri terbang ke Miami. Disana dia tinggal bersama Shah dan Ella iaitu pengajur, di Barcelona Studio. Banyak manusia yang dia jumpa dan banyak perkara yang dilaluinya sepanjang berada disana.

Sebenarnya aku tak nampak plot buku ini. Beberapa kali aku skip muka surat kerana agak bosan. Ia lebih kepada sebuah catatan harian atau diari hidup Murshid tanpa ada sesuatu cerita yang mahu diangkat Ridhwan Saidi, penulis buku ini. Akhir sekali Murshid mati kerana pohon tumbang yang mengenai bilik tidurnya, meninggalkan sebuah beg yang berisi RM2000 dan 2 keping tiket ke Amerika yang dijumpai Lui dan isterinya.

Aku suka dengan penggunaan kosa kata yang berbentuk humor bersahaja. Aku banyak part yang buat aku senyum sorang-sorang. Cuma tak ada elemen tertunggu-tunggu apa akan berlaku pada muka surat seterusnya kerana bagi aku jalan ceritanya mendatar. Ada beberapa part berahi, tapi tak boleh fight Cekik. Kah kah kah. Kesimpulannya aku suka kosa katanya cuma jalan ceritanya agak bosan. Baca dulu, jangan terpengaruh dengan aku.

http://jiwarasagelora.blogspot.com/20...
Profile Image for Ahmad Abdul Rahim.
115 reviews40 followers
October 28, 2012
Surreal. Skeptisisme. Seks. Ini 3 perkataan bagi merumuskan pendapat aku, yang mampu menggambarkan novel ini kiranya. Dan aku tak berhujah dalam nada takjub. Bahkan kesal. Aku baca hampir 5 novel yang dibidani pasaran 'indie' ini. Rata-ratanya membawa persoalan2 sama : kebebasan pilihan, kenisbian moral, pesimis akan agama, serta mengatasnamakan rasio. Secara perlahan, aku semakin sangsi dengan penulis yang berbaka begini.

Ridhwan Saidi cuba mengatakan bahawa mereka yang berkiblatkan Barat, sekadar terima bulat-bulat apa yang Barat bawa tanpa mengambilkira faktor setempat. Tetapi tidak pula penulis bawakan apakah ilmu alat yang mampu digunakan bagi mencapai maksud matlamat itu. Lebih penting, Murshid Merican yang aku anggap adalah manusia ideal (ubermensch) di dalam novel ini, dalam banyak juzuk pemikirannya, tiada kayu ukur pun.

Gaya penulis mengembangkan perwatakan Murshid, Ramlee dan Awang juga aku gambarkan sebagai mandul dan jelek. Tiada beza pun ; baik daripada cara bercakap, berhujah, mahupun corak kalam. Aku kadang-kadang perlu untuk membelek semula dialog yang ditulis bagi menentukan siapa empunya badan yang bercakap (usai separuh pembacaan, terus abaikan aspek ini kerana mula sedar penulis sekadar berdakyah ; jelek).

Penulis membuat percubaan berani dengan membawa pembaca meneroka sisi pandang surrealisme di dalam beberapa babak. Secara jujur, ada sesetengahnya yang dipundakkan dengan jayanya, sehinggakan, aku berasa sedang berada di dalam salah satu babak dalam filem 2001 ; A Space Odyssey. Tetapi, di dalam banyak babak-babak lain, penulis gagal. Pemilihan kata dicedok secara semberono dan membuta, bebas daripada sebarang hadaf, jelas tiada cermat.

Oh, setelah menulis semua ini, aku rasa novel ini mampu dirumuskan lagi kepada satu perkataan sahaja ; Hampa.
Profile Image for Zulwaqarakram.
19 reviews5 followers
June 20, 2012
Amerika seperti sebuah rumah yang penuh dengan perabot cerdik pandai. Kritikan dan idea yang disampaikan dalam Amerika memang bagus dan berasas tapi semua ini seakan disampaikan melalui satu medium yang kaku dan mati (sebab itu elok aku panggil, perabot)

Pada mulanya, membaca Amerika seperti membaca satu tulisan daripada Houellebecq versi melayu. Tapi lama-kelamaan perasaan itu hilang. Disejat oleh kekeringan atmosfera rumah bernama Amerika ini.

Perabot-perabot sibuk memberi idea, mengkritik, berhujah sana-sini, masing-masing nak menyerlah kebijaksanaan sampai satu tahap naik jemu. Dan jujur aku cakap, ada antara kawan-kawan yang sudah baca Amerika mengaku mereka baca lompat-lompat, mengelak khutbah, idea, kritik yang terlalu terus-menerus.

Percaya atau tidak, Amerika dipenuhi watak-watak (Sepatutnya aku panggil perabot-perabot yang pandai). Sehingga aku sendiri tertanya-tanya apakah perbezaan mereka, apakah mereka ini saling bersetuju anatara satu sama lain yang sesungguhnya mereka ini betul-betul pandai? Atau mungkin aku terlepas pandang pada konflik yang wujud antara watak-watak yang pandai?

kau tahu apa mungkin dianggap satu pe-nya-kit. Mungkin ejaan ini salah. Mung-kin. Si-apa tahu? Ini mungkin satu idea baru daripada penulis Amerika kau tahu siapa, Apa asasnya? Apa yang cuba ditampailkan oleh kau tahu siapa ini?
Profile Image for fuggf.
2 reviews
December 12, 2011
Aku bersemangat nak baca tulisan kedua Ridhwan Saidi setelah Cekik. Aku dapat rasakan kali ini pasti lebih mengancam! Lenggok bahasa yang agak skema, kadang menunjukkan taring di sebalik pakaian bebiri. Seperti ada sesuatu yang tidak kena dengan dunia Mursyid; ianya pelik, sama seperti Cekik juga mempunyai kualiti surrealistic. Oh, pada hari yang sama aku beli Amerika, aku juga ada membeli DVD filem Jodorosky yang bertajuk Holy Mountain. Watak-watak dalam kedua-dua buku dan filem ini seperti sedang mencari sesuatu dan selalu membuat tindakan mengikut suka-hati-tanpa-fikir-panjang. Tindakan-tindakan spontan ini telah mewujudkan warna-warni jalan cerita dan akhirnya mereka menjumpai apa yang mereka cari selama ini.

Ceramah-ceramah artisektur dalam penulisan Ridhwan tetap menjadi pujaanku. Mungkin disebabkan saya ini bodoh ilmu artisektur, itu pasal apa saja yang dihidangkan Ridhwan mengenai artisektur telah ditelan bulat-bulat dan terasa “Kau ni memang betullah Ridhwan!”.. Itu sebab aku eja artisektur pun salah, sepatutnya arsitektur.

Review aku ini mungkin tak tepat sebab aku sebenarnya main ikut suka hati apa yang aku nak tulis. Aku bukan ingat sangat pun apa yang aku baca 3 bulan lepas, aku cuma berdasarkan apa yang aku mampu ingat dan selebihnya cuma berangan.
Profile Image for AZRGHZL.
101 reviews6 followers
March 16, 2012
Buku ini perasaannya serius, harus dibaca dengan serius untuk faham hingga akan wujud perasaan seolah perlu memilih pil merah untuk mengetahui apa yang nyata, persis filem debut The Matrix .

Sepanjang menyelusuri himpunan teks dalam buku ini, lagu mendiang Jeff Buckley, So Real seolah bermain-main di telinga. "Oh... That was so real..." dibisiknya tiga kali chorus itu di telinga aku.

Bila sudah menyentuh fasal existentialism, biasanya surrealism juga akan menyusul. Lalu, aku juga seolah terasa sedikit nikmat dunia surrealistik ala Haruki Murakami di hujung cerita, atau mungkin perasaan aku saja.

Aku lebih berminat akan penulisan Ridhwan Saidi yang 'Amerika' kali ini. Sudah pasti aku nantikan karya beliau yang pasti akan lebih Amerika akan datang.

Ibu jari ke atas untuk penulis.


P/S : Aku fikir, jawapan kenapa Murshid mati ada dalam buku karya Randy Taguchi, Outlet.
March 22, 2012
Novel ini begitu merangsang sel-sel otak - yang bukanlah produk evolusi seperti dakwaan Murshid - sehingga aku boleh hanyut dalam lautan imaginasi Ridhwan Saidi. Jalan ceritanya mengelirukan dan seakan-akan kita memasuki pengembaraan magikal watak utama di sebuah dunia asing yang dipanggil sebagai mimpi. Mimpi dalam mimpi.

Aku tidak begitu faham apabila Murshid dan kawan-kawannya bercakap tentang arsitektur kerana aku bukanlah seorang arkitek. Sungguhpun aku nampak ideanya yang dikaitkan dengan kehidupan manusia, tetapi falsafah-falsafah yang sangat asing bagiku, ditambah lagi dengan garapan cerita yang mengelirukan, tidak dilupa juga babak erotis yang mengghairahkan, membuatkan aku ingin menghabiskan pembacaan novel ini secepat-cepatnya.

Mungkin aku perlu lebih banyak membaca karya Ridhwan Saidi. Aku beri 4 bintang sebagai penghargaan terhadap ilmu dan idea beliau yang cuba disampaikan melalui Amerika.
Displaying 1 - 30 of 76 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.