Qaireen Hafiya menjadi gadis nakal dan suka memberontak gara-gara kurang mendapat kasih sayang daripada ibu bapanya. Sebagai ketua The Girls ada reputasi dan ego diri yang perlu dijaga.
Saat hidup dirasakan sudah tidak bermakna lagi, Amir Haikal muncul memberi ‘perisa' baru dalam hidupnya.
“Berapa banyak yang kau tahu tentang aku?” “Banyak. Cukup untuk buat kau jatuh cinta pada aku.”
Keyakinan, tingkah laku serta cheesy lines Amir memberi harapan baru pada Qaireen yang tidak percaya pada cinta.
Seperti andaian Amir, Qaireen akhirnya jatuh cinta pada Amir. Namun, Qaireen tidak pernah berpeluang meluahkan rasa hatinya. Bahagia yang diharapkan tidak bertahan lama. Dia kehilangan Amir. Perniagaan mama dan papanya pula muflis sehingga memaksa mereka sekeluarga berpindah ke Sarawak dan memulakan kehidupan baharu.
“Tunggu aku lapan tahun. Tak! Tunggu aku lagi lima tahun! Aku akan belajar sungguh-sungguh, cari kerja yang bagus. Dan aku akan kahwin dengan kau dengan gaji pertama aku!”
Janji Amir menjadikan dia separuh nanar dan dia hidup bersama kenangannya. Lapan tahun berlalu. Qaireen kembali semula ke Semenanjung Malaysia bersama dendam yang perlu dilunaskan. Namun, Haykarl Affandy yang ditemuinya menjadi ‘pengganggu' yang terlalu menarik untuk diabaikan. Bersama Haykarl, satu demi satu rahsia serta persoalan berkenaan dirinya mula terungkai
“Mencintai seseorang dan dalam masa yang sama terpaksa membenci orang tersebut bukanlah suatu perkara yang mudah dilaksanakan….”
Backstabbing always hurt a lot. and it hurt like hell when your best buddies in this world wide is the one that got that knife.. sobs sobs sobs...
but the best points, u always learn and coop with every challenges. be a better person.
and itu apa yang Qaireen buat. hit it and be better one. mmg dari awal dah mula bau2 something fishy is going on, tp x sangka la cempedak dah jadi nangka.. huhuhu...
watever that Qaireen do, mmg x layak dia deserve payback sampe camtu.
part commit suicide tue mmg sedih, minta simpangla ia dr to be happen kat dunia nyata nie.
anyway, lurve it when at last they be together.. whom with whom? hrmmm.. kenalah baca.. hehehe
saya beli buku ni waktu saya tingkatan 3 tapi baru terbuka hati nak baca. waktu tu saya baca blurb dia and since i was just a hopeless romantic teenager saya beli jelah. saya habiskan satu buku tebal ni dalam masa 10 jam. pada awalnya, saya cuma ingin membaca hingga 10 bab or until i get bored however, disebabkan penulisan eury athena ni sangat detail dan teratur, saya jadi teruja. maklumlah, fikir cerita ni cerita cliche student fall in love then ada org ketiga then happily ever after.
ya memang begitu kut pemikiran sesetengah pembaca but bagi saya, isi yang ingin disampaikan oleh penulis berbekas dihati saya. mungkin jalan ceritanya hampir sama dengan apa yang saya alami, and some of the word the author used is just too familiar. masalah keluarga, kawan dan cinta. semua orang mempunya masalah tapi tak semua org boleh faham masalah orang lain, tak dapat terima yang orang lain juga mempunyai masalah. we tend to compare our problems with other people, then timbul perasaan iri hati. semua tu berlaku dalam masa yang sekejap sahaja. entah kita sedar atau tak.
saya suka cara penulisan eury athena yang agak sempoi tapi details tak juga tinggal. apa2 pun i love this book a lot!
This entire review has been hidden because of spoilers.
I enjoyed the book...penceritaan berkisar dari zaman remaja sehingga mereka dewasa...5 kawan baik The Girls..permulaan agak perlahan kerana banyak naratif...tapi semakin lama semakin menarik mengikuti kisah Reen/Hafiya & The Girls - remaja bermasalah akibat kurang kasihsayang atau perhatian keluarga. Sedih & tersentuh dgn percintaan Reen dan Amir Haykal yg banyak dugaan...bukunya tebal tp sy tidak terasa kerana ingin tahu apa yg akan jadi seterusnya.....ada kelemahan sana-sini tp sedikit dan tidak menganggu cerita, good job writer...teruskan menulis.
Overflowing with emotionsss. Nangis sampai migrain aku 😂 Baca balik setelah sekian lamanya. Cuba cari feeling dengan novel lain malangnya, novel ni yang dapat buat aku rasa balik feel membaca novel macam masa tingkatan dulu. Best!!
High expectation for this but its just so-so. 3/5*
Sorry author, jgn kecam sy. Sy minat penulisan anda untuk novel AD + IZ. Harap penulis dapat keluarkan novel yang best & power lg. Look forwards your next novel ;)
Di tulis dengan penuh teliti. Dan saya sangat hargai usaha penulis untuk menghasil kan sebuah naskah yang sangat menarik. Saya tak miss satu perkataan pun.
I enjoyed it. A lot. Very very much. Sangat sukerrrrrrrrrrrrrrrrrrrr......
Pada mulanya saya rasa biasa saja semasa membaca bab2 awal novel ini..mungkin kerana saya kurang minat cerita remaja di sekolah.. selepas Qaireen Hafiya tamat peperiksaan SPM & selepas dia mendapat tahu bahawa Amir Haikal meninggal, saya semakin teruja untuk terus membaca novel ini.. apabila dia bekerja dgn Haykarl Affandy yg seiras Amir Haikal saya semakin teruja utk mghabiskan novel yg agak tebal ini.. Rahsia demi rahsia terbongkar membuatkan saya tidak boleh berpisah dgn novel ini.. Tahniah Eury Athena