Saya dapati dalam naskah ini Ahmad J. Husein memilih pelbagai gaya dan tingkat bahasa yang bersesuaian dengan tujuan dan dedikasinya. Beliau mengeksplorasi gaya ekspresi terbaik dalam penulisan kreatif iaitu gaya menunjuk (showing) dan mencitra (visualizing) dengan penggunaan alat susastera yang sesuai. Dalam naskah ini saya dapat melihat gaya ekspresi linguistiknya juga berubah disebabkan faktor masa, peningkatan skil menulis dengan memanafaatkan alat susastera, tujuan retorik, dedikasi dan mungkin juga kematangan peribadi. Saya juga telah menemui beberapa ciri khas (trademark) penulis yang menarik dan unik.