Since i tak reti give a proper feedback i would say this book give such a thrill and the vibe of mankind’s future in an era overwhelmed by viruses. Penjelasan sci terms yang mudah difahami dan tidak membuatkan reader tertanya ii apa kaitan virus tersebut. Since i am a fan of anime, while read it reminds me attack on titan and kaijuu, seolah-olah i berada dalam dunia tersebut. Kris yang bersifat anti-hero reminds me Eren kena pulak ada pengikut dia🤣. I love their friendship. All the character in this novel mmg function habess 👏👏👏
Thank you and congrats author berjaya hasilkan buku bengenre sebegini bcs i am looking local novel macam ni and guess what novel begini tak banyak local yang terbitkan.
Okay, my very first time read this kind of story. Dystopian. Nak baca cerita macam ni kau kena duduk dengan tenang dan relax. Kena fokus. Once kau terkhayal 3 saat terus lost. Pastu kena baca balik. 😂😭
Pertemuan antara Kris dan Kein telah menghuru-harakan dunia yang sedia huru-hara dengan wabak CWD-Rabies yang jauh lebih dasyat dari COVID-19. CWD-Rabies ni sejenis wabak yang merebak di udara di mana semua hidupan karnivor (pemakan daging) akan tiba-tiba berubah menjadi makhluk yang menakutkan dan agresif. Nak dipendekkan cerita, Kris ni mastermind semua rancangan untuk huru-harakan dunia. Senang cerita Kris tu war planner. Walaupun umur dia tu masih mentah, jangan dibuat main dengan idea-idea gila dia. Dia memang tolak mentah-mentah dengan prinsip “Niat tak menghalalkan cara”. Jika ada banyak nyawa tidak bersalah yang perlu dikorbankan, dia akan korbankan. Asalkan misi dan idea dia berhasil. Kein dan “anak-anak buah” Kris pulak semua bagaikan lembu dicucuk hidung. Walaupun diorang semua tak faham sepenuhnya apa niat dan muslihat Kris, tapi diorang akan buat je apa yang Kris tanpa banyak soal walaupun nyawa diorang perlu jadi galang ganti. Semuanya dibuat atas dasar kepercayaan.
Throughout the story, memang dark habislah. Agak berat jugaklah ceritanya. Walaupun novel ni tak sampai 300 muka surat pun, tapi ambil masa dekat 5 jam jugak nak habis menelaah. 😭🤏🏼
Dia punya ending pulak, hhhmmm… Not the kind of ending yang saya akan suka. Tapi fair lah sebab ia lebih realistik. Tak bolehlah nak expect ending yang sebaliknya. Apa yang Kris buat tu semuanya gila-gila. Takkanlah semua nak tengok dan telan bulat-bulat je. 🥲
Mengisahkan masyarakat yang hidup tidak lagi normal apabila muncul satu virus iaitu Virus CWD-Rabies yang hanya diserang kepada binatang pemakan daging. Jadi lebih agresif dengan saiz yang lebih besar, digelar Karnivor.
Kris. Seorang anak yatim yang baru sahaja tinggal bersama seorang pasangan tua bersama anaknya, Kein. Kris & Kein selalu keluar untuk kaji tentang Karnivor. Sampai satu tahap mereka sendiri diserang oleh Karnivor, dari situlah permulaan mereka menyelamatkan ‘dunia’. ___ Buku ni gila! Permulaan cerita dia pun dah buatkan saya untuk terus baca dan nak tahu apa akan jadi? Mula-mula ingat diorang ni akan ada dekat satu tempat je so fikir hm mesti boring, but then bila diorang mula bergerak ke satu tempat dan mulakan misi; I was stunned sebab amazed dengan storyline yang lagi gila! The more you read the crazier jalan ceritanya.
Tbh for me, saya rasa buku ni ada vibe AOT. The beginning and the ending. The best part about this book is sepanjang baca rasa macam tengah tengok movie, dan rasa macam kita ada dekat tempat tu sebab penulisan yang detail di setiap scene.
Plot twist buku ni betul-betul mind blowing 🤯 Memang tak expect dengan kegilaan from ‘that’ character.
Saya suka dengan watak Kein masa awal, tapi disebabkan Kris punya otak tu macam mesin; i’m in love with his character! He’s a number 1 war planner 🙏🏼 Character development dia best!
Overall, I highly recommend this book untuk korang try especially the ones yang suka dystopian with insane plot.