Kisah HM.
Hani Mariya
Hazry Mikail
Hans Muneef
Hana Maisarah
Sebuah novel yang bijak memerangkap pembaca di peringkat plot permulaan untuk meneruskan pembacaan tanpa henti untuk mengetahui mengapa Hani Mariya begitu? Mengapa Hans Muneef begitu? Mengapa Hana Maisarah begitu? Pembaca seolah-olah menjadi Hazry Mikail(watak Utama) untuk merungkaikan satu per satu persoalan yang timbul. Sangat Misteri, sangat tertanya-tanya, sangat mendebarkan…...
beep beep beep.
SAJAK HM
Seorang yang bernama Hani Mariya
Aku mencintai Hans Muneef
Aku setia dengan Hans Muneef
Aku menyayangi Hana Maisarah
“Cinta dalam hati ini getarannya
Meratibkan nama Hans Muneef”!
Aku buntu
Aku keliru
Aku tidak gila
Aku pasrah
Hubby ibarat kunang-kunang
Cahaya cinta hubby kecil
Cahaya-cahaya kecil ini bergabung
Menerangi seantero alam….
Hani sangat cinta pada hubby..
Cinta sangat-sangat!
Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di bilik kaca ini tersemai cinta suci
Dalam penuh misteri
KISAH HM
Seorang yang bernama Hazry Mikail
Hani Mariya perlu dibantu
Keliru itu membelenggunya!
Kala dia sihat, aku sakit jiwa
Aku bukan Hans Muneef, Aku Hazry Mikail
Aku ingin sentiasa berada di sisimu.
Aku ingin menjagamu selagi ada hayat ini.
Namun,
KISS ME, Jangan risau, puan, Sepuluh sen dapat dua,
Jangan ucap maaf kerap sangat,
Murah sangat dah ni, Sepuluh sen dapat dua!!!
AKU TERKEDU, INI DRAMA ATAU APA?
Beep…beep…beep…
Andai ku terbuang tak diterima
Andai ku disingkirkan
Ke mana harusku bawakan
Jika di hatimu masih ada Hans Muneef!
SORRY AKU BUKAN DIA!!!!!
KISAH HM
Seorang yang bernama Hans Muneef
Aku menyayangi isteriku
Aku menyayangi anakku
Aku menitipkan galeri HM untuk mereka
Hani Mariya, “You are my girl”
“Abang bahagia ada isteri macam Hani”
“Abang bertambah bahagia ada anak sebijak Hana Maisarah
Beep…beep…beep
KISAH HM
Si cilik yang bernama Hana Maisarah
“Hana tak nakal. Hana budak baiklah, mummy…”
“Bila Hana boleh ke galeri? Hana nak ikut mummy.
Hana nak melukis”
“Daddy tak masak untuk kita hari ini?”
“Hana nak daddy masak lasagne, boleh?”
Beep…beep…beep
SORRY AKU BUKAN DIA diolah dan digarap dengan gaya penulisan yang penuh dengan kesenian.
Sebuah naskhah yang…
Penuh misteri,
Penuh persoalan,
Mengapa? Siapa? Di Mana? Bila? Sampai Bila?
Membaca SORRY AKU BUKAN DIA
Seolah-olah menonton filem suspens
yang
meruntun jiwa,
membuai emosi,
menggetar rasa,
mengalirkan air mata,
sebak di dada terasa hingga ke akhirnya.
TAHNIAH! TAHNIAH! TAHNIAH!...kepada penulisnya Iza Safiya. Naskhah kedua yang semakin matang dalam gaya penulisannya. Tahniah kerana telah berjaya membawa kelainan dalam SORRY AKU BUKAN DIA untuk mewarnai dunia penerbitan negara.
Kak wan bagi beribu-ribu kunang-kunang yang berterbangan di malam hari yang menerangi malam sepi untuk SORRY AKU BUKAN DIA. BEST KEBABOMMMSSSSSS
P/S..
Iza Safiya,
Terima kasih kerana kisah cinta Hani – Hazry telah menceriakan hidup cikgu Wan!....JOM JJCM
Sebuah naskhah yang perlu dimiliki oleh semua orang....recomended! dan PESANAN PENAJA IALAH SEWAKTU MEMBACANYA JANGAN PANDANG BELAKANG DAHULU..NANTI TAK SUPRISE KERANA ADA BANYAK SUPRISE YANG TAK DISANGKA SANGKA BERLAKU...n jangan baca lompat lompat sebab setiap muka suratnya MISTERI....JANGAN DISELUBUNGI HIDUP ANDA DENGAN MISTERI.