Bukan kuasa Sang Hiyang Batara Jagat Nata, juga bukan Hiyang Ulung. Dewata Mulia Raya juga tidak mampu melegakan resah hati Raden Inu.
Kembara baginda mencari kebenaran tauhid. Bertemankan penakawan Jerude, Punta, Kertala dan Persanta, lautan ganas diharungi. Direlakan diri menjadi Si Capik demi menemukan jejak memintas kapal nakhoda daripada Kerajaan Pasir. Hatta bersabung nyawa dengan makhluk sumpahan belaan si tukang sihir, Mervin.
Ancaman Ezekiel daripada Benua Utara malah hampir mencabut nyawa si pencari kebenaran.
Demi mencari Yang Maha Berkuasa, Raden Inu mempertaruhkan nyawa. Justeru, berlabuhlah cahaya di tanah Kencana membunuh mantera-mantera pujaan lalu menggantikannya dengan puji-pujian pada Yang Esa.
Nama penulis: SRI RAHAYU MOHD YUSOP Nama penuh: Sri Rahayu binti Mohd Yusop Tempat lahir: Tanjong Karang, Selangor Tarikh lahir: 18 Jun 1976 Pendidikan awal: Sekolah Rendah Kebangsaan Batu 9, Tanjong Karang dari (1983-1988). Pendidikan Menengah: Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor (1989 -1993). Pendidikan Lanjut: Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras; University of Otago, New Zealand dan Dunedin College of Education, New Zealand (1994-1999) Karier: Guru Bahasa Inggeris di SMK Dato' Harun, Tanjong Karang (2000 - 2003), SMK Pandan Jaya, Ampang (2004-2020).
Hasil kerja yang telah diterbitkan:
1. 'Bukan Legasi Lalang' (Utusan Publications & Distributors, 2001)) - memenangi tempat pertama Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2000, Hadiah Sastera Perdana 2000/2001 bagi kategori Novel Remaja. 2. 'Merdekakan Cinta Ratna' (Utusan Publications & Distributors, 2003) - memenangi tempat ketiga kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2002. 3. 'Odisi Tanah Kencana' (Utusan Publications & Distributors, 2007) - memenangi tempat kedua Kategori Novel Remaja dalam Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2006. 4. 'Warisnya Kalbu' (Utusan Publications & Distributors, 2008) - memenangi tempat pertama Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2007. 5. 'Kasih Nan Agung' (Utusan Publications & DIstributors, 2009) - memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2008. 6. 'Impuls/Roh' (Utusan Publications & Distributors, 2010) - memenangi tempat pertama Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2009. 7. 'Bimasakti Menari' (Utusan Publications & Distributors, 2011) - memenangi tempat pertama Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2010, Kategori Novel Remaja dalam Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2010/2011, teks Komponen Sastera (KOMSAS) subjek Bahasa Malaysia Tingkatan 5 bermula dari tahun 2016 di sekolah-sekolah menengah di Terengganu, Kelantan, Pahang dan Melaka. 8.'Rimba Jiwa' (Utusan Publications & Distributors, 2012) - memenangi tempat ketiga Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2011. 9. 'Equilibria' (Utusan Publications & Distributors, 2012) - memenangi Sayembara Penulisan Fiksyen Sains & Teknologi Universiti Teknologi Malaysia-Kumpulan Utusan Musim Kedua pada tahun 2012, Anugerah Buku Negara bagi kategori Fiksyen Sains & Teknologi pada tahun 2013. 10. 'Qalam Kalbu' (ITBM, 2013) - memenangi Sayembara Penulisan Novel-Cerpen-Puisi Institut Terjemahan dan Buku Malaysia - Berita Harian - PENA Musim Pertama pada tahun 2014, Kategori Karya Umum (Buku) dalam Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2013. 11. 'Transgenik Sifar' (Utusan Publications & Distributor, 2015) - memenangi Sayembara Fiksyen Sains dan Teknologi Universiti Teknologi Malaysia-Kumpulan Utusan Musim Ketiga pada tahun 2015. 12. 'Empunya Kalbu' (Utusan Publications & Distributors, 2016) - memenangi tempat kedua Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2015, Hadiah Sastera Perdana 2015/2016 bagi Kategori Novel Remaja. 13. 'Kronikel Empat Bahtera: Puteri Naga Tiberius' (Penerbit X, 2017) - novel pertama beliau yang terbit di luar sayembara. 14. 'Farewell, Elsinore' (Legasi Oakheart, 2018) - novel Bahasa Inggeris pertama. 15. 'Selendang Merah Balukhali' (Utusan Publications & Distributors, 2019) - memenangi tempat pertama Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2017. 16. 'ALGOJO' (Fixi, 2020) - memenangi hadiah utama Sayembara FIXI Musim Kedua. 17. 'Belati Cinta Zulaikha' (Utusan Publications & Distributors, 2004) - memenangi Hadiah Eceran Kategori Cerpen Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2003 bagi cerpen 'Reeves, Cormack dan Semak'.
Tak puas betul baca buku ni tau, jalan ceritanya sangatlah menarik.
Cakaplah apa pun tapi buku fantasi perlu ditulis panjang untuk pembaca lebih rasakan watak karakter supaya nampak lebih hidup, serta lebih merasai pengembaraan dalam cerita fantasi.
Tapi saya faham bila buku ini memenangi hadiah sastera dan target market-nya merupakan remaja, jadi sesuai dengan pendeknya jalan cerita buku ini.
Saya suka betul dengan Raden Inu, dan betapa comelnya Saroja bila bercakap dengan Si Capik dan betapa sedihnya saya bila Saroja baru sahaja ingin merasa apa itu cinta lawan sejenis tetapi si putera lebih dahulu menghalang.
Bila diingat kembali, tunang Raden Inu pula hebat orangnya. Seorang perempuan yang ada visinya dan tahu apa yang perlu dilakukan untuk mencari tunangannya.
Buku ini membentangkan dua sisi kekuatan wanita yang berbeza, setiap perempuan pasti ada kehebatan mereka tersendiri.
Begitu juga dengan jalan cerita buku ini yang sangat dekat dengan sejarah Tanah Melayu, saya baru tahu rupanya sudah ada gerakan untuk menyebarkan ajaran Kristian sebelum Parasmewara tiba ke Melaka lagi. Sesungguhnya, membaca kisah Odisi Tanah Kencana membuatkan minda saya lebih terbuka untuk tahu sejarah awal bagaimana bertapaknya ajaran tauhid, Islam di Tanah Melayu.
Naskah ini selayaknya dijadikan buku untuk dibincangkan dengan lebih mendalam, teringat akan saya buku 1515 yang turut membincangkan tentang sejarah Tanah Melayu ketika Melaka ingin dijajah untuk penyebaran ajaran Kristian.
Tulislah lagi buku seperti ini, kita perlukan buku fiksyen sejarah lebih banyak yang sesuai dibaca anak muda.
Terima kasih Kak Sri sebab tulis buku ini 😊
Wahai gadis, sila catatkan bahawa beta telah berkata bahawa perkahwinan bukanlah medan untuk menunjukkan kemewahan, bahkan buat golongan raja-raja sekalipun
Saya tak tahu kenapa, tetapi dialog Puteri Ratna Kemala di atas sangat menunjukkan kehebatan seorang perempuan, entah kerana dia menyeru wahai gadis, entah kerana yang memegang jawatan penyurat istana itu seorang gadis muda atau kerana ia sungguh ganjil untuk zaman dahulu seorang wanita itu punyai hak terhadap diri mereka.
Pada awalnya, saya tidak memahami kisah ini berkaitan tentang apa meskipun telah membaca sinopsis belakang buku berulang kali.
Pengenalan dari bab 1 hingga 10 lebih kepada watak di dalam buku ini. Agak pening bercampur keliru dengan nama-nama watak yang pelik sehinggakan saya terpaksa menyelak semula dari bab 1 untuk memahami dan menghayati.
Selepas bab 10, barulah saya dapat menghayati keseluruhan kisah ini dan perlahan-lahan mengenali setiap watak yang ada.
Raden Inu seorang putera raja yang berjaya meloloskan diri bersama penakawannya yang setia untu mengembara ke Tana Kencana. Sementara itu, Puteri Kirana yakni tunangannya pula meloloskan diri dari istana demi mencari Raden Inu kerana risau akan keselamatannya.
Raden Inu menyamar sebagai si Capik yang bongkok dan tukang mengangkat barang kepada Nakhoda Sulung Setia; bapa saudara kepada dua beradik kembar; Saroja dan Guruh. Tujuan penyamarannya untuk mencari kembar tersebut demi mendapatkan batu sakti.
Serentak dengan itu, Raja Eeizkeil bersubahat dengan ahli sihir terulung; Mervin dengan menggunakan permainan sihir untuk menghapuskan sebuah pelabuhan tertua iaitu Tanah Kencana.
Pengembaraan demi pengembaraan diteruskan dalam semangat juang, setia kawan dan kasih sayang. Plot cerita semakin berkembang, penih dengan suspen sehinggakan pembaca seperti saya tidak boleh tenang memikirkan apa yang akan berlaku seterusnya.
Nak komen apa ya? tak ada major comments. Selain jalan cerita sesedap rasa. Bahasa nya indah. Bacaan yang bermanfaat tentang sebuah perjalanan kelana Raden Inu, Puteri Candera Kirana, Saroja & Guruh mencari makna hidup, kebenaran tauhid dan agama sebenar menuju Tuhan Yang Esa. 👍🏻Ringkas sahaja ceritanya. Buku nipis tapi terasa padat pedoman nya.
"Tuhan itu ada, dalam bentuk yang sukar untuk kau fahami"- Si Tua Eprahem
Saya beranggapan kak Sri suka melemaskan pembaca di dalam dunia fantasinya. Sedikit canggung dengan nama watak-watak yang berselirat 'rasanya' tetapi naskah ini sememangnya suatu gah walau singkat noktahnya.
Adik yang memendam perasaan, baran si abang yang penyayang, muslihat luhur si penyamar, dua hati yang sepatutnya disatukan berada di hujung simpang gelora ujian dunia, raja yang bacul, anak jagaan yang menderhaka, penipu yang berlagak ampuh dengan dunia magis, jelmaan yang disumpah, semua itu kak Sri rangkumkan dengan segera tanpa melewah. Sangat pantas dan kita akan terus segar membaca tanpa menguap.
Rentak kak Sri berjalan laju, terkadang terlalu laju sehinggakan ada plot atau babak yang saya rasakan kalau dipanjangkan lebih mendatangkan impak yang besar. Babak dengan jelmaan dan juga kebolehan Si Kembar itu contohnya tetapi ini pandangan peribadi, naskah ini tetap gah dan klasik.
Jangan pernah berhenti melakar magismu kak Sri kerana dunia fantasi lokal memerlukan seorang Enchantress hebat seperti kak Sri untuk mengemudi bahtera serapah dan bermacam letusan ilusi. Terima kasih! Muah Ciked!
Kisah pencarian Tuhan Yang Maha Esa. Membaca naskhah ini serasa bersama-sama dengan Raden Inu, Raden Galuh, Saroja dan Guruh mengembara membelah lautan. Sungguh, sampaikan aku dapat bayangkan laut bergelora dengan kapal teroleng-oleng dan bau laut yang segar.
Ceritanya pantas tapi tetap mudah difahami lebih-lebih lagi jika kau beri perhatian penuh kepada bait syair-syairnya di awal setiap bab. Susunan katanya puitis tapi masih sederhana membuatkan karya ini tak terlalu try hard untuk persembahkan ayat yang berbunga-bunga.
Odisi Tanah Kencana adalah satu novel bergenre fantasi sejarah.
Ia bermula dengan kisah seorang putera raja bernama Raden Inu yang mula mempersoalkan tentang siapa itu pencipta sekalian manusia?
Jadi untuk mencari kebenaran, dia lari dari istana dan mula berkelana dalam jalan mencari tauhid bersama empat pengikut setianya.
Apa yang paling menarik bagi aku masa baca novel ni, sebenarnya lowkey Kak Sri masukkan element sejarah penjajahan Barat ke Timur untuk menyebarkan dakyah Gold, Gospel, Glory. Ezekiel yang cuba sedaya upaya untuk menghalang sesiapa saja yang cuba menyebarkan ilmu yang betul. Mereka akan dibunuh dan dihukum. It reminded me of the Dark Ages and the crusade.
Kemudian kita ada juga kisah sepasang kembar Saroja dan Guruh yang kedua-duanya mempunyai personaliti yang berbeza tapi masih sayangkan each other as siblings could.
Dan bukan Kak Sri lah kalau tak ada bad-ass female characters kan. And here we were introduced with Raden Gayuh, tunangan Raden Inu yang sanggup mengembara demi mencari Raden Inu dan menuntut janji yang diberikan.
Overall, memang puas hati baca buku ni. Pendek je dalam 152 pages je. Tapi macam-macam jadi. Lowkey aku sebenarnya nak lebih lagi, tapi tu sebab aku tamak. 🤣 Tak boleh move on. All in all, memang aku rekomen untuk baca Odisi Tanah Kencana ni. Memang selayaknya menang Anugerah Sastera Kumpulan Utusan tahun 2006.
Raden Inu mula menyedari ada satu kuasa yang lebih kuat dan harus disembah oleh manusia meskipun yang bertaraf raja sekalipun. Dari situlah dia mula mengembara untuk mencari jawapan kepada persoalan yang muncul di kepalanya.
Betapa besarnya perbezaan untuk mereka yang ingin berfikir daripada mereka yang hanya menerima sahaja apa yang diturunkan oleh susur galur mereka. Tanpa pemikiran yang mendalam SH rasa Raden Inu tak akan mengembara untuk mencari jawapan kepada persoalan yang bermain di fikirannya.
Guruh ni bercakap besar betul. Bila menghadapi lawan yang sebenarnya mulalah gugup dan cuak. Namun keberanian dia untuk bergerak di kala dalam ketakutan tu SH sangat hormati dan suka.
Dalam naskah ini memberikan gambaran sedikit sebanyak kepada SH bagaimana ajaran agama Islam ini berkembang pada suatu ketika dahulu. Biasanya benda ini ada dalam naskah bukan fiksi. Dan SH memang mengantuk membaca naskah sedemikian. Jadi bila dapat membaca dalam bentuk fiksyen, SH sangat seronok.
Sebuah lagi karya Sri Rahayu yang best. Ianya menceritakan semula detik-detik kedatangan islam ke Nusantara dalam bentuk fantasi. Mengisahkan tentang Raden Inu, seorang putera raja dari tanah seberang (Kerajaan Kuripan) yang mengembara ke Tanah Kencana (Semenanjung Tanah Melayu) demi mencari agama sebenar. Di sana, seorang pendita mengarahkannya untuk pergi ke Perlabuhan Lama (Kedah Tua) untuk mencari sebiji batu putih yang dimiliki oleh seorang gadis. Cerita kemudiannya diselang-selikan dengan kisah watak-watak lain seperti Seroja, Raden Garuh Kirana (tunang Raden Inu), Guruh, Mervin, Ezakiel dan lain-lain watak yang masing-masing mempunyai niat tersendiri. Kemuncaknya, Raden Inu dan rakan-rakannya harus menyelamatkan sebuah kapal dari Kerajaan Pasir (Tanah Arab) yang datang untuk menyampaikan agama tauhid di Perlabuhan Baru (Melaka)...
Secara ringkasnya, novel ini sangat menghiburkan. Penceritaan dari sudut pandangan pelbagai watak ditulis dengan baik, dan tidak mengelirukan pembacaan. Wajarlah novel ini memenangi tempat ke-2 dalam Pertandingan Novel Remaja, Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2006...
- Nampaknya, penulis ada ambil inspirasi dari Hikayat Panji Semirang sikit...
✿ 𝓢𝓲𝓷𝓸𝓹𝓼𝓲𝓼 ✿ OTK mengisahkan tentang Raden Inu Kartapati, putera raja yang mengembara ke Tanah Kencana untuk mencari Tuhan Yang Maha Esa, meninggalkan tunangannya puteri Daha, Raden Galuh Cendera Kirana.
Pengembaraanya membawa beliau bertemu dengan Saroja yang mahir mengubat dan kembarnya Guruh yang panas baran, bersama sama menumpaskan sumpahan.
✿ 𝓡𝓮𝓿𝓲𝓾 ✿ Kita faham kenapa OTK dapat tempat pertama Hadiah Sastera Kumpulan Utusan kategori novel remaja pada tahun 2006 — and kita takpuas!
Kalau dulu kita dibiasakan dengan pendakwah yang mengembara untuk berdakwah kepada orang lain, OTK membawa watak utama sendiri yang berhijrah untuk mencari makna hidup bertuhan, walhal dia dah duduk di tempat tertinggi sebab dia royals kan but still, humble 🥹👍🏻
Kita suka how author buat MC ni outstanding gila bijaksana dia tu — dalam memimpin mahupun perang. Ada satu scene tu orang bawahan ikut je arahan putera tanpa soal and semua rasa tindakan tu macam kurang bijak, tapi ternyata putera dah fikir 10 langkah ke depan dari tu. Kita kagum!
And macam biasa buku Kak Sri, mesti ada female character yang hebat semuanya, puteri yang berani & handal berlawan and jugak Seroja yang rajin membaca & mahir ubat-ubatan 💖✨
Disebabkan cerita ni pendek, ada 2 je pertempuran utama dia which kita rasa takcukupp dari segi plot TT tapi readers dapat tengok banyak interaction between characters tu sendiri which kita rasa lagi bagus! Dari sini kita dapat tengok banyak character development dari sekecik kecik watak utama macam Guruh, Seroja & tuan puteri sendiri.
Cuma, kita rasa ending wrap-up quite rushed sikittt and sebenarnya kita invested dengan kisah dua beradik tu! So please please, nak sambungan boleh Kak Sri? 👀
✿ 𝓡𝓮𝓬𝓼 ✿ Peminat Kak Sri wajib masukkan OTK dalam collection, yang baru nak kenal Kak Sri, this book is a good start!
saya suka dan menikmati cerita dlm buku ini cuma saya tak puas dgn bahagian penamat.😆
Saya rasa macam tergesa-gesa utk tamatkan cerita sbb saya rasa macam ada sambungan yg di potong di atas kertas. Novel ini memang bagus kerana mesej yg ingin di sampaikan oleh penulis tu sgt jelas.👍🏻👍🏻
Aku suka baca karya-karya Kak Sri kerana pacenya yang laju dan bahasanya bagai sungai, mengalir dengan baik dan jernih. Wataknya juga hidup buatkan aku betul-betul masuk ke dalam cerita ini. Kurang satu bintang kerana di penghujungnya terasa sedikit rushing tapi aku masih enjoy dengan ceritanya.
Pertama sekali, aku mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak @bibliopress akan pemberian buku yang satu ini.
Odisi Tanah Kencana karya @sri_rahayu_mohd_yusop mengisahkan tentang seorang putera Raja bernama Raden Inu Kartapati. Baginda membuat keputusan untuk berkelana mengembara jauh demi mencari maksud Tuhan yang sebenar-benarnya Esa. Malah, kita juga mengikuti kisah Saroja yang merindukan bapanya dan pemegang kepada batu putih, azimat yang dicari oleh si putera dan juga Ezekiel, seorang pendeta yang tamak kuasa.
Aku suka akan tema buku ini. Bertemakan mencari Tuhan yang Maha Esa, membuatkan hati aku kadangkala sebak dan terharu. Walaupun buku ini hanya mempunyai 150+ muka surat, tapi sarat dengan kandungan yang mencari maksud akan Tuhan yang Maha Esa. Dan untuk ini, aku amat berterima kasih kepada penulis kerana sentiasa mengingatkan aku tentang Tuhan.
Odisi Tanah Kencana juga merupakan karya pertama daripada penulis yang aku baca. Aku jatuh hati dengan cara pengolahan penulis. Ringkas tetapi enak dibaca dan olahannya juga bagus. Itu antara salah satu faktor pengerak yang membuatkan aku tidak puas membaca buku ini.
Dalam buku ini, sejujurnya aku paling suka watak Guruh. Dialah, pada pendapat aku, mempunyai perkembangan karakter yang paling baik. Daripada seorang yang perengus dan tertutup menjadi seorang yang mula memahami diri sendiri dan mula terbuka.
Latar belakang kerajaan-kerajaan lama juga antara satu faktor yang paling berjaya membuatkan aku jatuh cinta. Macam tahu-tahu je yang aku suka akan kisah berlatarbelakangkan kerajaan lama!
Seperti biasa, banyak iktibar dan pengajaran yang aku perolehi daripada buku ini. Antaranya, kita perlulah berusaha terlebih dahulu sebelum menyerah urusan kita kepada Tuhan yang menentukan segalanya dan kita juga perlulah tidak berputus asa dalam mengecapi apa yang kita inginkan.
Indah sungguh segalanya tentang nashkah ini 🩷 Naratifnya, lenggok bahasanya... oh ketebalannya juga 🤭
Raja kepada Raja dan seluruhnya, tentu saja Tuhan Yang Maha Esa. Hanya dgn keyakinan Tuhan Yang Maha Esa, hati yg resah akan tenang dan berdamai dgn segala ketentuan takdir.
Kisah kembara putera raja bernama Raden Inu untuk mencabar diri dan mencari tauhid, Tuhan yang Maha Esa.
Cerita ini berlaku lama dahulu, Raden Inu merasakan rajalah yang layak disembah, tapi salah seorang penakawannya berkata, raja juga perlu menyembah sesuatu, jika tidak raja itu akan menjadi seorang yang zalim. Mengapa? Kerana raja itu tidak takutkan sesiapa lagi.
"Pada mulanya kanda berfikir bahawa manusia perlu menyembah rajanya dan raja itu berkuasa mutlak. Tetapi atas lontaran fikiran seorang penakawan kanda, walaupun raja, bahkan lebih-lebih lagi seorang raja, perlu mempunyai Tuhan."
Saroja, seorang gadis muda yang mempunyai kebolehan bercakap dengan haiwan. Saroja juga berminat dalam ilmu perubatan. Dia mempunyai kembar lelaki bernama Guruh, seorang yang panas baran. Mereka tinggal bersama pak ciknya seorang Nakhoda di Tanah Kencana.
Kehadiran Si Capik mengubah hidup Saroja. Dia senang dengan Si Capik tetapi abangnya sering menimbulkan perbalahan.Si Capik menjadi kawan dan teman untuk Saroja bercerita. Saroja senang dengan keprihatinan dan kebaikan hati Si Capik.
Sang Nakhoda mendapat perkhabaran yang Tanah Kencana bakal diserang oleh ahli sihir jahat. Dia menghantar Si Capik, Saroja dan Guruh untuk menyelamatkan diri. Mereka tidak mempunyai bala tentera untuk menentang serangan ahli sihir tersebut.
Dalam pelarian itu, mereka bertemu dengan Puteri Cendana Kirana. Seorang wanita gagah dan hebat ilmu persilatannya. Puteri Cendana Kirana dalam kembara mencari tunangannya.
Novel ini merupakan pemenang Hadiah Sastera Utusan tahun 2006. Ceritanya pantas dan menarik untuk dibaca. Banyak perkataan baru yang aku jumpa antaranya penakawan (bermaksud hamba pengiring raja). Cerita ini berkisah tentang perjuangan menentukan antara haq dan yang batil. Seorang putera raja yang ingin mengubah negaranya dan tidak mahu terus terperangkap dalam kepercayaan lama.
Watak puteri dan Saroja pula mewakili kaum wanita yang setia, penuh keazaman dan tidak gentar menghadapi apa juga cabaran yang datang. Buku ini tidak tebal, jadi memang boleh habis baca dengan cepat 😊.
Saya rasa buku Sri Rahayu ini layak diangkat ke dunia penyiaran menjadi cerita bersiri. Saya terbayang watak Saroja yang manis dan polos mencari bahan ubat di rimba, watak Raden Inu Kartapati yang gigih mencari kepercayaan dan gagah berperang melawan raksasa. Ada pula ahli pelayaran seperti Ardi, anak muda yang baran seperti Guruh. Ah! Lengkap semua.
Saya harus ucapkan jutaan terima kasih kepada Bunnybaby, rakan blogger dan rakan buku saya yang kian akrab, kerana membuatkan saya membaca buku-buku Sri Rahayu yang tak pernah saya terpaut untuk hayati sebelum ini. Beliau (Sri Rahayu) memang ada gaya tersendiri dalam melantunkan cerita, terutama lenggok cerita zaman silam. Saya betul-betul rugi tidak membacanya lebih awal lagi!
Sri Rahayu adalah seorang lagi penulis tempatan kegemaran saya. Beliau sering menampilkan ciri-ciri yang sama dalam karyanya iaitu latar belakang zaman silam. Walaupun demikian, jalan cerita digarap dengan amat kemas lagi rapi, dan dialognya pun indah, sesuai dengan zaman tersebut yang banyak menggunakan kiasan dan sindiran halus.
"Seorang raja itu sendiri perlu menyembah apa tuanku? "
Nah,ayat ini begitu membuatkan saya terpukul ketika membaca! Meskipun Jerude tidak menuturkan ayat itu dengan niat menyindir Raden Inu, namun serius, ayat ini berjaya 'menyekolahkan' saya!
Raden Inu telah membuat keputusan untuk berkelana, mencari jawapan kepada persoalan yang membelenggu fikirannya; apa yang perlu disembah oleh seseorang? Tidak berkisar tentang Raden Inu sahaja, kisah ini ada terselit mengenai nasib Raden Galuh,tunang kepada Raden Inu yang sering beroleh ketidakadilan layanan daripada ibu dan saudara tirinya meskipun dia anak gahara. Pun begitu, hatinya masih cekal.
Tentang Saroja yang manis dan berwawasan. Tentang Guruh yang rapuh dan kadangkala memberontak. Dan tentang tuan pendeta adi yang masih samar-samar identitinya namun sudah pasti dia istimewa( sebenarnya saya ada banyak persoalan tentang tuan pendeta adi ini)
Saya sangat berterima kasih kepada penulis atas usahanya yang murni ini. Menulis sebuah cerita fantasi dan diselitkan elemen spiritual tidak mudah. Banyak input yang kita boleh cedok daripada pengembaraan Raden Inu. Bagaimana dia seorang putera raja yang punya segalanya,namun tatkala dia melompat ke jurang dan hampir jatuh ke bawah,ketika saat itu, apalah gunanya semua harta yang dia ada?
Saya rasa scene ini sangat deep, berjaya menyentuh emosi saya. Topik yang diketengahkan bukan semata-mata bertujuan mencorakkan jalan cerita, hakikatnya ia juga berkait dengan para pembaca. Ketauhidan kepada Sang Esa;Rukun Iman yang pertama.
Saya juga suka dengan puisi, petikan dan dialog yang ada pada awal bab.Ia seakan memberi gambaran halus tentang penceritaan sesuatu bab. Menarik kan. Saya selalu perasan Kak Sri akan menerapkan elemen ini dalam setiap bukunya.Identiti penulisan yang unik dan saya suka!
Tahniah, Kak Sri! Saya mendoakan semoga Kak Sri terus dikurniakan idea yang melimpah ruah dan diberi kesihatan yang baik serta kemudahan untuk terus berkarya. Mungkin kesinambungan kisah Saroja pula? Hehe.
Saya tulis ulasan ini pada pukul 1 pagi kerana tak puas untuk tidur dalam keadaan belum menoktahkan apa yang bermain di fikiran, HAHA !
Pertama kali melihat kulit novel ini, menyangka ia adalah cetakan terbaharu sempena PBAKL 2026. Rupa-rupanya novel dengan kulit merah ini adalah cetakan tahun 2023. Sudah tiga tahun rupa-rupanya. Tidak hairan di beberapa halaman, telah timbul bintik-bintik kuning (age spot). (Mengapa ya, masalah ini berlaku? Faktor kelembapan, dan kertas, barangkali? Ada petua untuk mengatasi? terima kasih.) Edisi terbaharu ini, lebih kemas dan cantik reka bentuk dan susun atur kandungan dalamannya (walaupun terdapat beberapa kesalahan taip); kulit yang merah itu juga sangat 'eye-catching', namun, lebih merasa kepuasan membaca naskhah terbitan 2007. Novel ini merupakan pengenalan kepada karya-karya penulis. Selepas 'Odisi', mencari karya-karya beliau yang lain: setterusakat ini, yang telah dibaca, tidak mengecewakan. Novel ini sangat sedap dibaca - penceritaan dengan bahasa dan gaya penulisan yang indah; boleh juga dikatakan sebuah retelling yang kreatif dan segar. Selepas 12 tahun sejak kali pertama membaca ini, tetap mengagumi dan meminatinya. This novel - no words. Just absolutely ❤️❤️❤️❤️❤️
Satu sahaja kekurangan dalam buku ini, iaitu terlalu nipis. Kisah ini walaupun nipis namun cerita tentang pengembaraannya benar benar luar biasa. Terasa debarannya, terasa kesaktiannya. Kiranya bagi saya cukup rencah. Dengan lenggok bahasa yang tersusun indah, menjadikan karya ini bagi saya sebuah karya yang baik dari segi alur cerita dan nilai yang boleh diambil. Tahniah buat penulis.
sesungguhnya buku ni boleh dapat rating lebih tinggi kalau lebih panjang huhu pacing dia terlalu laju and rasa macam ada banyak babak yang tertinggal. nevertheless, it's still an enjoyable read sebab i love kak sri's writing!!
Ohhh tuhan! Kepada yang belum baca karya ini, silalah baca. Buku ini berkisarkan seorang raja daripada negeri Kuripan yang pergi mengembara mencari tujuan hidup (mencari Tuhan). Perjalanan membawanya ke perlabuhan baharu di Tanah Kencana. Saya kira "Tanah Kencana" merujuk kepada Tanah Melayu dan perlabuhan baharu adalah Melaka suatu ketika dahulu.
Karya klasik dengan sentuhan moden -- ceritanya cerita orang lama, tapi pengolahan alaf baharu. Jadi pilihan tepat untuk mereka yang teringin baca prosa klasik tapi tak nak menghadap bahasa-bahasa klasik.
Selain pengolahan yang A+, kak sri hebat dalam menjaga kesantunan bahasa dan memilih perkataan. Bahasa yang digunakan mudah, tapi sekali dua dia akan selitkan perkataan langka. Ini satu usaha yang baik dalam melestarikan bahasa langka agar tidak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.
Lain, kak sri mengangkat kaum wanita. Watak wanita sentiasa badass dan sangat penting dalam perkembangan plot. Ada unsur cintan cintun, tapi hanya selingan. Which I think the best!
Cerita ini berbentuk fantasi, tentang bagaimana agama yang baru lagi benar datang ke Tanah Kencana. Raja muda yang menjadi watak utama cerita ini bukan raja sembarangan, tetapi seorang raja yang bijaksana, berani dan rendah hati pula. Beserta sahabat-sahabat dan beberapa orang lain yang mendukung misinya, mereka hadapi dugaan dan rintangan dengan semangat jitu menentang musuh-musuh yang cuba menghalang cahaya kebenaran untuk tiba di Tanah Kencana.
Cerita ini sebenarnya seakan-akan cerita bagaimana Islam datang ke Tanah Melayu. Sekali lagi penulis ini telah berjaya melakarkan sebuah cerita yang berkait rapat dengan sejarah serta semangat perjuangan.
Apa yang membuat buku ini istimewa ialah bait-bait puisi dan pantun yang cukup indah disertakan di permulaan setiap bab dalam buku ini.
Kenapa aku memberinya hanya empat bintang? Kerana aku tidak minat buku berbentuk fantasi dan mistik. Jika tidak, buku ini aku akan berikan lima bintang.
Khalas. Novel pertama untuk tahun 2025. Walaupun aku pernah beritahu bahawa buku ini seolah-olah ditulis untuk budak Tiktok kerana antara bab pendek belaka dan juga plot cerita yang laju, tetap aku boleh katakan ia sebuah novel yang bagus. Gabungan antara fiksyen dan bukan fiksyen (seperti yang berlaku dalam permainan video francais, Assassin's Creed) bagi aku agak menarik. Penulis menggunakan latar masa ketika zaman sebelum Parameswara memeluk Islam dan juga sebelum kedatangan pedagang Arab ke Melaka. Satu hal yang patut aku beri pujian adalah ketika penulis berjaya mengaitkan kearifan tempatan orang kita dahulu seperti mitos, pepatah pepatih, perubatan berasaskan herba dan pelayaran kapal. Ini sedikit sebanyak membuat kita sebagai pembaca akan menghargai sejarah dan leluhur kita sendiri.
Soal falsafah, ada tiga hal yang menarik minat aku. Pertama, pada awal bab ketika seorang penakawan ditanya oleh seorang raja mengapa dirinya perlu menyembah apa-apa sedang dia sendiri disembah? Jawabnya, kerana ditakuti raja itu akan berlaku kejam kepada rakyatnya jikalau tiada apa yang digeruni oleh raja itu dek kerana tiada peraturan, pantang larang dan sempadan yang harus diikutinya. Agama itu sepatutnya menjadikan kita bebas, bebas daripada makhluk di atas muka bumi dan bukanlah satu bentuk pengongkongan.
Kedua, ketika seorang anak menanyakan kepada seorang bapa agar diberikan sesuatu yang ajaib kepadanya lalu dijawab bapa tersebut, tiada yang lebih ajaib daripada kasih sayang seorang ibu bapa tetapi diberikan juga seketul batu yang dijumpai di persisiran sungai kepada anak itu tadi untuk dipegang rasa. Ini menunjukkan bahawa kasih sayang seorang ibu dan ayah tidak boleh dilihat tetapi perlu dirasai. Kalau kita sebagai anak tidak merasai akan kasih sayang yang cuba dicurahkan oleh ibu bapa kita maka kemungkinan itu bukanlah kasih sayang melainkan sekadar melunaskan tanggungjawab seorang ibu atau ayah kepada anaknya.
Ketiga dan terakhir, ketika Puteri Ratna Kemala mahu melangsungkan perkahwinannya dengan Raja Parameswara meminta Saroja yang bekerja sebagai penyurat istana ketika itu menulis pesan bahawa perkahwinan bukanlah medan untuk menunjukkan kemewahan malah untuk sang raja sekali pun. Orang sekarang ini apa yang aku lihat seolah-olah ada satu bentuk pertandingan tidak kelihatan yang berlaku untuk menunjukkan kehidupan siapa yang lebih bahagia - rumah mewah, kereta besar, gaji lumayan, pangkat tinggi dan majlis persandingan bergengsi. Ia bukan begitu asing di dalam kalangan masyarakat yang mengangkat kebendaan melebihi segalanya.
📌 Odisi Tanah Kencana merupakan sebuah karya yang bertemakan fantasi sejarah lokal. Kisah pengembaraan Raden Inu Kartapi, seorang putera raja yang mengembara ke Tanah Kencana untuk mencari kebenaran tauhid.
4.5/5 🌟 ____________________________
"Walaupun raja, bahkan lebih- lebih lagi seorang raja, perlu mempunyai Tuhan. Kerana jika tidak, raja itu akan tentunya boleh menjadi manusia yang kejam. Maka Tuhan itu perlu disembah oleh raja dan rakyatnya."
Politik dan agama, sihir dan mistik, cinta dan pengorbanan serta kasih dan sumpahan, padat diisi dalam buku yang hanya 152 m/s ini.
Saya rasa jalan ceritanya biasa-biasa saja, tapi sedar tak sedar, tiba-tiba saya menemui noktah yang terakhir pada buku ini. A page turner indeed.
Setiap bab juga sangat pendek, tidak terlalu panjang, tidak melemaskan pembacanya yang cuba memahami rentak pengembaraan yang agak mendebarkan.
Ada juga beberapa perkataan baru yang saya temui. Contohnya, penakawan, celupak, geladak. Perkataan baru ataupun saya yang tidak menguasai perbendaharaan perkataan yang banyak? Hahaha, apa-apa pun, I learn something hehe.
Penakawan yang setia, Cendera Kirana yang berjiwa teguh, Sajora yang lembut hati, Guruh yang seperti guruh di langit, Raden Inu yang tekad. Perwatakan-perwatakan yang berbeza namun pertemuan mereka mampu menggoncangkan dunia.
"Kita akan tewas akibat sumpahan yang kita letakkan pada diri kita sendiri."
Sebenarnya rasa tak puas sebab pertempuran yang berlaku ada dua sahaja, dan agak pendek babak aksinya. I want moree ahhahaha. Kalau boleh nak tgk Raden Galuh dengan Saroja turun padang dengan kepakaran masing-masing. Hehe.
Anyway, it's a good short story to read. Tak sampai sehari boleh hbis. Pengajaran pun bnyk. 🙌🏼 Tahniah Kak Sri. Masih open tak kelab peminat Kak Sri? Hehe.
“Dalam mimpi gelap Raden Inu, pemikiran bawah sedarnya bermain dengan persoalan kepada siapakah dia harus meminta untuk diselamatkan, sedangkan seluruh dunia ini telah meninggalkannya dan dia sendiri telah meninggalkan segala-gala yang perlu dipercayainya.”
Bacaan ringan tapi sarat dengan mesej ketuhanan (tauhid).
Berlatarkan zaman kesultanan Melayu, Odisi Tanah Kencana mengisahkan tentang Raden Inu mencari erti hidup yang terasa kosong dan ingin membuat perbaharuan apabila menaiki takhta Kerajaan Kuripan. Dan pada masa yang sama, di Semenanjung Kencana (Pelabuhan Tua), Saroja, seorang gadis yang sedang menanti khabar ayahnya yang masih belum pulang mengembara, telah diberikan kalung bertatah sebiji batu leper berwarna putih. Untuk apa? Bacalah sendiri 🤭
Watak-watak utama dan sampingan dalam cerita ini mempunyai misi masing-masing tetapi mempunyai matlamat yang sama, menentang kejahatan di samping mencari jawapan apa itu hidup bertuhan yang sebenar-benarnya.
Cara penulisan dan penyusunan plot cerita dalam buku ini seolah-olah macam titik-titik yang tersusun pada garis permulaan yang berlainan, dan akhirnya akan bertemu pada satu titik penghujung yang sama. Bab-bab dalam cerita ini memang terasa ‘asing’ antara satu sama lain sampailah ke akhir cerita, kemuncak pertemuan menuju Pelabuhan Baru.
Cerita yang sarat dengan mesej ketuhanan, tanggungjawab terhadap keluarga dan negara dan juga kasih sayang tanpa berbelah bagi. Bertahun menunggu seseorang, tetap kekal setia sampai tiba masa.
Untuk Puan Penulis, you never fail to make me feel ‘wow’. Tak rugi se sen pun membeli buku anda. Amat menghiburkan dan hiburannya bukan kosong semata. Looking forward to read your other books! Kuddos 🙌🏻
Sangat menarik ya, kisah pengembaraan ini. Gaya penceritaan seperti novel Game of Thrones, watak-watak dikhususkan bab sendiri. Pembaca disajikan kisah pelbagai watak sebelum mereka bertemu di satu titik. Titik pertemuan yang gempar pulak tu!
Saya kenyang dengan spekulasi inspirasi penulis akan babak-babak cerita. Si Ezekiel dan Raja Ferdinand, alegori kuasa gereja dalam pemerintahan ketika zaman medieval Europe kah?
Tarung kata Mervin dan Ezekiel sangat menghiburkan. Lucu betul mereka berdua ni.
Guruh melawan makhluk sumpahan, tak boleh tidak terus teringat babak Eownyn Lord of the Rings yang berkata, "I am no man!" *tikam Witch King* Pergh.
Tema mencari Tuhan yang Esa juga diolah dengan baik. Itulah inciting incident kisah ini, Raden Inu, putera yang mula mengembara demi mencari jawapan kepada persoalan 'Jika rakyat patut menyembah raja, raja menyembah apa?'