Goodreads helps you keep track of books you want to read.
Start by marking “1511H [KOMBAT]” as Want to Read:
1511H [KOMBAT]
Enlarge cover
Rate this book
Clear rating
Open Preview

1511H [KOMBAT]

4.32  ·  Rating details ·  612 ratings  ·  55 reviews
1511H [KOMBAT]
Mendengung, menjunam, menyengat.
Lebah sempat menggodekkan ekor merenung sebelum terbang.
Tuan persiden rebah, kejang, terus koma.

Kombat 1511 H. Ini zaman depan, tahun 2087 Masihi
yang menuntut perang cara teknologi.

Bio-bots lipas dan belalang
melitup langit dalam awanan aneh
mengepak, menyerak gelombang.
Satelit kucar-kacir, komputer huru-hara, radar kacau-bilau.

C
...more
Paperback, 3rd edition (2004 - 2006), 423 pages
Published 2006 by Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd (first published June 15th 2004)
More Details... edit details

Friend Reviews

To see what your friends thought of this book, please sign up.

Reader Q&A

To ask other readers questions about 1511H [KOMBAT], please sign up.

Be the first to ask a question about 1511H [KOMBAT]

Community Reviews

Showing 1-30
Rating details
Sort: Default
|
Filter
Tuah Sujana
Apr 14, 2011 rated it it was amazing
Shelves: fiksyen
Jika tiba-tiba Amerika Syarikat yang menyerang dua kota suci umat Islam tetapi tidak berjaya, kemudian serangan balas dilakukan oleh umat Islam dengan sasaran-sasaran untuk memusnahkan kaum kuffar, apa kesannya? Sebuah karya oksidentalisme yang memikat. Futuristik yang memenarakan paksi tauhid. Dan Islam serta ummahnya.
Ririn
Sep 24, 2013 rated it it was amazing
Subhanallah. Maha Suci Allah.
Alangkah indahnya jika impian ini menjadi kenyataan.

Karya yang amat hebat. Terasa seperti menonton filem perang Hollywood. Versi 3D.

Kisah mengenai pemuda-pemuda Islam dari seluruh pelosok dunia. Bersatu atas nama Islam. Bersama-sama berusaha menentang musuh-musuh yang sangat bencikan Islam. Digerakkan oleh Hajah Syarifah Nusaybah, seorang hartawan global dan juga strategis yang sangat licik.

Airmata menitis semasa membaca perjuangan mereka mempertahankan Kota Suci Ma
...more
Fadzli Jamaludin
Dec 26, 2012 rated it liked it
Shelves: misi-2013
Dari segi idea penceritaan & imaginasi...memang terbaik....genre si fiksyen...tapi maaf la, aku x berapa nak boleh hadam pula...entah kenapa?? Mood membaca begitu perlahan dari satu bab ke satu bab...cuma rasa teruja tatkala Emrullah hendak pancarkan gelombang di atas bangunan demi menyelamatkan rakan2nya...

Novel ini pada mulanya sudah ku baca hingga ke pertengahan...kemudian aku berhenti seketika...ulang semula baca buat kedua kali...gara2 mahu mengambil MOOD..tapi masih menjadi masalah pad
...more
ilham.mukhtar
Mar 27, 2011 rated it really liked it
Novel fiksyen Melayu pertama yang aku rasa hebat. Bukan sekadar jalan cerita yang lancar mengenepikan perasa-perasa keterlaluan, tapi juga landasan yang baik untuk mengenali unsur tasawwuf dan sufiyyah. Harus diingat terkandung juga interpretasi Faisal yang mungkin bertentangan dengan pandangan golongan moderate; "pemimpin yang lebih Amerika dari Amerika" - satu tempelak yang diulang-ulang sepanjang buku ini.
Aku mencari buku ini dengan niat, sekiranya ia mampu dihabiskan dalam dua hari, aku perl
...more
Shahrul AhLami
Jan 21, 2018 rated it liked it
1511 [ KOMBAT ]. Faisal Tehrani. Utusan Publications. 2007.

1) Novel 1511 [KOMBAT] merupakan novel futuristik. Mengisahkan perjuangan tentera-tentera Islam yang terdiri daripada gabungan anak-anak muda di seluruh dunia.

2) Novel ini mengandungi 18 bab dan setebal 423 mukasurat termasuk lampiran.

3) Novel ini ditemui di atas rak Perpustakaan USIM.

4) Sejujurnya, perjalan dari satu bab ke bab yang lain agak panjang dan membuatkan aku teras bosan ketika membacanya. Ditambah pula dengan nama-nama watak
...more
Faizah Azaman
Aug 23, 2010 rated it it was amazing  ·  review of another edition
Kisah yang melatari sirah penghubung tiga kota suci; Mekah, Madinah dan Quds. Tonggak utama, Muhammad al-Ameen yang telah padu dipandu futuwwah. Fata yang mewakili citra nusantara, diangkat menjadi tokoh utama yang punya segala khazanah duniawi dan ukhrawi. Bergabung membentuk kesatuan fikrah dan amal di bawah naungan wanita renta yang berjiwa agam; Syarifah Nusaibah. Kekuatan roh, kepatuhan, kebijakkan dan sofistikated adalah aura yang cuba digarap oleh FT
Fzh Hns
Dec 09, 2013 rated it it was amazing
Shelves: owned
Hampir 10 tahun yang lalu buku ini deibeli. Sebelum popularnya hilal ashyraf, fatimah syarha dan penulis-penulis lain yang menyegarkan genre islamik+jihad, Faisal Tehrani terlebih dahulu menghasilkan karya hebat ini. Jangan risau, tiada unsur syiah di sini. Isi kandungannya جهاد فِي سَبِيلِ اللَّهِ semata-mata.


...more
Zehan Ilyana
Jul 15, 2012 rated it it was amazing
sungguh aku sangat suka cerita ini.. ianya adalah sebuah buku futuristik yang bagi aku tak pernah terfikir oleh aku...
walaupun ianya hanyalah sebuah cerita, tapi aku bagaikan boleh rasa aku turut berada di dalamnya..bagaikan kisah realiti yang sedang terjadi..:)

sebuah buku yang patut dibaca dan dimiliki!
Nur Fatin Atiqah
Sep 21, 2012 rated it really liked it
Recommends it for: Setiap orang yang mengaku dirinya seorang Islam.
Sebuah karya yang mengangkat perjuangan sebenar Islam tetapi dari sudut pandang arus kemodenan. Agak-agaknya, ada tak sebuah pergerakan yang mampu menjadi seberani itu?
Aiman Phoenix
Jan 01, 2019 rated it it was amazing
The last Malay fiction that I truly enjoy. Since then I read mostly non-fictions in order to realize the characters in the novel, the spartan Sufi warriors.
Mohd Ismail
Mar 03, 2017 rated it it was ok
Momentum: 2/5.
Tingkat Bahasa: Sastera sederhana dan mudah faham. Sesuai untuk remaja.
Ulasan: Saya merasakan umur saya terlalu lewat untuk menghayati keseronokan buku ni. Jika umur saya antara 15 – 25thn waktu baca buku ni, pasti saya akan pukul canang suruh orang lain baca memandangkan pengujaan terhadap fiksyen islamik sangat menebal di peringat umur tersebut. Pada peringkat usia begini, saya merasakan buku ini terlalu keanak2an, tidak cukup lazat di minda walaupun olahan ayat penulis sangat h
...more
Fatini Zulkifli
Oct 30, 2016 rated it really liked it
Shelves: malay-novel
The ugly truth about some of us. Habib berkata, "... Mereka memimpin Islam bukan Islam yang memimpin mereka.." (p. 77) dan "..di kalangan umat Islam sendiri, mereka lebih Amerika daripada Amerika." (p. 80). Teguran yang bagus daripada penulis. Terasa juga saya sebagai pembaca. Terasa sedih dengan diri sendiri pastinya.

Novel ini diterbitkan pada tahun 2004. Latar masa yang penulis pilih ialah pada tahun 2087 tentang umat Islam menentang Amerika dan Zionis. Bukan senang nak tulis buku tentang masa
...more
Basma Hashem
Feb 18, 2015 rated it it was amazing
tempat pertama Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2003 Kategori Novel Remaja

membaca fiksyen perang yang berlatarkan Islam menumbuhkan semangat besar untuk berkhidmat kepada agama. kerana berdasarkan kata-kata dan pesanan yang ditinggalkan Baginda Nabi SAW, kita perlu sedar muslim masa depan adalah ahli 'ghuraba' dengan itu muslim masa depan bertanggungjawab mempertahankan syiar dalam lingkungan yang lebih mendebarkan dan berdepan musuh yang punyai seluruh kekuatan yang terwujud didunia teknologi yan
...more
Abrar Shafie
Oct 10, 2012 rated it it was amazing
saya membaca buku ini ketika baru mula mahu berjinak-jinak dengan novel tebal.
sangat teruja dengan buku ini sehingga saya membacanya tiga kali!
malah ketika pesta buku, saya membelinya walaupun sudah dibaca, kerana bagi saya karya ini adalah karya 'mesti ada'.

dan karya ini juga sebenarnya memberikan ilham sedikit sebanyak untuk cerpen saya, Si Kecil Imran.


kita sebagai umat Islam harus bangkit dari lena. bagaimana kalau perang berlaku secara global? muslim menentang kafir harbi? nah, novel ini mem
...more
Naim AlKalantani
Jan 26, 2015 rated it really liked it
Sangat memberi kesan kepada imaginasi. Aku baca novel ni masa aku tengah final exam. Baru habis final ni ha.

Imaginasi berkenaan peperangan akan datang. Di mana peperangan bukan sekadar peperangan fizikal dan ideologi. Tetapi yang lebih bahaya peperangan biologi. Sangat bahaya. Satu dunia akan terkesan. Peperangan biologi yang membuatkan Komander Muhammad Ameen menang (menembak dari atas bumbung).

Ada lagi yang lain tu. Antaranga novel ini mengenengahkan sufisme kepada masyarakat tentera.

Banyak l
...more
Exavidreader
Apr 18, 2008 rated it it was amazing
Recommends it for: yang minat kisah perjuangan
Buku inilah yang mula mengembalikan minatku kepada buku-buku Melayu semula. Selama ini, buku-buku Melayu yang pernah aku baca lebih cenderung kepada kisah cinta, tidak mampu untuk mengasah minda atau menanamkan semangat perjuangan. Inilah antara kekuatan buku ini. Plot yang baik beserta penulisan yang meyakinkan menimbulkan saat-saat mendebarkan yang jarang dapat dirasakan (malah seingatku tidak pernah) apabila aku membaca buku Melayu. Satu lagi karya yang hebat oleh seorang penulis yang berkali ...more
Muhammad Adib
May 15, 2016 rated it really liked it
Karya yang berat. Tidak mampu dihabiskan dalam masa yang singkat, kerana ia memerlukan pemikiran dan imaginasi yang tinggi. Namun, jika kita benar-benar menghayati setiap baris perkataan di dalam novel ini, kita pasti akan turut berasa berada di dalam situasi dalam novel ini.

Novel ini mampu membangkitkan semangat juang anak-anak muda Islam untuk bangkit, memajukan diri sendiri, dan berubah ke arah sesuatu yang lebih baik.
Fathul Khair
May 31, 2013 rated it it was amazing
1511H [KOMBAT] - buah tangan Faisal Tehrani yang menjuarai HSKU 2003. Latar cerita yang sarat dengan suspen dan mampat dengan ilmu-ilmu bantu yang saya kira amat sesuai untuk dibaca oleh semula lapisan masyarakat. Mengulangi kejayaan mengungguli carta hadiah pertama HSKU 2002 menerusi 1515 juga mengangkat latar sejarah dan konsep jihad dalam kehidupan, 1511H [KOMBAT] ternyata mengajak pembaca lari daripada realiti hari ini.
©lukisan athirah espada
Oct 02, 2011 rated it it was amazing
Patut dijadikan KOMSAS buat sekolah menengah. Kenapa perlu percayakan bahawa Barat menguasai segalanya, mengetahui segalanya sedangkan mereka tak lebih dari menciplak ilmu dan pengetahuan orang lain dan seterusnya mengatakan itu adalah kajian mereka. Agama adalah tonggak kehidupan, tanpanya kita rapuh serta takut kepada musuh. Novel ini juga berjaya menunjukkan kita masyarakat Islam mampu kehadapan malah jauh lebih kuat jika kita tidak mengetepikan Islam dalam kehidupan.
Juliana Es
Nov 22, 2007 rated it it was amazing
Recommends it for: Pencinta novel cinta picisan supaya membuka mata lebih luas
Faisal Tehrani mempunyai imaginasi berlandaskan fakta yang amat mengagumkan. Dalam novel ini, walaupun ia fiksyen, isinya bukanlah sekadar dongengan yang fungsinya hanya melentokkan mata untuk tidur sahaja. Padat dan jitu dengan "bahan api" pembakar semangat.
Siti Zaleha
Jul 29, 2016 rated it it was amazing
Fiksyen Islami pertama yang menambat hati,
Saat pengajian di bangku universiti,
Sedang mengharung gelora dakwah dini,
Membakar semangat menyuntik motivasi,
Agar berjuang sesungguh hati,
Demi menggapai cinta Ilahi.
Wafa
Dec 31, 2012 rated it it was amazing
Shelves: patut-baca
Sebuah novel yang sangat hebat !

Sudah 3 kali membaca novel ini, karya Faisal Tehrani yang paling saya suka.

Novel ini adalah mesej tidak langsung kepada seluruh umat Islam, tiada apa yang mustahil. Kita perlu bertindak dari sekarang.
Assyafiah
buku ini betul2 telah mencetus satu futuristik imaginasi yang dirasakan seperti suatu realiti. Membakar semangat jiwa anak-anak muda agar menyelamat dunia. I recommend this book to all youth out there... Must read!
Sirrus Sirr
Oct 03, 2010 marked it as to-read
pertama kali aku membacanya..aku telah jatuh cinta...
Saefullah Norhaidi
Sep 16, 2011 rated it it was amazing
futuristik!
Asma En
Jul 27, 2010 rated it really liked it
Shelves: malay
gud one.
Ijja 1912
Dec 23, 2008 rated it really liked it
Sangat Besttt
annahs
May 04, 2009 rated it it was amazing
Best! Patutnya 10stars! Hahahaha
shazalih
Jul 20, 2012 rated it it was amazing
BEst.
Arina Mohd Daim
Mar 27, 2012 rated it it was amazing
Tiada yang mustahil bagi sebuah keazaman. Keazaman itu kemenangan.
« previous 1 3 4 5 6 7 8 9 next »
topics  posts  views  last activity   
Mortal Kombat X 1 1 Aug 09, 2017 11:09AM  
  • Secangkir Teh Pengubat Letih
  • Imam
  • Pei Pan
  • Salina
  • Jaja & Din
  • Salju Sakinah
  • Hero
  • Nota Hati Seorang Lelaki
  • Merantau Ke Deli
  • Jibam
  • Contengan Jalanan
  • Naratif Ogonshoto
471 followers
Dr Mohd Faizal Musa adalah penerima Anugerah Seni Negara 2006 oleh kerajaan Malaysia dan Tokoh Penulis Muda Negeri Melaka 2009 oleh Kerajaan Negeri Melaka. Beliau dikenali sebagai Faisal Tehrani.

Faisal Tehrani adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah-Politik dari Universiti Malaya (1998), Ijazah Sarjana Sastera dari Universiti Sains Malaysia (2000), Doktor Falsafah dari Universiti Kebangsaan Mal
...more
No trivia or quizzes yet. Add some now »