Goodreads helps you keep track of books you want to read.
Start by marking “Menalar Makna Diri: Kembara Menjejak Imam Birgivi” as Want to Read:
Menalar Makna Diri: Kembara Menjejak Imam Birgivi
Enlarge cover
Rate this book
Clear rating
Open Preview

Menalar Makna Diri: Kembara Menjejak Imam Birgivi

by
4.45  ·  Rating details ·  190 ratings  ·  40 reviews
Sejarah adalah dunia yang gelap. Kita tidak tahu apa-apa mengenainya kecuali diberitahu. Sebarang maklumat sejarah, menuntut kita mencari dan berinteraksi dengannya. Sesungguhnya sejarah adalah sains forensik masa, membedah kegelapan pemberitahuan, untuk mencari ilmu pengetahuan, melalui sebuah pengembaraan ilmu yang penuh ujian, juga teladan.

Makna Diri: Kembara Menjejak
...more
Paperback, 437 pages
Published April 30th 2014 by Karya Bestari
More Details... Edit Details

Friend Reviews

To see what your friends thought of this book, please sign up.

Reader Q&A

To ask other readers questions about Menalar Makna Diri, please sign up.

Be the first to ask a question about Menalar Makna Diri

Community Reviews

Showing 1-30
Average rating 4.45  · 
Rating details
 ·  190 ratings  ·  40 reviews


More filters
 | 
Sort order
Start your review of Menalar Makna Diri: Kembara Menjejak Imam Birgivi
Hasrizal Abdul Jamil
May 01, 2014 rated it it was amazing  ·  (Review from the author)
Travelog keempat, selepas Rindu Bau Pohon Tin, Secangkir Teh Pengubat Letih dan Di Hamparan Shamrock Kuseru Nama-Mu.
Azizah
May 28, 2014 rated it it was amazing
Shelves: grc-2014, favorite
Mengulit karya terbaru Ustaz Hasrizal selama seminggu yang penuh dengan rencah ini memang memerlukan kekuatan yang jitu. Bukan senang untuk hadam naskhah yang penuh dengan sejarah dan juga nilai jati diri yang dicari.

Pada awal-awal bab (separuh dari buku ini) beliau lebih banyak berkongsi perjalanan buat sekian kalinya ke bumi Daulah Uthmaniyyah selepas 10 tahun. Kali ini dengan visi dan misi yang lebih jitu iaitu menyelami dan mengkaji berkenaan tokoh Islam yang hebat Imam Birgivi. Selain untuk
...more
Sharulnizam Mohamed Yusof
Sebulan. Sebulan aku ambil masa untuk mengkhatamkan buku ini. Khatam, ya. Hadam? Mungkin tidak sepenuhnya.

Yang baik;
1) Buku UH sudah berwarna-warni. Gambar-gambar yang menarik.
2) Seperti biasa, UH tidak pernah gagal mengindahkan Turki dengan kata-kata. Indah secara literal. Indah dengan manusianya, bangunan-bangunannya, sejarahnya, kisah hayatnya. Aku mahu ke Turki!
3) Hampir setiap topik, akan disertakan dengan pemikiran/pandangan Imam Birgivi. Jadi, jika mahu tahu apa "ajaran" tokoh yang dikaji
...more
Fatini Zulkifli
Saya sudah membaca beberapa buah buku daripada penulis yang sedang melanjutkan pelajaran peringkat doktor falsafah di Finland. Sedikit cemburu dengan penulis iaitu Ustaz Hasrizal kerana murahnya rezeki beliau untuk berkelana di negara orang tapi apakan daya, itulah rezeki yang dijanjikan bagi orang-orang yang berusaha semenjak kecil; tidak seperti saya yang banyak main-main. Huhuhu... Kaki beliau sudah ke merata dunia. Kaki saya baru jejak Indonesia dan Singapura. Itupun sebab melancong - tidak ...more
Barukisu (Balqis)
Dec 06, 2014 rated it it was amazing
Alhamdulillah. Selesai mengkhatami buku travelog nan tebal ini pada hari ketujuh berpantang anak kedua. Duduk di wad kerana anak demam kuning, selain menjaga amanah baru dari Allah ini, masa yang berlalu terasa rugi dibiarkan pergi. Suatu hari suami yang memahami membawa buku ini. Bacalah. Saya memang suka baca buku (sebab itulah saya ada goodreads kan? Ahah!) tetapi telah lama saya (terpaksa) ketepikan kesukaan yang satu ini lantaran hambatan tugas baru sebagai ibu. Umar Muawiyah sememangnya ...more
Mohd Hafiz
May 01, 2014 rated it it was amazing
Alhamdulillah berjaya juga saya menghabiskan buku ini dengan mengorbankan sedikit waktu tidur di malam hari...

Buku ini merupakan buku kedua beliau mengenai Turki selepas buku Secangkir Teh Pengubat Letih...

Buku ini banyak mengupas tentang Turki di zaman Daulah Uthmaniyyah...Ada juga diselitkan isu politik, syiah, wahabi dan sebagainya...
Fatimah Wahidah
May 22, 2014 rated it it was amazing
buku yg sgt dekat dengan diri yg bergelar pelajar pengkhususan sejarah dan tamaddun Islam,terasa diri masih kerdil mengingatkan masih banyak cabang ilmu sejarah yang belum digali dan tentunya 3 tahun pengajian ijazah sarjana muda masih belum mencukupi..
Hasnul Adin
Jan 01, 2017 rated it really liked it
Antara buku beliau yang berat. Bukan sahaja berat pada jisim, tetapi juga pada pengisian dan perkongsian. Sarat dengan fakta dan sejarah berkenaan Imam Birgivi dan lain-lain lagi.

Nota: Akhirnya tamat bacaan! :D
Habibah Samsudin
Jan 08, 2016 rated it it was amazing
Ustaz Hasrizal, the only Malay author, I salute with all my heart. After 'Di hamparan Shamrock ku Seru Nama-Mu', he came out with another travelog which in this book he is sharing his trials and tribulations in completing his Master degree; specialization in Islamic Civilization of Ottoman Empire (Imam Birgivi). A very knowledgeable book, if you're interested in history of Daulah Uthamaniyah and wanted to know who's Imam Birgivi, then this is the book. This book is just not about who's Imam ...more
Azlinah Awang
Nov 22, 2014 rated it it was amazing
Mengambil masa hampir seminggu untuk mengkhatamkan buku ini. Menalar Makna Diri, tajuknya menggambarkan ibrah terpenting yang mahu disampaikan penulis. Tulisan travelog yang ilmiah penuh fakta sejarah, memerlukan kita turut sama berfikir bukan setakat merasa kemanisan pengalaman penulis berjihad meneruskan perjuangan beliau di bidang sejarah, khusus tentang Turki, Daulah Uthmaniyyah dan Imam Birgivi.

Buku ini membuka mata saya dengan artikel-artikel yang mengetuk kepala dan jiwa. Seperti artikel
...more
Aina Dayana
May 26, 2014 rated it really liked it
Bismillahirrahmanirrahim.

Menalar Makna Diri ; bingkisan terbaru daripada Ustaz Hasrizal Abdul Jamil. Saya suka kulit hadapan buku. Nampak "selesa" dan matang.

Ia bukan sekadar travelog pengembaraan tetapi sarat dengan input sejarah, ukhwah, dakwah dan terselit perasaan gusar akan keadaan masyarakat di Malaysia dan ummah secara umum. Mungkin sesuai dengan status penulis yang kini dalam proses melengkapkan disertasi dalam bidang sejarah Uthmaniyyah.

Secara jujurnya, kebanyakan ilmu sejarah yang
...more
Nuur Syahidah
Nov 23, 2014 rated it it was amazing
Travelog penulis tidak pernah mengecewakan saya. Penuh dengan kembara samada dari aspek keilmuan mahupun sudut manusiawinya.
Pada 10 bab pertama, penulis banyak menceritakan pengalaman dan kenangan ke turki selepas 10 tahun.
Travelog ini agak berat untuk bab seterusnya untuk bukan peminat sejarah. Penulis juga mengajak kita mempelajari ilmu mengikut disiplin2 ilmu yang betul.

Petikan2 dari Imam Birgivi sedikit sebanyak membuat aku bermuhasabah diri.

Bagi aku, penulis tidak menulis dengan secara
...more
Sabihah Shamsuddin
Jun 01, 2014 rated it really liked it
Alhamdulillah berjaya juga khatam buku ni. Dekat sebulan, nak kena tunggu pergi musafir baru dapat habiskan baca.

Bahan bacaan yang sedikit berat. Pengkhususan: Sejarah Turki; Imam Birgivi, Mehmet Kadizade, Gerakan Kadizadeli, Recep Tayyip Erdogan, Erbakan, AKP, etc.

Banyak perkara yang sebelum ni saya dengar dalam ceramah, tak dapat saya faham, tak jelas, confuse, kini dapat saya fahami sedikit demi sedikit urutan peristiwa yang berlaku di Turki selepas membaca buku ini. Di dalam buku ini juga
...more
Noral
Dec 16, 2015 rated it really liked it
Mula membaca dengan pantas. kemudian berhenti alam di pertengahan jalan. mungkin kerana teruja dengan buku lain yang tiba melalui pos laju.. ataupun mungkin bosan dengan tajuk yang dikupas...
kembali baca semula sehingga habis.

Saya bukanlah ahli akademik seperti penulis. Saya hanya bekerja di pejabat. Bagus juga buku ini kerana ada maklumat tokoh2 yang saya tidak pernah tahu, diperkenalkan dalam buku ini.

Popular vs Ilmu. Ada beberapa elemen yang saya setuju berkisar hal ini...

Buku penulis ini..
...more
Anyyss
Feb 13, 2015 rated it it was amazing
Sebuah travelog yang saya nantikan semasa saya di Jepun lagi. Terus mendapatkannya sebaik sahaja tiba di Malaysia. Isinya sangat bertepatan dengan tajuk "Menalar Makna Diri". Biarpun sarat dengan penceritaan di bumi Turki, namun cukup banyak ibrah yang boleh diambil untuk setiap pengembara dunia. Allah meletakkan seseorang itu di sesuatu tempat bukan dengan sia-sia. Travelog ini mengajak setiap manusia, lebih-lebih lagi yang bergelar seorang Islam, daie, murabbi, mutarabbi mencari makna diri.
Jiwa Rasa
May 01, 2014 rated it it was amazing
Travelog menjejak Imam Birgivi di Turki ini sebenarnya menjejak diri penulis yang berada dipersimpangan. Antara menjadi selebriti jemputan mengisi program motivasi dan keagamaan di pentas atau beralih arah.

Seperi biasa, tulisan Ustaz Hasrizal sangat sedap dibaca, berbanding ceramah beliau.
Auni B
Jun 08, 2017 rated it really liked it
Shelves: travelog
Manfaat yang saya dapat; pendedahan secara ringkas kepada tokoh-tokoh Daulah Uthmaniyyah seperti Imam Birgivi, Sultan Abdul Hamid 2 & beberapa lagi.
Erliani Zainal
Jan 28, 2015 rated it it was amazing
Saya suka travelog, dan buku ini memuatkankan juga perjalanan pengembaraan penulis mencari Imam Birgivi yang dalam masa yang sama dia mencari diri nya sendiri. Pada saya, mengembara adalah proses mengenali diri. atau self reflect. Sepertinya tadabbur alam. Mengambil ibrah di setiap pengalaman. Sekali lagi, tulisan beliau menjadi buku teks kegemaran saya. yang mana sarat dengan ilmu. Buku mmg kadang tempat penulis mengekspresikan perasaan menceritkan pengalaman, namun tidak semua buku mampu ...more
Siti Shakira Suhaimi
Jan 01, 2015 rated it it was amazing
Buku yang tidak saya mampu untuk dilepaskan dari pandangan setiap kali tiada aktiviti. Ramai yang berkata, semakin jauh kita berjalan sambil mengambil ibrah kehidupan, sambil kita bertemu diri kita yang sebenar. Saya tidak menyangka menyelami perjalanan individu lain turut memberi impak kepada pembaca sehingga tak mampu membayangkan impak perjalanan kepada penulisnya.
Dada rasa dihunuskan pedang, seolah ditanya dengan tegas di mana jiwa kita dalam jihad ilmu dan kemana arah kita dengan butiran
...more
Mohd Aidil Razahli
Aug 07, 2014 rated it liked it
Bagi sesiapa yang mengikuti travelog hasil tulisan Ustaz Hasrizal akan dapat melihat beberapa perubahan pembawakan beliau dalam travelog yang terbaru ini. Walaupun nilai-nilai santai dalam menceritakan kembara beliau ke Turki seperti travelog beliau sebelum ini yang berkenaan Turkey iaitu Secangkir Teh Pengubat Letih masih dikekalkan, namun dalam naskhah terbaru ini kita dapat melihat pertambahan isi (content) yang sedikit berat bagi sesiapa yang tidak mendalami bidang sejarah. Namun, ...more
Nurul Nadhira Idris
Jan 12, 2015 rated it it was amazing
Dek kerana perangai gemar melompat, menghabiskan satu buku tu lama tempohnya. Berbulan. Baca 1 bab, dan terpengaruh, saya akan mula membuka atlas dan google tentang isi kandungan bab 1 itu. Tapi perkara itu kurang terjadi (masih juga berlaku dengan dahsyatnya) untuk buku Menalar Makna Diri ni. Sebab, banyak kali penulis akan sertakan nota berkaitan perkara yang ditulisnya dalam bab itu. Ia tersangatlah membantu.

Isinya membuatkan saya sedar betapa kritikalnya subjek sejarah dan betapa lompongnya
...more
Anas Abdul
Aug 06, 2014 rated it really liked it
Buku ini mengisahkan tentang perjalanan hidup Encik Hasrizal setelah beliau berhenti menjadi seorang motivator. Keinginan beliau untuk kembali bertafakur merenung kembali arah perjalanan hidup untuk fasa-fasa yang seterusnya telah membuahkan hasil yang mungkin beliau tidak jangka sama sekali. Kembali menjadi pelajar dan yang lebih penting menjadi manusia biasa akhirnya mampu menenangkan jiwa beliau dari arus populariti yang melanda.

Buku ini menceritakan serba sedikit kehidupan beliau sebagai
...more
Ikmal Hisham
Jul 18, 2015 rated it really liked it
Saya amat gemar dengan travelog Ustaz Hasrizal yang penuh dengan pandang alam yang berbeza menerusi pengalaman merantau ke pelbagai negara. Pengembaraan ke Turki diiringi dengan pelbagai persoalan yang menarik umpamanya konflik mahu meneruskan kerjaya sebagai motivator atau tidak. Saya agak terkesan dengan pandangan Ustaz Hasrizal berkaitan kecenderungan masyarakat ke arah aliran motivasi yang saya kira agak melampau dan overrated. Cadangan membaca buku Steve Salerno berkaitan SHAM iaitu budaya ...more
Raihan M
Sep 20, 2014 rated it it was amazing
almost a year nak habiskan? bukan, buku yang mendidik bukan boleh dibacakhatam satu hari tanpa diulang2 hadam. buku ni padat. segalanya terasa. seperti pengakhiran buku ni yang menceritakan akan kematian yang menghidupkan, itulah doa saya utk ustdz dan pejuang sejarah utk menghidupkan semula api sejarah islam (terutamanya) dan beri sentuhan akal yang mendidik yg tak ramai mampu utk fikirkan. mashaAllah! ustadz dh berjuang dlm medan ustadz. dan saya akan berjuang dlm medan kepakaran saya ...more
Ainnudin Ja'far
May 28, 2018 rated it really liked it
Kembara mencari Imam Birgivi ini berkait rapat dengan pengalaman diri penulis yang ibrah ke bumi Turki untuk melaksanakan tuntutan ilmu bagi menyempurnakan pengajiannya dalam bidang Daulah Uthmaniyyah. Bidang pengajian penulis memerlukan kajian dan penelitian bersifat empirikal dan perlu dilakukan secara bersungguh-sunggu kerana ia bukanlah satu bidang yang popular di sana. Ini adalah disebabkan wujudnya eksploitasi fahaman dan pegangan yang secara tidak langsung meragut jiwa dan spiritual ...more
Nuramalina Izzati Nazaruddin
Jan 07, 2016 rated it really liked it
A good book for all the young Malaysian, generally and specifically to young upcoming Malaysian historian. I am recommending this book for upcoming Malaysian Historian and you should buy this book not because of its popularity but as something that you can learn from this book.

Also, a good definition of travelogue genre because I have been traveling to some countries with my mother and I always hold my mother's sole advice, "We are traveling not for shopping branded items but we are learning
...more
Al Waie
Aug 04, 2014 rated it really liked it
Full of stories and knowledge(though a lil bit unfocussed), worth your every minutes reading this. I'd say the author has a quite high expectation in his readers in term of personal pursuit of knowledge especially in history. He change my perspective, plenty, in looking at history.

I don't travel for the sake of travelling alone. If I do travel to Turkey, it must be because of this travelogue ;-)
Azmir Ismail
May 03, 2014 rated it it was amazing
Buku travelog yang padat dan penuh pengajaran dan nasihat. Jika anda biasa dengan tulisan tuan Hasrizal di laman beliau, www.saifulislam.com, anda akan menikmati buku ini sepenuhnya. Sangat saya rekomen kepada penggemar Ustaz Hasrizal. Membaca buku ini memberi penjelasan saya tentang situasi beliau sejak kebelakangan ini. Semoga beliau teguh dan terus berjalan di perjuangannnya :)
Muhammad Kamaruddin
Jan 16, 2016 rated it really liked it
Sentiasa meminati penulisan Ustaz Hasrizal. Lenggok bahasa yang mudah difahami dan berisi, tidak jemu membaca dibuatnya. Penulisan kali ini ternyata lebih 'berat' dan sewajarnya begitu demi menjaga kemurnian kembara ilmu ustaz dalam berkongsi pengalaman beliau membuat kajian tentang imam birgivi. Sangat terkesan buat para penuntu ilmu.
Hud Azzaki zainal
Jul 13, 2014 rated it it was amazing
catatan kembara terasa kosong jika tiada isi dari kembara. Dari persoalan politik, pendidikan hinggalah kisah Ammar. Terasa banyak ketukan diberi. Bagi manusia yang sedang mencari diri sendiri, tulisan-tulisan dari makalah kembara ini sangat terkesan pada diri

very recommended to read. (sesiapa nak pinjam boleh roger)
« previous 1 3 4 5 6 7 next »
There are no discussion topics on this book yet. Be the first to start one »

Readers also enjoyed

  • Tuntunan Generasi Muda (Mursyid asy-Syabab)
  • Amazing Story of the Man Who Cycled from India to Europe for Love
  • Cinta dalam 99 Nama-Mu
  • Sakinah Bersamamu
  • Keadilan Ilahi
  • Fajar Islam di Nusantara
  • Guru Aini
  • Sunan Cinta Nan Sakti
  • Jalan Tak Ada Ujung
  • Cinta Kerana Allah
  • Nikmatnya Pacaran Setelah Pernikahan
  • AMANI Birth: Assisting Mothers for Active, Natural, Instinctive Birth
  • SAIFUDIN JALIS: Musafir Cinta Meraga Sukma
  • Sunan Musafir (Bagaikan Puteri, #6)
  • cinta 2 kodi
  • Cinta Sufi (Bagaikan Puteri, #4)
  • Sutera Bidadari (Bagaikan Puteri, #5)
  • I Am Malala: The Story of the Girl Who Stood Up for Education and Was Shot by the Taliban
See similar books…
Hasrizal holds a Bachelor of Sharia (Honours) from Mu’tah University, Jordan (2001). He is the academic director at Khalifah Model School (Secondary), an integrated private Islamic school owned by Khalifah Education Foundation. Trained in learning, education and technology, studying education entrepreneurship (MEE) at Oulu University of Applied Sciences (OAMK), Finland. An educator and learning ...more