Jump to ratings and reviews
Rate this book

Dia...Kekasih Hati

Rate this book
Memilih Haikal walau tanpa restu ibunya, Khalisha tetap bahagia kerana Haikal suami yang sangat penyayang. “Lisa minta maaf sebab susahkan abang.” - Khalisha “Laa... nak rasa bersalah kenapa pulak. Lisa kan isteri abang. Tentu abang kena jaga Lisa. Dah tanggungjawab abang sebagai suami.”- Haikal Bagi Khalisha, tak ada yang kurang dalam rumah tangga mereka kecuali anak.
Hampir tiga tahun usia perkahwinan, mereka masih belum dikurniakan cahayamata. “Kalau tak ada anak pun, abang dah ada Lisa, itu sudah lebih dari cukup daripada segala isi dunia ni.”- Haikal Itu kata Haikal, Tapi kata Khalisha, dia rasa kekurangan. Anak adalah pengikat kasih. Tanpa anak, dia tiada apa-apa untuk mengikat Haikal kekal bersamanya. Kerana itu, rasa curiga sering menghantui diri. Sekecil-kecil perkara boleh menjadi sangat besar buat Khalisha. “Dengar dulu, sayang!” Haikal mula mengejar Khalisha. “Nak dengar apa? Dah buat depan mata pun! Itu baru depan mata Lisa. Belakang?!” “Lisa... abang tak macam tu.” Haikal cuba memujuk. “Habis macam mana?! Dah pegang-pegang, cium-cium rambut bagai...” Khalisha sudah hampir menangis. “Apa abang rasa, kalau Lisa buat perkara yang sama?” Pantas Khalisha melangkah keluar. “Abang tahu Lisa tak akan buat begitu pada abang.” Haikal terus mengekori Khalisha ke pintu kondo mereka. Apa sudahnya nanti perkahwinan mereka bila ada orang ketiga yang cuba mengambil kesempatan atas kebaikan Haikal?

585 pages, Paperback

First published April 1, 2014

1 person is currently reading
69 people want to read

About the author

Sarnia Yahya

27 books32 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
26 (25%)
4 stars
39 (38%)
3 stars
31 (30%)
2 stars
4 (3%)
1 star
1 (<1%)
Displaying 1 - 27 of 27 reviews
Profile Image for Ctsue.
56 reviews9 followers
May 16, 2014
Cerita yang cukup santai dan manis walaupon terselit isu besar bagi pasangan yang berkahwin iaitu 'anak'.

Lisa: ''abang tak kisah ke takde anak?''

Haikal: ''abang tak kesah, ada Lisa pon dah lebih dari cukup.''

Rasa mahu cair dengar ayat-syat manis dan pujukan Haikal ni, walaupon takde anak hampir 3 tahun kahwin tapi dia tak pernah salahkan Lisa atau pon mendesak Lisa untuk dapatkan zuriat. Pada masa yang sama terdetik di hati Haikal kalau-kalau dia yang bermasalah bagi mendapatkan anak.

Naluri seorang perempuan yang mahukan anak dan pengikat kasih sayang suami isteri,apa saja yang Lisa tidak cuba dan usaha. Pergi berurut sudah, sampai minum air di Tasik Dayang Bunting pon dia sanggup. Sanggup tebalkan muka minta nasihat ustaz dan doa, malah hampir-hampir berjumpa dengan bomoh yang konon dapat mengubat tapi dah meninggal rupa-rupanya. (ini seram bila dibaca waktu tengah malam.-_-)

Tapi kepercayaan Lisa tergugat apabila terjumpa passport si suami yang pergi ke Thailand tanpa pengetahuannya, apatah lagi apabila mengetahui Haikal merahsiakan mengenai bekas kekasihnya yang bekerja dalam satu pejabat. Kalau takde ape-ape hubungan kenapa nak dirahsiakan..memang menempah bala la Haikal. Tapi semuanya ada penjelasan, dan akhirnya Lisa mengandung juga berkat kesabaran dan usaha Lisa selama ini. :)

Saya suka sangat:

- Karektor Haikal yang suka mengusik, memang nampak keceriaan rumahtangga dorang walaupon takde anak. Haikal bukan menantu pilihan tapi dia cuba buat yang terbaik dan merapatkan semula hubungan Lisa dan ibunya yang berkecil hati dengan pilihan Lisa mengahwini Haikal.

- Kesabaran dan usaha Lisa untuk mendapatkan anak. Walaupon usaha untuk mengajak Haikal berjumpa pakar sakit puan/tuan tidak berjaya tapi Lisa tetap usaha dengan cara lain. TAPI dalam keghairahan tu Lisa sampai abaikan Haikal dan keluar rumah tanpa izin Haikal. tak baik naa..

-Mak Haikal yang sangat sporting mehh, siap tolong bawak menantu pergi berurut dan bagi macam-macam petua. tak pernah pon memandang serong pada Lisa. siap bagi amaran pada si anak jangan nak menggatal dengan kekasih lama..terbaik mak mertua gini. :)

p/s: tahniah kak SY. lepas ni tngu next novel.. ^_^



Profile Image for Mai.
312 reviews62 followers
October 4, 2015
Buku untuk Dijual Rm 12, berminat PM


yihaaaaa....abis juga
Kisahnya tidak lah seberat mana.Konfliknya boleh jadi bosan jika penulis gagal "meneutral" keadaan.
Yang pasti Haikal ni mmg senget kalo dulu igt Tengku Riztlan tu dah cukup senget tapi rupanya si Haikal ni lagi lah.

Bosan ya kalo asyik2 dituju soalan yg sama,penat jadi Khalisha.
Apa-apa pun sebuah kisah kekeluargaan yg ringan dan santai dan boleh dibaca tanpa sebarang masalah.
Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
June 11, 2019
Lama betul nak habiskan, al maklumlah sibuk beraya haha.

Full review: 11/06/2019

Lama tak baca buku tulisan Sarnia Yahya. Rindu! Kalau rasa nak bacaan santai dan manis, karyanya boleh dipertimbangkan.

1. Ceritanya simple, dan di tangan Kak Sarnia lagi nampak mudah. Tak meleret dan takde kona-kona dah. Jadi pembacaan akan lebih smooth.

2. Chemistry Khalisha-Haikal menjadi, dengan perangai hampagas Haikal tu cuma bosan dengan lawak double meaning yang dimasukkan. Bila terlalu banyak, buat aku rasa tak selesa.

3. Kisah keluarga yang harmoni. Suka dengan mak mertua yang melayan anak menantu sama rata. Suka dengan perangai sepupu-sepapat-yang-masuk-air haha. Kiranya family bonding dalam kisah ini sangat dirasai. Seronok baca. Kawan-kawan sekeliling pun jenis positive vibes.

4. Kemunculan watak Tengku Ritzlan-Ain & Ehsan-Iffa tu buat aku sengih sendiri. Memang lama sungguh aku tak baca karya Kak Sarnia. Rasa cam nak ulang baca buku lama pula haha.

Khalisha tu kalau tak terlalu mengikut perasaan rajuknya (sikit-sikit sentap), mungkin aku bagi extra mark untuk kisah ni.

Cuma, aku rasa kerana isi cerita sudah difokuskan untuk pasangan suami isteri yang berusaha untuk mendapatkan anak, seeloknya buku ini ‘dikuarantinkan’. Bukan klasifikasi U okayyy.
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,029 reviews377 followers
June 27, 2014
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM14. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)

N memang peminat tegar novelis Sarnia Yahya. Kalau tahu dia ada buku baru, terus N letak dalam to-read list tanpa baca sinopsisnya terlebih dahulu...

Kesetiaan N pada penulis memang tak sia-sia kerana sekali lagi penulis menghasilkan nukilan yang memang tepat dengan selera N.

N tak kisah dengan cerita yang rumit atau penuh dengan drama dengan syarat penyampaian cerita dipermudahkan dan tak meleret. Itulah pada N keistimewaan Sarnia Yahya.

Dia...Kekasih Hati mengisahkan kehidupan suami isteri yang sudah dua tahun berumah tangga. Malangnya mereka masih belum dikurniakan seorang cahaya mata. Khalisha merasakan dirinya kurang sempurna sebagai seorang wanita jika gagal memberikan suaminya seorang anak. Pelbagai cara dan petua dipraktikkan namun tidak membuahkan rezeki.

Bagi Haikal, anak itu rezeki. Jika ada, adalah. Jika tiada, dia sudah cukup dengan Khalisha, si isteri tercinta, Apa sahaja petua yang disuruh Khalisha untuk diamalkan, dia turuti dan dilayankan sahaja. Kecuali mendapatkan nasihat doktor pakar. Untuk itu, dia masih belum bersedia.

N suka sangat dengan Haikal and Khalisha. Diorang memang ada chemistry dari awal sampai akhir. Sweeeeeeeeeeeeeeeeet jer ~

Bagi pembaca muda/di bawah umur, novel ini mungkin kurang sesuai. Banyak jenaka-jenaka nakal yang diselitkan. Yelah, kisah pun fokus pada kisah rumah tangga dan usaha nak dapatkan anak kan? ;)
Profile Image for mRs bOo ^_^.
234 reviews13 followers
June 12, 2014
(ô‿ô)

daku tersengih je baca buku kak sarnia ni.. hihi

very simple story

lovely couple kahwin almost 2yrs xde anak..
si isteri mcm2 cara dia cube utk mendapatkn zuriat org kata ni dia bt org kata tu dia buat..
tabah betul
si suami hanya menurut tiada larangan sgt2 support si isteri mmg carring btl la si haikal ni suh telan ni dia telan suh minum tu minum jji dapat membahagiakan si isteri sweeetttt sgt <3 <3
jadi khalisha hihi mmg memeningkan kepala bila dpt suami ala2 gila2 cadbury gitu... tapi itu la yg membuatkn kehidupan dia sentiasa ceria..
kalau lisa geleng kepala dgn haikal saya yg baca pn harus tergeleng2 jugak haha..
kalo jadi khalisah harus ku bawa kemana shj tape recorder bila org tanya play n rewind.. kalo bley tampal kat dahi sign dah ku tampal...

haikal :- tea, coffee or ME.. ? hahaha
Lisa : - astaghfirullahalazim.. dpt apa je ??? suami2 ngeee
haikal : - dapat bulan bintang syurga pahala.. gelak lagi hahahaa

serius dorg ni sweet couple adore cadbury hihi

konflik? ada mcm xde sbb dua2 xbley nak marah lama2 xsampai bpe jam je baik balik..

ya mmg best.. <3 ≧✯◡✯≦
Profile Image for Hajar.
284 reviews
August 10, 2014
10-08-2014:

Cerita ni mudah je. Cuma tekankan 1 isu. Kisah suami isteri yang mahukan zuriat hasil perkahwinan mereka. Khalisha (Lisa) dan Haikal Sufian (Haikal) telah berkahwin hampir 3 tahun tapi masih belum dikurniakan zuriat penyeri rumahtangga mereka. Pelbagai usaha dan ikhtiar yang telah dilakukan cuma rezeki masih belum berpihak kepada mereka.

Bagi Haikal, kehadiran Lisa dalam hidupnya sudah cukup bermakna. Isu anak tidak menjadi masalah buatnya. Iyalah, lelaki senang je fikir. Yang perempuan ni jenuhla nak menjawab pertanyaan orang sekeliling (yang kekadang terlebih 'concern') kan?

Mungkin mereka terlupa akan restu ibu Lisa yang seperti memulaukan Lisa selepas mereka berkahwin. Mengikut rancangan awalnya ibu Lisa sudah ada calon menantu pilihannya untuk Lisa. Bila Lisa tekad memilih Haikal, Lisa dipulaukan oleh ibu sendiri. Kesian Lisa. Mujur ayah Lisa masih melayannya seperti biasa dan keluarga Haikal juga menerima Lisa dengan tangan terbuka.

Namun, bila hubungan Lisa dan ibunya dah pulih, masalah lain pula timbul. Lisa terjumpa passport Haikal yang bercop imigresen Thailand pada waktu majlis perkahwinan Haydar, adik Haikal. Di masa yang sama kemunculan bekas kekasih Haikal yang bekerja di bawah satu bumbung juga turut mengundang kecurigaan Lisa. Haish, mampu ke Lisa ni bertahan dengan segala dugaan dalam perkahwinan mereka ni?

Komen saya :

1. Memang tak dinafikan, kisah ni menghiburkan dengan telatah Haikal yang 'nakal' dan sengal. Suka sangat menyakat Lisa sampai Lisa pun dah tak larat nak melayan. Haha. Bagusnya, 'nakal' dan miang si Haikal menjadi-jadi ni cuma dengan Lisa je. Cuma itulah, ada beberapa scene dan dialog 'nakal' yang tak sesuai untuk adik-adik yang di bawah umur. ;)

2. Suka dengan family Haikal yang supportive. Lebih-lebih lagi watak emak Haikal dan sepupu Haikal yang bernama Tini tu. Emak Haikal ni bukan tipikal mak mertua yang akan salahkan menantu bila Haikal dan Lisa masih belum dikurniakan zuriat. Emak Haikal juga yang mengingatkan mereka tentang ketiadaan restu ibu Lisa yang mungkin jadi penyebab masalah yang dihadapi oleh mereka.

3. Ayah Lisa yang sporting tapi tegas. Kalau tak, takkanlah ayahnya boleh menyinga bila Lisa balik sendirian? Hehe. Saya suka sikap mak ayah yang tak terlalu menangkan anak bila ada masalah begini.

4. Sikap Lisa yang tak berputus asa daripada usaha untuk dapatkan zuriat tu memang harus dipuji. Bila Haikal kata dia tak bersedia untuk jumpa doktor pun Lisa ikutkan aje. Tak adalah dia nak mempertikaikan keputusan Haikal tu sebab dia tahu ada sisi ego lelaki yang dia tak perlu nak pertikaikan. :)

5. Banyak sebenarnya input yang cuba diselitkan dalam kisah ni, terutamanya untuk pasangan suami isteri. Untuk itu, tahniah buat penulis sebab bukan menulis kisah manis dan sengal semata. :)
Profile Image for Azizah.
386 reviews6 followers
November 30, 2014
Tak banyak konflik tapi plot macam mendatar sangat. Mungkin terlalu banyak dialog-dialog Haikal-Khalisha yang lebih kepada hubungan suami isteri, jadi kurang pulak impak rasanya.
Profile Image for Harnani Husin.
135 reviews14 followers
June 27, 2014
Kisah Haikal dan Khalisha

-Mereka yang berkahwin dah dekat tiga tahun tapi belum dikurniakan cahaya mata
-Si isteri yang sanggup berusaha berubat untuk dapatkan anak. Macam-macam yang dilakukan oleh Khalisha sampai pergi jumpa ''bomoh'' la atas saranan sepupu si suami. Nasib bawa mak mertua sekali. Seram pula bab ni saya baca sebab, bomoh tu dah lama meninggal setahun yang lalu.
-Si suami pula tak la kisah sangat pasal anak ni, bukan tak mahu anak cuma, Haikal cakap kalau ada rezeki kita Allah akan beri juga. Maklumla tak mahu si isteri 'tension' dok memikir pasal anak. Yang penting Haikal dah ada Khalisha si jantung hati dia hingga ke jannah.
-Pelbagai ragam dan kisah mereka dalam ni ada manis ada masam ada kelat-kelat masam. hehe

~ Buku ni tak la berat sangat ceritanya. Konflik pun tak ada sangat. Santai membacanya
~ Bagi saya buku ni melambangkan kasih sayang. Kisah ibu, bapa, mertua dan sepupu. Mereka akrab antara satu sama lain. Mak mertua pula tak bising-bising pasal anak siap tolong menantu dia lagi ada la untuk berubat.
~ Kisah dalam buku ni kisah yang terjadi disekeliling kita. Bila saya baca buku ni ja pasti akan teringat kisah rakan-rakan sekeliling sebab ada bab dalam buku ni terjadi kat sekeliling saya.

Tahniah buat kak Sarnia untuk bukun terbarunya.
Profile Image for Rynna.
132 reviews
September 13, 2014
kisah pasangan suami isteri, Haikal dan lisa yg telah hampir tiga tahun berkahwin tp belum dikurniakan anak. cerita ni banyak ditumpukan kepada macam2 usaha yg lisa lakukan untuk mengandung cepat..
Profile Image for SS.
514 reviews5 followers
November 21, 2019
Konflik dalam novel ni ialah konflik yang selalu suami jadikan alasan untuk berkahwin lain & atau paling drastik ialah untuk bercerai sebab si isteri tak mampu untuk berikan zuriat. Dalam kes Haikal & Lisa. Lisa selalu merasakan dia masih tidak sempurna sbb tak berikan anak utk suami dia sedangkan berbeza dgn suaminya.

Haikal tak desak Lisa bab anak sebab dia kata semuanya rezeki yg Allah akan berikan dan kalau takda sekalipun, dia dah ada Lisa. Haha manis betul. Novel ni fokusnya kepada Lisa yang sentiasa berusaha bermcm mcm cara utk dptkan anak & overthing seorang perempuan bila ex gf suami dtg balik. Bagusnya Lisa sebab dia sentiasa usaha mcm-mcm cara. Sampai sanggup pergi Langkawi hokey haha. Nak tau kenapa dia gi sana kena baca la. 🙊

Personally, ika rasa konflik novel ni adalah konflik nyata dalam masyarakat sekarang. Bacaan santai. Rasa mcm cepat je baca. Cumanya satu je lah haha. Tak sesuai kot dibaca oleh adik adik yg kuat berangan, bawah umur serta yg suka nak mencuba. Maksudnyaaaa ini mcm separa 18sx la. 😂 Haha. Ah gituwww.
Profile Image for nilam.
363 reviews71 followers
April 16, 2015
sweetnyer Haikal..bila dia kata.."ada Lisa je pun cukup bg abang"..

cerita ni sgt simple..x kan stress baca..xde kisah perempuan gedik mengendeng kat hero..hero pun x de nk cari lain..walaupun Lisa x pregnant..Haikal sgt lah setia..

maybe sebab kenakalan Haikal tu yang menceriakan rumahtangga mereka..nk merajuk pun x boleh lama2 sbb Haikal ni mmg pandai pujuk..hihi

bila nk last..alaa..dah habis..x puas baca...;)

tp terasa nk tau cerita masa pertemuan pertama Lisa-Haikal..mcm mana diorg boleh berjumpa n Haikal mengurat si Lisa..mesti sweet kan..??..:))
Profile Image for  Kak Zie.
370 reviews61 followers
May 10, 2014
Hero yang sengal.. Tapi sengal dia sengal setia.. Sengal yang membahagiakan si heroin.. Sengal yang berpegang pada janji..


Sebuah cerita yang santai, yang penuh dengan kesengalan namun masih ada mesej yang ingin disampaikan..


p/s: Ada sedikit typo tapi macam yang selalu aku bagitau, jika ceritanya menarik mata aku untuk terus membaca, segala typo tolak ke tepi.. ahaha..
Profile Image for Inn Auni.
1,090 reviews24 followers
July 16, 2017
1. Jiran saya beria-ia halang anak dia nikah dengan pilihan sendiri sampai kahwin lari la bebudak tu. Pastu tiap-tiap minggu balik jengok walaupun jiran saya tak layan. Lama-lama cair juga hati jiran saya tu. Nasib baik anak menantu jenis kepala weng. Jadi kenapa MC tak buat macam tu? Takkan nak tunggu si mak mencemar duli pula.

2. Kahwin 2 tahun tapi masih belum ada anak. Teringat kata seorang ustaz, solat taubat banyak-banyak. Manalah tahu ada dosa yang belum terampun. Itu sebab doa tak diterima.

3. Jalan cerita mendatar. Lenggok bahasa pun mendatar. Ambil masa juga untuk saya warm up dengan karya ni.

4. Hero sanggup teman kawan ke Thailand untuk nikah dua, dari ke kenduri kahwin adik dia. Hero dan kawan dia tu patut kena rebus hidup-hidup. Minta simpang la anak cucu tak lekat lelaki pengecut camtu.

5. Anak ni rezeki. Harta pun rezeki. Ada yang dapat semua. Ada yang dapat salah-satu ja. MC dah diberi harta. Maybe sebab tu lambat dapat anak. Berbalik pada qadak dan qadar juga.

6. Heroin beria-ia pergi merata semata-mata untuk dapatkan anak. Si hero rileks ja. I wish ada satu buku di mana suami sentiasa ada di sisi isteri walaupun benda yang isteri bakal buat tu macam bodoh sangat, i.e. jumpa bomoh.

7. I was hoping for some jokes. Tapi tak ada. Or it's me who did not get the jokes. Again, it's flat.
Profile Image for Faradina Azlin Azahar.
507 reviews47 followers
May 14, 2014
Khatam laie... #countless PBAKL collections. Ngeee.. cuti nie mmg keje asyik membaca la gamaknyer. Uhuks... anyway anyhow... citer nie sweet sangat.. terasa hubungan kasih tang tidak bertepi itu.. bukan sahaja antara suami dan isteri, tp sama gak hubungan ibubapa dan anak, mentua dan menantu, kawan sepejabat dan kazen... i can feel the "kerapatan" there.. membuahkan hati rasa penuh. Berbunga.. ngeeeee.. ohsem la cik abang haikal kita nie.. wish i can have sumbody like him as my dearest one. The way he carry his character is sooooooo marvellous... interesting and exciting!! The way dia ngan fren, parents, mentua dan specially dgn wifey Puan Khalisha kita.. mmg sangat sangat sangat sangat membuatkan saya mencemburui Lisa. Yes! Mmg no 1 sempurna, so does Mr. Haikal kite. Tapi..... ketidaksempurnaan itu membuatkan dia lebih hebat... ngeeeee.. and tahniah Mr and Mrs Haikal for the 2 blue lines.. ngeeeeee... tahniah kak Sarnia Yahya!!!
Profile Image for Izzati Aisyah.
14 reviews7 followers
May 19, 2014
Sebuah cerita yang santai tapi ada kalanya memainkan emosi. Betapa beruntungnya seorang suami seperti Haikal bila memiliki seorang isteri seperti Lisa yang sanggup berkorban apa sahaja demi mendapatkan zuriat. Apa yang saya suka dalam cerita nie, sifat penyayang ibu Haikal. Walaupun Lisa tak pregnant2x even dah masuk 3 tahun kahwin tapi dia tak adanya nak suruh Haikal cari orang lain semata-mata untuk dapatkan cucu. Susah nak cari mak mertua yang baik macam tu. Suka watak Haikal dalam DKH. Walaupun dia sengal2 ubi kayu tapi dia sangat bertanggungjawab. Lisa pulak seorang insan yang sangat tabah dan mempunyai sifat yang luhur. Bermacam dugaan yang mereka alami dan anda akan rasai apabila betul2 menghayati kisah ini. Adakah kebahagian akan kekal menjadi milik mereka?

"Seluruh hidupku hanya ada kamu"- suka ayat nie..;)

BELI, BACA & SELAMI sendiri kisah hidup mereka. Congrate sis Sarnia Yahya atas kelahiran baby kedua under IKP selepas PHD. Tak rugi beli...
Profile Image for Ella.
794 reviews92 followers
October 7, 2016
3.8*
Tiada conflict berat..just issue anak bagi mengeratkan hubungan suami isteri dan sedikit salah faham bab Aliya. Biasa saja bagi pasangan yg dah berkahwin. Apa yg saya suka, in laws masing2..super awesome..boleh pinjam tak? Sebab according to my biras, saya ni menantu 'hantu'..macam biscuit pun ya..hehehe..
(NLB)
Profile Image for Anis Che.
19 reviews2 followers
May 24, 2014
Saya suka cerita ni. Sebab dia fokus kan kepada satu perkara saja. Bagaimana Lisa berusaha untuk mengandung. Tak terlalu sarat dengan masalah.
Profile Image for nurazirahvu.
108 reviews
October 12, 2014
entahlah .. no feel bca novel ni ..
jalan cerita tersusun tpi mcm tk turun naik sagt .. statik je ..
Profile Image for Adilah.
78 reviews14 followers
April 18, 2016
Hendak seribu daya, usaha seribu cara. Begitulah Lisa berusaha untuk mendapatkan anak setelah hampir 3 tahun berkahwin. Alhamdulillah, ada juga rezeki untuk Lisa dan Haikal.
286 reviews52 followers
May 10, 2014
Haikal yg sengal,
Haikal yg senget
Haikal yg sgt menyayangi isterinya
Haikal yg berjaya menyatukn ksh seorg ank n seorg ibu...

Rumahtangganya yg dibina selama 3 thn amat bahagia walau pun tanpa kehadiran chy mata....pada haikal, tiada ank pun x mengapa asalkn isterinya sentiasa ada di sisi...isterinya adalah segala2 bt dirinya...tidak ceria n x sempurna hidupnya jika tiada isteri di sisi....namun rumahtangga mn yg tidak dilanda badai, sedgkn lidah lg tergigit inikn pula suami isteri....
Krn kesilapannya yg satu itu membt kn lisa pergi meninggalknnya...berjaya kh haikal memujuk isterinya sedgkn dia sedar kesalahan itu berpunca dr diri nya....dpt kah rumahtangga mrk kekal utk selamanya???

Lisa yg baik
Lisa yg jujur
Lisa yg cemburu krn syg pd suami
Lisa yg baik n taat pd suami

Namun lisa sedih apb msh lg tidak mengandung stlh hampir 3 thn bergelar isteri...
Pelbagai cara dilakukn utk mendptkn zuriat...ke sana sini lisa berubat n berusaha utk mendptkn zuriat....pd lisa, xdpt ank ramai pun xpe..ckp lah seorg utk dibt teman n sbg pengikat ksh ant dia n suami...
Namun begitu, dlm kekalutan mendpt zuriat, lisa diuji....isteri mn yg tidak cemburu apb melihat suami didampingi oleh perempuan lain
Sehingga lah suatu hr apb lisa mengetahui si suami merahsiakn sesuatu dr nya...lisa rs ditipu..di mnkah ltk nya diri dia sbg isteri di sisi suami?? Dptkh lisa menerima kenyataan itu?? Msh kah ada kepercayaan bt si suami??? Msh kah ada kemaafan bt si suami??? Dan dptkh lisa peluang utk mengandungkn zuriat suaminya setlh bermcm2 usaha yg dilakukn dan ditambah pula dgn mslh yg melanda rumahtangga mrk????

Dan msh kh dia kekasih hati, haikal???

Semuanya akn terjwb dlm dia kekasih hati karya kak Sarnia Yahya
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews67 followers
April 26, 2017
#24#2017

done reading dia kekasih hati by Sarnia Yahya...

ini sebuah kisah cinta yang santai...

the only conflict ialah pasal zuriat...

but to be honest, i really love this story. i love Khalisha. seorang isteri yang sangat taat kepada suaminya. sering meminta maaf, walaupon bukan salahnya. terlalu mempercayai suaminya, walaupun terkadang terselit rasa curiga. seorang isteri yang sangat berusaha untuk mengandung. seorang isteri yang sangat berusaha untuk membahagiakan suaminya. saya suka jugak watak Haikal, walaupun almost every sentences, mesti ada gurauan suami isteri. haikal yang setia walaupun masih tidak memiliki zuriat after about 3 years of marriage. cuma, adalah sikit khilaf haikal ni. dia terlalu ingin menjaga hati Khalisya, sehingga tanpa sedar, dialah jua yang melukakan hati Khalisya. terlalu berahsia tentang Aliya.

comments:

1. i love the messages that the writer tried to convey; dalam hubungan suami isteri, communication and understanding is the most important. sekecil kecil rahsia pon tidak sepatutnya wujud dalam rumah tangga.
2. saya suka konflik dalam cerita ni; zuriat. nasib baik si Aliya tu bukan langau.
3. saya suka watak parents dalam cerita ni; sama sama berusaha dan menyokong Khalisya untuk mengandung, bukannya reti condemn je.

this novel is highly recommended for those who loves 'light' and non-stress reading. thumbs up. i enjoyed it.
p/s: jangan baca kalau anda tak suka ayat ayat dan dialog yang berunsur gurauan suami isteri.
Profile Image for Norliza Yusop.
333 reviews9 followers
September 7, 2014
Dia…Kekasih Hati… citer santai tp dpt menyentuh hati… membacanya dgn emosi pelbagai!. Kagum dan terharu dgn semangat Lisa yg berusaha apa sahaja utk mendapatkan zuriat. Kagum dan hormat juga dgn haikal yg ttp setia dan selalu menyenangkan hati Lisa dgn kata2 pujukan dan nasihat!
Perkahwinan mereka tdk disukai ibu Lisa tp Ibu mertua Lisa sebaliknya…Ibu Haikal memainkan peranan yg baik.. seorg yg penuh kasih sayang dan sgt memahami!… malah menyokong dan memberi galakan kpd Lisa dlm usahanya utk mendapatkan zuriat!…
Haikal dan Lisa pasangan yg secocok dan hidup penuh bahagia walau tanpa cahayamata…usaha Lisa tk prnah kurang malah Haikal menyokong dan memberi kerjasama dgn apa yg Lisa lakukan demi mendapatkan anak!
Dalam rasa bahagia dan indah itu sesuatu tlh berlaku! Lisa jd merajuk krn satu rahsia Haikal! Kalut Haikal memujuk dan rajuk Lisa membawanya menjauhi Haikal…sendirian buat Haikal tdk betah dan rasa kosong! Hatinya melonjak kala mendapat tahu ‘sesuatu’ ttg Lisa….tanpa mampu menahan hati Haikal menjejaki Lisa dlm rasa cinta dan sayang yg tiada bandingan! Sesungguhnya…Bahagia ttp milik mereka!

Profile Image for Aylahusna Aily.
72 reviews16 followers
April 24, 2015
Ini kisah rencah perkahwinan Lisa dgn Haikal yg belum punya anak. Almost three years dorang kahwin tapi masih blum ada anak. Mcm-mcm Lisa usahakan tetapi hasilnya tetap juga negatif. Tetapi kalau usahanya cuma seorg, mana nak menjadi kan? Haikal langsung tak bekerjasama. Bila diajak jumpa pakar puan mesti mengelak. So they go through cara tradisional. Alhamdulillah, finally dorang dpt jgk anak. Maybe Kak Sarnia boleh pjg kan sikit part bila Lisa dah mengandung sbb endingnya cuma Haikal dpt tahu Lisa mengandung. So rasa x puas.

Ini first time saya baca karya Kak Sarnia Yahya. Sungguh. So this is my opinion tau. My citarasa. I still can enjoy the reading. Can accept the plot story. Can accept the naughty part. Hihi. Tapi kadang-kadang rasa sengal jgk baca dialog Haikal. Asyiklah melencong bila bercakap. Saya bdk inesen so hnya mampu ERK??? Haha. So, apa-apa pun keep it up writer! :D
Profile Image for Nad.
375 reviews3 followers
August 28, 2023
Cerita dia biasa je tapi ini baca novel ni ada membuatkan persoalan dari diri sendiri

1. Pasangan yang berkahwin tapi tak dapat dapat anak. Selalu kita dengan cerita suami yang nak anak dan mungkin kahwin lagi satu sebab zuriat. Okay itu hal katanya. Macam mana kalau isteri yang nak anak tapi suami yang bermasalah? Boleh lepaskan isteri? Macam Haikal ni kan dia tkank pergi jumpa pakar sebab takut dia bermasalah dan sebab sayang sangat sangat dengan Khalisha ni dia tknak lepaskan isteri. Cuba kalau situasi terbalik dimana si isteri yang bermasalah, si suami boleh kahwin lain atas sebab nak zuriat.

2. Is it that bad for not having your own kids? Dalam cerita ni bagi aku Khalisah sangat bernasib baik sebab ada keluarga mertua yang sangat supportive. Yang tak menyalahkan perempuan sebab belum dapat anak. Ada juga kawan yang sangay supportive sanggup tolong bagi cara untuk dapatkan anak. Tapi serious question, teruk sangat ke kalau tk dapat anak. Tbh I don’t want kid and still unmarried so I just want to know is it that bad if you are married for years and still haven’t got kid? For all married women out there, tell me salahkah kalau anda berbahagia berdua saja dengan suami?

Overall cerita ni santai takde konflik apa pun tapi ada mesej yang disampaikan.
Profile Image for Lailee Dee.
197 reviews16 followers
May 17, 2020
Sentiasa melekat di hati semua naskah karangan SY... awesome 👍👍
Profile Image for Jessica.
171 reviews
June 6, 2014
Perkahwinan mereka di uji. Sudah hampir 3 tahun bernikah tetapi tiada rezeki untuk menimang cahaya mata dan tanpa restu dari Ibu Khalisha.

Tapi semuanya sempurna kerana Haikal yang sangat penyayang. Menyayangi isterinya sepenuh hati. Mencintai isterinya setiap saat. Semua dugaan dapat dihadapi bersama.

Hanya salah faham hubungan mereka mula menghadapi masalah.

Apa jadi seterusnya? Meh baca. best tau. Tetiba review serius. Muahahahahaahhaha...
Displaying 1 - 27 of 27 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.