Jump to ratings and reviews
Rate this book

PA Untuk Dia

Rate this book
Penantian itu menyeksakan...
Untuk melupakan, itu juga menyakitkan...
Tapi, tidak pasti dalam membuat keputusan, itu lebih perit!

Ini semua tentang hati YARA AISYA YAZID. Dia seorang PA yang sangat komited dalam kerjayanya. Bagi Yara, tiada yang lebih seronok di dalam dunia selain mejadi PA kepada Tan Sri Wazir. Namun keseronokan Yara tersekat apabila Tan Sri Wazir jatuh sakit dan melantik anaknya, Hanania sebagai pemangkunya.

HANANIA WIDAD WAZIR seorang yang sangat serius sehingga Yara sering merasa tertekan. Sejak itu, hidup Yara disaster. Kerja sebagai PA tidak lagi seindah syurga. Masalahnya, semua orang tidak berpihak kepada dia, namun hanya Onn saja yang memahami situasinya.

ONN ANDRE OTHMAN, pengurus kedai kopi yang sering dikunjungi Yara. Selama setahun dia cuba mendekati Yara dan akhirnya, Yara nampak usahanya. Oleh kerana hubungan yang masih baru, dia cukup bimbang kalau hati Yara beralih arah kepada Hanania Widad Wazir.

“Saya booking diri saya untuk awak. What I need from you... is patience.” - Yara

“Saya sudah lama menunggu, kalau hanya untuk sebulan lagi, saya masih boleh menunggu. Lagipun pejam celik, pejam celik, dah sebulan. Saya harap nanti awak bawa balik jawapan untuk saya, jangan tinggalkan harapan.” - Onn

Soal hati, susah untuk dimengertikan. Yara cuba untuk tidak memilih, tetapi... kalau dia dipilih, macam mana? Sewaktu berada di Kalimantan, hatinya sudah mula berbelah bagi. Karakter Hanania Widad, mula meragut hati. Habis, macam mana dengan Onn? Susah untuk mematahkan hati orang. Baik patahkan tulang sebab tulang ada 206 batang dalam badan, tapi hati dalam badan cuma hanya satu.

“I already make my decision. I choose you.” - Hanania

Kalaulah pilihan itu hanya sesenang memilih kopi dan teh. Mana satu yang akan dipilih?

448 pages, Paperback

First published June 1, 2014

19 people are currently reading
398 people want to read

About the author

Syamnuriezmil

84 books540 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
144 (42%)
4 stars
120 (35%)
3 stars
57 (16%)
2 stars
11 (3%)
1 star
4 (1%)
Displaying 1 - 30 of 44 reviews
Profile Image for Madam Lola.
213 reviews37 followers
June 11, 2014
Habis sudah baca karya Syamnuriezmil. Apa yg aku suka tentang manusia bernama Syamnuriezmil ni adalah, idea dia sentiasa segar. Walaupun simple, x beratkan otak, x serabutkan minda nak cerna, ringan dan mampu buat pembacanya kejung pipi kerana tersenyum, karya beliau memang ada kelas tersendiri. Kalaulah, suatu hari dia tukar nama lain pun, Insyaallah, ML boleh kenal kot karya dia. Dan ML rasa, dia lah satu2nya penulis, buat masa ini, yg gunakan tempoh yg singkat dlm setiap novel dia. X adalah mkn masa bertahun ker.

Mengenai PAUD, ML x nak lah komen lebih2. Yang pasti ML suka. Yara yang blur, kalut, degil dan perasan bagus. Hahahhahah... Balik2 dgn komitmen kerja dia. Yara yang x tahu hati sendiri. Yara yang sgt syg kan bos dan kadang2, ML rasa bendul sgt si Yara ni.

Antara Han dan Onn, ML lebih suka pada Onn. Oh ML, ko memang standard suka hero no. 2. X leh nak buat apa dah. Onn yang bersemangat. Onn yang tulus. Bila Onn dtg untuk putuskan pertunangan mereka, ML x marah. X rasa Pulak tindakan tu kejam. ML rasa kesian Pulak kat Onn. Hati ML pun turut sedih ngan Onn. Sampai hati Syamnuriezmil buat Onn gitu. Huhuhuhuhu

Walau apapun, nice job Syam. Thanks a lot coz selalu hidangkan snek yg sentiasa menjadi kudapan yg menyelerakan. No need aksi romantik, cintan-cinta yg tangkap leleh, ur novel dah mampu buat ku tersenyum.
Profile Image for Mai.
312 reviews62 followers
June 26, 2014
3.5 bintang.....

Apa yang saya suka tentang kisah ini ialah....
bukan kisah kahwin paksa,walaupun rasa kurang selesa dengan karakter Yara tapi okeylah ditangan penulis kisah yang klise ini jadi menarik.
Antara Onn dengan Encik Han yang mana satu pilihan Yara,itu anda kenalah cari tahu sendiri.
Lagi satu nak ucap Terima Kasih dekat acik sbb pencerahannya saya meneruskan juga bacaan sebab ada satu point rasa nak rebah dah baca kisah ini.
Secara keseluruhan kisah yang santai dan menghiburkan,semangat kekeluargaan yang sangat menyokong antara satu sama lain,mungkin dah menjadi "Trademark" penulis disitu pembacaan menjadi sangat selesa cukuplah watak utama aje yg dramatik kan.
Profile Image for Kamaliah.
199 reviews29 followers
May 5, 2014
3 1/2 *

Have always love her books. Seperti biasa, buku penulis ini easy reading. Konflik suam-suam kuku. Hero heroin main tarik tali. Mahu tapi malu. Sweet and simple. Tapi masih ada unsur2 brutal. Saya suka!

Yara - Sang PA yang berwibawa, Professional - Yara la yang kata. Saya kata - Mulut lepas, brutal tapi jujur... :) Doesn't mix pleasure with business. Pada awalnya la... And some of the time, a little bit naive... or she might be in denial.

Encik Han - A little bit confused with his identity. Its like he had a change of identity overnight. I also cannot accept easily his change of heart and the reason given for switching from Ms D to Cik Yara is somewhat lame to me. Sorry... But that is how I feel. But I must say, I do like Mr Han because even though he's being illogical some of the time, he is always a gentleman but gentleman with mulut laser.

All in all, I like this story because it is a simple story. Very simple in fact sampai ada few chapters with single page tapi still acceptable to me because I think it is enough. Many words pun, kalau apa yang nak disampaikan tak sampai pada kita pun no point jugak kan.. So, to me.. less is more... :D And this book doesn't challenge the mind. A soothing read, I might say and a good remedy after experiencing a hard day.

However, a big however here, the grammar in this story are messing my head. Would very much appreciate it if proofreading be made on the grammar itself before publishing. Very sorry if my comment is a bit harsh but identifying errors in simple English really gets on my nerve and caused a massive irritation during the reading.

Grammatically error set aside, I had a fine time reading this book.

Profile Image for Faradina Azlin Azahar.
507 reviews47 followers
April 28, 2014
First buku yang berjaya dikhatamkan hasil borongan di PBAKL.

kesimpulannya nak cakap Superb.. omo omo omo.. omey angat!!!!

Part surat2 ngan part airport proposal tue mmg super ohsem. Jatuh cinta botingket2 hah ngan Han-Yara-Onn-Arlyssa. Smooth jer baca... suke bila satu page dah habis satu chap. Tp isi dia, perghhh!. menusuk kalbu! ahaks...

Yara nie mmg den x tau nak cakap apa... kalu bab kerja mmg superb. Masuk bab perasaan.. hah kelautan hindi tue.. haipp!!! Tp kaum kerabat yara mmg best. Maksu yg sporting. Mak ayah pun sama. Ngan Si Aisy yg asyik beri pandangan bernas. renung-renungkan dan selamat beramal. Cit!

Onn!!!! Awak sangat sangat sangat baik.. i love u la Onn... u r really an angel.. muah2.. scene2 kat airport mmg wat hati cair hah.. wink wink back!!! walaupun amik masa setahun lebey tuk awak mulakan langkah pertama, anda tetap macho bagi saya.. hehehe

En. Han... anda... saya speechless... all ur action do speaks a thousand words. I also wanna answer YES!!! sedari dengar nama, hati anda dah terdetik yer.. so sapa laie lama yang mula menyukai nie?? hrmmmm...

Arlyssa... ngeee mata ikan?? Aduhai.. kalu dina pun dina x makan hah.. huhuhuhu.. anda mmg hadir tepat pada waktunya...create the laughter that solved all the puzzles. Ngeeee...

suka bila ada org mula cemburu dan suka bila apa dalam hati bukan satu rahsia lagi.. hehehe... sebulan pun dah cukup koyt tuk ikat hati kan??!

Senyuman yang pelbagai perasa, Gelak yang hanya mereka yang tahu.. hehehe.. suke part2 akhir... bila ada perkataan yg membuatkan org tue x senang duduk kalu dengar. sukela kesimpulannya.. hehehe...
Profile Image for nilam.
363 reviews71 followers
May 6, 2014
sangat lah besttttt..cerita ni sangat menceriakan hati..terus hari2 nak minum tea.. sanggup google apa tu teh English Breakfast dgn Early Grey..hehe..

best3..tersangatlah suweett..
Profile Image for Naira2975.
1,076 reviews21 followers
December 15, 2014
Book #67 - 2014

Oh my gooseness! Memang satu pembacaan yg tidak menghampakan dan merugikan masa! Obviously this is my favourite author so my review might be biased! But im pretty sure even first timer yang baca pun boleh cair.

Anyways, macam biasa.very light reading, no conflict agak shall i say, poyo? There are parts yang i love which i find very sweet and also unique; part surat akuan! I thought it's kind of brilliant of the author menggunakan medium ni since yara is also a PA. But my gad! The second letter memang buat i rasa tercair! And how HAN suka 5 jenis ketawa yara! Wow! Can a guy be more observant?!
Profile Image for Inn Auni.
1,092 reviews23 followers
July 4, 2017
Yara dah berkhidmat selama 1 tahun dengan bosnya sebagai PA merangkap work wife. Apa saja yang bos perlukan, Yara boleh sediakan. Dah macam Doraemon pula. Dan sebab bosnya suka minum kopi, maka setiap pagi hari kerja, Yara dah bertenggek depan kafe berdekatan. Kat sini saya memang serius terkejut sebab PA kat tempat saya kerja bancuh sendiri minuman untuk bos. Maka kat sinilah juga Yara berkenalan dengan Onn yang tak segan silu menulis nombor telefonnya pada cawan kertas kopi ais yang dia sedekahkan pada Yara. Dah outdated la Onn cara memikat macam ni. Haishhh.

Pagi tu rutin Yara macam biasa. PA harapan nusa bangsa la katakan. Bukan saya kata tapi Yara kata dan benda ni dia sebut berulang-kali. Tapi bos Yara yang on time tu tak muncul tiba. Yang muncul ialah lelaki seiras lelaki K-pop dengan pakaian pun dah serupa hero Korea pakai. Dengan pantas Yara tahan dari masuk bilik bos hanya untuk dapat tahu yang lelaki itu ialah anak bos yang akan memangku jawatan bos sebab bos masuk hospital. Mau tersedak bos sebab asyik sebut nama dia. Heh.

Bermulalah rutin baru untuk Yara nak pula En Han ni tak minum kopi tapi minum teh yang memang Yara tak berapa minat dari dulu. Pagi kena minum teh English Breakfast dan petang pula teh Earl Grey. Sebab En Han ni jugalah saya sanggup ke mall cari dua jenis teh tu. Dan nampaknya saya ni perut miskin macam Yara sebab cuma boleh hadap teh ros je.

Semua orang kata Yara ada chemistry dengan En Han. Tapi Yara tidakkan. Dia tak mahu cerita ni jadi klise iaitu bos dipasangkan dengan PA. Lagi pun dia nak bagi peluang pada Onn.

Dan cerita ni mula jadi bosan dengan sikap Yara. Dia tersepit antara En Han dan Onn. Tapi dia tak nak dengar nasihat orang. Jangan risau sebab Yara ni bukan kategori annoying cuma dia tegas. Itu pendapat saya. Sebab saya tau akan ada yang tak suka dengan Yara.

Saya cuma nak komen tentang penggunaan English. Saya bukan layak perbetul grammar ke apa ke tapi selain dari lawak dengan sikap Yara, lawak juga dengan ayat English yang tak kena. Masa mula-mula jumpa ayat English yang salah tu, saya tutup buku, dan tonton I Can See Your Voice 4. Haa hambik kau. Dah puas gelak macam langsuir barulah saya buka balik buku ni dan sambung. Tu pasal review saya buat pagi ni dan bukannya malam tadi. Dan bila saya jumpa ayat English yang salah untuk kali seterusnya, saya hadapkan aje.
286 reviews52 followers
May 1, 2014
maaf jika review ntah apa2....

CINTA tidak boleh dipaksa
CINTA hadir tanpa diduga

Cinta blh hadir dgn hanya pandangan pertama
Namun cinta sejati tidak semestinya dimiliki
Jika benar kita mencintainya pasti kita blh melepaskn cinta itu demi utk kebahagiaannya....kerana itulah kisah CINTA antara YARA, TEA & COFFEE...

Yara seorang PA yg disayangi oleh bos....sepanjng dia bekerja di syarikat itu, dia telah dipertemukan dgn COFFEE dan TEA...

suatu ketika Yara harus memilih antara Coffee dan Tea....yara dlm dilema kerana kedua2nya ingin kan yara menjadi PA...siapakah yang harus yara pilih??? Coffee yg tlh sethn dikenali dan Tea yang br sebln dia kenal....Coffee sgt jujur dgn yara namun tea seringkali meninggalkan puzzle yg harus yara cantum menjd sekpg gambar...

yara cuba utk memberi peluang pada coffee...dia cuba untuk mengingati coffee setiap hari namun tanpa yara sedari, tindak tanduknya setiap hr pasti tea yg menjadi keutamaannya...segala keperluan dan kesukaan tea tidak pernah yara lupakan..tidak pernah diabaikn...

tanpa disangka kerana ditekan dan tertekan, yara tlh membuat satu keputusan yg tidak diduga....tea merasa kecewa namun di suatu hari tea memberikan suatu tugasan utk yara selesaikn....yara terkejut setelah menyiapkn segala tugasan.....yara sedar dia telah membuat satu keputusan yg salah....tapi mampukah yara memperbetulkan semula kesilapan itu??? siapakah yg berjaya menjadikan yara PA untuk dia selamanya???

semuanya akan terjawab apabila anda membli membaca dan menyusuri kesengalan antara yara, tea dan coffee di dalam PA UNTUK DIA karya Syamnuriezmil
Profile Image for Intan  Musa.
593 reviews73 followers
December 2, 2014
Yara Aisya Yazid telah setahun berkerja dengan Tan Sri Wazir. Tetapi bila Tan Sri sakit, dia di gantikan dengan anaknya, Hanania Widad Tan Sri Wazir (Encik Han). Kelam-kabut Yara di buatnya. Onn Andre pula adalah pemilik kedai kopi di seberang jalan pejabatnya. Dia sudah setahun cuba menarik perhatian Yara tetapi tidak berjaya. Tetapi kerana Encik Han yang mahukan teh, mereka mula rapat. Sebelum Yara ke Kalimantan bersama Encik Han, dia ada 'booking dirinya' untuk Onn walaupun rasa cinta itu tidak ada. Di Kalimantan, Encik Han memprovokasi Yara sehingga dia terlepas beri harapan kepada Onn. Bila Encik Han berterus-terang akan perasaannya, Yara baru sedar akan perasaannya yang sama terhadap Encik Han. Malangnya, dia tersepit bila Onn melamarnya di depan khalayak ramai. Encik Han menjauhkan diri dan Yara rasa terpinggir. Bila Yara terserempak Encik Han bersama Daniella, dia bertekad untuk teruskan pertunangannya bersama Onn. Tetapi Onn telah membatalkan pertunangan mereka pada saat-saat akhir. Yara terus minta tukar kerja ke Jementah untuk jauhkan diri dari kenangan bersama Encik Han. Tetapi di sana, mereka bertemu kembali seperti kata pepatah, 'kalau dah jodoh, tak kemana'. Mereka akhirnya disatukan dan Onn bertemu jodoh dengan Sofea.
Profile Image for Aliza Nai.
148 reviews3 followers
June 4, 2014
Now this is the real Syamnuriezmil masterpiece. I love every single pages walaupun I teringin jugak cerita mereka waktu dah kahwin tu panjang sikit tapi so far tak mencacatkan penceritaan. So mungkin lah bagi I dia ne tak boleh nak buat cerita panjang sangat sebab nanti dah hilang boom dia but this time around it's worth it..Thumbs up!
Profile Image for Ainaa Akemi.
46 reviews4 followers
March 23, 2015
Novel yang santai,keseluruhan novel sayik gelak sahaja. Permasalahan pun tak berat. kalau ada permasalahan dalam novel ini tidak terasa sangat, oleh kerana watak Yara Aisyah yang sempoi.

Cuma kurang berkenan (amboi ! berkenan) dengan karakter Yara Aisyah yang 'loyar buruk ' . Sikit. Hahaha.

Watak En Han, memang serius, oleh itu serius tak mahu komen.
Profile Image for Qayiem Razali.
892 reviews85 followers
June 7, 2014
Malas nak review panjang2, just nak cakap kisah Han-Yara-Onn terbaik! Congratz buat Syamnuriezmil.
Profile Image for Sakura Lina.
139 reviews4 followers
June 28, 2014
cerita yg agak santai tentang Yara yg x tau nk buat pilihan antara bosnya, En Han dan bos kedai kopi, Onn.. xde byk konflik pun. konflik dalam diri Yara je yg byk.
Profile Image for シティ.
264 reviews
Read
March 17, 2018
Bacaan santai di PNM e-Reader.

Borrow from Perpustakaan Negara Malaysia Digital Library

Dialog/nukilan yang menarik...

Encik Han hanya memandang aku. Berkilogram berat pun maaf dia ucap kepada aku, sorry naik trelerlah weh... Tak ada maknanya aku nak terima. Gila nak terima. Nasib baik motor, kalau orangnya? Dahlah ayah ni tak ada dijual di pasar. Ayah ni edisi terhad tau. Seumur hidup sekali saja ada di dalam dunia.

“Saya minta maaf. Saya tak sengaja. Saya betul-betul tak nampak signal atau motor ayah awak tadi. Tapi, ya, kalau saya di tempat awak, saya juga akan marah. Yalah, ayah kan... Siapa yang tak sayang ayah sendiri. Nyawa memang tak boleh diganti. Saya faham.”

Aku tak perlu ingatkan dia teruk-teruk macam bos aku dulu. Dia lebih update daripada aku adalah. Kata Encik Han, it’s better to have check and balance. Aku pun bukan buat kerja betul pun... katanya. Ikut sedap mulut dia saja. Tapi baguslah. Sekurang-kurangnya aku tahu, aku juga ada salah. Yalah, aku ni pun manusia biasa.

Secara jujurnya, ya... Aku seorang yang jujur pada hati sendiri. Bagi aku, kalau aku tak jujur pada hati sendiri, siapa lagi yang nak jujur? Harapkan orang lain? Memang tak akanlah, kan!

“Dalam hidup ini, kita kena tahu standard diri kita, Aisy. Kau tak boleh simply, samakan kau dengan burung yang terbang tinggi sedangkan kau hanya semut yang duduk dengan kelompok kau.”

“The cost of not following your heart is spending the rest of your life wishing you had... Renung-renungkan, dan selamat beramal!”

“Bila kita antara persimpangan hati dan kita masih tak boleh buat keputusan, itu maknanya pilihan kedua sama baik dengan pilihan pertama. Atau sebenarnya lebih baik tapi saja tak nak berikan perhatian. Renung-renungkan... dan selamat beramal!”

Sedap jangan ditelan, pahit jangan segera dimuntahkan. Artinya Mbak Yara, berfikir baik-baik sebelum bertindak, agar tidak kecewa.”

Bos selalu berkata, pekerja ialah aset syarikat. Tanpa mereka, apa yang ada pada syarikat kita? Oleh itu, kenalah selalu ambil berat terhadap mereka. Kalau kita jaga mereka, mereka akan jaga syarikat. Ayat bos, memang terkesan dan selalu buat aku terasa, aku sangatlah berharga.

“Sekurang-kurangnya, saya ada bawa payung. Saya boleh hempuk, cucuk, pukul untuk mempertahankan diri saya selain melindungi daripada hujan dan panas.”

“Sometimes, it takes a lot of heartbreaks to get your heart in the right place.”

“There is no relationship is ever a waste of time. If it didn’t bring you, what you want, it taught you what you don’t want."

“Pepatah Indonesia ada mengatakan, daripada kehilangan kita belajar ikhlas, daripada kebahagiaan kita belajar bersyukur. Tiada salah untuk memilih yang mana satu, Yara. Dua-dua ada manfaatnya.”

Kehilangan itu mengajar kita ikhlas dan kebahagiaan itu mengajar kita untuk lebih mensyukuri apa yang diberikan. Apa pun pilihan, sama ada kita akan menemui kehilangan atau kita akan menemui kebahagiaan, mana-mana pun masih akan mengajar untuk lebih ikhlas dan syukur. Reda yang manis! ~ Syamnuriezmil
8 reviews
May 19, 2022
⭐⭐⭐⭐.9

Tak sah lah bila baca karya Syamnuriezmil ni kalau tak tersengih memanjang.

PA untuk Dia. Han yang cool, Yara yg mulut x dak insurance, Onn si engineer kopi. Melting lah dgn setiap watak hero penulis ni. Dah imagine pandangan mata siapa yg terukir paling berbekas di hati Yara tu. Lahai, tak boleh lah mcm ni!

Hah! Sweetnya. Dari ketawa pun kau boleh lagi nak tau what kind of jenis ketawa dengan maksud yang berbeza. Oh! Nak juga dipertemukan orang yang mcm Encik Han😍😍😍

Yang best nya setiap novel penulis penuh dengan hubungan kekeluargaan dan persahabatan. Tak ada hubungan yang toksik. Penuh dengan pengajaran dan lebih menarik, kaya dengan quotes..
Setiap kali baca karya Syamnuriezmil buat aku semangat nak baca even monolog je dlm novel ni.


*lagu Rumah Singgah tu mcm sesuai je untuk Onn
Profile Image for Sha Mohamed.
2,525 reviews1 follower
January 12, 2018
"Kehilangan itu mengajar kita ikhlas dan kebahagiaan itu mengajar kita untuk lebih mensyukuri apa yang diberikan. Apa pun pilihan, sama ada kita akan menemui kehilangan atau kita akan menemui kebahagiaan, mana-mana pun masih akan mengajar untuk lebih ikhlas dan syukur. Reda yang manis! ~ Syamnuriezmil "
#pauntukdia #syamnuriezmil #penulisan2u #lovenovel #novelcinta #novelmelayu #bookreview #booklover #bookworm #bookstagram #hobisaya #reviewbukuolehsha #bookreviewbysha #bacaanjanuari2018 #bloggerbuku #blogger #bloggerperak #blogkasihkuamani #membacajambatanilmu
Profile Image for L.N.
48 reviews1 follower
July 24, 2021
Honestly, the story is quite dragging. Ada parts that makes you macam geram dgan Yara because is takes forever to just get the sign yang Encik Han suka dgan dia. And cerita tiga segi is not really my cup of tea. But cerita dia sweet. I like Hanania character because he is sweet and romantic juga, he confess by asking the girl he likes to write for him a letter which confess how he feels towards the girl. But i was expecting the writer to cerita kan also masa the perkahwinan like they have anak or have a small family. But the story ends so fast so is kinda sad
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Izz.
420 reviews8 followers
April 11, 2020
So far baca buku penulis ni, mesti sempoi je cita dia. Takda twisted sangat, rilek² je, chill² je..memang buku penulis ni untuk bacaan santai. Sis pun baca novel untuk divert stress, klau membaca pun stress, tak nak lar. So sis suka yg santai² macam ni, biar pun klise.
Profile Image for Mimi [heyitsmeme06].
102 reviews10 followers
June 29, 2020
3.5

Lepas habis baca Rindu Kamu Mr Darcy baru baca novel ni. Aku rasa novel ni agak slow sikit. Taktau memang slow pace story or aku yang takleh move on dari Mr Darcy lagi. But overall still okay, novel acik Syam bila je tak best? Hehehehehe 👍👏
Profile Image for Ayman Hyeqal.
68 reviews58 followers
May 31, 2014
PA Untuk Dia
Karya Cik Syamnuriezmil
Terbitan Penulisan2U

PAUD sebuah lg karya terbaru penulis peberet sy, ternyata sebuah naskah ringan yg sgt best dan menarik, penulis spt biasa tdk pernah mengecewakan pembaca, rasa spt tdk puas membaca nasakah ini, PAUD mengisahkan percintaan spt nasakah-naskah cinta yg lain cuma cara olahan penulis membuatkan ia menarik dan memikat hati, mengisahkan Yara seorg PA kpd Tan Sri Wazir, kehidupan Yara sbg PA Tan Sri penuh dgn keseronokan sehinggalah Tan Sri jatuh sakit dan tempatnya tlh diambil alih oleh anaknya sendiri iaitu Hanania Widad seorg yg serius sehinggakan menjadi tekanan pada Yara sbg PAnya, kehidupannya sbg PA semuanya tdk seindah dahulu, Onn seorg pemilik kedai kopilah yg menjadi tempat Yara meluahkan perasaannya, Onn sememangnya tlh lama meminati Yara ttp Yara sering menjual mahal, pelbagai cara Onn lakukan demi memikat hati Yara, dlm masa yg sama hubungan Yara dgn bos barunya spt anjing dan kucing sehinggalah kejadian kemalangan dimana Widad tlh tdk senggaja melanggar bapa Yara, sejak kejadian itu Widad spt tlh jatuh hati pada Yara, Widad sering berkunjung melawat bapa Yara yg hinggakan keluarga Yara menyenanggi Widad, dlm itu Widad mula jatuh hati pd Yara dan mendapat sokongan keluarga Yara, dlm itu Yara dgn tanpa memikir panjang tlh mengakui cintakan Onn pada dasarnya Yara juga meminati Widad tp egonya memaksa menipu dirinya dan org lain, Widad menerimanya dgn terbuka akan pengakuan Yara, akhirnya Yara dan Onn tlh bercadang utk melangsungkan pertunangan, adakah Yara dan Onn akan bahagia? Atau mungkinkah Widad berjaya merebut cinta Yara? Anda ingin tahu jgn lupa dptkan naskah ini dipasaran dgn harga RM20(sm) RM23(ss) apa yg pasti naskah ini harus anda milikki ternyata memang akan mampu memuaskan hati anda, part yg paling terkesan dihati dan menjadi point dlm naskah ini bg saya adalah sewaktu Widad meluahkan perasaannya terhadap Yara yg ternya sgt menarik dan sesuatu yg diluar jangkaan dan mengundang kelucuan dan sy kira ia sbg kekuatan dlm naskah ini, anda ingin tahu apakah dia sila dptkan dipasaran pada jun nnt dan pada yg tlh memilikkinya sewaktu di PBAKL lalu sila baca dgn segera, terbaik dari penulis

# p/s ini hanya pendapat peribadi dan setiap pembaca mempunyai cita rasa yg berbeza
Profile Image for Anilza.
17 reviews1 follower
April 29, 2014
Sweet, sempoi & beautiful piece dr Syamnuriezmil!

Few chaps yg hanya ade satu mukasurat...padat n terkesan di hati!

Surat2 pd yg berkenaan, ohsem pohsem! Luahan hati sgt tau :))

Yara - awatla hang kalau soal hati lembab n kelaut...hahaha but that's make Yara as Yara..specialnya dia yg suke nk overthinking & exaggerate segala benda...she also has all the answer on all the question hehehe

Han - *sigh*....apa yg bole dikata..he is soooo the person yg buat kite-rasa-nk-jatuh-tergolek2-just-by-his-senyum-senget!

Love the part pasal how many smiles & how many look a person might have...hanya org2 yg faham & sayang kite akn tahu itu...

Last but not least, karya2 Syamnuriezmil so far mmg sgt menghiburkn & this one is my favourite so far after Isteri utk Disewa :))
Profile Image for Liebe Schatz.
72 reviews5 followers
June 14, 2014
PA UNTUK DIA OLEH SYAMNURIEZMIL.

Apa lagi yang boleh didebatkan. Kebolehen penulis tak dapat disoal lagi. Gaya penceritaan yg santai penuh kelucuan. Penulis berjaya menimbulkan mood ceria disepanjang pembacaan.

Tapi yang istimewa nya dalam buku ini ialah banyak kata-kata yang cantik dan penuh makna. Boleh dijadikan tauladan untuk kita.

Tahniah kepada Penulis untuk sebuah buku yg menghiburkan hingga meninggalkan senyuman di dalam hati saya. Antara Kopi dan Teh... saya pilih Aisy..... hi hi hi..
Profile Image for mrsbudu.
94 reviews12 followers
May 4, 2014
first buku yg dibace lepas sambar di KLIBF!
karya yg ditunggu2... nak tahu sapa pilihan yara
onn andre ke hanania widad..
dua-dua hero best.. ohh ye knp laaa semua hero syamnur ni x penah x best... mesti kne buat pilihan... pilihan yg susah plak tu..
kih kih kih
tapi utk paud awal2 dah vote onn andre ...
sebab onn ade kedai kopi..
sebab onn nye muka sama mcm lee min ho..
dan sebab saya juga hantu kopi...

walaupun pilihan yara aisha x sama dgn saya..
citer ni tetap ohsemmm...
Profile Image for Yattie Norhayatie.
75 reviews4 followers
May 28, 2014
Assalammua'laikum. ...
sikit je nk review. ...novel ni santai je, simple n padat.
alhamdulillah. ..hbs baca novel ni cuma pengakhirannya agak mengejut. muehehehe.....
tahniah buat saudari penulis ye.....
pssst... ini buku pertama penulis ni saya baca...jd xtau nk review lelebih....insyallah saya nk cuba cr novel lain penulis ni untuk cuba memahami perjalanan novel2 beliau.... kalau dh giler novel....

alhamdulillah. ... selesai baca....
udadadaaaaa......
Profile Image for mRs bOo ^_^.
234 reviews13 followers
May 10, 2014
salam..

yeayy done.. nasib xtebal hihi
♡♡luv this story

falling in love with
eng breakfast n earl grey tea...

feel sory for coffee :'(

story kak syam ni simple je flow cerita pn menarik xheavy, funny, xde sakit2 hati hihi..

actually tea n coffee dua dua pn hebat
best man win ♡♡
Profile Image for Az3an.
172 reviews4 followers
July 14, 2014
Walaupun kisah cinta bos & PA sgt klise tapi the way Syamnuriezmil tulis novel ni memang best!

" Susah untuk mematahkan hati orang. Baik patahkan tulang sebab tulang ada 206 batang dalam badan, tapi hati dalam badan cuma hanya satu."
Profile Image for Mohd Zuhri.
26 reviews6 followers
September 18, 2014
Ini kali pertama aku baca karya Syamnuriezmil, tak disangkal memang best. Mula-mula best, pertengahan juga best, tapi masuk last rasa boring dan terlampau laju saja. Macam nak cepat pun ya. Apa-apapun tahniah di atas kelahiran novel terbaru ini.
Profile Image for Joan Grace.
5 reviews8 followers
May 20, 2015
Suka sangat dengan kronologi novel ni. Sekali lagi Syamnuriezmil tidak hampakan para peminat karya beliau. Penceritaan cukup rempah. Dialog lebih kurang "Yara, yara, what happen to Cik Yara, En. Han?" masih menjadi dialog kesukaan saya. Ringkas tapi bermakna.

Teruskan menulis Kak Syam!
41 reviews3 followers
August 5, 2016
Nukilan Symnuriezmil tidak pernah membosankan.

Jalan cerita yang santai dan penuh jenaka.

Watak Yara yang spontan dan bersahaja menjadikan jalan cerita yang menghiburkan.

Kehadiran Han didalam hidup Yara umpama garam dan cili padi yang menjadi penambah rencah yanh menyedapkan lagi jalan cerita..
Profile Image for Novel Annie.
63 reviews19 followers
May 17, 2014
mmg terbaik la. perceritaan yg santai dan menarik. penulis mmg tak mengecewakan.
Displaying 1 - 30 of 44 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.