Jump to ratings and reviews
Rate this book

Hopeless Romantik

Rate this book
Banyak baca novel, Khairina aka KIAH mengimpikan calon suami ala-ala hero novel. Kacak, maskulin, romantis dan beriman. Tapi, wujudkah lelaki sebegitu di alam realiti?

“Nonsense! Kalau I nak romantik-romantik, baik I jadi Romeo. Bukan doktor kanak-kanak!”- Mohammad Khayrel Bin Mohammad Reza aka KAY

Okey! Kali pertama tengok KAY, dia dah jatuh suka. Tak tahu celah mana yang dia nampak si KAY tu macam hero novel impiannya. Cuma masalahnya, lelaki tu tunang orang.

Tapi, siapa sangka tiba-tiba saja dia diberi peluang menggantikan tempat si tunang KAY yang belum bersedia untuk berkahwin. Boleh ke dia main ganti tempat macam tu?

“I’m a baggage, awak tak nak kahwin dengan saya, Khairina. Nanti awak yang menyesal. Saya tahu awak nak lelaki macam mana.” - KAY

Tapi, hatinya nekad. KAY, ini KIAH. Hopeless romantik punya Kiah. One day, you will be glued to me macam gam Cap Gajah.

“Saya perlukan masa, Khairina! For God’s sake, jangan goda saya!”- KAY
“Bantal lebih letak tengah please, untuk keselamatan abang. Saya dah rasa lain macam ni...” perli Kiah.

Kay mendecitkan lidahnya. Dia masih buat tak tahu dengan permintaan Kiah. Kenapa perlu dia takutkan Kiah? Dia yang lelaki, bukannya Kiah yang lelaki. Lelaki, takkan nak takut dengan isteri sendiri, bukan?

Mampukah KIAH menjadi api mencairkan ais di hati si suami atau adakah api cintanya terpadam disirami ais?


special entry : http://shamienslair.blogspot.com/2014...

620 pages

First published March 29, 2014

13 people are currently reading
309 people want to read

About the author

Shamien Basit

4 books45 followers
Telling stories is like breathing; it's a norm.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
122 (41%)
4 stars
113 (38%)
3 stars
42 (14%)
2 stars
7 (2%)
1 star
10 (3%)
Displaying 1 - 30 of 56 reviews
Profile Image for Harnani Husin.
135 reviews14 followers
April 12, 2014
Khairina aka Kiah seorang yang sugguh positif dalam kehidupan dia. Pernah kecewa sebanyak 6 kali oleh teman lelaki. Alasan dia ditinggalkan ni memang lawak sungguh. Kiah ni suka lelaki ala-ala bad boy jadi teman lelaki dia ni banyak yang bad boy terlebih, terutama kekaih no 6 tu yang bertindik sana-sini. Bila si kekasih no 6 ni berkawan dengan Kiah, Kiah dapat mengubah kekasih no 6 ni dari bad bad boy menjadi seorang yang baik dan mula untuk memperbaiki diri dia dan memperbaiki hubungan dia dan keluarga. Sebab Kiah ni pernah ambil krusus dalam bidang psikologi. Yang tak tahannya bila si kekasih no 6 tu berubah dia tinggal kan Kiah disebabkan nak berbaik dan berbakti pada keluarga balik. Haru sungguh si kekasih no 6 ni. Kira dia anggap Kiah ni macam kawan yang mengubah diri dia menjadi lebih baik la. Kesian Kiah. Sedih hati dia ditinggalkan.

Tapi Kiah ni kecewa sekejap sahaja, biasa la dia kan positif sentiasa. Pasti akan ada 'prince charming' yang lain lagi yang akan dia jatuh cinta. Hahahaha

Pertemuan Kiah dengan seorang pemuda bernama Mohammad Khyrel aka Kay ni kat lapangan terbang masa Kiah nak jemput abang kembarnya Khasaff. Kiah secara tak sengaja terlanggar Kay ni masa main kejar-kejar dengan anak buah Kay yang bernama Luth. Kebetulan mama Kiah ni adalah kawan pada mama Kay merangkap nenek pada Luth.

Disinilah bermula 'fairytale' Kiah. Dia jatuh cinta sekali lagi pada Kay. Kali ni cintanya terlalu dalam sangat pada Kay. Sayangnya Kay ni tunagan orang. Adoila Kiah, musnah harapan hang nak miliki 'prine charming'. Kecewa sudah.

Tapi sesuatu tragedi yang tidak diduga apabila mama Kay melamar Kiah untuk Kay disebabkan tunang Kay, Jaz memutuskan pertungan mereka disaat tarikh majlis lagi 2 minggu sahaja. Apa lagi Kiah ni terima sahaja la. Walaupun Kay tak suka dia. Kay ni seorang yang macam ais beku macam 'aisberg' kat kutub sana tu. Apa dia kisah janji dia suka. Sebab pada Kiah dia positifkan fikiran dia. Suatau hari nanti dia akan tawan Kay sehingga Kay jatuh hati berkali ganda kat dia. Huhuhuhu. Caiyok Kiah. ' Think' psitif.

Adakah Kiah Berjaya buat Kay jatuh hati pada dia?
Apa akan jadi pada Jaz tunang si Kay ni?
Siapa Julia jendul yang menjadi 'antagonis' antara Kay dan Kiah

Daptkan buku ni HOPELESS ROMANTIK.

-pada saya buku ni santai, kelakar, hilang stress
-suka watak Kiah yang sentiasa positif tu
-jatuh hati pada watak comel Luth yang petah berkata-kata
-bila Kay pula jadi hopeless romantic..hahahaha..baru tau kau Kiah...cair

Tahniah buat penulis untuk naskah ni. Harap ada lagi ceritnya di masa hadapan.
p/s: memang sesuai jumpa buku ni pada masa ni sbbkan asyik baca buku tangkap leleh ja...nak juga baca buku romantic komedi dan akhirnya berjumpa juga hehe. Tak kering gusi la.
Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
February 6, 2015
Disebabkan pinjam, aku baca laju-laju. Yalah, harapnya nanti nak pulangkan cepat, kan dah ada perjanjian nak date sesama hihihi...

Full review: 06/02/2015

Premisnya mudah. Si gadis, Khairina [Kiah] yang mengimpikan calon suami ala-ala hero novel. Bertemu empat mata dengan Khayrel [Kay] buat hatinya bergetar, namun sayang seribu kali sayang Kay rupanya tunangan orang.

Tapi siapakan tahu, jodoh mengikat mereka berdua. Tunangan si Kay melarikan diri di saat-saat akhir. Kiah dicari, diminta sebagai ganti. Haihh… dah ‘rezeki’ depan mata, manalah Kiah akan menolaknya. Pinangan mengejut ibu Kay diterima tanpa banyak soal.

Dan, bermulalah episod Kiah dalam menawan hati sang suami-paksa-rela. Bukan mudah nak menggoda si suami beku seperti Kay yang dah kecewa dengan cinta. Tapi baiknya Kay ni yang tidak mengehadkan perkahwinan mereka, maksudku dia memberi kebebasan untuk Kiah melakukan apa saja supaya rumah tangga mereka seperti pasangan yang lain.

Berjayakah Kiah dalam misi mencairkan si iceberg pujaan hati? Atau, misinya kecundang di tengah jalan bila saja ada anasir-anasir yang annoying di luar tepi?

Baru aku tau kenapa orang gilakan buku ini. Nilai komersilnya tinggi dengan adegan manis bergula [yang aku rasa dah tahap high juga]. Lelaki kacak, maskulin dan beriman yang didambakan, dengan gandingan sang heroin yang manis tapi agak ketot. Hmm, terasa ada sedikit elemen Korea yang dimasukkan. Ada tikanya macam pernah baca beberapa babak dalam novel ini, yalah kisah isteri cuba menggoda suami agak banyak juga di pasaran.

Tapi, sayangnya, bila saja pelaku-pelaku dalam cerita ini tak menggambarkan usia dan professionnya. Ada masa aku rasa Kay bukan si doktor, dia bagai jelmaan Kiah dalam versi lelaki. Sayang... tapi apa pun, naskhah ini masih menghiburkan. Buat melepaskan lelah, membacanya pasti membuatkan anda tersengih tak sudah dengan karenah Kiah-Kay.
Profile Image for Kamaliah.
199 reviews29 followers
June 20, 2014
3 1/2 * + 1/2 * untuk ending yang schumel....

Buat pertama kalinya, achik kekwat memberi 4* untuk cerita 18sxxxx.... Clap! Clap! Clap!



Sebab aper? Sebab KIAH aka Jack Sparr-KIAH smata2. Pada saya, Kiah sangat schumel! Sangat berani! Sangat open! Sangat menggembirakan hati saya! Sangat confident! Sangat penyayang! Sangat penyabar! Pendek kata, saya tak Nampak aper kurangnya si Kiah Joyah tu di mata saya. Perwatakan dia sangat2 menyenangkan hati, Tak kira dalam aper jua keadaan. Baik dalam keadaan blur, gembira, sedih, marah and even miang nauzubillah, she never ceased to amaze me.... Saya sentiasa tersengih2 dan tergelak2 semasa membaca.



Kay, Mamat Hati Beku tapi tidak menyakitkan hati. Unlike Zarin dalam PMS.
Kay, walaupun tidak menyintai Kiah but he treats her right. For that, I love him!!!
Kay, who refused to believe in love again when betrayed by Jezamine.
Kay, who chose to accept Kiah because of his mother's wish.
Kay, who accepts his fate and act on it.
Kay, who finally falls head over heel at Kiah and work on it.
Kay, who broke Kiah's heart but tries every way possible to mend it.
Kay, who finally becomes a Hopeless Romantik just like Kiah.

And they live happily ever afterrrr..... ***Sighhhhh***



I think that other reasons that made me love this book is because of their profession. I have always love Chicago Hope, ER, Dr House, Grey's Anatomy and Private Practice. Love them all. Seeing all those friends together, being doctors and all really bring back good memories of the stories that I grew up and grow old with.

Kay - Paediatric Cardiology;
Benji Dandy - Ob/Gyn;
Kashaff - No idea what Dr he is...
3 besties who added spices to the story. Hopefully there will be a story each for both Kashaff & Mili and Benji & Shido. Crossing my fingers here! :)





To me, the story is very entertaining, be it Kiah's antic OR Kay's cold hearted non response [at first] OR Benji Dandy's and Kashaff's crazy and caring attitude OR Luth's cheekiness OR Kiah's parents' loving banters during their separation and after they remarried, each and every one of them captured my heart and made me happy. Even Julia Jendul's antagonist part doesn't bother me at all.

All in all, it was a very nice and happy reading.... :)

P/S: why the pictures? Either saya dah berjangkit penyakit tepek gambar Cik Pah or I have wayyyy too much free time.... Ahaks...

Profile Image for Ctsue.
56 reviews9 followers
April 7, 2014
Kiah sangat slumber, hopeless romantic sangat tepat untuk Kiah dan dia tahu apa yang dia nak. Bila ditawarkan untuk berkahwin dengan Kay disebabkan si tunang Kay yang tiba-tiba minta putus, Kiah terus setuju sebab memang dah jatuh cinta at first sight dengan Kay si beku tahap ais di kutub utara. Kay pon frust sangat sampai serahkan keputusan pada maknya. Jadi cabaran sebenarnya bermula semasa perkahwinan dorang, camne Kiah nak tackle Kay yang memang jelas takde perasaan pada Kiah. Rasanya tak pernah baca novel yang watak perempuannya sangat 'daring' macam Kiah.huhu. memang berani buat aksi romantik untuk goda si suami. Jadi, kena la baca kalau nak tahu ape yang Kiah buat untuk cairkan si ais beku ni dan siapakah Julia Jendul yang cuba rampas Kay dari Kiah..haha..nama pon dah buat nak gelak.nasih hang la Julia..

*sy suka sebab Kiah tahu apa yang dia nak, berani ambil risiko. cuma lagi cantik kalau penulis buat Kiah solat istikharah untuk lebih yakin dengan keputusan dia memilih Kay sebagai suami.

*sy suka bila Kay jenis setia dan cuba untuk mencintai si isteri yang dikahwini tanpa cinta.

*sy suka part Kay & Kiah honeymoon di France...Colmar..serius rasa macam nak jugak g honeymoon dekat sana..verangan jap in fairytale..hehe

*suka juga watak Luth yang comel, salah satu pemangkin hubungan Kay dan Kiah.

p/s:Tahniah kepada penulis atas kelahiran novel pertama ini. next nak Jiran Rumah Abang boleh?haha.

Profile Image for Cik Pah.
290 reviews102 followers
June 24, 2014
Hopeless Romantik

Ada yang suka rahsiakan rasa hati, ada yg mendedahkan segalanya sampai tak tinggal pun satu untuk simpanan sendiri. Untuk yang suka berahsia, geram jugak pembaca kalau pihak yang satu lagi tak tahu dan selalu salah faham, tapi bila didedahkan segalanya rasa hilang manisnya pula. Dalam kisah ini Kiah, bongkarkan segalanya rasa hati dia pada Kay semasa sesi suai kenal mereka setelah diijab kabulkan. Entah kenapa hilang rasa teruja, mungkin sebab selalu sebut I love you, mungkin sebab perempuan yang mulakan dulu walaupun tak salah untuk siapa yang mulakan. Ceritanya memang Kiah yang memulakan dahulu, dia telah jatuh hati dengan Kay sewaktu bertembung di airport, malangnya prince charming itu tunangan orang. Makanya tidak lah pula Kiah berniat nak rampas tunang orang walaupun mata tak lepas memandang lelaki yang mencuit hati dia yang kecundang 6 kali dalam percintaan.


Satu peluang depan mata, buat Kiah menawarkan diri menjadi pengganti. Jaz tunang Kay, menarik diri untuk pulang semula kepangkuan Benji dan majlis yang terpaksa diteruskan membuat mama Kay merisik hati Kiah anak sahabatnya yang dia berkenan untuk dibuat menantu sekiranya Kay masih belum berpunya.


Kepada mereka yang pernah membaca dan menonton Projek Memikat Suami mesti tak dapat lari dari membandingkan dan menyamakan Una dengan Kiah. Susah juga nak singkirkan watak Emma Maembong dari fikiran sewaktu berimaginasi melakarkan watak Kiah menggoda suami dia, menjadi suri rumah dan memasak untuk suami tercinta. Nasib menyebelahi Kiah kerana Kay tidak sengal, masih melayan Kiah dan meladani Kiah selayaknya sebagai isteri.

Bulan madu ke Paris, hadiah dari mama dan papa Kay mencairkan iceberg di hati Kay. Tapi Kay belum luahkan perasaan hatinya pada Kiah. Nak tunggu masa yang sesuai. Sekali peluang yang ada adalah saat hampir goyangnya rumahtangga mereka angkara Julia, rakan sekerja Kay dihospital yang turut menyimpan perasaan pada Kay. Siapa yang tak sakit hati dan kecewa, suami sendiri tak percaya dengan isteri, buruk sangat ker perangai isteri sampai nak buruk-burukkan perempuan lain, sah-sah Julia ada hati dan berniat nak runtuhkan rumahtangga mereka, malangnya Kay tak nampak helah Julia. Lagi malang pakatan Shida, Benji dan Kiah memerangkap Kiah dipihak yang salah dan memenangkan Julia sebagai mangsa cemburu buta si isteri. Bahagia yang dicari Kiah derita yang datang. Sedih. Pilu hati seorang isteri yang selama ini mendambakan suaminya sendiri.

Bagaimana Kay memujuk Kiah yang merajuk? Itu boleh digali sendiri. Boleh tarik nafas lega, tiada adegan lari dari rumah walaupun baju dah siap packed disebabkan Abang Kashaff kembar Kiah sempat bagi tazkirah. Adanya Luth anak saudara Kay berusia 4 tahun yang yatim piatu dan dianggap seperti anak sendiri juga memainkan peranan yang penting mengikat hati Kiah. Sungguh, Luth penyeri cerita ini dari mula hingga akhir. Keletahnya mencuit hati, jatuh hati dengan mama Kiah tetapi beralah demi papa, tak dapat mama nak booking baby 5 bulan. Sapa tah yang ngajar, kecik2 dah gatal. Hehe chumel.


Hidangan yang julung kali Kay masak untuk Kiah
286 reviews52 followers
April 3, 2014
KIAH yg overdose gediks dgn yg halal
KIAH yg hopeless romantic
KIAH yg pandai bt kek
KIAH yg berjaya mencairkn iceberg
namun syg nya KIAH tidak berjaya meraih kepercayaan seorg suami, tewasnya KIAH apb si JENDUL mengendeng pd si suami, KIAH yg hampir ditampar oleh suami, KIAH yg bertkr menjd iceberg krn seorg suami....berjaya kah KIAH menyelamatkan rumahtangga nya???

KAY yg putus cinta
KAY yg beku
KAY yg x cinta kan si isteri
KAY yg tewas dgn godaan si isteri
KAY yg tidak percaya pd kata2 cemburu seorg isteri
KAY yg menghancurkan dan melukakan hati seorg isteri
berjaya kah menawan semula hati seorg isteri???

SI JENDUL perosak rumahtangga...si JENDUL yg aku rs nak campak dlm gaung...tp berjayakah SI JENDUL merampas KAY dr KIAH???

sebuah cerita yg sgt overdose gediks, romantic....bagaimana seorg isteri cuma mencairkn hati seorg suami yg dikahwini tanpa cinta...yg dikahwini atas aturan keluarga....berjayakah seorg isteri mempertahankan rumahtangga yg dilanda badai??? semuanya akan terjwb apb anda baca HR dan anda mengenali KIAH dan KAY...
Profile Image for  Kak Zie.
370 reviews60 followers
April 4, 2014
Best jugak layan citer ni walaupun tak pernah baca kat blog penulis.. Sempoi je.. Watak si Luth tu sangat tak menahan.. Tak padan dengan umur...
Profile Image for Azizah.
386 reviews6 followers
September 4, 2014
3 + 1/2 - 1/2 + 1/2 = 3.5 star

Cinta? Setiap orang ada definasi yang tersendiri tentangnya. Kiah jatuh cinta tergolek kepada Kay saat pandang pertama di airport. Namun Kiah sedar bukan jodohnya kerana Kay sudah mempunyai Jaz. Tapi Luth yang comel itu telah memberi peluang untuk Kiah melihat Kay dari jauh. Walaupun cinta tapi Kiah tidak akan sesekali merampas tunangan orang.

Kiah yang selalu ditinggalkan kekasih tetapi dia tidak pernah serik untuk terus memburu. Dia percaya pasti ada yang terbaik buat dia. Keabraban Kiah dengan Benji juga hampir buat Kiah mengatakan ia kepada sebuah lamaran. Nasib baik belum terjawan ya, rupa-rupanya si Benji itu hanya bergurau.

Sekali lamaran datang terus dari mama Kay. Mahu tak terkejut badak Kiah tu. Haaaaa, sekali Kiah bersetuju jugak walaupun dia dah nampak iceberg Kay tu besar gebadak.

Kiah yang tidak pernah jemu untuk menyatakan cinta. Kiah yang sentiasa berusaha untuk mencairkan ais di hati Kay. Walaupun secara terang-terangan Kay menyatakan tidak cinta tetapi keizinan Kay untuk Kiah menggoda dia tu digunakan sepenuhnya oleh Kiah.

Pakej bulan madu di Paris telah berjaya merapatkan hubungan mereka. Mereka sangat sweet sebabnya sentias berkongsi cerita walaupun kadang kala Kay tu sebal aje kalau Kiah membuli dia.

Namun, sekembalinya mereka dari bercuti itu bermula kisah duka buat Kiah. Tiba-tiba terjelma si Julia yang secara berdepan akan merampas Kay darinya. Kiah yang ganas memang berusaha sehabisnya untuk melindungi hak dia. Tapi dah si Julia ni pandai berpura-pura dan juga Kay yang lurus bendul telah menyebabkan rumahtangga mereka berontakan. Tapi KakChik memang tak suka cara Kiah menangani masalah rumahtangga mereka ni. Ada ke patut dia nak lari macam tu aje. Macam tak percaya pula Kiah yang brutal hilang kekuatan untuk berdepan Julia yang gedik tu.

Haaaaaaaaaa..tahu pulak si Kay ni bila Kiah buat tak layan. Iyalah, siapa tak sakit hati dan kecewa kalau dah suami sendiri tak percaya pada kita. Sudah Kay tu tak pernah menyatakan rasa hati pada Kiah. Gelabah cicak Kay masa tu. Tapi Kiah pun tak tahan juga kalau tiba-tiba Kay yang iceberg tu dah tertukar menjadi romantik tak ingat...:P

Suka sangat budak Luth yang comel dan positif tu. Aikksss, Luth kecil-kecil dah cop calon isteri..hikhikhik.
Profile Image for kuzzeen.
386 reviews104 followers
May 21, 2015
Naskah untuk dilepaskan; RM15.00. Pm je...

Separuh masa pertama:

Terbayang menonton pementasan di dewan sekolah, ada narator dan ada pelakon2. Narator pegang mikrofon, si pelakon2 akan 'miming' dan menggerakkan tubuh mengikut dialog si narator. ATAU... ingat cerita 3 Abdul? Begitulah...

Separuh masa kedua;

Bagusnya kalau hidup begini, konflik yg berat dipandang enteng seringan kapas.


:/
Profile Image for mRs bOo ^_^.
234 reviews13 followers
May 13, 2014
finally setelah berbulan pending today c the end huhu...

kiah mmg sesuai dgn gelaran hopelles romantik
kay the iceberg

just novel ni to much ayat org muda hihi agak finings jgk la kne baca slow n steady xpn kne ada kamus bg some readers..

not bad darling luv ur idea.. gud luck ♡
Profile Image for Faradina Azlin Azahar.
507 reviews47 followers
April 3, 2014
ngeeeee... akhirnya selamat mengkhatamkan Kiah Kay story... suke suke suke.. ngeeeeeee... haila both couple nie.. super ohsem. x pueh baca. rasa cam nak lagi jer.. hahhahaha... starting dah sedih ngan pemergian mak ayah luth. tp the end dier mmg senyum sampe langit.

kiah nie mmg salute spring la. tabik! giler otai kampung hah.. hehehe.. suke suke suke.

kay plak sekian hal... tp membayangkan aksi2 nyer pun blh wat yg membaca turut merasai debaran kiah ngadap super hottie manly kay. ngeeeee.. cair cair cair. hahahha

and, the cutest couple shido fedido and benjy dandi. u guys rawk!!!! ngeeee... i lioke la sangat sangat sangat.. weee. mmg super ohsem kamu2 di keliling kiah.

kasyaff and mili cam kurang diceritakan. so x dpt nk komen how sweet they are.. eh eh.. ke how MASAM they are. yerla asik2 ngan mangga jer hah.. ngeeeee....

hrmmmm.. the beautiful moon and handsome adam.. alahai.. anda berdua buat saya blushing.. hahaha.. kalulah penceritaan ttg anda berdua dikembangkan, meati comey!! hahahaha...

jaz... hrmmm anda nyer life also gonna be interesting.especially when i do believe that you have found your one and only soulmate.. Dr. Johan.. hopefully i be able to read about ur lovely storiea later on. ahaks...

last but not the least... the annoying award of the year.... Ms. Julia Jendul.. JJ.. anda mmg sengal dan jahat dan gila. luckily x byk sgt menceritakan kejahatan anda, or else anda sah2 akan dihantar ke prison alcatraz sbb saya dah menyampah ngan anda. hahaha

and to the writer, i really love it. weee
Profile Image for Rosniyati Othman.
220 reviews7 followers
February 17, 2015
loving this quote:-
"to love without condition, to talk without intention, to give without reason, to care without expectation".

how should I start with the review? the wifey is head over heels with the cold iceberg hubby. and finally when the ice melts, they live happily ever after? hhaahah...yeah...sounds like fairytale isn't it? nama heroin kiah tu...hm...agak terganggu nak baca..sebab nama sedap2 awat la bagi nick name kiah? nama hubby dah sedap kot...kay...although it does sound like girl name actually...

secara menyeluruh, it is an OK book. means...light book, santai tak banyak conflict..the best part is the heroin is so positive thinker which makes my gloomy day become so bright...so true that positive people influenced others to be positive as well...tapinya...kadang-kadang penggunaan certain-certain word Nampak macam kaku. ..contohnya " kita ni runsing sama dia" wording sama tu mungkin boleh diolah jadi lain? entahlah...pada saya, rasa pelik pula bila baca ayat yang ada word sama...

apapun..I do enjoy the book..
Profile Image for Naira2975.
1,076 reviews21 followers
December 18, 2014
Book #60 - 2014

Yay! My 60th book read this year.

ANYWAYS...

Sometimes I like it, sometimes I don't. I like it because it's a light & casual read. Your head tidak dibebankan kan dengan hmm... Conflict yang berat-berat and all that. It's very light!

What I don't like it. Maybe not so much as tak suka lah, kurang minat might be it. The watak perempuan is maybe too mengada-ngada.heheh maybe it's just me.faktor umur kut? Cause I like watak perempuan yang a bit matang lah.

Overall, the storyline's quite good. Pengaruh fairy tales; how she is a hopeless romantic and wanting a prince charming yang romantic but ended up having someone yang _____ (fill in the blanks!) winks!! Happy reading
Profile Image for Emoon.
219 reviews79 followers
April 16, 2014
Congrats ye Shamien A. Basit cerita yg sgt2 AWESOME!

Rasanya utk peminat2 novel di luar sana cerita ni sgt2 menghiburkan, menarik dan kelakar... Suka sgt dgn watak si Hopeless romantik KIAH and pasangannya yg beku spt iceberg KAY. Perfect couple!

Semoga menghasilkan cerita2 yg lebih menarik lg di masa2 akan datang! Weldone and good luck!

Cheers for you 5 stars!!!!


Profile Image for Aylahusna Aily.
72 reviews16 followers
April 7, 2015
Ini cerita sgt-sgt best. Moh beli dan baca. Suka sgt dgn perwatakkan Kiah. Kita menci sgt dgn Kay yg cold heart tu. Haha! Tapi ice kalau hari2 kena lebur dgn 'kehangatan' si Kiah, mahu x cair?! Haha! Tahniah Kak Shamien. Love it! Keep it up.
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews67 followers
June 12, 2018
[BOOK 26]

Hopeless Romantik by Shamien A. Basit. .

Best!!! .

Okay, 'hopeless romantic person' ni orang yang percayakan cinta, yang percaya life is equal to love, yang percaya those romantic gestures. .

So, ni cerita tentang Kiah, a hopeless romantic lady. Ni penangan baca novel banyak sangat dan juga sebab suka tengok Disney dan fairytales. Berbanding dengan Kay yang realistic. Bagi Kay, love can be expressed through caring actions, not necessarily the words 'i love you'. .

Okay, mula-mula baca, hampir tertukar antara Kay dan Kiah, sebab nama lebih kurang sama. .

Bila Kay putus tunang sebab Kay dikatakan tak romantik, Kiah jadi pengganti. So, ni cerita Kiah memikat Kay la. Dan akhirnya, Kay pon cair. Dan bila last-last, Kiah dah fed up, barulah Kay pon jadi hopeless romantic jugak. Hahaha
.

Ku suka Luth, si 'boy' dalam ni. Watak perencah rasa. .

Okay la, dalam ni ada langau, tapi tak significant sangat. .

Cerita ni lebih kepada Kay dan Kiah semata. .

Overall, kalau sukakan jalan cerita yang santai tak memaksa otak untuk berfikir, dengan gaya penulisan yang bersahaja, you may try to read this one. .
Profile Image for Aima.
8 reviews1 follower
August 11, 2014
Kiah dan Kay..

Kiah yang hopeless romantik dan Kay si keras hati. keseluruhan nya cerita menarik, tak rumit dan pening kepala nak baca. *nampak sangat dah tak boleh terima cerita yang baleh mendatangkan stress.. hehehe

Cinta pandang pertama Kiah pada Kay sangat menyakitkan sebab Kay dah jadi tunang orang. Kiah terpaksa la pendam perasaan. Mujur ada Benji yang merawat luka. Nak jadi cerita, si tunang Kay melarikan diri sebelum dia orang kahwin. Disebabkan Kiah ni baik dengan keluarga Kay, mak Kay offer Kiah jadi menantu.. kecik tapak tangan, padang bola Kiah tadah. Kay pulak macam tak percaya Kiah sanggup nak kahwin dengan dia, terus Kay kata Kiah ni perempuan terdesak.. *sedih nya.. Bila deorng kahwin, mula lah operasi memikat encik suami oleh Kiah.. Kiah dah habis romantik nak bagi Kay terpikat, tapi apakan daya. Kay hati batu.

Tapi apakan daya bila orang ketiga muncul dan Kay tak percaya kat Kiah. hancur luluh hati seorang isteri. last2, Kiah jadi hati batu, Kay yang terlebih romantik.

Sebab tu orang kata, bila cinta. katakanlah pada orang yang kita cinta. kalau terlambat, jadilah macam Kay..

Profile Image for mrsbudu.
94 reviews12 followers
April 12, 2014
novel ni ibarat cocaine !! ringan santai...kelakar..sedey semua feeling leh mixed up dlm ni...

aku start bace 2pagi tadi... ini baru je abis review terus...

pergh!! kiah & kay... both of them sweet giler kot!!! x sangka kakak cinderella kamikaze abes to make abang iceberg fall for her!! the best part tang sticky notes to.. ohh my so sweet laa ko kiah!!

oohh suka jgk tang kay nak pujuk kiah... senang jer x yah tabur kebendaan.. just tayang ur sexy body jer!!! hahahaha - kelakar laa weyyy bila kay cuba menjadi hopeless romantik jugak...

watak2 sampingan yg ada pon best. pendek kata cukup rencah laaa utk semua watak yg ada...

awal2 bab aku pon terover feeling time benji propose kiah time derang picnic...
siot betol rupanya kene main!!!!
benji dandy ngn shido memang kne sgt laaa.... opposite character...
kashaff - twin kiah yg sgt supportive!
parents kiah & kay pon best...
mamat kecik luth yg dah booked cousinnya yaya siap2... comel jer....

last but not least...

p/s: to the writer
keep it up your good work!!
cerita awak memang awesome!! congrats...
Profile Image for Fatini Zulkifli.
433 reviews40 followers
August 26, 2015
The reason why I bought this book because it was written by my schoolmate.
The reason why I really like this book (compared to other Malay novels) because

1. It teaches me how to speak French.
2. It provides quite an amount of tazkeerah yang mana novel lain agak gagal nak masukkan (kecuali Hlovate)
3. It teaches me about new places. Standard novel yang lain honeymoon tempat common macam Eiffel Tower. Tapi novel ni pergi ke Hohenzollern Castle, La Magie de Noel en Alsace. Google-google... "Weyy tempat ini sangat cantik... aku nak backpacking ke sana la one day."
4. Ada new information. Macam apa yang Kiah cakap dekat Kay, swans akan stick dekat satu pasangan sepanjang hidup. Me was like, "Oooo patutla swans jadi simbol cinta"
5. Aku suka English language dia. Modern & urban English.
Profile Image for Sssaliza.
3 reviews
January 4, 2015
Love it so much. Must Read.

Saya suka gandingan Kay dan kiah. Seronok dengan perangai Kiah yang tak pernah putus asa nak ambik hati Kay hingga Kay tangkap cintan dengan Kiah. I love their happy ending terutama bila kiah dah pon mengandungkan anak yang kedua. Kehadiran Luth betul2 menceriakan novel ini hingga saya membayangkan kecomelan Luth jika ianya betul2 ujud. Kehadiran Benji dan Shidah menolong menyelesaikan masalah rumahtangga Kay dan Kiah betul2 menyentuh hati saya. How i wish ada BFF sekuat diorang.

How I wish Novel ni di adaptasikan....Aminnn...

p/s - tak henti2 membayangkan ketampanan Kay dan kejelitan Kiah yang berdarah Eurasian. Sighhhh...
Profile Image for Haziqah Idris.
81 reviews20 followers
April 1, 2015
Ok jer, tapi rasa macam lelebih la plak sebab rate 4 bintang khennnn. hahahaha! Story biasa la cliche tapi author nih boleh bagi aku selak dan baca buku nih dengan cepat(still slow reader). Tapi aku suka author gambarkan relationship Luth, Kay dgn Kiah, macam natural laaaa bila dia describe love feeling from Kiah and Kay to Luth. =)
Profile Image for Norliza Yusop.
333 reviews9 followers
August 25, 2014
Buku ni pun baca sekali harung! mmg tk blh nk lepas...gelak2..sengih2..geram, sakit hati..semua ada!
Kagum sungguh dgn semangat Kiah@ Khairina... Kay yg dingin pun mencair..Luth? mmg paling comel!!!
kesemua watak2 dlm HR kiranya 'menjadi'... ulang baca buku ni klu rasa mood kelaut..huhu
Profile Image for nurazirahvu.
108 reviews
November 3, 2014
kiah kiah .. ade ade je kau ni an .. ish3
for kay, mm.. x tau ape nk komen xD but, gosh ! mesti seksi kn if pkai boxer je ? ohmai
luth, can i have u pls ? u re too damn cute to be exist in this world.
Profile Image for Siti Hairi.
10 reviews7 followers
November 4, 2015
Best sebab ditulis oleh TESL graduate. So english sangat OK tak macam novel melayu lain yang english semua out. Jalan cerita pun sangatlah best, bila baca memang nak senyum je. Tak banyak konflik. Suka dengan main character lelaki. I can read this book again and again. Suka!
Profile Image for WaNie Jud.
77 reviews3 followers
November 4, 2015
suka!suka!suka sgt2 dgn cerita nie..hehehe..suka dgn psgn kembar ni yg sgt rapat, suka dgn luth yg comel ala2 sweetromantiknakal gitu,suka dgn kay malu tp mahu..suka dgn kiah kiah joyah n benji dandy yg lawak sweet n slumber...
Profile Image for Azilah.
47 reviews4 followers
April 9, 2014
Overall memang best novel ni xnk komen byk2 tp byk kli tpikir ade tak realiti wujud perempuan mcm KIAH ni...klu ade mmg tabik spring la...
Tahniah buat penulis & teruskan berkarya...
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
July 30, 2015
simple... kiah/khairina mahu menjadi pengganti jaz/jazmine bila jaz tidak mahu berkahwin dengan khayrel/kay. kay yang amat bengang bila cintanya terhadap jaz dipandang remeh oleh jaz yang mengharapkan dia seorang yang romantik. dia menerima juga kiah sebagai suri bila melihat kiah sangat optimis dan realistik. kiah pula dari awal perkenalan dengan kay sebenarnya memang ada hati dengan kay berazam yang kay akan mencintai dirinya. lepas tu.. biasalah.. mesti ada parasit.. muncul lak julia, yang konon nak jadi perampas kay. watak lain seperti kashaff iaitu kembar kiah, benjamin yang merangkap bekas kekasih jaz, shida bff kiah... semua penguat cerita ni.. gaya bahasa buku nie relax jer walaupun penggunaan bahasa inggeris lebih kurang sama dengan bahasa melayu. perkembangan cerita pun taklah membosankan malah ada sesetengah bab tu boleh buat pembaca teruja untuk nak tahu apa yang akan jadi seterusnya..
Profile Image for Lady^Reads.
27 reviews4 followers
April 12, 2014
Baca buku ni saat mood membaca merundum and..sgtlah berjaya upkan mood sy yeay!

Kiah yg sengal tp sgt2 romantik dan positif. Kiah yg sanggup buat apa saja utk happy kan suami dia...

Kay yg dingin sejuk beku tahap nak kene lempang pd mulanya..nasih baik kau ada six pack tau bro kalau tak grrrrr..tp bila hati dah kata suka, ohmai....berabg syg jadinya..sweet.

- cerita yg santai & genre romantic comedy
- konflik yg ringan..si jendul yg tak brape nak bijak kikiki
- ada unsur kekeluargaan yg sgt bagus
- scene keintiman suami isteri yg minima..tak keterlaluan
- ada si comel Luth yg bukan saja penyeri tp turut bagi impak pd jln cerita.
- ada si abg khasaff yg sengal jugak tp bila hal melibatkan si Kiah, dialah hero...always there for his sister

Satu percubaan yg baik Awin..buku yg sgt enjoy dibaca. Good try and all the best utk karya seterusnya ;)

Profile Image for Szanariah Hamdan.
4 reviews
July 11, 2014
one of the besst book I've read this year, rugi lambat beli. Fall in love with Kay over and over again, tapi not him only, with all the men in this novel, they are so cute bila bonding together gether. Khairina aka kiah, too sweet rasa nak kongsi hug ngan luth

Yup, silly hopelessly romantic girl can dream, maybe can become true maybe tinggal dream saja kan... But dear #Shamien_Basit, hope dapat buat triology ke untuk Luth-yaya, Ben-fido, & kassaf-miil.....

All tumbs up for you...you just spoil my mood to read other novel yg tersusun yg belum dibaca ni.....it is too sweet and too good to let go...muahhh
Profile Image for Einki.
6 reviews
April 18, 2014
bila baca sinopsis ingatkan lama juga si hero ni nak cair. rupanya hero takde lah beku sgt xP. paling suka watak luth. alahaiiiiiiiiii comel nya! siap main chop-chop yaya lagi padahal gigi baru patah dua batang hehe. suka jgk abg kashaff punya nasihat time kiah nak keluar rumah sbb kay tak percaya dia :( kashaff tak kasi keluar rumah selagi tak selesai masalah. kesimpulannya best lah buku ni hikhikhik
Displaying 1 - 30 of 56 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.