Jump to ratings and reviews
Rate this book

Terindah Pernah Ada

Rate this book
Dia datang… Dia takluk!

ANGKUH! Sentiasa mendongak ke langit tanpa pedulikan perasaan orang lain. Dengan penampilan serba hitam seperti burung gagak, bibir turut dioles dengan lipstik rona gelap, sekali pandang memang tak berkenan dek hati. Miss Gothik gelaran yang diberi oleh orang sekeliling. Namun siapa sangka di luar nampak keras tetapi hati di dalam sangat fragile. Kerana kurang kasih sayang sejak kecil, ditambah dengan peristiwa ditinggalkan sehari sebelum majlis pernikahan, IFTINAN berubah untuk nampak kuat di mata semua orang.

Lantaran sikapnya yang tiada perasaan, setiausahanya sering bertukar ganti. Kali ini dia perlukan seseorang yang menepati cita rasanya.

“Kalau boleh I nak lelaki yang solo rider. Boleh ikut I ke mana saja tanpa alasan dan kerenah. Seseorang yang boleh terima arahan dan buat kerja dengan cekap. Mesti cepat belajar juga. I tak suka yang ada rupa tapi otak kosong. Faham?” - IFTINAN

‘Aduh… Kenapa aku rasa lain macam ni? Psiko ke dia ni? Dia cari secretary atau jantan simpanan?’ - IYYAD

Hidayad Mifhdal, lelaki yang cukup simple. Yang simple itulah mampu menggoyah hati wanita yang dibencinya. Pertemuan pertama dengan Iftinan mengheretnya ke dalam selautan rasa benci dan meluat. Ugutan demi ugutan memaksanya terus kekal dan setia bersama wanita yang digelar lanun itu!

“Puan ke lanun… Errr, maksud saya puan ke yang langgar motor Honda saya?” - IYYAD

“Oh, finally you ingat I, pretty boy from Mars. I la lanun yang langgar motor buruk you tu. Muka you masih sama… macam skink!” - IFTINAN

Hati yang keras itu semakin lembut apabila Iftinan menempuh pelbagai peristiwa bersama Iyyad. Rasa benci yang lama bersarang luruh menyembah bumi. Perlahan-lahan hubungan yang dingin itu mula bertukar rentak tarinya.

“Andai kata lima tahun lagi kalau aku belum berkahwin dan kau pun belum bertemu jodoh... jom kita langgar garisan tu. Kita cuba saja. Agak-agak apa akan jadi kalau kita langgar? Bahagia hingga ke penghujung usia atau separuh jalan?”

Tanpa sedar dia sudah menyerahkan hati kepada lanun yang sebenarnya. Mampukah dia sambut cinta baru itu?

483 pages, Paperback

First published June 1, 2024

1 person is currently reading
19 people want to read

About the author

PyNat Mouri

8 books16 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
11 (45%)
4 stars
6 (25%)
3 stars
6 (25%)
2 stars
0 (0%)
1 star
1 (4%)
Displaying 1 - 8 of 8 reviews
Profile Image for Mslvoe.
2,113 reviews204 followers
July 5, 2024
Giler slow F baca sebab taknak habiskan cepat².. sampai macam² buku F baca masa baca buku ini

Seriously karya penulis sempoi je tapi makan dalam. Setiap kata² dalam ini deep weii. Suka sangat 🩷

Yad lelaki biasa² je dari kampung.. Ifti perempuan bandar yang menyombong, keras kepala angkuh.

Pertemuan mereka tidak begitu indah sebab Ifti ni sombong giler. Tak sangka Yad ditawarkan jadi PA kepada Ifti.

Dah la muka jambu, smart, kemas.. Yad reda je jadi PA kepada Ifti. Banyak gak bunyi Yad ni membebel bila Ifti buat sesuatu yang kurang menyenangkan Yad.

Scene dalam hutan tu.. tahu lak cari Yad bila dah terjatuh.. nasib baik Yad cari. Baru dia tahu langit tinggi ke rendah. But itu pun Ifti tak berubah jugak bila Ifti rasa Yad khianati dia.

Yad diusir macam sampah.. Yad minta maaf banyak kali Ifti buat tak tahu je.

2 tahun tu macam² jadi.. Yad buat plan untuk tundukkan Ifti. The best revenge 👍

Best korang.. romance dia kurang tapi manisnya ada. Bacaan lancar je sepanjang pembacaan.
Profile Image for HoneyGee.
147 reviews7 followers
June 9, 2024
Argh! Kalau dah karya penulis, memang selamba dan cool je ceritanya.

Kisah Ifti dan Iyyad. Sorang kepala batu hati konkrit, sorang lagi pemuda kampung yang baik hati. Bertemu dan mencipta kenangan. Akhirnya kerana satu peristiwa, hubungan terlerai.

Ifti ni nak digambarkan sebagai perempuan bongkak, bukan iron lady. Tapi macam kurang umph, kena buat dia bongkak lagi sikit. Lepastu, apa yang dia buat pada Iyyad pun macam kurang umph. Kurang sedih. Kurang marah. Kurang ketidakadilan.

Iyyad green flag? Tidak. Iyyad digambarkan sebagai lelaki yang normal. Yang real. Bukan fictional character. Suka baca kisah dia dengan kawan-kawan kampung dia. Lawak. Syed tu la yang tak menahan.

Lawak scene Ifti sesat dalam hutan tu. Baru tahu langit tinggi ke rendah. Tu pun masih tak hilang lagi penyakit berlagak sombong dia tu.

Saya suka cerita ni. Saya suka penulisannya. Konflik ringan. Cerita tak panjang. Cinta mengatasi dendam. No explicit content, nehi!

Lurve❤️
Profile Image for Diniy Qistina.
177 reviews5 followers
June 19, 2024
Setelah sekian lama tak membeli novel Pynat Mouri, akhirnya berjaya juga beli dan baca buku terbaharu beliau. Selain dari sebab warna cover yang cantik, saya tertarik juga dengan blurb novel ini.

Sebelum ni pernah baca novel lain yang heroin gelarkan hero 'lanun'. Novel ni pulak hero, Iyyad yang gelarkan heroin, Iftinan sebagai 'lanun'. Jadi saya tertarik nak tahu kenapa Iyyad panggil Iftinan sebagai 'lanun'.

Iftinan ni lifestyle dia di bandar. Jadinya adalah gedid-gedik gadis bandar dia tu. Iyyad pulak orang kampung yang kerja kampung walaupun dia berpelajaran.

Fast forward, one day Iyyad dapat kerja kat satu syarikat pengiklananni. Rupa-rupanya jawatan yang dia dapat tu sebagai secretary Iftinan. Iftinan pun apa lagi, senyum jahatlah dia. Dia dahlah memang nak balas dendam kat Iyyad tu. Iyyad pulak terpaksa reda jelah. Kalau tak ikut cakap Iftinan, nanti dia kena ugut pulak.

Iyyad ni pun bukanlah stok-stok lelaki green flag tapi dia stok lelaki yang normal untuk realiti(?) ni. Tak terlalu baik, tapi tak adalah jahat sangat. 🤷🏻‍♂️

Iftinan pulak jenis terlalu sombong dan mendongak langit. Bila dah terjadi musibah besar dalam hidup dia, barulah dia reti nak tunduk ke bumi. Okaylah, at least dia ada rasa penyesalan.

Overall, cerita ni ringan dan selamba. Good pick! 👐🏼
Profile Image for KaNgah Writes.
17 reviews
January 2, 2026
(DON'T LET MY OPINION RUIN YOURS)

Sumpah kelakar gila novel "Terindah Pernah Ada" karya Pynat Mouri ni! Dengan loghat Kedah yang pekatnya. Gaya penulisannya yang bersahaja dan mencuit hati buat saya teringat dengan gaya penulisan Harleen, tapi Pynat punya 2x ganda lagi kelakar dan sempoi.😆

Walaupun penulisan nampak santai, tapi jalan cerita dan plot sangat menarik! Terdapat juga pengajaran dan nilai persahabatan serta kekeluargaan yang menyentuh hati. Tak rugi baca!

Tapi yang saya sedihnya, tiada scene ml dan fl berkahwin ataupun sudah berkahwin.🫠Tapi saya faham, mungkin bagi menyesuaikan bacaan untuk semua peringkat umur terutama remaja seperti kami.

Semoga PYNAT MOURI terus maju jaya!!!
(⁠ʘ⁠ᴗ⁠ʘ⁠✿⁠)
8 reviews
October 1, 2024
I don't know tapi buku SANGAT KENE dgn my TASTE. Ni first book from PM yg i baca. I like the storyline so much. I ambil masa lebih kurg sehari je nk hbis sbb tak boleh nk stop read. Cerita dia biasa je tpi itulah yg i suka. Bagi i ceritanya agak light. Recommended utk dibaca.

Trope: enemies to lover
5 reviews
November 15, 2025
storyline is something new and *chef's kiss*, tapi happy ending tu short sangat, sepanjang baca tu emosi dah roller coaster, harapnya happy ending tu bagi lebih sikit, sebab sikit sangat rasa tak puas hati lah pulak rasa nak marah pun ada especially ending dia macam happy tak happy, tapi memang best kisah Iyyad Dan Ms Gothic 🫶🏻
Profile Image for Cik.
212 reviews5 followers
September 20, 2024
Tak berkenan lah hero dia.Kejap suka,kejap dendam,pastu suka balik.Boleh pulak Iftinan suka lelaki perangai gini.
Profile Image for Nabila Zakaria.
43 reviews
September 3, 2025
Bacaan santai. Tak berapa suka cara penulis masukkan jokes. Rasa tak sampai. Tapi still enjoyable. Suka cara penulis perah idea part balas dendam tu
Displaying 1 - 8 of 8 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.