Jump to ratings and reviews

Anakku Seorang Hafiz

Bagaimanakah cara memotivasikan anak untuk menghafaz al-Quran? Bagaimanakah untuk merancang? Apakah formula dan kaedah yang sesuai untuk anak-anak menghafaz al-Quran? Bagaimanakah cara berhadapan dengan permasalahan anak ketika menghafaz al-Quran? Setiap persoalan ini diperjelaskan dalam buku “Anakku Seorang Hafiz” ini agar dapat membantu dan menyuluh jalan dalam mendidik dan mentarbiah, seterusnya merealisasikan impian kita untuk melihat anak kita berjaya menghafaz al-Quran. Buku “ANAKKU SEORANG HA FIZ” ini sesuai untuk dijadikan salah satu bahan panduan dalam mendidik anak-anak kita menghafaz al-Quran sama ada di rumah atau di sekolah. Panduan yang dibariskan oleh penulis begitu jelas mampu membantu dan memudahkan usaha yang murni ini. Panduan yang dibentangkan juga, bukan sekadar melalui pengalaman sahaja, malah dikuatkan oleh pengalaman-pengalaman para ulama dan diteguhkan lagi oleh fakta serta formula yang diyakini kemampuannya.

208 pages, Paperback

First published October 1, 2013

Loading...
Loading...

About the author

Mohd Solleh Ab. Razak

8 books1 follower

Ratings & Reviews

What do you think?

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
3 (30%)
4 stars
4 (40%)
3 stars
3 (30%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 3 of 3 reviews
40 reviews4 followers
April 2, 2014
alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah. syukur dipermudahkan Allah menghabiskan buku ini.

buku ini mengandungi 3 bab utama :
1) anakku mampu menghafaz al quran
2) langkah anakku menghafaz al quran
3) panduan anakku menghafaz al quran.

di dalam buku ini diterangkan tentang kemampuan seseorang sangat berbeza antara satu sama lain. maka jangan sesekali dipaksa anak menghafaz di luar kemampuan anak2. Ini juga yang ditekankan oleh Pn Lina Karim mentor saya dalam Early Quranic Education.

Bagi kanak2 di bawah 5 tahun, hendaklah diulang-ulang diperdengarkan bacaan Al Quran. Mereka dibolehkan menghafaz al Quran tanpa memahami maksudnya kerana hafazan mereka ini insya Allah akan menjadi tunjang buat mereka.

bagi kanak-kanak yang sudah remaja, hafazan hendaklah diturut serta dengan pemahaman terhadap al Quran.

Kesimpulan terminal-terminal Al Quran (4T1M)
1) tashil (melancarkan)
-melancarkan bacaan sebelum hafazan (ini pendapat yang berbeza dgn Pn Lina Karim. beliau mengatakan boleh hafaz walaupun belum lancar bacaannya. keduanya ada rasional tersendiri
-menguasai makhraj dan tajwid
- bacaan dlm tartil

2) tarkiz (pemusatan)
- membaca berulang kali dengan melihat mashaf
- mengulang2 sehingga ingat
- baca dgn suara yg kuat

3) tarsikh (pengukuhan)
4) tafaqqud (penyemakan)
- dibaca dihadapan guru untuk menyemak hafazan dan tajwid
- jangan berpindah ke ayat lain jika terdapat kecacatan
4) muraja'ah
pengulangan. diulang sehingga ajal.

tetapi saya sangat terkesan dgn kesimpulan buku ini :
Alhamdulillah. tamat juga dan penghayatan kita terhadap perkongsian buku ini. walaupun begitu, tamatnya membaca buku ini buka bermakna tamatlah juga urusan kita. Hakikat sebenarnya, ini merupakan satu permulaan.

penulis dlm kesimpulannya juga menyatakan bukan kerana usaha kita anak itu berjaya menjadi Hafiz, tetapi kerana berkat ilham dan petunjuk daripada Yang Maha Mengetahui.

beliau juga menyatakan al hafiz bukanlah satu destinasi. jika anak2 itu sudah Hafiz, maka anak itu perlulah juga melengkapkan diri dengan ilmu agama agar boleh menjadi daie kepada masyarakat kita...

moga allah memudahkan urusan kita..
Profile Image for Wan Siti.
140 reviews9 followers
September 7, 2014
Rujukan terbaik jika nak guide anak hafal Al-Quran start daripada zero.
All the best! ^_^
Displaying 1 - 3 of 3 reviews