Jump to ratings and reviews
Rate this book

Doa Cinta Seorang Lelaki

Rate this book
Dia kelulusan Universiti Al-Azhar yang baru pulang dari Mesir dan digelar kolot kerana namanya. Tiba-tiba dia jatuh cinta pada seorang perempuan stylo. – Abu Hanifah

Dia seorang yang trendy dan sering menjadi buruan lelaki kerana kecantikannya. Tetapi, lelaki yang dia pilih pula berlaku curang. - Nadine

Permintaan otak seorang Abu Hanifah ialah mencari isteri sebagus Saidatina Khadijah. Tetapi… tatkala terpandang Nadine, jantung lelakinya terpanah. Dia mula belajar bahasa rindu. Dan siapa sangka, wanita itu adalah jiran rumah barunya.

Bagi Nadine, lelaki pelik + kolot a.k.a Abu Hanifah itu bermulut lepas. Suka jaga tepi kain orang dan suka menyindir. Misi hidupnya, harus menjauhi lelaki itu sejauhnya. Namun, siapa sangka yang akhirnya dia harus menerima lelaki itu sebagai suaminya.

"Tak boleh ke awak buat tak tahu? Tak boleh ke awak tutup sebelah mata saja? Tak boleh ke awak buat Nadine macam tak wujud? Nadine tak pernah kacau hal awak pun. Tapi kenapa awak selalu buat Nadine susah hati macam ni? I hate you. I hate you very much!”- Nadine

"Aku lelaki yang tidak pandai menyentuh hati seorang perempuan. Tuhan..tolong pinjamkan aku kekuatan untuk memujuknya, mengubati gundah di hatinya. Dan kalau permintaan ini terlalu besar, cukuplah aku menjadi udara yang selalu menemaninya dalam diam. Rasanya, itu sudah cukup untuk lelaki sepertiku." – Abu Hanifah

Mampukah Abu Hanifah meraih cinta si dara manis bernama Nadine Qhaisara? Bagaimana dia mahu membuat Nadine Qhaisara jatuh cinta padanya kalau dia sendiri kosong dalam hal-hal cinta? Dan isu paling besar, bagaimana caranya mahu menamatkan perang Teluk versi kecil-kecilan antara mereka berdua?

667 pages

First published March 1, 2014

Loading...
Loading...

About the author

Pena Kayu

45 books91 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
58 (34%)
4 stars
55 (33%)
3 stars
38 (22%)
2 stars
13 (7%)
1 star
2 (1%)
Displaying 1 - 30 of 43 reviews
Profile Image for Ella.
794 reviews93 followers
February 14, 2018
23/03/17
Permulaan yg baik, pertengahan yg flat, pengakhiran yg kurang memuaskan. Tapi saya baca ada sequel (Yang Selalu Ada) to this novel yg mungkin menunjukkan betapa romantik dan dalam kasih Abu kepada Nadine dari ini.

Nadine
Terlalu banyak ion -ve dalam badan dia ni sehingga dia menjadi seorang yg amat garang dan pemarah. Terlalu sensitif, keras hati dan amat berburuk sangka pada lelaki di luar sana. Bila peluang di beri, ada sahaja halangan yg mendatang bagi merai bahagia. Menambahkan lagi rasa tidak percaya pada yg bernama LELAKI. Itu yg buat dia selalu nampak seperti minah takde maruah dan teramat bodoh. Walhal dia bijak dan berjaya. Ya bila amarah menguasai diri dan tak pandai nak control, kata2 yg keluar semua berbisa. Walaupun pedas tapi tak menyengat hanya nampak kurang ajar.

Amirul - an engineer
Kekasih pertama yg setia dan terlalu menyanyangi Nadine terpaksa berkorban dan melepaskan Nadine kerana hal peribadi. Well, perjalanan hidup dia ni sedih sikit. Mula2 saya marah. Selepas tahu kebenaran buat hati rasa sayu. Cuma kesilapan dia kerana dia tidak share masalah dengan Nadine. Lelaki yg merubah sikap Nadine secara menyeluruh.

Nashrin - pegawai bank CIMB
Lelaki yg terkejar2kan Nadine hingga sanggup menghantar rombongan. Lantas ditolak bulat2. Tapi demi mengelak Khairul, Nadine re propose to him. Well this part mmg geram yg amat dengan Nadine. Saya nak marah dgn ibu Nashrin pun tak boleh sebab Nadine ni terlalu pentingkan diri sendiri. Dia terlalu kurang ajar dahulu sekarang macam singa hilang taring pulak. Kejadian diserang tu betul2 memalukan. Salah Nashrin juga sebab tak beritahu dia sudah bertunang setelah direject Nadine.

Khairul Hussin - Pilot
Perkenalan yg singkat dan hampir bertunang dengan Nadine. Tapi terputus bila ditangkap basah dengan Jameela di Dubai. This part dia kata dia dianiaya tapi semasa Nadine menjejaki dia, tak macam manusia kena aniaya je. Kata tak cinta tapi nampak bahagia je. Isterinya berpurdah dan jalan berpimpin tangan. Nadine didnt deserve this but at the same time, mmg patut pun tak berjodoh. Sebab Nadine ni bukan cinta pun dgn Khairul. Whatever it is saya rasa Khairul and Jameela are better off together. Bukan Khairul ni jahat tapi tak sesuai dgn Nadine yg asyik sinis memanjang. Lebih sesuai dgn Jameela yg penyabar dan lembut. Terus menerus memburu cinta Nadine hingga mengabaikan dan menceraikan Jameela. Tak cinta pun boleh mengandung..Aneh betul lelaki ni. Saya suka Khairul bila dia hilang ingatan..Disini baru nampak sikap dia sebelum bertemu Nadine.

________****________

Bila seorang ibu sanggup berbohong, just so that anak dara dia bertemu jodoh dgn Abu Hanifah.
- Kesian..bila caught red handed..memalukan..salah siapa..Nadine yg teramat malas sehingga satu kerja rumah pun tak mampu nak digalas.

Bila seorang ayah berkata dia gagal mendidik anak dengan baik.
- Kecewa kerana Nadine terlalu keras hati untuk menerima teguran dan kekurangan dan tidak menjalankan tuntuan agama. Nadine enggan berubah.

Bagi saya, Nadine can handle man tapi kenapa dia tak boleh handle Fatimah yg kurang ajar. Tetiba hati tissue dan sensitif..mmg betul Fatimah ni kurang ajar kerana dia lebih berkenan dgn Sarah..Boleh melayan lagi last2 sakit hati sendiri..mmg saya rasa bodoh sekali seorang Nadine part ni. She could have handle Fatimah better.

Abu Hanifah ni banyak fan girls. Dia nampak macam kayu..namun dia jalankan tanggungjawab terhadap Nadine dengan baik tapi satu je..dia tak mahu mengaku bahawa dia cintakan isterinya dari awal pertemuan beberapa tahun lalu. Dia melayan wanita2 di luar sana especially Sarah dan buat Nadine macam tunggul..Ada sebabnya dan kerana layanan begini Nadine rasa terpinggir dan meminta cerai..

Well saya mmg tak suka cara Abu Hanifah menegur Nadine bab pakaian di awal cerita..tapi dia buat begitu bersebab. Saya tak suka cara Fatimah yg tak suka dengan Nadine hanya kerana Nadine tidak cukup muslimah dan juga buruk sangka just bcos dia nampak lelaki2 yg menghantar Nadine pulang tanpa tahu punca sebenar..itu yg dia bias dan kurang ajar terhadap Nadine. Kalau begini lah cara org yg berilmu agama dan mempraktiskan Islam menilai manusia hanya dari segi luaran, then saya rasa ilmu yg these two people pelajari macam ke laut gitu..sebab dlm Islam telah di ajar agar tidak berburuk sangka dan sentiasa berlembut dalam teguran. Ini dah tahap angkuh dan riak dgn ilmu didada as if they are the better person.

5* untuk ibu Abu Hanifah. Ibu mertua idaman.
3* untuk Abu Hanifah.
1* untuk Fatimah kerana dia masih muda dan mudah dipengaruhi. Tak pandai menilai dengan mata hati.
4* untuk Miera yg ceria dan memahami kakaknya, Nadine.
4* untuk Sarah sebagai antagonist yg berjaya.

Awalnya saya beri 4* untuk novel ni tapi tarik 0.5* kerana pengkahiran dia macam kena cut short dan kurang memuaskan especially bab Sarah. Ya lah kalau nak siasat lagi teballah novel ni. Dan saya tarik another 0.5* sebab tak puas hati dgn pengkahiran Nadine dan Abu Hanifah.
Profile Image for Azizah.
421 reviews6 followers
September 4, 2014
Penattttttttttttttttt...itu yang mampu terakam dalam otak.

Rasanya inilah karya yang tidak pernah lari emosinya dari segala masalah. Hampir 95% plot dari muka bab pertama hingga terakhir penuh dengan segala pergaduhan, salah faham, hasad dengki dan juga dendam. Serius....

Kisah Nadine Qhaisara-Abu Hanifah ni sebenarnya best tp disebabkan terlalu banyak plot yang hitam@gelap telah mematikan terus semangat KakChik.

Sejujurnya permulaan kisah mereka sudah mampu menarik perhatian KakChik tapi plot-plot yang seterusnya memang buat KakChik rasa nak tutup buku & tak payah baca sampai penghujungnya.

Kerana terlalu banyak plot gelap & watak antagonis ni memang buat kisah Nadine-Abu Hanifah tu hilang seri. Watak Abu Hanifah tidak menonjol malah rasa macam tidak nampak kesungguhan En Abu ni dalam menangani permasalah Nadine.

Rentetan kisah cinta Nadine yang terlalu berjela-jela juga memang buat KakChik hangat hati. Asyik nak bergaduh dan selalu berdepan dengan orang yang tak reti bahasa memang buat kita sakit hati. Tambah lagi dengan karektor Nadine yang ego & bodoh sombong itu. Boleh pulak dia buat ego tak bertempat walaupun dah berkahwin tu. Hurmmmmm

Kadang kala rasa watak Miera lebih dominan berbanding dengan watak Nadine. Tapi sifat over Miera dan keluarga Nadine dalam mengatur jodoh Nadine tu sedikit buat KakChik fobia.

Hurmmmm..banyak persoalan yang tidak terungkai rasa pada KakChik.

Opppssss...nasib baik dah baca buku kedua penulis. Sejujurnya karya tidak dapat menyelami 'rasa' untuk kisah Nadine-Abu.



Profile Image for nilam.
363 reviews71 followers
April 8, 2014
walaupun agak perlahan permulaan cerita antara Abu dan Nadine, tp sy suka kan jalan cerita dia...cuma rasa x puas sbb kurang scene2 Abu dan Nadine bercintan cinton..mmg x puas okay...

mmg betullah Abu dan Nadin ni berjodoh..mcm yg Abu katakan..

" macam mana Nadine pusing ke kanan, kiri, depan belakang sekalipun, kalau abang jodoh Nadine, takkan ke mana."

mula2 pun sy pun x terasa nk beli dan baca novel ni sbb nama hero dia kolot..opss sorry! haha..tp bile dah baca mmg jatuh cinta dengan si Abu ni..hehe..

tahniah penulis PK utk karya yg pertama yg best ni..byk pengajaran yg kita boleh dpt..nak tunggu karya seterusnya pula...;))
Profile Image for nurazirahvu.
108 reviews
Read
December 1, 2014
saya tak tau brapa nk rate..

sya minta maaf but this is just my opinion.
permulaan jln cerita yg menarik tpi bila sya semakin bca semakin sya rsa boring dan akhirnya sya trus bca time drg kahwin. msa tu sya bca smpai m/s 200+ tpi serious sya lelah.

lps drg kahwin tu pun mcm x de yg menarik. cintan cintun pun mcm x de je antara nadine n abu.
tk de pon momen yg buat hati sya melonjak riang. expectation sya terlalu tinggi tuk buku ni. kecewa jgaklah sbb rmai yg kta best.
Profile Image for Ctsue.
56 reviews9 followers
March 22, 2014
Tahniah kpd penulis sbb dapat membawa mesej tuk mendidik seorang isteri ke arah kebaikan dan jalan yg diredhaiNya. Juga tiada babak intim berlebihan dalam novel ini. Bagi saya cukup-cukup rasa sahaja,tidak terlalu manis dan tawar.
Profile Image for Intan.
85 reviews2 followers
April 6, 2014
Membaca novel ini di hari minggu buat hari minggu saya penuh warna pelangi

serius sangat suka dengan cara penulis mengolah watak Nadine dan Abu hanifah ;)

Lain dulang lain kaki, lain orang lain hati bukan?
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 14 books109 followers
June 7, 2019
fuh! punyalah lama buku ni akak peram dari sejak beli. makan tahun. karya puan penulis cantik Pena Kayu yang kemudian pun dah akak baca. tapikan, korang yang kumpul karya puan penulis ini kena ada novel ini jugak tau.

puan penulis seperti biasa, ada magis yang tersendiri dalam karyanya. novel ini bercerita dan sama bawa pembaca merasai setiap gelodak kemelut hati yang dialami oleh nadine qhaisara. dalam pada moden, vogue, bergaya, tapi nasib dia dengan cinta langsung tidak berjalan seiring.

mula-mula dengan amirul. bercinta dan ditinggalkan. teruk hati nadine terluka. kemudian datang khairul yang pada awal dia berat untuk menerima tapi desakan ibu dan sifat khairul yang sangat ambil berat buat dia senang hati bersetuju untuk ditunangkan. tapi lagi parah dia kecewa bila tahu khairul sudah beristeri!

aduhai nadine. dahlah parah kecewa, gangguan dari khairul buat dia mengambil keputusan untuk terima siapa saja yang meminang kemudian. tak sangka pula, ayahnya sudah lama berkenan dengan abu hanifah, jiran yang sangat nadine tidak suka.

abu hanifah dan nadine. tak secocok tapi sebenar mereka memerlukan satu sama lain. lelaki yang sangat sabar dan menerima nadine seadanya. nadine yang konon degil dan keras hati tapi sedikit demi sedikit abu hanifah mendapat tempat dalam hati.

ada saja dugaan dan rintangan. dari dalam diri dan juga dari insan lain. tabahkah mereka? kehidupan tanpa dugaan seperti makan tidak bergaram, minum tidak bergula, mandi tidak menyental, tidur tidak mampu lena... doa, senjata dan usaha manusia. bertabah dan bersyukurlah untuk segalanya...
Profile Image for Liyana Leiah.
10 reviews6 followers
March 3, 2014
Doa Cinta Seorang Lelaki (DCSL), mengisahkan Nadine dan kisah cintanya yang bagaikan roller coaster. Bermula dengan kisah Nadine putus cinta dengan Amirul. Mula-mula tu rasa marah dengan Amirul, tapi di pertengahan cerita, baru saya faham kenapa Amirul tinggalkan Nadine. Dari rasa marah bertukar kepada kasihan dan simpati.

Kemudian Nadine berkenalan dengan Nashrin. Bagi saya Nashrin ni lebih kepada syok sendiri. Walaupun dah ditolak namun tetap berusaha nak ambil hati Nadine. Yang saya kurang berkenan bila dia minta ibunya merisik Nadine tanpa pengetahuan Nadine sendiri. Belum ada apa-apa ikatan dah pandai-pandai buat keputusan sendiri tanpa berbincang dengan Nadine.

Lepas tu muncul pula Khairul Hussin (KH). KH ni anak kawan mak Nadine. Saya faham kenapa awal-awal Nadine acuh tak acuh melayan KH. Dahlah luka berpisah dengan Amirul belum pulih, sakit hati dengan kelakuan Nashrin belum hilang, tiba-tiba nak dipasangkan dengan KH. Lama kelamaan Nadine mula terima KH dan mereka hampir-hampir bertunang tapi kerana satu peristiwa di Dubai, mereka putus. Masa tu kesian dekat Nadine,yang KH pula sampai jadi gila bayang rindukan Nadine.

Akhir sekali Abu Hanifah (AH). Mula-mula tu saya fikir AH terima Nadine sebab kasihan, tapi helaian demi helaian DCSL telah menceritakan sebenarnya AH dah lama suka Nadine. Bila, di mana, bagaimana? Jawapannya ada dalam DCSL. Yang buat saya suka pada AH ni sebab dia sabar dengan segala macam kerenah Nadine.

Nadine pada saya seorang yang baik hati dan lemah lembut, cuma disebabkan pernah dikecewakan beberapa kali, dia jadi keras hati dan membina satu jurang, dan kebetulan jurang tu diwujudkan antara dia dan AH yang menjadi suaminya. Lagipun AH ada berkata sesuatu sewaktu 'pertama kali' Nadine terjumpa AH di rumah mak AH, kerana kata-kata itu telah mencetuskan perang Teluk Nadine-AH.

DCSL ni bukan kisah cinta anak Datuk atau Tan Sri. Bukan juga kisah cinta dua darjat. Bukan juga kisah cinta dengan kerabat. Tapi kisah hidup dua insan yang melalui kehidupan harian seperti kita. Mungkin ada di antara kita yang mempunyai kenalan seperti Nadine dan AH. Ada orang bertuah kerana bercinta sekali dan itulah insan yang menjadi pasangannya sehingga ke hari ini. Tetapi ada juga yang pernah dikecewakan beberapa kali sebelum berjumpa dengan jodohnya.

Saya sengaja tinggalkan bahagian penting DCSL. Ada beberapa konflik dan dugaan yang melanda Nadine dan AH. Siapakah orangnya, apakah konfliknya, yang tu kena baca DCSL. Cerita panjang lebar nanti tak seronok pula anda nak baca. PK saya suka baca DCSL. Memang menarik, cuma saya tertanya-tanya ada sambungankah sebab ada teaser yang dikongsikan tak ada dalam DCSL.

Profile Image for Zurianita Manab.
76 reviews16 followers
February 28, 2014
Dah lama rasanya saya tak teruja membaca seperti membaca buku ni...

Kisah mengenai Nadine yang kecewa kerana cinta lalu menutup pintu hatinya untuk semua lelaki... Namun kehadiran Khairul Hussin berjaya membuka hatinya semula. Saat cinta semakin mekar, sekali lagi dia dilukai.
Mampukah Abu Hanifah merawat luka Nadine sedangkan bezanya mereka seperti langit dan bumi

Memang antara buku yang harus dimiliki untuk tahun ni~
Profile Image for Mslvoe.
2,320 reviews243 followers
March 16, 2025
Ramai betul yang syiok kat Nadine ni. Karya ni agak tak menarik perhatian F.
Profile Image for Jessica.
171 reviews
May 23, 2014
Lama sungguh bacaan novel ni terbengkalai. Yelah gatai sangat baca masa nak periksa. Hahahaha... Habis periksa terus balun baca semula.

#Review ? I don't know how to review but this just an opinion when I read this novel.

Well... I like Abu Hanifah. Cara dia dan personality dia so good. Make me feel... Oh I want a man like him. He treats Nadine so gently. Hahaha...

Cerita yang santai untuk di baca. Konflik hidup Nadine untuk terima Abu Hanifah sebagai suaminya selepas 2 kali gagal dalam percintaan.

Banyak lagi pengajaran yg kita dapat. Baca dengan mata hati. Ekekekeke...

Next apa jadi? Apa kata korang beli dengan kadar segera sebelum stok habis. wah gitu!

p/S: Kak Pena Kayu... saya baca bab sambungan dulu baru baca novel yer. ahaks! Semoga akak terus berkarya & saya tunggu next next next novel. peace yo!
Profile Image for Sakura Lina.
142 reviews5 followers
August 10, 2014
bagi karya pertama,karya ni agak menarik. kisah cinta abu hanifah dan nadine mmg menarik. aku suka ngan perwatakan abu hanifah. seorg yg penyabar dan sopan. maklumlah graduan dari kaherah,pensyarah UIA lg.. Nadine pula seorg yg mempunyai ego yg tinggi. walaubagaimanapun,aku suka dgn ketegasan Nadine. cuma mase part Amirul muncul kembali,dia agak goyah sedikit. mesti Nadine ni cantik orgnya sampai ramai lelaki yg tergila2kannya. bg aku gila tahap kronik. obses pun ada mcm Sarah obses dgn Abu Hanifah sehingga menghancurkan diri dia sendiri. kesimpulan bagi aku cintailah manusia berpada2 jgn sampai melebihi rasa cinta kita terhadap ALLAH SWT...
Profile Image for Naira2975.
1,076 reviews20 followers
February 15, 2015
Book #46 - 2014

Memang si nadine ni hati kayu. Hehe payah betul dia kan mengaku tapi wajar lah sebab hatinya sudah dikecewakan oleh dua orang lelaki. I think the book is alright.boleh lah
Profile Image for Syahafiza Hizal.
8 reviews1 follower
July 16, 2014
novel ni memang menarik sekali.olahan cerita yg mantap..baca bnyk kali pun masih rasa nk baca lg..
43 reviews3 followers
November 10, 2015
Cerita ni agak menarik tapi..entah kenapa saya tak mampu nak habiskan..Mood monsun kutt
Profile Image for Neida.
357 reviews19 followers
February 16, 2019
Nice. Impiannya hendak beristerikan seperti Siti Khadija. Namun, jatuh cinta pula tengan stylo-mylo Nadine yang mulanya langsung tak reti nak masak, tak menjaga aurat, etc. Light and easy.
Profile Image for Intan  Musa.
593 reviews73 followers
October 20, 2021
Easy read. Tapi ada beberapa kemuskilan tentang tindak-tanduk Abu.
Profile Image for azian2575.
326 reviews12 followers
June 19, 2015
Nadine & Abu Hanifah

Abu Hanifah: "Saya tak pernah tak suka awak, Nadine. Kalau saya tak suka, saya takkan terima Nadine jadi tunang saya. Lagipun, saya nak bimbing Nadine. Itu nawaitu pertama saya. Allah SWT tak temukan kita berdua tanpa sebarang sebab. Semuanya bersebab. Hati saya pilih Nadine dan bukan orang lain."

Nadine: "Yes, he was my hero and will always be my hero."


"Sembunyikan perhubungan, rahsiakan pertunangan, hebahkan perkahwinan.."

Teringat lirik Cinta Dulu Cinta Sekarang (Tan Sri Sheikh Salim Sheikh Muhammad Al Mahros a.k.a SM Salim)

Hai cinta dulu-dulu
Cinta malu-malu
Cinta dulu-dulu
Memang susah nak bertemu

Bila sudah dapat bertemu
Nak cakap apapun tak tahu
Tegak berdiri tersipu-sipu
Seram sejuk kaku membisu

Sejak kecil sudah diasuh
Pantang larang dipegang teguh
Mulia sungguh cinta dulu
Adat resam budaya Melayu

Alah cinta zaman sekarang
Sudah terlupa pantang larang
Cinta zaman sekarang
Di khalayak ramai dia pegang-pegang

Kalau ditegur dia meradang
Macam harimau nak menerkam
Maruah bangsa sudah terancam
Kerana perbuatan segelintir orang

Hidup penuh berpoya-poya
Kalau kahwin pun tak kekal lama
Bila dah dapat yang diidam
Habis manis sepah dibuang

Hai cinta dulu-dulu
Ikut nasihat ayah dan ibu
Cinta dulu-dulu
Kalau nak kahwin bertanyalah dulu

Berisik-risk bertanya-tanya
Ayah dan ibu dan anak siapa
Bila sudah berumah tangga
Kekal hingga sampai ke tua

Cinta dulu cinta mulia
Ikut aturan budaya bangsa
Hidup mereka sungguh bahagia
Cangkul dan tanah memisahkannya


Itulah bezanya cinta dulu dan cinta sekarang.. hmmmm
Profile Image for Aylahusna Aily.
72 reviews16 followers
December 24, 2014
Hmmm... novel ni buatkan saya bnyk sakit hati dgn Nadine sebab dia tak pandai nak hargai Abu Hanifah. Mcm nak ckp dgn dia mcm ni, "kalau tk nk kat Abu tu, bagilah saya." Ecettt! Haha!

Novel ni best. Gaya bahasa yang Kak Pena Kayu guna pun tidaklah melankolik. Saya tak baca kalau novel tu melakolik sgt bahasanya. Cukuplah simple dan mudah difahami. Gaya penyampaian ilmu yang tidak membosankan.

Nadine seorg wanita yg ego dan cepat merajuk. Mmg jenuhlah nk dipujuk. Tapi Abu Hanifah tak jenuh2 memujuk dan mencintai Nadine. Abu Hanifah terlalu lembut,baik, berbudi dan penyabar orangnya. Sejuk je hati bila bercerita tntg Abu Hanifah. Lepas kahwin, Nadine mmg kena tarbiyah dgn pensyarah sorang tu. Tapi slow-slow apa yg Abu tarbuyah kan tu, Nadine learned. Nadine berubah ke arah yg jauh lebih baik.

So far, novel ni terbaik dari Pena Kayu. Ada sedikit complicated bila Sarah tu tergedik2 nak kat Abu, sungguh memalukan kaum wanita yg bertudung Sarah ni. Jalan cerita yg menarik dan tidak membosankan. Gained knowledge. Boleh cair tau dgn Abu Hanifah. So, beli dan baca. Jgn lupa review dan rate :)
Profile Image for Ida Rohaina.
1 review
March 31, 2014
dcsl...
membacanya buat ku kasihan kalau jadi nadine. Walaupun seorang nadine tak tau memasak tak tau macam mana rupa ikan patin tu tapi dia punya keistimewaannya sendiri. Kalau tak mustahil 4 lelaki mengejar dirinya. Namun jodohnya telah ditentukan oleh Nya dengan lelaki yang dibenci. Lelaki yang digelar kolot kerana asyik berjubah, lelaki yang asyik menegur kekurangannya, lelaki yang menyayanginya tapi tak tahu mengekspressikannya dengan kata2. Mana laut tak dilanda gelora, mana rumahtangga tiada onak dan duri. Kehadiran sarah yang menyayangi abu hanifah, suami nadine, kehadiran khairul hussin yang obses dengan nadine tidak dapat mengusir rasa cinta yang dah lama bertapak di hati abu hanifah buat nadine.

DCSL ini cukup rencahnya. membacanya seolah tidak puas walaupun bilangan helaian mencecah 647. Moga karya penulis ini di masa akan datang menghasilkan impak yang sama ataupun lebih baik.
Profile Image for Syania.
2 reviews1 follower
April 1, 2014
ai dah abih baca buku DCSL... aper nk ckp eh? mmg BEST GILER aar.... buku nie mmg di tgu2 sbb asyik kena bakor jer kt group Pena Kayu #kerjatulismenulis... segala persoalan telah terjawab...

walaupun AH nie kolot bak kata NQ tp dia romentik tau.. NQ jer x perasan betapa caring nya AH nie... wat tak sabar nak baca citer nie smp abih... rasa sedih bila ayah NQ pujuk NQ kawin ngan AH... tanpa sedar, NQ byk berubah lepas kawin ngan AH.. sumer tu sebab kesabaran AH... kelembutan AH berjaya wat hati NQ terpikat...

mula2 geram ngan KH, pastu rasa marah... last2nya byk kesian kat dia.. smp ke akhirnya dia rasa syg kt NQ... sib baik la dia hilang ingatan... kalo tak sedih pikir nasib dia & fmly dia...

hurm.. pasal si Sarah si mangkuk tingkat tu... malas la ckp psl dia.. PK ada tny ari tu tak kesian ker kat dia? jawapannya LANGSUNG TAK..... AH dah kawin, x pyh la kaco2 laki org... kan dah dpt balasannya... huk huk...

xmo la citer panjang2.. korang baca sendiri cepat2.. hehehee....
Profile Image for Mazz.
74 reviews1 follower
September 18, 2014
Pena Kayu @ Muliati Abdul..sungguh berbeza cara penulisan walaupun mereka adalah orang yang sama. Yang pasti, saya suka cerita Nadine & Abu Hanifah ini. Nadine yang glamour, highly-fashionable dan sangat-sangat predictable memilih Abu yang lurus, gemar berjubah & berkopiah dan old school. Dari pertemuan di dalam LRT, di stesen LRT sehinggalah saat mereka sedar mereka sebenarnya berjiran, wajah "racoon & mata panda" tak pernah luput dari hati Abu Hanifah :) Cinta pandang pertama selalu diandaikan sebagai panahan asmara, jadi kenalah selami hati Abu Hanifah kenapa wajah Nadine yang ala-ala "tak cukup rias" tu boleh memikat hatinya..bak kata pepatah..beauty lies in the eyes of the beholder kan..

Saya membaca novel ini dengan senyuman, dan mengakhirinya dengan kepuasan. Bacalah novel ini, dan dapatkan intipati on how Abu Hanifah, a wise man turned husband, could change a woman as feisty as Nadine.

12 reviews
May 15, 2014
Suka baca suara hati Nadine yg mcm angel yg betenggek kat bahu kanan n setan kat bahu kiri (takda la setan sgt kot) mcm dlm katun tu.

Suka ngan officemates Nadine mcm Fareed dan yg lain2. Most of them rly lookout after Nadine and takde yg sindir2 or cemuh2 Nadine. Best tol warga ABC company ni. Nk apply la mcm ni hihi.

Suka watak Abu yg penyabar tahap super saiyan tu. Tpi bila dh marah mmg menikus la yg kena marah & yg setempat msa tu. Fuhhh takot seh.

Yang tak best pulak watak lando sekerat jer. Tak adil! Jasa lando utk pertemuan yg ke-3 yg terpenting tu tk dihargai lgsung. Mana janji Abu nk bgi whiskas kat lando? Takda pon!

Overall best gak tpi mmg slow die punya progress so rilek2 jer bce.
Profile Image for Nor Hamid.
15 reviews
May 1, 2014
abu hanifah dan nadine ... kadang-kadang perbezaan itu melengkapkan ... itu yang saya rasa. pena kayu sangat bijak menggarap dan mencoret dua watak ini.

setiap orang pasti ada kekurangan dan kelebihan .... abu hanifah, nadine dan watak-watak tambahan lain terasa wujud didepan mata.

watak ibu abu hanifah yang tidak memandang rendah kepada nadine walaupun dia tidak bertudung juga memberi impak yang berlainan kepada pembaca.

watak, garapan dan penceritaan yang menarik. dah lama tak rasa sebegini excited sewaktu membaca novel melayu.

Profile Image for Nazura Hassan.
18 reviews
September 1, 2015
cerita yang penuh pengajaran. untuk menjadi suami bukan mudah terutama untuk mendidik isteri ke arah kebaikan lebih-lebih lagi jika si isteri terlampau berdikari & tak boleh ditegur. kesabaran abu hanifah untuk mendidik si isteri nadine memang sangat dikagumi. realitinya tidak ramai kaum suami yang sabar sepertinya. tahniah adik pena kayu atas karya ini. memang tiada babak cinta yang mengasyikkan tapi penuh dengan pengajaran. anyway si abu is my favourite hero among d heroes u had written. job well done.
Profile Image for Fariza Qassandra.
11 reviews
March 7, 2014
sblum ni dpt rsa aura dr teaser2 je...bila dh ada buku truja...x toleh kiri kanan..marathon 7jam habis satu buku baca...

congrats Pena Kayu...sbb dpt buat wtk Kayu mcm pk jgk...hihi tp versi kayu idaman ramai...sy pn suka kayu nih...

cuma klw bleh nk mntak smbung smpai diorang beranak pinak...bru rsa mcm cmplete...huhu

x tahu nk komen pnjang berjela...just nk ckp sy suka...suka...suuuukkkaa sngat..

wish u all d best pk...x sbar tnggu ur next project...
Profile Image for Khasidah Abdullah.
23 reviews
August 27, 2014
Awal bacaan stress sangat dgn Nadine. Madang negative memanjang. Bila dh kenal ngan Abu Hanifah.. Sukalh nk teruskn bacaan akak. Diselitkn dgn hadis2, bacaan kali ini bukan setakat syok sendiri. Ada ilmu disertakn sekali. Thumbs up Pena Kayu!!! Moga Allah beri semangat dan idea utk trus berkarya. Amiin..
-Utk seorg perempuan yg mengajarku erti cinta yang ikhlas. Doa cinta seorang lelaki...
Hadiah ketiga buat Nadine Qhaisara..
Nak tau apa.. Beli dan baca!!!
Profile Image for Norliza Yusop.
333 reviews9 followers
August 27, 2014
Hasil pertama dr Pena Kayu ni satu citer yg menarik walau awalannya agak slow…kagum dgn kesabaran seorg suami (Abu Hanifah) dlm membimbing seorg isteri (Nadine) menjadi lebih baik dlm kehidupan dunia dan akhirat!
Jln citer tiada konflik berat…masih santai dan ada pengisian!!! tak rugi membeli dan membacanya!!!
Profile Image for Emoon.
219 reviews78 followers
April 16, 2014
Doa cinta seorang lelaki.... Hhmmm.... cerita ni macam slow je memula kan... tp sangat menarik... sebab tu dapat 4 stars. Suka watak kedua dua hero & heroin nya... saling melengkapi.
Tahniah buat penulis Pena Kayu!!!
Displaying 1 - 30 of 43 reviews