Jump to ratings and reviews
Rate this book

Dia...Aku Punya

Rate this book
“Jadi kaulah Fakhri? Satu-satunya lelaki yang sanggup membeli perempuan paling comel dalam kampung ni? Hmmm...boleh tahan! Pandai kau pilih Gee! Dia berwang. Dan kau pula beruang! Hahaha!!!”

Aku tak pernah berangan untuk dipuji cantik. Apatah lagi datang jejaka mengatakan dia jatuh cinta pandang pertama dengan aku. Tak pernah dan takkan terjadi. Sebab aku sedar diri aku, hanya seorang gadis yang biasa-biasa saja dan mungkin…. luar daripada kebiasaan? Aku bahagia dengan kehidupan aku, tapi kenapa ada saja yang mengganggu emosi aku?

Dan… cinta. Aku bukan tak percaya kepada cinta. Aku juga ingin dicintai seikhlas dan sepenuh hati. Tapi untuk mencuba sekali lagi, aku tak berani. Cukuplah sebelum ini aku dikecewakan oleh cinta seorang lelaki.

Tapi… tanpa aku sangka, perkara yang aku tak pernah angankan selama ini, akhirnya muncul. Ya, rasa itu memang ada dan dia juga memang benar-benar wujud! Dia muncul saat aku sudah serik untuk percaya kepada janji-janji lelaki. Bagi aku, dia sama seperti mereka, hanya ingin menduga aku.

Setelah aku cuba melepaskan rasa ini terhadapnya, setelah berbagai-bagai fitnah dan cemuhan yang hadir antara aku dan dia, adakah masih ada peluang untuk aku mendapatkan cinta itu? Adakah lelaki itu yang sememangnya aku nantikan untuk menjadi yang pertama dan terakhir dalam hayatku ini?

“Sayang I kepada you, sama macam I sayang kepada nyawa I sendiri. Cinta I kepada you tak pernah mengharapkan lebih daripada apa yang I dapat sekarang. Kalau you cuba mengubahnya, itu bukan cinta namanya. Itu kompromi. Dan dalam percintaan tidak wujud sifat kompromi. Yang wujud hanya rasa ingin saling melengkapi. Kita menerima antara satu sama lain seadanya.”

First published March 1, 2014

1 person is currently reading
56 people want to read

About the author

Izma Qahiera

13 books12 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
19 (32%)
4 stars
28 (48%)
3 stars
8 (13%)
2 stars
3 (5%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 21 of 21 reviews
286 reviews52 followers
January 9, 2017
CINTA??? Siapa yg layak untuk bercinta??? Ini lah isu yg dikupas dlm kisah Fakhri dan Gee....CInta yg sejati, cinta yg suci bkn lah diukur dgn paras rupa or fizikal seseorg itu, tetapi ia diukur dgn keikhlasan dr hati sesorg itu....

krn fizikal nya yg kurg menarik menyebabkn gee sukar utk menerima kasih dan cinta seorg lelaki yg luhur menyayangi nya....gee tlh berjaya mencuit hati seorg lelaki sejak di awal pertemuan..pelbagai cara yg dilakukan oleh fakhri demi meraih cinta seorg perempuan yg sering merasa rendah diri dgn fizikal dirinya....
tp siapa yg xkn cair jika setiap hr dilayan dan dimanja oleh seorg lelaki yg sgt baik, penyayang dan plg pntg sgt2 lah sweet.....

walau pun sweet, tp ingatlah bahawa tiada kehidupan yg sempurna di dunia ini...tiada kehidupan yg tidak dilanda badai....namun dapatkah Fakhri dan gee mengecapi kebahagiaan yg mereka impikan sehingga ke akhirnya????
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews67 followers
January 25, 2017
#8#2017

Done reading Dia...Aku Punya by Izma Qahiera.

Setelah sekian lama, finally, dapat jugak baca this 'mustread' novel. Ni novel pertama penulis yang saya baca. Tahniah!!!! Saya sangat suka dengan kelainan yang cuba disampaikan dalam novel ni.

Gee, seorang yang bertubuh montel dipertemukan dengan bosnya, Fakhri, seorang gentleman yang dalam diam meminati Gee. Pertemuan demi pertemuan membuahkan bibit bibit suka dan cinta dalam diri masing masing.
"Fakhri, I'm sorry okay." -Gee
"No, it's okay. Disebabkan gas beracun tu la yang buat I asyik teringat kat you." -Fakhri

Fakhri yang sentiasa berusaha memujuk Gee towards healthy lifestyle. antaranya, pergi gim...
"tengah bersabarlah ni. kalau tak sebab you yang sibuk sangat ajak I datang sini, tak ingin I datang tau? lebih baik I duduk rumah baca novel." -Gee
"terima kasihlah sebab sudi memenuhi permintaan I. You buat I makin nak jatuh cintalah!" -Fakhri

Gee, yang mempunyai sejarah silam, membuatkan dirinya terasa inferior dan insecure.
"Apalagi kisah sedih I yang dia orang laporkan kepada you? hmmm? Kisah seorang budak gemuk yang kena ejek dan selalu jadi badut untuk ditertawakan?" -Gee
"Gee..I nak tahu semuanya tentang you. You lain daripada yang lain. I suka you. I ajak you keluar, pergi jumpa klien dengan you, belikan sarapan untuk you, call you sebelum you tidur dan macam macam lagi sebab I nak rapat dengan you. Takkan you tak perasan?" -Fakhri

Finally, kekuatan cinta Fakhri serta sokongan daripada ibu dan kawannya, meyakinkan Gee untuk sama sama mencari bahagia. kebahagiaan milik sesiapa sahaja yang berusaha untuk menggapainya. saiz badan bukanlah ukuran kebahagiaan seseorang.

Congrats to the writer. The messages and lessons are clearly written in this novel. Of course, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Regarding the 'orang yang berbadan besar sukar untuk hamil' - this kind of stigma sangatla tidak adil untuk golongan ini. Congrats for this masterpiece. congrats for the new baby (please dont be gelojoh) - havent read it yet. soon, insyaAllah.

p/s: masa mula mula baca, saya ingatkan Fakhri tu ialah Zargus. tapi tak di'mention' pulak. so, bukan la
Profile Image for Ayman Hyeqal.
68 reviews58 followers
March 17, 2014
#Dia.. Aku Punya
Karya Izma Qahiera
Terbitan October Love

DAP merupakan naskah sulung penulis yg mana antara salah satu naskah sulung terbitan penerbitan baru October Love, DAP blh dikategorikan dlm genre romantik komedi, mengisahkan percintaan seorg jejaka yg mempunyai segala iaitu Fakhri yg tlh jatuh cinta dgn seorg gadis yg mempunyai saiz badan yg comel yg juga staffnya sendiri, Gee seorg gadis yg bersaiz comel yg mempunyai rasa rendah diri akibat memilikki saiz yg comel dan rasa kurang keyakinan diri lantaran masa lampau sering dipersendakan, pada mulanya Gee tdk melayan Fakhri krn rasa tdk layak utk lelaki itu, Fakhri pula pelbagai cara dilakukan demi mendapatkan cinta Gee, Gee mempunyai seorg sahabat iaitu Lin yg juga teman serumahnya dimana Lin lah menjadi tempat Gee meluah perasaan, Lin juga mempunyai kekasih hati iaitu Shauki dan merancang utk berkahwin, Gee juga mempunyai sepupu iaitu Weeda, Weeda juga akan berkahwin bersama Reyhan, Weeda dan Reyhan semasa waktu persekolahan dahulu sering memperkotak katikan Gee krn saiz badan Gee yg comel, lantaran itulah Gee sering merendah diri, Pelbagai cara Fakhri lakukan demi meraih cinta Gee sehingga Fakhri tlh meminta bantuan adiknya Shima yg akhirnya Gee tlh terasa hati dan merajuk dgn Fakhri, pelbagai kisah lucu yg terjadi dlm mana Fakhri meraih cinta Gee yg mana anda pasti akan tersenyum tatkala membaca naskah ini, terutamanya yg masih terkesan dihati sewaktu dlm lif dan juga sewaktu ditahan polis, anda ingin tahu dptkan naskah ini dipasaran dgn harga RM21(sm) RM24(ss) terbitan OL, pada pendapat sy walaupun ini adalah naskah pertama penulis sy anggap ia sebuah naskah yg berjaya, kpd penulis teruskan bekarya dan terus belaja demi menghasilkan lg naskah yg akan dtg, tahniah buat penulis dan OL

# p/s ini adalah pendapat peribadi dan setiap pembaca mempunyai citarasa yg berbeza
Profile Image for Novel Best.
74 reviews5 followers
September 23, 2014
Fuh ekspress gila baca buku ni. Jap ajer abis. Ternyata x mengecewakan dan berbaloi2. Penulis baru, I think but 2 novel beliau yg sy baca mmg tumbs up.

Sy suka novel ni sbb pemegang watak utama bknlah spt kita baca fairy tales mesti cantik cam princess.

Gee dlm watak ni adalah seorg gadis yg berbdn "comel". Gee ni seorg yg agak outspoken. Tp hati dia baik. Tp biasala bila kita berbdn comel akan ada saja yg bermulut longkang melemparkan bermacam2 tohmahan kan....

Jangan igt bdn comel xde peminat tau. X sangka peribadi serta personaliti Gee ada yg simpan rasa hati utk mendekati
Gee.

Sy suka cara Fakhri approached Gee. Very gentlemen& x gelojoh. Bermacam2 cara dia lakukan utk menarik perhatian Gee yg berhati kayu ni. Pd Gee lelaki yg cukup sifat & pakej menarik x layak utk dia. Gee sedaya upaya reject si Fakhri. Macam2 cara dia elak drpd menaruh perasaan pd Fakhri tp sekali Gee elak 10'kali Fakhri berusaha keras utk menarik perhatian Gee.

Malang sungguh bg Gee utk elak drpd Fakhri sbb si Fakhri tu bos Gee pulak.

Sy suka adegan kereta diorg ditahan polis dimana Gee dgn x senonohnya menipu polis tu yg dia mengandung sbb tu xleh pakai seatbelt. Melopong si Fakhri.

Yg best bila masa Gee pegnen & mmg mencabar btol kesabaran Fakhri. Pelik sungguh dia dgn perangai si Gee sblm tahu si Gee ni pegnen.

Gee yg bersalin Fakhri yg kena jahit tangan. Ganas sungguh si Gee ni

Apa2pon citer ni mmg best. Kelakar dgn cara tersendiri. X rugi tau baca citer ni.
X sabar tunggu novel Izma yg baru nanti.

Opsss sblm tu jgn lupa baca Aku Bukan TnG.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,525 reviews1 follower
March 29, 2016
Kisah budak montel yang comel, cantik dan baik hati..
Bagaimana dia dihina tapi masih lagi berjaya menjadi manusia yang berpendidikan dan berkerjaya..
Mempunyai lelaki yang menyukainya kerana hati bukan fizikalnya..
Pada saya Novel ini bagus dibaca untuk motivasi diri..
Kita adalah apa yang kita nak jadi bukan apa yang orang lain mahu kita jadi..Fizikal yang besar bukanlah penghalang untuk kita berjaya dan bahagia..
Novel yang bermula dan tamat dengan baik..
Profile Image for Naira2975.
1,076 reviews21 followers
December 14, 2014
Book #33 - 2014

Two words: siuk berabis!

Tak menyesal banar membeli buku ni (after kana recommend oleh salesgirl bermati-matian). Cerita pasal gadis xxxl lah. So far, books yang gadisnya bersaiz xxxl sangat membosankan. Simply because often these girls macam very low esteem. Tapi dalam buku ni, this girl is embracing her "kekurangan" (which is
Profile Image for Faradina Azlin Azahar.
507 reviews47 followers
March 2, 2014
x menyesal baca... seyesly best. comey. manis. dan saya suke... sangat2.. hehehe... hai.. if la dlm dunia nyata nie ada org cam fakhri... mmg dina rasa akan tersenyum 24 -7. bahagia.. weeeee... tp part gegetan sampe 3 jahitan tue mmg kelakarla.. hatoyai.. tajam benar giginyer.. muahahhaa.. suke suke suke..
Profile Image for Zurianita Manab.
76 reviews16 followers
February 28, 2014
Dalam semua buku yang mengisarkan gadis XXL, saya rasa yang ini paling best saya pernah baca. Mungkin kerana watak gadis yang confident dan tak lah baik dan sempurna sangat. Realistik... walau ceritanya simple tapi boleh hadam dengan baik.
Profile Image for creme brulee.
100 reviews18 followers
March 8, 2018
Paling suka momen di mana Gee kentut dalam lif without realising ada somebody dekat dalam lif tu. Hahahaa. A big LOL for that. 😆
Profile Image for Mazz.
74 reviews1 follower
September 18, 2014
Ini antara buku feelgood saya tahun ini. Rasanya dari saat ia sampai ke tangan saya pada bulan Mac 2014 sehingga sekarang, saya sudah lupa entah berapa kali ia ada dalam genggaman. Mungkin kerana ia kisah cinta yang paling dekat dengan hati saya. Buku ini telah direview oleh saya di FB, jadi saya transferkan sebahagian review saya itu ke sini supaya ia mendapat mileage yang lebih baik. Sharing is caring right, as cliche as it may be.

Kita punya hero yang amat berani dalam kisah ini. Fakhri has his own mind and he knows want he wants. Dia nak Gee sahaja. Jee tu Fakhri yang punya (that's my understanding of the two main characters and their link to the title). Hero & heroin cerita ni kalau berdiri sebelah menyebelah umpama nombor 10. I should know..sebab saya pun plus size juga :) Cerita cinta mereka sangat simple tapi penuh dengan emosi yang hanya kami golongan XXXXL (berapa X yang sesuai saya pun tak pasti) sahaja yang akan faham. Heroin kita ni seorang wanita yang highly educated, karier pun di tahap tinggi, bergaji besar dan amat disukai oleh siapa sahaja yang mengenalinya. Cuma..saiz badan Gee ni sahaja yang selalu buat dirinya emosional dan fikir yang bukan-bukan. Bila Fakhri muncul, Gee bolayan habis ! Siapa yang mahu frust menonggeng dalam soal cinta ye tak lagi-lagi kalau diri tu selalu jadi bahan jenaka. Tapi Fakhri sangat panjang akal. Macam-macam dia buat supaya Gee percaya yang dia betul-betul serius. Bukan main-main. Payah juga nak pikat dan yakinkan Gee that they belong together but he finally did. The rest, kenalah beli buku ini dan baca ya.

Untuk kesian kalinya, saya ucapkan tahniah kepada penulis kerana menceritakan sesuatu yang ramai di antara kita terlepas pandang. Sifat prejudis manusia itu adakalanya mengaburi diri kita akan kelebihan dan keistimewaan yang kita ada.

Thumbs up for Izma Qahiera & Penerbitan October.
Profile Image for Miz_Yanie.
105 reviews2 followers
November 7, 2018
Siapa kata org berbadan besar tiada peminat,
Siapa kata mereka tak romantik,
Siapa kata mereka tak cerdik,
Siapa kata mereka tak cute...

Dan

siapa kata yg berbadan kurus itu cantik,
Siapa kata mereka ini cerdik,
Siapa kata mereka ini ramai peminat,
Siapa kata mereka seksi..

Yg nyata di sini setiap manusia
Pasti ada keistimewaan masing2
Yang allah berikan ..
Kebahagian datangnya dari kasih sayang yg disemai
Bukan dari rupa fizikal
Gemuk ka, kurus ka, senget ka, pendek ka, tinggi ka ...
Semua nya sama ...

Dia Aku Punya dikategorikan dlm genre romantik komedi, mengisahkan percintaan seorg jejaka yg mempunyai segala iaitu Fakhri yg tlh jatuh cinta dgn seorg gadis yg mempunyai saiz badan yg comel yg juga staffnya sendiri, Gee seorg gadis yg bersaiz comel yg mempunyai rasa rendah diri akibat memilikki saiz yg comel dan rasa kurang keyakinan diri lantaran masa lampau sering dipersendakan, pada mulanya Gee tdk melayan Fakhri krn rasa tdk layak utk lelaki itu, Fakhri pula pelbagai cara dilakukan demi mendapatkan cinta Gee, Gee mempunyai seorg sahabat iaitu Lin yg juga teman serumahnya dimana Lin lah menjadi tempat Gee meluah perasaan, Lin juga mempunyai kekasih hati iaitu Shauki dan merancang utk berkahwin, Gee juga mempunyai sepupu iaitu Weeda, Weeda juga akan berkahwin bersama Reyhan, Weeda dan Reyhan semasa waktu persekolahan dahulu sering memperkotak katikan Gee krn saiz badan Gee yg comel, lantaran itulah Gee sering merendah diri, Pelbagai cara Fakhri lakukan demi meraih cinta Gee sehingga Fakhri tlh meminta bantuan adiknya Shima yg akhirnya Gee tlh terasa hati dan merajuk dgn Fakhri, pelbagai kisah lucu yg terjadi dlm mana Fakhri meraih cinta Gee yg mana anda pasti akan tersenyum tatkala membaca naskah ini, terutamanya yg masih terkesan dihati sewaktu dlm lif dan juga sewaktu ditahan polis....
Profile Image for Mask D.
132 reviews6 followers
May 2, 2014
Tahniah Izma, baby sulung yg sememangnya awesome. Let's hope Aku Bukan R & R akan sebaik ataupun lebih baik dari ini. Sabarnya Fakhri melayan Gee! Kurang suka pada Gee, garang mcm beruang, Fakhri aje yg mengalah. Kesian pulak kat nasib Reyhan, jauh d lubuk hati nya dia memang menyimpan perasaan terhadap Gee tetapi tewas kerana ego seorang jagoan kampung. Weeda plak amat menyakitkan hati, betul kata Gee menolong dia mcm menolong anjing yg tersepit, mulut longkang, tak kenang budi, malang bertimpa2 pun masih tak sedar. Fakhri di sini, nampak sangat jadi ulam Gee ... Senang2 saja bila mood tak baik Gee, Fakhri sering menjadi tempias kemarahan. JANGAN ulang cerita yg sama pada Nas di R & R nanti iyer Izma. Nas mesti lebih tegas JANGAN jadi mangsa buli isteri, walau hati sayang. Kita beri 5 bintang, sebab cerita ni memang menghiburkan.
Profile Image for Anna Suzana.
4 reviews2 followers
May 14, 2014
Siapa kata org berbadan besar tiada peminat,
Siapa kata mereka tak romantik,
Siapa kata mereka tak cerdik,
Siapa kata mereka tak cute...

Dan

siapa kata yg berbadan kurus itu cantik,
Siapa kata mereka ini cerdik,
Siapa kata mereka ini ramai peminat,
Siapa kata mereka seksi..

Yg nyata di sini setiap manusia
Pasti ada keistimewaan masing2
Yang allah berikan ..
Kebahagian datangnya dari kasih sayang yg disemai
Bukan dari rupa fizikal
Gemuk ka, kurus ka, senget ka, pendek ka, tinggi ka ...
Semua nya sama ...

Yang penting hati ...
Kalau ia bersih, putih, cantik, suci
Aura diri seseorg pasti terselah..
Jgn malu klu kita tidak seksi , tidak cantik, tidak cerdik ...
Keikhlasan dalam diri kita adalah cermin sebenar
Siapa kita dimata mereka ...


ku recommend lah pada pembaca yg nak cari buku yg blh hilangkan stress ... confirm gelak lah baca
Profile Image for Azilah.
47 reviews4 followers
January 5, 2015
Ok not bad la novel ni cume jln cerita pada permulaan tu agak slow tp bile da smpi pertengahan tu memang menarik...tentang Gee seorg yg mempunyai saiz badan yg besar slalu dipersendakan & mempunyai sejarah cinta yg menyakitkan...
Juga tentang Fakhri yg jatuh cinta pada Gee & berusaha untuk memikat hati Gee...
Jrg ade novel yg mengetengahkan tentang heroin yg bersaiz comei ni slalu yg slim je kan so nk cari kelainan boleh la membaca novel ni mmg x rugi...
Size doesn't matter When it comes to love ...
tepuk dada tanya selera...

To writer good job...
Profile Image for Khasidah Abdullah.
23 reviews
February 20, 2015
Dia Aku Punya... Novel yg sempoi sekali. Ttg seseorg yg bersaiz xxl yg slalu dikeji dan dihina.
Masa baca novel ni, aku bayangkan Adibah Noor. Cantik dan bijak. Buat penulis teruskan berkarya dan semiga maju jaya.
Salam dr kota singa...

-Dan..cinta. Aku bukan tak percaya kepada cinta. Aku juga ingin dicintai seikhlas dan sepenuh hati. Tapi untuk mencuba sekali lagi, aku tak berani. Cukuplah sebelum ini aku dikecewakan oleh cinta seorang lelaki.
Profile Image for Jessica.
171 reviews
January 21, 2017
2017 - #Novel2

Cerita yang santai tapi I tak berapa suka perangai Gee. Gee terlampau panas baran pastu ganas. Kengkadang I pula emo. hahaha...

But best dan santai. Tak stress baca. cukup untuk buat I ketawa. Apapon Fakhri sweet dan baik aje layan Gee. I like. hehehe..

simple review from me...
Profile Image for シティ.
264 reviews
Read
March 21, 2020
Bacaan santai di PNM e-Reader.

Borrow from Perpustakaan Negara Malaysia Digital Library menghilangkan kebosanan Perintah Pergerakan Terhad COVID-19.

#MalaysiaMembaca

Dialog/nukilan yang menarik...
59 reviews
March 17, 2023
Comel girl. Susah nak jumpa novel yg heroin nya lain drpd yg lain. Beauty is subjective. Hero nye pun bkn typical hero yg kaya, menjadi rebutan ramai.

Fakhri vs Gee. Rasa x puas baca kisah dorg berdua ni. Memberi sokongan yg ikhlas buat si buah hati. The moment Fakhri tarik Gee keluar drpd pusat kecantikan, makes me wonder. Is there a guy out there that is willing to do the same sincerely? If yes, please know. You are one in a million and i pray for your happiness 😊

Si Weeda tu plk..amboi amboi amboiiiiii..sedap btl mulut mengata org..hello??!! Igt org comel mcm we'ols ni xde perasaan ke? Org yg putih melepak, langsing, muka bujur sirih, pipi merah, bibir merekah je yg cantik? Setiap ciptaan
Allah cantik, hokeyhhhh. Over nau. Tp tu la the moment weeda tu insaf, emmmmmm wonder skjp. Ko ni btl2 insaf ke? Hahahaha

In summary, love this novel.
Profile Image for Aida.
71 reviews1 follower
July 16, 2015
Semalam, selesai sudah membaca novel Dia…Aku punya hasil tulisan Izma Qahiera. Apa yang saya nak cakap, memang saya tak menyesal beli dan memang patut dibeli. Saya suggest novel ni kat kawan-kawan saya dan apabila kawan saya baca…Riaksinya… Memang dia cakap superb best! Saya baca pun tersengih dan terhibur dengan kecomelan pasangan kekasih ini sehingga menjadi pasangan suami isteri. Ini kisah Razita aka Gee dan Fakhri.

“gemuk, gendut, debab, anak gajah, badak, guni beras dan macam-macam lagi gelaran yang terima sepanjang memiliki saiz badan besar ini... ~ ini antara petikan dalam novel.

Bagi yang memiliki saiz badan besar memang sudah lali dengan semua ejekan seperti ini, namun adakalanya hati mereka juga terasa bagai di siat-siat apabila mendengar bermacam-macam gelaran yang keluar dari mulut manusia yang bergelar hamba Allah yang tidak tahu erti menghormati ciptaan penciptanya sendiri.

Cerita ini bagaikan luahan perasaan bagi orang bersaiz besar dalam bab cinta… disebabkan aku pun bersaiz kurang sikit dari Gee, so aku rasa jelly la dengan Gee ni sebab dapat hubby yang sweet macam Fakhri. Aku akui Fakhri memang seorang yang very supportive, ada sense of humour and caring man. Aku pun tangkap cintun dengan Fakhri.

Tapi kalu kalu ikuti cerita ini boleh memberi impak kepada pembaca yang juga bersaiz besar untuk lebih kuat, tabah, semangat dan seangkatannya. Sampai kita boleh berkata ‘raaaw’ tiba-tiba yang hadir dalam diri. Rasa semakin bersemangat! Cerita yang mengisahkan seorang perempuan yang bersaiz besar yang sukar menerima cinta yang ikhlas dari bossnya sendiri yang bernama Fakhri. Lebih mengejutkan Gee apabila melihat ‘kesempurnaan’ Fakhri tapi sanggup menerimanya seadanya.

Akibat takut kehilangan Gee, Fakhri terus bertindak pantas menyatakan hasrat hatinya kepada Gee namun Gee masih was-was dan tidak mahu Fakhri menerimanya kerana terpaksa. Tapi selepas dijelaskan Fakhri, mereka kahwin juga ya. Nak tahu lebih lanjut, baca sendiri lah! HA HA HA

Cerita yang sangat best dan Gee sangat beruntung kerana mempunyai sahabat seperti Lin dan Shauki yang sentiasa ada disisinya ketika susah dan senang. Tak kurang juga peranan ibu Gee yang sentiasa menyokong Fakhri untuk mendapatkan Gee. Krisis dalam citer ini macam cliché, krisis macam biasa pasal low self esteem di kalangan orang bersaiz besar…ehehe… Konflik tak banyak tapi masa part konflik tu janganlah sentap pula kalau baca…hehe ada juga adegan yang rasa nak naik kaki atas muka Weeda dan ibunya tu. Hoho tapi serius, kisah Gee dan suaminya, Fakhri sangat sweet!

Gaya bahasa pun trend sekarang punya gaya. Overall, aku suka dengan novel ni bukan sebab aku ni skala besar juga okay… but cara writer ni story mengenai kehidupan dan ketabahan orang berskala besar seperti benar terjadi dalam kehidupan reality kita. Untuk yang sukakan karya yang santai dan komedi romantik novel ini memang pilihan yang tepat.
Displaying 1 - 21 of 21 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.