Jump to ratings and reviews
Rate this book

Mungkinkah

Rate this book
Arisa mencintai Radhi sepenuh hati tetapi, cintanya hanya membawa sengsara. Menjadi isteri kepada seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab, membuat dia serik untuk jatuh cinta lagi. Dengan payah, dia meminta meminta perpisahan.

Zariff pula seorang lelaki yang tidak pernah percaya pada cinta. Kesukaannya, berpelesiran dengan wanita-wanita cantik. Bukan cinta yang dicari tetapi keseronokan menghabiskan masa bersama si jelita yang manja.

Pertemuan secara tidak sengaja dengan Arisa, tanpa dia sedari telah mengubah keseluruhan gaya hidupnya. Beberapa pertemuan yang tidak disengajakan berakhir apabila Arisa menjadi calon yang mencuba nasib mencari rezeki di syarikatnya. Menolak semua calon yang lain, dia nekad memilih Arisa sebagai pembantu peribadinya. Rasa tertarik pada Arisa dan rasa geram sering ditolak oleh Arisa membuat Zariff tercabar. Akhirnya mereka berkahwin kerana kepentingan bersama. Perkahwinan mereka sama-sama dirahsiakan. Pada Arisa, perkahwinan itu tidak lebih untuk menghalalkan apa yang haram sebelumnya.

Tetapi, untuk Zariff, perkahwinan itu secara perlahan-lahan telah mengajarnya tentang kehidupan yang lebih baik. Belajar untuk menjadi ketua keluarga mengajarnya erti tanggungjawab dan dia mula membuka hati untuk menerima perkahwinan itu sebagai satu ikatan yang suci.

Malangnya cara Zariff mendapatkan Arisa, membuat Arisa tidak yakin langsung dengan perubahan Zariff. Lebih-lebih lagi, pada masa yang sama, ibu Zariff sibuk mahu menjodohkan Zariff dengan Nabila.

Apakah penamat hubungan di antara Zariff, Arisa dan Nabila? Mampukah Zariff menggapai cintanya? Terus matikah perasaan Arisa kerana duka semalam? Dan, mungkinkah Nabila cinta yang betul-betul layak buat Zariff?

“Mungkinkah hati yang mati, ‘kan bernafas kembali?
“Mungkinkah rasa yang hilang, ‘kan mencari jalan pulang?
“Mungkinkah asa yang runtuh, ‘kan kembali teguh?”

926 pages, Paperback

First published March 1, 2014

9 people are currently reading
316 people want to read

About the author

Hanni Ramsul

17 books146 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
131 (41%)
4 stars
134 (42%)
3 stars
40 (12%)
2 stars
8 (2%)
1 star
5 (1%)
Displaying 1 - 30 of 49 reviews
Profile Image for Hajar.
284 reviews
March 17, 2014
Done. Puas hati. :)

Review? Tunggu rajin. :P

17-03-2014

Setelah sekian lama menanti, akhirnya muncul juga karya kelima penulis ini. Saya setuju dengan pendapat seorang teman yang mengatakan bahawa kita jarang bertemu watak antagonis lelaki dalam sesebuah karya. Kali ni bukan setakat seorang, ramai pula tu. Hish!

Radhi:
Perkahwinannya dengan Arisa hanya membahagiakan di permulaan. Selepas beberapa bulan kemudiannya, Radhi mula memeras wang Arisa. Atas keyakinan yang Radhi akan berubah, Arisa mendiamkan perbuatan Radhi sehinggalah mereka terpaksa berpindah ke rumah keluarga Arisa kerana tak mampu hendak membayar sewa rumah. Belang Radhi terbongkar jua akhirnya. Namun, Radhi tak pernah kisah malah masih tega menyusahkan Arisa dan keluarganya. Sanggup pula berkahwin kali kedua walaupun dah nyata tak mampu nak menyara keluarga. Untuk melepaskan Arisa, Radhi meminta sejumlah wang untuk tebus talak. Tiada pilihan lain, Arisa terpaksa menebalkan muka meminjam wang daripada Encik Karim, majikannya.

Karim:
Majikan Arisa ini memang ‘nampak’ baik. Bila tahu Arisa dalam kesusahan dia tak keberatan membantu. Sejumlah wang dipinjamkan kepada Arisa untuk membolehkan Arisa membebaskan diri daripada ikatan perkahwinannya. Namun, siapa sangka ‘kebaikan’ majikan Arisa ini dipergunakan oleh Radhi untuk memeras ugut sekaligus memfitnah Arisa? Encik Karim pula seolah-olah mengiakan hubungan ‘skandal’nya dengan Arisa. Haish. Yang paling menyedihkan bila fitnah yang ditaburkan ini turut menyebabkan ayah kesayangan Arisa meninggal dunia akibat serangan jantung. Tertekan dengan situasi dan fitnah yang membelenggu, Arisa tekad meletak jawatan dan kebetulan terus ditawarkan peluang pekerjaan di syarikat keluarga Zariff.

Zariff:
Pertemuan pertamanya dengan Arisa membawa impak yang sangat besar dalam hidup Zariff. Rantai milik Arisa yang ditemui menguatkan lagi semangat Zariff untuk mencari Arisa. Rupanya pencariannya dipermudahkan bila Arisa memohon pekerjaan di syarikatnya. Tanpa berfikir panjang, permohonan Arisa diterima dan Arisa akan menjadi pembantu peribadinya. Bukan senang nak menjinakkan Arisa kerana Arisa bukanlah seperti wanita-wanita yang pernah didampinginya sebelum ini. Tapi, bila mengetahui yang Arisa terbelenggu dengan masalah hutang dengan majikan terdahulu, Zariff mula menjalankan misi untuk ‘memiliki’ Arisa. Tersepit dengan hutang dan juga ugutan Zariff, Arisa memilih untuk menikahi Zariff (semestinya tanpa pengetahuan Puan Zahra, ibu Zariff). Sungguh pun niat asal Zariff hanyalah untuk memiliki Arisa, namun lama-kelamaan Zariff akui perasaannya terhadap Arisa. Cuma, macam mana caranya nak yakinkan Arisa sedangkan Puan Zahra sudah ada rencana untuk menyatukan Zariff dengan Nabila?

Arisa:
Bagi Arisa pula, cinta tak membawa apa-apa maksud kepada dirinya selain kegagalan dan kesengsaraan. Mana tidaknya, walaupun dah bercerai, Radhi tak jemu-jemu menggangu hidupnya. Perbuatan Radhi terhadap dirinya dan keluarga bawa impak besar sehingga Arisa jadi keras hati dan kebal dengan pujuk rayu lelaki. Perkahwinannya dengan Zariff pula ibarat keluar mulut buaya masuk ke mulut naga. Hasrat Zariff untuk memilikinya terpaksa dihalalkan demi untuk melangsaikan hutang Arisa. Selagi diperlukan, Arisa masih akan bersama Zariff. Bila Zarif mula menyedari perasaannya, Arisa meragui. Sejarah warna-warni hidup Zariff terlalu payah untuk disisihkan. Ditambah pula dengan perancangan Puan Zahra untuk menyatukan Zarif dengan Nabila, menyurutkan paras keyakinan Arisa terhadap luahan perasaan Zariff. Mungkinkah hati Arisa yang beku itu bisa dilenturkan?

Komen saya: Memang karya penulis tak pernah menghampakan. Walapun berpaksikan plot perkahwinan tanpa rela , garapan penulis berjaya buat kita rasa tak jemu dengan ‘cerita yang sama berulang kali’. Gaya bahasa yang biasa dan tak terlampau berbunga buat kita senang nak menghadam cerita. Satu perkara tentang karya penulis ni yang saya suka adalah penggunaan nama-nama biasa (atau nama golongan marhaen bak kata Airina) untuk watak-watak dalam kisah-kisah yang dilakarkan. Takdelah sampai tergeliat lidah nak menyebut nama watak kan? :P Dan satu lagi, saya suka metafora penulis dalam menzahirkan adegan ‘terlebih gulanya’. Yang terlampau tak jadi terlampau okay? Macam tengok cerita Melayu dulu-dululah, lepas adegan pelakon wanita dan lelaki duduk berdua, tiba-tiba muncul gambar rumput atau daun dengan titis embun. Ohh, diorang berborak sampai pagi rupanya. Hahaha. Itu pemikiran kanak-kanak seusia saya masa itulah. :P Eh, panjang pula komennya. Hahah. Tahniah dan terima kasih diucapkan buat Kak Hanni Ramsul. Puas hati walaupun buku cuma terbit setahun sekali. Moga dikurniakan ilham yang lebih mantap untuk karya-karya yang akan datang. :)
Profile Image for kuzzeen.
386 reviews106 followers
March 10, 2014
Di-serempak-kan dengan MUNGKINKAH di lantai kedai buku ketika hendak membayar buku rujukan yang dipesan si abang. Kalau nak dianalogikan dengan kek yang dibakar dan baru keluar daripada ketuhar, rasanya masih menunggu proses penyejukan untuk dikeluarkan daripada dulang. Belum sempat pekerja kedai menyusun di rak, dah disambar pelanggan gelojoh seperti aku.


Dan... sesungguhnya menyusuri naskah ini ketika dalam keadaan jiwa kacau, hati resah dan minda bercelaru. Dada sebak dengan peristiwa MH370 yang dilaporkan hilang lebih 24 jam tanpa apa-apa klu yang mampu merungkai misteri kehilangan pesawat tersebut. Betul kata pepatah; berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Walaupun tiada siapa-siapa yang aku kenal dalam pesawat malang tersebut, mereka manusia biasa seperti kita. Mereka ada keluarga. Dan ditambah lagi dengan komen2 di alam maya yang ditunjukkan si suami, bertambah sesak rasa di dada. Berakalkah pengomen2 alam maya tersebut hingga sanggup menaip kata2 yang ........ (x tersebut!). Gegaran kecil yang dirasa ketika di udara pun dah bisa menjatuhkan jantung, limpa n usus ke bawah. Ini kan pulak situasi yang perlu dihadapi oleh MH370 dan warganya. Bermacam-macam MUNGKINKAH timbul di kepala sebenarnya! Yg mampu hanya berdoa agar mereka-mereka 'selamat' di mana jua mereka berada. Amin....pause



Seperti sinopsis dalam blurb GR (bukan pada naskah) itulah inti pati MUNGKINKAH. Kisah perjudian nasib seorang Arisa. Seorang wanita yang tiada rasa bila ditipu oleh Radhi (bekas suami) dan ditindas oleh Karim (bekas majikan). Dikahwini oleh Zariff semata-mata kerana ..... I have to say it.... SEX. Bila takdir membuka mata hati si suami tentang cinta yang wujud untuk si isteri... malangnya Arisa telah beku perasaannya. Then....

Mungkinkah hati yang mati, 'kan bernafas kembali?
Mungkinkah rasa yang hilang, 'kan mencari jalan pulang?
Mungkinkah asa yang runtuh, 'kan kembali teguh?

Sedar tak sedar, aku menyimpan kesemua naskah nukilan penulis ini. Fanatik? Tak kot! Star rating; 5 - PAM, 4 - MK, 3 - KSRI n BYMB, 2 - BYMTB. Pembaca all rounder yang kerek seperti aku x pernah memilih nama penulis untuk membaca. Apa yang tercapai dek tangan, itulah yang dihadam dan direview. Bercerita tentang review yg dicopy dan dipaste di kedai kopi alam maya, teringat kat kata2 Forrest Gump " Stupid is what stupid does" juga kata2 Gandalf kepada Pippin "a fool, but an honest fool he remains" ;)

X lengkap rasanya mereview naskah ini jika tidak dibandingkan dengan PAM dan KSRI.

i) Persamaan Pelaku Utama Wanita
-Sabrina, Idayu dan Arisa. Ketiga-tiga mereka adalah wanita yang tabah, kuat dan tak pernah tunduk dengan kehendak lelaki. Tidak pernah terpedaya dengan ayat lovey-dovey si lelaki. Sabrina tega meninggalkan Badrul kerana bagi Badrul "its my mistake". Idayu pula keras hati membiarkan talak jatuh tanpa rujuk dengan si Hisyam kerana baginya "she's my responsibility" dan Idayu sanggup men-suami-kan Zariff kerana perkahwinan itu jelas motifnya. Zariff memerlukan tubuhnya dan dia memerlukan Zariff untuk melangsaikan hutang.

Wanita-wanita ini anak yatim yang sebatang kara dalam mengharungi kehidupan. Kecuali Idayu yang bertanggungjawab ke atas 3 lagi adik2nya. Namun, kehebatan mereka ditonjolkan sebaiknya. Yg penting, tidak pernah tewas dengan CINTA. Peribadi yang tegas dan kuat. Sanggup menanggung risiko dengan setiap keputusan yang diambil.

ii) Persamaan Watak Utama Lelaki
-Baik Badrul, Hisyam malah Zariff juga diplotkan terikat dengan si wanita atas the most basic reason; tuntutan naluri seorang lelaki. Si lelakinya berpakej lengkap sebagai lelaki idaman malaya. Dan mereka2 ini tetap terjaga tingkahnya. Zariff digambarkan sebagai playboy berjaya, tapi hanya sekadar suka-suka tidaklah sampai dibawa ke katil. Lega... at least bila dijodohkan dengan watak yang masih 'suci' walaupun x sebersih mana! Zariff turned to be a beautiful butterfly instead of an ugly and 'miang' caterpillar :)

iii) Plot 'Penderaan' Watak Utama Lelaki
-plot yang jarang2 sekali ditemukan dalam naskah lovey-dovey sebegini. Selalunya si wanita akan cair dengan ayat2 si lelaki hingga akhirnya menyerah kalah dengan perkataan cinta. Tidak untuk naskah2 penulis ini. Badrul, Hisyam dan Zariff didera sepuasnya oleh wanita2 mereka. Kadang2 timbul rasa kasihan dengan segala usaha yang diambil untuk menawan semula pasangan masing2. Dan tentunya tersengih sambil hati berbisik "padan muka!" ;)

Zariff digambarkan hampir putus asa bila Arisa langsung tidak bereaksi apa2 biarkan mcm2 method yang diambil untuk membuatkan dia cemburu. Menukar girlfriend sesedap rasa, membuat wayang ketika di depan Arisa, malah ketika dia merapatkan diri dengan Bella.... langsung tidak menyuntik respon di wajah Arisa.

Aku suka...aku suka... Tahniah penulis kerana membuli dengan jayanya mereka2 ini!

iv) Pergerakan Plot
-pernah x terserempak dengan naskah yang 'watak utama menggerakkan plot cerita bukan plot yang menggerakkan watak utama'. Sukar diterangkan dengan perkataan tetapi jika pembaca yang sering membaca naskah2 kita, pasti dapat membezakan antara 2 ini. :)

v) Watak orang ke-3
-Watak wajib untuk kisah sebegini. Cuma dalam PAM ada Dayana dan Maisara dalam KSRI. Orang ke-3 bila wujudnya kisah suami isteri. TAPI... berbeza dengan MK. Orang ke-3nya dijadikan 4, 5 dan 6. Ada kisah duda gila talak (Radhi), Encik Karim (majikan yang pandai mengambil kesempatan) dan Bella (sekadar lakonan semata-mata) Agak crowded tapi peletakan watak kena pada tempat dan plot. Cubaan yang berani....

vi) Bahasanya?
-Jika melihat kepada pemilihan laras bahasa dan jourgan2 terkini yang digunakan, aku pasti penulis ini bukan suri rumah semata-mata!

vii) Scene intim
-pernah x terjumpa dengan scene2 18SX yang di 13PG kan? Dan jika ditapis oleh LPF, confirm x kan dipotong kerana scene ini menjadi satu keperluan. Jika ditiadakan, cacat cerita! Jarang sekali scene intim begini yang diromantikkan sebegitu rupa seperti apa yang terjadi dengan Arisa dan Zariff.

MEMANG...

Ada yang sedikit senget dalam naskah yang 'flawless' ini... terutamanya selitan jenayah perdagangan manusia lewat watak Hashim dan Radhi. Juga kes penculikan Rianti dan juga insafnya Radhi. Juga kes kahwin sempadan dan tebus talak Radhi dan Azilah. Mungkin ini penerokaan terbaru penulis dalam memantapkan lagi penulisannya. Mungkinkah sebenarnya agak 'global' jika dibandingkan dengan PAM dan KSRI yang memang memfokuskan kisah hati-jiwa-jantung-limpa semata-mata. Satu percubaan yang agak berjaya... lari daripada kebiasaan.

DAN....

Ini novel cinta, tapi ayat2 manis bergula sukatannya secukup rasa. Manis2 buah... kata orang tempat aku.

DAN lagi...

Maaf... (buat apa nak mintak maaf ye?) inilah antara penulis yang berjaya meng-individu-kan pelaku2nya. Jarak usia dan sempadan jantina dilukis dengan jelas. Mungkin ketika dialog antara lelaki vs wanita/wanita vs wanita... perbezaannya kurang ketara. Tetapi untuk dialog lelaki vs lelaki.... itu yang 'menjerat' kerana kebanyakan penulis kita adalah wanita.

Membaca naskah ini anda mungkin akan sedikit terpengaruh dengan konsep 'feminism' (which is good... for me) kerana terbukti wanita bukan kaum yang boleh diperkotak-katikkan hanya dengan bermodalkan ayat manis bergula dan disogokkan dengan kesempurnaan fizikal jejaka yang kononnya tiada tandingannya. Untung sekali aku membacanya pada sambutan Hari Wanita Sedunia ;)

p/s: CANTIKnya cover.... idea sapa la nih?
Profile Image for Cik Pah.
290 reviews102 followers
March 30, 2014
Cik Pah berjaya menghabiskan bacaan tak sampai 24 jam untuk buku setebal sebegini. Mungkinkah?

Apa sahaja dari HR, Cik Pah suka cumanya untuk kisah ini akal Cik Pah tak boleh menerima beberapa point
1) arisa tak laporkan tindakan Radhi yang mendera fizikal/emosi dia baik sebelum bercerai atau selepas bercerai walaupun penyebabnya adalah kesihatan bapanya. Takkan bapa Arisa tak fikir macam tu juga.

2) fasakh boleh diminta sbbnya Radhi tak bekerja dan kaki judi

3) kalau nak tebus talak pun, buat apalah pinjam duit kat orang, pinjaman peribadi dengan mana-mana bank kan ada. Arisa kan bekerja, takkan nak pinjam setakat RM20k tak lepas kot, mesti lepas punya

Itu hanyalah beberapa perkara yang hati Cik Pah dok berkata-kata semasa melayari kisah Arisa dan mengurangkan 1 bintang untuk mungkinkah? Selebihnya kisah percintaan Arisa dan Zariff, persahabatan Zariff dengan Najman, hubungan kekeluargaan Arisa dengan adik-adiknya, keakraban Pn Zahra dengan Nabila dari HR berjaya menutup ruang lompong itu melayakkan 4 bintang dari Cik Pah :)
Profile Image for Zurianita Manab.
76 reviews16 followers
March 12, 2014
Berkisar ttg arissa yg pernah mengalamai kegagalan rumahtangga. Dan bertekad untuk menutup hatinya buat semua lelaki.


Suami pertama dia kaki judi, kaki pompuan dan peras duit dia utk bersuka ria.
Sebab terlalu cinta konon, wlau mak ayah larang dia kahwin dgn Radhi tu, dia sanggup jugak.
Bila si radhi kahwin lain dgn janda kaya, Arissa bertekad meminta cerai.

Namun Radhi letak syarat, bg dia 20k dan dia akan ceraikan Arissa.
Lalu dlm pening2 cari duit, boss Arissa... En Karim bermurah hati menghulurkan bantuan.
Maka bercerailah Arissa dan Radhi. Dalam Arissa lega untuk seketika, rupa2nya En Karim ada udg disebalik batu.
Bukan seikhlas mcm yg Arissa sangkakan. Dalam diam rupanya selama ini En Karim mmg menaruh hati dengan Arissa.
Dalam kekecohan asyik kena serang dgn bini en karim yg menuduh arissa pompuan simpanan dan en karim yg memaksa arissa menjelaskan hutang atau kahwin dgn dia... Arissa tiba2 dpt kerja lain.


Arissa yg xkenal zariff terus terima kerja tersebut. (Sebenarnya zariff dah kenal Arissa)
Lama2 Arissa baru sedar yg dia termasuk dlm mulut naga. Dan naga kali ni kacukan antara Radhi dan en karim.
Tolak zariff bukan kaki kikis dan bukan suami org saja. Dan bila En Karim mengambil tindakan mahkamah dengan niat utk menakutkan Arissa supaya berkahwin dengan dia atau menyelesaikan hutang sebanyak 15K dengan segera, Zariff pula mengambil kesempatan dan kali ini Arissa betul2 terperangkap atau sebenarnya Zariff yang terperangkap?


Mmg best dan sekali lagi Hanni Ramsul berjaya membuatkan saya tak tidur malam. (Y)
Profile Image for Wan  Farahana.
91 reviews22 followers
March 28, 2014
Ya Allah, ke mana semangat nak mereview saya ni?? Malas ya ampun!! Hahaha..

Nak suruh orang membaca buku ni, tapi nak reviewnya malas..haru haru.. :P

Cukuplah saya katakan, Hanni Ramsul sentiasa membuat saya tak teragak-agak membeli karya beliau. Tidak menghampakan.. :) Tahniah!
Profile Image for Asmar Shah.
Author 20 books136 followers
February 6, 2017
3.7* untuk Mungkinkah?

Buku ini boleh tahan tebal. Berapa kali jatuh ke dada sewaktu baca masa baring. Dan serius tangan sangat lenguh pegang buku ni. Mungkin kalau ketebalan buku macam kebanyakan buku-buku Siti Rosmizah, aku surrender dulu kut buat masa ni.

Cerita yang boleh tahan. Kisah cinta yang digaul dengan kisah kekeluargaan, kegigihan dan semualah. Walaupun tebal, tapi cara penyampaian penulis mampu menarik pembaca meneruskan pembacaan. Meleret sedikit tapi meleret yang seronok dibaca.

Cuma permulaan watak Arissa, penulis seperti sengaja buat dia nampak lemah dan sangat kasihan. Tapi semakin lama ditonjolkan sebagai wanita yang kuat menempuh apa pun cabaran selepas apa yang berlaku dalam hidupnya. Bolehlah diterima pakai. Kalau tak, nanti takdelah sesi bergaduh-geram-marah-bla,bla,bla, di antara Arissa dan Zariff. Tapi perwatakan watak-watak dalam buku ini sudah kerap kita jumpa. Lelaki playboy yang akhirnya jatuh hati dengan perempuan dan berubah, dan sewaktu dengannyalah!

Aku suka cara penyampaian penulis yang tak berlagak sempoi menyampaikan ceritanya macam kebanyakan buku-buku cinta yang ada. Jadi mungkin akan dicuba baca buku-buku beliau yang lain.

Apa-apa pun, korang cubalah. Eh, korang dah baca? Kalau bukan adik aku baca buku ni, rasanya entah bila aku nak baca buku yang boleh tahan ni tapi tebal! Haha...

Peace!
Profile Image for Nad.
100 reviews11 followers
February 1, 2016
Nak bagi 5* sebenarnye tapi lama sangat Zariff dengan Arissa duk berteka-teki tentang perasaan diorang so bagi 4*.

Ingatkan watak Nabila sama macam dalam cerita lain yang menyibuk nak kahwin dengan hero walaupun tahu hero dah kahwin tapi rupanya tak. Mak Zariff pun bukanlah seorang yang mementingkan status.
Profile Image for Intan.
85 reviews2 followers
March 17, 2014
Sepatutnya buku ini tersenarai dalam list PBAKL. Disebabkan tergoda dengan reviews di GR terus pergi beli dan tak sampai 24 jam tamatkan pembacaan. novel ini boleh di list kan dalam novel-susah-letak-bila-dah-baca.

Suka dengan garapan penulis tentang ketabahan Arisa sebagai watak utama.



Profile Image for Mai.
312 reviews62 followers
September 7, 2016
Mungkinkah? ....

Yang ini pasti bukan Mungkin lagi,antara novel terbaik yang dibaca utk tahun ini.Dari semua segi novel ini memang cukup,cukup sempurna.
Profile Image for Mslvoe.
2,095 reviews204 followers
January 21, 2023
Masa received buku ini.. mak aii tebalnya. Back to back F baca buku tebal². Otak jem jap. Still tak sihat since demam last tuesday.

Fikir jugak nak teruskan ke tak.. bacalah awal pages.. ingatkan nak try 1 bab sekali meleret² sampai ke ending.

Ada certain bab cam draggy but tu tak melemahkan F untuk teruskan. Best jalan cerita dia.

Rissa sedar kebodohan dia bila berkahwin dengan Radhi. Nak cerai pun Radhi minta duit as tebus talak. Masa bos Rissa Encik Karim offer nak tolong.. F dapat rasanya Encik Karim ada niat lain.

Tak sangka betul sangkaan F. Lepas dah bercerai.. Radhi gila talak pulak lepas melihat Rissa bertambah cantik. Radhi buat plan fitnah Rissa dengan bosnya. Puan Salma mengamuk. En Karim gunakan kesempatan ini untuk mengikat Rissa. Hutang itu burn kalau Rissa setuju jadi isteri En Karim.

Rissa rasa maruah dia dipijak². Kecewa bos dia pun sama perangai dengan Radhi. Rissa resigned. Dapat kerja bari tanpa interview.

Disinilah bermula kisah Rissa dengan Zariff. Zariff ni nampak cam main² suka mengusik. Watak dia best.. sweet pulak F tengok Riff.

Watak Nabila dan Puan Zahra pun best. Diaorang ni kamceng. Riff ingat dia bijak sorokkan marriage dia dari pengetahuan Puan Zahra. Lagi bijak maknya dan Nabila. 😁🤭

Betullah orang lama cakap.. sentuhan Hanni Ramsul ni buat kita dok diam² layan buku dia. Memang best!
Profile Image for Ctsue.
56 reviews9 followers
April 1, 2014
Akhirnya habis juga membaca novel ini setelah menempuhi cabaran berliku (menunggu cetakan kedua dari KN)...hehe.

Rasanya ramai dah review jadi saya malas nak review detail sangat. cuma nak share apa yang saya suka dalam novel ni.

- Nilai kekeluargaan yang Arisa dan adik-beradiknya tonjolkan, terutama Arianti yang sangat protective dengan Arisa. Mesti Rianti akan jadi gadis yang berani dan tidah mudah terpedaya dengan lelaki.

- Walaupon Arisa dalam kesempitan, dia tak mengambil kesempatan dan pandai menjaga diri. Lamaran En. Karim ditolak kerana tidak mahu menjadi perosak rumahtangga orang. Baiklah Arisa terima Zarif yang bujang, walaupon Zarif juga mempunyai niat lain untuk mengahwininya.

- Rasanya jarang jumpa ibu yang sporting seperti Mama Zarif yang tidak kisah dengan status janda Arisa dan sanggup menerima sebagai menantu. Dah la si anak bujang kahwin senyap-senyap, kalau orang lain dah kena kejar dengan parang kot. Lagi mintak nak dapat cucu cepat ada la.

- Paling tak tahan gelak bila Zarif tak boleh tengok kaki ayam yang dimasak..adeh, tidakku sangka zarif yang macho dan playboya ,tapi takut pada kaki ayam...huhu

- Persahabatan Zarif-Najman- Nabilla. Memang kawan sejati walaupon tempias terkena diri sendiri. Seb baik la Nabilla bukan watak perempuan gedik yang suka kat Zarif..cukup la sebagai lakonan saje untuk buat Arisa cemburu.

Cukuplah rasanya, tunggu novel seterusnya dari penulis pula.. :)
Profile Image for Pink.
239 reviews23 followers
January 11, 2023
Adoi, rasa sayang nak habiskan story ni sebab cute gila!! Walaupun mula2 agak draggy and banyak juga scene tarik tali tapi kecomelan hero tu tak boleh disangkal. Favorite storyyyy, no doubt.
Profile Image for Madam Lola.
213 reviews37 followers
September 17, 2014
Mungkin kah?

Karya pertama Hanni ramsul yg ML baca. Sblm ni x pernah lg baca karya penulis ni. Org kata, pergilah air mata Best. Betul ke? Bagi ML, kisah dlm mungkinkah ni bagus walaupun ada sahaja part2 yg x berapa nak logik. Tp jgn salah paham... X logik di mata ML jerlah. Logik ker x kat mata org lain, terpulang pd penilaian masing2..

1. Arisa. Buatlah apapun pd dia. Hati dia dah mati kot. Radhi buat apapun dia x nak report polis... Bagus betul dia kan... X berdendam langsung.. Kata benci... Tp mcm x benci Pulak ML tgk...

2. Arisa ni kesian kan. Mcm Radhi jugak. Kesian dia. X dak saudara mara lain. Bila ayah dia meninggal, bapak saudara ker... Sepupu sepapat ker.. Semua x dak. Terkontang kantung betol nasib dia...

3. Zariff...euuuu....tp... Dah nama pun buaya kan... Sikap nak memiliki tu mmg harus ada. Nak2 kena reject mentah2 dgn pempuan kan... Haruslah pikat smp dpt.. X dapat cara halus, cara kasar pun jadi.

4. Tasnim.. ML rasa, dialah punca kesengsaraan Arisa selain Radhi. Kenapa ML kata mcm tu...mmg lah, dia tmpt Arisa luah masalah bagai... Tp, harus di ingat, sbb mulut dialah, en. Karim boleh senang2 ambik kesempatan pd Arisa. Dan sbb dia juga Radhi tahu Arisa pinjam duit dgn en. Karim. Tasnim mcm duri dlm daging, bkn dia x tahu perangai Radhi mcm mana. Boleh Pulak selamba badak dia pecah rahsia. Hishkkk geram...

5. Puan Zahra.hemmm... Keras juga hati mak cik ni ya, dia x kecik hati bila anak dia buat mcm tu.. Susah nak dpt mak mcm tu Oooo... Kalo ML yg jd mak, tobat kecik hati dgn zariff tu...

Apapun, perjalanan cerita ni.... Sedikit sbyk, pembaca blh agak. Cth, bila WiFe en. Karim dah mengamuk, ML boleh agak, pasti Arisa akan berhenti kerja. Dan adalah beberapa part lagi..

ML berjaya Sudahkan novel ni dlm masa 2 hari.. Yahhhhh.... Kalo ikut ketebalan dia.. Mmg x mampu kot... Hihihihihi....

Rate :4/5
Profile Image for Nisa.
116 reviews15 followers
June 15, 2014
Dua novel berturut-turut yang Nisa baca, kisah jantan dayus..kerja tak tetap / tak kerja..suka berhutang, makan hasil bini..bila tak dapat duit, kaki tangan semua naik...benci sungguh dengan jantan macam ni..

Bila baca babak Radhi, berbakul-bakul sumpah seranah untuk lelaki tak guna tu..Simpati dan salute sangat dengan ketabahan Arissa melalui dugaan yang menimpanya. Best sangat watak mama Zariff dan Nabilla..

Arissa berkahwin dengan Radhi atas dasar cinta..walaupun pada awalnya, ibubapanya menghalang kerana Radhi tiada kerja tetap...kerana cinta, Arissa butakan matanya..semakin lama perangai sebenar tersingkap..Radhi kaki perempuan, kaki judi, panas baran...dan sering memeras duit Arissa. Apabila, Radhi memadukan Arissa dengan janda muda..Arissa tuntut cerai, Radhi mengenakan syarat tebus talak..rm20k..kerana bimbang kesihatan ayahnya..Arissa menuruti kemahuan Radhi dengan meminjam wang majikannya, En Karim..Tanpa menyangka agenda sebenar majikannya itu...untuk melepaskan diri dari fitnah, Arissa terpaksa menggadai prinsipnya dengan mengahwini Zariff dan menjadi isteri simpanan Zariff. Pada awalnya, Zariff mengahwini Arissa kerana ingin memiliki wanita itu, tetapi bila dia jatuh cinta..cintanya tidak dipandang kerana Arissa sudah tawar hati untuk percaya pada cinta.
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,039 reviews378 followers
May 10, 2014
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM22. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)

Pada N, permulaan cerita agak lambat. N asyik tertunggu-tunggu saat perkenalan Arisa dengan Zariff. Dahlah dorang nak berkenalan lambat, banyak pulak kemunculan watak si Radhi yang amat menyakitkan hati tu! (>_<)

Chemistry antara Arisa dengan Zariff memang top notch! Perwatakan Zariff yang nakal dan Arisa yang agak dingin membuat N benar-benar terhibur. N juga suka watak ibu Zariff yang tak seperti N sangkakan. Ingatkan mak Zariff jenis yang suka mengongkong dan busuk hati, tapi sebenarnya tidak. Nasib baik, kalau tidak tambahlah lagi satu drama.

Profile Image for Rynna.
132 reviews
September 13, 2014
cerita yg menarik walaupun ade bahagian yg agak meleret.. kesian dgn Arisa sebab banyak orang cume nak mengambil kesempatan kat die... nasib baik Zariff tu baik.. ape-ape pun pada sy cite ni best... yg penting Happy Ending...
Profile Image for Qayiem Razali.
892 reviews85 followers
May 6, 2014
Nampak je nama HANNI RAMSUL, terus grab novel ni tanpa perlu bersangkal lagi. Gitu!

MENARIK pasal buku ni :-
1. COVER tu cantik sangat. (Cover novel KN sume cantik2 rasenye!)
2. Sinopsis best.
3. Plot penceritaan tersusun walaupun sikit meleret. Sikit je!
4. Perkembangan watak memang dikembangkan dengan cukup jelas.
5. Bahasa ringkas dan sweet gitu.
6. Happy ending lah kan?

TAK MENARIK pasal buku ni :-
1. Tak ada pun. Cuma benci dengan Radhi. SANGAT BENCI! Ni lah watak antagonis paling gila pernah sy jumpa. Tapi, nasib baik hujung2 tu hati ni reda sikit! (Feeling habis)

KESELURUHAN : 5 bintang. Tahniah buat Hanni Ramsul. Kalau adaptasi novel ni memang rating tertinggi sebab kemanisan terlebih gula Zariff dan Arisa.
Profile Image for Emoon.
219 reviews79 followers
May 31, 2014
Seperti biasa karya Hanni Ramsul mmg x akan mengecewakan pembaca2 novelnya....

Terbaek!!!!!!

something different..... Hero yg nakal tp baik sgt... watak2 sampingan yg baik (spt adik2 Arisa and mama Zariff (puan Zahra) & Nabila & opcoz Najman) bg sy x perlu ramai sgt watak jahat sorang pun dh cukup..

Semalam seharian baca novel ni.... xde rasa nk stop pun so baca la till the end.... (x rasa rugi pun skip buat kerja umah & masak hahaha - Haila!!! teruk betul surirumah sorang ni kan)
tu la penangan novel2 terbaek macam novel ni.... rela buat apa sj...

Buat pembaca2 tegar novel2 M'sia di'rekomenkan' baca novel ni!!!

Tahniah buat CIk Penulis Hanni Ramsul..... Novel ni MELETOP!!!

Profile Image for mRs bOo ^_^.
234 reviews13 followers
March 20, 2014
buku ke 4 kak hanni ramsul yg saya baca

beli direct dr kak hanni hihi.. baru terima 18 mac 2014

riff <3 rissa

riff..
dia seorg playboy berjaya
dia kaya hensem bangat romantik level tahap tertinggi
dia memilikki apa yang dia mahu
dia milik kite - kite orang
dia terlanggar, terpandang & terjatuh cinta pada si dia"mungkin bakal isteri saya"
dia rasa tercabar dengan kegoaan & penolakkan si dia "i just want you"
dia tidak pasti dgn hatinya sama ada cinta or just want you
dia akhirnyer berjaya memilikki si dia dgn perkahwinan

rissa
dia wanita yg cantik lembut penyanyang manja
dia menjadi wanita "keras hati " setelah apa yg dialami dlm dirinya
dia sgt2 protektif kpd family dia
dia booolayan dgn segala taktik mengoda zariff @ bos dia
dia terpaksa dipaksa berkahwin dgn si dia "playboy berjaya"
dia hermmm

kesimpulan dari jalan cite ni terlalu panjang agak meleret cikit ada jgk la skip2 baca terutama babak radhi hihi
pttnyer kisah si rahdi tu "kick" je cikit2 xpe :)
mula2 zariff dpt "ikat" arissa jadi PA dia macam2 cara dia lakukan utk takcle si keras hati + xde perasaan ni utk jatuh suka kat dia finally his fail ok arissa pendinding kuat..
bagi zariff yg ssh dpt itu yang dia mahu. mmg dari awal dia mahukn rissa bak kata zariff i just want you. perkahwinan mereka adalah rahsia hanya tertentu je tahu mama zariff a.k.a pn zahra pn xtahu. selepas perkahwinan arissa masih lagi keras & xde perasaan, tanggungjawab sbg isteri dia tak abaikan. hidup sbg suami arissa mmg mencabar kesabaran zariff sbb arissa dia xmahu dibantu ditolong xmahu perlindungan dia boleh hidup tanpa lelaki katanyer la tapi dalam hati siapa yang tahu..
zariff mmg pandai menggoda arissa hanya arissa sahaja yg boleh membuat jantung hati dia bergetar hanya dengan jelingan senyuman rissa dia boleh cair.. sekali arissa bermanja terdiam zariff mcm waktu terhenti sesak nafas dia hihi..
mama zarif yg sgt2 sporting, dia n BFF dia upah PI nak siasat anak bujang kesayangan dia yg berubah 360 finally rahsia zariff terbongkar tp zariff xtahu mama dia dah tahu hihi..
zariff akur mmg dia cintakn arissa bukan sekadar hanya mahukn arissa hidup tdk lengkap tanpa si cinta hati.. dia luahkan dia tunjuk perasaan cinta n sayang pada isteri tercinta tapi arissa hermmm.. babak romantiko dorg banyak tapi semua aigoo potong line baru "pembaca romantik tegar ni" nk feeling arissa potong dgn penolakkn.. serius zariff kecewa i pn kecewa huhu.. belum bab zariff ngajuk arissa bt derkk je.. geram sgt
i want more scene arissa bermanja dgn zariff :p

jadi nk kata rugi beli MUNGKINKAH tak mungkin rugi beli buku ni 2tahun penantian tu.. berbaloi

taniah kak hanni :) <3



Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
September 5, 2016
selepas Biar Ym Berbicara & Sayang Papa Saya Tak?, ni novel ketiga penulis yang saya baca.

berbanding 2 novel sebelumnya yang lebih santai, yang ni begitu menyesakkan jiwa membacanya!1
memang mood geram sedih semua bercampur baur tatkala menghadam naskhah ni!

nasib baik cerita, olahan penulis n ayat yang ringkas, tidak berbelit. walaupun tebal, tidak terlalu meleret2.

kenapa lama sangat baru habis??
rase nak baling je buku bile ade radhi!! memang emo sungguh bace!

tahniah, penulis!
Profile Image for Rosniyati Othman.
220 reviews7 followers
March 16, 2014
awesome story with good plot. hebat penulis sehingga saya boleh rasa terhina, geram, sakit hati and so on... tapikan...saya terfikir..kalau nak tebus talak rm20k tak boleh ker arissa pinjam kat bank yer?? hahaha...that's y I can't be a writer...kalau pinjam kat bank mcm mana pulak nak buat story arissa radhi karim and zariff yer tak?? hahaha...apa pun buku ni is a must have.
Profile Image for nilam.
363 reviews71 followers
April 7, 2014
sy suka jalan cerita novel ni..thumbs up hanni ramsul..x boring walaupun tebal gilekk..
Profile Image for Sweet♡ساكورا.
189 reviews14 followers
October 10, 2015
2 kali hadam pembacaan, terasa puas yg aku dapat katakan...
watak Arisa yg keras kepala kerana pernah percaya & setia kpd cinta... memang geram bila hayati watak Arisa... tapi aku puas sebab bila aku baca watak Arisa meletakkan aku ke dlm diri Arisa... sukar mempercayai kesetiaan..

Zariff yg pada mula hanya utk suka2 akhirnya terjatuh suka pada cinta Arisa tetapi amat sukar melembutkan kerasnya hati Arisa.

Suka watak Puan Zahara ibu Zariff yang penyayang, bertimbang rasa serta penuh kasih sayang. Tak lupa Nabila & Najman teman rapat Zariff yg gila2. haha!!!

Benci +++++ geram teramat watak Radhi & Hashim yg boleh aku rasa nak tembak dengan senapang gajah (klo wujudlah senapang gajah tuerr)

Kasih sayang yg mendalam yg wujud adik beradik Arisa: Randti, Dafi, Ikin yg comel & tak lupa persahabatan terjalin antara Arisa & Jasmin...

Tahniah buat penulis...
Profile Image for Mommy Farah.
362 reviews14 followers
November 8, 2015
permulaan yang agak perlahan pada mulanya tapi semakin mendebarkan dan membuatkan perasaan teruja part selepas arisa kahwin dengan zariff...
susah betul nak tackle hati arisa rupanya...
geram dengan radhi..sebab radhi lah arisa jadi wanita yang hatinya seteguh tembok besar cina...
tapi buruk2 si radhi tu nak jugak dia berkorban untuk arisa..ada jugak sisi baik si radhi tu...
apapun tahniah hanni ramsul...tak sabar nak tunggu next novel plak...
Profile Image for Naira2975.
1,076 reviews21 followers
December 18, 2014
Book #50 - 2014

Oh yeah! Finally habis baca buku ni.I am very pleased with this one. Most probably because I think the writer guna "kerana budi tergadai body" jenis cerita which I find cerita yang agak luar biasa. I simply just loved it. Sengal tangan membaca sebab tebal pun tak apa! Lol! I think every bab pun tak ada yang membosankan. Keep it up mz writer!
Profile Image for Aliza Nai.
148 reviews3 followers
May 26, 2014
Plot cerita yang unik. I suka sangat jalan cerita dia walaupun agak tebal tetapi tidak mencacatkan penceritaan dan yang penting it's conflict free. I suka dgn watak Zariff someone yang cuba utk berubah demi memenangi cinta si isteri dan I geram sangat dgn Arissa yg terlalu degil. Somehow thumbs up lah dgn cerita ne.
Profile Image for  Kak Zie.
370 reviews63 followers
May 27, 2014
Best..

Kisah dalam ni menaikkan level wanita yang berstatus 'Janda' yang selalu dipandang serong oleh masyarakat bilamana ibu Zariff dan yang berada di sekeliling mereka menerima Arisa seadanya sebagai menantu..


Profile Image for Yazlina Saduri.
1,553 reviews41 followers
March 2, 2018
Nice read. Konflik dalam cerita ini bagi saya 'meaty', mungkin jarang dapat baca cerita tentang seorang seperti Risya. Cinta pandang pertama Zariff ni sebenarnya manis untuk Zariff tapi melemaskan bagi Risya. Zariff juga cemerlang sebagai seorang lelaki bagi saya walaupun sangatlah annoying pada mulanya. Anak tunggal, agaknya justified bila dia dah biasa dapat apa yang dia nak. Terkejut beruk dia bila Risya tak sama macam perempuan lain.
Profile Image for YONG EKIN.
90 reviews8 followers
August 4, 2018
Buku ni tak payah pening2 Kepala nak fikir banyak.. Bahasa yg ringkas.. Jalan cerita yg menarik.. Senang nak faham.. Sehari je habis baca buku ni.. Cerita ini mula2 baca di blog Hanni Ramsul.. Tak Sabar nak tunggu buku ini diterbitkan.. Alhamdullilah Penantian tak sia2.. Buku best.. Tak mengecewakan..
Displaying 1 - 30 of 49 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.