Jump to ratings and reviews
Rate this book

Pejuang-Pejuang Yang Benar #6

Hasan Al-Banna: Perjuangan Belum Selesai

Rate this book
Berkali-kali Hasan Al-Banna berkata, “Jikalau engkau ingin mencapai kesempurnaan sembahlah Allah sahaja dan jauhkan daripada menyembah benda-benda lain. Jikalau engkau mencari kebenaran, maka engkau dapati setiap benda lain tidak kekal. Yang kekal hanyalah Allah.”

Bermula daripada tiada, Hasan Al-Banna membina Ikhwan Muslimin yang menjadi pergerakan Islam yang terus menjadi inspirasi kepada perjuangan Islam di seluruh dunia.

Kisah beliau bukan kisah biasa. Menjadi anak kepada tukang kunci yang alim, beliau mencorakkan hidupnya menjadi seorang pejuang. Yang hidupnya hanya untuk Islam dan akhirnya beliau syahid sebagai tokoh yang pengaruhnya masih kuat sehingga sekarang.

344 pages, Paperback

Published January 1, 2013

Loading...
Loading...

About the author

Abdul Latip Talib

124 books292 followers
Abdul Latip Talib, penulis kelahiran Negeri Sembilan ini sedang mengukir nama di persada sastera tanah air. Dilahirkan di Kg. Ulu Seperi, Rembau, Negeri Sembilan mula menceburkan diri dalam bidang penulisan pada tahun 1990 dalam pelbagai genre; skrip drama TV, cerpen, puisi, dan novel. Sejak itu karyanya banyak meraih hadiah seperti Sayembara Cerpen Berunsur Islam, Hadiah Sastera Utusan, Sayembara Cerpen Perpaduan, dan Anugerah Sastera Negeri Sembilan.

Novel Randau Ruai memenangi hadiah pertama Peraduan Menulis Sastera dan Budaya Sarawak manakala novel remaja Beraraklah Awan Pilu memenangi Hadiah Sastera Utusan 2005.

Penulis ini telah menghasilkan novel pahlawan Islam Salahudin Ayubi, Khalid Walid, Ikramah Abu Jahal, dan Tariq Ziyad. Kesemuanya diterbitkan oleh PTS.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
48 (50%)
4 stars
34 (35%)
3 stars
10 (10%)
2 stars
1 (1%)
1 star
2 (2%)
Displaying 1 - 14 of 14 reviews
Profile Image for Wan Faizuddin.
30 reviews4 followers
March 1, 2014
Buku habis dalam 3 hari. First time baca buku Pak Latip. Bahasa mudah, direct. Tak sedalam sastera Faisal Tehrani mahupun bahasa setinggi Pak Samad.

Buku yang bagus sebagai bacaan peringkat sekolah rendah dan menengah untuk memperkenalkan tokoh Islam ini serta perjuangan beliau.

Buku ini tidak terlalu memuatkan fakta agar menjadi bahan bacaan yang ringan.

Bagi individu yang ingin mengkaji peribadi Hassan Al-Banna menurut sejarah dan secara ilmiah, saya percaya ada bahan bacaan yang lebih baik di luar sana.
Profile Image for Nur Farihin.
66 reviews
April 4, 2016
Baru habis baca mlm tadi. Ya Allah, menangis saya. Sedih sangat baca cerita Imam Hasan Al-Banna, yg penuh dgn ujian semata-mata untuk mengembalikan sinar Islam yang sebenar di Mesir. Lagi2 bila tahu tentangan datang dari dalam Mesir itu sendiri (kerana terpengaruh dengan usaha British ketika itu). Dan cara perginya Hasan Al-Banna ....sy menangis.


Bila baca bagaimana tertubuhnya Ikhwanul Muslimin dan ahli2 awalnya orang yang hebat2, teringat juga kpd bekas presiden Mesir 2013, Dr Mohamed Morsi, yang juga orang hebat. Teringat hujah beliau sebelum dijatuhkan hukuman mati. Siapa yang belum dengar, cari lah. Saya rasa ramai yang share di alam maya. Memang bergetar dada. Semua emosi ada. Baru mengharap Islam akan tertegak semula di muka bumi dgn adanya 'khalifah' baru, namun apakah daya, sama seperti ketika zaman Imam Hasan, kerana pergolakan dalaman (pengaruh asing masuk), Dr Morsi dijatuhkan.

Kalau ada biografi atau autobiografi beliau, saya akan baca.
Profile Image for Sambal.
9 reviews
February 3, 2016
terlalu ringkas, kisah yang disampaikan dengan menggambarkan keadaan Mesir pada ketika itu tidak begitu hidup
Profile Image for Mai Radhiallah.
84 reviews12 followers
March 30, 2018
Ini kisah Hasan. Bukan Sarjan Hasan "Hasan sula jadi golila" tu, bukan. Ini Hasan Al-Banna. Pengasas gerakan Ikhwanul Muslimin. Yang silibusnya itu nanti hidup berpanjangan sehingga ke hari ini. Ya. Sehingga ke hari ini, ada gerakan di Malaysia yang memakai fahaman Hasan Al-Banna dalam tegakkan amar makruf nahi mungkar.

Seperti buku Pak Abdul Latip yang lain; buku ini juga menggunakan modus operandi yang sama iaitu penceritaan biografi ringkas mengenai Hasan Al-Banna dalam bentuk novel. Dari kelahirannya di zaman World War 1 (selepas kejatuhan kerajaan Uthmaniyah); mak bapak Hasan sudah ada rancangan jelas mahu Hasan jadi someone. Benda ini klise. Semua mak bapak mahu anaknya jadi someone. Tapi... tak semua mak bapak ambil inisiatif untuk jadikan anak mereka someone. Maka dibasuhlah otak Hasan siang dan malam dengan ilmu, dimasukkan Hasan ke sekolah-sekolah tahfiz terbaik - Hasan pula elok, baik dan dengar kata; suka dia habiskan masa membaca di perpustakaan bapanya. Oleh sebab suka membaca, akal Hasan lebih cerdas di dalam kelas. Malah ada beberapa kali Hasan lompat darjah.

Sejak usia setahun jagung lagi, bakat kepimpinan Hasan jelas kelihatan. Dia dan rakan-rakannya menyelesaikan permasalahan air di surau dengan menghantar surat kepada imam. Bahkan ada satu masa, Hasan sorok-sorok tutup pintu tingkap masjid sebab mahu berdiri atas mimbar tiru khatib baca khutbah. Rahsianya terbongkar dari pengetahuan bapak. Kerana faham dengan keterujaan anaknya, bapak Hasan benarkan Hasan berlatih baca khutbah tiap habis solat jumaat yang mana nanti semakin penuh kanak-kanak mahu menjadi pendengar Hasan baca khutbah.

Ada satu scene dalam buku ini menceritakan sewaktu Hasan berhijrah ke Kaherah dan tinggal di sebuah rumah. Scene ini sebijik macam cerita Istanbul Aku Datang. Lisa Surihani kena tipu dengan anak buat tauke rumah. Serious! Tak pasti siapa tiru siapa. Cuma pada waktu itu Hasan perlu berpindah sebab tuan rumah baru itu mahu duduki rumah tersebut.

Hari demi hari berlalu, selesai sahaja sekolah tahfiz, Hasan masuk ke maktab perguruan. Sehinggalah menjadi seorang guru di negeri bernama Ismailiyah. Waktu ini Mesir telah mengalami pemodenisasi barat. Ideologi barat tumbuh subur dalam kepala otak masyarakat Mesir. Kawasan Ismailiyah juga turut dimasuki orang-orang luar kerana wujud Syarikat Terusan Suez di kawasan itu. Macam biasalah si Hasan Al-Banna terpanggil untuk membetulkan keadaan. Ismailiyah ini bukan masalah barat je sebenarnya, masalah masyarakat dia yang berpecah belah pun satu hal juga. Degil. Ego. Untuk menentang kejahilan ini, mewujudkan gerakan Ikhwanul Muslimin.

Bila dilihat semula, pemasalahan masyarakat pada zaman itu seakan serupa dengan permasalahan masyarakat di zaman sekarang dan lebih khusus adalah Malaysia. Barangkali ini yang menjadikan fahamannya sesuai digunapakai. Di waktu wujudnya gerakan ini, pelbagai rintangan yang Hasan dan kumpulannya lalui. Fitnah, dendam, tuduhan, cemuhan - sebagai orang yang banyak ilmunya, Hasan beriak dengan teliti. Setiap tindakannya akan dijaga dan tak terburu-buru.

Kata Hasan sewaktu ahlinya mengadu perihal ketidakpuasan hati kerana difitnah, "kita perlu bersabar dan bertakwa, apabila fitnah dilemparkan kepada kita. Ini membuktikan bahawa kita benar-benar berjuang untuk Islam. Sudah menjadi amalan para penentang Islam untuk menyebarkan fitnah."

Hasil berkat akhlak dan jihad yang baik, Ikhwanul Muslimin terus berkembang ke pelusuk Ismailiyah. Bermula pada tahun 1939 sehingga 1945 menjadikan Ikhwanul Muslimin berperanan penting dalam politik Mesir. Dalam masa yang sama, Hasan juga telah bernikah dengan seorang gadis bernama Latifah. Hidupnya teratur dan mengikut landasan yang mak bapak Hasan mahukan.

Mesir mempunyai sejarahnya yang tersendiri; kemasukan British pada 18 Disember 1914 dengan usaha sepakat memutuskan hubungan Mesir dan Khalifah Uthmaniah Turki. Rentetan daripada itu, bermacam-macam cara telah diusahakan sehinggalah jatuh tarikh 30 Disember 1948, pembersihan habis-habisan terhadap gerakan Ikhwanul Muslimin. Kebanyakkan ahlinya ditangkap dan dipenjarakan. Pejabat-pejabat dihapuskan. Harta dan wang milik Ikhwanul Muslimin dibekukan. Pada hari sebelum diharamkan, Hasan memberi ucapan terakhir.

Selepas pengharaman itu, pembataian atas gerakan ini terus menerus berlaku. Bahkan rumah Hasan di kawal ketat, Hasan tidak boleh keluar mengerjakan solat jemaah. Pada suatu hari Hasan didatangi oleh orang besar yang ajak berunding mengenai permasalahan ini, rupanya mereka pasang perangkap. Hasan kena bunuh 5 das tembakan.

Semasa pengembumian, seorang pun tak boleh pergi melawat Hasan. Rumahnya dikepong. Bukan itu sahaja, perintah larangan berdoa untuk Hasan pun dikeluarkan. Amendalah sakit hati betul kerajaan pada Hasan. Padahal sama-sama Islam. Okay penutup.

Pada akhir buku ini ada fakta perihal kerajaan Mesir dari awal kemasukan British sehingga tahun 1951. Pergolakan di Mesir tahun demi tahun bertukar-tukar perdana menteri. Ketidakstabilannya sehingga ke hari ini. Pada tahun 1951, nama baru yang gah pula hadir dalam Ikhwanul Muslimin iaitu Syed Qutb. Mungkin lepas ini boleh cari Biografi Syed Qutb!
Profile Image for Nisa Mohd.
50 reviews
December 14, 2023
■ Bahasanya mudah, penceritaannya ringkas, tapi tetap merangkumi semua yang penting dan menyentuh jiwa. Jaranglah membosankan. Cuma, kadang-kadang tu, terlalu padat.

Contoh, dalam buku ini, banyak sangat nama-nama penting yang diselitkan tapi kehadiran nama itu cuma sebentar. Bahkan banyak yang muncul hanya dalam sepotong ayat sahaja. Yang membuatkan saya fikir, perlukah dimasukkan? Tapi, saya faham, nama-nama itu penting untuk menyampaikan bahawa, takdir pertemuan dengan individu-individu tersebutlah, walaupun seketika, yang telah mencorak pemikiran dan peribadi Tuan Hasan al-Banna sejak kecil hingga dewasa.
.
■ Buku ini tidak terlalu berat dan berselirat. Maka, amat sesuai bagi memperkenalkan pembaca dengan kewibawaan dan perjuangan tokoh Islam penting pada zaman moden kita ini. Ketajaman minda beliau, ketegasan pendirian beliau, cara diplomasi beliau dan wawasan beliau dalam mahu mengembalikan sinar Islam yang sebenar, jelas terselah walaupun ringkas, memberi inspirasi besar untuk kita.
.
■ Ada beberapa bab dalam buku ini, saya fikir mungkin perjuangan Kaum Muda di Indonesia yang saya kenali melalui karya HAMKA, mereka terinspirasi oleh Ikhwan Muslimin, yakni, Muslim Brotherhood. Bila baca bagaimana tertubuhnya Ikhwanul Muslimin dan perihal ahli-ahlinya, memang tidak mudah.
.
■ Ketika saya sampai ke bab yang menceritakan bagaimana beliau ditamatkan riwayat, pipi saya dibanjiri air mata. Sungguh marah, kecewa, dan sedih saya dengan pihak-pihak munafik. Hampir-hampir saja saya memaki mereka, tapi saya tahan lidah dan hati daripada berkata kesat. Sungguh ingin saya memeluk isteri Allahyarham Hasan al-Banna.
.
■ Sebuah novel fiksyen sejarah Islam berbahasa melayu yang wajib dimiliki semua. Sesungguhnya, Hasan Al-Banna adalah salah satu tokoh penting yang wajib anak-anak kita ketahui. Allahumma Barik!
Profile Image for Shakira.
14 reviews1 follower
July 17, 2016
Sesiapa yang berada dalam medan dakwah mesti kenal Hasan Al-Banna. Pengasas Ikhwanul Muslimin (IM) yang popular di kalangan pendakwah.

Ramai yang mengangkat beliau sebagai model dalam menyampaikan dakwah. Wasiat yang beliau tinggalkan juga tak kurang juga hebatnya.

Saya tak pasti sama ada cerita dari pengarang adalah benar atau ditokok tambah. Tapi sekurang-kurangnya ada sedikit sebanyak sejarah tentang Hasan Al-Banna dan sumbangan yang beliau titipkan dalam jalan dakwah dapat kita ambil sebagai panduan ataupun pengjaran.

Saya tidak mahu mengagungkan beliau buat masa ini walaupun saya budak usrah kerana sedikit sebanyak ada kekhilafan yang beliau lakukan sampai affect pada pendakwah masa kini.

Tetapi jika mahu tahu bagaimana Ikhwanul Muslimin dapat berkembang sehingga telah diharamkan pada tahun lepas, anda boleh cuba baca buku ini.
Profile Image for Siti Maryam Lukman.
7 reviews8 followers
April 22, 2015
Sedih menggamit tika Imam Ahmad memandikan anaknya Imam Hasan Al-Banna serta menyembahyangkan anaknya di masjid seorang diri dengan mayat arwah dibawa oleh beberapa perempuan dari dalam keluarganya ke kubur. Pemergiannya ditangisi. Perjuangannya diteruskan tetapi masih ramai yang akan menentang dan musuh Islam semakin ramai yang tidak berpuas hati dengan organisasi ini.

"Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku, dan matiku, hanya untuk Allah,Tuhan semesta alam. Tiada sekutu bagi-Nya, dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku dan akulah orang yang pertama menyerahkan diri."- Imam Hasan Al-Banna.

Sedih bila mana pemergiannya adalah pada lahirnya anaknya yang bongsu.
Profile Image for Nur.
631 reviews17 followers
January 31, 2015
Hasan Al-Banna: Perjuangan Belum Selesai adalah sebuah karya yang memotivasi dan memberi inspirasi, memberikan pembaca pandangan yang lebih mendalam tentang perjuangan seorang pemimpin yang berpegang kepada prinsip dan idealismenya untuk memperjuangkan kebaikan dalam masyarakat.
Profile Image for Najah娜哲.
12 reviews2 followers
June 18, 2017
Buku ni aku beli masa form 3 dulu. Buku yg banyak membuka minda aku & beri kesan pada pandangan aku terhadap dunia. (N of course semangat aku berkobar2 juga lah masa tu sebabnya pun mmg banyak manfaat dia bila baca ttg kehidupan tokoh ni)
1 review
March 25, 2014
Buku yang santai tp penuh dengan pengisian yang membina. overview mengenai perjuangan ikhwan muslimin yang diasaskn oleh hasan albanna.. sesuai utk semua golongan pmbaca yg bru ingin mngenali...
3 reviews
Read
July 11, 2022
Huhu
This entire review has been hidden because of spoilers.
Displaying 1 - 14 of 14 reviews