Jump to ratings and reviews
Rate this book

Code Name: Ryzen

Rate this book
Kehidupan ibarat permainan catur. Setiap strategi mempengaruhi hasil akhir.

Harraz Zayne, code name Ryzen. Seorang ejen perisik lapangan terlatih yang sentiasa menjadikan misi sebagai keutamaan. Namun, pertemuannya dengan Shafa Raisha sungguh menggugat rasa sehingga dia rela dirinya dijadikan perisai buat gadis tersebut.

Shafa Raisha, code name Shaurin. Juga seorang ejen perisik tetapi memiliki kepakaran dalam penyamaran. Tanpa disedari, pertemuannya dengan Harraz Zayne bukanlah kebetulan sebaliknya dirancang oleh seseorang. Yang tersembunyi kerana sesuatu yang ada padanya.

"Kenapa kau selamatkan aku?" - SHAFA RAISHA

Kes yang disiasat menyebabkan takdir antara mereka saling bertingkah. Insiden demi insiden yang berlaku sungguh menimbulkan tanda tanya.

Tindakan drastik dalam membanteras jenayah terpaksa diambil oleh Harraz Zayne dan Shafa Raisha walaupun terpaksa membahayakan nyawa masing-masing.

Masalah bertambah berat apabila  seorang lelaki iblis bertopengkan malaikat mentargetkan Shafa Raisha. Mulut kata sayang tapi hati sebaliknya. Di depan kata cinta tapi di belakang lain pula ceritanya. Obsesinya begitu terserlah sehingga nyawa ibarat mainan!

Shafa Raisha terperangkap dalam permainan kotor lelaki tersebut. Keadaan itu menjadikan Harraz Zayne terpaksa menunjukkan identitinya yang terlipat kemas daripada pengetahuan sesiapa pun.

Siapa sebenarnya seorang jejaka yang bernama Harraz Zayne itu? Adakah benar dia hanyalah seorang ejen perisik seperti sangkaan Shafa Raisha selama ini?

"Aku takkan benarkan kau dirampas oleh Nasrun." - HARRAZ ZAYNE.

Dapatkah mereka menumpaskan musuh apabila bantuan yang dipinta tidak kunjung tiba?

Tercapaikah target mereka untuk menutup kes dalam tempoh masa yang diberi oleh ketua masing-masing? Kanan dan kiri, musuh sentiasa mengintai. Asakan juga datang dari pelbagai arah.

Melindungi dan memiliki, takdir antara mereka sungguh mencabar!

518 pages, Paperback

First published January 1, 2023

2 people are currently reading
39 people want to read

About the author

Angel_K20

12 books4 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
15 (40%)
4 stars
15 (40%)
3 stars
5 (13%)
2 stars
1 (2%)
1 star
1 (2%)
Displaying 1 - 8 of 8 reviews
Profile Image for Akmal Zahrudin.
218 reviews27 followers
April 1, 2024
My thoughts?


1. First of all, aku rasa rahang aku dah lari sebab asyik gelak tak berenti baca buku ni. Penulisan penulis ya ampunnn.. lawak gils 🤣 starting je dah lawak apekes male lead tido tergantung kat pokok macam kelawar hahah


2. Setting dia kat kampung which is unusual. Yela baca tajuk macam ganas je tapi kampung style 🤣 Sorang undercover jadi cikgu, sorang jadi makcik kantin omaigod what is this 😂


3. Male lead dalam buku si Ryzen ni first time aku jumpa yang asyik jatuh sakit. Aku rasa ada la dalam 2, 3 kali deman teruk. Aku rasa Shaurin lagi tough daripada dia 😂


3. Paling suka scene tiga budak sekolah tu si Asrul, Salehah dan Halimah ikut jadi spy jugak. 


4. My only complain is aku rasa buku ni boleh diringkaskan lagi. Ada banyak jugak unnecessary scenes yang aku macam bosan sikit baca. Dah masuk bab-bab terakhir tu baru ada aksi lebih sikit.


5. Ending dia aku suka, tak typical. Ryzen dan Shaurin memang kahwin tapi tak ada beranak pinak. Diorang settlekan kes lepas tu tunggu untuk move on to the next mission. 


Personal rating:

3.8/5
Profile Image for HoneyGee.
146 reviews7 followers
May 31, 2024
This review might contain spoiler.

Alkisah si Shaurin dan Ryzen jadi undercover di satu pulau untuk menumpaskan geng dadah. Dalam pada misi dijalankan, macam-macam berlaku.

Orang-orang di pulau tu pula macam dah hilang tamadun. Jadi, ada banyak nasihat yang diselitkan oleh penulis. Dadah. Fitnah. Mengumpat. Banyak lagi la.

Plot dan dialog dia okay. Tapi ada certain scene tu macam tak masuk akal sangat la. Contohnya babak atas cruise bila Nasrun tanya tentang keberadaan suami Shaurin, something off.

Hubungan Ryzen dan Shaurin dikembangkan dengan baik. Daripada kenalan sekerja kepada working partner kepada love partner. Suka sama suka tapi tak tahu, akhirnya berkahwin juga disebabkan kes si Nasrun.

Was a fun read tapi ada here and there yang perlu diperbaiki.

Just like other reviews, this is a rom-com-spy story, so tak semua scene undercover dia serious, but still enjoyable.
4 reviews1 follower
February 28, 2024
Comedy, romance-action. Let me tell ya,
- it's romance after marriage.
- it's strong female lead.
- it's green flag male lead.

Plot twist is not really suprise me since the main culprit already mentioned at early chapter. But I had fun with the students' characteristics; Asrul, Halimah & Salehah. There are some surprises in the story, for example regarding the report yg kebun ketum. I thought it was the teacher, but someone else. Also, part Sohok acting during Ryzen got caught. I'm satisfied with the end of the enemy, he got what he deserves. The actions are great too. Since the author did several AI generated of the female and male lead on her ig, it makes me easy and delighted to imagine the scenes. Thus, I enjoyed it.

Thanks to the author, applause to you! Great job!

Sorry for any inconvenience.
That's all I could give as my review. → 3.9/5
Profile Image for IzahHam.
1 review
June 24, 2024
Ciri-ciri suami idaman, perfect betul si Ryzen ni. I like! Dia tak macam hero novel yang I pernah baca sebelum ni. Senang kata, Ryzen buatkan I delulu tak sudah. I nak suami macam Ryzen ni, yang ciri-cirinya gentleman tu jarang nak ada kat lelaki zaman sekarang.

Ni cerita romantik aksi komedi. Banyak benda yang berlaku sepanjang Ryzen menyamar jadi cikgu sekolah menengah. Tergelak-gelak I jadinya bila baca cerita ni. I rasa kalau cikgu baca cerita ni, kemungkinan besar cikgu pun setuju dengan cara Ryzen mengajar dalam kelas dan handle students dia yang nakal tu.

Banyak pengajaran boleh diambil dengan cerita ni. Senang kata, ia tak kosong. Dosa mengumpat, mengata, dan benda buruk yang masyarakat kita hari ni buat, dan bahaya dadah. Memang banyaklah. Boleh nampak jelas apa yang author cuba sampaikan.
Profile Image for Leo Rajin Baca Buku.
1 review
April 2, 2024
Ini cerita comedy romance action. Sangat seronok baca. Sakit perut asyik gelak x berhenti. Tapi awas, tiba bahagian tertentu, gelak tu akan bertukar cemas. Hero bergasak dengan penjahat fuhh! Ending, baik sediakan tisu. Penulis ni macam guna konsep gelaklah dulu puas2, nanti kita menangis sama2.

Novel ni hero green flag, heroine tak lemah. Tiada babak tak sepatutnya dalam novel. Clean & clear! Selamat dibaca oleh semua peringkat umur. Novel ni pun banyak bagi input dan maklumat baru. Bagi aku, novel ni tak kosong. Itu yg aku suka dengan novel ni. 👍
Profile Image for Sha Mohamed.
2,521 reviews1 follower
June 13, 2024
Kelakar betul perangai si Ryzen dengan Shaurin ini.. Mengekek je baca walaupun ada babak penyiasatan namun keletah keduanya memang best..
Displaying 1 - 8 of 8 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.