Jump to ratings and reviews
Rate this book

Wajah Seorang Wanita

Rate this book
Novel ini memaparkan ketabahan hati seorang wanita daripada sebuah keluarga ternama di Kelantan, yang bersifat gigih, sabar, setia, jujur dan tawakal. Bermula dengan penghijrahan keluarga dari bandar ke desa, dan diikuti dengan beberapa peristiwa sedih dan menyayat hati yang berlaku di hadapan mata, seperti kematian ayahanda tersayang, kematian anak-anak seorang demi seorang, dan akhir sekali kematian suami tercinta sewaktu menjelang pendudukan Jepun di Kelantan, sudah cukup membuatkan Siti Musalmah seorang yang matang dan tabah menghadapi segala dugaan yang melanda hidupnya. Sebagai seorang wanita, Siti Musalmah bagaikan tidak tertanggung menghadapi segala cabaran, seperti kerakusan tentera Jepun, dugaan hidup sebagai seorang janda, desakan untuk menyara keluarga yang besar dan selok-belok dunia dengan segala ragam manusianya. Akan tetapi, sebagai wanita solehah, Siti Musalmah telah menyerahkan seluruh kehidupannya untuk berbakti kepada keluarga dan anggota masyarakat yang mengenalinya. Wajah Seorang Wanita merupakan sebuah potret realiti yang mewakili segolongan besar wanita terpuji yang sentiasa bertawakal dan bertakwa, yang dapat mendepani segala masalah hidup dengan sabar, tenang, dan akhirnya membawa kejayaan

452 pages, Paperback

First published January 1, 1990

5 people are currently reading
84 people want to read

About the author

S. Othman Kelantan

37 books33 followers
Dilahirkan sebagai Syed Othman bin Syed Omar (al-Yahya) pada 13 November 1938, di Tebing Tinggi, Kemumin, Kota Bharu, Kelantan.

Beliau berkelulusan Sarjana Muda Sastera (1979) dan Sarjana Sastera (1982/83) dari Universiti Sains Malaysia. Kemudian pada tahun 1994/95 beliau memperoleh Ph.D dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Setelah lulus Ijazah Sarjana, S. Othman berkhidmat dengan Universiti Sains Malaysia selama dua tahun. Mulai tahun 1983, beliau berkhidmat di Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai pensyarah di fakulti Pendidikan/ ATMA. Jawatan terakhirnya yang disandang ialah profesor madya hingga beliau bersara pada tahun 1997. Kemudian beliau berkhidmat sebagai pensyarah kontrak di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya (1997-1999).

S. Othman Kelantan aktif menulis puisi, cerpen, novel serta esei/kritikan. Beliau gemar meneroka persoalan yang mencakupi soal-soal kemasyarakatan, politik, agama, dan falsafah. Novel yang dihasilkannya ialah 12 buah novel dewasa dan empat buah novel remaja. Antaranya ialah Pengertian (1966), Pertentangan (1967), Angin Timur Laut (1969), Perjudian (1973), Juara (1976), Perwira (1980), Ruang Perjalanan (1989), Wajah Seorang Wanita (1990), Ustaz (1991), Nagogho Astana (1997), dan Orang Kota Bharu (2003). Beliau juga menghasilkan lima buah antologi cerpen persendirian. Selain menulis cerpen dan novel, S. Othman Kelantan turut menghasilkan esei dan kertas-kertas kerja untuk beberapa pertemuan penulis baik pada peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

Beliau pernah menjadi Ketua Satu Persatuan Penulis Kelantan (PPK) (1973-1976), Persatuan Penulis Nasional, Penasihat PPK, dan Penasihat Persatuan Seniman dan Penulis Kelantan (Puspa). Kesungguhannya menghasilkan karya dan mengabdikan dirinya dalam ujana kesusasteraan mewajarkan beliau dipilih untuk menerima hadiah seperti Hadiah Peraduan Mengarang Novel DBP 1962, Pelangi (sagu hati), Hadiah Sastera Malaysia 1972, 1973, 1974 (cerpen) dan 1984 (esei), S.E.A. Write Awards (1990), Pingat Bakti (PB) oleh DYMM Sultan Kelantan (1973), Pingat Ahli Mangku Negara (A.M.N.) oleh DYMM Yang di-Pertuan Agong (1974), Anugerah Tokoh Sastera Negeri Kelantan (2003), dan Anugerah Sastera Negara (2003). (Sumber: Dewan Bahasa dan Pustaka)

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
18 (48%)
4 stars
11 (29%)
3 stars
5 (13%)
2 stars
1 (2%)
1 star
2 (5%)
Displaying 1 - 4 of 4 reviews
Profile Image for Iman Danial Hakim.
Author 9 books384 followers
October 15, 2016
Membaca Wajah Seorang Wania seolah-olah mrmbawa kita merentasi zaman. Melihat selok belok manusia dengan segala ragam manusianya.

Kita akan mengikuti kisah hidup Siti Musalmah, sebanyak 3 fragmen penting dalam 3 zaman. Sewaktu awal kelahirannya dan zaman kanak-kanak, zaman remaja dan awal dewasa serta zaman tua. Menarik apabila Siti Musalmah membesar dalam 3 peristiwa yang mengesankan. Sebelum pendudukan Jepun, sewaktu pendudukan Jepun dan pasca pendudukan Jepun.

Novel ini memaparkan ketabahan dan kegigihan Siti Musalmah. Satu demi satu tragedi menyayat hati menimpa beliau. Bermula dengan kematian ayahanda tersayang, kematian anak-anak seorang demi seorang dan akhir sekali kematian suami tercinta sewaktu pendudukan Jepun di Kelantan.

Siti Musalmah mewakili realiti sebahagian cerita keunggulan wanita yang sabar dan teguh mendepani segala kehidupan.
147 reviews14 followers
March 28, 2015
Siti Musalmah tabah dan kuat. Backstory cerita ni bermula semasa zaman pendudukan Jepun dan kesusahan penduduk Tanah Melayu sepanjang zaman perang. Dari situ boleh dilihat Siti Musalmah cuba untuk 'survive' sampai dia berumur.

Seronok tak terkata bila terjumpa tajuk novel ni. Buku ni adalah salah satu novel yang buat aku rasa suka (suka je, rajin baca tu tak sangat. haha) dengan sastera Melayu. Buku ni aku baca masa aku di Tingkatan 2, dipinjam di perpustakaan sekolah. Rupanya penulis novel ni pernah menjadi pensyarah di UKM universiti tempat aku belajar, 'say whaaaat'?

Bertahun aku cuba 'recall' tajuk buku ni sebenarnya sebab apa yang aku ingat hanya warna dan gambar kulit depan novel ni.

Novel ini adalah antara buku terawal yang bagi impak kat diri aku terutamanya dari segi emosi (Cerita ni sedih gilaaa weh). 'Of how females should be strong, not necessarily like males, but in their own way'.
Profile Image for CekMoNSter.
309 reviews
October 12, 2010
BUku ini mama yang perkenalkan, pinjam dari library sekolah.Masa tu , kalau tak silap masih di bangku sekolah. BUku ini taklah setebal mana, tapi gedabak besar..Agak menakutkan...^^.Bertahun berlalu, tp kisah dalam buku ini masih kuat dalam ingatan..Hurm..aku nak jadi macam Siti..Itu yang aku impikan..Kuat, tabah, dan pintar dalam mengharungi ranjau kehidupan. Bagaimana kehidupannya semasa zaman pemerintahan Jepun, selepas kematian suami akan kekal dalam ingatan ini...Othman Kelantan is a genius!! Arghh..nak baca sekali lagi!!!
Profile Image for Faaizz Dzul.
68 reviews15 followers
February 3, 2011
an insight of who a normal Kelantanese lady. Siti Musalmah.

oyeh, buku ni ada cop library sekolah rendah aku. entah bila aku tak pulang da
Displaying 1 - 4 of 4 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.