Jump to ratings and reviews
Rate this book

Bukan Isteri Simpanan

Rate this book
Synopsis

DANIA - Gadis polos yang tak punya apa-apa. Cintanya diburu oleh pasangan adik dan abang, Khaliff dan Afiff. AFIFF - Bagi Dania, Afiff adalah lelaki paling poyo dan kurang adab yang pernah dia jumpa. Tapi siapa sangka, lelaki tak normal itu jugalah jodohnya. Apa yang tak kena pada Afiff? Luarannya nampak biasa-biasa. Dania ada jawapannya. Enam bulan bergelar isteri kepada lelaki perasan bagus itu, Dania tahu ada yang tak kena. Dia dikahwini untuk disimpan? Mampukah dia bertahan dalam syurga palsu ciptaan Afiff apabila dia terpaksa berkongsi suami dengan lelaki lain?

766 pages, Paperback

First published December 1, 2013

32 people are currently reading
431 people want to read

About the author

Mia Kiff

37 books165 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
56 (26%)
4 stars
51 (23%)
3 stars
51 (23%)
2 stars
34 (15%)
1 star
23 (10%)
Displaying 1 - 30 of 30 reviews
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,045 reviews378 followers
January 12, 2014
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM15. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)

Sorry, not my cup of tea. N tahu ramai yang menggemari novel ni, but sadly I'm not one of them.

Tak dinafikan the story is promising and ada kelainannya. Malangnya, pada N, ia gagal disampaikan dengan baik dan mencantas minat N untuk baca sampai habis.

For starters, I'm not a fan of the writer's style of writing. Secondly, watak Nia ia annoying. I thought she was great and kind at first. But later on, N rasa dia seorang yang selfish and kejam terhadap Khaliff. Bila ummi Afiff 'potong line', N kesian sangat dengan Khaliff. But after Nia panggil Khaliff pengecut sebab tak pertahankan cinta Khaliff pada dia, terus N turn-off gila dengan Nia.
Image and video hosting by TinyPic
Khaliff, my love, you deserve better than that shallow, ungrateful, bitch.
Image and video hosting by TinyPic
Profile Image for SS.
527 reviews5 followers
September 26, 2023
Terlalu banyak peluang yang diberikan kepada sesama sendiri dalam novel ni. Complicated. Berat konfliknya.

Afiff memang seriously menjijikan. Gay weh. First time baca novel yang watak utamanya sonsang. And normal la org org gay ni nak tutup perangai buruk dia dgn jadikan perempuan sbg kambing hitam. Muka handsome tapi tak boleh bawak ke mana. Geli ah baca bila Afiff dgn Rayyan. Euww. Mintak simpang la oi. Tak boleh terima la kelakuan gay dia. Sampai sanggup perangkap isteri dgn adik sendiri. No kenot brain watak ni.

Nia gadis kg yang bodoh. Walaupun dia pandai akademik & hal rumah tangga. Mcm senang sangat eh hati dia tu berubah. Sekejap dgn abg, sekejap dgn adik. Tak fixed la dik hati kau haih. Senang menerima. Tah. Taktahu nak cakap mcmmana. Huu

To Khaliff. Poor you. Rest in peace Khaliff. Great character. So kind. Dan semua yg baik baik dari awak. ✌🏻
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Don ツ .
248 reviews36 followers
April 13, 2016
Saya nk jual novel ini pada harga RM15. Pm kalau berminat.

Reaksi

09/11/2014
Buku ini masih belum di letgo.
Profile Image for Fiza.
80 reviews7 followers
December 9, 2013
Mengisahkan seorang gadis kampung (Dania) yang pandai masak. Disebabkan satu kejadian, Dania hilang tempat bergantung. Khaliff yg berkenan + terhutang budi ngan Dania, bawa dia balik ke bandar. Dania pulak, hanya dengan tengok gambar dah jatuh cinta pandang pertama dengan abang si Khaliff, Afiff.

Afiff ni pulak seorang gay. Untuk menutup kekurangan tu, Afiff setuju berkahwin dengan Dania walaupun tahu Khaliff suka ngan Dania. Khaliff bawa diri. Dania yang memang berkenan ngan Afiff, cuba jadi isteri terbaik untuk Afiff. Afiff tetap teruskan aktiviti sumbang dan x pernah sentuh Dania dengan alasan² yg direka & diterima Dania.

Afiff cuba singkirkan Dania dan mereka bercerai. Selepas berpisah barulah Afiff sedar bahawa dia sebenarnya cintakan Dania. Tapi nasi dah jadi bubur, Dania dah jadi milik Khaliff masa tu.... kesudahannya, kenalah baca novel ni...hehe.
Yang penting -->> ♥Happy Ending♥

********

Mula² tu mcm slow sket. X nampak lg arah tuju cerita ni. Saya start suka + teruja part Dania & Afiff. Memang kalau part diaorang berdua ni yang menguasai cerita ni, saya dah bagi 5* (mungkin sebab saya suka hero badboy... haha). Tapi bila terlampau banyak Khaliff timbul + perasaan Dania yang tak tetap tu, semakin hilang semangat nak sambung baca.... ini sekadar pandangan saya. Lain orang lain pulak pendapat.

Apa²pun saya selesa dengan olahan dan ayat² dari Mia Kiff.
Profile Image for Madam Lola.
213 reviews37 followers
September 26, 2014
Hemmm... nak suruh ML bawak watak baik ke watak jahat??? Eee,.... tapikan.. apa yg ML dapat bila baca novel ni???


1. Baru ML tahu, tempoh edah seorang isteri apabila bercerai dengan semuanya adalah 2 bulan. biar betik... bahaya betul "fakta" yang satu ni..

2. Rasa nak jer tukar tajuk citer ni jadi, kau pemain bola sepak hatiku... wakakkaka senang-senang hati jer main passing. lepas adik, abang.. lepas abang adik.. hadoi la...

3. Bila baca balik, Dania ni byk berubah. dari gadis kampung yg lembut jadi manusia yg sedikit kasar. Slumber badak jer dia sound Afiff. Okey jer bagi ML tapi, mcm x percayalah sikap Dania tu mcm tu sebab dia dari awal lagi baikkan.

4. Rasanya, Dania, Afiff dan Khaliff, semua ada masalah psikologi. x per.. ML anggap jer diorang ni baru belasan tahun. kurang matang sikit pemikiran mereka.

5. cerita dari awal agak membosankan. kecewa jugak ML, cerita ni x sehebat yang dibayangkan. Rasanya Mia Kiff perlu usaha lebih. Rasanya ini memang bukan karya pertama Mia Kiff. rasanya, harus banyak pembacaan lagi. Rujukan juga penting. Jangan main taram sahaja. nak-nak bab-bab melibatkan agama.
5 reviews1 follower
July 15, 2014
Sometimes hukum hakam pasal kahwin pun kene la logik. Agak2 le baru cerai dah terus boleh kahwin lain.

It makes me think huhhh...

Not my taste at all.
Profile Image for Linamarlyn.
37 reviews29 followers
May 23, 2014
Its not the best but its alright.

Damia; anak yatim dari kampong bertemu with this guy Khaliff who come from a rich family; mother died of cancer got taken "Care" of like cinderella by the step mom whom ada anak named afiff whom is gay. Damia jadi anak angkat khalif family and d jodohkan with affix instead of khalif whom love damia with all his heart. Simply because the mother is the berat sebalah type~ *rolls eyes* Affif to cover up his gayness got married with damia. Affif with his gay plan with his gay partner did something so ia becarai sama damia but perangkap nya khalif~ so khalif got married with damia~ khalif sakit~ died~ then damia AGAIN got married balik with affif after what affif had gone through a lot of hurdles and now is normal.

So basically from the the summary written, DAMIA ani jadi mangsa keadaan, it saddens me because its as if Damia ani jadi bahan passing~ macam abang nda guna adik putik, bis atu abang slang adik putik balik~ its like ?!?!?Rfgagda?!! *mad* Damia ani ok lah strong character nya saber and all but three times kawin carai~?! boleh sakit jiwa u know! So it's a bit unrealistic for me. I know in real life this things DO happen but heavy lah… kesian damia.. dah lah anak yatim.. i seriously thought when damia got pregnant is pasal the guy that was obsess with her dulu came back but too bad, its affif's baby. Saspen! AND when i read this novel its like macam novel JIMK ganya character nya tebalik… minus the gay part.

Oh well, towards the end atu i just read laju2 coz its too much bebanan ke arah si damia and poor her.
Profile Image for Zurianita Manab.
76 reviews16 followers
December 11, 2013
Novel kedua Mia Kiff memang berbeza dari novel pertama. Bila baca novel ni, makin terserlah kebolehan Mia Kiff dalam bidang penlisan.
Jalan cerita mmg menarik walau mula2 agak jijik dengan Afiff dan Rayyan.
Watak gadis yg garang2 manja. Lelaki yang angkuh dan sombong. Yang sopan dan sabar... ternyata Nia mampu menghidupkan semua watak2 ni.
Saya sangat terhibur walau ada 1-2 isu yang saya kurang jelas...
Profile Image for Ayman Hyeqal.
68 reviews59 followers
January 24, 2014
#10 Bukan Isteri Simpanan
Karya Mia Kiff Azlisha
Terbitan Gedebook

Naskah ke-2 penulis selepas Bidadari Salju.. Mengisahkan Dania seorg gadis kg yg telah kematian ibu dan hidup bersama ayahnya yg sakit.. Dania yg meniaga nasi lemak bg menampung kehidupannya dan dibantu secara suka rela oleh sahabatnya Hayati.. Nasi lemak masakan Dania amat terkenal krna kesedapannya sehinggalah menarik perhatian seorg jejaka bandar yg kebetulan mempunyai projek resort di kgnya iaitu Khalif.. Khaliff terpikat dgn Dania tat kala kali pertama kali bertemu dgn Dania sewaktu memborong nasi lemak nasi di gerainya.. Semenjak itu Khaliff menjadi pelanggan ttp Dania dan menjadi semakin rapat.. Khaliff mempunyai seorg ibu dan adik tiri.. Keluarga Khaliff terhutangnya apabila Dania menyelamatkan mereka dlm kemalangan yg hampir meragut nyawa ayah dan ibu tiri Khaliff.. Semenjak kejadian itu mereka spt satu keluarga.. Tp dlm kegembiraan itu Dania ditimpa malang apabila rumahnya terbakar dan meragut nyawa ayahnya akibat dendam dan Dania hidup sebatang kara.. Siapakah yg mendendami Dania dan mengapa anda harus baca.. Sejak itu Dania tggl bermasa Khaliff sekeluarga krn mereka terhutang nyawa dgn Dania.. Khaliff merupakan anak kedua Johari dgn isterinya yg kedua.. Maimun Ibu tirinya yg juga isteri pertama ayahnya amat membenci dirinya lantaran perkahwinan ibunya Kartika dgn ayahnya Johari.. Kartika yg jg kekasih lama Johari telah berkahwin dgn Johari akibat dari Maimun yg tdk mampu memberi zuriat tp slpas Kartika dan Johari berkahwin Maimun pula disahkan hamil dan memperoleh seorg anak lelaki iaitu Afiff.. Maimun amat membeci Khaliff krn dendamnya pada Kartika walaupun Kartika sudah tiada.. Dia sentiasa membezakan anaknya.. Afiff di hantar sehingga keluar negara bg melanjutkan pelajaran manakala Khaliff hanya dlm negara shj.. Sementara Afiff diluar negara Khaliff telah membantu ayahnya menguruskan perniagaannya yg hampir lingkup dan dgn kepandaian Khaliff syarktnya dpt dimajukan.. Selepas kepulangan Afiff dr luar negara Afiff bekerja dgn ayahnya disyarikat mereka.. Afiff mempunyai shabat yg rapat yg menimbulkan syak iaitu Rayyan yg juga kekasih gelapnya.. Afiff dan Dania tdk pernah sebulu dan sentiasa bertekak.. Maimun ingin menjodohkan Afiff dan Dania ttp tdk dipersetujui oleh Afiff.. Khaliff tlh melamar Dania dan Dania tlh bersetuju dan merancang utk meminta ummi dan ayahnya meminang Dania tp lain pula yg terjadi akibat slh faham.. Peancangan mereka terhalang akibat perbuatan terkutuk Afiff dan Rayyan hampir pecah.. Lantas bg menutup sgala kisah hitamnya Afiff menyuruh umminya merisik Dania dan Dania tlh bersetuju krn menyangkakan yg ummi merisiknya utk Khaliff.. Akibat itu Khaliff membawa diri disebabkan kecewa dan Dani tlh berkahwin dgn Afiff.. Ternyata perkahwinan Afiff dan Dania hanyalah utk Afiff menutup belangnya yg dia mempunyai hubungan songsang dgn Rayyan.. Semenjak Khaliff meninggalkan rumah dan syrkt Aliff yg tlh menerajui syrkt yg hampir muflis krna menaburkan kemewahan kpd kekasih gelapnya Rayyan.. Perkahwinan Dania dan Afiff tdk pernah bhagia dan Afiff tdk pernah menyentuh Dania sehinggalah perlakuan sumbangnya pecah dan dietahui oleh Khaliff.. Risau akan Khaliff membocorkan rahsianya Afiff bersama kekasih gelapnya Rayyan meracang menganiya Khaliff dan Dania.. Tnpa belas kasihan Afiff telah memfitnah Dania dan Khaliff dgn merogol Dania dan meninggalkannya dlm sebua bilik bersama Khaliff.. Akibat itu Khaliff dan Dania tlh dihina dan dihalau oleh Maimun dan Johari.. Dania dan Afiff bercerai.. Apa yg terjadi selepas itu anda harus baca.. Kemudian syrktnya diistiharkan muflis dan berhutang.. Tnpa memikirkan ego Afiff th meminta bntuan Khaliff yg waktu itu tlh berkahwin dgn Dania yg menyangkan Dania mengandungkan anaknya.. Pada mulanya Dania berat hati utk membantu yg akhirnya bersetuju utk membantu tp dgn syarat.. Apakah syartnya anda harus baca.. Pengakhiranya Rayyan mengkhianati Afiff dgn berpaling pd Annuar yg hanya utk menjatuhkan Afiff.. Rahsia terbongkar menyebabkan Rayyan bertndakdgn menikam Annuar dan akibat tkut Rayyan melarikan diri dan dilanggar lori manakala Afiff tlh kemalangan yg hampir meragut nyawanya slpas dihalau oleh Maimun dan Johari akibat malu.. Apakah yg terjadi pada Dania, Afiff dan Khaliff anda harus baca smpai kepenghujung.. Adakah Afiff berubah ke jalan yg benar selaps kemalangan itu? Apa kesudahan cinta Khaliff dan Dania? Cinta Khaliff amat luhur cinta yg membaca kehujung nyawanya.. Bacalah dgn hati yg terbuka dan cuba fahami apa yg penulis cuba ingin smpaikan.. Jika anda baca dgn mksd yg tersirat maka anda akan fahaminya.. Anda harus dptkan dipasaran dgn harga RM29(sm) RM32(ss)

# p/s ini hanya pendapat peribadi terhadap karya penulis dan setiap pembaca mempunyai cita rasa yg berbeza
Profile Image for Novel Annie.
63 reviews19 followers
June 18, 2014
kagum dgn watak dania. dah la pndai masak. karya kedua penulis ni nmpk lbih matang dan kebolehan penulis membina ayat mmg tidak dpt dinafikan. Ya Allah jijik nya dgn kelakuan Afiff yg suka kaum sejenis. Demi menutup kelemahan nya itu dia sanggup mfitnah Khaliff yg tak berdosa. Kagum nya sy dgn sikap Khaliff. Ya Allah tabahnya dia menghadapi segala dugaan yang datang.
Profile Image for Fazira Beckly.
23 reviews
March 28, 2014
Hmmmmmm... Hmmmmmm... Bolehlaaa, dania ni mula2 bkn main baik lemah lembut sopan santun tp tiba2 jd mcm kasar pula. Kawin cerai kawin cerai. Ntahla. Apa2 pun lain org lain pandangan atau pendapat. Blh la ke kedai buku berdekatan utk beli novel ni ya. Beli kat i pun klu nak. Haha
Profile Image for Miz_Yanie.
105 reviews2 followers
November 7, 2018
Ni review masa Tahun 2013...
Da 5thn berlalu....😂

Bukan Isteri Simpanan....
Terlalu AWESOME...TERBAIK!!

Mengisahkan seorang gadis kampung (Dania) yang pandai masak. Disebabkan satu kejadian, Dania hilang tempat bergantung. Khaliff yg berkenan,Cinta pandang pertama pada Dania...Rasa terhutang budi ngan Dania,kerana Dania Ummi & Babahnya hidup...tapi Ayah Dania plk meninggal dlm kebakaran yg dirancang. Khaliff bawa Dania balik ke bandar. Dania pulak, hanya dengan tengok gambar dah jatuh cinta pandang pertama dengan abang si Khaliff, Afiff....

Ummi ni sebenarnya Ibu Tiri Khaliff yg masih berdendam ngan Arwah Mama Khaliff sebab "merampas" suaminya,Babah Khaliff sehingga Mama Khaliff & Babahnya bernikah di Thailand....28thn telah berlalu...dendamnya makin menebal. Ummi tau yg Khaliff suka pada Dania...tapi awal2 lagi she da kasi amaran pada Khaliff supaya lupakan Niatnya sebab she nk jodohkan Dania ngan Afiff. Pada Ummi,kalau si Mama Khaliff ni Perampas....tak mustahil Khaliff ni ikut perangai Mamanya. Padahal Khaliff seorang anak yg baik sgt....

Afiff ni pulak seorang gay. Untuk menutup kekurangan tu, Afiff setuju berkahwin dengan Dania walaupun he tahu Khaliff suka ngan Dania. Khaliff bawa diri...terlalu kecewa...Dania yang memang berkenan ngan Afiff, cuba jadi isteri terbaik untuk Afiff. Afiff tetap teruskan aktiviti sumbang dan tak pernah sentuh Dania dengan alasan2 yg direka & diterima Dania...6 Bulan berkahwin...sekali pun Dania tak Diusik sebab Afiff sibuk sgt bermadu asmara ngan Rayyan.

Afiff cuba singkirkan Dania...sehingga Afiff TERTANGKAP Dania & Adiknya di atas katil...tak sedarkan diri..Dania tanpa pakaian. Dania diceraikan dengan Talak 3.
Dania lak tk sangka yg Khaliff yg she hormat selama ni sanggup sentuh dia sedangkan Suami dia sendiri tk pernah sentuh dia...Khaliff diBuang Babah...tak mengaku anak lagi...tak sangka yg Khaliff sanggup berzina ngan kakak ipar sendiri....Padahal,Khaliff tak bersalah...Ini semua Rancangan Rapi seseorang.....Rancangan Sape??? Selepas berpisah barulah Afiff sedar bahawa dia sebenarnya da cintakan Dania...Afiff da mcm org gila talak.He nekad nk tinggalkan dunia Songsang dia... Tapi nasi dah jadi bubur, Dania dah jadi milik Khaliff masa tu....sebab Dania da Mengandung....

Awal pernikahan Dania & Khaliff terlalu "teruk". Even tho da nikah,Dania tinggal ngan kwn2 nya....Dania lak yg terlalu cintakan Afiff tetao HARI2 masakkan & tapaokan Afiff makanan even tho he da Jadi Bekas Suami...she ttp gi Dating ngan Afiff sebab she da suruh Khaliff CERAIKANnya sebaik aje baby da lahir...Pada Dania,Afiff tk sengaja jatuhkan Talak 3 pada dia n to her ini semua Rancangan Khaliff. Allah maha mengetahui..kebenaran terbongkar.Dania rasa bersalah pada Khaliff...rasa berdosa sebagai Isteri Khaliff... She cuba jadi Isteri yg sempurna...walaupun Afiff tk sudah2 nk rujuk ngan dia....

Kehidupan Khaliff & Dania terlalu bahagia...Afiff yg terlalu cemburu..ditimpa kemalangan sejurus selepas Ummi dia sendiri gelarkan anak kesayangan dia Anak Derhaka...Afiff dibayar Cash oleh si DIA...sejak tu Afiff Taubat Nasuha....Afiff da mula terima kenyataan yg Dania da jadi adik iparnya...tapi sape sangka....Dania diuji lagi bila Khaliff plk Ceraikan her ngan Talak 1.....tanpa sebab!! Dania "dipaksa"...."dipujuk" untuk menikah semula ngan Afiff...!!! Kenapa??? Ummi akhirnya menyesal n malu sendiri ngan perbuatannya terhadap Khaliff & Mama nya...
Dania rasa dirinya mcm Bola...Kejap Abg..Kejap Adik...walau apepun terjadi...she tkmu Nikah semula ngan Afiff...she rasa Jijik!! She nampak sendiri dpn mata her,bila Afiff & Rayyan BERZINA....she Geli!! Tapi takdir da tertulis untuknya....
Profile Image for Suzyanna yap.
118 reviews9 followers
September 20, 2019
Dania diduga dalam kehidupan.Kehilangan ayahnya kerana dendam Budin yang ditolak cintanya.Khalif lelaki yang banyak membantu dia dan sangat mencintai dia.Dan tanpa dia sedar dia mencintai Afif abang tiri Khalif tanpa pernah bersua muka.

Dia menerima lamaran Afif tanpa tau siapa Afif sebenarnya.Kenapa Afif berkahwin dengannya. Rasa benci terhadao Khalif kerana merosakkan rumah tangganya tanpa dia sedar semua itu angkara Afif.Ketika rasa cinta datang kepada Afif Dania bahagia bersama Khalif...

Ketika Dania merasa bahagia sekali lagi dia diuji.Khalif pergi meninggalkannya...dengan satu permintaan agar dia berkahwin semula dengan Afif...Bagaimana rasa jijik Dania dan lukanya terhadap Afif mampu terubati..

Mampukah Afif mengembalikan cinta Dania
November 15, 2025
Malas mahu menulis panjang berjela, pendek kata menyesal membeli dan membaca novel ini. Buat membazirkan duit saya sahaja.

Sudahlah watak suaminya songsang, menjijikkan dan meloyakan. Minta maaflah saya bukannya penyokong golongan LGBTQ+ dan saya tidak memahami mengapa penulis mewujudkan watak gay ini!!?

Apapun karya ini mengecewakan saya, saya tidak akan membacanya lagi dan InsyaAllah akan membuang novel mengarut ini. Terima kasih.🤢🤮😡🤬
Profile Image for TSam.
190 reviews13 followers
September 26, 2020
*2.5

**Warning: this text may contain spoilers** Sejujurnya saya kata, seksa bebenar nak habiskan buku ni.

Satu masalah yang saya ade dgn buku ni adalah Watak2 dalam buku ni semua tidak cerdik. Serius kata, dalam realiti rasanya xde yang buat pilihan yang X cerdik camtu. Geleng kepala je baca.
Hampir segala pilihan yg dibuat Watak2 lam buku ni langsung tidak realistik bagi sy (kalau ade lah manusia macm tu mmg kecewa lah sy dgn manusia)
Cam contohnya kena rogol tapi x pergi ke polis utk report. Cctv ade x cek, sampailah org yg tolong cek kan - iaitu watak sampingan (kwn kepada heroin) sesungguhnya saya rasa hanya wujud utk progress kan cerita ini sahaja. Most of the time, sy yakin readers mmg X ingat langsung diorg wujud. Hanya wujud utk mereuskan plot shaja pastu hilang ntah kat mana.

Plot pun saya rasa ade yang sengaja menambahkan drama yang tidak sepatutnya. Macm contoh khaliff buat drama kononnya dia main kayu tiga padahal dia nak bagi isteri dia benci kan dia supaya isteri dia mudah utk lepaskan dia memandangkan dia sudah hampir dgn maut (cancer - cliché gile dan hanya semata utk matikan watak, tak kreatif) tapi akhir sekali dia beritahu jugak hal sebenar. So benda yg dia buat tu sia2 sahaja.
It just drags the story out and that freaking annoys me.

Dania pulak annoying gile time first2 sbb sy betul2 keliru dgn watak dia. Dalam bab2 awal dia digambarkan sebagai seorang yg ayu dan tak berani lawan cakap contohnya time dia kena kacau dgn seorang lelaki kampung ni tapi dia langsung x lawan, siap bercakap dgn lembut dan penuh sopan sekali. Tapi time dia jumpa dgn mamat hero bukan main kasar dan berani lawan cakap, sedangkan yg lelaki kampung xdi kacau dia lagi teruk. Ingatkan sbb Dania mmg X reti melawan, tapi X sebenarnya. Itu yang membuatkan sy keliru.

Tapi.. Tapi..

Ade sebab sy letak rating 3 bintang sebenarnya mula2 ikutkan hati mula2 baca nak letak 1 je bintang. pastu tengh skit rasa cam nak letak 2. akhir sekali sy bagi 3 sbb bab2 akhir lah berjaya tukar fikiran saya skit.

Firstly nak kata saya memang suka dgn perkembangan watak Afif sbb dia tunjuk secara perlahan-lahan macam mana dia boleh berubah jadi baik. Bukan seperti novel biasa yg entah kenapa selepas je kena accident lepas tu terus berubah watak jadi malaikat sbb menyesal tapi tak dgn afiff. Ya mmg dia kena accident tapi sebelum accident tu afiff telah tunjuk sedikit demi sedikit perubahan dia untuk menjadi baik dan akhir sekali ke lelaki yg mmg budiman teruks. That's what I like.

Dan perkembangan watak Dania pun boleh tahan. Persoalan di mana seseorang itu banyak kali disakiti oleh org yg dicintainya dan kesannya yg membuatkan seseorg tu boleh menjadi trauma/paranoid utk bercinta lagi. Ni sangat jelas dilihat lam watak Dania pada bab2 akhir2 apabila dia jadi ragu2 terhadap Afif pastu golakan hati tentang apa yg sebenarnya yg dirasainya terhadap Afif. Cinta? Benci? Susah. Kadang hati ni memang susah nak tafsir dan penulis bagi saya memang pandai sampaikan bahagian tu.

Dan satu lagi quote pada akhir novel ni yg sy mmg suka "Cintai lah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi, seandainya kita benar-benar mencintainya setulus hati"

Serius kata memang seksa mula2 baca novel ni tapi pada akhir2 time tulah part best bagi saya. Sbb tak seksa nak baca. And enjoyable lah jugak part2 akhir tu. (boleh lahh) Dan sbb tulah jugak rating x serendah dari yg sy sendiri sangkakan akan sy bagi.

So 3 stars👌
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Ella.
794 reviews92 followers
March 30, 2016
Oohh..not everybody will love this story..ini novel pertama yg saya baca dari Mia Kiff.

Jalan cerita dia mudah dan watak dalam cite ni senang nak ditebak.

I do like Nia at first pasal she was kind and understanding after that she turns selfish..kesian betul Khalif..Apapun they end up marrying one another after Afiff ceraikan Nia atas fitnah yg direka sendiri oleh Afiff.

Kehidupan Nia ni sebenarnya lebih baik dari Khaliff yg sering disisihkan Abg dan Mak tiri dia. Harta dia jadi harta diorang sehingga Khaliff terpaksa lepaskan demi untuk menagih secebis kasih sayang dari Ibu tirinya.

Khaliff sering dipergunakan oleh Abg dan Ibu tirinya demi mencapai matlamat mereka..Ada bapa pun macam kayu..Ada isteri pun macam tak diperlukan except for her personal benefits..Sampai akhir hayat pun kata sayang dan cinta tak di luahkan..sungguh keras hati perempuan lupa daratan ni.

Last2 nikah balik dengan Afiff..this time u will love watak Afiff cos he really changed..tapi ada lagi yg terjadi..biasalah orang handsome sering digoda..sampai kurus kering si Afiff ni just to gain Nia's attention..

Sampai cite ni habis pun I still hate Nia..dont know why..among all I believed her attitude ni macam lalang..senang berpindah2 after u point a direction and she judged people too harshly as if she is the most perfect person..tapi sebenarnya dia ni buta mata hati. Apalah yg mereka nampak tang budak ni..nak kata jahat sangat pun takdelah..jahat dalam iman eh...susah nak terangkan watak manusia begini..
Profile Image for Wann.
35 reviews8 followers
January 24, 2015
………………………………
novel ini mgkin mempunyai kelainan berbanding novel lain nmun xdpt menarik minat saya untuk membacanya. nk hbiskan saya terpaksa skip page....
kahwin cerai dan kemudian kahwin semula lngsung xdpt menarik minat saya apatah lg passing between brothers. for me dania character very annoying..so selfish n stupid... well just baca watak dania saya trus skip. boring n one of the type of heroin i hate the most.
walaupun gayq bahasanya ok tp olahan dan jln cerita novel ni membuatkan saya xdpt tuk trus membaca. jujurnya novel ni tebal dgn scene yg xpnting @ menarik. bahkan saya rasa hanya meleret2.
isu LGBT nya pula buat saya rsa xde pon xpe sbb cara penyampaiannya seolah xdpt beri pengajaran. isu LGBT supposely adalah sesuatu topik yg serius. saya mencapai novel ni bila tahu ada isu gay/LGBT dlm ni. berharap ada ilmu yg dpt diperolehi samada dr segi agama @ pngetahuan smpingan
tp sy sgt kecewa sbb isu gay ini hanya sbg perasa dlm cerita dan xde satu ilmu tmbhan/ pengajaran yg sy dpt dr cni.
for me obviously LGBT haram tp penulis supposely hurai lbh dr itu. mgkin penulis xtumpukan pd isu ini sbb nk bg tumpuan pd watak utama. tp bg saya mgkn lbh baik ada pengajaran dr sudut isu ni bkn semata2 menyesal sbb jtuh cinta gn heroin/ balasan ats kejahatannya.
sorry ini hanya pndapt saya mgkn org lain xfikir begitu. for me it hard to even give 1 star but sy ttp bg 1 sbg pnghargaan buat penulis sbb sy fham nk tulis novel bkn senang nk2 lg yg tebal.
Profile Image for Haq Raihah.
300 reviews55 followers
December 2, 2014
ni antara novel favourite aku!!! dah lama aku bace novel ni...dlm bulan februari...tp baru nk review hr ni...1 disember? terlepas kereta api dah aku ni...

bg aku, cite ni amat best! kesah dia lain drp yg lain...tp watak yg plg sedih dlm cite ialah watak khalif...serious! memang sedih la kesah khalif dlm cite ni...okey! cukup cite pasal khalif...tentang watak dania pulak...dania, aku krg suke dgn watak dania...boleh pulak keluar dgn jantan lain(afif) sedangkan suami(khalif) tak izinkan...lepas tu, kat afif boleh pulak masak hr2 hantar kat office...tp khalif? buat mcm tak wujud...sian giler kat khalif...pastu mase nia nikah dgn afif lepas khalif mati...mase tu afif dah taubat...bg aku, nia memang teruk/kejam mase tu...mungkin betul, afif pernah lukakan hati dia sebelum ni...tp wajarkah seorg isteri menghina/mengkutuk/mengkritik/mengabaikan/bersikap biadap terhadap suami sendiri?!!(aku pulak terlebih emo)
Profile Image for Aisyah.
5 reviews
March 16, 2014
okey..cite ni not bad...lain ckit jalan cerita..
cite psal gay!
jarang orang nk buat cerita psal gay/lesbian ni..
selalu cite sweet2 je kan..
cume ada part hukum yg sy kurang pasti.
semasa dania melawat khaliff yg sakit di hospital
khaliff ingin dania menjadi isteri dia semula
tempoh masa yg sm baca mereka baru bercerai dlm tempoh 2 bulan
sebab masa saya kursus kahwin dlu setahu saya la klau dah bercerai (talak 1 / 2) dalam tempoh idah tak perlu nikah semula.cukup dengan maksud ayat nak rujuk semula.lapor pada pej agama itu dah memadai..
mungkin patut semak semula. klau lpas tempoh idah btul kena nikah semula.
itu seingat saya la...
Afiff yg insaf & khaliff yg setia pada cinta membuatkan sy ingin terus mengenal mereka///
Profile Image for Aryssa Najwa (Jasmine).
15 reviews1 follower
April 29, 2014
Kisah tiga watak..
Dania.. Heroin yg lemh lembut, bertukar kasar bila kehidupan sekeliling mengubah diri dan keperitan hidup. Seorang yang menyimpan dendam terpendam tanpa membalas.
Afiff.. Hero yg hipokrit. Gay pulak tu. Lidah tak bertulang, berbohong demi menutup aib sendiri. Selfish la dia ni, tapi.. Keburukan itu ada karmanya kan. Allah balas cash untuk dia atas segala 'derita' yg diberi pada isteri yang dinikahi tnpa cinta.
Khaliff.. Hero pencinta hingga hujung nyawa. Tak la sweet sampai nk terkena kencing manis. Hihi.. Pencinta setia, sihati awan. Tersangatlah baik hati dia ni.

Aduhh... Not bad. Cite yg umph dan best. Tahniah for d author
Profile Image for Khasidah Abdullah.
23 reviews
August 2, 2014
Citer ni best sangat...
Mmg lain skali pendekatannya. So far first time baca novel selitkn kehidupan seorg gay. Dr seorg gay ke lelaki sejati. Akak suka suner watak dlm cerita awak ni. Buat Mia... Keep up the good writing sis.
Profile Image for Aliza Nai.
148 reviews3 followers
March 19, 2014
Well written story tapi alangkah lebih baik if watak Khaliff dan Dania yang kekal..Kesian la dgn Khaliff.Somehow this story did make me cry so thumbs up to the writer.
Profile Image for Ms. Firda.
100 reviews17 followers
June 5, 2015
permulaan yg menarik.kisah jua nenarik.. geram dgn dania asyik ingat benda yg sama. new knowledge about gay. moga tuhan lindungi hati kita dr terpesong. well done en writer!
2 reviews
October 21, 2015
permulaan jalan cerita ini agak menarik, tapi bila dah lama baca sampai nak ke penghujung jalan cerita, mula bel rasa naik meyampah dgn watak dania, but in the end its still a good book to read.
Profile Image for Hasheida Hussain.
8 reviews9 followers
Read
January 9, 2016
saya ada 1copy dis novel utk di let go..stil dlm plastik lg..tsilap beli 2...sesape yg bminat,pm...
Displaying 1 - 30 of 30 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.