Jump to ratings and reviews
Rate this book

Dicintai atau Mencintai

Rate this book
Kata orang, cinta itu manis macam madu tapi baginya cinta itu lebih manis daripada itu… Kata orang, terluka itu pahit tapi baginya terluka itu perit…

Sengal, mental dan gila. Itu gelaran untuk lelaki yang bernama Mohd Zariq Asyraf. Bagi Qyra, pertemuan dengan lelaki itu sangat menjengkelkan dan menyampahnya kepada lelaki itu tidak terluah dengan kata. Perasaan itu semakin menjadi-jadi apabila mereka mula bekerjasama.

“I cakap dengan you tadi you tak dengar ke?” – ZARIQ

“You cakap dengan I ke?” – QYRA

“Ada orang lain lagi ke dalam kereta ni?” – ZARIQ

“Your driver tu bukan orang ke?” – QYRA

Bagi Zariq, gadis yang bernama Qyrana Najwa itu pula seorang yang perasan bagus. Perangai tak semenggah dengan rupa. Mulut pula ya ampun, bukan main berbisa apabila berbicara. Satu yang disoal tapi sepuluh yang dijawabnya. Kalau disuruh memilih, gadis seperti itu memang tidak akan tersenarai langsung sebagai calon pilihan. Titik!

Namun perancangan Allah, tiada siapa yang dapat menduga. Akhirnya dalam asyik bergaduh, rupa-rupanya ada sayang dalam hati masing-masing…

“Love you like crazy.” - ZARIQ

“Tak apa. You gilalah sorang-sorang, nanti I cari boy-friend lain.” – QYRA

869 pages, Paperback

First published October 12, 2013

13 people are currently reading
170 people want to read

About the author

Myra Ameer

12 books97 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
66 (40%)
4 stars
48 (29%)
3 stars
32 (19%)
2 stars
7 (4%)
1 star
10 (6%)
Displaying 1 - 26 of 26 reviews
Profile Image for kuzzeen.
386 reviews104 followers
June 29, 2015
Naskah untuk dilepaskan; RM21.00. Pm je....

Tiada apa-apa yang tidak kena dengan DICINTAI ATAU MENCINTAI ini.

Kecuali untuk plot percintaan yg agak meleret antara Kyra dan Zarif sebelum tiba ke kemuncak terputusnya ikatan pertunangan antara mereka. Kagum bila tiba babak kematian Amni - rintihan Kyra atas kehilangan sahabat karibnya, betul-betul meruntun jiwa. Pengorbanan Kyra dan Zarif juga menyentuh rasa ketika masing-masing bersedia menerima hakikat jodoh itu bukan milik mereka. Ditambah dengan selitan teguran secara halus oleh penulisnya, DAM sepatutnya ku label sebagai naskah yang perfect!

TAPI..... "Aku cintakan dirimu" - "Aku jua begitu" - "Janji kau takan tinggalkan daku" - "Aku berjanji takan meninggalkanmu selagi ada hayatku".... aduhhhh, sesak nafasku melewati ucapan cinta sebegitu, ayat 'seformal' itu bukan untukku.... dan 'pertembungan' dengan ayat2 cinta sebegini yang mendominasi hampir 3/4 naskah ini, terus menyesakkan nafas dan mindaku....

(Perumpamaan lagi)...

Soalan : siapakah yg seksi?
i) si gadis berkain belah
ii) si gadis berskirt pendek.

Tentu ku pilih Gadis i).

Alasan : terserlah keseksiannya yg sekejap-ada-sekejap-x-ada.

Itulah yg ku rasa untuk naskah ini. Bila terlalu murah ayat-ayat cintanya.... gula sudah kehilangan manisnya...


Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,029 reviews377 followers
January 16, 2014
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM17. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)

3.5 stars. Darn GR for not wanting to implement the 0.5 star system!

Overall, novel ini memuaskan walaupun feeling N terhadap Qyra setakat suam-suam kuku saja. Watak Zariq yang macam bagus tu pun pada mulanya N tak suka but he grew on me. Mungkin ada yang akan rasa cerita ni dragging, tapi pada N pace cerita ni cukup baik kerana ia dapat menggambarkan the growth in their relationship. Banyak jugak asam garam yang terpaksa dorang telan - adik yang cemburu, business rival yang busuk hati, fitnah, kematian sahabat, etc.

Rasanya the saving grace untuk cerita ni, is the curveball yang tak disangka-sangakan. I like it! Just when you think the story is pretty straightforward...boom! Hello, curveball!

Profile Image for Faradina Azlin Azahar.
507 reviews47 followers
October 17, 2013
Totally recommended!!! seyesly wondering, pernahkan karya Myra Ameer yg x berair mata dan memikat hati?? hrmmm... yg penting ia superb... once dah pegang asyik nak baca.. kalu tengah2 malam, mmg bengkak2 mata la membacanyer....

different and yet enticing enough to keep reader focus on each pages.

53 reviews44 followers
October 15, 2013
DAM – Dicintai Atau Mencintai karya Myra Ameer a.k.a ameera ameer mengisahkan kisah uda dan dara yang menikmati saat saat manis di alam percintaan dan saat-saat sedih dalam percintaan bak kata pepatah jika takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai! Plot permulaan cerita dimulakan dengan pertemuan antara Qyrana Najwa dengan Zariq Asraq. Zariq telah melanggar Qyra menyebabkan air sirap yang dibawa oleh Qyra tumpah telah menimbulkan rasa benci Qyra terhadap Zariq!. Ketika itu, Qyra sedang ber’dating’ dengan adik Zariq, Azmin.

Pertemuan demi pertemuan yang berlaku antara Zariq dengan Qyra telah menimbulkan bibit-bibit cinta antara mereka berdua. Dari benci timbul sayang, dari benci timbul suka, dari benci timbul rindu, akhirnya wujudlah cinta tiga segi antara Qyra, Zariq dan Azmin - “I hantar you” – Azmin, “Tak pa, biar abang hantar. Masih ada perkara yang perlu abang bincangkan lagi dengan Qyra”- Zariq. “Mari Qyra, I hantar you”, - Zariq.... “ Uwaaaa...Nak ikut siapa nie? Susah-susah sangat aku balik naik teksi ajelah!” - Qyra

Dialog-dialog gaduh gaduh manja Zariq n Qyra
“Ada orang buta langgar I”- Qyra.
“I cakap dengan you tadi you tak dengar ke?’ - Zariq.
“You cakap dengan I”- Qyra, “ada orang lain lagi ke dalam kereta ni?, - Zariq.
“You marah ke” - Zariq, “Tak, I suka sangat-sangat, maklumlah nak jumpa orang handsome dan kaya macam you la katakan,”jawab Qyra sinis.
“kalau you nak marah pun, kereta ni tak bersalah. Tak payahlah nak hempas-hempas pintu tue,”-Zariq.
“Lelaki gila!,Sengal! Mental!” “ Go away, Zariq!”- Qyra

Dialog-dialog caring terlebih Zariq kepada Qyra
“Mari I lapkan rambut you yang terkena hujan tadi”- Zariq
“You tak sihat ke?”- Zariq
“Qyra, tolong jangan degil. You tak sihat nie,” – Zariq
“You just relax. I’ll take care of everything”, - Zariq
“Diakan tak boleh makan pedas,”- Zariq

Dialog-dialog membuai jiwa Zariq kepada Qyra
“I tak perlukan apa apa selain you. Syyy ..Jangan menangis...Dengar sini...I pun sayangkan you – Zariq
“I nak menjadi orang yang boleh you kongsikan cerita suka dan duka...yang boleh bersama you pada saat susah dan senang...yang boleh membuatkan you sentiasa tersenyum dan ketawa”- Zariq
“I ambil berat sebab I sayangkan you...terlalu sayangkan you, Rindu...rindu you sangat-sangat” – Zariq
“You always makes my day wonderful, colourful and cheerful. Thank you...and ..love you” – Zariq
“I love you” – Zariq, “Love you more” – Qyra, “Love you more than you love me” – Zariq, “Love you more, more and more” – Qyra, “Love you like crazy”- Zariq “Tak pa, You gilalah sorang-sorang, nanti I cari boy friend lain.”-Qyra

Dialog-dialog cemburu Zariq kepada Qyra
“Walau apa pun masalahnya, you sepatutnya lebih serius dengan kerja you, bukannya berpeleseran ke sana ke sini dengan adik I” ! – Zariq
“I marahkan you tempoh hari sebab...I cemburukan Azmin. Cemburukan kemesraan you dengan adik I. Hati I rasa sakit. Sakit sangat-sangat”. – Zariq
“Siapa Iqbal? Muda ke tua? Abang Iqbal? Kenapa perlu panggil abang? I lagi tua daripada dia pun you tak panggil abang!” – Zariq
“Iqbal tu dah kahwin ke belum? Belum? Hurm...lain kali nak jumpa dengan lelaki bernama Iqbal tu tolong ajak I sekali. I nak kenal” – Zariq
“No, I tak jealous dengan patung beruang ni tapi I jealous dengan orang yang beri patung beruang ni,” - Zariq

Ayat-ayat cinta penulis telah membuai perasaan pembaca. Umpama kata Qyra, Zariq nie hantu yang sangat-sangat romantik!. Percintaan antara uda dan dara ini akhirnya membawa ke jinjang pelamin. Namun, dua minggu sebelum diijabkabulkan, berlaku suatu peristiwa yang menyebabkan Zariq terpaksa berkahwin dengan kakak Qyra, Najilah Azwa, ekoran perbuatan dendam Syed Amir. Perasaan pembaca ketika ini umpama menuruni sebuah gaung yang amat curam. Sakitnya hati Qyra terhadap perbuatan Zariq dapat diselami oleh pembaca. Pertemuan terakhir pasangan ini di Bukit Fraser boleh menyebabkan pembaca menitiskan air mata!
“Cik Qyrana Najwa...Mulai hari ini I, Mohd Zariq Asraf melepaskan you daripada cengkaman rasa yang tidak berpenghujung ini, lepaskanlah rasa yang sedang mengikat you sekarang”- Zariq
“Encik Mohd Zariq Asyraf, mulai hari ini I bebaskan you daripada ikatan rasa ini. I juga akan sentiasa mendoakan kebahagiaan you dan kak long. Terima kasih, abang long” – kata Qyra sebak.
Mata Zariq berkaca-kaca dan bebola kaca itu mula menitiskan air mata, begitu juga dengan air mata pembaca...sedihnya percintaan uda dan dara ini. Bagaimanakah pengakhirannya? Mengapakah Zariq dan Kakak Qyra berkahwin? Mengapakah Syed Aiman berdendam? Siapa pula Amni yang merupakan sahabat baik Qyra? Dengan siapa akhirnya jodoh Qyra? Adakah Qyra kembali kepada Azmin? Atau adakah jodoh Qyra dengan Abang Iqbal lelaki Melayu Terakhir? Atau adakah Qyra memberi peluang kedua kepada Zariq a.k.a. Jejaka Idaman Malaya? sebuah karya cinta yang penuh dengan rasa, penuh dengan sayang, penuh dengan cinta yang dapat membuai hati anda ke sudut yang paling dalam. Dapatkan di pasaran, DAM – Dicintai atau menyintai karya Myra Ameer, terbitan Penerbit Karya seni
Profile Image for Ayman Hyeqal.
68 reviews58 followers
October 25, 2013
Dicintai Atau Mencintai karya Ameera Ameer terbitan Karya Seni, sebuah naskah cinta yg bisa dihadam dgn baik, ada lucu, suka dan duka, mengisahkan percintaan antara Zariq dan Qyra, percintaan yg bermula atas dasar kerja, cinta yg bersemi tanpa disedari yg akhirnya melukakan hati insan lain, hati siapa yg terluka kenalah baca, Zariq mempunyai seorang adik yg bernama Azmin, pada dasarnya Azmin terlebih dahulu mengenali Qyra, tp Qyra hanya menganggap Azmin sbgai sahabat sejati, tanpa sedar dlm diam Azmin juga menyintai Qyra, adakah Azmin berjaya merebut cinta Qyra, ni pun kena baca ok, Qyra mempunyai seorg kakak yg bernama Najilah Azwa atau Naja, dan seorang sahabat karib Amni, kakak Qyra Naja telah lama meminati Zariq semenjak zaman mereka berlajar, Zariq seorang yg sgt sukar jatuh cinta, selain Qyra Zariq hanya sekali jatuh cinta dgn Shima tp cinta mereka tdk kesampaian akibat hasad dengki dan dendam Syed Amer, Amer sgt mendendami Zariq semenjak zaman belajar krn Zariq penah menangkap Amer ketika cuba perkosa pelajar msia, sejak itu Amer mendendami Zariq, Amer menganggap Zariq telah memusnahkan hidup krn sbb kejadian itu Amer dibuang universiti, Amer telah berkahwin dgn Shima semata-mata utk membalas dendam terhadap Zariq, ttp hidup Shimah tidak seindah disangka dan ditinggalkan bersama seorag bayi, akibat rasah bersalah Zariq bertanggungjawab menjaga kebajikan Shima dan anaknya, tp dendam Amer tdk terhenti disitu, pelbagai cara Amer cuba lakukan utk menjatuhkan Zariq, sehingga lah kejadian yg mengorbankan nyawa, siapa yg terkorban akibat dendam Amer kena lah baca, adakah Qyra menyambut cinta Zariq? Atau memberi ruang pada Azmin atau adakah dendam Amer terbalas anda kena beli naskah ini, jika anda membaca naskah ini sediakan tisu, part yg paling digemari semasa Zariq menyatakan yg dia menyukai Qyra, mmg best part ni, mmg kelakar, nk tau apa yg kelakarnya, bacalah, nnt anda akan tau, kesimpulanya sy amat mengemari naskah ini walau pd awal pembacaan sy fikirkan ia adalah naskah cinta spt naskah penulis sblm ini, tp sy silap, ia sgt berbeza, pelbagai manfaat dan pengajaran yg anda akan dpt, pasti akan teruja bila anda membaca hingga kehujungnya, naskah ini berbeza dari naskah penulis yg sblm ini, sgt berbaloi utk dimilikki, dptkan dipasaran dgn harga RM32(sm) & RM35(ss) terbitan Karya Seni
Profile Image for Wan Suraya Nadia.
54 reviews5 followers
October 22, 2013
Dicintai atau Mencintai (DAM)- Sebuah naskah yang mempunyai banyak kisah suka dan dukanya yang tersendiri, penceritaan yang penuh dengan kasih sayang dan pengorbanan. Melaluinya banyak mengajar erti memahami sebuah takdir. ‘Perancangan manusia tidak boleh melawan perancangan Allah’ apa yang kita inginkan tidak semestinya akan diperolehi ketika itu juga.

Kisah bermula dengan pertemuan antara Qyrana Najwa dan Mohd Zariq Asyraf yang mencetuskan satu rasa tidak menyenangi antara satu sama lain, atas urusan kerja mereka bertemu kembali. Tanpa disedari hati mereka berdetik rentak yang sama, bila hati merasakan sayang, bibir mula melafazkan cinta. Perjalanan cinta pasangan ini menjadi rumit bila Zahir Azmin kawan baik kepada Qyra yang juga adik Zariq menyatakan perasaan cintanya pada Qyra..

“Zariq, I keliru…Keliru dengan keadaan sekarang. I tak nak membina bahagia atas derita insan lain. I tahu betapa kecewanya Azmin dengan semua ini dan I tak nak menambahkan luka dalam hati dia bila kita terus bersama”-Qyra
Apa yang terjadi seterusnya??

Kerana dendam Syed Amir yang tak berkesudahan rancangan pernikahan Zariq dan Qyra terhalang, rintangan dan dugaan terus menghimpit kisah cinta pasangan ini…Menitis air mata kala dugaan hebat melingkari jiwa mereka. Zariq tersepit ditengah-tengah antara maruah keluarga dan cinta sejatinya, Qyra menjadi mangsa derita cinta menghimpit jiwa. Najilah Azwa dibanyangi kekesalan membiarkan adiknya menderita.. Bagaimanakah perjalanan hidup mereka seterusnya?

Jauh disudut hati
Aku masih bermimpi
Mimpi yang indah
Esok kau kembali

Jauh di sudut hati
Ada waktu-waktunya
Aku berdoa
Kau pulang semula

Dugaan demi dugaan dialami Qyra, saat kehilangan insan2 tersayang. Begitu hebat derita jiwa yang terpaksa ditempuhi Qyra, kemunculan Iqbal pula cuba mengetuk pintu hati Qyra walaupun di hatinya sendiri punya cinta pada insan lain. Perhubungan antara Qyra dan Iqbal semakin mendera hati dan perasaan Zariq, deritanya melihat kekasih yang disayangi bersama dengan lelaki lain, semantara dia juga tersepit dengan tanggungjawabnya pada Najilah Azwa..

Walau status Zariq telah bertukar, tetapi nadi cinta di hati Qyra dan Zariq tetap berdenyut dan tak mungkin akan mati. Tanpa rela dalam terpaksa mereka cuba menontahkan kasih yang membara.

“Cik Qyrana Najwa...Mulai hari ini I, Mohd Zariq Asyraf melepaskan you daripada cengkaman rasa yang tidak berpenghujung ini, lepaskanlah rasa yang sedang mengikat you sekarang. I akan sentiasa berdoa semoga you dirahmati Allah dan diberi kebahagian hidup di dunia dan akhirat. Janji dengan I, you akan jadi wawa yang I kenal dulu. Seorang gadis yang kuat, bersemangat,berkenyakinan dan tidak akan pernah mengalah.”- Zariq

“Encik Mohd Zariq Asyraf, mulai hari ini I bebaskan you daripada ikatan rasa ini. I juga akan sentiasa mendoakan kebahagiaan you dan kak long. I janji dengan you, I akan jadi lebih kuat dari dulu.”– Qyra

Mampukah mereka menjalani hidup seterusnya? Dapatkah Qyra menerima Iqbal setulus hati? Bagaimana dengan Azmin yang cintanya ditolak? Apakah bahagia hidup Najilah Azwa bersama dengan insan yang tidak mencintainya? Apakah masih ada peluang untuk cinta suci Qyra dan Zariq bersatu? Adakah bahagia akan datang dan memenuhi hidup Qyrana Najwa? Semuanya terjawab dalam novel Dicintai atau Mencintai hasil Karya Myra Ameer a.k.a Ameera Ameer.

DAM punya jalan cerita yang sangat menarik, mula2 pembaca dihiburkan dengan kisah cinta yang penuh dengan kasih sayang yang boleh membuat diri terbuai2 dengan cinta, tetapi jiwa pembaca akan disentap dengan konflik yang maha hebat mungkin juga tidak tercapai akal..Jiwa halus akan sangat tersentuh (boleh sediakan tisu byak2 ye..) Kesimpulannya, DAM sangat menarik dan tak rugi untuk dimilikki…
Profile Image for Puteri Novella.
56 reviews7 followers
December 26, 2013
Seperti biasa, karya Ameera Ameer tidak pernah menghampakan pu3....karya pertama dan kedua dari SR Publication dan karya ketiga dari Karya Seni dengan nama pena Myra Ameer...semua karya beliau dapat full marks...

Novel ini berjaya buat air mata mengalir...yang paling best....sampai teresak esak menangis....novel je pun...hahhaha...ini membuktikan bahawa pu3 betul-betul menghayati novel ini...

Padan muka si durjana masuk penjara...
Amni meninggal dunia...isk isk isk...

Bagaimana endingnya....anda anda anda kena baca...

Sangat berbaloi...memiliki naskhah ini...
2 reviews
October 19, 2013
Pehhhh.. saya dah selesai membaca DAM nie....
Sis Penulis Myra Ameer WOWWWW citer nir memang bestla.. pada awalan cerita memang santai mcm biaser tapi biler masuk part yg nak tengahla kan pehhhh nak marah pun ada sedih pun ada.. tersedu sedan di buatnyer... tapi citer nie memang gilerrr best... SYABAS Sis.. bak kata Meng Meng ' SAYA SUKA SAYA SUKA'.. giler ko best...
Profile Image for Zyra.
28 reviews
April 11, 2020
Baru ada rezeki nak baca buku Myra Ameer. Betul la org cakap novel Myra Ameer dengan air mata tu dh sinonim dh hahaha.

Masa awal2 agak lama jgk la nk hadam sbb rasa mcm lambat lg ke nk sampai kt part konflik yg betul2 hebat ni? Ke mmg takde konflik hebat?

Sekali sampai part wawa tunang ngan zariq tu baru start takleh benti baca novel ni. Banyak nau konflik menguji perasaaan. Nangis banyak la baca novel ni 😭

Suka konflik yg plot twist mcm dlm cerita ni. Sure next time i akan grab another your masterpiece kak Myra Ameer 😘
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Jaja  A.
148 reviews27 followers
December 18, 2015
DAM memaparkan kisah cinta yang biasa pada awalnya. Namun menjadi agak rumit tatkala si tunang ditangkap berkhalwat dengan kakak tersayang...konflik tercetus namun alasan si kakak kurang konkrit berbanding sakitnya si adik....Namun bahagia tetap milik mereka...Padaku naskah ini ok sahaja 3.2*
20 reviews
October 26, 2013
highly recommended...ada macam2 rasa bila baca...rasa macam nak hempuk syed amir giler tu. Tahniah pada writer..
154 reviews2 followers
May 19, 2018
Wow... hampir 900 mukasurat dibazirkan untuk 'cerita' macam ni - dari sinopsis macam cerita 2 beradik berebut sorang awek tapi jadi cerita balas-dendam -> rogol -> kawen-tak-jadi -> best-friend-mati - dan semuanya disumbat dalam 30 bab "sahaja" (pasal 60 bab sebelumnya jadi tempat cerita couple 'tua' beromen macam budak-budak belum habis belajar heheh) sebelum ditutup dalam epilog yang terlajak sweet (takdelaa tebal mana tapi seksa gak nak abiskan, ick...)

8 reviews
March 7, 2022
Watak hero & heroine mcm tak connect with each other. Tak tau kenapa Ria takde rasa chemistry between both of watak Qyra & Zariq. 😪

Ria ambil masa yang lama juga nak habiskan novel 869 muka surat ni.
Macam malas dah nak baca. Tp nak tau juga ending mcm mna. Tp x nak baca ending je pulak.

Tak larat dah nak baca sampai ending🤧so Ria decide berhenti baca novel ni pada muka surat 581sebab tak ada semangat dah nak meneruskan pembacaan.
1 review
July 27, 2021
Best sangat cerita nie ! Bila dah bahagiaa, bahagia sangat ! Tapi bila part sedih tu menangis jugak laa lagi2 part amni tu 💔
Profile Image for Bica Bie.
23 reviews7 followers
May 25, 2014
NOVEL : DICINTAI ATAU MENCINTAI

PENULIS : MYRA AMEER

NOVEL NO : 594

REVIEW BIE

NAMPAKNYA NOVEL KE TIGA KAK AMEERA AMEER INI MEMANG LAIN DARI NOVEL BELIAU SEBELUM INI..TAK PERCAYA CEPAT PERGI BELI NOVEL DICINTAI ATAU MENCINTAI DAN BACA SERTA NILAIKAN SENDIRI YA..
APA PUN CITARASA SAYA BELUM TENTU SAMA DENGAN ANDA…
CINTA ITU SANGAT MANIS APA LAGI DICINTAI DAN MENCINTAI MALAH BERTAMBAH SWEETNYA CINTA APABILA DIRESTUI KELURGA.
CINTA MENJADI PAHIT APABILA DIKIANATI DAN DIDUSTAI OLEH SANG PENCINTA .
APA PUN CINTA YANG SUCI PASTI BERAKHIR DENGAN KEBAHAGIAN.

PERTEMUAN ZARIQ DAN QYRA TERJADI DI MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA YANG OLEH SYARIKAT MILIK PAPA ZARIQ DAN AZMIN ( DATO ZAIFUL) . AZMIN DAN QYRA BERKAWAN SEJAK ZAMAN BELAJAR LAGI. BAGI QYRA AZMIN SEKADAR SAHABAT BAIK, TEMAN MESRA.TETAPI AZMIN PULAK SEBALIKNYA, QYRA DIANGGAP SEBAGAI WANITA ISTIMEWA DALAM HIDUP APALAGI AZMIN SEBENARNYA SANGAT CINTAKAN QYRA.
PERTEMUAN PERTAMA ZARIQ DAN QYRA TIDAK BERAKHIR BEGITU SAHAJA,APA LAGI AZMIN TELAH MENCADANGAN AGAR PROJEK KELUARGA MEREKA DI CHERATING DIBERIKAN KEPADA SYARIKAT QYRA GEMINI.
MASA BEKERJASAMA INI LA HATI ZARIQ MULA BERBUNGA ( DALAM HATI ADA TAMAN LA HEHEHEHEHE) KEPADA QYRA YANG LAIN DARI SEMUA WANITA YANG PERNAH DIKENALINYA SELAMA INI.SETELAH LAMA HATI ZARIQ KOSONG , KEHADIRAN QYRA TELAH MEMBUAT HATINYA MULA TERISI.
SEMASA BERADA DI TAPAK PROJEK ….BERLAKU SATU PERISTIWA YANG MENJADIKAN QYRA MALU KEPADA ZARIQ TETAPI PERISTIWA ITU MEMBUAT ZARIQ GEMBIRA DAN MULA MENGUSIK-USIK QYRA.NAK TAHU APA YANG BERLAKU ….PASTINYA ANDA AKAN DAPAT TAHU JIKA BACA NOVEL INI…HIHIHIHI…………….
PROJEK SYARIKAT ZARIQ DI CHERATING DISERAH SEPENUHNYA KEPADA SYARIKAT GEMINI MILIK QYRA DENGAN SYARAT PROJEK ITU DIURUSKAN OLEH QYRA , ZARIQ SAJE JE NAK QYRA URUSKAN PROJEK ITU … ( PANDAI RAZIQ KAN) BILA QYRA URUKAN PROJEK ITU RAZIQ BOLEH LA KERAP BERTEMU DENGAN QYRA. QYRA PADA MULANYA TENSION JUGAK DENGAN SYARAT ITU ,YA LA SELALUNYA HAL-HAL PROJEK AKAN DI SERAH KEPADA AMNI PULAK..AMNI SAHABAT SEJATI QYRA.
ZARIQ MEMANG KUAT CEMBURU, MALAH ZARIQ CEMBURUKAN ADIK SENDIRI IAITU AZMIN ,APA LAGI BILA AZMIN DAN QYRA PERGI KE CHERATING BERSAMA-SAMA….KERANA CEMBURU ZARIQ MULA MARAH-MARAH KAN QYRA SEHINGGA QYRA NAK BATALKAN PROJEK MEREKA DI CHERATING… APA YANG TERJADI MASA INI CARI DALAM NOVEL YA..????

KEPADA AMNI, ZARIQ MELUAHKAN PERASAAN YANG ZARIQ AMAT CINTAKAN QYRA DAN AMNI RELA HATI MENOLONG RAZIQ UNTUK MEMILIKI QYRA SAHABAT NYA, KERANA AMNI TAHU SAHABATNYA QYRA JUGAK SUKA DAN MENCINTAI ZARIQ. ATAS BANTUAN AMNI PERTEMUAN TERJADI ANTARA ZARIQ DAN QYRA TETAPI MALANG TAK BERBAU…QYRA DI RAGUT SEMASA MELARIKAN DIRI DARI ZARIQ…. APA TERJADI LEPAS QYRA DI RAGUT!!!!!!! MASA INI LA ANDA AKAN MERASA BETAPA SWEET NYA SI JEJAKA BERNAMA ZARIQ…TAK PERCAYA BACA LA NOVEL HEHEHEHEH!!!!!!!
NAJILAH AZWA @ AZWA KAKAK QYRA RUPANYA ADALAH KENALAN ZARIQ SEMASA ZAMAN BELAJAR DULU, PERTEMUAN MEREKA TERJADI APABILA AZWA TERJUMPA ZARIQ DAN QYRA YANG SEDANG MAKAN BERSAMA.

KERANA CINTA ZARIQ BERTEMU KELUARGA QYRA DAN MEREKA BERTUNANG SERTA MENANTI HARI BAHAGIA MEREKA DENGAN PENUH HARAPAN UNTUK HIDUP BERSAMA.
TETAPI…KERANA ANGAKARA SYED AMIR PERKHAWINAN YANG BAKAL BERLAKU TERHENTI BEGITU SAHAJA…APA YANG SYED AMIR BUAT YE !!!!!!!! CARI JAWAPAN DALAM NOVEL!!!!!!!!!!!!!! SAPA SEBENARNYA SYED AMIR ?????????
PERKHAWINAN AZWA DAN ZARIQ TERJADI …HANCUR HATI QYRA…BAGAIMANA PERKHAWINAN MEREKA TERJADI…APAKAH PUNCA…DAPATKAN JAWAPAN DALAM NOVEL???

KERANA TIDAK MAHU MELIHAT QYRA TERUS TERLUKA ,KELUARGA QYRA TERLAH MEMILIH CALON SUAMI UNTUK QYRA , ANAK KENALAN MEREKA IAITU IQBAL TELAH MEREKA TUNANGKAN DENGAN QYRA… SEMASA DALAM SIBUK-SIBUK NAK BERKHAWIN DENGAN IQBAL, BERLAKU SATU KEMALANGAN YANG TELAH MENYEBABKAN AMNI TERKORBAN. SIAPAKAH YANG PUNCA BERLAKU KEMALANGAN INI…DAPAT AGAK TAK…TAK DAPAT AGAK…CARI JAWAPAN DALAM NOVEL INI!!!!!!!!!!!!
PERKHAWINAN IQBAL DAN QYRA TERBATAL !!!!!!! TAPI QYRA TETAP BERKHAWIN JUGAK…..SO SWEET….CINTA SEJATI DAH BERSATU…
RUPANYA IQBAL SUKAKAN AZWA….MAKA MAJLIS PERKHAWINAN TERJADI ANTARA IQBAL & AZWA DAN ZARIQ &QYRA…
KEBAHGIAN MULA MUNCUL DALAM KEHIDUPAN....KEHADIRAN ANAK-ANAK YANG COMEL MEWARNAI KEHIDUPAN…TETAPI APA TERJADI KEPADA AZMIN ??? SYED AMIR YA….JAWAPAN NYA DALAM NOVEL….?????

KOMEN:
1.CINTA YANG SEJATI PASTI BERSATU
2.SAHABAT SUSAH DAN SENANG
3.BUAT JAHAT DIBALAS JAHAT,BUAT BAIK DIBALAS BAIK
4.KELUARGA ADALAH HARTA YANG KEKAL.
5. BEST BAGI SAYA TAPI TAK TAHU LA BAGI ANDA BAGAIMANA..ALMAKLUM CITARASA SAYA DAN ANDA BELUM TENTU SAMA

Profile Image for Ella.
794 reviews92 followers
March 5, 2016
Touching betullah! Nak adik ke abang eh? Dua2 loving and gentlemen.
Banyak sweet moments between Zariq and Wawa..
Zariq too responsible while Wawa ni very rash in decision-making..due to these differences that brought them together and set them apart.
Simple problem became complicated due to Zariq, Qyra (Wawa) and her sister (Najilah Azwa) decision.
No matter what Naja(Azwa) reasons are for her action..I still find her extremely selfish..hissh..geram..geram..geram..
Profile Image for chenisz.
17 reviews2 followers
May 29, 2015
Plot so-so. Entahlah tak kena dgn jiwa. Mungkin sbb dah boleh agak apa akan jadi once dah baca dari satu page ke satu page yang lain.
Profile Image for  Kak Zie.
370 reviews63 followers
August 3, 2015
Maaf, aku tak boleh nak teruskan baca kisah ni.. Tak tau kenapa.. Dah cuba banyak kali tapi tak boleh nak teruskan jugak.. Maaf sekali lagi..
Displaying 1 - 26 of 26 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.